Satu-satunya cita-cita Ariana yang terlalu sukar digapai adalah untuk bergelar seorang penulis seperti Siti Suhada. Dia menjadi bahan ejekan rakan sekelas kerana semua orang tahu dia selalu mendapat gred C untuk subjek karangan. ltu tidak pernah melunturkan keinginannya untuk menjadi penulis.
Peluang keemasan tercipta apabila dia menemui sebuah buku langka panduan untuk menjadi penulis pemula bersama sebatang pena di stor milik keluarganya. Sejak itu dia dapat menulis dengan lancar dengan pena ajaib yang baru ditemui. Apa yang membingungkannya adalah watak-watak yang diciptakan mula wujud di dunia nyata. Dunia seorang Ariana tiba-tiba menjadi huru-hara.
Apa yang akan dilakukannya apabila pena ajaib itu membawanya ke Dunia Aksara Magis, sebuah dunia yang tersembunyi untuk para penulis terpilih? Rahsia demi rahsia tersingkap di dunia yang asing itu hingga Ariana tidak dapat membezakan realiti dan ilusi. Adakah dia memilih untuk tinggal di Dunia Aksara Magis atau kembali ke pangkuan ibu bapanya?
Buku yang sangat seronok dibaca. Miss Writer mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ariana yang minatnya ialah menulis dan cita-citanya jadi penulis. Pada suatu hari dia terjumpa pen dan buku nota ajaib. Apa yang kedua benda ni boleh buat ialah Pena dan buku nota ajaib ni mampu membawa Ariana ke dunia di luar jangkaannya dan jauh dari dunianya yang sebenar.
Semasa berada di Dunia Aksara Magis, Ariana berdepan dengan pelbagai kesulitan. Dan di situ jugalah Ariana lebih mengenali siapa ibunya yang sebenarnya dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian yang terjadi kepada ibunya.
Buku fantasi yang sangat saya enjoy sebab penulisan pun best. Tak teragak-agak saya bagi 5 bintang. Tahniah!
Menceritakan tentang Ariana yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Peluang keemasan tercipta apabila dia menemui buku langka dan sebatang pena ajaib di stor milik keluarganya.
Sejak itu, dia dapat menulis dengan lancar dengan pena ajaib itu. Bukan itu sahaja, watak-watak yang ditulis oleh Ariana mula wujud di dunia nyata! Lebih membingungkan apabila pena tersebut telah membawa Ariana menjelajah ke Dunia Aksara Magis, sebuah dunia yang tersembunyi untuk para penulis terpilih.
Adakah Ariana akan memilih untuk tinggal di dunia magis atau dunia nyata? __________________________________
Baca blurb je pun dah menarik kan? Haaa kalau korang baca buku ni lagi best! Ditambah pula dengan elemen fantasi dalam buku ni membuatkan kita lebih excited dan enjoy baca buku ni. Sehari je tau kita boleh habiskan sebab memang best! 😍❤️
Walaupun buku ni nipis, tapi kita suka sebab dia mengetengahkan nilai persahabatan, dan kegigihan. Ianya sedikit-sebanyak dapat menaikkan lagi semangat kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis memandangkan tema utama buku ni pun berkaitan penulis.
Novella Bukubookiut ni sangat sesuai kalau korang tak tau nak baca buku apa sebab bukunya nipis, sehari je dah boleh habis. 👍 In case kalau korang tak tau nak beli buku apa, belilah novel Miss Writer sebab ni novel terbaru tau! 😆
buku fantasi yang seronok untuk dibaca. Bukan sahaja jalan cerita yang memupuk minat membaca tetapi juga menyuntik rasa minat untuk menulis.
Buku yang mudah untuk dibaca buat para remaja dan juga menyeronokkan buat orang dewasa :) Buku yang mengisahkan tentang Ariana, seorang remaja yang bercita-cita untuk menulis tetapi kurang bakat dalam dunia penulisan. Namun, cita-citanya menjadi nyata apabila dia terjumpa sebuah jurnal dan pena ajaib yang membuatkan dia menjadi seorang penulis yang terkemuka di Dunia Aksara Magis.
Namun, setiap kejayaan ada pengorbanannya. Dia terpisah daripada keluarganya. Adakah Ariana akan terus menempah nama ataupun kembali ke pangkuan keluarganya? Walaupun buku ini agak nipis, tetapi banyak plot twist yang membuatkan saya terkejut dalam jalan cerita fantasi ini.