Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Suka berniaga? lkutlah cara Qarla! Bermacam dugaan dilalui, tetapi dia tetap cekal hati. Mulanya disabotaj, diherdik, dipandang rendah dan ditipu, namun Qarla tetap teguh memasang strategi. lmpiannya jelas, mahu memiliki empayar perniagaan sendiri.

Dengan sokongan si ibu dan sahabat kelas 4D, segala usahanya untuk menjual tudung atas jenama sendiri menjadi realiti. Permintaan dan jualan semakin mencanak tinggi. Bagaimanapun, ketika berada di puncak kejayaan dia telah diuji, hingga jatuh tersembam ke bumi.

Mampukah Qarla bangkit semula seperti sebelumnya? Atau membiarkan diri berputus asa.

lni kisah jatuh bangun seorang usahawan muda, diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Apa? lngat budak sekolah tidak boleh berjaya dalam perniagaan?

144 pages, Paperback

First published April 24, 2024

6 people want to read

About the author

Haryani Kamilan

20 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
June 3, 2024
Jika hendak meniaga,
Jiwa kena kental 💼🥊

Dalam usia yang muda. Qarla sudah menunjukkan minat terhadap bidang perniagaan. Buktinya? Sampai ke sekolah dia berniaga. Namun, disebabkan ada satu kejadian yang Qarla tidak jangka. Dia terpaksa ubah strategi perniagaannya. Kalau sebelum ini dia menjual barangan kecantikan. Kali ini dia bercadang untuk menjual barangan tudung pula. Hasil support keluarga dan rakan-rakan tercinta. Qarla tidak betah untuk menunggu walau sesaat untuk membina empayar perniagaannya sendiri. Apa yang akan jadi seterusnya?

Cerita Miss CEO ini cerita simple dan basic. Apa yang menjadikan buku ni boleh dibeli & dibaca oleh adik-adik sekalian ialah mesej & asas ilmu perniagaan yang penulis ingin sampaikan. Boleh agak ke mana arah jalan cerita. Predictable.

Banyak yang adik-adik boleh belajar dari watak utama. Qarla tidak mudah cepat mengalah. Dia melalui dugaan demi dugaan & risiko perniagaan yang ada naik turunnya. Antaranya ialah pelanggan tidak berpuas hati & minta ganti rugi, ditipu, sabotaj dll. Tapi semua itu, samaada pengalaman pahit atau manis mengajar Qarla untuk menjadi seorang gadis yang:

•Sentiasa bersedia akan apa saja kemungkinan ✔️
•Kuat mental dan fizikal ✔️
•Tidak terus menerus melayan perasaan sedih dan terus melangkah maju ✔️
•Tahu siapa lawan siapa kawan ✔️

Siapa kata kalau nak berniaga kena ada kedai fizikal & stok yang banyak?. Kalau otak jenis memang pandai buat duit memang mana-mana pun boleh buat duit. Jadilah DS & tahu produk apa yang tengah 'in' dalam pasaran untuk dijual. Siapa yang minat berniaga? Teruskan okay. Jangan letakkan faktor usia sebagai penghalang.

Kita sebenanrnya ada rasa annoyed dengan beberapa watak dalam buku ni terutama sekali watak Faqihah. Dia punya busuk hati dengan member memang tak boleh bawa bincang. Alasan taknak menerima barangan dari Qarla memang boleh pengsan bila dengar hshs. Kita harap sangat dapat baca apa yang jadi dekat si Faqihah ni. At least hati kita rasa puas sikit 🤣

Sesiapa pun boleh baca Miss CEO ni. Tapi kita rasa cerita ni lebih khusus buat adik-adik sekolah rendah - remaja. 🙌🏻
25 reviews
December 30, 2024
Just so so.. the mc got the spirit. She always kept her optimistic characters to herself and got up every time she failed. But there's one question that remains unanswered. About the gurl named..Faquhah if I'm not mistaken.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.