Jump to ratings and reviews
Rate this book

Under 18 -Reveal-

Rate this book
Cikgu baru masuk sekolah? Memang jadi makanan Ax dan kawan-kawanlah!

Ax, Kaio dan Yosi, pelajar nakal sekolah yang cukup dikenali dan digeruni. Tidak ada sesiapa yang dapat menumpaskan Ax atau mempermainkannya di sekolah sehinggalah muncul Cikgu Monday, guru Sains baru. Dia disenangi semua dan lincah menumpaskan tiga sekawan itu. Makin membuak-buak Ax nak prank si cikgu!

Tetapi apabila Yosi melihat Cikgu Monday melakukan sesuatu yang aneh, tidak seperti perawakannya yang disenangi satu sekolah, mungkin sudah muncul cara untuk mengenakannya.

Persoalannya, siapa sebenarnya Cikgu Monday? Dan siapa yang jadi makanan siapa akhirnya?

284 pages, Hardcover

First published February 1, 2024

12 people want to read

About the author

Osman Deen

14 books115 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (33%)
4 stars
4 (33%)
3 stars
4 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Fey.
228 reviews12 followers
May 22, 2024
"𝘿𝙞𝙖 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙖𝙞𝙣-𝙢𝙖𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪!"

Pertama sekali, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak @gempak_360 atas pemberian naskhah yang satu ini.

Under 18: Reveal mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Ax, Kaio dan Yosi yang merupakan tiga orang pelajar nakal di sekolahnya. Disebabkan mereka ni terlampau nakal, sampaikan cikgu-cikgu pun tak berani nak tegur lagi.

Selepas Ax dan dua orang temannya berjaya menjatuhkan cikgu sainsnya dengan mendedahkan perbuatan tak senonoh cikgu itu, Ax fikir dia sudah aman. Tetapi semua itu tidak berlaku ya? Kerana kemunculan cikgu sains baharunya iaitu Cikgu Monday pula membuatkan Ax sakit hati! Lagi sakit hati, bila semua orang sukakan Cikgu Monday. Jadi Ax akan berusaha sedaya upaya untuk tumpaskan Cikgu Monday pula.

Aku tak pernah baca siri komik Under 18 ni, tapi apabila baca novel ringan Under 18 yang ditulis Osman Deen ni, buatkan aku teringin sangat nak borong siri komiknya!

Aku suka dengan penulisan Osman Deen, cara dia garap karakter-karakter dalam Under 18 sangat seronok. Jalan ceritanya apatah lagi? Best betul! Semua lagak aksi dalam novel ringan ni fuhhhh!

Watak paling aku suka semestinya Cikgu Monday. Ish, coolnya cikgu yang satu ni! Dahlah pandai berlawan, hensem pula tu eh eh!

Kenakalan Ax, Kaio dan Yosi ni dari awal lagi buat aku tepuk dahi. Ya Allah, nakalnya alahai! Kalau aku boleh lompat masuk novel ringan ni, memang aku piat telinga seorang demi seorang!

Tambahan lagi, aku suka dengan elemen persahabatan antara Ax, Kaoi dan Yosi. Adore dengan cara mereka bersahabat tu. Walaupun Ax seorang yang kelihatan kasar, dia tetap ambil tahu condition dua sahabatnya tu. Tak tinggalkan satu sama lain. Kalau nak buat jahat, buat sama-sama, ha begituuu!

Tak nak buat jilid 2 pula ke untuk novel ringan Under 18: Reveal ni? Nak baca lagi! Sukalah cerita aksi high-school macam ni!

Korang boleh dapatkan novel ringan Under 18: Reveal ni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula 24/5/2024 ni! Jangan lupa dapatkan, okay!

Bye!

Rate: 3.6🌟

–Fey
Profile Image for Tsumiki Hajira.
319 reviews2 followers
October 4, 2024
Novel ini mengingatkan aku pada cerita Gokusen, tentang cikgu dan anak murid nakal sama naik. Alkisah 3 orang murid terganas di sekolah yang sering kacau orang termasuklah cikgu-cikgu sekali. Sampai ada cikgu berhenti sebab diorang ni. Tapi ada seorang cikgu baru yang tak termakan prank diorang. Of course lah diorang tak puas hati... Nice story & good portrayal of UNDER 18 characters, satu percubaan yang baik dalam menjadikannya versi novel. Penulis tahu describe suasana & vibes Under 18, cuma I wish keadaan menjadi lebih gila-gila. Mungkin kena fikirkan target audience (orang muda) kot. Tapi okey je bagi aku.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
February 3, 2026
Seronok baca buku cerita budak sekolah. Bagaimana mereka bergaul. Kelakar. Dapat kaitkan demgan komik juga sikit2. Tambah2 memang peminat karya zint dan karya osman deen. Huhu. Serius best dan seronok baca.
Profile Image for Iqbal Rafiuddin.
Author 17 books42 followers
May 3, 2024
Pendapat pendek. Osman Deen terlalu playsafe bila tulis naskah ini. Berharap dia lebih menggila jika ada jilid seterusnya.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
August 11, 2024
Novel hilang. Huu...tak habis baca. Tak tahu letak dekat mana. Sis sedihhhhhhh.
Jalan cerita yang tak bosan. Tak silap saya dah sampai ke muka surat pertengahan. Tiba-tiba jatuh cinta dekat Cikgu Monday. Hahaha! Harap Zint wujudkankan watak Cikgu Monday dalam komik. Mudah-mudahan.

Dah jumpa semula novelnys nanti saya baca semula
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.