Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Panglima Hitam #1

Hikayat Panglima Hitam 1: Kemunculan Kaum Jin Api

Rate this book
Selepas lebih dua ratus tahun pemerintahan penghulu besar bunian, Raja Ahmad Siguntang bersama adik kembarnya, Panglima Hitam Muhammad Siguntang di Wilayah Buana Selatan. Dunia Jin digemparkan sekali lagi dengan kebangkitan kaum jin yang amat buas, tidak diketahui dari mana datangnya.

Lebih memeranjatkan lagi, apabila kaum jin yang diketuai oleh raja jin yang amat perkasa, menyasarkan kedua kembar bagi tujuan ingin menjadi raja yang paling berkuasa di alam jin. Maka sekali lagi kedua kembar dipaksa untuk berjuang bagi menggagalkan usaha yang amat berbahaya ini. Namun, cabarannya bukan berhenti setakat ini sahaja. Tanpa sedar, ada musuh lain yang serta bersama dendam kesumat yang panas membara. Adakah si kembar berjaya untuk menghadapi mereka?

460 pages, Paperback

First published January 1, 2024

3 people are currently reading
40 people want to read

About the author

Mohd. Faizullizam

8 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (81%)
4 stars
2 (9%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
November 22, 2024
Selepas 200 tahun pemerintahan Raja Ahmad, wilayahnya kembali menjadi gempar. Kebangkitan kaum jin api yang buas dan kejam mengundang pelbagai bencana di dalam dunia jin. Dan ternyata raja jin api Embah Sughal ingin menyasarkan kedua kembar untuk menguasai dunia.

Dalam siri ini nampak kedua beradik Ahmad dan Muhammad lebih matang seiring dengan bertambahnya usia dan tanggungjawab mereka. Yang SH suka lagi tentang dua beradik ni adalah mereka memasang muka serius dan tegas di khalayak ramai namun apabila bertemu adik beradik lebih-lebih lagi dengan Zaleha yang banyak ulahnya tu, mereka akan tampil lebih santai dan ceria. Ini jelas menunjukkan betapa besarnya dan betapa mereka memandang serius tanggungjawab yang telah terpikul di bahu mereka.

Dan SH rasa untuk mereka yang mahu menjadi pemimpin yang baik kena banyak belajar dengan Ahmad. Skil rundingannya, cerdasnya dalam mengatur strategi, bijaknya membaca langkah musuh dan sebagainya. Bagi SH itu adalah satu set ilmu yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang baik.

Cuma sampai ke detik ini SH masih belum nampak kepentingan untuk watak Firdaus. Dan seperti mana Hikayat Si Kembar namanya turut muncul dalam siri ini. Dan dia muncul dari seawal cerita berbanding dengan siri HSK. Muncul tapi belum tahu mana hala tuju dan peranan Firdaus.

Kaum jin api ni memang buas betul. Jin lain pula dijadijan sumber makanannya. Kalau kat dunia kita dah dipanggil kanibal dah ni. Biasanya yang SH tahu jin ni makanannya asap, tulang dan sebagainya. Ni makan jin lain hidup-hidup pula tu.

Amboi Muhammad bukan main berbunga hati bila ada Chandra. Dulu Ahmad yang dalam hati ada taman. Kini giliran Muhammad pula. Namun tak tahulah kasih tu bakal bersambung atau tidak. Sebab kehadiran Chandra masih meninggalkan prasangka untuk SH. Seolah-olah banyak lagi rahsia yang disembunyikan oleh Chandra.

Adegan-adegan pertempuran, pergaduhan masih diteruskan dalam siri ini. Masih ada banyak sesi pertempuran yang bakal berlaku dalam siri ini. Jadi sesiapa yang sukakan kisah-kisah yang mengandungi adegan-adegan pertempuran dan kisah di alam lain, buku ini sememangnya untuk anda.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
March 31, 2024
Being a sequel to a wonderful Hikayat Si Kembar trilogies, what more can i say. It's magnificent, as there's no such time during my entire reading that i find it boring.

The author really knows how to enhance the plot beautifully, the ideas were really there, fresh and addictive. The way he made me craving for more, keep on writing Nyang! I'll make sure to read them all, even until the 10th book lol, in shaa Allah.
Profile Image for Mohd Noor.
32 reviews
May 19, 2025
Novel HIKAYAT PANGLIMA HITAM : KEMUNCULAN KAUM JIN API.
Bilangan Halaman : 460 Halaman.
Mula Dibaca : 25 September 2024.
Tamat Dibaca : 18 Oktober 2024.

Dari tahun lepas lagi promosi-promosi novel dari penerbit Pena Emas naik di laman Facebook. Aku juga tidak kenal siapa penulisnya dan apa kisah fantasi yang dijual. Memandangkan tahun ini aku cuba meneroka pelbagai genre bacaan dan sekali lagi promosi dari Pena Emas naik di Facebook, aku cuba buat sedikit carian berkenaan penulis dan novel-novel yang dihasilkannya. Maka aku memilih untuk membeli Hikayat Panglima Hitam : Kemunculan Kaum Jin Api
(HPH 1).

Aku tidak memilih Trilogi Hikayat Si Kembar kerana aku tidak mahu mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan lagipun Hikayat Panglima Hitam merupakan sekuel yang tidak bersambung secara langsung dari trilogi pertamanya. Lagipun sepanjang penceritaan novel ini ada diselitkan mengenai kejadian yang berlaku pada trilogi pertama secara ringkas walau ada beberapa bahagian yang kurang jelas tetapi tidaklah menjejaskan bacaan, contohnya mekanisma dan penjelasan kuasa yang digunakan oleh watak-watak.

Sebenarnya plot novel ini mudah saja. Raja kaum Jin Api iaitu Embah Shughal yang telah dikurung selama ribuan tahun oleh Tri Mahadewa telah dibebaskan selepas Tri Mahadewa menjadi lemah akibat ditewaskan oleh dua watak utama novel ini iaitu Panglima Hitam Muhammad Siguntang dan Raja Ahmad Siguntang, kembar kacukan jin dan manusia. Kisah Tri Mahadewa bertarung dengan si kembar ini sebenarnya kisah utama yang mewarnai perjalanan Trilogi Hikayat Sri Kembar. Siapa bapa si kembar dan bagaimana boleh berkahwin dengan jin itu aku tidak tahu. Macam ada dijelaskan cuma aku tidak berapa faham.

Kaum Jin Api pula digambarkan sudah hidup lebih lama dari kaum jin lain dan memencilkan diri jauh di bawah tanah, mungkin dalam kawasan gunung berapi. Saiz badan mereka lebih besar dan kudrat mereka lebih gagah berbanding kaum jin lain. Kelebihan utama mereka boleh mengaktifkan api di seluruh badan dan mudah menghilangkan diri dengan cara tenggelam ke dalam tanah. Tujuan mereka membangkitkan Embah Shughal adalah untuk mengembalikan kegemilangan kaum Jin Api dan membinasakan apa saja yang menghalang termasuklah si kembar yang menjadi sasaran.

Melalui deskripsi yang dinukilkan oleh penulis, fizikal Embah Shughal ini macam Hellboy pun ada. Gelaran 'Embah' di depan namanya menggambarkan usianya yang sangat tua. Dalam menjalankan rencananya menguasai alam jin, dia dibantu barisan pendekar handalan yang digelar Agni Sakti.

Nampak plotnya seperti mudah, penjahat bangkit dan cari pasal dengan hero tetapi sebenarnya tidaklah semudah itu. Kalau mudah, novel ini tamat setakat 200 halaman saja. Tidak perlu penulis bersusah-payah menggoreng isi novel ini.

Penulis cuba bermain dengan elemen real politik melalui adegan-adegan pengkhianatan, tipu daya dan permainan politik yang digerakkan dengan penggunaan intisari kegelapan. Apa benda pula intisari kegelapan ini? Ia adalah satu elemen kuasa gelap yang dihasilkan dari gabungan kuasa Tri Mahadewa. Boleh dikatakan hampir semua penguasa wilayah di dalam novel ini mahukan intisari ini atas kepentingan masing-masing. Tri Mahadewa menciptanya untuk menentang si kembar, begitu juga dengan Embah Shughal. Si kembar pula mahu menyimpan sendiri intisari ini agar tiada mana-mana pihak musuh yang menyalahgunakannya demi memastikan keseimbangan alam jin terpelihara.

Sikanda pula menelan intisari untuk membangkitkan kembali wilayahnya yang sudah lama tenggelam dan sudah semestinya dia nak tapau habis Embah Shughal dan si kembar. Kira dendam kesumat yang sudah lama dipendam. Sikanda ini lah watak yang licik melaga-lagakan penguasa wilayah yang lain agar berperang, supaya licin segala perancangannya tanpa perlu banyak mengotorkan tangan. Dengan menggerakkan bidak-bidaknya seperti Chandra dan Embah Layut, habis diporak-perandakan alam jin sampai berperang.

Watak hero yang kebal atau 'overpower' dah selalu aku jumpa dalam mana-mana produk hiburan fiksyen. Sejujurnya, aku lagi suka hero yang berkekuatan sederhana supaya terserlah kepayahannya dalam melindungi orang lain atau semasa bertarung dengan penjahat. Panglima Hitam begitu mudah menghapuskan segerombolan Jin Api hanya dengan mengeluarkan asap hitam dari telapak tangannya. Bukan sekali pula dia buat macam tu.

Belum campur lagi adegan dia menewaskan musuh-musuh lain tanpa perlu banyak bersusah-payah dan begitu mudah mengubati penyakit misteri yang dihidapi manusia yang ditemuinya. Aku mengharapkan Panglima Hitam akan bertarung dengan Embah Shughal dalam peperangan akhir tetapi sebenarnya novel ini bukan menjadikan tema aksi sebagai plot utama. Aku tiada masalah jika sesuatu novel aksi itu kurang padat dengan aksi kerana tujuan aku membaca novel untuk menikmati penulisan plot yang menarik lagi kreatif.

Aku tidak tahu bagaimana Panglima Hitam memperolehi kuasa gelap, mungkin ada dijelaskan dalam trilogi pertama. Pembaca dibawa menelusuri perjalanan Muhammad berkelana mengenal diri dan mengawal kebolehannya bukan saja di alam jin tetapi juga alam manusia. Inilah babak yang PALING aku suka. Kelana Muhammad disertai dengan dakwah mengesakan Allah SWT yang dizahirkan melalui dialog antara Muhammad dengan Chandra dan semasa dia membantu mereka yang ditimpa musibah. Hanya dengan Iman yang benar saja kita akan selamat. Moga Allah golongkan kita dalam golongan yang hidup dan mati dalam Iman yang benar, Aamiin.

Setiap dari kita adalah ejen dakwah, maka berdakwahlah dengan bakat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Jika kita kreatif dalam penulisan, mungkin kita boleh menyebar dakwah dalam bentuk novel. Jika jari-jemari kita lincah melukis dan melorek, mungkin kita boleh menerbitkan komik dakwah. Jadi budak-budak akhir zaman ini boleh kurangkan kemaruk mengumpul manga One Piece atau novel cinta merapu.

Cuma lawak pula semasa babak Muhammad bergurau senda dengan Nyang Guntur.

Keunikan watak Muhammad Siguntang ini pada kebolehannya menggunakan Sulur Ghaib. Ia semacam 'portal' untuk bergerak dengan sangat cepat dari satu lokasi ke satu lokasi. Apa yang aku faham, mekanisma kuasa ini memerlukan Muhammad untuk mengenal dan melihat lokasi yang ingin dituju atau mungkin dia hanya mampu melakukan teleportasi ke mana-mana lokasi yang pernah disinggahinya.

Cuma kebolehan ini ada batas, boleh jadi Muhammad tidak mampu membawa angkatan yang besar merentas Sulur Ghaib dalam satu-satu masa. Membuka Sulur Ghaib secara kerap juga akan memerah banyak tenaga penggunanya.

Cahaya Sukma pula ibarat menaik taraf kuasa atau senang cakap macam kebolehan Super Saiya dalam dunia Dragon Ball Z.

Penulis turut menyelit kritikan politik terutamanya terhadap para pemimpin yang cinta dunia, gila merebut kerusi dan tidak peduli susah-payah rakyat melalui watak Raja Ahmad yang begitu adil dan jujur dalam melaksanakan amanahnya sebagai pemimpin. Kekayaan negara benar-benar dimanfaatkan untuk menjamin kemakmuran rakyat jelata dan setiap masalah rakyat diteliti dengan penuh hikmah. Pemimpin yang adil itu apabila dia mengutamakan kebajikan rakyatnya, bukan menunggang isu rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni.

Yang rasa diri mereka pemimpin wajar baca novel ini. Kalau tidak ada rasa malu, tidak tahu lah nak cakap apa. Lagi menarik jika kebijaksanaan politik Raja Ahmad dapat ditambah. Sedap baca babak Raja Ahmad bersabar dengan perangai kurang ajar utusan Jin Api dan bagaimana bijak dan tegasnya Raja Ahmad 'mengajar' musuhnya.

Raja Ahmad bukan saja bijak berpolitik malah dia licik merencana strategi perang supaya pihaknya berada selangkah di depan musuh, memandangkan Jin Api begitu sukar dikesan keberadaannya. Rencananya menjadikan Zaleha sebagai umpan membuahkan hasil. Akhirnya Raja Ahmad berjaya mengesan lokasi sarang Jin Api.

Aku suka watak penjahat macam Embah Shughal. Walaupun fizikalnya digambarkan bengis tetapi dia lebih banyak menggunakan akal dalam setiap rencana, bukan mengamuk membuta tuli membuat kerosakan sana-sini. Di sebalik matlamatnya mahu menguasai alam jin, dia turut menghormati si kembar sebagai penguasa Wilayah Buana Selatan dan kagum dengan kehebatan Raja Ahmad yang mampu bertarung satu lawan satu dengannya.

Walaupun dikurung ribuan tahun, Embah Shughal mengerti bagaimana mengenal pasti keabsahan seseorang pemimpin, iaitu apabila seseorang pemimpin itu diakui kepimpinannya oleh pemimpin-pemimpin wilayah lain. Cuma sayang, watak menarik selalunya muncul seketika, sekadar di awal dan penghujung novel.

Mungkin penulis menyimpan banyak kejutan dalam novel sekuelnya nanti.

Aku tidak pasti apa kaitan babak Bija Rasida, Zaleha dan Penghulu Ismail menentang segerombolan jin ajaran sesat dengan plot utama. Mungkin sekadar 'filler' atau kita boleh mengambil ibrah bahawa segala kesesatan wajib ditentang walau perlu menggunakan tangan.

Aku lebih suka jika babak peperangan akhir dipanjangkan sedikit dan diperincikan lagi kebolehan unik setiap watak-watak sampingan dan angkatan perang. Agak sayang sekali adegan Megat Putra bertarung dengan Sitam Batu kurang dijelaskan padahal babak ini lah yang aku rasa pertempurannya begitu tegang kerana tahap kekuatan yang tidak seimbang.

Adegan watak-watak meluncur laju melompat dari satu pokok ke pokok dan menyebut nama jurus yang dilancarkan seperti Titik Keramat Urat, Ilmu Dinding Ghaib atau Libasan Naga mungkin mengambil inspirasi dari anime Jepun seperti Naruto.

Aku suka saiz fizikal novel ini yang besar dan tebal. Ini baru betul novel! Ilustrasi kulitnya juga cantik, lagipun muka depan novel memang perlu cantik untuk menarik minat pembeli terutamanya kepada mereka yang tidak pernah membaca mana-mana tulisan dari seseorang penulis. Cuma aku lagi suka jika novel ini disertakan ilustrasi watak dan peta kawasan tapi sudah pasti kosnya bukan murah. Aku tidak berkira sangat jika harga novel agak mahal asalkan hasilnya berkualiti.

Membaca novel fiksyen / fantasi memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Bagi yang kemaruk novel cinta merapu, mungkin anda tidak berupaya menghadam pembinaan semesta dan mekanisma jurus-jurus dalam novel Panglima Hitam. Anggap saja ini sekadar sedikit usaha aku menyokong hasil tangan penulis mandiri. Novel Panglima Hitam dan 'adik-beradiknya' yang lain ibarat 'hidden gem' dalam industri novel tempatan.

Mungkin aku akan membaca novel sekuel Panglima Hitam nanti tapi entah bila kerana ada beberapa buku lain yang sedang menunggu. Cuma agak rugi jika aku tidak menamatkan bacaan perjalanan si kembar ini. Moga Allah kurniakan kekuatan dan kelapangan buat penulis untuk terus berdakwah melalui kertas dan pena, Aamiin.

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
October 16, 2025
I got bored so the last 10 chapters baca tanpa perasaan
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.