Hari ini Allah berikan kekecewaan, untuk kamu sedar erti kebahagiaan dan pergantungan. Hari ini Allah berikan kesakitan, untuk kamu hargai nikmat kesihatan. Hari ini Allah pisahkan dengan seseorang, untuk digantikan dengan yang lebih baik di hari kemudian. Hari ini Allah turunkan ujian demi ujian, untuk Dia gantikan dengan satu rasa yang amat hebat iaitu kekuatan.
Jangan mudah mengalah andai diri sentiasa diuji. Teruslah kuat kerana diri kamu terlalu berharga untuk putus asa. Semoga buku ini menjadi teman saat berada dalam fasa terendah dan sedang bergelut dengan kesedihan.
Love how minimalistic the look of this book. However, everything about this book is quite average. Dari segi penggunaan gaya bahasa sehinggalah olahan ayat2 nasihat yang agak sedikit berserabut susun aturnya. Juga terdapat sedikit kesalahan ejaan. Namun begitu, terdapat beberapa nasihat daripada penulis sangat praktikal & begitu menggetarkan jiwa.