Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Perjalanan yang seharusnya menyeronokkan sudah berakhir dengan tragedi yang mengerikan, namun kejelikan masih belum terhenti.

Dalam perjalanan Muhammad mencari Adam yang menghilangkan diri, tanpa sengaja tersingkap rahsia di sebalik kelahiran mereka. Kes pembunuhan yang melibatkan anak-anak muda di Kampuna Gerbang Pusara juga telah membawa Muhammad kembali ke Kubur Terapuna untuk mencari kembarnya.

Adam yang berada di bawah pengaruh Ummu Rangda tidak akan berhenti selagi tugasnya belum selesai. Namun, apakah yang dimaksudkan oleh Ummu Rangda
tentang identiti sebenar Adam dan apa kaitannya dengan rahsia di sebalik kewujudan mereka?

296 pages, Paperback

First published May 24, 2024

7 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (30%)
4 stars
55 (38%)
3 stars
36 (25%)
2 stars
6 (4%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Fishball🐡.
29 reviews2 followers
October 20, 2025
1. Jelik 2, lebih fokus kepada character exposition dan flashback kenangan yg si kembar pernah lalui. Tak semua character perlu, terutama bila overshadow the main character.


2. Danish’s sexuality diulang-ulang banyak kali. Sampai rasa muak. Jadi keliru, ini buku thriler atau gay romance? Satu scene dah cukup nak terangkan yg mamat ni gay, perlu ke mention next relationship yg dia ada? Tak ganggu plot pun, dan lebih pada kisah tambahan.

Saya tak faham apa yg author fikir bila masukkan scene s*x sejurus seseorang tu tgh beribadah. Like, atas sejadah? It feel so wrong in whatever point or excuse make. Dan ada beberapa agenda, yg menengahkan it okay to be gay, as that was your destiny? How can you write something that so sin just to convey your thought? Semoga tuhan lindungi kita dari terpesong sepanjang baca naskah ini.


3. Terlalu puitis. Jujur, jelik dah banyak puitis kan? Jelik 2 lagi banyak sehingga kau hanya skip dan baca dialogue sahaja. Banyak ayat yang panjang berjela-jela yg kadangkala membawa maksud yg sama je. Cinta. That’s it.


4. Good example of gore book? I must say yes compared to other book. But compare to the different books with same authors, agak berulang je scene gore tu. To the point, kau dah hilang rasa ngeri dan takut tu. Balik-balik, kepala dipancung. Balik-balik, kemaluan dikerat. Balik-balik, kepala tergolek.


5. I like the first book compared the second one. rasa lebih sesuai dijadikan satu naskah sahaja, instead of two. Dua benda yg merosakkan mood saya sepanjang pembacaan, adalah gay romance dan keduanya ayat puitis yg mengambil hampir 3/4 perenggang dalam setiap muka surat. Exhausting reading i must said.
Profile Image for ♡ dalisa.
12 reviews
September 28, 2024
Hi, firstly i really love this book. the storyline, the idea semua best. saya kesian dengan watak-watak cerita ni yang tak mempunyai salah apa-apa tapi kena merana disebabkan pengamal ilmu hitam, lebih-lebih lagi Malina.

But why 2 stars je? i can explain. I memang takboleh put down buku ni sebab cerita terlalu best. rasa ingin tahu yang tinggi apa akan jadi kepada adam, apa pengakhiran cerita ni dan jawapan kepada setiap persoalan saya semasa baca buku ni (banyak). Malangnya ending tergantung. A bit frustrated sebab kinda drain juga bila baca tapi at last tak dapat jawapan.

Dengan watak & cerita gay yang tak habis-habis, lagi lagi part lepas beribadah lepastu bercium pulak sesama jantina. sorry can't accept that, apapun buku best, cerita best dan lebih best kalau cerita tak tergantung. ⭐⭐
Profile Image for Edi Rozaidi.
137 reviews
September 23, 2024
Agak sedikit kecewa kerana mengharapkan Jelik2 akan menyamai momentum buku 1. Tetapi, penulis memilih untuk lebih kepada penerangan seolah mendapat prekuel.

Sentiasa tertanya-tanya apa yang terjadi pada Adam dan keberlangsungan cerita, tetapi dapat dalam 20% dalam buku ini.

Banyak mengetengahkan Danish, dan hubungan terlarang terlalu banyak, dan perbincangan tentangnya menyebabkan rasa bosan.

Di hujung rasa sepeeti rushing sebab baru rasa nak rasa momentum lalu habis.

Penerangan tentang Putera yang dinanti dan dua ekor demon pun tak dijelaskan sebaiknya walaupun ada prekuel.

Ketika mereka berpecah ke utara dna selatan nampak menarik walaupun agak hujung, tetapi macam sia-sia diakhrinya.

Jadi, boleh kata agak kecewa sikit dengan Buku 2 ini. Harapnya, jika ada sambung buku 3, bokeh berikan plot yang lebih baik dan menarik.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 18, 2024
Eeeeee. Giler cite neh. Creepy gila cara masing masing mati. Lagi lagi bebudak 5 org tu. Hoii! Sakit dada aku.

Aku puas ati bab Ummu Ragda.

Tp aku rasa kurang selesa bab Malec n Danish. Mungkin kerna aku sudah tua n aku x berapa in dengan golongan golongan tu.

Pepon, Ismi mmg penulis yang lain dari yang lain. Dia mmg special. Kalau rasa ati tisu, tak yah la cuba cuba nak layan karya ismi. Boleh, but kalau ko muntah ijo, mual mual. Tanggung sendiri!

Nextttt....!!
Profile Image for Rizqan Sulaiman.
34 reviews
September 9, 2025
Unpopular opinion: Saya rasa Jelik ni sebenarnya lagi cun kalau dinaskhahkan dalam satu buku je. Let me explain.

Kandungan dalam buku kedua ni honestly banyak melewah, and terlalu heavy on character exposition. Look, character exposition is great — but not every single character needs it. Especially bila sampai overshadow the main characters, which in this case are Adam and Muhammad.

The whole Danish subplot tu rasa macam terlalu banyak. At one point I was like, “idgaf about this f****t.” Balik kepada point melewah tadi, Danish’s sexuality is brought up so many times, and the pro-LGBT speech diulang lagi. Dalam buku ni dengan Bunga, buku sebelum ni dengan Raif. Like, we get it — kau gay. Can we move on? Sebelum ni aku neutral je pasal gay, tapi lepas baca Danish, aku terus jadi homophobic pula.

“Melancholia” mungkin perkataan paling sesuai describe buku ni. Sebab banyak ayat berjela-jela yang fokus pada hubungan antara characters. EVERY. EACH. ONE. Tapi seriously, do we need a three-page memoir from Uncle Jazz that’s barely in the book?

However, bila sampai gore scene — you better believe there will be GORE. Imaginasi penulis memang next level, some of the scenes are TOP TIER GORE. I know I said the book feels redundant, but somehow cara penulis susun chapters buatkan buku ni still easy and interesting to read sampai habis.

Ada review cakap ending dia tergantung. I beg to differ. It ends with the birth of the ultimate DEMON — what else could happen? Maybe it could lead to a threequel, but honestly I think it ends perfectly as it is. It even kinda reminded me of the ending of V/H/S 2: Safe Haven.

Depending who you ask, this might just be the best horror-gore book in Malaysia in recent years. Kudos to IFI!
1 review
September 12, 2024
I truly didn't know what to expect in this book after reading the first book but damn. Had to throw the book kat dinding after i finished reading to cope.

First of all, the gore and the horror aspect in this book is good, definitely lagi hebat dari buku pertama. I also got emotional reading this. Sometimes I need to put the book down bc of how insane it is. I also like that the author is able to write the characters' emotions so well. Because of that I couldn't hate anyone in this book although tak semua baik. Also banyak jugak unsur agama in this book, and Ismi Fa Ismail tak buat characters dia overly religious or not religious at all which i love. Memang tunjuk sifat manusia la, ykwim.

I would absolutely rate this a 5 but i'm kinda pissed at the fact that the author tak bagitau in details about what actually happened to the guys that got killed by ummu rangda and buried at the kubur terapung. And the ending? What do you mean Adam knows selama ni dia kene manipulate tapi dia tak bother pun to buat anything although he knows he can! Pastu i tak suka betul setiap kali the author feels like they need to mention abt sex. Like??? Just leave Danish and his sex life alone hello?? I don't feel like the part where Danish got SA'd was necessary either. It's just my opinion though🤷‍♂️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books260 followers
February 17, 2025
Jelik 2 lebih kepada rasa melancholy di hujungnya.

Trend Ismi memang suka menampilkan innocent characters & konflik yg besar dari sudut spiritual. I like it, cuma I wish the ending is more ‘grand’. Atau, adakah apa yang terjadi pada Adam di ending akan dikupas dalam buku ketiga (harap ada!)

Would very much like kalau Jelik 3 lebih mengambil angle supernatural horror, macam Trilogy Seruan - her masterpiece
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
December 8, 2024
Satu je nak tanya. Buku ni ada sambungan ke tak? Haha.

Kematian demi kematian, konflik sana sini membuatkan cerita ni menarik dan buat aku senang nak selak muka seterusnya.

Berbalik pada soalan tadi. Ada sambungan tak?
Profile Image for rg Qirin.
34 reviews
December 29, 2025
JELIK:2
oleh Ismi Fa Ismail
dari Buku Fixi

"Selalunya, untuk meleraikan sebarang kekusutan, kita kena kembali ke pucuk pangkalnya."

JELIK & JELIK:2 keduanya mengisahkan sepasang kembar, Adam dan Muhammad, yang sejak dari sebelum penciptaan mereka, berlaku pelbagai peristiwa.

Aku dah baca Jangan Baca Kombo Ni, aku dah baca Jangan Baca Kombo Ni 2, aku dah baca Yang Ke-7, Yang Ke-7: The Untold Story pun aku dah baca. Then, aku baca Tragedi. And now aku dah habis baca Jelik & Jelik:2. Bila fikir balik, Ismi Fa Ismail ni, aku perasan, dia suka menyentuh isu sensitif masyarakat. Yang paling ketara, pasal BL. (tahu kan BL tu apa? tak tahu search sendiri)

Tapi cara dia kupas isu tu, bukan macam selalu kita dengar. IFI bagi satu sudut pandang lain dalam melihat perkara tersebut yang buat kita fikir, these things is not so bad actually. But then again, what's wrong, will still be wrong.

Storywise, dilogi Jelik, bawak kita ke satu dunia yang menarik. Kisah dewa purba yang dah hidup beribu tahun disulamkan dalam hidup moden sekarang. Penceritaan yang jelas disusun dari mana, bagaimana dan kenapa setiap sesuatu itu berlaku. Dari awal cerita tentang bagaimana wujudnya Kubur Terapung, perkaitannya dengan Ummu Rangda, lalu penceritaan tentang hidup Adam dan Muhammad, Malina dan Arshad, Dorothy, Raif, Danish dan Bunga serta Ustaz Halim dan Ustazah Huda, juga Malec. Semuanya cantik dikupas satu-satu.

Even menuju ke mukasurat terakhir pun, aku masih tak dapat fikir macam mana IFI nak tamatkan cerita ni. Tak boleh teka. Tak mampu jangka. Dan sejujurnya, ending dilogi ni bukan satu penamat pun. Tapi tetap kita diberi closure yang perlu.

Dia kan, memang akan ada satu rasa lega tau bila habis baca siri IFI ni. Baik heptalogi Jangan Baca Novel Ni, baik dilogi Jelik ini. Tragedi pun pengakhiran nya memberi nafas lega. Mungkin cara ini memang cara IFI menulis.

All in all, tahniah Ismi Fa Ismail untuk Jelik dan Jelik:2. Saya enjoy membaca karya-karya awak.

Untuk korang, Dilogi Jelik ni bukan untuk buat kau seronok — dia untuk buat kau tak selesa, lepas tu fikir.

(tapi seriusla, watdehek laa Adam. takleh ke leklok sikit perangai? aku still boleh bayang kot kau makan muntah tu. belum kira benda lain lagi yang kau makan. tu part makan lah. part lain. eish. Jelik.)
Profile Image for Dhia Yana.
133 reviews
December 24, 2025
I give this 3.5 ⭐. Honestly I memang suka karya Ismi fa Ismail and Jelik 1 is good actually. But this one, the plot is okay and I like it sebab nak tau kenapa Adam buat macam tu and all. But I ick gila dengan certain content in this book. Like part Bunga talk with Danish?!!!! And Malec and Danish scene???!! Why must on sejadah tho 😭. I want to give this 4 ⭐ actually but because of this icks, therefore I give 3.5 ⭐.
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
July 26, 2025
**✮What I liked:**

Kredit harus diberikan kepada Ismi Fa Ismail kerana dia memang mahir menulis kisah disturbing. Elemen gore dalam Jelik 2 sangat mengerikan— memang sesuai dengan tajuknya. Jijik, ganas dan menyakitkan jiwa, tapi itu yang membuatkan buku ini menonjol.

Satu lagi kekuatan ialah world-building, terutamanya idea Kubur Terapung—sangat original, seakan mitos purba yang tidak mampu dijelaskan dengan logik atau kuasa manusia. Elemen fantasu ini membuatkan naskah ini ada identiti yang kukuh.

Tema twin-bonding antara Adam dan Muhammad juga sangat kuat. Dari awal sehingga akhir, walau apapun konflik yang berlaku, hakikat bahawa mereka adalah ‘jiwa yang saling berkait’ tetap kekal. Sedikit emosi dalam kisah yang twisted ini.

**✮What Felt Off:**

Kenapa 3 bintang? Walaupun dikategorikan sebagai sekuel, Jelik 2 lebih banyak berfungsi sebagai prekuel—terlalu banyak masa dihabiskan untuk mengimbas kembali kisah silam Adam dan Muhammad. Ini menyebabkan momentum cerita terasa perlahan dan tidak mengukuhkan naratif utama.

Dan sejujurnya, walaupun penulisannya solid tapi terasa seperti membazirkan kertas kerana ada banyak bab yang tidak membawa nilai naratif:

1. Isu seksualiti Danish

Aku cuba fikir lebih dalam, tapi tak ada sebarang kepentingan pun dia sebagai seorang homoseksual. Ingatkan isu ini berhenti di novel pertama, tapi sambung pula di novel kedua dengan kemunculan Uncle Malec. Sebenarnya ia tidak membawa kesan kepada plot utama.
Pengaitan isu homoseksual dengan agama terasa dangkal dan dibuat-buat. Nampak seperti penulis ingin menyesuaikan karya dengan trend global yang semakin normalisasikan tema LGBT. Tapi jika tidak memberi apa-apa makna dalam jalan cerita, sekali lagi hanya pembaziran kertas.

1. Potensi Adam?

Buku ini heboh menyebut Adam sebagai ‘The Sovereign, Anak kepada Agrat dan Asmodeus’, tapi tiada satu pun adegan yang benar-benar menunjukkan kekuatan atau kemunculan makhluk tersebut. Semua hanya diceritakan & hanya omongan kosong.

1. Pengakhiran yang mengecewakan

Serius, Fixi? Ini 2025 — kita sudah penat dengan *cliffhanger yang tergantung tanpa arah*. Pembaca mahukan penutup yang memberi rasa puas, bukan pengakhiran kabur yang menimbulkan lebih banyak persoalan. Lihat saja di Goodreads — ramai yang menyuarakan rasa kecewa terhadap ending ini. Cliffhanger bukan lagi gimmick yang menarik, tapi menjengkelkan jika tidak ditulis dengan baik.

**♡ Final Thoughts ♡**

Jelik 2 memang lebih jijik dari yang pertama. Tetapi, terlalu banyak bab yang tidak perlu, subplot yang tidak ke mana, dan pengakhiran yang lemah telah menenggelamkan potensi penuh novel ini.

Ismi Fa Ismail, I will definitely read your writing. Hoping for the best work from you in the future.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz Rais.
28 reviews
January 14, 2025
"Adam cintakan Muhammad"

Kalau Jelik 1 menceritakan macam mana Adam usaha untuk menjadi manusia jelik, Jelik 2 lebih kepada cara Muhammad dan watak yang lain untuk "menyembuhkan Adam". Novel Jelik 2 bagi saya hampir sempurna penceritaan nya, perkembangan watak, gaya bahasa, plot, emosi semua cukup lengkap.

Pros:

1. Watak sampingan yang kuat. Kebanyakan novel, watak sampingan hanya untuk menambah dialog dan perkembangan watak. Tapi watak Danish & Bunga sangatlah akrab dan kuat. Adam & Muhammad sedikit tenggelam dengan watak Danish & Bunga tapi tidak lah completely loss.

2. No plothole. Setiap plot, setiap muka surat diisi dengan plot dan jalan cerita yang penting. Sekali pun tak ada rasa nak skip walau satu perkataan. Dari plot ke plot, diisi dengan point yang penting dan sealur dengan jalan cerita.

3. Emosi yang sampai. Gaya bahasa yang kena dengan jalan cerita dan sangat matang. Emosi yang dikeluarkan oleh watak watak masuk ke hati pembaca dan bukan sekadar ditulis. Emosi celaru dari Muhammad, sedih dari Danish, penyesalan dari Arsyad, ketenangan dari Malina, nafsu dari Malec dan geram dari Bunga. Semuanya diolah dengan sempurna.

Cons

1. Ketewasan Ummi terlampau mudah, singkat dan kurang seksa jika dibanding dengan perilaku yang Ummi telah lakukan. Lebih berharap jika penulis hurai satu persatu seksa yang Ummi hadapi semasa Ummi tewas.

2. Bukan cons tapi lebih kepada, mungkin ada pembaca yang mengharapkan plot twist. Plot twist wujud tapi tidak lah terlalu menonjol. Tak semua novel perlu ada plot twist, Jelik 2 salah satunya. Walaupun kurang dengan plot twist, tetapi penceritaanya menarik dan tersusun satu per satu.

3. Again, bukan cons tapi mungkin ada pembaca yang mengharapkan adegan 18x dari novel ini terutama antara Adam & Muhammad (incest) dan Danish & Malec (gay). Malangnya (sesetengah orang mungkin - nasib baik) tidak ada sama sekali.
1 review
June 16, 2024
Shout out to kak Ismi, sebab berjaya hasilkan karya terbaru jelik : 2 yang ditunggu ii 🤩 .
Kalau buku pertama, saya rate 5, yang kedua hanya 4 . Ini sekadar pendapat :

- Jelik 2 ni menceritakan kronologi kelahiran Adam & Muhammad dengan lebih detail .
- Banyak nilai keinsafan disematkan dalam karya terbaru ni dan sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati saya, terutamanya babak ii yg melibatkan watak seperti Danish dan Bunga .
- Watak Danish ni menarik, sentiasa terselamat daripada maut atas pertolongan Tuhan. even dia melanggar fitrah yg ditetapkan Tuhan, tapi dia tetap laksanakan suruhan wajib a.k.a 5 hari sekali, bertaubat & dalam keadaan macam mana pun, rasa takut mati dia akan lenyap bila dia berdoa & percaya Allah akan tolong dia, ini aku suka. rasa cinta terhadap sesama jantina, cuma terbuku dalam hati . tak dinafikan ( untuk umat Islam tak boleh dijadikan contoh ya, Allah larang sekeras-kerasnya sesama jantina ).
- As an avid reader of this genre, gores dalam buku ni, biasa je kalau dibandingkan dengan Jelik pertama .
- Saya tak pasti, tapi ending macam agak rushing, yg membuatkan saya tertanya ii, "Adam ni biar betul sanggup mati macam tu je, sebab dia dapat terima diri dia half human and half demon, jadi dia sanggup reincarnated semula as demon ?" melainkan penulis bercadang nak buat jelik 3 . ending tiada tulis tamat, tiada tulis bersambung, cliff hanger .
- A certain part was confusing, macam tujuan kebangkitan sang putera, agrat bat mahlat, kenapa Dorrothy kena bunuh dengan 'anjing' tu ( tekaan saya memandangkan dia mati dalam keadaan mayatnya banyak kesan gigitan )
- Dari segi storyline, menarik, cuma mendatar, tidak seseru jelik pertama
- Semoga terus berkarya dan keluarkan buku ii yg berkualiti sis, you're one of my favourite Fixi authors (^_^) .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zulfaqar Suhaimi.
14 reviews
September 19, 2025
Buku first dah cantik dah. Masuk buku kedua terus banyak flashback. Personally baik jadikan as prequel rather than a sequel. Depiction as the 'Putera yang dinantikan' tidak laa terlalu menakutkan. dan tak banyak pulak jalan cerita from Adam's side. Hanya beberapa kebolehan dia je yg ditunjukkan. Hmmm final decision Bunga sangat tidak mencerminkan diri dia sendiri. Macam dia karakter lain. Aku tak kisah isu sesama jenis ni tapi sangat tak kena dengan prinsip Danish. At the end, Ustaz Halim punya ilmu/buku surah only digunakan sebagai pelindung kecil sahaja. Tak ada impak yang besar. Muhammad yang dikatakan sebagai cahaya, sampai ke sudah tenggelam dalam kegelapan. Setup yang agak sia-sia bagi aku. Even ada buku seterusnya pun, tak ada hint langsung Ahmad akan ke arah yang lebih baik.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
July 31, 2025
56/2025

-Jelik:2
-Ismi Fa Ismail

Wow! Sebuah karya yang bagi saya berjaya memberi nyawa pada setiap adegan yang ditulis. Serasa kita sendiri seperti berhadapan dengan kejelikan Ummu Ragda dan Adam. Sungguh, janganlah membaca karya ini ketika malam menjelang. Risau nanti ada yang menjadi peneman ketika membacanya.

Merupakan kesinambungan yang bagi saya berjaya daripada penulis. Setiap ayat yang ditulis membuatkan saya tidak senang duduk terutama pada babak Syed dan remaja yang ketika itu menunaikan solat jemaah. Itulah babak yang paling tidak dapat dijangka walaupun sebenarnya semua babak kematian tidak terjangka. Tahniah buat Ismi Fa Ismail untuk karya ini.
Profile Image for Azril Noor.
316 reviews5 followers
October 23, 2025
Membaca Jelik:2 mengingatkan aku dengan buku-buku terbitan awal Buku Fixi. Satu pembacaan yang agak liar, unfiltered dan diluar minda. Adakah itu penyebab buku ini dalam pantauan? Dan adakah itu juga penyebab buku ini ada amaran cetus khas dihalaman depan? Tidak diragui, buku ini hanya sah untuk pembaca matang sahaja. Membaca karya Ismi Fa Ismail dah melatih aku untuk bersedia dengan segala kemungkinan gila yang akan berlaku. Yup, memang tersangat gila seperti diduga. Sambungan terus mengenai Adam yang sedang cuba menyelesaikan lima kejelikan. Aku mengharapkan masih ada lagi sambungannya sebab jujur aku tak puas hati dengan pengakhirannya.
Profile Image for addams.
3 reviews
August 3, 2024
i honestly tak bole expect what the ending would be sbb cite ni da terlampau fucked up but somehow the author still managed to make a perfect end to this story. jelik 2 is still as disturbing as this one definitely is wayyy sadder. I CRIED MANY TIMES i really love how the author describe every scene especially during those emotional scenes mmg smpai ke hati storytelling dia 🥹 tapi the very end part of the story tu cam merepek sikit 😭 overall best and id definitely miss the feelings ive felt throughout this series reading 💖
Profile Image for Atiqah Ahmad.
210 reviews2 followers
August 11, 2024
Ending nya tak seperti yang ku bayangkan, but i totally get it. It has to be that way.

Bagi aku, sequel ni less disturbing than the first book, but it still got values that will make you speechless. Penulisan author ni betul² di luar akal kewarasan, so element of shock and 'tak habis fikir' tu dapat. Itu antara jati diri dan keunikan penulis ni.

Tak perlu cakap banyak, aku dah ada next list of books untuk dibaca from this author. Penulisan yang kemas, very minimal error. Minus 1 ⭐ sebab ada scene² yang aku geli and takleh nak hadam, walaupun aku dah cuba buka minda aku seluas-luasnya. Yang baca je tau, peace.
Profile Image for ohriyeo.
45 reviews
August 30, 2024
ISMI FA ISMAIL!!! BUKU APA KAU TULIS NI??? SEBAB AKU ENJOY GILA!!!!

another different approach from ismi, tapi vibe seram tu masih ada. tetapi, dalam sambungan kedua ini, ada selit rasa sedih kerana ramai yang terkorban.

jujurnya, aku tak puas hati dengan kesudahan cerita ini. apa terjadi kepada adam? dia terlepas ke? bagaimana pula dengan ahmad? dia mati ke? ending dia agak tergantung. i know this is a duology but ismi, if possible, why don't you make it as trilogy?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syukri.
162 reviews9 followers
August 30, 2024
Mungkin tinggi sangat expectation untuk novel ni disebabkan buku pertama terlalu best, so bila tak sama level dengan yang pertama tu jadi tak berapa nak best sangat. Aku harap semua konflik ada penyelesaian yang aku nak tapi sayangnya tak.

Profile Image for Stnr Zulaika.
1 review
August 29, 2025
Less than 24 hrs I’ve finished this book. The sequel less “Jelik” berbanding dengan buku first tu memang gore gila, mind blown, disturbing and insane. Apa yang i dapat simpulkan buku kedua ni dia banyak main dengan perasaan sampai I menangis lah.

Tapi, rasa macam tak lengkap, sebab kenapa author taknak cerita yang Ummu Rangda tu bunuh 32 lelaki masa Tragedi Teruna tu? What’s the story behind it?

And rasa euww sikit dengan relationship Danish dengan Malec tu.

Overall 4.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
September 2, 2025
Buku ni sumpah geli cara adam tu nk jadi setan likee wth ko kena minum ni makan ni tf?? Astu id like the g@y part sbb mcm the gap so jauh kot mcm pakcik ngan ank buah astu last ii couple open mcm eughh.. and ahmad pun mcm bengong still terima adam tu sebagai abang dia like what? Dia dh buat mcm ii kat ko,ko still syg dia ummm if that was me i will leave the house as soon as possible.. ngan ummi nya cm apa ..but overall best je but kind slow sikit yg ni berbanding yg 1
Profile Image for Syaizan Jasni.
18 reviews10 followers
June 8, 2024
Kenapa ending dia macam tu?

Jelik 2 best sebab dua membantu kita faham apa yamg tak dapat difahami dari buku 1. Penceritaan dia bagus. Ada jalan cerita tapi ending dia sangat tak memuaskan. So are they immortals ke apa? Apa ni?? Tapi suka buku ni. Kurang satu bintang sebab ending dia je. Tergantung.
Profile Image for Sofea Edrina.
29 reviews
June 10, 2024
Actual rating: 4.5 stars.

In my opinion, Jelik lagi best! Tapi Jelik:2 ni banyak menjawab persoalan yang tak dijawap dalam Jelik. So far best! All the gores pun cantik je disusun.

Cuma.... ending dia je tergantung kot for me. Could be written better but Kak Ismi memang best sangat semua bukunya!
This entire review has been hidden because of spoilers.
8 reviews
January 19, 2025
Macam novel Jelik sebelum ni, gore scene still ada dalam novel yang kedua. Tapi aku rasa gore scene and the creepy part tu tenggelam dek scene-scene emosi yang babitkan orang-orang sekeliling Ahmad.

Penulis menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam novel Jelik pertama. Cuma personally, aku kurang gemar part Danish and Malec dalam buku ni.

4 bintang dari aku.
Profile Image for Farah Nisa.
112 reviews1 follower
August 8, 2025
best tapi tak boleh lawan dengan jelik 1 la. kenapa aku suka je dengan ending dia? ramai review cakap tak best ending tapi aku puas hati dengan ending 😋

yang tak puas hatinya kenapa ramai sangat mati?? semua watak nak dimatikan eeeee paling kesian dekat Muhammad. dah macam mangsa keadaan. dia dah takde sapa2 😢😢

scene malec dan danish sangattlahh tak penting, takyah ada pon takpe
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Kaseh.
19 reviews
August 16, 2025
Sambung baca sebab nak tahu ending je. Banyak sangat adegan gore yang extreme. Hati aku tak cukup kental nak baca, aku skip babak-babak tu. baca sekadar nak faham cerita je.

Ending dia sedikit touching. Tapi aku sedih sebab kesian watak-watak tak berdosa yang menjadi mangsa korban dalam cerita ni.

Nak suggest pada orang? Nope! absolutely nope!
Profile Image for Farah.
48 reviews
June 8, 2024
Best lagi book 1 dari book 2. Book 2 ni lebih kepada menjawab semua persoalan dan kurang shocking elements daripada book 1. Nak highlight saya suka sangat babak solat depan kubur tu sebab sangat mendebarkan. Ending buku saya masih confuse ye tapi siri Jelik ni best!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Afifi et al..
8 reviews
July 14, 2024
Damn, IFI memang menulis lain dari yang lain. Tapi jelik 2 bagi saya tak disturbing macam jelik 1. Tapi (lah tapi lagi) certain scene dalam buku ni memang luar dari jangkaan manusia waras. Buku-buku IFI tak pernah mengecewakan. Sila baca ye. :)

P/s: Kepada IFI sila tulis buku lagi. Thanks
19 reviews
August 6, 2024
Sy ambik masa lama untuk baca buku ni sebab taknak sakit hati, tak nak rasa loya geli tu. Emmmm sangat menakutkan. Yg sekumpulan budak kampung solat tu. Wurrrghhh! Buku ni sampai buat saya mimpi buruk. Kalau buat jelik 3 jelik 4 jelik 5 sy sanggup baca. Haha
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.