Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gerimis

Rate this book
Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira, namun lain pula yang terjadi.

Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan-bulan lamanya, Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya?

"Abang dah pujuk Wafa tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak."

"Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara tapi semua tu bohong!"

Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq seorang duda beranak satu.

Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, dia bagaikan mati hidup semula. Namun, sikap Haq yang sukar ditebak membuatkan hidupnya serba tidak kena. Dia bagaikan selumbar yang mencucuk mata dan hati Haq. Salahkah dia ingin berkongsi kasih dengan anaknya? Sementelah, dia tidak punya sesiapa di dunia ini.

372 pages, Paperback

Published April 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Nureen Mirza

11 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (16%)
4 stars
10 (55%)
3 stars
5 (27%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,192 reviews221 followers
April 22, 2024
"Sometimes you're better off alone.
There is peace in being away from it all."


Pengalaman yang lalu buat kita rasa lebih berhati² dalam memilih pasangan.

Jazlan, suami yang memilih janda anak 2 untuk menjadikan pasanganya. Ceraikan Nara sebab Nara tiada anak.

Lepas dah bercerai, Nara sedar dari koma, terhegeh² nak Nara balik. Jazlan jadi gila talak. Isteri baru Jazlan, seorang pengotor, pemalas dan panas baran. Kahwin dengan Wafa also tak dapat anak. Lantaran itu Jazlan kahwin kali ke 3 pulak. Karma untuk wafa.

Sewaktu Nara koma, mak mentua yang menjaga. Parents Nara dah meninggal. Kesian Nara.. hidup dia sorang diri sahaja.

Nara dapat kerja jadi pengasuh anak kepada Haq.

Haq pulak, ermm menjadi pengasuh untuk anak Haz okay tapi sikap Haq dan mulut jamban dia, F pun rasa elok elakkan lelaki begini.

Salahkan Nara atas kematian isterinya. Hanya mak Haq, aunt Jasmine beria² meminta maaf dan memujuk. Haq dengan sikap keras kepala dan sombongnya.

Jaga anak Haq, Daz buatkan Nara dan Daz rapat. Nara layan je kehendak Daz sampai beberapa incident yang diingini berlaku buatkan Haq marah. As usual la mulut Haq cam jamban.

Konfliks terjadi bila Nara mengemas bilik Haq dan memegang baju arwah isteri Haq.. Haq mengamuk & kata²nya yang sinis buatkan Nara jauh hati.

Kesian Daz berpisah lagi dengan Nara. Keadaan jadi lebih teruk bila Daz kemalangan. Even after Daz pergi, Haq tetap dengan mulut jambannya.

F dah agak endingnya begitu. Kisah Gerimis ini tiada hero. Hanya kisah perjalanan hidup seorang perempuan yang bergelar isteri, dan janda.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for fiza.fictionreads.
28 reviews4 followers
May 5, 2024
Bagi saya cerita ni lebih tertumpu kepada perjalanan hidup Nara selepas bercerai dengan suaminya. Cerita ini tiada hero atau watak lelaki yang boleh diangkat tinggi. Saya suka bila penulis garap sebegitu.

Kerana wanita sebaik Nara semestinya tidak perlukan mana-mana lelaki yg jelas bagi saya sangat selfish.

Saya suka sekali watak-watak pembantu wanita yg lain, yang sama-sama membantu Nara untuk bangkit semula. Mak mentua Nara sangat baik. Jarang kita dapat lihat watak ni dalam dunia realiti kan..biasa lepas cerai, mak bekas suami selalunya backup anak dia. Tapi tak..Puan Aisyah sangat-sangat mulia.

Kita juga ada Auntie Yasmin, seorang stranger pada awalnya tapi juga sangat baik.

Jazlan & Haq - entah lah, jujur saya cakap saya tak suka kedua lelaki ini.

Berbaloi untuk dibaca?
Ya, jika anda ingin lari cerita klise tipikal ini adalah buku yang baik. Jika anda inginkan sebuah kisah cinta klise peluang kedua, maka ianya bukan.. ini adalah kisah seorang wanita kuat yang boleh hidup sendiri selepas dikecewakan lelaki.

Ini kisah seorang wanita yang tidak punya apa-apa tapi bangkit sekuatnya untuk dirinya sendiri.
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
May 17, 2024
31/2024

-Gerimis
-Nureen Mirza

Naskhah setebal 372 halaman ini berkisar tentang Nara, yang diceraikan suami gara gara orang ketiga di samping dia dituduh tidak mampu memberikan zuriat. Namun, lakaran takdir tiada siapa mampu menduga. Bertemu mata dengan Dazrin, si anak kecil mengubah rasa hidup seorang Nara. Anak kecil itu memberikan makna bahagia dalam hidup Nara. Namun, tidak bagi si bapa, Dr Haq. Haq membenci perempuan itu kerana telah membuatkan hidupnya berubah total. Jadinya, apakah akan ada sinar buat Nara?

Ceritanya saya kira boleh dihadam. Kisah janda bertemu duda. Benci jadi sayang. Namun saya suka penamatnya kerana penamatnya bukan biasa biasa. Walaupun saya rasa jalan ceritanya klise, namun penulis tetap juga bijak dalam memberi warna pada gerak cerita.
Profile Image for Far.Zana25.
127 reviews1 follower
April 30, 2024
𝘚𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘴𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘥𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘦𝘭𝘢𝘳 𝘴𝘶𝘳𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨/𝘩𝘢𝘭𝘶𝘴...

🪡 Bergelar sebagai suri rumah dan sentiasa taat dengan suami pun tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga buat insan bernama 𝑵𝒂𝒓𝒂 kerana kehendak suaminya iaitu 𝑱𝒂𝒛𝒍𝒂𝒏 yang mahukan zuriat.

🪡 Lebih sedih bila Jazlan rupanya sudah menjalin hubungan dengan janda anak dua yang juga officemate Jazlan sejak beberapa bulan yang lalu.

🪡 Nak dipendekkan cerita, Nara diceraikan namun dia koma selama 6 bulan selepas dia accident teruk.

🪡 Selepas sedar dari koma, Alhamdulillah Nara mempunyai rumah sewa baru dan juga pekerjaan baru tapi bab pekerjaan tu melibatkan orang yang masih ada rasa benci dan dendam dengan Nara disebabkan kes accident tersebut. Siapa dia?

Klu: Seorang Doktor

Tapi kenapa? Haa bacalah,😌

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

😩Tak sukalah mindset lelaki yang sebelum kahwin kemain lagi manis mulut janji itu ini tapi bila dah kahwin berubah lain. Macam Jazlan, red flag dia adalah kedekut dan berkira dengan bini sendiri mentang² dia yang support semua benda. Bagi aku Jazlan ni tak matang dalam perkahwinan. 🙃 Dia tindas Nara cara halus tau tak ish benci ah!😂

To Nara, dia kuat sangat.🥹 Terima kasih kerana jadi tegas lepas semua yang telah berlaku dan Nara dia sebenarnya bijak dalam merancang masa depan cuma silapnya dia terkongkong sebab sikap Jazlan.

Best sebab aku rasa kisah ni pun banyak berlaku dalam masyarakat kita cuma tak banyak disebut pastu banyak pasal kekeluargaan, depression dan sebagainya. Dalam novel ni jugak aku belajar macam mana nak kawal emosi kita dalam menghadapi apa jua situasi.

Terima kasih sekali lagi @alaf.21 untuk novel ni🩵

Special thanks to @lysrzzt for this beautiful picture hehe🤍

#gerimis #nureenmirza #alaf21 #bukukarangkraf #far#bookrecommendations #bookstagrammer #novel #keluarga #cinta #nara #jazlan #fypシ #bookfyp
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
May 19, 2024
[BOOK 32]

Gerimis by Nureen Mirza.
.

Bacaan bulan April.
.

Pertama sekali, terima kasih Karangkraf untuk review copy ini. Bila buku sampai je, aku terus baca and surprisingly, finished in one sitting. (Cuma review je yang lambat disebabkan 'review slump')
.

Yang special tentang buku ni, ialah endingnya. Kalau korang suka ending macam Wanita Syurga, sila baca buku ni.
.

Nara diceraikan Jazlan atas alasan mandul. Padahal dia curang dan nak kahwin dengan Wafa.
.

Nasib malang Nara bertubi-tubi datang. Keguguran, kemalangan, diceraikan suami, hilang ingatan.
.

Tapi dia ada mak Jazlan, yang sentiasa bagi sokongan. Bila Nara nak belajar menjahit, dia hantarkan. Bahkan dia jadi customer pertama Nara.
.

Dan pada yang sama, muncul Haq dan anaknya, Dazrin. Nara bahagia dengan keletah Daz. Namun sekali lagi dugaan datang.
.

Buku ni mainly fokus tentang Nara. Seorang yang cekal. Dia boleh teruskan hidup walaupun tanpa lelaki. Dia gigih belajar menjahit. Dan seorang yang tetap pendirian.
.

So, untuk yang rasa susahnya hidup, rasa helpless, hopeless, boleh la baca. Setiap orang, dugaannya tak sama. Tapi tetap perlukan kesabaran dan ketabahan.
.

oh ya, cover pun lawa!
.

p/s: aku rasa kalau endingnya bukan seperti ini, mungkin aku tak suka buku ni. hahaha. Aku memang puas hati macam ni.

Profile Image for Siti Sarah.
247 reviews
January 6, 2026
Jalan cerita memang klise tapi I like this kind of story.
Inara kena cerai dgn suami dia Jazlan sebab Inara tak boleh bagi anak, dah melekat zuriat Inara tapi kehilangan atas kemalangan yg ditimpa selepas Jazlan lafazkan talak.
Selapas Inara bangung dari 6 bulan koma, Inara berjumpa dgn Auntie Yasmin, Dazrin dan Doktor Haq. (isteri mati selepas kemalangan dgn Inara). Haq sangat marahkan Inara atas kematian isterinya. Auntie Yasmin kesiankan kepada Inara selepas apa yg telah terjadi antara Inara & Jazlan dan beri tawaran kepada Inara utk jaga Dazrin. Sampaikan tawar Inara utk kahwin dengan Haq.

Babak ke-3 sangat sedih sampai Dazrin meninggal atas kemalangan langgar kereta. Haq memang tak boleh terima kehilangan Dazrin, apatah lagi pulakan perasaan Inara yg dah anggap Dazrin mcm anak dia sendiri.

4 tahun selepas Dazrin meninggal, Inara bukak kedai jahit di kampung dan Haq datang dgn bawak sebuah cincin dgn harapan Inara dpt terima Haq. Spoiler, Inara
Profile Image for Hamidah Effendi.
467 reviews3 followers
November 6, 2025
Gerimis oleh Nureen Mirza

Cerita ini tentang watak Inara — keluar mulut buaya, masuk kandang harimau. Itu gambaran paling tepat untuk perjalanan hidup heroin tanpa hero dalam kisah ini. Semua lelaki di sekelilingnya langsung tidak menghargai dirinya. Namun yang menarik, Inara bukan jenis wanita yang meratap atau menyeksa jiwa. Sebaliknya, dia terus bangkit walau apa pun dugaan datang menimpa.

Hero sebenar dalam hidup Inara bukan lelaki yang romantik, tetapi ibu mertua, bakal ibu mertua yang tak jadi, dan seorang budak bernama Dazrin.

Disebabkan watak-watak inilah, Inara mampu kembali berdiri dengan kuat.

Suami yang ada pula tidak matang — cepat marah, obses nak anak, gila talak, dan kuat bermain kayu tiga seperti ayahnya. Seorang lagi lelaki yang Inara temui, awalnya nampak seperti sinar harapan, rupanya tidak. Dia berlidah puaka, kurang kepercayaan, dan suka menyalahkan orang lain bila sesuatu tak terjadi.

Kesimpulannya, aku suka baca buku ini. Ia kisah tentang perjuangan seorang wanita untuk bangkit selepas disakiti berkali-kali. Inara tidak terdesak mencari lelaki — sebaliknya lelaki yang mencari dia. Malangnya, setiap kali mereka dapatkannya, mereka gagal menghargainya. Kalau aku jadi Inara, mungkin aku pun akan trauma.
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
May 18, 2025
Novel Gerimis mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nara yang bangkit mengubah nasib diri selepas diceraikan.

Nara menantikan kehamilan selama 4 tahun. Namun kebahagiaannya hancur bila dapat tahu yang suaminya Jazlan, curang dengan wanita lain. Perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Meninggalkan Nara dalam kekecewaan & kesedihan.

Takdir menemukan Nara dengan Haq, seorang duda anak satu. Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, Nara bagaikan mati hidup semula. Sayangnya dia pada Dazrin bagaikan anak sendiri. Namun hubungan Nara dengan Haq penuh dengan konflik, sikapnya yang sukar ditebak menjadikan hidup Nara lebih mencabar.

"Aku tak ingin menangis lagi" (author dah bagi hint)

As a woman, bagi saya itu sangatlah happy ending ❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews