Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.
Perempuan paling aku cinta. Itulah tajuk yang diberi. Kisahnya tentang uda dan dara yang pernah terhanyut diri. Sehingga terjadi onar dan duri. Yang akhirnya memakan diri.
7 tahun lalu, Karl Hakimi. Dia umpama sang kumbang yang menghisap madu si bunga.
Bunga, si bunga yang bernasib malang itu terkapai-kapai seorang diri setelah ditinggalkan Karl Hakimi. Benarlah, habis madu sepah dibuang. Bunga kini, bunga yang tanpa madu.
7 tahun selepas itu, takdir mempertemukan mereka semula. Situasinya, Karl dan Bunga berada di bumbung syarikat yang sama. Atas dasar kerja, pertemuan demi pertemuan berlaku.
Bunga, dia masih menyimpan kebencian setinggi Gunung Himalaya. Wajah Karl yang seringkali hadir, bagai merobek luka yang lama.
Karl Hakimi. Cinta padanya seperti air laut. Ada pasang surutnya. Kerana surutnya cinta itu, 7 tahun yang lalu dia meninggalkan Bunga. Membiarkan Bunga terkapa-kapai, lemas sendirian.
Kemudian, Elman si lelaki budiman yang sering bersama Bunga itu, memercikkan rasa cemburu di hati Karl.
Lalu Karl mulai sedari. Cintanya pada Bunga seperti lautan. Mungkin benarnya, cintanya suatu ketika dulu pernah surut. Tetapi... tidak akan kering. Lalu Karl mula memasang strategi. Hati Bunga akan direbut kembali.
Mungkin benarlah kata pujangga. Kerana cinta, lautan api bisa ku redahi. 7 Lautan sanggup ku selami.
Ketika hati Bunga sudah menutup ruang buat Karl Hakimi, muncul pula si kecil Eusoff. Iras wajahnya persisi Karl Hakimi, membuatkan Bunga jadi penasaran.
Siapakah Eusoff? Apakah kaitannya dengan Bunga? Semuanya akan terjawab di dalam Perempuan yang paling aku cinta.
Resensi saya :
Karl Hakimi dan Bunga ini, lambang insan yang hatinya rapuh. Mudah tertewas oleh nafsu. Gelora jiwa sewaktu remaja, membuatkan mereka tersasar ke jalan maksiat. Benarlah, kadang2 cinta itu membutakan mata jiwa. Memekakkan telinga. Hendak pula sewaktu di awal usia yang masih mentah. Tersilap tingkah, buruk padahnya.
Teringat pada bait-bait lagu Ziana Zain-Kalau mencari teman.
Kisah duka ulang-berulang Hati luka cinta kecundang Bagaikan bunga kembang dipuja Layu dibuang..
Bercintalah berpada-pada Usah serah segala Turutkan hati turutkan rasa Diri sendiri akan binasa
Demi masa depanmu Berhati-hati selalu Kaji asal-usulnya Jangan sampai terpedaya Dari kau bercinta-cinta Baiklah berumahtangga Kalau mencari teman Janganlah memandang luaran Cari yang beriman
Wahai si gadis sunti. Marilah jadikan kisah Bunga ini suatu pengajaran. Di usia yang masih mentah, seeloknya zaman itu adalah untuk mengejar cita-cita bukannya cinta. Dan kalau mencari teman janganlah memandang luaran, sebaliknya carilah yang beriman. Bak kata Kak Ziana Zain. Cewah ^^
Kesilapan yang dilakukan oleh Bunga tujuh tahun dahulu mula menghantuinya kembali selepas pertemuannya dengan Karl Hakimi (Karl). Ketabahannya berdepan dengan segala macam pancaroba, termasuk dibuang keluarga, selama tujuh tahun selepas pemergian Karl mula luruh satu persatu. Paling malang bila rupa-rupanya Karl tak pernah mengingati Bunga sebagai sebahagian sejarah dalam hidupnya. Adeh, sadis!
Namun bila Karl mula mengenali Bunga dan kemudian mula mengingati siapa Bunga dalam hidupnya, dia mula menyesali atas perbuatan zaman jahilnya. Bunga mula diburu dan dikejar. Bagi Bunga pula, cukuplah sekali dirinya diperbodohkan oleh lelaki akibat kenaifannya di zaman remaja. Dia tak mahu terpedaya lagi dengan mulut manis si kasanova. Perasaan bencinya pada Karl memang berada pada tahap tertinggi.
Semakin jauh Bunga melarikan diri semakin hampir Karl mendekat. Lebih-lebih lagi bila mereka terpaksa bekerjasama untuk projek terbaru syarikat tempat Bunga bekerja. Portfolio Karl sebagai jurugambar terkemuka memang memberi banyak kredit untuk Karl bekerjasama dengan syarikat tempat Bunga bekerja dan sekaligus memberi kelebihan untuk Karl mendekati Bunga. Bukan mudah tu. Lebih-lebih lagi bila bos Bunga, Elman turut menjadi saingan. ;)
Pertemuan Bunga dengan seorang anak kecil membibitkan naluri keibuan dalam diri Bunga. Sedar kekhilafan yang pernah dilakukannya, Bunga tekad untuk mencari kembali anak kandungnya. Dapatkah Bunga bertemu dengan apa yang dicarinya? Nak tahu penyudahnya kenalah baca kan? :)
Komen saya : This is only my personal opinion. Mungkin orang lain tak rasa macam yang saya rasa. Dan yang penting jangan cop saya sebagai haters. Saya cuma rasa bertanggungjawab untuk menegur untuk penulis perbaiki penulisan untuk karya-karya yang akan datang. No doubt, she is talented. Cuma kalau ditambah bunga-bunga mungkin lebih menarik. Bunga-bunga itu maksudnya di sini bukan maksud nak tambah adegan terlebih gula ya, tapi saya rasa cerita ni lebih menarik lagi kalau diselitkan sedikit sebanyak background kerjaya Karl dan Bunga. I mean, ia akan jadi lebih menarik kalau ada lebih banyak description tentang kerjaya jurugambar dan juga kerjaya Bunga dengan syarikat barang kemas tu. Hmm, mungkin sebab saya bosan kot dengan scene Bunga yang tak habis-habis ‘jual mahal’ dengan Karl and end up tiba-tiba ajak Karl berbaik seolah-olah nak dapatkan hak penjagaan anak diorang. Ops! Apa pun tahniah buat penulis atas usaha menerbitkan sendiri karyanya ini walaupun dengarnya banyak halangan yang terpaksa ditempuh. :) Saya tahu bukan senang nak menulis dan bukan senang nak memenuhi selera dan kehendak semua orang. Thanks for your efforts and also for the message contained in this book. Last but not least, mesej untuk adik-adik yang mahu membaca buku ni, silalah hadamkan sebaiknya ya. Jangan sampai berfikir macam orang yang dimaksudkan dalam dalam entry ini. Jangan sebab keseronokan sekejap tu kita bakal rasa bersalah seumur hidup. ;)
Andai mampu aku putarkan putaran dunia [blurb novel]
Sayangnya kita memang tak akan pernah mampu berbuat sedemikian. Apa yang bisa dilakukan adalah untuk terus maju ke hadapan. Dan itu pun bukan mudah melaluinya, tetapi itu harga yang perlu dibayar oleh Bunga untuk menebus setiap kesalahannya dulu. Kerana kealpaannya, dia hanyut dalam godaan Karl Hakimi [Karl]. Hanya sekali tetapi keterlanjuran yang sekali itu lah membuatkan Bunga hilang segala-galanya.
Bunga dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan kemudiannya Karl hilang tanpa dapat dikesan. Mudah kan lelaki untuk cuci tangan? Haihh...moga-moga adindaku memahami mesej yang tersirat. Jangan hanya pandang kisah romantica-de-amor saja.
Pertemuan Bunga dan Karl selepas bertahun-tahun hanya menambah bara yang terpendam. Senang benar lelaki itu tiba-tiba muncul dan meminta maaf. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Sedangkan Bunga selama ini terkontang-kanting membela maruah diri yang tercalar. Wah! Terasa aku emo lebih di sini *wink*
Namun bagaikan sudah sebati dalam hidup sang kasanova, mengalah bukan ada dalam prinsip Karl. Dia harus mengejar kembali sang bunga idaman. Dan saat itu dia mengerti. Bukan hanya keterlanjuran yang menjadi isu, ada banyak sebab mengapa Bunga membencinya sepenuh hati.
Karl cuba membaiki keadaan. Buat pertama kali mahu bertanggungjawab dengan Bunga. Memang bukan mudah, apatah lagi benci, dendam dan luka di hati Bunga makin parah. Tetapi Karl tak pernah jemu mencuba. Apatah lagi dengan kehebatan Elman; bos Bunga yang segak dan kaya-raya itu buat Karl rasa tergugat. Dia perlu bertindak segera. Apa cara sekalipun harus dilakukan, yang pasti mahukan Bunga kembali di sisinya.
Aku menyenangi gaya penulis ini. Alunan bahasanya tersusun indah. Mudah buat aku tertarik dan tergoda. Opps! Tapi maaf ya! Kali ini aku lebih banyak melangkau baca. Mungkin kerana aku bosan dengan adegan tarik tali si Bunga [padaku punca kenapa novel ni tebal]..atau novel ini hadir ketika lambakan kisah terlanjur di pasaran. Jadi aku mengharap lebih daripada penulis. Slot keinsafan Bunga dan Karl Hakimi misalnya yang perlu ditekankan kerana isu terlanjur dan pembuangan bayi sudah dijadikan pokok cerita.
Walaubagaimanapun tahniah buat penulis. Dengar khabar, tak putus-putus order yang diterima untuk keluaran edisi terhad ini. Pasti saja pengorbanan yang dilakukan untuk menerbit sendiri novel ini berbaloi-baloi bila ada penyokong tegar. Selamat maju jaya!
Ps: Kredit buat Kaksha & Hajar yang menjadi ‘alarm’ buat aku membeli novel ini *hug+kisses*
Aku suka dengan wrap-up cerita novel ini. Permulaannya seperti yang boleh dibaca dari blog Acik Lana, flashback cerita bagaimana Bunga bertemu dengan Kimi. Kemudian setelah 7 tahun mereka bertemu kembali, Karl Hakimi@Kimi lupa Bunga ni, (boleh gitu? Hempuk kalau dia betul-betul wujud) tapi dia jatuh cinta balik pada Bunga. Demi tak mahu kembali pada K.Kim dia hampir berkahwin dengan bos@taukeh emas. Gitu-gini banyak perkara berlaku tarik-tali-caklempong-bla-bla. Best moment, yang buat aku tersayat jiwa, pada pertemuan Kimi dengan ayahanda Bunga. Minta maaf plus minta nak kahwin dengan Bunga. Sikit aje part tu. Mungkin sebab personal/ jiwa cengeng/ce'wek, ada rasa sangat sayu kat situ. Bayangkan 7 tahun berpisah dengan ibu ayah kerana dosa semalam, tapi mereka masih tak boleh terima (ayah). Kerinduan ibu. (Secara peribadi, aku harap bahagian ini dikukuhkan lagi).
Overall cerita ini best. Enjoy untuk bacaan ringan. Memandangkan aku lambat update pasal novel Acik Lana (self-published), satu sebab tak pernah baca novel dia lepas baca Maaf aku tak sempurna baru tau, lama tak jengah blog, dh cetakan ke-2 baru sedar. Nasib buka lagi order ritu...Sekarang ni ada e-novel baru dari Acik, Akadku yang terakhir. Kena make sure tak miss lagi.
~Sekarang masih tertanya-tanya, kenapa dah dua novel aku baca mesti hero/heroin mesti terpisah 7 tahun? -7 is my fav number-dan dua-dua best dibaca. Sweet&Sour/Nasz dan PYPAC/Acik Lana.
Perempuan yang Paling Aku Cinta (PYPAC) merupakan novel pertama terbitan penulis Acik Lana sendiri and sudah lama I want to add this book to my collection. Akhirnya, tercapai juga nak dapatkan buku edisi terhad ne.
Novel-novel Acik Lana yang I dah baca sebelum ne semuanya I rate 5 stars. This time, however, I terpaksa minus 1 star sebab for me, PYPAC ne ada kekurangan jika nak compare dengan novel-novelnya yang sebelum ne. I also feel meluat when I read certain scenes. Will get to that...
Isu yang diketengahkan dalam novel ini adalah sesuatu yang sangat berat; fenomena yang sering terjadi pada zaman ini. I'm talking about gejala social yang sekarang susah nak dikawal... and about pembuangan bayi.
I'm glad that penulis started the story 7 years after the event sebab I'm not sure I want to read part drama tu dari mula and I tak beberapa suka membaca kisah cinta semasa di zaman sekolah (walaupun pada hakikatnya I pun melakar kisah cinta semasa masih dibangku sekolah... haha)... sebab most story yang I read ne, when it comes to cerita anak muda di zaman sekolah, penulis tend to write as if the youngsters tu macam darjah 6. In this case, however, I don't feel that tapi still I like the fact that the story started the latter part rather than how it all started.
Setelah sekian lama, Bunga dipertemukan semula dengan lelaki yang telah menyebabkan hidupnya diliputi kesengsaraan. Karl Hakimi, seorang photographer yang tersohor, telah kembali ke Malaysia kerana didorong oleh hatinya sendiri... Pertemuannya dengan Bunga membuahkan perasaan aneh di dalam dirinya. Kebencian Bunga terhadapnya menyebabkan dia nekad untuk mencari punca... dan akhirnya, dia mendapat tahu yang perempuan yang telah dirosakkannya rupa-rupanya telah mengandungkan anaknya dan oleh sebab itu, dia dibuang kolej dan keluarga.
I rasa penulis memang bijak melakar plot novel dengan baik dan in terms of susunan ayat dan gaya bahasa, memang sentiasa rapi. Penggunaan bahasa Inggeris di tahap average, maybe. I dapat detect so many kesilapan...
I suka pada watak Karl Hakimi, cuma I'm not too fond dengan cara pergaulannya. From the way I read, Karl Hakimi was not aware of the fact that Bunga was carrying his child semasa meninggalkan Malaysia... and kenapa dia meninggalkan Malaysia pun, I'm not so sure kenapa. I don't remember it being mentioned so I don't know how to judge him based on his past... tetapi based on his present behavior, I suka that timbul rasa bersalah kerana membiarkan Bunga sendirian menanggung derita and he tried to perbaiki every wrongdoings.
Bunga... I'm not sure about her character. Setelah melalui segala kepayahan tu, I just don't understand kenapa dia still not jaga cara pakaiannya. In one scene, dia ada pakai baju short sleeve and dress paras lutut... masih tampil seksi.
I rasa so tired the whole time reading this novel sebab mostly, Bunga was being so stubborn, and then secara tiba-tiba, hilang terus ego dia after Elman reject her baby. Serious... I rasa that was too sudden and somewhat nonsense. I tak suka dia memberi harapan kepada Elman just because dia nak sakitkan hati Karl Hakimi. I think that was just plain cruel. Mungkin benar dia memang ada perasaan suka pada Elman, tetapi most things dia buat dengan Elman tu adalah untuk meyakinkan Karl Hakimi yang dia dah move on. I really have mixed feelings about her character.
Keinsafan both Karl Hakimi dan Bunga perlu lebih ditekankan sebab I tak rasa sangat feel keinsafaan mereka ne... Mungkin I read two novels sebelum ini yang terlalu menekankan kekesalan sesuatu watak yang telah membuat dosa... so, that's why I tak rasa sangat rasa kesal tu sebab mostly the couple mostly cakap pasal their feeling for one another; semuanya macam loving-loving saja...
"You were my first" - When Karl Hakimi said this, I rasa penulis wanted to point out that Bunga was his only (first and last). Kalau first tu, boleh jadi dia ada melakukan perkara yang sama dengan orang lain, and Bunga was just the first... so, if I di tempat Bunga, I akan cakap, "Yeah... first but not the only kan?" LOL. I don't know apa sebenarnya Acik Lana nak sampaikan with that statement. Obviously, I'm over-thinking about this one statement.
Banyak pengajaran yang dapat diambil after reading this book. For example, penceritaan tentang kesilapan perempuan muda yang terlalu mengikut kata hati boleh kita jadikan satu pengajaran supaya lebih berhati-hati di dalam pergaulan.
All in all, another naskah hebat from Acik Lana, despite the complaints that I had. Novel ini pastinya akan dibaca berulang-kali.
Most recommended!!
Sinopsis:
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.
Perempuan yang paling aku cinta.. Antara buku yg ramai orang tercari2 kot.. Dengar cerita harga buku ni pun dah makin mahal bidaannya.. Kalau saya jual buku ni.. Boleh untung beratus persen.. . Ha.. Ha.. Ha.. Terus terang cerita PYPAC tak lah teruk sgt ceritanya.. Acik Lana seorang penulis yg bagus MUNGKIN kali ini ada sesuatu yg kurang.. Kebarangkalian mungkin ceritanya meleret sgt.. Aksi jual mahal si heroin, aksi marah, aksi merajuk, aksi Memujuk, aksi mengoda, dan macam2 rasa nak letak dalam cerita ini.. Sedangkan ceritanya senang je.. Hero terlanjur dgn heroin, ditinggalkan selama 7 tahun.. Terjumpa tampa disangka.. Hasil dari keterlanjuran lalu Maka ada nya Eusoff anak mereka.. Ada rintangan dan halangan dalam perhubungan mereka... Tambahan lagi untuk mendapatkan semula anak mereka setelah ditinggalkan.. Akhirnya mereka bersatu.. Habis cerita...
1sty... Sila tepuk tgn kuat2 pd ML. Sbb apa? Sbb seelah berkurun lama... Dah setahun kot... Akhirnya, PYPAC ni, berjaya jugak digapai. Okey.. Ni novel kedua AL yg ML baca...novel ni mmg jd fenomena kot.. Aper x nyer.. Sanggup Oooo org beli ngan harga RM 250. Tu yg ML sempat terperasalah.. Tp ade lg kot yg buat bid lebih tinggi. ML x ambik port sgt... Nasib baik ML order terus dgn acik masa dia open order utk kali kedua. ML beli pun dah gmbr badan pempuan tu.. Kira 2nd editionlah...
Kalau tya ML, berbaloi ker x beli mahal2 tu?.... Hemmmm... Nak ckp mcm mana ek... Nak ikhlas ker x? Oklah... Honestly, x berbaloi pun.... Ceritanya lebih kurang Andai Itu takdirnya siti rosmizah. Bezanya, Bunga buang anak dia. Tahniah Acik sbb boleh twiest citer ni...
Keseluruhannya bagus... Kari bagi ML, playboy biasa jer... Sbb ayat dia, kurang bergula sgt... Tp, ML puji satu jer Karl ni... Bunga yg 1st.. Hehehehe... Boleh percaya ker? Lalalala... Aper2lah....
Cuma ML terfikir jugak... One day, apa yg Eusoff akan tya... Kenapa nama dia bin Abdullah.... Apapun... Oklah... Terhibur jugaklah ..
Actually novel ni baru sampai semalam & terus baca sbb all the review yang tak boleh nak tahan2 lagi. dlm masa satu hari, saya habiskan naskah ini. Cerita yg mudah dihadam, olahan yg baik, jd tak pening kepala nak faham.
Saya tak nak bercerita ttg kisahnya. Ya, spt review yg lain, mmg lelah dengan adegan tarik tali Bunga & Karl Hakimi. Tapi, saya suka cara Acik mengolahnya dan maaf yer, saya tak bosan.
Sbgi penulis, saya tahu Acik cuba menggambarkan watak Bunga yg turun naik perasaannya. Saat terluka, saat marah, saat rasa sayang itu datang mengamit, pada saya acik dapat gambarkan dengan baik. Saya faham, acik cuba letakkan diri acik dalam jiwa Bunga pada satu2 masa.(Sbb ketika saya melakarkan watak Nurul Hasyifa juga, saya bayangkan perasaannya juga turun naik. bukan setakat lelah lagi, dah naik menyampahpun ada). dan saya mengerti kesukaran itu.
Ya, tiada yg sempurna. Tp, saya salute kerana cerita ini acik tidak lagi larut dalam keromantisan spt naskahnya terdahulu. disini, saya dpt rasakan 'kekerasan' jiwa Bunga.
Mungkin 'rasa' kita berbeza. tapi, apa yg ingin disampaikan oleh acik dlm naskahnya kali ini, saya suka. teruskan usaha!
Tajuk : Perempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana Pages : 676 Rating: 4.9/5🌟 Trope: groveling+ second chance+ she fell first but he fell harder +
My thoughts 💭 (my opinion not yours)
This is my second book from penulis and I love your writing and idea dalam karya you sis😍 your writing pula sedap dibaca. Bila sesuatu karya tu sangat bagus sedar tak sedar laju je i habiskan ebooknya hahahah...😆
Cerita kalini konflik tak terlalu heavy for me but still best dibaca. Saya suka sangat the way si Karl Hakimi grovel 🙈 baru dia tahu macam mana impak kuasa cinta HAHAHAHA.. bermula dari seorang playboy/kasanova terkenal tapi bila terjumpa kembali dengan Bunga, perempuan yang dia tinggalkan dulu selepas kejadian hitam tersebut hati Karl mula berubah arah.
Mula² tak cam Bunga tapi bila dah cam dia pula yang TerBunga-bunga 😂 lepastu kebetulan pula dapat se-project dengan syarikat yang Bunga bekerja sekarang. Karl pun apa lagi.. mulalah misi memohon maaf dan memikat Sang Bunga kembali sebab dia dah jatuh cinta sangat ni😩 sesuai dengan tajuk buku 🙈 Dari sini boleh nampak ya usaha si Karl untuk minta maaf dengan Bunga atas apa yang dia dah buat.. Bunga pula benci sangat dengan Karl sebab Karl punca dia dibuang keluarga dan hidup dia susah 7 tahun lalu..
Bagi I ebook ni best sangat! Karl Hakimi really sweet talker tau lepas dia jatuh cinta yang mendalam dengan Bunga, lepastu dia sanggup buat apa² je untuk Bunga,🥺 from redflag to green flag. 💚 I also love the way Karl grovelling untuk minta keampunan dari Bunga dan mak ayah Bunga. 🥺🤍 Walaupun ada la setengah scene yang buat kita geram dengan si Karl dan Bunga ni tapi takpe dikit² ga ngaruh kok.🤣
Kesimpulannya untuk karya kalini sangat best it was a good read for me, also this story tak draggy sangat and takde part yang bosan, semuanya just nice je. This one is a yes. Recommended 👍 ✨
Isu yang diketengahkan penulis dalam novel ini..tentang masalah sosial dan masalah pembuangan bayi. Mereka perlu dibantu kembali kepada Islam bukan terus dihukum...
Bunga leka dengan cinta lelaki kasanova berwajah pan Asia, Karl Hakimi sehingga sanggup menyerahkan dirinya..tapi cinta Karl tidak pernah ikhlas, meninggalkan Bunga sendirian menanggung natijah dari perbuatan mereka. Bunga dibuang dari kolej dan dihalau oleh bapanya. Kesan dari tekanan yang dihadapi, Bunga nekad meninggalkan bayinya di perhentian bas ketika hujan lebat..
Enam tahun berlalu, Bunga berjaya membina kerjaya di sebuah syarikat barangan kemas dan Karl tergerak hati untuk kembali ke Malaysia dan membina kerjayanya disini. Pertemuan tidak sengaja antara Bunga dan Karl menambah perasaan benci yang amat mendalam di hati Bunga, tambahan pula Karl langsung tidak mengingatinya. Urusan kerja merantai mereka bersama. Karl cuba memohon maaf dan cuba membetulkan semula kesilapannya dengan melamar Bunga. Tetapi kerana amarah dan bimbang ditinggalkan sekali lagi. Bunga mnerima lamaran Elman walaupun tiada rasa cinta utk lelaki itu.
Dua kali bertembung dengan kanak2 lelaki seiras Karl, membuatkan Bunga tekad mencari anaknya untuk menebus kesilapnya dulu..tapi dapatkah Elman menerima kewujudan anak Bunga...atau bersatukah keluarga kecil Bunga...dan bagaimana pula dengan ibubapa Bunga... kenalah baca novel ni.... :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Syahdunyer cerita ni...
Hidup Bunga tak seharum namanya. Kerana dibuai cinta, dia terlanjur dan dibuang keluarga. Tujuh tahun hidupnya terseksa.
Karl si kasanova tak sangka dia bertemu semula dengan bunganya. Sungguh dia tak tahu akibat keputusannya yang drastik, hidup seorang gadis muda teraniaya.
Kesian sangat dengan kisah hidup Bunga. Dahlah ditinggalkan kekasih, mak ayah pun tak mangaku anak. Siap kena belasah lagi!
Saya tak terdaya untuk menghabiskan buku ini. Paling-paling pun sehingga muka surat 430. Saya tak suka watak Bunga & Karl Hakimi. Memang penulis ada mengatakan bahawa dia menyelitkan isu gejala sosial dalam buku ini. Tapi I cannot read forward because for reasons I just can't explain. This book is just too heavy for me. I do like karya yang lain-lain sebelum ni. But not this time. Mungkin kerana saya menaruh expectation yang sangat tinggi. I don't know
Novel limited edition Acik Lana, Perempuan Yang Paling Aku Cinta. Roller coaster emosi baca buku ni... rasanya ramai yang tak puas baca sekali. Acik Lana begitu bijak memainkan perasaan pembaca dengan watak-watak mantap... sungguh bukan main-main. Kalau saya biasa meluat gila dengan novel HF yang watak wanitanya menggedik dan lemah mudah sangat digoda, watak Bunga sangat awesome. Dia pernah tergoda dan ternoda, dia mengaku dan pasrah tapi tidak sekali-kali dibenarkan hatinya terluka lagi. Karl yang gagah dengan lagak penggoda, sekali hatinya terdetik sayang, begitu nekad berbuat apa saja malah merendahkan egonya semata-mata mendapat semula kepercayaan Bunga. Saya tabik dengan nukilan AL melakar watak dan kisah dua pasangan sejoli ini. Marah benci meluap, sayang cinta menggunung, menyesal sedih, rindu pedih yang terlalu menyeksakan, puas pasrah berkorban... berulang-ulang bak ombak menghempas pantai. Memang best. Karl Hakimi & Bunga - pasangan secocok. Korang nak baca ? Kalau ada peluang, dapatkan lah buku ni. Yang berhajat saya nak sewakan.
hmmm tak tahu sebenarnya kewujudan novel ini, baca review katanya novel ini jika let go beratus ringgit.. so dari situ nak tahu juga apa keistimewaan novel ini.. E sentral ada buka jualan utk novel ini.. tapi dalam ebook lah..
Benarlah bila berdua2an ada yg ketiga.. Nikmat haram yg sekejap membuat penyesalan seumur hidup.. Tapi pintu taubat senantiasa terbuka..
Agaknya siapa yg jadi Playboy ini sebenarnya depa kurang kasih syg kot.. Nasib baik belum terlambat untuk dia menebus semua kesalahan pada bunga..
Yang mana elok dijadikan tauladan yang mana buruk di jadikan iktibar.. Sama2 lah kita berdoa semoga allah swt melindungi keturunan kita semua dari terjebak dengan perkara2 negatif..
okayy, my first impression, patutlah orang pakat duk mencari novel ni walaupun dah jadi harga Yahudi, sebab memang best! Bagi aku, ni antara karya terbaik AL la. .
Cerita ni tentang Bunga yang pernah terlanjur ngan Kimi. Lepas tu, Kimi yang dulunya menabur janji dan harapan, tinggalkan Bunga terkontang-kanting. .
Bunga, satu-satunya harapan keluarga, dibuang keluarga setelah dia mengandung dan dibuang kolej. Lagilah buatkan Bunga membenci Kimi. .
7 tahun berlalu, mereka kembali bertemu dalam situasi yang tak dijangka. Makin terguris hati Bunga apabila Kimi langsung tak ingat siapa Bunga. .
Bila Kimi dah tahu kenapa Bunga beria bencikannya, dia mula mencari sebab. Lepas tu, memang dah jadi laki gila talak la. Asyik duk pujuk rayu Bunga je. .
Aku tak suka perangai 2 ketul ni bila nak cemburukan masing-masing, dorang akan menggedik ngan orang lain. Geram betul la. Pastu bagi harapan palsu kat orang lain pulak. .
Dan satu lagi, aku suka sebenarnya bila part Kimi beria pujuk Bunga. Macam-macam dia lakukan supaya hati Bunga terpujuk. Aku tak tahu la, kalau in real life, aku suka ataupun aku rimas. hahaha .
Oh ya, ni bukan pasal Bunga ngan Kimi je tau. Ada Eusoff Imran jugak. Siapakah Eusoff yang menjadi kecintaan Bunga tu?
hoyeyyyy.... selamat juga menghabiskan nya.. tepat jan 2:00am ~ 15/3/2013... mengambil masa yg lama... bukan sbb ceritanya x best... tapi disebabkan keja yg banyak kat opis... x de masa nak curi2 baca novel nie... tapi alhamdulillah... selamat menghabiskannya... as usual... cerita acik pasti sweet2.. melting2... tahniah acik... gud job.. pada yg belom beli dan rasa nak beli.. sila cari acik.. jgn cari kat kedai buku... sbb buku nie x dijual di kedai buku... buku nie acik print sendiri dan dijual on line je... kalau cari kat kedai buku... mmg x kan jumpa...
karl yg insaf, sweet, macho.... bunya yg comel, cute, keras hati (sbb karl jugak)...
kalau nak jumpa ngan diaorg bedua nie... nak tau pasal diaorg berdua.. sila cari acik lana... hehehhehe...
menunggu buku terbaru acik. ~ PELANGI CINTA BUAT SUAMI...
Dalam kisah sedih Bunga ada sinisnya, dan berjaya mainkan emosi aku jugak. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah ni.