Jump to ratings and reviews
Rate this book

Akma

Rate this book
Perpisahan Akma dengan Irham bukanlah titik perjalanan akhir bagi wanita itu. Hidupnya berterusan diganggu dengan rancangan Irham bersama Hajah Roziah untuk mendapatkan duit bagi melangsaikan hutang.

Berbagai rancangan diatur oleh Hajah Roziah, dan Irham sebagai orang yang disuruh menjayakan agenda itu.
Salah satu rancangan mereka adalah mempergunakan anak-anak Akma sebagai umpan untuk Irham memujuk Akma supaya kembali padanya. Jika rancangan itu berjaya, senanglah dia mahu mendapatkan wang dari Akma.

"Kamu cakap pada Akma, kamu nak report polis sebab dia dah serang adik kamu. Dan gambar ni sebagai bukti. Mak boleh jadi saksi nanti."

"Tak payahlah, mak. Bukan dapat duit pun."

"Inilah masanya kamu nak dapat duit! Apa yang bengap sangat kamu ni, Am? Patutlah hidup kamu tak maju-maju."

"Kalau mak dah pandai sangat, macam mana cara nak dapatkan duit tu?"

"Kamu cakap macam ni... kalau dia tak nak kamu report polis, kamu minta dia bayar. Masa tulah kamu boleh mintak 30 ribu tu, faham tak?"

Namun semuanya bagaikan tidak menjadi apabila Akma bukanlah seorang isteri dan menantu yang bodoh seperti dulu. Akma mengamuk apabila anak sulungnya cedera akibat dibaling batu oleh cucu Hajah Roziah yang lain. Apabila kejadian itu berlaku, Akma sudah hilang kepercayaan untuk anak-anaknya berada di kampung Irham lagi.

"Keluarga mak yang mulakan dulu semua ni! Keluarga mak yang cari pasal dengan saya! Mula dengan Irham, anak lelaki mak yang tak guna satu sen tu! Lepas tu, mak sendiri! Kemudian, anak-anak mak yang lain! Semuanya bermula dari mak anak-beranak!"

Dalam mengharungi perkara-perkara seperti itu, Akma tidak keseorangan. Ikhwan yang sentiasa ada sering memberi kekuatan dan semangat. Lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Akma itu selalu bertindak sebagai bapa kepada anak-anaknya.

"Hei... kau dengar sini. Kau tak layak nak ganti tempat aku. Sama sekali tak layak. Baik macam mana pun kau, hebat macam mana kau sekalipun, aku ni... tetap ayah kandung budak-budak tu. Ayah kandung..."

"Ya. Aku tak nafikan itu semua, tapi kau kena ingat, Arisa dan Aira tak mesra dengan kau. Mereka tak terima kasih sayang dari kau sejak dulu lagi, kan? Jadi, kat mana hebatnya kau sebagai ayah kandung yang kau banggakan sangat tu? Kat mana? Jawab soalan aku."

Anak-anak Akma yang sejak kecil tidak mendapat kasih sayang dari seorang bapa, mula tercari-cari dan mendambakan perhatian dari Ikhwan. Lelaki itu tidak lokek memberi perhatian terhadap anak-anak Akma sehingga wanita itu bersedia membuka pintu hati untuk perkahwinan kali kedua.

"Uncle, nanti uncle jadi ayah Risa, boleh?"

"Kenapa Risa nak uncle jadi ayah Risa?"

"Sebab uncle baik sangat. Uncle tolong bawa Risa pergi klinik. Kalau uncle tak ada, Risa boleh mati, tau!"

"Jangan cakap macam tu. Risa kecik lagi. Mana boleh mati dulu. Uncle ni lainlah sebab dah tua. Uncle yang akan mati dulu sebelum Risa."

"Uncle tua ke? Tapi kenapa tak ada kedut macam nenek dan atuk? Uncle tipu Risa, ya. Tak baik uncle tipu Risa. Cakap jelah uncle masih muda. Muda macam mama."

Manusia hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Kejahatan tidak selalunya menang dan kebaikan tidak selalunya dipandang sepi.

Irham menerima balasan. Hajah Roziah juga menerima balasan. Sebaik-baik balasan adalah balasan dari Allah SWT.

244 pages, ebook

Published January 1, 2024

1 person want to read

About the author

Rafina Abdullah

36 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
4 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,094 reviews203 followers
March 31, 2024
Allah.. sampai depression Akma selepas dicurangi oleh suaminya.

Ingatkan Irham dan mak mentua dia berubah tapi tetap mengugut Akma untuk dapatkan duit. Yelah selama ini dijaga dengan baik oleh Akma yang merupakan lubuk emas mereka.

Dah bercerai satu sen pun tak dapat. Idea untuk kembali semula pada Akma angkara Hajah la, ibu mentua Akma. Issh apa punya perangailah.

Mujur Akma masih ada parents dan ada kawan baik yang sentiasa menanti Akma. Kedatangan Ikhwan ibarat memberi sinar pada Akma dan anak²
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
March 30, 2024
Sambungan dari Matinya Jiwa Seorang Isteri. Cerita yang sarat dengan pengajaran. Timbulnya pelangi selepas hujan. Kisah Akma ini adalah kisah realiti. Begitulah manusia. Menggunakan kesempatan yang ada untuk kesenangan diri sendiri sehingga sampai satu tahap, mulut, hati dan fikirannya hanya fikirkan wang dan harta.

Ingatkan Irham dan Hajah Roziah dah insaf. Tapi seriknya tu sekejap je. Bila Irham disaluti masalah hutang dengan Ah Long, laju ibunya itu membuat rancangan untuk mendapatkan wang dari Akma. Pelbagai taktik dan ugutan yang mereka buat. Namun Akma bukanlah perempuan yang dulu. Akma kini tidak mudah memberikan simpati sementelah hidupnya sendiri huru hara dan trauma setelah penceraiannya dengan Irham.

Kedatangan Ikhwan memang tepat pada masanya kerana Ikhwan sentiasa ada menjadi tongkat untuk Akma dan anak²nya. Ikhwan jauh beza budi pekertinya dari Irham. Jadi tidak hairan mengapa anak² Akma mengharapkan sosok tubuh lelaki itu untuk mendapatkan secebis kasih sayang yang mereka tidak pernah dapat dari seorang yang bergelar ayah.

Jika bahagian pertama, kita melihat tentang hancurnya hati seorang isteri dicurangi tetapi untuk ebook kedua ini kita dihidangkan pula tentang kesan yang ditanggung oleh Akma atas kehancuran rumahtangganya dulu. Akma bernasib baik kerana ada ibu bapa yang sangat menyokong akan dirinya dan juga adanya Ikhwan yang selalu menjadi tempat untuk Akma meluah rasa.

Ending yang best dan hampir sempurna. Puas. Terima kasih cik puan writter kerana menghasikan naskah sambungan ini👍
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 27, 2024
kalau pernah baca matinya jiwa seorang isteri, ini sambungannya. akma sebenar melalui fasa kemurungan disebabkan oleh sikap irham. tapi dia lalui proses berubat. awal dulu konon irham dan emaknya meminta maaf dan mahu berubah tapi rupanya sekejap saja.

dek sebab berhutang dengan along, hajah roziah mencadangkan supaya irham menikah semula dengan akma. dia suruh irham pancing akma melalui anak-anak mereka. jahat tak jahat perangai seorang emak. lagipun hajah roziah memang laparkan kebendaan. sewaktu akma masih menjadi isteri irham, memang akma menjadi bank bergerak mereka.

macam-macam cara dan ugutan yang dilempar tapi dengan sokongan keluarga dan ikhwan, akma terus bertahan. jiwa belas ehsan dia memang terus mati walaupun hajah roziah karang cerita paling sadis.

sedap baca. betapa seorang wanita yang teraniaya dengan sikap seorang lelaki yang tidak ada langsung rasa tanggungjawab.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.