Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berakal Dalam Beragama

Rate this book
Dalam perjalanan kerohanian mencari hakikat kebenaran, akal dan iman bukanlah dua unsur yang bertentangan, tetapi merupakan dua kekuatan yang saling melengkapi. Berakal dalam Beragama membawa pembaca kepada pemahaman yang mendalam tentang bagaimana kedua-duanya boleh bersatu dalam pencarian makna agama yang lebih mendalam. Melalui perspektif Imam al-Ghazali, seorang ulama sufi terkemuka dan ahli falsafah Islam, buku ini menawarkan panduan berharga dalam menggunakan akal untuk mempertajam iman dan pemahaman kita terhadap ajaran al-Quran.

Penulis mengajak kita melakukan perjalanan introspektif, meneroka bagaimana Imam al-Ghazali meletakkan akal sebagai alat penting dalam memahami dan mendalami ajaran Islam. Dengan analisis yang teliti dan perbincangan yang meluas, buku ini membuka tetingkap baharu tentang cara menggabungkan penggunakan akal pada tahap maksimum dalam mencari kebenaran. Berdasarkan al-Quran dan sunah, penulis mendedahkan bagaimana pemikiran kritis dan reflektif dapat membimbing kita kepada pemahaman yang lebih kaya tentang kebenaran rohani.

Berakal dalam Beragama adalah lebih daripada sekadar buku tentang agama; ia menjadi panduan kepada setiap individu yang mencari kebenaran dengan hati terbuka dan fikiran kritis. Buku ini mengajak pembaca untuk mengikuti jejak kebijaksanaan Imam al-Ghazali, menunjukkan bahawa dalam mencari kebenaran, akal dan iman perlu seiring, menyuluh dan memberi kekuatan untuk mengharungi cabaran zaman.

143 pages, Paperback

Published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Sayf al-Siddiqi

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (44%)
4 stars
13 (52%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Zaki Sapuan.
5 reviews5 followers
August 11, 2024
Buku yg nipis dan padat dlm membincangkan sumber atau epistimologi beragama. Ringkasnya, merupakan ringkasan kpd kitab Qistas al-Mustaqim, Imam al-Ghazali. Berpuas hati dgn gaya penulisan, namun boleh diperbaiki lagi supaya tidak di tahap status fb. Syabas.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
40 reviews
May 6, 2025
Sejujurnya saya sangat berbangga dengan kemampuan anak muda menulis isu-isu yang berat seperti ini. Sangat kurang sekali penulis-penulis buku khususnya buku tentang pemikiran, akidah dan pegangan agama yang lahir daripada golongan remaja. Penulis dilihat berjaya menghasilkan karya yang sesuai untuk dibaca oleh pembaca masa kini kerana gaya penulisannya tidak terlalu berat dan tidak pula terlalu ringan.

Buku ini pada hakikatnya merupakan intipati yang diperah daripada kitab Al-Qistas Al-Mustaqim karangan Imam Al-Ghazali, namun penulis muda ini berjaya memudahkan kefahaman kita terhadap karya ulama agung ini disamping pengenalan awal yang diberikan oleh penulis dapat menjawab beberapa persoalan yang sering terbuku dalam diri manusia.

Persoalan penggunaan akal dalam beragama sering menjadi perbalahan dalam kalangan masyarakat. Adakah segala yang berkaitan agama bersifat satu dogma yang perlu diterima bulat-bulat tanpa banyak bicara? Atau pembuktian melalui akal terhadap ajaran agama dibenarkan dan terbuka kepada siapa sahaja? Kenapa perlu berakal dalam beragama?

Tekunilah buku ini untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Saya kira anda semua perlu membacanya. Tahniah sekali lagi penulis, kami ternanti-nanti karya seterusnya. Selamat maju jaya!
Profile Image for Nuruddin Azri.
402 reviews177 followers
April 20, 2026
Buku menarik ini, persis pengenalan ringkas – tetapi bermakna – terhadap ilmu kalam dan mantik dengan menjadikan karya Imam al-Ghazali sebagai panduan khususnya kitab al-Qistas al-Mustaqim (selain al-Munqiz, Ihya’ dan Mi’yar al-‘Ilm). Penulis juga merujuk karya-karya ilmuwan muktabar dari dunia Islam seperti karya al-Iji, al-Taftazani, al-Sanusi, al-Razi, Ibn Taimiyyah, Mustafa Sabri, Abu Zahrah dan al-Attas selain karya ilmuwan Barat seperti karya Russell dan Copleston.

Perbahasan mengenai “tasawwurat-tasdiqat” dan sumber-sumber ilmu (panca indera, akal dan wahyu) dikupas dengan cukup baik dan dituruti dengan analogi dan premis yang mudah dicerna. Bagi yang pernah menelaah Risalah fi ‘Ilm al-Mantiq (Syeikh Yasin al-Fadani), al-Munqiz min al-Dhalal (al-Ghazali), A History of Western Philosophy (Russell), Islam and Secularism (al-Attas), Atas Nama Kebenaran (Dr. Khalif Muammar) serta Islam dan Pluralisme Agama (Dr. Khalif Muammar), pembacaan terhadap buku ini akan menjadi lebih mudah mengalir dan lancar kerana penulis membahaskan dalam spektrum perbahasan yang sama.

Jika di Kaherah dahulu, dalam disiplin ilmu kalam, kelas Syarh al-Mawaqif oleh Syeikh Hassan al-Shafi’i di Masjid al-Azhar dan kelas Mawqif al-‘Aql oleh Syeikh Ahmad Sa’ad al-Damanhuri merupakan antara kelas yang dinanti-nanti dek kerana korpus perbahasannya yang cukup lumayan, mendalam dan mengenyangkan.
Profile Image for Faiz • فائز.
389 reviews3 followers
March 9, 2025
Ketika dunia berhadapan dengan kerancuan pemikiran yang pelbagai, Islam hadir membawa solusi. Islam—sebagai satu-satunya agama yang berpaksikan kebenaran, berjaya menangkis dan melawan hujah-hujah yang menyeleweng—yang diwujudkan sekadar untuk mencipta kekaburan, kekeliruan dan kekaburan kepada manusia. Antara pemikir Islam yang menjadi benteng kepada kecelaruan ini ialah al-Imam al-Ghazali رَحْمَةُ الله عليه . Maka, usaha al-Imam ini diteruskan oleh seorang mutakallimin muda, Ustaz Sayf al-Siddiqi.

Melalui buku ini, beliau menghuraikan ilmu kalam dan mantiq dalam bahasa yang mudah dicerna oleh orang awam—perkara-perkara berkaitan kebenaran, kewujudan Tuhan, peranan manusia, agama Islam, sumber pemerolehan ilmu, timbangan berfikir dan banyak lagi. Buat mereka yang sudah bergelumang dengan ilmu kalam atau perbahasan tauhid, mungkin sudah mangli dengan perkara-perkara yang dibincangkan di dalam buku ini. Sebaliknya, buat orang awam seperti saya, banyak pengetahuan baharu yang saya peroleh.

Cuma, antara kekurangan terbesar buku ini ialah penyusunannya agak kucar-kacir. Topik dan sub-topik disusun tanpa kerangka yang jelas. Setiap perbahasan yang disusun, tidak dinafikan mempunya perkaitan, namun masih sukar untuk digarap perkaitannya. Pemahaman saya kadang-kadang terencat disebabkan berusaha untuk memahami perkaitan perbahasan sebelum dan sesudahnya. Tambahan pula, ada banyak perkataan yang ditebalkan ( bold ). Saya yakin akan hasrat murni penulis (atau penyunting) adalah agar ingin memastikan para pembaca peka dan cakna isi yang ingin diketengahkan, namun terlalu banyak penebalan perkataan kadang-kadang meresahkan pembaca.

Selain daripada dua kelemahan ini, saya merasakan buku ini sangat baik, bahkan boleh dijadikan pemula untuk menggali lagi khazanah turath Islam, ilmu kalam dan ilmu mantiq. Buku ini juga akan saya sarankan kepada mereka yang ingin beragama tanpa bertaqlid buta.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews3 followers
October 25, 2024
Baca buku ni seperti tengah membaca ringkasan daripada buku al-Munqidh karya Imam al-Ghazali tapi dengan versi lebih santai.

Penjelasan serta contoh2 yang dikemukakan penulis sangat mudah difahami dan tidak menggunakan jargon2 yang berat dalam menghuraikan bab akidah & falsafah.

Topik yang paling menarik sekali adalah huraian mengenai cara timbangan berfikir menurut Imam al-Ghazali yang mana bagi aku sangat penting untuk difahami dan diaplikasikan supaya dapat jadi garis panduan dalam membezakan antara kebenaran & kebatilan serta pernyataan2 falasi.
Profile Image for Ahd Syahmi.
3 reviews1 follower
December 14, 2024
alhamdulillah sudah habiskan bacaan.. sarat dengan maklumat logis, sejarah perkembangan pemikiran dan lain2.. penulis banyak menukilkan dari kitab2 imam Ghazali yang belom diberi kesempatan untuk kita mengkaji..
Profile Image for Nida.
5 reviews
January 16, 2025
sesuai untuk belajar Ilmu Mantiq bagi pemula.
penggunaan istilah yang sangat mudah difahami dan hubung kait contoh semasa yang sangat praktikal.

Tahniah penulis!

kurang satu bintang sebab saya nak cadang kepada penerbit untuk susun semula format dan susun atur tulisan dalam buku.
Profile Image for rul_NurHas.
9 reviews
December 28, 2024
Love sangat²! Relate dengan situasi zaman sekarang.Buku ni patut dibaca oleh pentaksub² tuk guru²...mengiyakan apa yang disampaikan tanpa gunakan akal untuk berfikir terlebih dahulu.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews