Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tanam

Rate this book
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amal jahat yang dikerjakannya. - Surah Al-Muddaththir : Ayat 38

Keadilan tidak akan muncul selagi syaitan berjaya menghasut umat manusia.

Akibat curang dan serakah, nyawa insan yang tidak bersalah menjadi pertaruhan. Tragedi yang berlaku terhadap sebuah keluarga yang sangat bahagia menyebabkan ada kejadian yang tidak selesai dan menyimpan 1001 misteri yang sukar difahami.

Gangguan demi gangguan pada tengah malam menyebabkan dirinya tidak keruan. Dia cuba membongkar rahsia agar semua yang tersembunyi dapat diketahui. Malang sekali, usahanya menimbulkan halangan demi halangan yang boleh mengakibatkan penderitaan dan kematian yang maha dahsyat.

"Tadi aku nampak kat tingkat atas macam ada orang." - NASRUL

"Kalau betul rumah tu berhantu, kita minta dia pindah segera." - THINAGARAN

"Kau nak ke kena ganggu dengan teruk? Aku tak rasa apa yang kau cakap tadi berbaloi." - MUNIR

Mampukah pembunuhan itu dibongkar? Kekalkah rahsia yang menjadi rahsia bila samar kematian semakin menghampiri?

Kisah itu terus dimomokkan sehingga malapetaka menimpa mereka yang cuba membongkar sesuatu yang tersembunyi itu. Muncul pembunuh berwatak 'Undertaker' yang menjadi igauan ngeri.

Dalangnya mahu rahsia itu kekal selamanya dan hanya satu cara sahaja yang dapat dilakukan iaitu... TANAM.

257 pages, Paperback

First published March 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Asraf Shaari

32 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (55%)
4 stars
2 (22%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mini.
83 reviews1 follower
July 30, 2026
Rating: 4.5/5 🌟

⚠️ TW: Elemen Gore: Darah, Pembunuhan ⚠️

Ingat nak baca santai² je sebab kebetulan jumpa buku ni kat perpustakaan haritu. Masa tengah membelek tu, cover nampak seram tapi menarik.

Tak pernah nampak siapa² baca atau reviu, sinopsis pun tak baca langsung. Memang tak tinggi mana pun expectation saya letak pada buku ni.

​Sekali bila dah habis baca.. wuihh! Tak sangka betul! 360° berubah ya 1st impression saya terhadap buku ni! 🤣☝🏻

Buku ni pun bukan calang². Antara karya seram tempatan yg berjaya buat saya rasa meremang dari awal sampai babak akhir! 🥶

​Awalnya, kisah bermula dengan Nasrul yg selalu kena gangguan malam dekat rumah yg dia duduk. (Untuk pengetahuan, Nasrul tak dapat penempatan kat kolej sebab dah penuh dan kena dahulukan untuk pelajar baharu. Pastu, dapat sewa rumah, sorang² pula tu). Ok sambung.. gangguan Nasrul kena tu.. dari bayangan wanita, budak kecil yg menakutkan, sampailah ke kelibat lelaki pegang cangkul yg sentiasa memerhati (Undertaker nama dia). Tambah pula dengan jiran sebelah, Pak Hassan dengan isterinya yg asyik beria halau Nasrul keluar dari rumah tu.

​Tapi kan, gangguan mistik tu rupanya baru mukaddimah tau! 😌 ​Bila misteri yg sebenar²nya mula 'dibongkar', ada tragedi silam yg memilukan. Sebuah keluarga hancur disebabkan sifat serakah, kecurangan dan rahsia yg cuba 'ditanam' elok².

​Bahagian paling suspen pada saya bila muncul watak Undertaker. ​Penulis main dengan tempo yg cermat. Walaupun pada awalnya saya agak hairan dengan buku ni sebab ramai watak yg ada. Tapi, watak² tersebut diperkenalkan satu per satu tanpa terburu² atau berterabur.. jadinya, penulis berjaya bina rasa rimas dan cemas tu perlahan².

​Bila cerita dah melepasi lebih dari separuh, plot twist pun mula 'hentam' saya bertubi² tau! 🥲 Ingatkan A yg jadi, rupanya B. Pastu, bila saya ingatkan dah selesai, eh keluar pula plot twist lain! Memang mindblown betul dengan idea penulisan ni. Plot yg 'dikenakan' dekat pembaca memang wow habis!

​Tak dinafikan ada juga perenggan yg ralat dan berulang, susunan garis masa pun kena beri perhatian sikit, tapi langsung tak mencacatkan kepuasan bila semua kepingan teka-teki difikiran ni mula bercantum.

​Gabungan seram mistik, misteri pembunuhan, pengkhianatan dan persahabatan dalam buku ni disusun sangat kemas. Mesej dari Surah Al-Muddaththir ayat 38 yg diangkat jadi teras cerita memang sampai. Sejauh mana pun kita cuba sorokkan kejahatan, pembalasan tetap akan tiba. Cepat atau lambat, itu semua kuasa-Nya.

​Baca buku ni, secara tak langsung akan dapat muhasabah diri juga. Yalah, sifat tamak dan dendam manusia ni sebenarnya lebih menakutkan berbanding hantu. Manusia yg bertopengkan syaitan. Nauzubillahiminzalik.

​Saya sangat syorkan buku ni untuk sesiapa yg suka genre misteri, seram dan thriller.

Oleh yg demikian, marilah ​sama² kita sedekahkan Al-Fatihah buat almarhum penulis, Asraf Shaari yg telah mendahului kita ke alam sana. Semoga rohnya dicurahi rahmat dan bersama orang² yg beriman amin.

Terima kasih juga buat penerbit atas terbitan naskhah ni! ☺️
Profile Image for meenie.
446 reviews4 followers
August 9, 2026
al-fatihah dibaca untuk arwah penulis. terima kasih penulis kerana menulis buku yang gempak dan buat saya seram sejuk nak teruskan pembacaan hehe 😬

kisah ini banyak bermain dengan elemen seram dan thrill. saya taj pernah sangka musuh yang selama ini menyerang rupanya musuh dalam selimut. gunting dalam kain. ha kau semua peribahasa aku masukkan nanti. adrenaline rush saya menggunung ye bila nasrul kata ada orang lain dalam rumah selain kita bertiga 😂 haiyaaa

btw saya recommend buku ini!! jom viralkan buku ni sebab best gila? tak menyesal beli time pbakl26 hehe
Displaying 1 - 2 of 2 reviews