Superintendent of Police Samsiah Hassan thinks of a way to get her team to work better. She sets up a separate Intelligence Unit to gather intel to assist officers in ongoing cases. By getting the maverick Inspector Mislan to head this unit, she also wants to avoid further clashes with a certain high-ranking publicity junkie.
In the space of just a few days, this Intelligence Unit has to deal with three simultaneous cases. One involves a home invasion, in which a wealthy businessman known personally to Samsiah is killed. Another is a targeted hit in a clinic, where a patient is shot point-blank.
But it’s the third case, in which members of Kuala Lumpur’s homeless community are killed by burning, that proves to be the most challenging. Who are these Firebugs who want to “cleanse” the streets of some of the most vulnerable people in the city?
Rozlan Mohd Noor served as a police officer in the Royal Malaysia Police for 11 years as a crime investigator and court prosecutor before joining the private sector. He has published several crime/thriller novels. Six of them feature Inspector Mislan as the main protagonist, with Posthumous Child (2022) being the latest. The Inspector Mislan novels are now published internationally by Arcade CrimeWise, New York, starting with 21 Immortals in 2020 and DUKE in 2021. In 2022, the Inspector Mislan books were optioned as a mini-series by UK-based production company Envision Entertainment.
"Murder in itself is a horrible act, but murder using fire just pure evil."
Siri Inspektor Mislan ni memang antara kegemaran aku. Antara buku auto-beli.
Siri kali ini, bertimpa-timpa kesnya. Bermula dengan kes gelandangan mati dibakar. Sangat kejam ya pelakunya. Tergamak mereka bakar orang hidup-hidup.
Tapi, yang lagi menyedihkan, kes itu menemui jalan buntu. Lebih tragis, bila kematian itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Pelaku seakan-akan ingin memberitahu satu dunia kekejamannya. D9 mencuba segala cara untuk mendapatkan petunjuk bagi menyelesaikan kes tersebut. Sebelum kes pertama diselesaikan, satu lagi gelandangan maut dibakar.
Dalam kesibukan mencari petunjuk bagi kes itu, D9 berhadapan dengan satu lagi kes bunuh di sebuah klinik swasta. Inspektor bertugas digegaskan ke lokasi kejadian. Seorang lelaki maut ditembak di kepala dan dada. Kejadian itu agak ganjil kerana hanya disasarkan kepada mangsa, sepertinya target sudah dikunci.
Inspektor Mislan baru saja ditugaskan untuk menjadi ketua bagi D9 Intellegence Unit. Tugas unit ini untuk mencari maklumat, bukti dan petunjuk untuk kes-kes yang disiasat oleh D9. Jadi, Inspektor Mislan dan teamnya terlibat dalam membantu semua kes yang diketuai oleh Inspektor-Inspektor yang lain. Dia makin sibuk!
Aku suka cara kerja mereka dan kerjasama yang ditunjukkan dalam menyelesaikan setiap kes. Setiap pagi, mereka akan berkongsi maklumat baru (sesi morning-prayer) bersama dengan bos mereka Supritendan Samsiah. Bagaimana tugas-tugas diagihkan dan bila perlukan bantuan Sup. Samsiah akan memberikan sokongan penuh dan sentiasa menjaga kebajikan anggotanya.
Oh ya, buku ni dalam bahasa Inggeris. Aku tulis review dalam bahasa melayu 😁.
Kalau anda minat, cerita-cerita penyiasatan kes-kes jenayah, aku cadangkan baca buku ini.
"Kerajaan hanya peduli terhadap dua golongan: mereka yang kaya dan mereka yang mengundi."
Firebugs: Inspector Mislan and the D9 Intelligence Unit, sebuah novel bergenre jenayah/misteri, mengisahkan sebuah unit perisikan baharu diketuai Inspektor Mislan yang harus menyelia tiga kes pembunuhan sekaligus. Namun hanya satu kes melibatkan golongan gelandangan dibunuh dengan begitu sadis serta sukar untuk dikenalpasti motif pembunuhan yang sebenar.
Novel ini bertemakan diskriminasi kasta masyarakat di mana melalui perspektif Inspektor Mislan yang harus mengendali kes-kes pembunuhan tersebut, hanya satu kes melibatkan gelandangan yang kurang mendapat perhatian. Rentetan daripada itu pembaca dapat mengikuti kritikan terhadap masyarakat terutamanya berkaitan ketidakadilan antara dua darjat. Walaupun kali ini terdapat kes lain yang harus diselesaikan, sejujurnya kes sampingan itu tidak memberi kesan besar terhadap keseluruhan plot lantas menjadikan ia sebagai kelemahan dalam novel ini. Perkara ini menyebabkan sesetengah pembaca akan merasakan sebahagian daripadanya terasa lewah serta berulang dengan penyelesaian yang mudah diduga. Antara tema lain dalam novel ini ialah keruntuhan nilai kemanusiaan dan kepentingan menjaga maruah.
Secara keseluruhannya, novel ini untuk mereka yang inginkan novel fiksyen berteraskan piawai penyiasatan polis sebenar. Sebagai bekas polis, penulis juga sedikit sebanyak mengupas sisi lain dunia polis dalam setiap karyanya. Walaupun novel kali ini tidak memenuhi sangkaan peribadi, tidak dinafikan tema yang diketengahkan dalam novel ini mampu membuatkan pembaca berfikir sejenak akan nikmat yang telah dikurniakan.
Tak puas hati sebab the most interesting case was not solved. The opening case, and it was even the title of the book!
I don't know how I missed this book. I was always on the lookout for anything by the author. Very excited when I realized there was a new book out but how surprised when I saw the publication date was way back in April (I discovered it in December!)
Resensi Buku #12 Tajuk: Firebugs Penulis: Rozlan Mohd Noor Penerbit: FIXI Ketebalan: 340 muka surat Harga : RM28.00 (percuma honorarium Cukaria)
Alhamdulillah. Selesai baca buku pertama daripada enam buah buku yang kuterima sebagai honorarium Cukaria. Buku ini merupakan satu-satunya buku berbahasa Inggeris yang kupilih. Sebagai peminat novel berbahasa Inggeris seperti John Grisham, Jeffrey Archer, dan cerpen Inggeris O. Henry & Roald Dahl, aku meletakkan expectation yang agak tinggi untuk Firebugs. Tambahan pula buku ini dari FIXI, tentulah expectation aku sampai ke bulan.
Pertama sekali aku perasan pada kulit buku ini tertera ayat "Inspektor Mislan and the D9 Intelligence Unit." Alamak, nampaknya novel ini jenis bersiri macam Harry Potter. Rugilah kalau aku main baca tanpa mengikut urutan kerana mungkin ada kisah-kisah penting untuk perkembangan watak-wataknya. Adakah aku rugi? Nantikan jawapan di perenggan terakhir.
Buku ini mengisahkan Detektif Mislan, atau nama manja Lan. Kalau Detektif Mislan seorang Sherlock Holmes, mestilah ada seorang Dr Watson mengekorinya. Watak sidekick ini hadir dengan nama Sarjen Penyiasat Johan, atau lebih mesra sebagai Jo. Mereka berdua, bersama-sama dengan bos yang tegas Superintenden Samsiah dan rakan-rakan D9 yang lain.
***awas spoiler di hadapan**
Kalau kau baca novel ni dan mengharapkan cerita thriller dan penuh aksi tembak-menembak, kereta terbang, letup-meletup macam filem Micheal Bay, maaf novel ini bukan untuk kau. Cerpen ni kau seolah-olah jadi intern ikut je Lan & Jo dan Unit D9 buat keje harian dorang sebagai pasukan penyiasat elit PDRM. Dan yang bagusnya bila kau jadi intern tu lama-kelamaan kau pun jadi pandai macam diorang jugakla. Pakai terma-terma kepolisan. Belajar prosedur-prosedur siasatan dan penguatkuasaan undang-undang. Dan yang paling penting macam mana thought process Lan dan Jo mengesan, memancing dan menangkap penjenayah di sekitar ibu kota noir ini. Ini adalah kekuatan Tuan Rozlan sebagai bekas anggota polis turn novelis.
Selain daripada prosedur polis, aku rasa setting cerita ini juga digambarkan dengan kuat. Tempat-tempat yang dinyatakan secara terperinci di Lorong Haji Taib, Jalan TAR, Jalan Raja Laut, Benteng HSBC, Masjid Jamek, Masjid India, Chow Kit, adalah tempat-tempat yang aku lalui saban hari di sekitar pejabat aku. Jadi aku boleh relate dan bayangkan dengan jelas apabila nama-nama tempat ini jadi setting dalam novel ini.
Baik, kita ke sisi-sisi yang boleh dibaiki dan ditambahbaik pula. Pertama sekali, bagi aku pembinaan karakter agak lemah. Walaupun karakter tu taklah banyak mana (mungkin protagonis ada dalam lapan orang?) tapi cara ucapan, cara fikiran, background story, kesukaan, ketidaksukaan, tiada yang distinguishable antara watak. Yang aku ingat, Lan (watak utama) sekejap-sekejap hisap rokok dan suka air kopi o ais. Jo, Sam, Tee, Tini, Tony, dan lain-lain nama yang aku tak ingat, aku tak dapat bezakan apa ciri-ciri khas diorang.
Kedua, plot cerita. Aku tak pasti sama ada penulis sengaja buat plot yang mendatar, tapi bila aku baca novel ni aku macam baca diari je, takde build up, takde klimaks, apatah lagi plot twist. Mungkin salah aku sebab meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi pada novel FIXI yang paling kebabom pernah aku baca (Ilusaniti), jadi apa saja novel selepasnya ibarat makan megi kembang, tawar dan tiada rasa.
Akhir kalam, Firebugs adalah satu novel berbahasa Inggeris yang baik dan memberikan satu sekilas pandang tentang kehidupan harian seorang pegawai polis penyiasat. Novel ini bukanlah novel thriller dan ia boleh dijadikan bacaan santai sambil makan keropok lekor pada petang yang damai.
Rating: 3/5
Addendum: Aku baru perasan nama-nama restoren yang dinyatakan dalam novel ni mengambil nama tempat sebenar (Nasi Kandar Yasim, Capati Santa). Jadi kalau kau teringin nak rasa makanan oleh watak-watak dalam novel ni bolehlah cuba.
Pretty absorbing read, interesting cases and clear narration on police procedures during an investigation. Its not too technical nor too emotional. Each of the characters has their own distinct personality but at times, the names being so closed to each other made me reread certain parts (Reeziena and Reeze? Its two different characters). I like that the author include some of the character's own thoughts about hot issues in Malaysia (dress code etiquette in police station, biased media reporting, questionable government priorities, etc).
Reading this book wasnt just to experience a detective/crime investigation fiction set in Malaysia, but also makes one ponder about some societal issues of our country. And I hope there'll be more of Inspector Mislan series to come.
I've been a fan of the Inspector Mizlan series since it started and Firebugs is another well plotted book. Mizlan and his team pursue a number of different cases in this volume and I enjoy the familiarity with the Kuala Lumpur setting.
I'm giving this 4 stars and not 5 because this book could have done with a better editor. There are a few sloppy typos and, since the characters use a lot of acronyms, a repetitive overuse use of explanations. There must be more than a couple of dozen instances of "XYZ stands for blah blah blah", which gets a bit repetitive after a while.
Despite this gripe, can't wait for the next installment in the series.