Looks at SAS weaponry and equipment from the famous World War II jeep with Vickers aircraft guns to small arms and support weapons, canoes and assault craft, aircraft and parachutes and personal clothing, backpacks and webbing.
I was raised in Grantham, Lincolnshire and attended the King's Grammar School after passing the Eleven Plus exam. In the latter I clearly remember writing an essay on Oliver Cromwell – my first piece of military writing.
Then came a BA in history and international relations at Nottingham followed by a Master of Philosophy course at the University of York. The subject was the generalship and cavalry of Prince Rupert of the Rhine, my boyhood hero, during the English Civil War. The year I spent researching and writing at York, Oxford and at the British Library in London was a truly wonderful time. I moved to London and eventually joined a small publishing company as an editor. Thus began my writing career.
Sebagai sebuah unit khas tentera darat British,Special Air Service (SAS) memerlukan persenjataan dan peralatan yang istimewa dan unik berbanding unit-unit tentera darat biasa British. Namun begitu,ada kalanya,SAS juga menggunakan senjata dan peralatan yang juga digunakan oleh unit-unit tentera biasa. Oleh itu,buku ini membincangkan jenis-jenis dan spesifikasi-spesifikasi senjata dan peralatan yang digunakan oleh SAS sejak dari Perang Dunia Kedua sehinggalah ke era moden (90-an). Antara perkara yang terkandung dan dibincangkan adalah seperti raifal,mesingan,kapal terbang,helikopter dan lain-lain perkara yang berkaitan. Penerangan yang diberikan adalah ringkas dan disertakan sedikit latar belakang sejarah. Di dalam buku ini juga,diselitkan beberapa gambar di samping penerangan yang diberikan (tidak semua penerangan mempunyai gambar). Memandangkan buku ini diterbitkan pada tahun 1997 (terbitan asal 1993),maklumat yang diberikan ada yang sudah lapuk. Sebagai contoh,tentera SAS pada masa kini telah menggunakan karbin C-8 buatan Kanada sebagai senjata utama mereka,menggantikan M-16. Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan di dalam buku ini. Malah,terdapat juga senjata yang sememangnya digunakan oleh SAS tidak langsung dibincangkan iaitu mesingan ringan FN Minimi. Gambar-gambar yang disediakan agak kurang untuk memberikan gambaran jelas kepada pembaca mengenai rekabentuk senjata dan peralatan. Terdapat juga gambar-gambar yang berbeza,tetapi menunjukkan perkara yang sama. Sebagai contohnya,terdapat beberapa gambar yang menunjukkan submesingan MP-5. Akibatnya,ia menyebabkan pertindihan gambar atau redundancy yang tidak sepatutnya berlaku. Dari segi susun atur,terdapat juga kelemahannya. Penulis bukan sahaja membincangkan senjata dan peralatan yang digunakan SAS pada era moden,tetapi juga mencangkumi zaman Perang Dunia Kedua juga. Pada pendapat saya,adalah lebih baik penulis membahagikan perbincangan kepada dua bahagian. Pertama,membincangkan persenjataan dan peralatan yang digunakan SAS semasa Perang Dunia Kedua. Kedua,membincangkan perkara yang sama untuk era moden pula. Dengan ini,penerangan akan nampak lebih teratur dan mudah difahami para pembaca. Walaupun begitu,secara keseluruhannya,buku ini sangat menarik untuk dibaca dan masih boleh dikira berinformasi tinggi. Maklumat yang diberikan masih lagi berguna terutamanya dari sudut nilai sejarah unit elit tentera British ini.