Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerita Kita

Rate this book
“Nak daun pandan ke?” – Alim

“Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?” – Jasmin

Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Kerana secekak daun pandan, mereka berkenalan. Dan mungkin juga, perlahan-lahan berkongsi perasaan lewat pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan?

“Err, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Jasmin?” – Alim

Menurut Alim, bersama Jasmin itu tidak asing rasanya seperti berkebun, perkara yang paling dia suka. Menyamankan, menenangkan dan membahagiakan.

Bagi Jasmin pula, berbicara dengan Alim itu seperti menulis cerita di atas kertas. Boleh dicurahkan semua sekali semahunya tanpa berselindung, kerana Alim sangat memahami dan mampu menyelami hatinya ke dasar yang terdalam.

“Apa manfaat kalau jadi best friend Jasmin? Boleh dapat jadi hero tak dalam cerita yang Jasmin tulis?” – Alim

“I have nothing to offer, but I’ll be here whenever you need me.” – Jasmin

Andai mimpi dan realiti itu menjadi satu, semestinya Cerita Kita akan lebih bermakna.

***

Simple but addictive. Tiada kata semanis madu namun tetap dapat menarik senyum di wajah yang membaca. And yes, you do you.

– Habib, Editor

404 pages, Paperback

First published March 1, 2024

18 people are currently reading
160 people want to read

About the author

Akyelrahim

12 books66 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
127 (67%)
4 stars
49 (25%)
3 stars
11 (5%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
797 reviews228 followers
July 2, 2024
I think Akyel pernah tweet how hard it was to write a new book, particularly this one? Considering yang buku ni revolves around the struggle of an author to write/finish a book, so bila baca buku ni dia rasa macam metafiction pulak. Sebab segala scenes dalam buku ni yang berkaitan dengan penulisan dan publication, it felt so real, macam bukan tengah baca fiction. Pastu macam Put dengan Syiqa tu wujud, dan segala drama surrounding them is real. I can imagine the whole drama happening as if I'm watching it from Instagram/Tiktok (Jahat gila Put dengan Syiqa tu pls rasa nak masuk dalam buku ni pastu pelangkung dua ketul ni). Point is, I really like the insight Akyel gave us pasal industri buku ni.

Pasal Alim dengan Jasmin pulak, entah la kenapa, tapi I kurang sikit rasa level sweet diorang ni. I macam tak kisah sangat pun apa jadi to them, takde tersengih-sengih baca Alim's interactions with Jasmin like I usually would with Akyel's works. Mungkin sebab I lagi berminat nak tau pasal Jasmin and her book drama, sebab part ni best. Mungkin jugak sebab I bukan tengah dalam fasa sendu kot hahaha.
Profile Image for Mslvoe.
2,112 reviews204 followers
December 25, 2025
This book feels like a warm hug after a long day.

Smiling while reading the conversations between Alim and Jasmin. Why are they so cute together?

Alim yang relax, santai and steady. Jasmin pulak manis, selalu senyum bila nampak Alim

Diaorang berjiran and everything started the moment Jasmin masuk rumah Alim nak cari daun pandan buat nasi lemak. Start dari situlah hati Jasmin dah terpaut... Alim pulak sama jugak. Nampak je senyuman Jasmin buat Alim berbunga².

Apa yang F suka tentang Alim... he’s always encouraging Jasmin. Bila Jasmin ada issues with her bestfriends, Alim tak biased.. he calmly advised her to settle things nicely.

Personality Alim ni tenang. He may look chill and relaxed but he actually observes everything quietly.

Jasmin, on the other hand, dia insecure.. ada bestfriends tapi tak bff tak sincere.. kawan gitu takda pun takpe. Some people are just… selfish.

Suka cara diaorang dating. kat depan rumah.. kat tasik lepak sana, pergi event buku, teman Alim balik kampung.. ada je part F rasa sweet.

Appreciate cara AK touches on the publishing world in this story. The reality about book reviews and reviewers tidak seindah yang disangka.

When your story is good, reviewers will praise it beautifully. But when it’s not… be ready for criticism and harsh comments.

Overall, Cerita Kita is calm, sweet and comforting.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
April 29, 2024
genre — romcom, slice of life 🍅🧑‍🌾✍🏻🏠
trope (s) — neighbour to friends to lover, crushing on each other, healthy communication and relationship, introverts couple

personal rating — 4.5/5🌟

📝Kisahnya bila Jasmin balik rumah parentsnya sebab tengah menganggur. Typical asian mum suruh anak pergi ketuk rumah jiran mintak daun pandan nak buat nasi lemak. Dan dekat situlah pertama kali dia bersua muka dengan anak teruna jiran baharunya yang helorkk, Ahmad Alim! Dari bertandang mintak tanaman Alim, Jasmin dah jadi tetamu setia dalam hati Alim eh— yang minum kopi Alim🥰 Mereka berkawan dan berkongsi masalah. Siap ada bakul khas yang menghubungkan balkoni rumah mereka COMEL! Dalam menikmati hubungan persahabatan mereka, Jasmin turut mengalami konflik dengan rakan lamanya, Syiqa dan Put. Kehadiran Alim sedikit sebanyak membantu Jasmin membina keyakinannya semula dalam dunia penulisan.

"El Jasmin."

"Apa?"

"Kalau nak tulis cerita nanti, hero dia Alim. Heroin dia... El Jasmin. Boleh?"

---

when both of them love books, introverts, Black Rose, calm and complement each other so well💗 the romance in this story is very subtle but you can feel the cozy and warm vibe between Jasmin and Alim's relationship which made me fall in love🥹 kisah yang cukup santai dan addicting that i cant stop flipping the page to see Alim and his Melur cute interaction! kak akyel with her rakyat story, semua dalam ni very the asian relate. benda benda yang seharian berlaku dalam hidup jadi buat kita sebagai pembaca rasa dekat dengan cerita, macam kita pon ada dalam kisah diorang🫶🏻

juga diselitkan konflik berjiran, persahabatan, toxic friends yang realistic dan sememangnya sentiasa berlaku dalam kita berkawan, wujud perangai macam Syiqa dengan Put yang unhinged ni ya😤 macam manalah Jasmin boleh sabar i could never cause if I was Jasmine i would grab their hair and spill their nasty behavior to their fans😭 pov penulis dalam industri dan komuniti buku pon sangat boleh relate haha too trendy and i oopp

Ahmad Alim — hero kak Akyel yang ada Ahmad korang jangan doubt! another Ahmad guy yang 🔛🔝 his reassurance to his Melur!!! suka berkebun, makan tomato and he reads romance🫦 Alim sangat cool, calm and softspoken bila dengan Jasmin. dia ni nak mengayat Jasmin ponn dia sendiri yang blushing HAHAH loser is loserism lelagi bila mama dia la yang mengajar anak teruna dia ni bawak Jasmin pergi dating dekat tempat yang lagi fun😂 i love how he always has perfect words and act towards Jasmin and sentiasa cari cara nak sembang dengan Jasmin dengan lebih lama!

El Jasmin — the most relatable character. Jasmin punya character just nice and loving her character development. how she handled her feelings and ranting to someone she trust. the epitome of "fall in love at the first sight". i juga suka communication Jasmin dengan umi dia lelagi diorang bahasakan diri sendiri 'saya awak' anak beranak HAHA comell. El Jasmine, you did it and thankyou for not giving up🤍🤍

walaupon tak puas saya nak Jasmin Alim lagiiii but overall, an enjoyable read that you should never miss! Live, laugh, love Ahmad Alim 💪🏻
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
May 22, 2024
Baca Cerita Kita ni ibarat membaca sebuah memoir penulis meskipun ia hanyalah fiskyen semata. Boleh juga dikategorikan dalam genre ‘books about book’. 5 ⭐️saya bagi. Best sangat macam nak menangis 😭 (aw, overrr nau bunyinya🤭)

Berkisarkan seorang gadis bernama Jasmin yang bercita-cita mahu menjadi seorang penulis. Disebabkan kurang keyakinan diri, maka cerita yang ditulis hanya disimpan untuk tatapan sendiri saja. Dua orang sahabat baiknya; Put dan Syiqa masing-masing dah berjaya terbit lebih daripada 5 buah buku. Disebabkan hal ini juga, Jasmin sering dianggap seperti tunggul oleh mereka; tidak layak berkawan dengan mereka kerana tidak punyai apa-apa achievement jika dibandingkan dengan mereka merupakan penulis terkenal malah bestseller.

Perkenalan dengan Alim; jiran sebelah rumah yang suka berkebun banyak mengubah hidup Jasmin. Perlahan-lahan Alim membina keyakinan diri Jasmin untuk terus menulis hingga tertuai hasilnya.

Plot disusun kemas dan jalan cerita yang teratur. Banyak berkisar seputar dunia buku di mana ada sisi buruk dan baiknya. Penulis yang suka menulis cerita demi royalti & populariti bukan kerana mahu memandaikan bangsa seperti Put dan Syiqa. Manakala Jasmin pula mahu menjadi penulis yang diingati. Tak mengapa jika bukunya bukanlah bestseller mahupun diri dikenali, cukup saja isi penulisannya sampai pada pembaca. Suka sangat!

Banyak belajar tentang istilah betareader, proofread, graphic designer vs illustrator, macam mana mahu menulis novel jika kita sendiri tak merasa situasi yang mahu ditulis, bagaimana mahu mencari fakta, buat research dan lain-lain.

Maka, Cerita Kita ini merupakan sebuah manuskrip Jasmin yang ditulis berkisarkan cerita dia dan Alim juga 🫶🏻
Profile Image for Cik.
212 reviews5 followers
July 6, 2024
Secara jujurnya aku suka watak Alim & Jasmin.Serious memang sepadan 2 ketul ni.
Yang aku tak puas hatinya,kenapa endingnya begitu? Tahu tak harga novel ni dah RM40? Kenapa pula nak kena ada sambungan? Muka surat pun ada 404 je.Tak boleh ke sambung je terus? Ke sekarang ni dah tak boleh tulis novel lebih dari 400 muka surat?
Kalau nak baca sambungan kisah Alim & Jasmin kena beli pula buku Rumah Cinta yang harganya pun tak nak kalah mahal dia.
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 21, 2025
one word to describe this book: COMEL

anyway plot buku ni mainly revolves around Jasmin and her friends rather than focusing solely on Alim x Jasmin. CK highlights the toxic friendship yang realistic between Jasmin, Shiqa & Put. cuma aku rasa tak puas sebab the way Jasmin cut off her friendship macam tu je, i was hoping some brutal scene. nak adegan bertumbuk-tampar HAHA /jk. ada juga diselitkan konflik berjiran, dan our current book community.

BUT still, the romance parts love gila. sangat subtle tapi boleh buat perut 🦋✨. cara diorang ‘dating’ tu simple je, coffee dates, library hangouts, chilling tepi tasik, depan kebun, dekat balkoni. very down-to-earth style. plus cerita ni tak ada heavy conflict between main characters, diorang tak bergaduh atas dasar miscommunication, cemburu, atau alasan yang remeh.

tak ingat kak Akyel bagitahu whether Wonwoo was inspired for appearance only or personality as well, tapi aku approved both. terbayang-bayang wajah Wonu everytime Alim muncul, sebab he is so Wonwoo-coded. black cat behavior, calm, soft spoken, susah nak marah, act of service and words of affirmation memang top notch. "Melur nak kopi" is Alim’s love language to Jasmin 🥹 kita yang tak minum kopi pun akan paksa diri minum kalau Alim yang bertanya. adding how he makes an effort to communicate with Jasmin, yihh mak lurve. dia sanggup make a research/stalk author lain just to have something to talk about with Jasmin. sangatlah delulu-feed guy. banyak lagi nak rant tapi serious kena baca sebab Ahmad Alim is one of a kind!

every smol interaction between Alim x Jasmin memang akan buat korang blushing, smiling, giggling, kicking feet on bed, squealing, crying, banging head on the wall, ripping hair out, punching the air, skydiving with no parachute. CONFIRM!

but disclaimer: belakang-belakang barulah diorang start to show their true feeling, sebab sepanjang cerita tu i'd say both of them in their hts phase.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,000 reviews120 followers
July 14, 2025
Best lah cerita ini. Saya tak rasa ada kurang pun berbanding karya lain Akyelrahim.

Cerita Jasmine dan Alim ini sebenarnya simple and sweet. It’s like slice of life dan jugak ada cerita tentang writer’s block, dunia penerbitan/penulisan, etc…best doh!

I love how they became friends first and healed each other’s pain. Bengang betul dengan “best friends” Jasmine - so fake.

I felt so real tau bila Akyelrahim ceritakan tentang dunia penulisan dengan fans and reviewers yang tak beradab - rasa simpati juga.

One more thing, masa baca Cerita Kita, asyik lapar dan mengidam je: nasi lemak, asam pedas, kuih bakar, ulam, keropok lekor.

Mak aiiiii…
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
June 8, 2024
Jasmin yang baru pulang ke rumah orang tuanya, Alim pula yang baru pindah. Agak kelakar dan comel pada detik awal sebelum pertemuan Alim dan Jasmin. Jasmin yang selalu dapat tengok belakang badan Alim sahaja, Alim pula selalu terdengar bunyi sesuatu sampai naik seram dia, rupa-rupanya… 😳🤣

Memberi daun pandan yang diminta, tanpa Jasmin sedar dia membawa sekali hati Alim. Itulah pertemuan buat kali pertama mereka bertentang mata. Berdebar hati Alim setiap kali bertemu dengan Jasmin. Ada saja benda yang Alim nak bualkan supaya dapat habiskan masa bersama Jasmin lebih lama. Kalau macam ni, zu pun nak! 😩🙋🏻‍♀️

Malu tapi mahu ya hubungan Alim dengan Jasmin ni, love story yang bagi zu meronta nak lagi. Tapi sejujurnya dari zu, manisnya sikit tapi penuh dengan rasa.

“𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐭𝐚𝐤, 𝐀𝐥𝐢𝐦?”

“𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚? 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞 𝐉𝐚𝐬𝐦𝐢𝐧?”

“𝐒𝐚𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡. 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮-𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤.”

“𝐉𝐚𝐬𝐦𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚, 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚.”

Korang patut baca monolog dalaman Alim bila dia dah start suka kat Jasmin. COMEL BETHOL!! The way he treat and always support Jasmin 😩 dari kata-kata sampailah perbuatannya, mak lurve abe tomato ni ya 🤣 the effort is 🔛🔝

᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Selain dari love-bird-story antara Jasmin dan Alim, zu pun tertarik dengan hubungan Jasmin dan kawan-kawannya. Nak kata sedih sangat tu tak tapi maklumlah zu ni hati tisu. Apa yang terjadi dalam buku CK ni, part Jasmin dengan kawan dia mesti zu akan terasa. Macam zu yang kat tempat Jasmin 😭 walaupun kita bukan penulis tapi perasaan tu sampai weh 😩

"𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗻𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮, 𝗰𝗮𝗿𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗲𝗻���𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗶𝗾𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗹𝘂. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗲 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗮𝘂, 𝘁𝗮𝘂?"

"𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶."

"𝗧𝗮𝗸 ����𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗶𝗾𝗮, 𝗠𝗶𝗻. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗲 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗮𝘂 𝗯𝗶𝗹𝗮-𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮. 𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝘂.”

‘𝘈𝘥𝘢 𝘬𝘦…?’

Rasa-rasa apa yang dah jadi sebenarnya? Nak peluk Jasmin lah gini 😭☝🏻

᠃ ⚘᠂ ⚘ ˚ ⚘ ᠂ ⚘ ᠃

Zu akan pilih buku Cerita Kita sebab buku ni bagi zu pelbagai emosi dan rasa. Bacaan yang santai tapi bila fikirkan semula, ada maksudnya sendiri yang ingin disampaikan.

‘Bukanlah semanis seperti karya romantik Jasmin, tapi ada juga pahitnya seakan-akan kopi buatan Alim.’ Itulah zu boleh ringkaskan kepada yang nak baca buku Cerita Kita.

Lepasni Ahmad siapa pula ya? 👀
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
November 15, 2024
Genre : Slice of life x romance

Trust me aku dah cuba sedaya upaya untuk sukakan buku ni tapi hm idk memang tak boleh masuk dengan jiwa aku. Please don’t get me wrong tau, aku bukan tak boleh masuk dengan buku ni sebab dia slice of life. In fact, pada usia aku yang sekarang ni memang aku suka membaca buku buku slice of life cumanya yang kurang bagi aku novel ini terlalu focus on romance antara Alim dan Jasmin.

Pada aku untuk genre slice of life aku lebih suka kalau romance tu sikit je tipis tipis je. Aku lagi prefer kalau berfokuskan masalah kehidupan tu. Trust me, this book is not bad AT ALL. Ni personal aku je yang tak boleh masuk dengan ceritanya. No heavy conflict. Conflict dalam buku ni mungkin relatable untuk yang gemar menulis dan ingin menjadi seorang penulis. So aku ofc cannot relate.

Buku ni mengingatkan aku tentang ‘Senaskhah Hidup karya Azzah AR’ di mana watak utama merupakan seorang penulis novel. Paling best tentang buku ni, takde watak mengarut. Bagi aku semua realistik. Watak kawan fake. Kehidupan rakyat marhaen yang bukan Datuk Datin Megah Holding. Cuma watak Alim is too perfect to be real 😿🫶🏻. Seronoknya kalau dia betul wujud 😆.

Penulisan simple, best dan tak pelik kenapa Akyelrahim ni digemari pembaca remaja. Faktor umur aku kot menjadi punca kenapa aku tak boleh masuk dan menjiwai buku ni 🤣

Overall it was an okay read. Looking forward untuk beli Heliophile.

3/5 🌟🌟🌟
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
September 3, 2025
Personal rating: 4.7/5 ⭐️

I’m so late to the party but hello Ahmad Alim, saya suka awak eh- kopi🙂‍↕️ Apanii?! Nak menyesal sebab baca lambat tapi better late than never kan? I forgot how good Akyelrahim’s books are, so captivating. Realistik sangat, dari mula sampai habis tak boleh nak letak buku ni.

Jasmin & Alim truly complement each other, bila Jasmin sedih mesti Alim ada untuk jadi telinga dan tenangkan dia. Sama macam Jasmin juga, always there for Alim. Communication is their love language 🫶🏼🙈 Interaction diorang ni benda random yang berlaku dekat sekeliling je, bangun pagi sampai malam buat benda sama. Hm klise kan? Tapi itulah yang buatkan buku ni best, sangat realistik.

Buku ni define ‘cute’ in many ways— dari perbualan, act of service & interaction yang meaningful. Dalam tak sedar tengah baca ttbe mulut tersenyum sendiri, walaupun hanya sekecil scene petik buah tomato je boleh bagi effect yang 🦋🦋

Cerita ni memang comel tapi tetap ada konflik yang buat kita rasa tak cukup kalau sekadar dapat marah dalam hati, kalau boleh nak tolong Jasmin untuk tamparkan muka kawan-kawan dia tu. Siapa yang pernah ada kawan yang toksik, korang akan relate sangat dengan friendship Jasmin, Put & Syiqa. Jasmin is too good to be their friend, she’s sweet tapi dapat layanan macam tu? So unfair tapi memang wujud pun dalam dunia nyata 🙃

The fact that every bits of conversation diorang realistik yang kita takkan bosan, benda yang kita selalu buat. Tak tipu tapi saya paling suka scene diorang dengan Auntie Lala, especially their little detective mission hahaha comel ilerr! Auntie Lala kalau dah rosak penyapu tu saya boleh sponsor yang baru asalkan terus sapu kawasan lorong 😙

overall, this book issa must read! banyak fakta tentang tanaman berkebun juga tapi langsung tak rasa bosan. Such a good romcom (really need it right now 😭) Sebagai pencinta buku cinta, walaupun kata-kata cinta dalam ni boleh kira dengan jari tapi tetap boleh buat blushing in a simple way 🦋🦋 Anyway, saya nak tengok ‘pokok’ yang diorang siram bersama tuuuu 👉🏼👈🏼
Profile Image for Nik Natia.
67 reviews3 followers
May 30, 2024
Sakit hati dgn kwn min tu, sbb aku dh kena mcm tu..
Profile Image for Eisya.
192 reviews4 followers
December 26, 2024
Bacaan ringan dan santai.. tak ada konflik berat. Mudah untuk dihadam… dalam masa yang sama cute je rasa cerita kita ni.
34 reviews
May 28, 2024
Plot cerita yang simple tapi sampai ke hati.. Novel akyelrahim tak pernah mengecewakan..
recommended
Profile Image for Eiline.
42 reviews
February 19, 2025
Cerita ni more focus to macam mana El Jasmin ni nak jadi penulis & cabaran dia. Bila baca cerita ni, it makes me wondering, benda macam ni bebetul ke jadi dalam real live ek?

Jalan cerita yang cantai, tak berat, tak terlalu sweet, cukup rasa.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books52 followers
July 8, 2024
~.Hanya mengambil masa satu hari untuk saya menghabiskan cerita ini. Permulaan cerita cinta remaja yang biasa dengan pertemuan dara dan jejaka. Tetapi garapan pertemuan itu bukan hanya ada manis kata-kata, atau usikan nakal, tetapi ada perisa tentang ilmu perkebunan. Saya baca pun tersenyum kerana cerita hal-hal lain (selain dara dan jejaka), tersulam baik. Baru nak rasa klise, penulis bijak menarik kepada konflik lain - hal-hal realiti yang berada dalam dunia persahabatan. Walaupun diceritakan dalam dialog di antara suara hati watak bernama Jasmin dengan 'dialog hidup' bersama male lead, Alim, tetapi ia sampai. Kalau watak tu terasa hati, kita sebagai pembaca pun terasa hati. Kalau Jasmin tu tertikam dek umpatan, kesinisan dan kepura-puraan sahabat-sahabatnya, kita sebagai pembaca pun tertikam sama. Pedih. Memang realiti dunia persahabatan, akan begitu. Kita tak mudah terasa dengan kata-kata orang luar, tetapi tidak dengan yang bergelar sahabat. Sedikit pun, sudah tercarik.

Cerita ini juga bertambah menarik kerana ia mendedahkan realiti dunia penulisan, perbukuan dan penerbitan. Bagaimana keadaan seorang penulis yang punya bakat tapi tak punya keyakinan. Bagaimana seorang penulis yang ceritanya viral tapi tak seindah bayangan. Juga, disentuh tentang 'watak-watak' yang jarang didendang dalam dunia penerbitan, seperti ilustrator, designer, editor perolehan, pembaca pruf dalam kalangan kawan-kawan...

'Cerita Kita' juga tentang dunia orang kampung yang masih kekal dengan sikap 'ambil tahu' walaupun boleh diistilahkan sebagai menyibuk. Tetapi, menyibuk ni ada baik dan buruknya. 'Menyibuk' kadangkala membuka mata, yang kita ini hidup bermasyarakat. Jangan lupa adab. Jangan lupa jaga cakap. Takut, andai kata-kata makan tuan. Atau, kata-kata menjadi racun dalam kehidupan orang.

Jadilah hamba Tuhan yang berpijak pada realiti. Jangan meninggi diri. Kerana, tingginya sebatang pokok dengan akar budi dan hati yang tidak cukup kuat, akan mudah tumbang. Hiduplah dengan sesuatu yang sederhana, tidak mencela. Andai pernah disakiti, janganlah dibalas dengan menyakiti. Manusia akan lebih menghargai keikhlasan berbanding bahasa manis yang penuh kepura-puraan.
Profile Image for Nad.
378 reviews
May 10, 2024
COMEL! SANGAT COMEL!
Bagi saya jadi El Jasminboleh tak sebab nak dapat Ahmad Alim. Buku ni buat saya blushing dari awal sampai habis. Aghh tak dinafikan AR is the best. Hero dia semua saya suka.
LOVE SANGAT!
Profile Image for aliyah.
72 reviews2 followers
December 16, 2025
CUTE SANGATTTTT! later kita update revieww
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
May 22, 2024
Cerita Kita oleh Alyelrahim

"Nak daun pandan ke?" - Alim
"Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?" - Jasmin

Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Siapa sangka kerana secekak daun pandan mereka berkenalan, perlahan-lahan berkongsi pertemuan yang tidak disengajakan?

"𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐛𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐨 𝐦𝐲 𝐩𝐥𝐚𝐧𝐭?" 🪴
--------------------------------------------

OKAY, HERE ME OUT! This is another cute + comfy book that you SHOULD read! Rasanya semua orang dah tau kalau buku-buku kak Akyelrahim ni semua cute. Buku ni pun sama!!!! Dengar je kak Akyel nk keluarkan buku baru, memang kita dah excited gila nak baca! This book is one of my fav book already! Srsly tak tipu. 😭💝🎀

Kalau dulu kita memang tak boleh move dengan Ahmad Fitri, sekarang lagilah tak boleh move on dengan 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗹𝗶𝗺!!! 😭

Boleh tak kita nak Ahmad Alim ikat tepi satu. Nuha nak akak, Nuha nak. 😤😂 He's literally one of the greenest flag ever. He's a whole green forest lah senang cerita! Dah la pakai spec, memang taste kite. 🙈

Mana tak nya, setiap kali Jasmin sedih, Alim selalu dengar semua masalahnya. Time Jasmin susah ke, Alim selalu tolong. Time Jasmin takda idea nak tulis buku pasal apa, Alim pun selalu bagi idea. Dia punya act of service tu memang tip top habis. 🔛🔝💯

"𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐧𝐨𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐨 𝐨𝐟𝐟𝐞𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐜𝐜𝐞𝐩𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐈'𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐰𝐡𝐞𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐦𝐞." -Alim

Next, bagi kita jalan cerita buku ni memang hidup dan realistik. Isu yang disampaikan dalam buku ni, memang kita rasa wujud dalam dunia sebenar. Isu toxic dalam persahabatan, jatuh bangun dalam dunia penulisan, konflik sesama jiran, semua tu memang wujud.

The storyline buku ni? Sumpah cute & lain dari yang lain! Jarang tau nak dengar cerita pasal penulis X pekebun. Bagi kita, watak Alim & Jasmin ni memang comforting. They're both fall in love slowly with each other without they didn't realizing it. Tbh, romance dalam buku ni memang tak banyak, but still can make you blush. The slowburn romance got me kicking my feet in the air! 🙈 Dari bab 1 sampai habis, srsly mesti ada je scene yang membuatkan kita tersenyum. They're too cute too handle! (⁠つ⁠≧⁠▽⁠≦⁠)⁠つ

So tunggu apa lagi? Kalau korang tak tau nak beli buku apa dekat PBAKL nanti, wajib beli buku ni tau! TOTALLY RECOMMENDED! 5/5 ⭐

"El Jasmin."
"Apa?"
"Kalau nak tulis cerita nanti, hero dia Alim. Heroin dia...El Jasmin, boleh?"
Profile Image for Noor Hidayah.
74 reviews6 followers
June 12, 2024
weh kenapa sweet sangat cerita ni.. Alim's of acts of service and quality time - love language, sweet sangat.. tak payah ayat cringe bagai nak nampakkan ke sweet-tan Alim dengan Jasmin. Alim memang boyfriend material punya orang. Aku suka lelaki yang soft spoken macam Alim ni.. hahaha..

Cerita ni bukan setakat percintaan hero heroin je, tapi penceritaan tentang persahabatan - toxic friendship. Kita kene berani keluar dari dunia tu. Dengan sokongan emosi dari Alim, Jasmin berjaya keluar dari dunia tu. Tapi sempat juga la Jasmin merana kejap. Yela.. BFF kan.. Jahat betul Syiqa dengan Put.. Talam dua muka.. I'm glad Jasmin putuskan persahabatan dorang.

Tersenyum-senyum aku baca cerita ni... Tak stress bitter baca CK ni.. Tenang-tenang je..
2 buah buku aku baca dari penulis ni, 2-2 aku suka.. so, Akyelrahim dah termasuk dalam long list favourite author aku.. huhu.. Semoga Akyelrahim jadi seperti penulis yang Jasmin harapkan.. Aminn..
Profile Image for AzeeraY.
33 reviews5 followers
April 26, 2024
Awww best tak terkata 🌤️👨🏻‍🌾
Nak stop kejap pun rasa macam rugi.

Klise yang buat kita sengih-sengih dari page awal sampai habis.
- kecuali part si shik shak shok (bukan nama sebenar) tu! Aihh rasa nak simbah diesel je ganti bandung 🔥🔥

Kudos Akyelrahim 🏆✨
Cerita-cerita kamu sentisa wow dan buat saya nak hidup dalam buku tak nak keluar dah hahhha.

Sampai jumpa di cerita yang lain, all the best🫰🏻
Profile Image for Pudz.
25 reviews
January 10, 2025
Sedap dibaca dan watak-watak dalam cerita ni tak 'dungu' macam cerita-cerita lain. Maksudnya sepanjang membaca novel ni tak terasa nak memaki sesiapa pun. Ingatkan Alim bercucuk tanam dekat laman rumah dia je, rupanya Alim dah buat taman dekat hati saya sekali sebab ber-Jasmin je hati ni.
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
February 1, 2025
Sinopsis Ringkas: El Jasmin decide untuk stay dengan parents dia lepas berhenti kerja di Pahang. Nak dijadikan cerita, one day. Masa Jasmin buat nasi lemak. Dia terlupa nak letak daun pandan. Jadi, umi dia suruh dia pergi minta dekat jiran dia nama Alim. Kata uminya, haritu dia nampak daun pandan jiran dia gemok-gemok.

Jasmin pun pergilah rumah jiran dia tapi sebab dia pun segan. Jadi dia berkira-kira nak ambil until Alim -Jasmin terserempak dengan each other. Disitulah bermula segalanya. Apa yang terjadi seterusnya?

Cerita Kita ni very simple and straightforward punya storyline. Even konflik dalam ni pun bagi kita masih di tahap masih boleh diselesaikan dengan baik & ada jalan penyelesaian. Kita tak rasa penulis cuba untuk berlebih-lebihan dalam cerita ni.

Konflik utama dalam cerita ni ialah konflik persahabatan. Macam mana nak Jasmin nak deal dengan inner feelings dia towards Put & Syiqah. Bagi kita, kita rasa semua yang Jasmin rasa tu memang valid. Dia tak perlu simpan kawan yang talam dua muka & tidak tahu menghargai. Sikit pun dia tak rugi apa-apa 🤏🏻 Nasib baik dia berani untuk bagitahu juga walaupun perit untuk ditelan (friendship bertahun mereka bertiga dah di ambang maut). Sebab itu kita kata konflik ini boleh diselesaikan. Tapi Put & Syiqah. Both toksik. Tapi toksik lagi Syiqah. Kbye.

Dalam Cerita Kita ni korang akan baca juga asam garam dalam dunia buku - penulis - rumah penerbitan - toksik people & banyak lagi. Kita rasa penulis memang tulis berdasarkan apa yang dia lihat. POV real penulis.

Alim - Jasmin. Bagi kita tak banyak sweet momen antara dieorang tapi kita rasa okay la. Tak la terlalu over sangat. Cuma ending tu kita baru nak blushing dan habis. Huwaa. By the way, Ahmad Alim memang brokoli 🥦 Tak dinafikan. The way dia bagi telinga piring Astro buat Jasmin tu. Itu antara salah satu kriteria yang perempuan mahukan dari seorang lelaki. Yang juga menjadi support system dalam susah senang.

Rasanya kita tak salah pilih untuk baca buku ni untuk bacaan santai. Sebab, kita tak put any high expectation masa baca. Kita memang nak enjoy baca saja.
Profile Image for Dhia Yana.
130 reviews
October 30, 2025
3 ⭐ for me ‎꜀( ꜆-ࡇ-)꜆
Bagi saya, buku ni biasa² je not boring not interesting too (for me). This is first time baca buku dari Manes and ramai jugak kata buku ni best and less cringe so I jumpa dekat library and pinjam this book. I baca few pages and I cringe so hard sampai bulu roma meremang wehh. So it's kinda hard for me to get through la dengan perangai Jasmin ni buat I irk gila². Tapi after 60% of the book I start enjoying the book. I kinda understand why people told me this book is good sebab in mata someone who suka baca buku romance ni mesti best but not for me as I someone who doesn't really baca romance in Malay (but I read in English). Sebelum ni ada jugak baca buku romance melayu yang cringe tapi in good way. Okay, some things yang saya suka dalam buku ni adalah the details. Suka bila author details kan sesuatu macam time Alim buat coffee or berkebun tu. And Alim???!! Very green flag punya guy yee. Lepastu smooth gila pickup line dia buat. Pasal Jasmin I tak suka sangat character dia tapi lama² okay la. Cuma I cam confused sebab Syiqa and Put kata dia pendiam tapi in my pov dia macam tak. Ke Jasmin pendiam bila dengan dorang? Okay dah panjang sangat ni so overall okay je for me the ending pun okay je bahagia not to good and not to bad. Okay² je.
Profile Image for Cutie_pie28.
423 reviews11 followers
January 7, 2026
This book is so comforting to read.. Alim and Min soo sweet and melting.. 🫠

Alim dan Jasmin.. dorg ni jiran.. bermula laaa tentang dorg nie bila Min pegi rumah Alim untuk amek daun pandan.. Alim nie suka ber cucuk tanam.. dorg terjumpa dan jatuh suka pandang pertama..

Min ni ada 2 org bff, Syifa n Put.. bff Min nie penulis famous.. Min bekerja biasa tp Min suka juga menulis.. cuma dia tak confident nak anta mss dia ke mana² penerbit.. Min sgt insecure.. sebab dia rasa cerita dia tak menarik..

Alim selalu teman Min cari idea untuk buat cerita.. Alim pun cuba selami dunia penulis.. apa yg penulis akan buat, cari idea macam mana, macam mana nk tolong tetibe writerblock.. haa mcm gitu laa.. secara tak sengaja, Min buat cerita sampingan antara Min dan Alim..

Dorg jumpa pun kt depan rumah.. sambil minum kopi pahit.. hahaha.. ada jugak Alim teman Min pegi library.. eh senang cite apa yg dorg buat sweet sangat laa.. tak bole move on..

Kt sini penulis share jugak info tentang dunia penulis, penerbit, reviews dan jugak reviewers..

Overal Cerita Kita best.. can finish this book in one sitting.. highly recommended..
Profile Image for Fiqa Najwa.
68 reviews
June 16, 2024
Akyelrahim kita semua dah tau dia terkenal dengan buku yang bacaan santai! Buku ni sangat santai, slow burn romance, neighbourhood romance, comel² je dua ketul ni malu² kucing 👊🏻 walaupon dia santai tapi cukup rencah la ada sakit hati ada happy ada sedih sikit. Bila baca buku ni terbayang mesti ada orang² yang macam kawan jasmin ni jugak dikalangan penulis kita kan.
Profile Image for Mai Yuka.
3 reviews
September 6, 2024
PLEASE BUKU NI BEST SANGAT 🤍 !
saya baca dalam masa sehari je and trust me as a slow reader memang susah ye nak habiskan buku dalam masa sehari lagi ii yang tebal . tapi buku ni??? sekali baca rasa macam dah tak boleh tinggal nak juga baca sampai muncul perkataan ‘TAMAT’ tapi kalau boleh taknak perkataan tu muncul sbb cerita ni BEST GILA GILA 🫶🏻🫶🏻

I love Ahmad Alim so muchh pls nanti nak berjiran dgn pekebun lahhh heheheh , and also i love El Jasmin juga and you know what saya rasa macam boleh relate dgn masalah friendship diaa . Rasa macam nak smackdown je si Syiqa tu plss la sgt busuk hati yee 😤 Geram betul tau bacaa tapi bila muncul je part alim dgn jasmin terus hilang rasa geram . eh tersenyum sorg ii macam org gila pulaaa ..

ThankYou so much kak akyel sbb dah tulis cerita yg sangat mengagumkan nii !! i love your story please keep writing!
Profile Image for lavender books.
3 reviews
June 29, 2024
Ya Allah, berikan saya seseorang yang macam Ahmad Alim!!..amiin🤲🏻
24 reviews
August 12, 2024
Best! Cerita santai. Gaya penulisan pun santai. Memang cerita ni boleh untuk release stress.
Kisah antara El Jasmin, seorang penulis yang asyik tak confident nak keluarkan buku sulungnya dan Ahmad Alim, seorang graphic designer yang suka bercucuk tanam.
Profile Image for Elurine.
91 reviews2 followers
October 4, 2024
Satu je nak cakap, buku ni bukan untuk saya sbb rasa draggy. Tapi paling geram sbb buku ni sambungan dia dkt buku lain. Okay tak kesah kalau buku lain tu buku kedua utk kisah alim—jasmin tapi masalahnya buku lain tu agaknya secebis je kisah diorang 😭😭. Saya okay je ending buku CK ni mcm ni tapi tulah jalan cerita agak boring. Kesimpulannya saya mmg tak boleh baca buku takde konflik 😌

Alim ni sehijau belantara lah sbb dia perfect inside out. Paling rare dia suka tomato. Perempuan pun ramai tak suka tomato, alih alih si alim ni suka tomato! Satu lagi antara sebab nak baca buku ni sbb kitanya pun suka tomato 🤣. Paling hijaunya alim ni, dia sentiasa ada utk melur. Melur sedih, dia ada utk comfort melur. Apapun alim on toppp!

Yg paling tak syoknya jadi melur ni satu je, jiran sebelah rumah dgr dia menangis, membebel semua luahan hati dia 😭 but the best part is, jiran sebelah tu tak judge pun tapi dia faham dan dia comfort melur 🥹 Melur ni tipikal perempuan atau lebih tepat lagi tipikal penulis novel. Apa yg melur tu rasa sebenarnya semua penulis novel rasa. Tapi paling suka dgn melur sbb dia berjaya keluar dari toxic circle dia. Manusia introvert ni jgn buat main sbb awal awal dia pendam, dia simpan kemas kemas sendiri tapi bila dah tak tahan, amik ko semua dia luahkan. Tapi bagi saya yg seorang introvert jugak ni, introvert ni sebenarnya seorang yg berani. Dia bercakap bila perlu dan apa yg dia cakap tu sebenarnya benda penting & kalau nasib tak baik mmg kena sembur dgn manusia introvert 🤣

Put & Syiqa tu mmg kawan paling tak guna. Tapi kan mmg wujud pun org mcm ni irl. Tak boleh org lain lebih dari diri sendiri. Mmg shibal saekiya betul 😑 tak tahu nak cakap apa pasal dua org ni, cukuplah yg baca review ni tahu dua makhluk tu mmg tak guna dan mmg patut jadi baja je. Sorang lagi Adlina tu pun sama level dgn dua makhluk tak guna ni sbb dia tak move on. Dia yg mintak putus pastu dia yg meroyan. Tu lah kak org kata, kalau takde benda elok nak cakap elok diam je. Kan dah memakan diri sendiri. Eloklah tu berkawan bertiga. Patutnya put tu pun dapat pembalasan yg setimpal tapi takpelah atleast dia ada sikit rasa bersalah tu dari si syiqa.

Okaylah, siapa yg suka cerita ringan, takde konflik boleh baca buku ni. Satu yg saya suka dgn buku ni, penulisan dia santai, buatkan saya mudah utk menyelak halaman seterusnya cuma tulah tetap rasa draggy. Selak tu pun sbb tak nak dnf 😔. Satu lagi buku ni watak wataknya agak tidak matang. Tiga makhluk tu lah yg tak matang. Nak kata sedihnya tapi rasanya mmg mcm ni pun penulis muda sekarang 🙂 tapi tak semua. Apapun semoga kita semua jumpa dgn alim kita satu hari nanti!

Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
May 29, 2024
Mengisahkan Jasmin yang sedang menganggur. Dia baru sahaja berhenti kerja di Pahang. Kini dia pulang ke rumah di Putrajaya. Tiba2 dia mempunyai jiran baharu bernama Alim yang suka berkebun. Ini kisah bagaimana dua orang ini menjadi kawan baik seterusnya jatuh cinta.

Ini pertama kali saya membaca karya Akyelrahim. Gaya penulisan dia unik. Bersahaja tetapi melekat dalam ingatan. Penulis tidak kekok memperincikan perkara kecil yang membuatkan sesuatu babak itu bermakna. Watak2 sederhana, rakyat biasa yang bergelut dengan kehidupan. Karya penulis Akyelrahim ini seperti cerita-cerita Studio Ghibli versi novel.

Rentak cerita tidak terlalu 'draggy' atau terlalu cepat. Semuanya sederhana.

Jasmin seorang yang peramah dan comel. Jasmin bergelut mengejar cita-cita sebagai penulis. Alim pula seorang yang sopan, bercakap lembut dan menghormati orang. Dia juga suka memuji orang dan sentiasa memberi sokongan kepada Jasmin.

Novel ini sangat dekat dengan saya sebagai penulis. Bagaimana Alim memujuk dan memberi semangat kepada Jasmin, turut terkesan untuk saya. Terima kasih Alim kerana wujud sebentar dalam pena.

Selalu orang akan bercerita bagaimana mereka kecundang dalam percintaan. Tetapi cerita ini pula berkisar watak yang kecundang dalam persahabatan. Putus cinta itu perit, tetapi putus sahabat lebih menyakitkan.
Wujud watak-watak Syiqa dan Put, talam dua muka. Realiti memang begitu. Yang penting penulis mengajar cara untuk keluar dari hubungan persahabatan yang toksik.

Mengejar mimpi jalannya tidak pernah mudah. Saat orang lain bermimpi dengan mata tertutup, Jasmin pula sebaliknya. Dia berani bermimpi dengan mata terbuka. Jasmin yang tak mengalah ditambah pula Alim yang sentiasa menyokong, menghasilkan dinamik persahabatan yang baik.

Hal-hal kecil sering kita lupakan kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Penulis bijak mengajak pembaca menikmati momen-momen kecil. Mencecap secawan kopi di sebuah kebun hijau, berjalan di tepi tasik dan menikmati keadaan perpustakaan. Itu antaranya. Penulis tak terlalu keras mencuba untuk mengagumkan pembaca. Tidak ada anak Dato' atau projek juta2 Megah Holding, makan malam mewah, kereta mahal, tempat istimewa. Cukup dengan watak Jasmin dan Alim menikmati makanan pasar malam, berjaya membuatkan hati ini berdegup kencang.

Teruskan menulis cerita sederhana yang bermakna. Saya nantikan cerita awak yang seterusnya 😉
Mula membaca: 26/5/24
Tamat: 30/5/24
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.