Seiring dengan maksud namanya, dia juga manusia biasa yang mengimpikan kebahagiaan.
Fa-ro-ha. Gembira.
Hidupnya sebagai seorang anak dan adik dibelenggu pelbagai emosi. Dialah yang sering mengalah dan acap kali perlu berkorban demi kesenangan orang lain gara-gara dirinya yang punya sifat kasihan yang tinggi dan sukar untuk mengatakan ‘tidak’. Suaranya yang jarang didengari buatkan Fariha inginkan kehidupan di mana dia boleh membuat keputusannya sendiri.
“Aku dah jadi baik, tapi kenapa aku masih tak happy? Kenapa aku masih tak tenang?” – Fariha
“Be nice to people, but don’t forget to be nice to yourself too.” – Fathi
Persahabatan Fariha dan Fathi umpama jambatan yang menghubungkan dua manusia dengan ikatan emosional yang kuat. Lelaki itu menjadi tunjang paling ampuh di saat Fariha berada pada titik terendah dalam hidupnya. Bagi Fathi pula, dia mahukan yang terbaik untuk wanita kesayangannya itu.
“Be my paradise, Fathi.”
“As you wish, Nashwatul Fariha. And be my heaven too.”
“Orang yang baik akan sentiasa diberikan yang terbaik oleh yang Maha Baik.”
Aih blusing baca kisah Fariha & Fathi ni. Fariha & Fathi ni kawan baik dari kecik lagi, then rapat sampai sekolah menengah. Tapi ada something jadi, lepas 7 tahun baru jumpa balik hee. Kalau dah jodoh, memang tak kemana 🦋
Fa-Ro-Ha mengisahkan tentang Fariha, seorang gadis yang lembut sangat hatinya, tak pandai gaduh dengan orang, tak pandai marah orang, apa orang mintak tolong, dia akan usahakan jugak untuk tolong walaupun akan membebankan diri dia. Selalu utamakan orang lain dulu, baru diri dia. Pada dia dengan utamakan orang lain tu, tolong orang lain dia akan bahagia. Tapi satu benda Fariha lupa. Dia lupa nak utamakan diri dia, dia lupa nak bahagiakan diri dia. Dan datanglah Fathi. Sahabat baik Fariha dari kecil. Green-flag sangat watak Fathi dan Fariha ni. Rasa tenang je baca buku ni. Orang yang people pleaser akan faham sangat kenapa Fariha macam ni. Kenapa Fariha pilih untuk tolong je walaupun akan membebankan dia, kenapa Fariha selalu avoid menjawab atau bertengkar, sebab dia tak nak sakit hati. Tapi banyak manusia-manusia sukar yang suka cabar kesabaran Fariha. Fariha selalu kene panic attack sebab stress dengan manusia-manusia di sekelilingnya. Banyak Fariha pendam. Kisah cinta Fariha-Fathi pun sweet. Daripada kawan baik sampailah kahwin. Buku ni membawa kita melihat watak Fariha belajar terima takdir hidup dia walaupun pahit ditelan, belajar nak jadi tenang, dengan menyerahkan semuanya pada Allah.
Dari buku ni ada few dialog/ayat yang boleh dijadikan pesan, antaranya:
1) Orang baik akan sentiasa diberikan ganjaran yang terbaik oleh Yang Maha Baik. Sementara tu jadi orang baik ya. Sebab Allah suka orang baik kerana Dia sendiri Tuhan yang Maha Baik.
2) Jangan banyakkan sangat kalau-kalau ni. Kita manusia, tak elok persoalkan takdir Tuhan.
3) Aku penatlah. Aku jadi baik dengan semua orang, tak ada orang pun yang balas ikhlas aku macam mana aku ikhlas dengan dia.
4) Nanti, bila sampai masanya, Allah akan bayar semula semuanya.
5) Jangan pernah letakkan sumber bahagia kita pada manusia. Jangan pernah letakkan harapan kamu pada mereka. Jangan pernah sesekali lupa yang bahagia itu sebenarnya milik Tuhan sahaja. Hanya pada Dia, ada definisi sebenar sebuah bahagia.
6) Kamu buat baik untuk Dia, bukan untuk manusia.
7) "Jadi orang baik ya? Teruskan jadi baik kepada manusia, untuk Dia. Jadi orang baik ni tak pernah rugi. Sebab Allah nampak usaha kita untuk jadi baik dengan semua walaupun mereka semua buat kita terluka. Nanti Allah akan bayar balik, kalau bukan dekat sini, dekat sana Allah akan bayar semuanya."
(𝗙𝗮𝗿𝗼𝗵𝗮) 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮, 𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮; 𝗛𝗮𝗽𝗽𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀 Seiring dengan maksud namanya, dia juga manusia biasa yang mengimpikan kebahagiaan. Hidupnya asyik dibelenggu emosi. Dia penat berkorban dan membahagiakan orang lain tanpa mempedulikan perasaannya sendiri. Pada saat dia mencari bahagia, mengapa yang dia temui hanyalah luka?
Faroha ni karya pertama kak Aisyahros yang kita baca and so far kita suka! Paling kita suka pasal buku ni sebab dia ada banyak sangat quotes & nasihat yang terselit dalam conversation antara watak-watak dalam buku ni. Bila baca tu rasa tenang je. 💌
Dari segi jalan cerita pula memang menusuk kalbu. Setiap ayat yang digunakan tu memang sampai ke dalam hati tau. Time kelakar, kita gelak. Time sweet, kita blushing. Time sedih, memang kita menangis. Srsly sebelum korang baca buku ni, kena sediakan tisu awal ii. This book literally one of the saddest book I've ever read. 😭
Buku ni memang banyak mengajar kita untuk lebih mencintai diri sendiri. Sometimes, kita tak boleh jadi terlalu baik dan naif sangat. Because at the end of the day, not all people is going to appreciate it. Akhirnya, kita sendiri yang akan kecewa. ;)
𝗡𝗮𝘀𝗵𝘄𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗶𝗵𝗮 Fariha ni memang seorang yang kuat, cekal & tabah. She suffers a lot and too much. Sometimes, kita rasa boleh relate dengan Fa. Bila kita asyik berkorban untuk orang lain tapi tak mampu nak ungkapkan perasaan sendiri. At the end of the day, mampukah dia mempertahankan perasaannya?
𝗛𝘂𝗱 𝗙𝗮𝘁𝗵𝗶 Nasib baiklah Fathi sentiasa disisinya. Since diorang ni best friend dari zaman sekolah, Fathi selalu bagi sokongan dekat Fa untuk menjadi lebih kuat. Sampailah diorang dah kahwin pun, Fathi sanggup buat segalanya untuk Fa. Memang husband material lah! 🔛🔝
Cumanya, bila masuk part konflik tu, kita agak tak puas hati dengan Fathi. How could he just put the blame on her wife without knowing the truth. Sebagai suami, dia sepatutnya lebih percaya pada isterinya. 🥺
If you like friend to lover, childhood friend, both fell first and fell harder, with a lil twist and a good cry, this book is for you. 💛
This is the first Aisyahros’ book I read. I literally cried at 4 in the morning finishing few chapters of this book.
I like the fact that Fathi has his own flaws. Bukan Fariha je yang ada flaw. I love it sebab each character ada perkembangan watak masing-masing. Fariha, Fathi, Dirah.
And the plot pun tersusun. Semua konflik terjawab and I love how realistic the characters are when they react in certain situations. I feel connected sampai nangis ye. I thought it’s just a cliche romcom.
I mean in a way cerita ni cliche tapi still dia pandai menyentuh jiwa pembaca.
Edit: Personally, I think Fariha might have undiagnosed personality disorder which could explain why she is the way she is and why she thinks the way she thinks.
(𝗙𝗮𝗿𝗼𝗵𝗮) 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮, 𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮; 𝗛𝗮𝗽𝗽𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀 Seiring dengan maksud namanya, dia juga manusia biasa yang mengimpikan kebahagiaan. Hidupnya asyik dibelenggu emosi. Dia penat berkorban dan membahagiakan orang lain tanpa mempedulikan perasaannya sendiri. Pada saat dia mencari bahagia, mengapa yang dia temui hanyalah luka?
Faroha ni karya pertama kak Aisyahros yang kita baca and so far kita suka! Paling kita suka pasal buku ni sebab dia ada banyak sangat quotes & nasihat yang terselit dalam conversation antara watak-watak dalam buku ni. Bila baca tu rasa tenang je. 💌
Dari segi jalan cerita pula memang menusuk kalbu. Setiap ayat yang digunakan tu memang sampai ke dalam hati tau. Time kelakar, kita gelak. Time sweet, kita blushing. Time sedih, memang kita menangis. Srsly sebelum korang baca buku ni, kena sediakan tisu awal ii. This book literally one of the saddest book I've ever read. 😭
Buku ni memang banyak mengajar kita untuk lebih mencintai diri sendiri. Sometimes, kita tak boleh jadi terlalu baik dan naif sangat. Because at the end of the day, not all people is going to appreciate it. Akhirnya, kita sendiri yang akan kecewa. ;)
𝗡𝗮𝘀𝗵𝘄𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗶𝗵𝗮 Fariha ni memang seorang yang kuat, cekal & tabah. She suffers a lot and too much. Sometimes, kita rasa boleh relate dengan Fa. Bila kita asyik berkorban untuk orang lain tapi tak mampu nak ungkapkan perasaan sendiri. At the end of the day, mampukah dia mempertahankan perasaannya?
𝗛𝘂𝗱 𝗙𝗮𝘁𝗵𝗶 Nasib baiklah Fathi sentiasa disisinya. Since diorang ni best friend dari zaman sekolah, Fathi selalu bagi sokongan dekat Fa untuk menjadi lebih kuat. Sampailah diorang dah kahwin pun, Fathi sanggup buat segalanya untuk Fa. Memang husband material lah! 🔛🔝
Cumanya, bila masuk part konflik tu, kita agak tak puas hati dengan Fathi. How could he just put the blame on her wife without knowing the truth. Sebagai suami, dia sepatutnya lebih percaya pada isterinya. 🥺
If you like friend to lover, childhood friend, both fell first and fell harder, with a lil twist and a good cry, this book is for you. 💛
فرح which means joy or happiness. This book unravels many personal topics about self, emotions, family and faith. The topics really resonates with me and I personally love this book because of that. I cried so hard at the chapter when Fariha and Fathi decided to accept everything that happened wholeheartedly and reunited back together in order to continue to feel the fulfilment and joy in life. The book was really well written and plot is organised✨
This review is genuinely from the bottom of my heart since this is the first book I read from Aisyahros. I dah ada karya dia yang lain tapi ada yang berkait kan timeline dia, so I choose to read keluaran IL ni dulu sebab tengok banyak good reviews🫣 however, I still put my expectation low and it somehow suits the criteria of a book that I want to read.
I love Aisyahros’s writing style. Rasa sakit, pedih, ngilu, hiba, sebak memang feel sampai ke jiwa. For someone yang tak senang nak nangis baca buku, sebenarnya beberapa scenes yang I menangis tu taklah sedih mana kalau tengok balik (except for that KEPUTUSAN SPM SCENE. aku dahlah baru bangun nak sahur tau!!! Pekena pulak dekat scene tu sebelum jamu selera. Ei laaaaa!!!😭) but I guess it’s all depends on when we read, does our emotion ready to face it, and does our brain interprets it well. Cara penyampaian Aisyahros pun kena dengan tekak I. Mungkin gaya dia olah tu, lagi menambahkan rasa sesak dalam peparu yang sedia penuh ni🧎🏻♀️ I ni dahlah memang lemah bab ayah. Kebanyakan yang I nangis, semua sebab berkaitan dengan Ayah Fariha. The only one that understands us left us without saying goodbye, and they left us forever, not coming back—what will you feel? 🙂
Hud Fathi — Allahu. Astaghfirullah. SubhanAllah. MasyaAllah. Bang, jangan hot sangat bang. Berpeluh saya dekat sini walaupun anda hanyalah sekadar watak yang wujud di dalam kertas bulky. Alamak melebih2 pula saya ni🫨 Fathi kaut semua love language ya, you alls! Physical touch? Words of affirmation? Act of service? Quality time? Name it! He has it all! Yang sering buat jantung Fariha tak tentu arah, dia. Tapi juga menjadi asbab hati Fariha yang sedia ranap, hancur buat sekian kalinya. Fariha sakit, Fathi pun sakit. Korang kena baca sendiri apa yang buat Fariha rasa benci gegila dekat jantan ni! I mean, valid. The reason of their miscommunicate and Fathi tuduh melulu macam tu aje, acceptable la bagi I. Eventho I feel that him as a husband, should trust and give a chance to his wife to explain before anything🥹🤏🏻
Nashwatul Fariha — Baca watak Fariha ni, rasa macam tengah tengok cermin. Fariha represents me a lot. Watak dia sebagai people pleaser memang menonjol gila ya. Apa yang dia buat, semua berpaksikan orang yang dia sayang. Sebab tu Fathi cakap, “be nice to people but don’t forget to be nice to yourself too”. I feel you, girl. I got your back. No worries. Fariha yang kuat, Fariha yang tabah, Fariha yang bijaksana. Even rasa macam geram sikit sebab Fariha tak bagi sedas terus dekat kakak dia yang dah buat macam2, I faham both sides. Kakak dia ni pun, kalau boleh nak aje aku tolak masuk gaung. Kau dah kenapa nyah, asyik rasa diri tu terpaling betul? 😀🫵🏻
At the end of the day, everyone got their proper closure which I like the way kak Aisyah tak buat watak terburu2 meraih kemaafan. Kiranya, exucation cerita memang superb. Tak lebih tak kurang✨✨ Semua watak pun nampak hidup dan wujud. Ada scene yang buat watak naik berang, kita pun ikut baran sekali. Senang cerita, buku ni penuh dengan 1001 rasa! Not to forget towards the end tu, saya sebak ya kenang tentang Haji Fuad🥹🥹🥹
BEST BEST!! PLOT AND CONFLICT YANG RINGKAS TAPI CUKUP PADAT. This is my first book from the author, selalunya i tak put high expectation dari author yang i'm not familiar with, but this one is damn good!!
Plot kalini best sebab the whole story discuss about "baik". Kebaikan ni besar, ada orang baik sebab dia memang baik which I believe that dia ada rasa empathy yang tinggi. Ada orang baik demi jaga nama. Ada juga orang baik sebab terpaksa. Contohnya macam Fariha. Seumur hidup dia, dia buat benda yang disuruh demi kebahagiaan orang lain. Ibarat orang bahagia, dia pun bahagia. Eventually dari terpaksa dia rasa lega. Kita mesti pernah buat sesuatu yang tak suka tapi lama-lagi jadi redha and tak terpaksa sebab dapat gembirakan orang lain kan. Macamtu la Fariha. Fariha hanya boleh mengadu dekat Fathi seorang je. Sebab hanya Fathi je yang tak pernah suruh Fariha itu ini.
Suka dengan watak Fariha walaupun saya ni kekadang jenis marah juga orang yang terlalu baik. Cumanya watak Fariha ni sebelum dia end up ikut jugak kata orang, dia dah fikir dah kenapa dia taknak buat and so on. Kiranya dia tak membuta tuli je ikut arahan orang. Sekurangnya dia dah try to defend herself. Well develop betul Fariha ni. Sesuai dengan watak dia sebagai student lawyer ni. Bagus dalam buat tindakan. Cumanya geram sikit sebab bagitahu lambat pasal diri dia and memaafkan Fathi ni dengan mudah. But nevermind, forgive not forget.
Watak Fathi ni barulah green forest yang tak rasa macam dunia fictional. I believe ramai je lelaki macam ni in reality. Cuma insan yang bertuah je dapat kenal dengan lelaki macam Fathi. Well yeah semua orang ada bad side, but cuba tengok good side Fathi. Dia tak paksa Fariha untuk open up, dia try "pancing" and end up Fariha akan luah sendiri. Kesabaran dan ketegasan Fathi pun lurve. Dia totally upgrade his status at his finest. Dia macam ye la treat as kawan but ada batas sebagai suami jugak. Bagusnya Fathi ni dia bagi Fariha pilihan lepas dah bagi nasihat. Nasihat Fathi tu semua berguna tau. I sendiri dapat pengajaran from his words. Cuma part conflict tu I tahu Fathi ni jenis rational so a bit slack sampai dia boleh beranggapan macam tu kat Fariha sedangkan he the only one that know her.
Nadhirah, yes secara general character dia memang toxic. But ada certain benda i faham kenapa dia act like that. Sedikit sebanyak Nadhirah ni bagi I sedar. As kakak sulung, mungkin I terlepas pandang on my actions toward my sister. My sister jenis tak banyak bunyi, so at some point I akan tolong decidekan untuk dia because she seems doesn't care about it. Because of that, I start bagi dia pilihan, when she decides on something, i will ask for reason. Tak penting sangat pun reason tu tapi melalui reason tu la i boleh nampak perasaan dia. So I faham kenapa Nadhirah behave like that, she just want the best for Fariha or even let Fariha become even better. Silap dia sebab suka membandingkan dan mendesak. Sebab tu once dia kena tegur, dia terus sedar.
Overall I would say this book memang terbaik untuk orang yang always jadi people pleaser, jadi baik untuk diri sendiri, jadi baik kerana Tuhan dan jangan jadi baik sampai memudaratkan.
“Ada masa kau kena open up for yourself too, Fa. Kau pendam semua benda seorang diri, tapi kau open up diri kau untuk tolong orang seramai mungkin sampai kau bebankan diri sendiri. Keep thinking that you're strong is not good, Fa. Kau pun manusia, tak semua benda kau boleh selesaikan dan tanggung sendiri. Kau nak tahu kenapa kau tak happy walaupun kau dah tolong banyak orang? Sebab kau cuma tolong orang lain, tapi kau tak tolong diri kau sendiri."” — Fa-Ro-Ha, hlm. 250 🌸
✨✨✨✨✨✨
BEST BEST!! 🌟 PLOT AND CONFLICT YANG RINGKAS TAPI CUKUP PADAT. This is my first book from the author and saya tak sangka, saya dah officially loveeee cara penulisan dia 😍👏
Novel ni bukan sekadar kisah cinta biasa, tapi mengupaa isu tentang makna “baik”. Ada orang baik sebab memang lahir dengan empati, ada orang baik demi menjaga nama, ada juga yang baik sebab terpaksa. Macam Fariha — hidupnya penuh pengorbanan, membahagiakan orang lain sampai dia lupa kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Hanya Fathi tempat dia mengadu, kerana hanya Fathi yang tak pernah mengikat dia dengan suruhan.
💛 Nashwatul Fariha — watak yang well-developed. Sebagai student law, dia ada cara fikir, ada cara defend diri sendiri. Walaupun kadang geram sebab dia lambat bercerita tentang dirinya, tapi saya tetap nak peluk dia erat-erat. Dia kuat, tabah, dan tetap memilih untuk jadi baik walau dikecewakan.
🌿 Hud Fathi — sehijau hutan hero yang real. Dia sabar, tegas, penyayang, dan paling penting: dia beri pilihan, bukan paksaan. Dialog-dialog nasihat Fathi bukan saja untuk Fariha, tapi menusuk terus ke hati pembaca. Husband material at his finest! 🔝
“As you wish, Nashwatul Fariha. And be my heaven too”.
👩👧 Nadhirah — toksik, ya. Tapi real. Bila difikirkan, dia cuma nak yang terbaik untuk adiknya. Ada teguran dalam kisah Dirah yang buat saya muhasabah diri sebagai seorang adik.
✨✨✨✨✨✨
📚 Bacaan ini membuatkan saya sedar — jadi baik itu bukan sekadar untuk orang lain, tapi juga untuk diri sendiri dan kerana Tuhan. Jangan jadi baik sampai memudaratkan. Novel ini penuh dengan quote yang menenangkan, banyak buatkan saya termenung setelah membaca.
Kalau korang suka trope childhood friend, friend to lover, both fell first & harder, dengan twist yang buat korang menangis — novel ni memang untuk awak. 💌
🌸 Overall: 5/5 ⭐️ — karya yang menyentuh, meruntun hati, dan penuh pengajaran. Fa-Ro-Ha bukan sekadar kisah Fariha & Fathi, tapi tentang kita semua yang pernah jadi terlalu baik, terlalu berkorban, dan akhirnya belajar mencintai diri sendiri.
Fariha yang bermaksud bahagia. Tapi sedikit pon rasa itu tidak dirasa. Mengalah, berkorban, sentiasa membantu & tidak pernah kata 'tidak' buatkan Fariha rasa dirinya terperangkap dengan emosi.
Persahabatan antara Fariha & Fathi sangat kuat. Hanya Fathi sahaja yang tahu apa yang dirasai oleh Fariha. Tapi mampu ke Fathi bagi bahagia buat Fariha?
Apa sahaja yang ditulis Aisyahros. I'm in! You know the feelings rasa calm bila membaca bukan sebab storyline but penulisan. Yes tu Ad rasa. About the storyline? Say no more sebab Ad enjoy sangat. Buku ni sweet ke? 50%. Buku ni sedih ke? 50%. For me sedih dia Ad tak nangis beria, but air mata jatuh2 lah.. macam beria lah kan 🤫🤭 but SO GOOD.
Apa yang membelenggu Fariha, idk but Ad faham sangat. Sampai ke dalam..
Itu yang dipesan Hud Fathi sentiasa. Buat baik tu berpada-pada. Be honest with your feelings. Sayang diri sendiri dan fikir diri sendiri. Orang always nampak kita sihat, but inside? Nobody know.
Fathi ni memang tulang belakang terkuat Fariha lah. The way dia kenal Fa, through phone call je boleh detect if dia tak okay. He will do anything to make sure his happiness happy. Awh my heart 💘 now Ad yang gembira lepas baca. Hihihi. Selamat membaca 💛🤍
“Apabila kita dah mula terima takdir dan bersyukur dengan apa yang kita ada, semua benda akan bertukar jadi tenang, akak. Hidup ini tak susah pun. Asalkan kita usaha sebaik mungkin, dan kemudian bersyukur dan terima takdir hidup kita seadanya, semua benda akan nampak baik di mata kita. Arwah ayah pun selalu pesan yang orang baik akan sentiasa diberikan yang terbaik oleh yang Maha Baik. Fariha yakin tu” - Fariha
- Fa-Ro-Ha, p. 423
Rasa nak peluk ketat-ketat seorang Nashwatul Fariha. Seorang Fa yang tabah, kuat dan baik. Susah betul nak jadi orang baik kan? Teruji dengan keadaan sekeliling yang kadang menekan, takdir Tuhan yang kadang pahit untuk ditelan dan kepercayaan yang kadang mula robek dibadai ujian. Dalam pada tu, seorang Fariha masih memilih untuk terus lapang dada dan jadi baik. Kehadiran Hud Fathi, teman setia yang ada di sisi. Watak Fathi, terlalu hijau. Tapi tetap menyedarkan untuk sentiasa bergantung harap dengan Tuhan, bukan manusia.
Keseluruhannya, saya seronok baca karya ini. Rasa tersentuh dan terpujuk sepanjang pembacaan, sebab tanpa sedar kadang kita juga boleh dan pernah hidup sebagai seorang Fariha, dan dikelilingi oleh orang-orang seperti Fathi, Nadirah, Haji Fuad dan Puan Sarah. Moga setiap dari kita dapat sentiasa jadi baik, dan paling penting jumpa dengan Fa-Ro-Ha kita yang tersendiri :)
Fariha. Seorang people pleaser yang tak reti nak cakap “tidak”. Bagi dia, semua yang dibuat tu demi kebahagiaan orang lain tapi hakikatnya, yang bahagia cuma mereka, bukan Fariha. Dia menderita dalam diam. I feel you, Fa. Penat kan, nak jadi baik sepanjang masa? Jadi baik tak salah… tapi Fa kena belajar untuk sayang diri sendiri dulu. 💔
Adanya Fathi betul-betul bawa cahaya dalam hidup Fariha. Dia jaga, dia lindung, dia tenangkan Fa seolah isi ruang kosong yang ayah Fa tinggalkan. Fathi tempat Fariha rasa selamat.
Tengok cover warna kuning tu, ingatkan kisahnya ringan dan penuh bahagia. Rupanya salah besar. Sekali baca, terus banjir bilik sebab nangis tak henti. 🌧️
Konflik dalam buku ni bukan sekadar tentang hubungan keluarga, tapi juga tentang perjuangan dengan diri sendiri…tentang mental health, tentang belajar untuk pulih perlahan-lahan. 💛
Cerita tentang Fariha yang terlalu menjaga hati orang sekelilingnya sampaikan hatinya sendiri terluka. Adanya Fathi yang sentiasa ada dengan Fariha membuatkan Fariha lebih selesa untuk cerita semua dengan Fathi.
Mereka terpisah disebabkan Fathi sambung belajar di luar negara. Perpisahan yang menyedihkan buat mereka berdua. Fathi menyimpan rasa bersalahnya pada Fariha selama 4 tahun sehingga mereka bertemu semula.
Part paling sedih mula dari Niel tolong Fariha lepas balik hospital tu 🥺 dari situ part fav la. Tapi Fathi pulak buat hal 😭 Lain kali dengar la dulu penjelasan isteri tu 😌 Memang sakit hati gila la sesiapa pun dituduh camtu maigodd. Pedih rasa.
Jadi kalau nak tahu keseluruhan cerita, sila lah beli dan baca Faroha ni 😍 Best SANGAT!
ya Allah buku ni best betul. awal-awal blushing teruk tapi bila hujung-hujung tu ya Allah, sampai takut nak selak buku, takut jadi apa seterusnya. dan ya, nangis jawapannya. saya banyak belajar benda baru dalam ni. dua perkataan penting, baik dan sabar. kena terapkan dalam kehidupan sehari-hari. watak female lead, fariha kuat. sangat kuat. kalau saya jadi dia, saya rasa saya tidak akan sekuat itu. banyak yang dia korbankan. sampailah jiwa dia. mental dia. kesian. hud fathi pula ya Allah sweet betul. manis betul mulutnya hahaha. I hope in future I have my own hud fathi, aamiin. kesimpulannya, buku ni akan jadi salah satu buku saya akan recommend kat orang untuk first time baca novel. best sangat cerita ni. 😞😞
“Aku nak jadi Al Fath untuk kau jadi Al Farihah yang sebenar”
I.melt.with.this!!!! Al fath — pembuka; Al Farihah — gembira. Fa yang selalu mendahulukan kegembiraan orang lain daripada diri sendiri dan Fathi yang sentiasa di sisi Fa mengajar Fa untuk mencari erti kegembiraan yang sebenar.
Suka gaya penulis yang menunjukkan flaws each karakter baik Fa (people pleaser), Nadirah (ramai orang macam Nadirah dalam dunia ni, sejenis suka play victim), Ibu Fa sendiri and even Fathi itself punnnn walaupun sejenis green flag (plot towards ending tu memang sakit hati betul dengan Fathi punya tuduhan melulu tu🙂↔️)
All in all, a good book to start my year 2025 with!!
Penulisan Aisyahros kali ni lebih menarik dan tersusun. Tema kekeluargaan antara Fariha dan kakaknya, slice of lifelah senang cerita. Ceritanya tersusun cuma kalau Aisyahros bagi kick lagi daripada sudut emosi dan konflik, insyaAllah lagi baik. Apa-apa pun, good job Aisyahros!
friend to lovers trope. hihi awaszzz macam lagu one direction tpi version 7 y.o #lurve teroksss #rollercoasternya #sangatbermanfaatuntukmenambahilmupengetahuansebabbanyakpengajaran
personality Fariha ni dia someone yang hopeless people pleaser. Fariha dan ‘pilihan’ cannot coexist in one sentence, sampailah muncul Fathi. from there, readers can slowly see how Fariha begins to assert her rights.
dan bak kata orang jangan memperkecilkan api kecil sebab once api tu berkobar, ia akan meletup. ‘scene’ tu buat aku sebak. plus, mati hati is real and no one wants to experience that. serious, rasa nak peluk je dia waktu tu.
Fathi nak cakap dia green, yes he is. dia sentiasa ada dengan Fariha everytime his girl needs his motivational support, tahu cara handle Fariha yang tiba-tiba kena panic attack, dan paling penting dia sentiasa selit nama Fariha dalam doa semata-mata nak menghalalkan dia. this guy sets my standard too high and i’m scared.
tapi eventho he’s a walking green flag guy, masih ada kesilapan yang dia buat. personally, i understand his reaction to ‘that scene’ because realistically, manusia mana je yang tak marah. cuma, i don’t really accept the fact that dia tak cuba mendengar penjelasan Fariha dan ayat yang dia lontarkan tu memang menyakitkan hati, tambah-tambah untuk kita kaum waniterrr.
apa-apa pun mendidih jugak darah setiap kali unwanted characters muncul.
- awal permulaan sangatlah seronok. teringat zaman sekolah time baca but masuk alam dewasa dah macam ergh nope - fariha kenapa susah sangat nak stand up by yourself? its okay untuk berkeras demi kebahagiaan diri sendiri. kita yang nak hidup bukan orang tu - fathi, haih seindah nama. lama ye nak berkurung dekat UK semata takut nak jumpa fariha. ada duit bolelah ish - nak fathi gak do - nadhirah. engko ni kalau tak menyusahkan adik kau tak boleh ke? sama macam mak kau si sarah tu
overall i enjoy it cuma ending dia macam drag sangat. tiber ada plot twist pula lepas alam perkahwinan haish,, dah serupa drama melayu.
This entire review has been hidden because of spoilers.