Tiyara adalah si spoilt brat yang menganggap dunia hanya perlu berputar di sekeliling dirinya semata. Semua kehendak dan kemahuan dia wajib diikut. Perintahnya juga perlu segera diturut. Tak boleh tidak, semua harus patuh!
Semakin hari, semakin menjadi-jadi pula perangai liar Tiyara. Berpeleseran dengan lelaki, meneguk arak, berpesta di kelab malam. Sampai hampir pecah kepala mama, papa dan tokpa yang berusaha membentuk dirinya menjadi ‘manusia’ semula. Tapi boleh berjaya ke?
“My attitude will always be based on how people treat me. So tak payahlah Tokpa nak nasihatkan Tiyara kalau perangai Tokpa pun tak pernah berubah. Selfish, kedekut, control freak! Kalau boleh selori Tokpa nak upah bodyguard jaga Tiyara kan?” - Tiyara
See? Ada siapa-siapa berani sound datuk sendiri begitu? Punyalah biadap si Tiyara sampaikan Dato Haimi pun surrender. Terpaksalah lelaki tua itu kembali ke kampung untuk merayu pertolongan daripada cucu teman lamanya yang bernama Zayyad.
“Jadi bodyguard? Dato nak saya jaga siapa?”
“My grandaughter, Tiyara. I’ll pay you 12K a month.”
Kerana perlukan wang demi masa depan kekasih dan adik-adiknya, Zayyad bersetuju untuk menjadi pengawal peribadi cucu Dato Haimi. Lagipun dia sendiri memiliki pengalaman yang luas dalam bidang tersebut setelah bertahun-tahun bertugas di Singapura.
Namun menjaga seorang Tiyara, tak sama seperti mengawal sepuluh orang ahli politik. Ternyata ia lebih sukar dan sangat mencabar.
Kerana perempuan seorang ini… ah, senang kata perempuan seorang ini paling celopar, paling keras kepala dan terpaling hati batu! Setiap kali bertembung mata, siaplah mereka berdua bertengkar sampai perit-perit tekak!
“Wh… what did you say, Zayyad? Cookies lemau? Apa maksud kau, hah?”
“Just imagine ada cookies yang sangat sedap, sangat berkualiti, tapi terdedah lama sampai dah masuk angin. Kau rasa ada ke yang teringin nak jamah? Kalau dimakan pun, confirm dah tak sedap.”
“Fine, then try me. Kita tengok sedap ke tak sedap cookies lemau ni!”
“No, thanks. Aku pun pilih-pilih jugak apa yang patut aku jamah.”
“Excuse me?? Dasar mulut longkang!”
Begitulah jenis hubungan Zayyad dan Tiyara yang asyik bercakaran bila bertemu. Umpama mereka menggenggam prinsip ‘you hate me? I’ll hate you even more.’
Namun Tiyara tersilap percaturan dalam misinya untuk menyingkirkan Zayyad dari sisinya. Kerana lelaki itu bukan dibuang kerja seperti yang dia inginkan, sebaliknya dipaksa mengahwini dia pula. Ah, Tokpa memang dah nyanyuk. Dah gila!
Tak ubah seperti kisah tragis dalam novel cinta, Tiyara dipaksa juga menikahi lelaki yang paling dia benci. Kemudian didesak pula untuk pergi berbulanmadu di kampung yang entah dekat ceruk mana. Memang betul-betul emosinya didera tahap maksima.
Dan bila setiap masa ‘diikat’ bersama Zayyad di kampung, perlahan-lahan mata Tiyara memandang dengan lirikan berbeza. Mulut juga seperti sudah letih untuk terus bertengkar dan memusuhi lelaki itu. Apatah lagi Zayyad mula menunjuk sikap tersembunyi yang sangat gentleman, caring dan romantis. Sampai sakit demamnya juga menjadi satu kesakitan dan keresahan buat lelaki itu.
Tiyara semakin hanyut dalam persona. Zayyad juga mula menunjuk tanda-tanda terbuai jiwa. Dan saat hati sama-sama melagukan nada lebih halus, ujian pertama menerjah hubungan mereka yang jelas masih terlalu rapuh. Tiyara hilang arah, dia kian lelah mengutip serpihan hatinya secara sembunyi.
Untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik, itu tidaklah terlalu sukar buat Tiyara. Tapi untuk melepaskan jejaka sesempurna Zayyad, dia hampir rebah menyembah ke bumi. Kecewa tak terkata! Patutkah dia meleraikan pegangan Zayyad yang longgar demi bahagia lelaki itu sendiri?
“Terima kasih untuk 30 hari yang paling indah dalam hidup aku. But… I love you enough to let you go.” ~ Tiyara.
Turun naik emosi mereka selama 30 hari bergelar suami isteri, namun memori itu pasti akan memeluk hati Tiyara hingga selamanya.
Dan adakah takdir akan menunjuk secebis simpati sekaligus berpihak kepada mereka berdua semula?
“I’m sorry, Tiyara. I can’t find a way to forget you. I love you. I want you.” ~ Zayyad.
Tiyara wahh mulut, klau ada dekat² memang kena cili² tu..eee..gerammnya Zayyad very the gentleman person, I luvv Humaira tu dah ada mental illness pergi² lah berubat
Started with Tiyara nak dajalkan bodyguard yang Tok Pa hire… sekali end up kena kahwin. Padan muka!
And that's where their hubby wifey story begins. F geram giler with Zayyad. Sanggup tinggalkan Tiyara demi Humaira sebab rasa guilty.
Dahlah kahwin paksa, bila dah start ada feelings… tiba² nak prioritize orang lain pulak.
Humaira pula… I'm sorry but she really needs help. Kak Mah patut bawa dia jumpa psychiatrist. Sampai tahap hampir nak bunuh diri sebab guilt? That's not okay at all.
Apa yang F suka... relationship Tiyara dengan ayah + adik² Zayyad memang sweet. Dia tak sombong pun, malah berubah jadi lebih baik bila balik kampung Zayyad.
Part paling sedih bila Zayyad keep choosing Humaira over his own wife… sampai Humaira sendiri jumpa gambar Tiyara dalam wallet Zayyad, baru dia sedar sebenarnya Zayyad bahagia dengan Tiyara.
Overall cerita ni fast-paced... ada a few bab rasa draggy sikit but still okay to skip.
Emotional rollercoaster jugak la... geram, sedih, semua cukup.
Awal² tu perangai Tiyara mmg annoying.. tak suka dengan perangai Tiyara yang hanya pikir kn diri dia sahaja.. then lepas dia dan Zayyad kawin, berubah sedikit demi sedikit..
Masa dorang kat kampung rasa seronok baca.. Tiyara cuba get along dengan environment sana.. family Zayyad pun okay..
Nanti kekasih Zayyad pulakkk meroyan.. bukan ape.. dia salah kn diri sendiri sbb Zayyad kawin dan tk bahagia.. mula laa tunjuk buat perangai tak semenggah.. sampai ajak kawin.. kakak Humairah pulak macam memaksa Zayyad kawin dengan Maira.. geramm baca
Last² memang Zayyad jatuh cinta ngn Tiyara, baru laa Humairah lepas kan Zayyad.. ermmm.. mengada eh ko Maira nie..
Overall okay jee baca.. but i need more.. ape jdi lepas dorg bersama..? syarikat yg Tok Pa jaga tu siapa yg akan amek alih? Zayyad pulak keje dia mcm mane..? Eh byk laaa persoalan yg tk ter jwb
Revamp 2026 Da baca revamp nya.. okay semua terjawab.. dorang live a happy normal marriage life together.. belum berkesempatan untuk ada anak lagi..
Suka tengok cara ayah Zayyad dan adik² layan Tiyara.. dorang tak judge pun Tiyara.. layan sama rata..
lama dah habis baca sebenar ingat nak riview panjang² tapi malas pula hshshshs.. btw cerita ni bestt cuma tulah Tiyara ni spoiled brat waktu mula² tu geram je dengan dia ni tapi lepas dia dengan Zayyad dah kahwin perangai dia jadi ok sikit.. and Zayyad sangatlah green flag I tell y'all 🥺 lepas kahwin Zayyad punya hubungan dengan Tiyara makin baik tapi tiba² pula ex Zayyad buat drama nak bunuh diri🙂 dari sini dorg start mcm ada barrier disebabkan ex c Zayyad tu.. korg baca jelah cerita ni best bagi aku walaupun bikin blood boiled 🙂 karya² daripada acik lana mmg semuanya best²🥰 aku tak sabar nak baca karya acik lana yg lain..
Aaarghhhhh! Aku geram dekat Tiyara, rasa nak cekik-cekik dia. Aku geram dekat dia lama tau! Sampai hampir separuh buku tebal ni aku masih geram, eh! Dia boleh rendahkan orang semata-mata nak “lepaskan” diri. Hujung-hujung orang yang dia rendahkan tu jadi suami dia, padan muka!
Zayyad yang sehijau warna daun tu dah la ada kekasih yang memang calon isteri idaman dekat kampung, terpaksa berpisah sebab kena kawin dengan Tiyara.
Tapi begitulah kuasa jodoh, maka jadilah mereka suami isteri.
Tiyara masih tetap dengan perangai dia, mulut puaka dia, sampailah dia ikut Zayyad balik kampung. Dekat kampung, dah boleh nampak sifat sebenar Tiyara yang selama ni tersembunyi disebalik kekayaan dan layanan manusia sekeliling dia.
Tak kenal maka tak cinta, dah kenal sesuai pula mereka berdua. Tapi itulah, Zayyad terlalu hijau sampai kekasih lama tak mampu nak melepaskan semua kisah mereka begitu saja. Terjadilah itu dan ini,
Begitu begini, sampailah masing-masing buntu apa sebenarnya penghujung kisah mereka bertiga. Buat itu tak kena, ini tak kena. Sampailah masing-masing buat keputusan,
yes. vibes acik lana memang sentiasa on point. sedap sepanjang pembacaan. kalau tak, masa kan akak mampu habiskan 642 muka surat dalam masa setengah hari? olahan, bahasa, penyampaian... semua secukup rasa.
mula-mula memang ada rasa nak lempang aje si tiyara yang sangat tak beradab nih. tak boleh weihh... mencanak naik rasa nak marah apa semua. patut balut aje tiyara ni dalam gulungan karpet, zayyad. menyakitkan hati sungguh!
akak malas nak taip kisah tentang apa. cukuplah rasanya beritahu tentang manusia ni, kalau nak berubah, anytime. jangan terlalu nak jadi manusia yang suka jatuh hukum orang lain sedangkan kita sendiri tak tahu apa kisah kita seminit selepas dari masa kita pijak sekarang.
novel yang best, kisah yang menarik, buku yang cantik, emosi yang sampai, pengajaran yang mampu tersemat dalam fikiran. keseluruhan, terbaik penulis. moga terus hebat!
first half novel ni, sangat annoying juga dengan perangai Tiyara yang sangat berlagak dan kurang ajar. tapi lepas kahwin dengan Zayyad slowly dia berubah dan dalam dok bergaduh tu terjatuh cinta dengan suami sendiri. Walaupun Zayyad pada awalnya mahu membalas dendam tapi dia cuba melayan Tiyara sebagai isteri dengan baik pastu terjatuh cinta.
konflik dalam rumah tangga mereka datang apabila bekas kekasih, Zayyad tiba-tiba tak dapat terima hakikat Zayyad berkahwin dengan. overall plot yang menarik dan tak berat sangat.
Beli ebook ni ni bila jumpa dalam live acik lana kat tiktok. Dengar acik lana cerita best pulak. And yes, buku ni boleh bawak keluar aya dari reading slump. Overall not to heavy and very cute and light reading. Suka samgat baca laju and smooth jer.
Character wise
Tiyana- Ya Allah , perangai memang mintak kaki. Cerita ni memang banyak buat aya istighfar dengan tiyana ni. Hampir dicampak ipad bila aya baca. Dia memang sgt spoiled brat dan kurang ajar. But dia punya character developement? Chef 💋.suka sangat. But aya kalau boleh nak acik mcm mendalami sikit perjalanan perubahan tiyana. I see the potential there but maybe sbb acik nak keep it simple.
Zayyan- Green flag but abit pushover and bengap.HAHAHAHA. Awal ii suka sangat character change of zayyan kepada tiyana but then meyampah pulak. Baik sangat pulak zayyan ni, sampai isteri sendiri dia buat palau.haduh. Penat jugak menghadpi scene konflik ni. Zayyan terlampau bebal bagi aya, aya faham jer dilema tu. And I know memang sush untuk zayyan memilih. Tapi yang buat sakit hati, zayyan tak cuba cari solution lain and never reassure kan tiyana punya feeling. Just because tiyana kata dia okey doesn’t mean she always okey. Eh geram lah laki ni.
Overall story, sgt best with light conflict. Kyrang sikit romce cintan cintun after selesai conflict tu huhu..tapi xpe still ok jer. Love humaira, u go girl. Awalnya yelah annoying jugak but I understand her so much. Keep strong girl😩.
I LOVE IT!! This story is amazing guys!! Sumpah comel and wholesome! One of my comfort read!
Trope is enemies to lover, siapa suka trope macam ni, silalah baca, you gonna love it💕
Buku ni agak tebal tapi bila start baca tu tak sedar dah ebrapa page, memang lock in terus, cerita best teruk. Awal2 tu kita sakit hati dengan perangai Tiyara, tapi bila Mr bodyguard datang. The games on!
Semuanya berubah, sifat Tiyara pun berubah lepas kena kahwin paksa dengan Zayyad. Lepastu honeymoon dekat kampung, siang malam bertekak je memanjang, haha comelnya! And this one the example of “I can fix her”.
Zayyad is handsome man, very gentle, look like a bad boy tapi ada taman dalam hati, he’s green forest!! Hobi dia ride dengan isteri hehe. Please mana nak jumpa men like Zayyad ni irl 🥹💔
For Humaira, I hope she’s find her true love and heal. Kesian kat dia, penyakit tu memang susah nak rawat. Aku annoying dgn character dia ni, tapi tak boleh nak salahkan dia juga 😔
This entire review has been hidden because of spoilers.