Amylea gembira kerana ada anak patung baru bersaiz raksasa di kawasan perumahannya. Namun, kegembiraannya tidak bertahan lama apabila dia mendapat tahu anak patung itu akan dilupuskan. Lalu, Amylea bertekad mencari jalan untuk menyelamatkannya.
Tahniah buat pelukis komik Amylea kerana menghasilkan karya yang lain dari yang lain. Suka dengan karakter comel Amylea. Sopan, penyayang, hormat kedua ibu bapa, baik & tidak pentingkan diri sendiri.
Kalau ikutkan dek logik akal memang mcm tak masuk akal baca cerita fantasi. Tapi apa kata kita tolak tepi soal logik atau tidak. Kerana kita akhirnya akan tetap memperolehi sesuatu dari bacaan tersebut. Amylea boleh berkomunikasi dengan anak patung. Itulah keistimewaan dia. Disebabkan itu, dia sentiasa akan menyelamatkan patung yang terabai dan makeover patung tersebut untuk diberikan kepada tuan baru.
Dalam komik kali ini, Amylea mempunyai 3 isu yang perlu diselesaikannya. IDan saya ada pendapat peribadi.
1. Kalau ikut logik mungkin kanak-kanak seusia Amylea tidak akan endahkan masalah orang dewasa. Apatah lagi memikirkan jalan penyelesaian dan membuat sesuatu yang jauh dari kemampuan seorang budak kecil. Malahan kemampuan berfikir kanak-kanak selalunya terhad.
Masih dalam fasa untuk enjoy dan bermain. Kan?
2. In a fun way, tolak tepi logik akan saya enjoy baca sebab otak Amylea memang ligat berfikir cara untuk menyelesaikan masalah taman tema Encik Borhan dan juga patung besar yang ingin dibuang. Dah nama pun fantasi kan. Perlukan daya imaginasi yg tinggi la.
Saya rasa jika budak-budak kecil baca mereka akan dapat pengajaran dari cerita ini. Mungkin mereka tidak akan memikirkan sangat soal Amylea yang boleh bercakap dgn anak patung. Ikut budak juga. Kalau jenis suka bertanya lepas baca sesuatu. Haha kena la hadap soalan tersebut. Sebab budak-budak lebih kepada ingin tahu dan sentiasa ingin tahu.
Nanti saya buat survey mengenai ini kepada budak kecil yang baca komik fantasi. Saya curious nak tahu apa yang mereka fikirkan. Sebab saya ada seseorang yang boleh saya tanya sebab saya tahu dia baca komik Amylea ini.
• Kehadiran karakter baru seperti Elina adalah satu tindakan yang bijak dari pelukis. Sebab dari sini budak-budak tahu yang tidak semua orang itu seperti yang mereka fikirkan. Ada juga yang berperangai kerek sebegitu. Tapi bukanlah kita nak mengajar anak kita untuk bencikan orang tersebut. Cuma kita nak mereka tahu yang orang sebegini wujud. Nyata.
Komik ni sememangnya memang khas untuk kanak². Masalah taman tema yang sudah lama tiada pengunjung boleh diselesaikan hanya dengan cadangan dari Amylea, Sang Puteri Anak Patung. Proposal bisnes pun dikarang oleh Amy dengan tulisan tangan jer. Hahaha. Tak logik sangat ni. Realiti bukan begitu ya adik². hehe...
Tapi saya teruja juga la bila kehadiran Elina budak baru kat sekolah Amy, dah mewujudkan pertembungan antara yang baik dan yang jahat. Elina juga ada kebolehan bercakap dengan anak patung, tapi dia ni versi jahat dan sombong, bertentangan dengan sifat Amy, baik dan peramah. Tapi kena beli jilid 3 la baru tahu rancangan jahat Elina dan pengakiran permusuhan Elina terhadap Amy.
Buku ini sangat seronok dibaca.Lukisannya sangat cantik dan saya menyukainya.Saya suka watak Emylia kerana Emylia menutup aurat,suka menolong orang, tidak pernah berputus asa dan seorang yang berani.Bagi saya Emylia is the be4st and awesome.