Haqim tergamam apabila melihat wajah lelaki yang berdiri depannya dengan jelas. Mata lelaki itu sebelah normal dan sebelah lagi menampakkan warna kehitaman persis mata hantu. Rupanya lelaki ini hantu!
"Si... si... siapa kau?"
"Aku Detektif Hantu. Panggil aku Tuan Detektif je."
Sejak dirasuk semasa menjejak hantu bersama Geng Penyiasat Paranormal, Haqim kerap dihantui gangguan misteri. Di saat genting, muncul seorang lelaki menggelar dirinya Detektif Hantu. Dengan mata separa normal dan separa lagi persis mata hantu, segala kematian dapat dihidu. Misinya adalah tumpaskan Jin Buana Hitam yang menjadi dalang kegelapan manusia.
"Kalau dah namanya makhluk dilaknat Tuhan, kau cakap dan rayulah macam mana sekalipun, tetap berbaur dusta!"
Al-Fatihah buat penulisnya, Asraf Shaari. Terima kasih untuk novel ini. Mengembalikan nostalgia Detektif Hantu yang mula-mula dihasilkan oleh Totoro, emblem tajuk pula dikekalkan, lukisan cover oleh Nizam Bachok. Jalan ceritanya berunsurkan supernatural, pengembaraan & aksi fantasi kerana para karakter berpindah alam. Mula-mula ke alam roh, lepas tu mereka ke alam bunian dalam usaha mereka mencari Jin Buana Hitam.
Bagi aku, ia tak seram, tapi meremang bulu roma sebab imaginasi penulis agak kritikal dalam menceritakan keadaan di setiap alam itu. Kau bayangkan kalau kau manusia biasa tapi Detektif Hantu bawa kau ke alam sebalik mata, confirm aku pengsan masa dalam perjalanan tu.
Basically ini adalah sebuah remake komik Detektif Hantu, cuma dalam bentuk novel
For me personally, it's really bad 😅 buku ni sebenarnya gagal untuk memperbaharui cerita asal.
Pertama, cerita dia bagi aku agak repetitif. Kebanyakan konten buku ni hanya bersettingkan di dalam hutan sahaja. Detektif Hantu ni pulak watak di terlalu "MVP" dimana jarang sekali menghadapi kesukaran dalam pertarungan. Bahkan musuh-musuh yang Detektif Hantu lawan di buku ni macam terlalu simple bagi aku. Ibaratnya diorang datang, diorang terus kalah. Tak ada berambus kemana2 dan comeback dipertengahan cerita. Diorang mati begitu saja bertembung dengan Detektif hantu.
Watak-watak dalam buku ni kekurangan development terutamanya 3 budak paranormal yang selain protagonis utama dan Jin Buana Hitam, main villain. Idea aku, salah seorang dari tiga sekawan tu maybe boleh je jadi pembelot, ataupun mati dalam perjalanan. Yang disayangkan, Jin Buana Hitam ni cuma muncul dalam satu scene je, iaitu pertarungan terakhir di Istana dia. Membuatkan karakter dia jadi lebih membosankan berbanding cerita asal. Ibarat game Mario dimana Bowser hanya terperuk di istana berapi menunggu Mario sebagai final boss.
Tak ada scene yang mengancam emosi. Sebenarnya adalah sikit contoh time diorang nak escape kampung bunian dimana MC terpaksa putus dgn gadis bunian, serta backstory perempuan punk tu tetapi ia tidak memberi impak kuat kepada aku sebagai pembaca.
Plot twist Detektif Hantu sebenarnya bapa kepada protagonis macam di beri dengan tiba-tiba dan tepat kat penghujung buku. Alangkah lebih baik kalau foreshadowing twist tersebut diselitkan di pertengahan cerita, dan di reveal detik2 sebelum pertarungan terakhir. Biar ada scene emotional diantara MC dgn Detektif Hantu and maybe diorang berdua yang berganding bahu kalahkan Jin Buana Hitam yang kononnya tersangat "powerful". But as usual, Detektif Hantu saves the day by himself. Mengalahkan "tuhan" lamanya sendirian dengan begitu mudah.
Mungkin sebab nak tunjukkan Detektif Hantu ni dah bertaubat sepenuhnya, dan iman dia jauh lebih kuat daripada dulu. Tu yang dia mudah kalahkan jin dengan syaitan. Namun begitu kena ingat kalau sebagai manusia iman selalu naik turun jadi apa salahnya at some point resistance Detektif Hantu kepada kuasa Syaitan menurun drastik. Kalau kita observe Detektif Hantu di komik asal, watak dia ni agak "Conflicted", kadang dikawal emosi kehilangan anak serta nafsu membunuh. Tapi tidak didalam buku ni. Dia terlalu "perfect".
So my conclusion, buku ni ada banyak potensi untuk menjadi sebuah masterpiece sebenarnya. Cuma amat disayangkan dengan pacing yang terlalu rushy dan pendek, ia gagal untuk memberi impresi yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Walaupun saya tak follow, saya percaya yang penulis sebenarnya dapat menghasilkan yang lebih baik berdasarkan buku-buku lain oleh penulis yang telah dirating jauh lebih tinggi.
This entire review has been hidden because of spoilers.