Jump to ratings and reviews
Rate this book

Melati

Rate this book
ARMAN dan MELATI.

Masing-masing tak pernah kenal satu sama lain sebelum ini. Tapi segalanya berubah bila mereka berdua ditangkap basah dan kemudiannya terpaksa berkahwin. Maka bermula lembaran baru mereka berdua sebagai suami isteri yang tak sehati sejiwa. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Lepas tu bila berjumpa, mulalah yang sorang menyakiti, yang sorang lagi buat tak peduli.

“Lain kali tak payah ajak berbincang, tak kisahlah tentang apa pun. Kita bawa haluan masing-masing, dah memang itu adalah perjanjian kita. So you nak keluar dari sini ke, balik rumah sewa you ke, kena culik ke, menghilang ke, I don’t care. Just mind your own business.” - Arman

Tak cukup dengan kata-kata Arman yang tak pernah menyedapkan telinga Melati, mulut mak mertuanya pun boleh tahan puaka dengan pakej mendera fizikal dan mentalnya sekali. Bila balik ke kampung, mama pula ‘sound’ dia sebab mama kan pro Arman.

“Hidup lagi kau ni rupanya. Aku ingatkan dah mereput dekat kampung.” - Mommy aka mak mertua.

“Walau macam mana teruk pun hubungan di antara Melati dan Arman, Melati tak patut ke sini tanpa kebenaran dia.” -Mama

Sudahnya Melati telan apa saja yang dilaluinya seorang diri. Dah cukup setahun nanti, Arman akan melepaskan dia dan hidupnya akan aman damai seperti dulu. Ya, itulah janji Arman padanya. Namun janji dimungkiri bila Arman menukar T&C yang dijanjikan itu tanpa persetujuan Melati terlebih dahulu.

“No, no. I tak boleh. Back to rule number 1. Kenapa tiba-tiba? You nak kongkong I, Arman? Tak cukup you tengok I terseksa kat rumah ni, you nak kawal hidup I, begitu?” - Melati

Apa sebab Arman menukar perjanjian mereka berdua?

Mampukah Melati bertahan bila T&C sudah ditukar sepenuhnya?

Tak semua kisah perkahwinan bermula dengan percintaan, namun berakhir dengan cinta yang sempurna. Adakah kisah mereka berdua juga begitu atau vice versa?

317 pages, ebook

Published January 1, 2023

3 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
March 31, 2024
kesiannya melati. dapat mak mentua kaki dera! melati pun satu hal pula, sanggup dia bertahan. dah la suami yang terpaksa dinikahi buat tak peduli. tapi bila melati balik ke kampung, tahu pula arman ni mahu mencari. itu pun sebab ayahnya dah bersuara.

di kampung, arman mula kenal perwatakan melati yang sebenar. ceria dan dia juga baru perasan isterinya itu cantik. mahunya tak cemburu bila melati baik sangat pula dengan bidin.

kembalinya mereka ke bandar, melati seolah dapat semangat baru. dia tak nak terus dicerca dan dibuli dek mak mentua. arman juga perasan dan dia tak terus jatuh hukum bila mommynya, zaleha mula bercerita yang buruk-buruk tentang melati. good job, man!

kalau dah karya puan doktor ni, akak tak ada apa nak kondem. semua sedap baca, dari awal sampai habis. sweet dalam caranya yang tersendiri. watak heroin biasanya memang kuat. tak terlalu dibayangi dengan kehebatan watak hero. tapi si hero memang selalu menjadi penyelamat.

best!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.