Jump to ratings and reviews
Rate this book

Roseanna

Rate this book
Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna tidak dapat menerima dirinya sepenuhnya. Apatah lagi dia sering dicaci dan dihina sehingga terbitnya rasa dendam dalam diri Anna. Lalu, pelan mula dirangka.

“Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk.”

Menghadiri majlis ulang tahun ayahanda dan bonda angkatnya, mempertemukan Anna dengan Irfan dan Fathur. Irfan yang baik dan Fathur yang menyakitkan hati.

“Irfan tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Kalau tak nak jadi mangsa, better back off.” – Fathur

“Then, what if kalau I tukar Irfan dengan you?” – Roseanna

Tapi orang cakap jangan benci sangat, nanti jatuh cinta. Biarpun hanya berhubung demi kerja melalui e-mel, entah kenapa hati Anna rasa terjentik juga. Lebih-lebih lagi apabila Fathur mula mengorak langkah untuk mendekatinya.

I love red, but I don’t like flowers. – Roseanna

But you’re smiling. – Fathur

Dapatkah Anna laksanakan pelan untuk membalas dendamnya? Atau terus mencari bahagia yang sebenar?

344 pages, Paperback

Published January 1, 2024

3 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Froszrine

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (13%)
4 stars
34 (45%)
3 stars
25 (33%)
2 stars
4 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
147 reviews5 followers
March 7, 2025
Mengisahkan tentang Roseanna (Anna) yang selalu rasa insecure dan overthinking dengan status anak luar nikahnya. Boleh kata Anna agak pesimis dengan stranger lagi-lagi lelaki. Faham, mungkin itu cara dia 'protect' diri dia. But somehow I find it quite rude lagi-lagi kalau orang cakap dengan dia elok-elok pastu dia balas dengan ayat sarkastik. 😕
Pastu tak faham macam mana Anna-Fathur ni boleh jatuh suka or cinta(?) dengan each other. Dia macam terlalu tiber. Tak ada moment 'love at first sight' berlaku pun. Ke ada tapi saya tak perasan? 😔

Ada few parts yang saya kurang faham, contohnya,

1) Bila Irfan minta (lebih kepada macam paksa) Anna untuk memaafkan lelaki yang dah r*gol mak Anna. Kesalahan lelaki tu buat bukan kecil tau. Dahlah lepas tu dia lari dari bertanggungjawab. Pastu enak-enak aja Irfan minta Anna maafkan dan move on. Nenek dan mak su Anna pun sama. 🙃

2) Mak Anna pun baik tak logik. Kau dengan lelaki tu tak pernah kenal pun sebelum kejadian tu. Tapi kenapa lepas 🤰🏻 sunguh-sungguh kau mencari lelaki tu dan keluarga dia. Konon tak nak bertanggungjawab pun tak apa asalkan terima kewujudan Anna. Pastu selalu brainwash Anna supaya terima kewujudan (walaupun hampir setiap detik macam tak pernah wujud pun) ayah dia. Jangan marah dan berdendam dengan apa yang dah jadi. Senang cerita, cerita baik-baik jelah yang dia bagitahu Anna. Reda betul dia. Dia punya 'husnuzon' kat lelaki tu seolah-olah macam dia ada/pernah ada feelings attachment. Rasanya in reality, mangsa mungkin akan menjauhkan diri dari pelaku dan keluarganya. Trauma kot. Pelaku awal-awal lagi dah lari. Macam mana mak dia boleh berfikir yang diorang mungkin boleh terima Anna. 😮‍💨

3) Katanya parents Helen (keluarga angkat Anna. Helen tu bff Anna) tu berkawan baik dengan arwah mak Anna dan lelaki tu. Diorang yang dah secara tak sengaja dah mempertemukan diorang. Boleh kata merekalah antara punca utama kejadian tu berlaku. Dan diorang tahu apa dah jadi pada mak Anna. Tapi kenapa lepas dari kejadian tu elok je diorang berkawan baik macam tak ada sejarah hitam berlaku antara mak Anna dan lelaki tu? Elok je masih berkawan baik. Macam tak ada rasa bersalah ke dengan apa yang dah berlaku. Ambil Anna sebagai anak angkat tapi masih berkawan baik dengan lelaki tu. Tak ke rasa hipokrit macam tu?

Sesungguhnya, pembacaan saya agak mendatar. Agak kurang jelas dengan konflik utama cerita ni. Adakah part Anna berdendam sehingga hampir 30 tahun tu? Tapi cara Anna 'balas dendam' pun terlalu ringan dan mudah je. Jadi agak kurang puas. Dia tunggu hampir 30 tahun tu hanya untuk buat tu je? Ingatkan adalah bau-bau feeling judge Kang Bitna ke.

Pastu konsep cerita ni macam mana sebenarnya? Kena berlapang dada?Maafkan orang yang dah buat salah kat kita (even if orang tu dah r*gol kita)? Move on dengan kisah lalu dan terima dengan baik mereka masuk dalam kehidupan kita macam tak ada sejarah hitam pernah berlaku antara kita? Atau macam mana? I don't think normal victim(s) behaviours akan buat macam tu. 😢
Plus, karater Anna lebih kepada annoying berbanding rasa nak kesian. I'm sorry. 😔
Profile Image for Li Akasha.
13 reviews
August 20, 2024
Aku tak tahu aku tak pandai baca ke apa tapi aku pening dengan apa yang nak disampaikan penulis. Aku tak suka betul penggunaan perkataan inggeris tiba-tiba dekat tengah ayat dah serupa Whatsapp. Bukan itu je, kadang-kadang aku rasa dia guna perkataan yang salah.

Lepastu aku mcm tak nampak correlation tau.
Aku tak faham dari mananya tiba-tiba Anna dengan Fathur ni boleh suka sama suka sedangkan takde benda sangat pun yang jadi tup2 suka sama suka. Takat jumpa dua tiga kali gaduh manja2 tu apalah sangat.

Lepastu yang pasal mak dia tu pun aku tk faham. Yang tu banyak gila aku tak faham. Aku pelik geli why mak bapak Helen still kawan ngan bapak Irfan if it’s true that he raped Marianna (Mak Roseanna). Sebab, Mak Helen ngan Mak Anna tu kan kawan. Pastu?

Okay nnti aku sambung lagi sebab aku kena fikir.

Edit:

Okay so ni benda yang aku rasa tak kena

1. Is it normal for r*pe victim yang tkde kena mengena with their r*pist untuk lari balik and mintak r*pist tu bertanggungjawab? Idk I feel like it didn’t make sense since bapak irfan ngan mak anna tu don’t have any relationship prior to the incident. Aku rasa normal victim tu lari balik if they already have relationship especially if perpetrator tu manipulative.

(Masa awal2 tu aku mcm pelik, aku dh mcm, betul ke ni rape sbb bnyk sgt holes dlm cerita dia. Lepastu bila dh akhir2 tu okay maybe betul so aku setuju jelah mak Anna tu kena r*pe since bapak Irfan ni takde nak bela diri ke apa)

2. Kenapa mak ayah Helen still kawan dengan bapak Irfan sedangkan dorg tahu yang bapak Irfan tu criminal? Not just mak ayah Helen. Mak Irfan tu pun. I don’t think it’s safe to let your kids be around a sexual offender. Aku rasa mak Helen aka bonda is not a good person because if she’s a good friend to Mak Anna, then, dia tkdenya nak teruskan lagi berkawan dgn org yang buat mcm tu dkt kawan dia. I don’t know I think she’s a hypocrite.

3. Aku jadi tak faham kenapa point cerita ni tiba2 jadi nak kena memaafkan, berlapang dada dan berdamai dengan takdir. Takdir apa? Kalau cerita ni point of view mak dia mungkin la kot. Tapi still la, aku tk rasa pun nak kena memaafkan bagai tu sbb sexual offence kan. Masuk penjara la. Tak payah sembang memaafkan bagai. Dia dh mcm bunyi enabler pun ada.

4. Mrs. Fathur (Dah melayu tu melayu jelah. Boleh tak terima yang kita ni tkde surname)

5. Anna tu macam entahla aku pun tak faham watak dia so aku malas nak kata apa yang tu. Laki dia pun aku malas nak kata apa.

All through this book, aku tak rasa apa-apa pun.

In my opinion, aku rasa tk payah pun buat dia ni anak tak sah taraf ke apa lagi2 bila kau nk masuk isu berat tapi tknk dive deep into that issue.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 11, 2024
Review ni mungkin akan jadi pendapat kontra tentang novel ni tapi so far, I didn't enjoy this book as much as others atas banyak faktor.

1. Gaya dan olahan penulis agak mendatar for me. Tak berapa nak ada emosi dan ayatnya kadang guna istilah yang sedikit janggal, pelik dan tak sesuai.

2. Sikap Anna tu sendiri. Maaf kepada penulis, tapi sejujurnya... Perwatakan Anna ni sangat annoying. Saya faham dia dipotrayed as someone yang ada past trauma and so on tapi you need to move on daripada negativity kot? Sebab terlampau lama dendam dan rasa tersakiti tu dia bawak like for years masih berdendam? Dan I tak berapa boleh masuk dengan gaya defensive dia dan bila dia rasa dia paling teraniaya dan hero @ Fathur back her up dan macam membenarkan sifat defensive Anna tu macam... Something is wrong somewhere. Sepatutnya you as a husband kalau isteri bersikap begitu, you need to be otherwiselah.

Konflik cerita pun macam ada tak ada dalam buku ni. Tak tahu sebenarnya apa yang cuba disampaikan melainkan konflik dendam yang makan tahun tu?

I guess this is just me. I'm sorry if this review offended penulis but I'm hoping for better. If upcoming mini sequel lepas ni perangai Anna still annoying atau penulisan penulis still mendatar, I guess her writing style and plot development is not for me but for others.

But on the bright side, cover dan layout buku ni cantik.
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews202 followers
July 3, 2025
Slow la cerita ini. Menguap² F. Dengan tulisan kecil, alallalal

F jadi stress baca. nantilah F cuba lagi
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
July 7, 2024
Berat bahu Roseanna memikul kehidupan yang sering dicaci. Kata orang, terimalah kenyataan dengan hati yang terbuka. Andailah mereka tahu berdamai dengan takdir itu bukanlah mudah..💔

Roseanna bersyukur kerana dikelilingi dengan manusia yang sentiasa beri semangat padanya. Tapi ada sesuatu perkara yang dia mahu pulangkan pada seseorang. Dia tak nak terbeban dengan perasaan sarat ini lagi 😞

♡(。 ❛ᴗ❛ 。)♡

Roseanna yang tahu stand for her ownself pada masanya, brain with beauty, kita lurve 🤎 Dalam dia fokus pada diri sendiri, datang si jejaka yang suka cari pasal dengan Roseanna. Sabar je dia. Silap langkah, habislah Fathur 🤣

Orang kata, jangan benci sangat. Nanti suka. Ya, itulah yang Roseanna tengah lalui 😳 Macam mana dia boleh tersuka dekat Fathur?

‘Dahlah aku tak reti nak sambut perasaan ni, apa yang aku nak buat? Betul ke dia suka aku?’ Roseanna resah sendiri.

Roseanna + insecure = bestie 🤝🏻 hadirnya Fathur yang sentiasa ada bersamanya. Fathur ibarat tempat untuk Roseanna venting. Hilang rasa itu apabila berada di dakapan Fathur. Kata-kata Fathur yang buat dia kembali tenang.

♡(。 ❛ᴗ❛ 。)♡

“𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗜 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗼𝘂 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝘂 𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗴𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶? 𝗬𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗜, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗜 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗲𝗴𝗼. 𝗬𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮.”

“𝗝𝗮𝗱𝗶 𝘆𝗼𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗜?”

♡(。 ❛ᴗ❛ 。)♡

Setiap kali Fathur tanya “Are you okay?” “What’s in your mind?” “You want to talk about it?” pada Roseanna, zu cair sangat. It’s his love language! 🥺

Fathur suka menyakat & Roseanna yang geram tapi blushing. Mananya Fathur tak jatuh hati tersungkur bila tengok Roseanna yang malu, mencicit lari bila kena usik 😌

Zu suka the details of this story cuma rasa macam cepat sangat habis. Awalnya agak slow tapi percayalah, the flow of the story not bad. All the words, actions, build-up characters yang menarik. Jadi tak rugi kalau you guys baca 🤎
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
June 26, 2024
Ini adalah comfort book saya walaupun saya tak duduk dekat situasi Anna 🙂
Habis. Walaupun dah habis baca dekat ebook tapi masih suka 😍
Kita takkan faham isi hati, perasaan seseorang sebab kita tak pakai kasut dia. Kasut kita mungkin tak ada masalah macam dia. Kasut kita mungkin selesa tidak longgar dan tidak ketat. Tapi adakah semua orang kasutnya macam kita ?

Okay, saya nak baca Diari Bahagia pulak.
Profile Image for naaaamr.
25 reviews
December 21, 2025
2147, took me two weeks to finish this. might be my last book for 2025. we still have 10 days left before 2026. kalau ikutkan sempat je read one more book to achieve 30 books total for 2025 but no esok week 6 and i have 2 tests next week with 2 assignments need to submit. approaching week 7 onwards (hectic weeks) so here's to my last book for 2025. goodbye 2025 ♡

p/s; all my past reviews are not really book reviews tau. more to my personal 'diary' and timestamps
Profile Image for Nurul Iffah.
21 reviews
April 30, 2024
This book teaches us to always forgive, love and appreciate ourselves and only when we do that, our heart and self would always be at peace ✨
Profile Image for jasminebloom.
24 reviews
May 6, 2025
Pertama sekali, saya faham penulis mahu menggambarkan Roseanna sebagai watak yang mempunyai trauma. Tetapi semakin lama di baca, simpati untuk Anna itu berubah jengkel pula. Watak Fathur pun sebenarnya tidak memberikan impak yang besar dalam cerita ini. Dia seperti watak sampingan yang lain. Cukup memberi kata-kata semangat saja.

Apa-apa pun cover buku ini cantik.

Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
August 8, 2024
Light read and cringe (in a good way). Actually plot cerita ni okay je i suka. Not too enemy-lover pun because both of them dah attracted to each other since the first met. Gaduh-gaduh tu sebenarnya nak mengeratkan hubungan je hahaha. Side characters yang membantu. Disebabkan conflict tak banyak and ringan so tak rasa stress. Cuma ada certain benda yang buat i stress sikit; surely not a big deal. If you nak beli this novel go ahead sebab I tak cakap pun tak best hehe.

1. Penggunaan kata bahasa inggeris di bahagian monologue. For me it's too awkward and feels tak sampai. Biasanya perkataan inggeris ni i lagi prefer if you use in dialog instead of monologue. Sebab macam tak kena. Contohnya, update next level, feels belong, common sense, etc. Semua ni boleh di tukarkan ke dalam bahasa melayu untuk menyedapkan lagi ayat.

2. Roseanna. Hm. Insecurities. Yess i don't deny we all have that. Cumanya Anna ni dia macam depend and layan sangat tahap insecurity dia. For someone yang independent and beauty with brain ni rasanya can handle the insecurity with confident. But I see none from Anna. Lepastu, terlampau sarcastic. Being defensive and sarcastic are different tau. Sarcastic ni more view to negative side. So yeah, biasanya sarcastic ni you akan used it to all people. In Anna case, it's only kat Fathur je to the point I macam, why Anna? Even Fathur pun feels the same, "Where's the fire Anna?" mana taknya asal nampak Fathur je terbakar la si Anna ni.

Other than that, Anna ni dah tahu status Fathur as suami kan, so dia pun dah tahu how she should behave but then dia still nak ikut kepala sendiri. Like please think about Fathur too. Dia mintak itu ini dari Fathur but she didn't give the same to Fathur. Marriage takes two and it will never be 50-50 tau. But Anna ni macam 0 je. Lepastu merungut dia useless wife la apa la. If you rasa you dah useless, do something. But if this the concept of characteristics yang author nak terapkan then I agree la sebab menjadi sangat. Pengorbanan dan kesabaran tu penting ye. Tapi takde yang sabar sampai bila-bila.

3. Fathur okay je even i harap dia to be a bit more tegas. I faham dia taknak paksa Anna which memang dari dulu dia macamtu. But yeah some point kan. Tapi memang puas hati betul part car fight tu. Sebab nak mengajar kan. Lagi satu lurve sebab Fathur tak melayan lalang-lalang hahaha.

4. Actually dendam yang ada kat Anna ni i rasa tak dikembangkan sangat, dendam dia tinggi tapi tak banyak cara dia puaskan hati. Ayah and opah dia pun tak nampak sign nak mintak maaf ke nak amik hati balik ke, so i rasa something lack situ, nampak macam more nak jaga nama keluarga dari penyesalan.

But overall I enjoy je baca. I see a lot of good review there and trust them. My review more to apa yang i rasa and i tak reti sangat nak huraikan as in sinopsis, nanti jadi spoiler hahaha.
12 reviews
June 26, 2024
Aku tak suka karakter Anna. Dia mcm setiap masa kalau blh nak sarcastic. Part ni aku rasa mungkin style penulis mcm tu sbb aku ada baca cerita dia yg lain kat wattpad pun sarcastic tu tak tinggal. Memang penulis ni suka tulis cerita yg berunsurkan sarcastic kot. Somehow aku rasa tak perlu pun nak buat ayat sarcastic tu dalam setiap naratif atau dialog bila watak tu rasa tak puas hati. Dah la ada conversations Anna dgn Fathur tu aku rasa pasal topik yg normal and harmless tapi si Anna ni dah nape nak jawab sarcastic jugak? Lama2 dia jadi annoying. Benda tu bagi kesan pada watak tu. Thats why aku tak suka Anna.

Aku faham dia ada trauma. Dia insecure dgn kisah hidup dia, dgn status dia sebagai anak luar nikah. Tapi she act like everyone around her always tak faham dia. Padahal aku blh nampak mcm mana Fathur, kawan dia and few others character yg always trying to understand her. But she’s in her own bubble. Dia sendiri yg susah nak buang rasa insecure tu and then she project her insecurities to other people. Dia rasa dia sentiasa betul walaupun ada aje some part yg mmg dia salah. Tapi sbb sejarah hitam tu dia selalu fikir dia mcm teraniaya sangat. Lepas tu watak Fathur tu mmg mcm tu je ke. Mengorat Anna, kahwin, pastu dah. Dia mcm takde perkembangan. Kerja dia lepas kahwin asyik bagi comfort words to Anna je. He’s like; ok bini aku ni jenis yg insecure so aku kena sentiasa jaga hati dia even bini aku sendiri yg kurang usaha utk lawan rasa insecure tu. Haaa centu.

Actually byk yg aku nak ulas tapi lepas baca cerita2 penulis ni yg lain, aku simpan jela ulasan aku. Cuma apa yg aku blh ckp aku rasa cerita2 dia mcm sepesen walaupun trope lain2. Maybe dia punya penulisan bukan untuk aku.

Tapi aku nak puji cover buku ni cantik.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
October 3, 2024
𝘐𝘵'𝘴 𝘩𝘢𝘳𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘮𝘦 𝘵𝘰 𝘱𝘶𝘵 𝘮𝘺 𝘵𝘳𝘶𝘴𝘵 𝘪𝘯 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦.

Setiap orang pasti ada kisah yang ingin dibuang dari kisah lalu. Begitu juga yang dirasai oleh Roseanna. Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna hidup dalam ketidakyakinan dan dendam.. siapa yang Anna dendamkan? Ada ke cara untuk Anna yakinkan diri dia semula?

✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐

"𝐓𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚. 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐮 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚. 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐮𝐧, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮."

💌 Roseanna, beauty with brain. Very defensive bila berkenalan dengan orang. Lagi-lagi untuk membuka hati. Title 'anak luar nikah' tu memang beri impak yang besar sangat kat Anna 🥺

💌 Fathur, hijau pokok pisang eh mamat ni 😌 please lah cute sangat. His effort nak kenal Anna SUMPAH CUTE 💕 dalam diam Fathur ni sangat gentleman tau 🙈 Fathur dengan words of affirmation dia, termenung jap Ad.. tak bosan tolong boost keyakinan dalam diri Anna 😭

That's why orang kata jangan benci nanti sayang. Yes. Here we are! Awal kenal memang bergaduh aje, tiba kena kerja sama-sama. Paling rare tu dorang guna email as main chat 🤭 C.U.T.E

"𝐘𝐨𝐮 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐧𝐨 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐡𝐨𝐰 𝐦𝐮𝐜𝐡 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮, 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐩𝐞𝐤 𝐥𝐚𝐠𝐢."

Shut up Fathur! Tak tipu rasa sendu sangat kat sini 😪 Fathur really knows how to comfort and always ada on time bila Anna memerlukan 🙆🏻‍♀️ criteria green flag ✅

Ad suka storyline dia. Fast paced + chill juga. The slowburn between MC sangat menguji, but MAK LURVE 🤪 the moral yes sangat ada. Tunggu apa lagi? go baca go beli go serbu! Happy reading 🎀

Thank you & congrats @ink.loaf for the book debut 🌷

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐫𝐢𝐜𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐨𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐩𝐩𝐫𝐞𝐜𝐢𝐚𝐭𝐞 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢?"

#inkloafbooktour #roseanna
19 reviews
May 23, 2025
Buku ni not bad. Tapi aku x adalah suka sgt. Aku sbnrnya banyak x puas hati dgn watak hero/male lead dlm cerita ni which is Fathur.

Banyak review cakap dia ni greenflag tp bg aku, is he? NOT AT ALL. Though tu x bermaksud dia ni red flag.

First of all, yes, dari tindakan & percakapan dia mmg blh nampak dia ni suka kt Anna. And Anna pulak keep on tepis segala moves si mamat ni buat sbb dia punya insecurity & inferiority complex.

BUT kenapa kau kena tunggu Anna ni yg confess dulu, Fathur oii? Nampak mcm Anna yg salah sbb dia asyik cuba lari dr Fathur but in the 1st place, Fathur sendiri x pernah straight to the point confess ckp dia suka Anna. Takat flirt2 tu tak gentleman la!

And second, aku turned off betul la dgn lelaki yg masih befriend dgn ex-girlfriend dia. Tak kisahlah mmg rapat dr kecil ke.. Pandailah sikit nk jaga perasaan partner. Setakat bg sweet talk buat apa😑

And about Anna, yes, dia punya pendam rasa duk taknak open up masalah dgn Fathur tu mmg membengangkan hati bila baca. Sampai tahap aku conteng buku aku bebel dkt si Anna ni😅 But well, aku x ada di posisi dia sbg anak luar nikah, so mungkin aku tak boleh faham inferiority yg dia rasa.

But aku puas hati sbb Anna ni ada character growth.

🔸️So overall rate aku: 6.8/10
But 10/10 untuk cover dia. Lawa gila😍
Profile Image for Booku Puspita.
44 reviews
August 13, 2025
Anna ni jenis defensive disebabkan status anak luar nikah,pergi mana-mana orang pertikaikan status anak haram dia. Puncanya sebab seorang lelaki. Jadi kalau dengan lelaki memang dia letak tembok tinggi. Kecuali yang rapat dengan dia macam ayahanda.

Fathur pulak, lembut gila orangnya. Flirting jugak. Tapi pelik… dah suka dekat Anna, confess je lah terus ni duk main tarik tali tunggu Anna confess dulu. Orang tu dah lah insecure 🙄

Dua-dua banyak bercakap pasal kerja… melalui e-mel. Nombor telefon pun tak ada! Tapi entah macam mana boleh ada rasa cinta. Mungkin sebab Fathur selalu ada bila Anna tengah down, panic attack, atau perlukan seseorang. Prihatin + mulut manis dia tu memang pelan-pelan retakkan benteng Anna.

Cuma… bab balas dendam Anna dekat perogol mak dia tu memang tak puas hati. Ringan sangat. Lagi satu, keluarga Anna & Helen macam tak fikir panjang bila suruh dia maafkan keluarga perogol tu.

Tapi hubungan cat & dog Anna–Fathur ni memang terhibur nak baca. Plus, e-mel jadi medium cinta? Rare & cute! Anna punya character development pun kita suka. Dari orang yang insecure, selalu fikir negatif, defensive jadi orang yang positif disebabkan Fathur.
Profile Image for Athirah.
48 reviews1 follower
June 17, 2024
A good read cuma ada certain word yang author guna yang very repititive dan buat saya agak annoyed hahaha.

Contoh–meringis. Rasa kalau buat word count berapa banyak perkataan meringis dalam buku ni, mungkin author sendiri akan rasa penat hahahah.

Another thing yang buat saya penat waktu membaca is the usage of "angkat kening". Almost every scene nak angkat kening kau dah kenapa hahahaha. Saya yang penat nak membayangkan macam mana nak angkat kening dalam scene-scene tu.

Other than this, buku ni okay je untuk a light read. Nak rasa macam ada orang yang akan take your side bila dah rasa lelah dengan dunia. Nak rasa macam mana kalau ada orang yang mampu untuk break the walls you build around yourself.

I finished this book in a day, so that is a good thing.

Anywayyyy i know the author boleh improves lagi in the future, so I'm looking forward to more bookssss.
20 reviews
November 14, 2025
insecure, e-mail, agama, status/kedudukan

strangers to enemies to lovers

happy ending

first time baca plot cerita begini. wah I got new knowledge today. anak tak sah taraf tidak dianggap mahram kepada "bapanya". dan itulah kisah heroin cerita ni. kesian, anna selalu dipandang serong. nasib ada hero hehe. novel ni lain sikit, hero dan heroin saling beralas chat funa e-mail! tak guna whatsapp or tiktok, comelll. lagi satu saya shock part "atau saya patut panggil uncle 'ayah'?" I don't expected it 😵‍💫 bintang kurang sikit sebab cerita ni macam kurang penjelasan, dia macam eh tiba tiba itu sudah. saya terpaksa baca balik ayat ayat sebelumnya. tapi okay jer ceritanya, recommended for orang yang hadap ja nak baca cerita apa, tapi kalau yang memang jenis buat review rasanya panjang juga review dia nanti hehe.
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
September 15, 2024
Lama tangguh nak baca novel ni sebab ingatkan it would be tooooo heavy for me to digest at time. Surprisingly, it was easy to read.

Karakternya terasa hidup. Terasa macam watak-watak manusia yang kita akan terjumpa dalam kehidupan seharian — those dengan kesilapan dan pilihan-pilihan (baik betul atau salah) dalam hidup. I like the fact that Fathur tu ditunjukkan sebagai seseorang yang turut sama terasa/gets hurt apabila diperlakukan sebegitu oleh FL.

Sebagai seorang yang turut sama overthinking melampau dan ada low self-esteem, apabila ditunjukkan secara nyata melalui respon Fathur at how people could be perceiving our defensive actions — I was mindblown.

Anyway, a good read with three dimensional perspectives of human nature 🙌
Profile Image for Cutie_pie28.
390 reviews8 followers
May 10, 2025
Anna dendam ngn ayh die sbb mak die ditinggal kn begitu shj..

Mula² die sengaja rapat ngn Irfan tp Fathur mcm dapat tau ade rancangan di sebalik, pertemuan Anna dan Irfan tu..

Fathur mmg da start suka kt Anna.. tp dorg ni mmg tarik tali mula².. ego melangit..

Sedih ngn Anna nie.. di sebab kan die slalu kene hina, low self esteem and very defensive..

Tp lama² nnt die lembut kan hati bile Fathur tegur die.. Fathur pulakk rasa diri die yg useless sbb tk dpt tlg Anna..

Dri situ Anna berubah jdi lebih relax dan terbuka..
Profile Image for Nur 나지하.
9 reviews1 follower
June 13, 2024
This book is so so so good. Devoured it in one sitting. Honestly, ini buku melayu pertama yang I baca tahun ni yang I rated 5/5 🌟. Tu pun rasa tak cukup sebab seriously lagi best dari 5 bintang.

Fathur ni probably the only one yang boleh match dengan Anna. Dia sabar lepastu Anna ni cakap apa pun Fathur layan ja. Cara dia handle masalah lepas kahwin nampak matangnya. Tak ada nak marah tak tentu pasal. Semua berasas.

Watch me terfathur-fathur sampai raya haji ni 😍
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 9, 2024
Manis ya buku ni love their chemistry.
Konflik lebih kpd past sin yg memberikan kesan kepada anak yg dilahirkan.
Rogol atau zina ni merosakkan keturunan, jadi boleh ambil ikhtibar di situ.
Konflik lebih kpd situ takde orang ketiga, melibatkan insecurity diri dgn masyarakat dan dendam. Overall,not bad bab awal tak byk beza pun dgn yg dkm wp.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SS BA .
19 reviews
June 7, 2024
First reading book from this author not to bad or to good but i think the flow is good and straight to point
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for chernation.
27 reviews
October 15, 2025
aku masih keliru nak bagi 3 atau 4 bintang tapi let’s stick with 4 first. baca review, aku ingatkan teruk sangatlah roseanna punya kepala batu tp ternyata aku masih boleh handle lagi haha. geram sikit sebab suka main tarik tali (but i get where she’s coming from) dengan bila dah jadi isteri fathur (ni aku geram lebih tapi sepanjang baca, aku tak mencarut maknanya aku ok je dgn watak anna ni haha). awal cerita aku tak dapat rasa sangat chemistry antara anna dan fathur. tak nampak spark sampai boleh suka tapi aku suka banter dua watak ni. tak cringe sangat which is just nice.

aku faham apa penulis cuba sampaikan melalui perwatakan anna. keras kepala, defensive, sarcastic, insecure, pendendam… dan aku sebenarnya suka bila anna buat apa dia buat tu cuma aku kurang puas dengan apa yg terjadi selepas tu. macam takde sesal daripada pihak yg bersalah, dan kejadiannya begitu cepat. what i meant by cepat, aku tak nampak kesungguhan diorang semua utk tebus kesalahan diorang.

i wish penulis go deeper pasal mak anna dan lelaki tu. dan yang menjadi persoalan aku, bagaimana bonda dan ayahanda helen masih boleh berkawan dengan lelaki tu sedangkan mereka tahu lelaki tu ….? like, why? what was the reason?

itu jela yang aku harapkan sebab aku rasa buku ni macam anti climax, macam bila dah nak masuk part best tiba tiba the momentum is down.

tapi aku enjoy je baca buku ni.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.