Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dark Signore

Rate this book
Seorang raja yang tidak mempunyai agama bahkan mencipta agama sendiri untuk mencari penyembah. Lelaki yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan Yang Esa dan sangat membenci agama Islam.

Suatu saat semuanya terungkap sebab Richard membenci Islam dan menyeksa Dalily dengan begitu kejam berbanding tawanan yang lain. Ayah kepada Dalily iaitu Jaide pernah berjanji ingin berjumpa dengan Richard untuk mengajarkan tentang Islam, akan tetapi sampai lelaki itu membesar Jaide tetap tidak munculkan diri. Sebab itu Richard membenci agama Islam dan menganggap agama Islam pengkhianat.

Apabila semuanya terbongkar, Dalily sendiri minta untuk dilepaskan dari istana itu. Pemergian Dalily membuatkan Richard tersentak. Hatinya seperti dipermainkan dan dia sendiri keliru dengan isi hatinya. Siapa sangka, pintu hatinya terbuka untuk menerima hidayah Allah selepas pemergiaan Dalily. Dia bertaubat kepada Yang Satu. Saat itu juga Richard mencari Dalily untuk memperisterikan wanita itu.

386 pages, Paperback

Published October 20, 2023

5 people are currently reading
72 people want to read

About the author

Khrnisoff

2 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (34%)
4 stars
21 (26%)
3 stars
21 (26%)
2 stars
5 (6%)
1 star
5 (6%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
June 21, 2024
I skimmed alot.. maaf F rasa uncomfortable reading cerita ala² Firaun

Tahu lah ini fantasy fiction but perlu ke uols buat kisah tentang agama, ala² firaun ini 🤔😓.. yes F bukan reader yang up-to-date but kita ni Islam and Muslim why nak create cerita begini. Create jela dia ketua yang berkuasa, have a dark side , kejam yada yada yada

Ibu Dalily, muslim tapi sanggup serahkan anak as ganti utk mengaku tuanku sebagai tuhan. Sebab tak sanggup hidup miskin.

Well, itu bukan parents sebenar Dalily sebab itu dia boleh suka² serahkan kepada Signore @ Richard.

"Akui aku Tuhan dan anuti agama aku. Aku bagi kau kemewahan sama seperti mereka di luar sana."

Ayat Signore kepada semua yang nak kemewahan.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
991 reviews119 followers
June 6, 2025
I’m sorry. I kenotttt lah and I’m non-Muslim.

It’s not about the cruelty and graphic description of the torture, it’s about the concept of the story.

Ok, I fahamlah penulis ingin menulis cerita yang unik dan kreatif tentang zaman jahiliah, pemerintah yang zalim dan gila. Lepas tu konon lah, Dalily nie seorang yang kuat agama.

Bila I start cerita ni, I rasa mcm konsep dia familiar: ada feel like Nabi Daniel and the lion’s den/ dan rakan-rakan dia yang pegang kuat kepada agama dan enggan sembah raja Babylon yang juga anggap diri dia Tuhan.

Saya tak pasti dalam ajaran Islam or cerita masyarakat Islam ada cerita ini tak tentang Nabi Daniel dan 3 rakan dia.

But unfortunately , Dark Signore failed to deliver.

I kenotttt brain the romance. Really?

I tak faham macam mana Dalily boleh cinta Richard yang telah menghina, pijak agama Islam, treated her worst than an animal dan tortured her dengan kejam.
Then Dalily boleh jatuh cinta dengan dia? What the fish???? Apa? Ini dah classic example of Stockholm’s Syndrome. Bukan cinta abadi dari Allah. Please ya. Please do not romanticize this kind of relationship as love and dah murahkan Islam. Sorry kalau dah rasa harsh but I feel like what the heck. There is no logic at all.

Dalily bukan jatuh cinta dengan Richard lepas dia insaf tau. Dia jatuh cinta sebab Richard macam buat buat baik dan romantik dengan dia lepas dia dipaksa kahwin dengan Richard. Really???????? Just like that???

It’s like telling you: Hey, your bf/husband yang abuse you dah insaf & layan you baik dah. Cinta diteruskan happily ever after. Huh????

A person who has been tortured for her faith in Islam to that extent macam tu je takde trauma and I love you dah with the hero?

It’s ok to want to write dark romance but I rasa banyak lagi ye cara untuk ceritakan dark romance.

Another thing, Dalily nie yang kononnya tak tunduk kepada Richard lah to anggap him as God; seorang yang kuat agama gitu.

Tetapi, dia dengan mudah je mulut tu confess kepada Richard akan patuh pada dia disebabkan tak tahan kena seksa. Erm, I have read real accounts of people in Negara C yang diseksa oleh gomen mereka sebab agama, and no matter what, they will never confess with their mouth to renounce their faith.

It seems Dalily mulut cakap je tapi action dia curi-curi masih sembahyang semua. Dia cakap macam tu je sebab tak nak kena seksa lagi. I’m sorry, I cannot accept this because you have confessed with your mouth ya. I tak pasti apa readers lain yang rasa, mungkin rasa I take it too seriously but yes, you are using Islam as a focus point in this story right? There are many ways in which it can show that Allah temporary took away her pain during the torture because of her strong faith? Bukan ke lebih indah?

Last but not least, why gelaran ‘Signore’? Signore is Italian for encik/tuan. Why change the meaning of Signore? Itu kan bahasa Italy yang takde pun maksud panggil orang Signore means I acknowledge dia as tuhan. 😅

Sign off.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
February 24, 2025
My thoughts?

1. Dah lama beli buku ni tapi baru sampai giliran dia untuk dibaca. Sampai dah keluar yang cover baru. Such a long long neverending TBR 😂 Imo, buku ni lebih kurang macam The King's Bride sikit, but with better storyline and plot.

2. First of all aku sebenarnya confuse dengan timeline buku ni. Zaman bila ek? Zaman moden ke? Zaman Game Of Thrones ke? Certain2 part diceritakan macam menunjukkan zaman dahulu. Tapi eh ada skrin pulak, ada kereta, ada rakaman suara, ada heli. Phone je takde 😂 Nak communicate still berutus surat. And kena naik kuda untuk ke satu2 tempat. Someone please clarify to me. Zaman apekah yinni

3. MC dan FC dua2 aku tak suka. Aku tak suka Dalily sebab dia boleh terfall dengan Richard yang seksa dia like an animal. Padahal aku rasa takde benda pun yang Richard buat kebabom sampai boleh buat kau tangkap feelings? Aku tak suka Richard pulak sebab reason dia nak balas dendam tu too stupid. Watak yang paling aku suka dalam buku ni hanyalah Arqam I think?

4. Aku amazed sebab walaupun Richard dan Dalily dah kahwin secara tak sah, Richard boleh tahan tak "apa-apakan" wife dia. In a meantime Dalily boleh kekal bertudung dan berpurdah. Like seriously? 😂 Richard dah Islam sebelum diislamkan.

4.I didn't like 1st half of the book. Lagi half lepas Dalily keluar dari istana tu better. Ada adventure dan banyak plot twist terbongkar after that.

5. Aku still tak faham apa pengkhianatan yang Lukas buat melibatkan Permaisuri Rebecca sampai tiba2 permaisuri tercampak out of nowhere hidup jadi rakyat biasa. Ke aku ada terlepas baca kat mana2? 🤔

6. Tak puas hati sebab macam senang sangat Richard masuk Islam. Patut bagi la trigger point yang kebabom sikit. Like hellooo, dia kan Firaun? Haha
Profile Image for adreads.
5 reviews
May 9, 2024
Buku Apa Hari Ni?
1/2024

Dark Signore By Khrnisoff

First, the storyline is okay, not so bad. The story line is there. Cerita tentang seorang raja yang bongkak nak mampus and anggap diri dia as Tuhan and paksa seluruh kota sujud pada kakinya. Dan muncul seorang wanita Islam yang dijadikan tawanan akibat dijadikan galang ganti oleh ibunya (mak tak guna btw. kejar duniawi sampai sanggup gadaikan anak sendiri) and wanita ni bertekad nak ubah Raja Richard tu supaya jatuh cinta dengan Islam.

Pros :-
• Impressed with Richard character development. Walaupun at beginning, dia agak ragu-ragu and keliru tapi dia ada usaha tau nak kenal dengan Islam. Bukan hanya omong kosong semata-mata. And thankfully dia tak peluk Islam just because to show how big his love towards Dalily tapi sebab dia sedar yang Islam tu agama yang lurus. Kudos to him!

• Plot twist. Rasa macam kena tumbuk dari kiri kanan dush dush bila banyak sangat plot twists. Eh tiba-tiba Jaide tu sebenarnya bapak kandung Dalily. And turned out Noah and Richard is the same guy. Tak sempat ambik nafas, asyik tutup buku je sebab terkejut huhu

• Arqam and his family is literally a whole circus. Arqam is a brutal old man fuh. Walaupun mulut pedas and selalu ajak Dalily gaduh but his presence is sangat diperlukan. Best baca part dia gaduh gaduh manja ewah.

Cons :-

• The writing style. I know that author try to tulis bahasa yang macam majestic, ada touch of zaman jahiliyah but Ya Allah, most of the time tak faham apa yang author cuba sampaikan. Kena baca 2 or 3 kali, ulang banyak kali baru faham apa yang author nak sampaikan.
Not to mention banyak typo and ayat yang berbelit-belit. Berpinar mata nok baca. Kitanya suka baca dalam kereta, auto pening.
• Fast-paced. Sangat. Rasa macam baru sampai scene ni, eh tiba-tiba dah sampai sini.
first, untuk scene yang Richard koma after Kota Sicily perang, could add much more scene like Dalily pergi lawat Richard ke, luangkan masa dengan Richard waktu dia koma ke instead of tiba-tiba jump up ke scene Dalily got pregnant. I thought Richard was dead tau? 😔 rupanya, lah dia hidup lagi.

•Terlalu banyak kaitan antara characters and banyak lompong. Abt Permaisuri Rebecca. What happened to her? Macam mana dia hidup lagi?Bukan dah mati ke?
- And siapa yang serang Lukas? Kita ke yang lembap sangat sampai tak tangkap jalan cerita? 😭 And kenapa lukas benci sangat dengan orang Islam? Could have done some background story abt why ayah Richard, Vittori benci sangat dengan Islam. Mungkin nak benci agama seseorang tak perlukan sebab? Entahlah, saya tak ada jawapannya.
• Dan penyeksaan Richard terhadap Dalily saya tak tahu la nak kata tahap apa. Terlampau kejam mungkin. Rasa macam terhenti jantung baca scene Dalily kena seksa, kena paksa makan daging khinzir. Ada scene seksa yang saya skip sebab sadis sangat. Tak sanggup nak baca.

☆☆☆☆☆

my overall rating is 3.8/5

Anyway kudos to author sebab berjaya buat buku yang banyak kali saya tutup sebab tergamam, terkaku, terkelu dan semua Ter— la hahaha 🙂‍↕️ Teruskan berkarya!
Profile Image for Lai.
6 reviews
April 9, 2024
Yeah, the fl kinda suck sorry
Profile Image for Mou_fiey.
15 reviews
June 1, 2025
konsep dia menarik ,raja firaun dengan gadis biasa. like it's okay for me, haha

cumaaaa I tak suka beberapa part dalam cerita ni sebab dia terasa agak forced.

1.Dalily tu kan kena abuse ngan dak Richard,then she suddenly fell in love with him just because he's suddenly become nicer? yup no. macam tiber gila tau tak da bond yang men-touching kan hati tiba ii jatuh cinta like duh

2. pastu cite pasal kenapa bapak si Richard benci ngan Islam ni tak diceritakan dengan in depth ,so it was off

3.kan nanti Richard ni masuk Islam, tapi dia masuk Islam lepas dia punya partner tu macam ajak ii rayu ii cikit gitu an . Alasan dia tak kukuh tau untuk masuk Islam like bagilah something yang betul ii touching dan trigger dia untuk masuk islam. Laki tu macam dak firaun kot mestilah kena strong gila reason dia

in contrast, I really love the story about Dalily and the pakcik (tak ingat nama) banter diorang seronok,kasih sayang dia ada, so it's fun to read.

I lagi suka masa Richard jadi Noah(?) I like watak Noah, heheh . Masa Dalily bond ngan Noah tu I was like awww okiii tapi bila dapat tau tu Richard aku terus macam oh ok.

I know I judge a lot from what he has done towards her in the past. I mean, as a normal girl and understanding person I am, this is not a normal human reaction towards abuse, lagi ii bila dia bagi makan babi ,like bro.. perempuan tu biasanya akan trauma, maybe not too bad if she's strong, but at least she wouldn't want to be like 'haha hihi' with him. you got me? I think abuse should be a better highlight than romance. like this feels like romantacising abuse like urghhhh but it focused too much on the romance part and wanted to convert him into Islam .It felt forced, which made the story bad

I hope the author can improve the plot, and please don't take my review negatively and please take it as a way to improve your writing and plot! btw this is just my opinion,anyone who enjoys it then happy reading! haha
Profile Image for KaNgah Writes.
17 reviews
January 2, 2026
(DON'T LET MY OPINION RUIN YOURS)

I've a lot of fun while reading this book. Oleh disebabkan "Dark Signore" karya Khrnisoff merupakan sebuah novel fiksyen, saya okay je dengan plot cerita yang penuh fantasi dan imaginasi.

Saya ada juga terbaca review-review yang lain. Ada yang bangkitkan tentang hal agama, logik dan batasan dalam penceritaan. Bagi saya, kalau ikutkan dari segi logik tu, memang betul Richard dah melampau dengan deraan dan sifatnya yang taksub untuk menjadi tuhan. Apatah lagi Dalily yang jatuh cinta dengan Richard even Richard dah dera Dalily kawkaw. Tapi, saya pilih untuk baca buku ni sebagai hiburan, bukan rujukan hidup sebenar.

Plotnya menarik. Banyak tutup buku je sebab terkejut HAHAHAHA! Ada juga plot yang saya dah boleh agak sebab suspicious sangat. Untuk pembaca muda macam saya, mungkin perlukan bimbingan bila baca genre begini.

Tapi secara keseluruhan, saya tetap hargai karya penulis yang dah bertungkus-lumus menerbitkan karya ini.

Semoga KHRNISOFF terus maju jaya!!!
(⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
Profile Image for Sya jasmin.
15 reviews
January 7, 2026
𝑪𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒏𝒊𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒏𝒕𝒖𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒍𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉.. 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒔𝒊𝒌𝒂𝒑 𝒔𝒐𝒎𝒃𝒐𝒏𝒈 𝒔𝒊𝒈𝒏𝒐𝒓𝒆 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏.. 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒎 𝒅𝒊𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏.. 𝑫𝒊𝒂 𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒐𝒅𝒐𝒉 𝒕𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒃𝒊𝒏𝒄𝒂𝒏𝒈, 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒏𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒂𝒍𝒊𝒍.. 𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝑹𝒊𝒄𝒉𝒂𝒓𝒅 𝑽𝒊𝒕𝒕𝒐𝒓𝒊 (𝒔𝒊𝒈𝒏𝒐𝒓𝒆).
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
April 11, 2024
Awal mula cerita boring
Pertengahan ..Plot twist menarik
Selepas Noah kecil muncul baru okay
Buku unlimited tak semestinya best
12 reviews
June 20, 2024
This book was surprisingly good and I gave it 4 stars bcs I NEED DARK SIGNORE 2 ASAP 😤😤😤😤 I WANNA KNOW WHAT'S GOING NEXT. PERIOD.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for estrella ୨ৎ.
19 reviews
April 23, 2025
Tak tahu nak cakap apa. Yang boleh beri hanya 3 bintang sahaja kerana plot yang bersepah dan jalan cerita yang kurang menarik dan susah untuk difahami. Sekian.

Overall,
3/5 ⭐️
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.