"Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua."
Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta?
“Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun
Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis bermata hazel dengan tompok abu-abu itu memicu pendekatan di antara mereka. Daripada salah faham yang besar, mereka menjadi tempat bersandar untuk satu sama lain. Sayangnya, Embun tidak dapat melihat dan Arjuna pula tidak dapat bersuara; menjadikan perasaan yang kian membuak tiada cara untuk dilafaz kepada satu sama lain. Yang mereka ada, hanyalah bunyi ketukan yang maksudnya sering kali samar-samar.
“Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. Memandangkan saya tak dapat bersuara dan awak tak dapat melihat: saya suka awak, Embun. Sangat.” – Arjuna Nara
Bila hati mula mengenali ‘rumahnya’, rahsia masa lalu terkuak, membawa kekecewaan dan pelarian Arjuna. Dalam perjalanan yang penuh tipu daya, perasaan benci muncul, menciptakan jurang di antara cinta dan keluarga.
Akankah jurang itu tertutup semula atau... mungkinkah ini satu lagi kisah cinta pertama yang selamanya akan ada tempatnya dalam hati, tetapi hilang tempatnya dalam hidup?
Finally ada dkt GR. Sejujurnya aku masih belum move on dengan cerita yang satu ni. 🤧 Walaupun dah baca buku manis2 untuk menutup rasa kelabu yg ditinggalkan buku ni, ternyata tak berjaya hahah sbb aku masih teringat2 dgn buku yg satu ni.
Setelah sekian lama ‘reading slump’, kita decide tuk baca buku ni right after this book sampai kat rumah. Beli after baca the teaser sbb menarik and I’m glad buku ni mmg kena dgn jiwa 🙃🙃
Buku ni tak silap first novel author ni, tapi penulisan dia saya suka ya. 🫰🏻 The english phrases tak awkward pun dan the way the author described the scenes sgtlah beautiful and dalam bahasa yang puitis. Buatkan kita dapat feel keindahan tu sekali dan betapa dalamnya feelings seorang Arjuna kepada Embun. 😩😩😩 I love sangat dgn interactions Arjuna dan Embun. Sesiapa yang pernah tgk kdrama ‘twinkling watermelon’ maybe korg should read this one sbb dia bawak the same ‘heartwarming’ feelings yg aku rasa time tgk cerita tu. Dalam masa yang sama the sadness in this 😭😭 The plot twist walaupun i expected that, tp bila sampai part tu gue sedihh 😣 The way Arjuna punya trauma tu i can’t 🤧 Apa yang Arjuna buat and rasa tu sangatlah valid. Karakter dalam buku ni muda-muda tapi keadaan mematangkan mereka. 🥺🥺
Buku ni agak slow penceritaan dia, certain tu buat kau mcm lost sikit sbb tak pasti tgh time skrg ke atau tgh imbau masa lalu 🤔 Ada certain parts yg mcm agak repetitive tp aku masih boleh go lagi baca sbb nak tau pengakhirannya. Cerita ni for me mcm slice of life dan aku boleh byg kalau cerita ni jadi drama even aku selalunya tak suka adaptation tapi the values of youth dlm cerita ni lurve sangat🫰🏻 di mana karakter2 dlm ni cuba mengenal dunia dan melepaskan masa lalu tu boleh jadi something yang menarik untuk ditayangkan dan dijadikan pengajaran. Macam movie ‘tentang bulan’ yang pasal youth gitu 💕 . Untuk tak memberikan spoiler, aku tak leh nak komen panjang. Apa yang aku boleh ckp please prepare your mind before baca, sbb for some reasons, it is kinda realistic punya story 😣 Story yg bagi aku menggambarkan macam tulah life yg kdg berwarna, kdg hanya hitam dan putih, kadang pengakhirannya bukan yang seperti kita harapkan 😌 Papepun, recommended for those yg suka pain 🙊 #emptycanvashida
2.8 ye, bukan 2 stars. Jgn salah faham. Sila baca review saya utk tahu apa pandangan saya, baik2 je إِنْ شَاءَ الله review nya ☺️👍🏻
Ayah Juna dan Embun kenalan lama, selepas pemergian ayah Embun, ayah Juna membawa Embun ke rumah mereka sebagai tempat berteduh buatnya. Juna yang bisu meronta2 ingin meluahkan perasaan kasih dan rindu, Embun yang buta merintih ingin melihat orang yang disayangi dan dirindui.
Kisah cinta mereka mengajar bahawa ada beberapa hal yang tidak terungkap dgn mulut sendiri, org yg tidak bisu dan buta malah tidak menghargai komunikasi antara manusia dan erti sebenar hidup dalam keadaan damai. Ketidaksempurnaan tidak menjadikannya kekurangan malah menyempurnakan.
Cinderella retelling tp gender nya lelaki : Arjuna. Embun adalah ibu Peri dalam hidup Arjuna. Entah lah aku sengih2 pula dgn kisah cinta budak 17 tahun ni haha cute. Tapi scene mereka berbual tu mcm tak masuk akal, macam mana Embun faham apa yg Juna ckp selain ketukan?
•
Aku sangat tertarik dengan jargon2 nya dan karakter JunaXEmbun ni selain penulisannya yang ada style English. Jalan cerita lebih kepada episode, bukan progress plot tersebut. Bukan lah laju atau slow tapi no progress with unconnected episodes.
Penulisan agak tunggang langgang, bukan dari segi plot tapi terlalu tiba2 dan tidak berapa kemas menyebabkan pembaca tidak sepenuhnya faham apa yang terjadi dan apa perasaannya karakter.
Yang terlebih detail adalah diri karakter, tidak semua tempat perlu menjelaskan alis mata atau runcingnya jari. Ayatnya repetitive, saya dah tahu Juna rambut keriting dan bermata apa, tak perlu ulang di setiap page haha. Ada potential nak jadi rom-com tapi...
Walau apa pun, comel depa dua ni. Interaksi pun kelakar, disebabkan sorang buta sorang bisu, setiap kali bertemu mesti salah faham dan kemalangan berlaku.
But the beautiful part is despite their lack of communication, their heart is still interlinked to each other. Bila hati mahu, segalanya menjadi mungkin.
Suci si Juna ni, jatuh rasa sayang pula. Ni bukan buku romance yg buat hangpa angau pd karakter tapi depa dua yang angau and kita tersengih mcm kerang busuk. Awat lah comel sgt Juna. Kalau nak rewind balik zaman2 kita 17 tahun dulu, baca lah 😂♥️
it took me almost two weeks to finish this book pace dia lambat nokkkk haku stresss
butttt
THE ENDING SAVED THE ENTIRE BOOK
WTFFDSGDHSHHS I AM BROKENNNNNN😭😭😭😭😭🙂🙂🙂🥲🥲😭😭😭 ending dia bikin sakit dada gini author sumpah kejam tapi aku sukaaaa it somehow this kind of ending will engrave in my head forever✨
what i like about this book - penyampaian dan penulisan. chefkiths. it didnt look like this is her first physical book. ayat ayat dan perkataan yang author ni guna sangat cantik dan indah I AM IMPRESSEDDD tak terlalu berbunga dan bermadah but poetring in her own way - diasabled couple as premise. Arjuna yang bisu dan Embun yang tak boleh melihat. how they communicate and being each other safe spot🥹 - the way Arjuna sees and portrays Embun's beauty. WEHHHH CANTIK SANGATT😭😭😭 the admiration Arjuna has toward Embun is so deep and magnificent. the poetry man you are Arjuna Nara🫦 - the vibeeee! the setting place dekat kawasan berbukit dan rumah cottage macam kat cameron tu. how author describe their outfit and the environment buatkan kita as pembaca boleh imagine dengan jelas. Arjuna as an artist yang selalu lukis potret Embun sedangkan selama ni dia tak pernah lukis potret manusia and Embun being the only exception. Embun with her white dress and mary jane enthusiast lurveeee - info and knowledge about Dysgraphia - the message of young and true love since both MC are 17 years old. all side characters and side stories played their roles so well. the plot twist and how they related with each other - THE ENDING WAS A BEAUTIFUL CRIME INDEED SURAT ARJUNA SEDIH SIOTT realistic yang haishhhh hidup ni indeed ada hitam dan putih🤕
what i dont like about this - pace dia lambat. banyak kali aku tertanya dekat mana cerita ni nak bawak aku sebenarnya. pembacaan aku cuma jadi laju bila dah 3/4 cerita. dah habis, baru aku boleh conclude cerita ni more to slice of life yang nak tunjuk more to the process. tak sesuai dengan orang yang sukakan fast paced dan not into slowburn - the case's backstory tak cukup strong. I think it should go more in-depth. penerimaan Arjuna tak begitu jelas. - Apa jadi dekat Juna last tu? I mean did he still muted? - as much as i love the ending, aku still murunggggggg
apapon aku nak bagi 3/5 je awalnya tapi ending dia berjaya buat aku nak bagi 4.5/5 for this book. Aksara has it own charm and i get it why people love this story🌷
“Kalau awak terus-menerus layan saya baik macam ni… awak tak beri saya pilihan; saya mungkin terpaksa lukakan awak.” – Embun
‘Dan satu hari nanti, saya harap awak dapat dengar pengakuan ni daripada mulut saya sendiri. Saya suka awak, Embun. Sangat.’ – Arjuna Nara
**** “Mungkin sebab… saya dan Embun saling melengkapi.” – Arjuna
“Saling melengkapi dari segi apa?” – Puan Kirana
“Yalah. Embun buta. Saya pula bisu. Saling melengkapilah tu.” -Arjuna
**** “Maafkan papa sebab tak dapat lindungi mama dengan Juna. Papa gagal jadi ketua keluarga. Maafkan papa.” – Encik Adi
**** “Saya tak tahu bila saya akan pulang untuk jumpa awak. Saya nak awak tunggu saya tapi… saya harap awak jadi Arjuna Nara yang lebih matang, lebih baik, lebih gembira. Saya tahu awak boleh.” – Embun
Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. - Arjuna
Awak rasa, pengakhiran kita macam mana?
**** Pada awalnya saya sedikit ragu untuk beli buku daripada penulis baharu. Sampailah saya baca ulasan jujur daripada beberapa orang pembaca yang dah habis baca novel ni. Tapi sebenarnya, saya dah baca teaser-teaser yang KS up di media sosial, dah dapat bayangan yang hero ni bisu dan heroin ni buta. Heronya pula pandai melukis. Dah rasa tertarik dengan keunikan cerita ni. Dan saya pun rasa, why not aku cuba aje baca. Saya pun beli. And you know what, sikit pun saya rasa TAK MENYESAL.
Arjuna Nara – dia buat saya rasa nak peluk dia ketat-ketat. Kenapa kisah dia sakit sangat? Setelah terlibat dengan penculikan dan melihat sendiri kematian insan tersayang di depan mata, membuatkan hidup dia berubah. Daripada seorang yang suka bercerita dan suka buat lawak jenaka yang entah apa-apa kepada seorang yang tidak bersuara. Hanya bahasa isyarat sebagai cara berkomunikasi dengan orang lain. Bukan setakat hilang suara, tapi dia juga menghidap Dysgraphia. Pertama kali ya saya dengar fasal penyakit ni. Jika dia memaksa juga untuk menyusun aksara, dia akan jadi overwhelming stress. Hidup seorang Arjuna tidak indah. Dia selalu dihantui oleh mimpi silam yang tak pernah hilang sampailah kedatangan Embun binti Nuh membuatkan hidupnya sedikit demi sedikit mula berubah.
Embun – Atas rasa kasih sayang Encik Adi dan Puan Kirana, Embun dijaga oleh mereka selepas kematian Encik Nuh, kawan baik kepada Encik Adi. Awal kemunculannya, Arjuna tidak senang hati. Ada saja kejadian yang membuatkan seorang Embun tersakiti tapi dia tidak sesekali menyalahkan Arjuna. Dia cuba untuk faham seorang Arjuna. Sehinggalah, mereka mula bersetuju untuk menjadi seorang kawan.
“Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun
Arjuna mula mempunyai sebab untuk melanjutkan hidupnya dengan lebih gembira selepas kedatangan Embun. Mereka menjadi tempat bersandar antara satu sama lain. Sehinggalah mula ada rasa yang tak ‘disengajakan’ muncul. Arjuna mencintai Embun dalam diam. Tetapi ada rahsia yang Embun sembunyikan daripada Arjuna. Dan dia takut untuk berterus terang. Dan apabila rahsia itu terbongkar, dia tahu dia akan melukakan seorang Arjuna lebih dalam lagi.
Jalan cerita novel Aksara ni bagi saya best. Bila dah baca tu rasa susah nak letak. Plot twist dalam cerita ni ada yang saya dapat teka dengan betul dan ada yang tak disangka-sangka. Ada part mimpi kisah silam Arjuna tu diulang-ulang, saya yakin ada yang akan cakap bosan tapi bagi saya itulah yang menjelaskan lagi betapa pahitnya kejadian telah berlaku dalam hidup Arjuna dulu. Betapa traumanya seorang Arjuna terlibat dengan kejadian pahit itu. Tapi Arjuna bertuah kerana dibesarkan oleh papa dan ibu tirinya yang baik hati. Sanggup menerima layanan dingin seorang Arjuna terhadapnya. Tapi Puan Kirana tak mengalah. Selalu sahaja berusaha untuk mengambil hati anak tirinya. Sehinggalah rahsia sebenar di sebalik kejadian penculikan dan kematian mama kandungnya itu terungkap. Arjuna mula membuka hatinya untuk merasa bahagia semula.
“Juna rasa kebahagiaan Juna ada dekat mana?” – Encik Adi
“Ibu,”
“Papa dengan ibu,” sambung Arjuna.
Dalam cerita ni juga ada watak sampingan yang saya tertarik dengan kisahnya, iaitu Nabila dan Riki. Hidup dalam keluarga yang sentiasa mengawal segala apa yang mereka ingin lakukan. Kebebasan mereka disekat. Kisah cinta dua jiwa ini juga terhalang. Sampailah akhirnya, Nabila memilih untuk berundur sebab tak mahu sakitkan hati Riki lagi. Pada awal cerita, saya ingat watak Nabila ni sekadar sepupu kepada Embun semata. Yang tak disukai oleh Embun kerana dia menyalahkan keluarga Nabila atas kematian abahnya. Rupanya ada rahsia besar yang Nabila simpan yang berkait dengan Arjuna.
Kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup Arjuna dan Embun, korang boleh dapatkan novel Aksara dengan penerbitan Karya Seni. Insya-Allah, ia berbaloi untuk dimiliki. Hayatilah setiap aksara yang digarap oleh penulis dengan sepenuh hati ini. Saya berbangga ya seorang penulis muda, berusia 21 tahun, yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang (TESL) mampu menghasilkan karya penulisan dalam bahasa Melayu dengan baik. Dia macam dah tulis beberapa buah buku sebelum ni, padahal ini baru novel pertama. 😊 Tahniah Syaznixon. Semoga terus menulis cerita yang best dan mempunyai makna yang mendalam lagi. 🌹
P/s: lagu Sempurna by Andra & The Backbone adalah simbolik dalam hubungan Embun dan Arjuna. Kalau dulu ku dengan lagu ni dengan perasaan bahagia, tapi bila baca novel ni terus rasa sedih bila dengar. Part surat Arjuna dekat bahagian ending tu buat hatiku sayu. Betapa tulusnya dia terhadap cinta pertamanya. 🥰
First of all, kita nak ucapkan tahniah kepada author atas kelahiran novel sulung ini. For a debut novel, I would say that it's completely well done. I don't remember how impressed I was by the beautifully written sentences in this book. Reading this book feels like reading a poetry book you know. ✨
Disebabkan buku ni asyik lalu-lalang je dekat fyp, so kita pun beli la sebab nampak macam aesthetic and this book proves it. THIS BOOK IS THE MOST AESTHETIC BOOK I'VE EVER READ. 💫 All the scenes & settings was beautifully described that I could feel the warm & cozy vibes in this book. 😍
Cumanya, kita rasa pace buku ni agak slow sikit. Selalunya buku nipis mcm ni sehari je kita habis, tapi buku ni ambil masa dalam 2-3 hari jugaklah baru kita habis baca. (Maybe because I'm not a fan of slow burn). Bila dah masuk suku akhir, baru la segala emosi, plot twist semua keluar.
Next, the storyline was great, cumanya kita rasa interaction between both main characters tu kurang. So, I don't feels any chemistry between them. Bagi kita, kisah Nabila & Riki lagi mendalam. Even so, I feel touched by their love-story.
The way Arjuna looks at Embun as if she's the most beautiful girl in the world, how he portrayed her on the canvas as the first ever girl he ever painted, and how their feelings grow as time goes by really touches me. Sedih sangat tau baca kisah diorang sebab Embun tak pernah tahu pun perasaan sebenar Arjuna dekat dia. Even Arjuna buat sign language pun, Embun tak boleh nampak. 🥺😭
Overall, bagi kita buku ni boleh tahan pain especially when it comes to the ending. Betullah orang kata "cinta tak semestinya memiliki."
ending dia kenapa macam tu sekali !!!!!!!!!! sampainya hati author buat reader dia macam ni huwaaaaaa.
actually saya suka novel ni sebab lontaran bahasa dia Ya Allah sangatlah puitis payah ya sekarang nak dapat novel yang bahasa dia macam ni.
Watak Arjuna dan Embun yang dari kecik dah rasa kesusahan dalam hidup dia buat kan dia lebih matang dari umurnya.Saya suka the way Arjuna describe macam mana Embun not gonna lie Embun sangat sangat cantik dengan sentiasa pakai gaun warna putih aaaa sukaaanyaa. Arjuna pun tak kalah dia hensem nak mampus dengan curly hair dia omg
Tak tipu memang storyline dia a bit slow tapi its worth my time! Ayat english dia pun tak de la macam tiba tiba, nice je untuk digunakan dalam keadaan tertentu.
Sumpah la ni novel pertama Author !?!!!?? macam dah tulis berpuluh buku je.Congrats to Syaznixon sebab dapat keluarkan novel ni dengan cemerlang .
Someone please tell me how can i move on from this novel !?!!!
tak tahu mana silap aku but aku expect lebih untuk novel ni. Aku beli sebab rasa unik konsep dia. FL buta dan ML bisu. and i wonder how they communicated. Tapi the plot? sangatttt slow. Like ada tak ada je impact dan flow dia.
4.75⭐ Apa ni? Kenapa ending dia macam tu? 😭 Betul-betul pain ye lepas habis baca. Saya tak rasa boleh move on dari buku ni easily. The writing style is 💋. Puitis dan dramatis. I'm in loveeee 💗 susah ye nak jumpa storyline novel melayu yang kemas seiring dengan penulisan yang baik.
✎ Arjuna, jejaka bisu bermata sepet. Hanya canvas yang menjadi penemannya untuk meluah rasa. Namun semuanya berubah bila Embun muncul dalam hidupnya. Disebabkan penceritaan buku ni lebih fokus kepada Arjuna, jadi saya lebih faham perasaan Arjuna berbanding Embun. Tentang perasaan Arjuna dekat Embun, trauma Arjuna terhadap peristiwa penculikan 5 tahun lalu & perasaan terhadap ayah & ibu tirinya. Cara Arjuna describe Embun setiap kali pandang & dekat dengan Embun buat saya rasa alahai sweetnya Arjuna ni 🙊
✎ Embun, gadis buta bermata hazel yang suka memakai gaun putih. Hadirnya Embun dapat mengubah Arjuna. Walaupun Embun tak dapat melihat tapi dia sentiasa tahu apa yang Arjuna fikirkan. Tapi boleh tak kalau saya cakap Embun ni pun seorang yang pentingkan diri? Pada awalnya memang saya suka Embun tapi saya jadi geram & tak suka dengan keputusan yang Embun buat lagi-lagi selepas terbongkar rahsia antaranya & Encik Adi 😔 Saya selalunya "girls support girls" tetapi maaf kali ni saya tak support Embun. Saya lebih kesiankan Arjuna!
✎ Kisah Nabila & Riki pun menarik juga. Ingatkan Nabila hanya watak tambahan sebagai sepupu Embun sahaja tetapi rupanya watak dia lebih daripada itu. Dalam kisah mereka pun, saya lebih sokong Riki berbanding Nabila 🙂
✎ Sejujurnya, saya sangat berpuas hati dengan pengakhirannya. Arjuna & Embun, mereka dah temui bahagia mereka ! Itu sudah cukup bagi saya untuk berpuas hati & katakan ianya "happy ending !"
✎ Surat Arjuna kepada Embun memang 💔 Effort Arjuna belajar untuk menulis surat memang 🔛🔝 Cuma sedikit terkilan surat tu sampai ke tangan Embun selepas 12 tahun 😔
✎ Penyampaian & penulisan author memang terbaik. Ayat tersusun kemas & cantik membuatkan saya tak bosan membacanya walaupun jalan cerita dia agak perlahan.
✎ ✎ Kalau nak tahu buku ni betul-betul happy ending ke tidak, silalah baca sendiri 🤭
Best tapi ending sedih. Kadang2 macam confusing. Agak pelik sebab buat kontrak dengan budak buta 17 tahun, ni tak cerita sangat. Plot twist dia memang menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
aku antara love-hate dengan AKSARA ni.. aku hate sebab slow sangat citer dia, tapi memaksa aku stay sampai habis. benci tau! Dah berkali-kali aku tukar rating antara 3 star dan 4 star.. entah la.. anggap la aku neutral.
Aku love sebab cerita agak menarik jejaka yang bisu bertemu dengan gadis yang buta. Macam mana dorang saling melengkapi kekurangan dorang dan akhirnya berkawan baik, teman tapi mesra. 😜
Kehadiran Embun mengubah pandangan Arjuna tentang kehidupan selepas Arjuna mengalami PTSD kerana kejadian penculikan dan pembunuhan ibu kandungnya sehingga dia menjadi bisu. Dengan membawa Embun ke dalam hidup Arjuna adalah perkara yang terbaik yang En. Adi buat.
Plot twist diakhir cerita aku dapat agak sebenarnya masa penculikan Arjuna, Puan Suria tiba-tiba hilang.. Something fishy.. Jadi diakhir cerita aku tak terkejut sangat pun.. hahaha.. nice plot twist.. 😁
4.8 hehee..Btw, i reallyyy love this book..For ur info, i jumpa buku ni kt tt tau orang buat edit hshshs..For me, buku ni is a tragic love story i guess...sebab masing2 like ada sedikit kekurangan yang buatkan diorang ni susah nak communicate..Tapi tu panggil tragic ke eh? But for me, yeah it's a tragic love.And i lovee itt
Sorry penulis. Mungkin this novel not meet my expectation. Walaupun lepas meletakkan diri dalam POV Arjuna or Embun or Nabila or En Adi or Puan Kirana, masih the feeling tak sampai. Mungkin disebabkan dah letak high expectation after baca the sinopsis.