Tak tahulah kenapa, tapi from the start memang I dah boleh agak plot cerita ni macam mana, twist dia pun macam otak I yang lembab bab nak meneka ni pun boleh teka 🤣Lepastu I agak terasa cringe sedikit dengan moment antara Hilde dengan Noah.. agak sedikit awkward. Rasanya untuk Hilde ni lagi banyak romance daripada action.
1. Buku ke-3 Queen series. Kali ni twisted version of Evil Queen pulak. Aku suka sebab male character dia Noah. Aku ni dah la memang dah lama minat Noah dari buku 1 lagi.
2. Trope love at 1st sight. Pertama kali jumpa dah terfall si Hilde dengan Noah ni 😆 Tapi macam biasalah dua-dua keras kepala dan tak nak mengaku. Tapi of course la Noah yang start dulu. Hilde lambertt lagi.
3. Aku suka karakter Hilde. 1st time jumpa female character mak ayam 😆 Kau hado? Selalu semua suci murni je. Yang sebelum ni tak nak kalah jugak tokan club. Aduii memang dark side semua.
4. Kalau Yuki dan Scarlet dua-dua aku tak suka male character dia. Hilde je aku suka dua-dua. Cuma satu je yang aku tak puas hati. Kenapa setiap kali ada pape jadi Noah yang kena pujuk Hilde? Tak pernah sekali pun Hilde pujuk Noah. Apenii tak adil beteii 😂 Better si Ava pulak dalam special chapter last tu very bold dengan si Loey.
5. Aku speechless bila dapat tahu apa sebenarnya Nubhan dah buat in the past. How could you?!!!Damn.
6. Aku tak sangka pulak si Chempaka boleh bertukar watak jadi jahat macam tu. Aku ingatkan dia baik jee 😤 Sia-sia je aku suka dia awal-awal tu.
7. Aku macam dah dapat agak la siapa sebenarnya Hilde. Takkan dia betul-betul mak ayam kan?😆
Pekerjaan setiap Queen bukan beshe-beshe ya. Semuanya luar alam. 🙂↕️
Disebabkan pekerjaan Hilde tulah dapat mempertemukan dia dengan Noah. Hilde sangat tinggi egonya. Sanggup ugut Noah asalkan dapat 'ikat' Noah supaya ada selalu dengan dia. Konon perlukan jawapan sesuatu. 😏
Noah pulak mulutnya sangat manis. Sangat bahaya untuk kesihatan jantung kita. 😌☝🏼 Noah tak mudah melenting, Hilde marahlah dia macam mana pun, Hilde tibailah dia macam mana pun dia tetap masih boleh bertenang dan tak marah. Memang susuk suami mithali ni. 😌
Bila dapat tahu masa lalu Hilde yang telah buat dia trauma selama bertahun lamanya, sedih dia sampai ke sini. Tak expect si polan tu puncanya. Tergamak dia. 🙂🫵
One thing saya 'respek', gangsterlah macam mana pun gangster tu dalam buku kak Syu, tapi dia masih boleh cakap BM/BI dengan elok. Tak adalah acah terpaling Cina bila bercakap seperti dimomokkan di dalam filem Malaysia. 😂
Pastu saya tak puas hati bahagian bab istimewa. Terlalu pendek. I want more. 🤧 Kadang cinta itu terlalu buta. Kita tak dapat nak kawal dengan siapa kita akan jatuh cinta. Semoga adalah bahagian bahagia tu nanti. Kalau tak ada pun, saya akan tetap bayangkan mereka akan bahagia je nanti. 🫂
Kalau nak baca this book, better baca Yuki and Scarlet dulu sebab most of the issue kait rapat sangat dari kisah dalam Yuki and Scarlet. For me this book punya issue not a new issue, maybe more to mental game. Hilde yang sering dihurung rasa bersalah oleh beberapa kes, berjumpa dan jatuh cinta dengan Noah yang ingin menyelamatkan salah satu client nya.
Lurveeee sebab Hilde kejar Noah, kemain nak pegang hostage rupanya dia nak kepastian tentang perasaan dia. Noah ikutkan je sebab dia pun dah fall at first sight hahaha cumanya spoil sikit sebab Hilde ni terlampau ego, but faham je la because she gone through a lot of things. Noah pula sangat penyabar dan memahami so okay je tak sakit hati pun baca. For me, banyak issue dalam buku ni, ada issue tersendiri dan issue dari buku lain but everything were done smoothly so lurveee. Tapi plot twist dia pun tetap buat ku ternganga hahahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Hilde aka Nathifa Aswad. Meninggalkan kerjaya disebabkan satu tragedi hitam yang berlaku. Dia menyalahkan dirinya atas kehilangan rakan sekerjanya, Azalea .
Bagai hilang akal. Dia menjebakkan dirinya dalam dunia gelap. Memiliki sebuah pusat pelacuran high class yang digelar Grim. Dan digelar ‘Evil Queen’ oleh pekerjanya .
Kerana membeli Cempaka daripada pembekal ‘pekerja’ Grim, dia dicari oleh Noah. Hanya kerana Cempaka, Noah menjadi ‘tawanan’ Hilde. Tanpa sedar hal itu membuat mereka ‘terikat’ .
Novel ni, penulis lebih fokuskan pada hubungan antara Hilde dan Noah. Part aksi memang sangat2 kurang. So korang jangan expect part aksi melebihi daripada part romance. Korang akan nampak bagaimana permulaan hubungan mereka. Korang akan nampak bagaimana masing2 saling memerlukan tapi lebih kepada ego terutama Hilde. Sebabnya , Hilde telah melalui banyak episod luka. Berawal daripada dia menjadi saksi peristiwa hitam yang melanda arwah ibunya. Sehinggalah dia tidak dapat menyelamatkan Azalea. Semua kesalahan diletakkan atas dirinya .
“Spare no sympathy. That’s the price they have to pay. For hurting my lady” - Noah
Korang rasa, adakah Noah berjaya pujuk Hilde untuk meninggalkan dunia hitamnya? Dan berhenti untuk terusan menyalahkan dirinya?