Pertemuan dengan Alamin yang memperkenalkan diri sebagai seorang jurnalis, membuka ruang untuk Zairi mengenang kembali kisah hidupnya di kampung. Termasuklah kisah ketika dia mula-mula bertemu dengan pujaan hatinya, Maisara, si gadis bandar yang berpindah ke kampung itu.
Siapa sangka, di sebalik kecantikan Maisara, tersimpan rahsia yang akan mengganggu hidup mereka satu ketika nanti. Kehebatan Zairi dalam ilmu silat Cekak Hanafi turut mengakibatkan dia menjadi sasaran beberapa orang pengamal ilmu hitam.
Kali ini, mampukah Zairi melindungi diri dan insan-insan tersayangnya daripada gangguan sihir dan makhluk halus?
Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band.
Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book.
Antara buku yang ditulis Khairi Mohd:
- Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni - Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni - Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni - semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine. - Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi
Ada sejenis kuasa pada penulisan Tuan Khairi yang menyebabkan aku sentiasa kagum dengan novel seram dia, tak kisahlah Telaga atau Amuk, pantas imaginasi aku dibawa ke suasana Kampung Pasir Pekan, menyelusuri segenap pelusuk hutan, sungai, rumah dan kejadian yang menimpa Ayie dan orang - orang sekeliling dia, sepertinya aku pernah ke situ. Disebabkan Telaga, aku dah jadi sangat familiar dengan tempat, watak dan kejadian yang pernah wujud dan terjadi. So tak susah untuk aku bina balik worldbuilding yang pernah aku ukir di kotak pemikiran dulu, menjadikan bacaan aku sangat lancar dan mudah menghayati Amuk.
Amuk kali ni bagi aku sedikit kurang seram berbanding Telaga. Namun ia merungkai lebih banyak misteri berkaitan sihir, saka dan puaka selain jin, malah dengan lebih detail. Berlainan dengan Telaga, naratif Amuk dirasakan lebih serious dan perinci disebabkan Ayie sudahpun dewasa, dia membawa kita mengimbau kisah misteri yang dilandanya menerusi seorang jurnalis yang bernama Alamin.
Plot twist dalam Amuk susah dijangka. Ini plus point Amuk. Siapa sangka disebalik kecantikan Maisara, si buah hati Ayie yang berasal dari bandar ni tersimpan rahsia besar yang boleh menhancurkan Ayie. Kesian Ayie, dari kecil sampai dewasa macam - macam dugaan dia bergelumang dengan pelbagai insiden dan makhluk misteri, bercinta pun… haih. Sungguh, kesian sebab banyak kali juga dia hampir tumpas.
Aku appreciate naskah Amuk kali ni membuka rahsia seni silat cekak hanafi yang banyak kali aku dengar tapi tak sempat mendalami, dan canggahannya dengan ilmu hitam. Dan aku rasa disebalik usaha untuk menghasilkan naskah seram yang berkualiti, Tuan Khairi cuba nasihatkan kita melalui naskah ini yakni pemujaan terhadap jin dan syaitan akhirnya akan membawa kepada kesesatan.
Ini adalah 1 lagi novel seram bertaraf epik by Tuan Khairi. Gaya bahasa Tuan Khairi sentiasa straight to the point, impactful dan adakalanya bikin emosi. Watak utama dan sampingan dalam naskah ini digarap dengan baik sesuai dengan peranan watak masing - masing. Nuasa horror tak try hard, fast pace dan bersahaja menjadikan ia sebuah fixi seram yang highly recommended.
Lepas baca TELAGA memang berharap ada sambungan kepada kisah Ayie pasca kejadian yang menimpa Pok Jik dan Mat Toya, tak sangka pulak naskhah ke-2 ini lebih seram sebab hal sureal dan misterinya yang berkait puaka, jin, sihir dan saka lebih perinci kali ini— menghadap hari-hari Ayie yang terbuka hijabnya sedang duduk bercerita kepada Alamin, seorang jurnalis tentang bagaimana semuanya bermula.
Beberapa babnya masih kekal berlatar tanah Kelantan dengan dialog-dialog dalam loghat negeri yang bagi perspektif realis pada jalan cerita. Subplot persahabatan (suka watak Padil!), keluarga dan drama cintanya distruktur kemas dan tak meleret. Ada hal budaya, cara hidup dan adat Melayu yang menarik— paling suka babak aksi yang selitkan seni silat dan cara penulis silangkan naratifnya dengan adegan ilmu hitam yang penuh intens. Watak Maisara bagi lebih eksposisi dan dinamik pada karakter dan plot Ayie; kadang cuak dan kadang kasihan pada Ayie dengan apa yang dia kena hadap sampai tewas jugaklah dia beberapa bab.
Tak sangka twist jalan ceritanya agak berat— ada berkait hal psikologi juga trauma, dari hal saka, ceritera dengki dan sihir sehingga plot kembali semula ke latar awal di hospital, AMUK memang banyak bagi pengajaran terutama berkait moraliti, sikap individu juga kesedaran tentang hal syirik atau salahguna ‘ilmu’. Karakter-karakter sampingannya digarap bagus (suka kontra antara watak Tok Kadir dan Lebai Kosim juga watak Vigram dan Vin yang berlainan bangsa), horornya sedap dibaca walaupun ada sisi gerun dan bab akhirnya macam ada banyak lagi hal tertangguh di Kampung Pasir Pekan untuk Ayie hadap. Harap ada sambungan!
Ini contoh penulisan seram yang tak memaksa-maksa. Kisah seram yang disampaikan penulis effortless. Bersahaja. Tak try hard. Watak utamanya, Ayie tenang dalam gelora. Atau gelora dalam tenang? Aku suka latar dalam Amuk kerana ia dekat dengan budaya kita - saka, jin, dukun, silat. Jadi dapat feel keadaan dalam cerita ini.
Dan satu lagi sebab aku suka naskhah ini, kau rasa kau dah faham alur ceritanya, tapi tiba-tiba ada kejutan. Baru nak tenang, eh, ada kejutan (baca: plot twist) lagi. 4-5 kejutan jugalah. Kau tak perasan kehadiran kejutan tu, sebab macam aku kata, seramnya bersahaja. Tiba-tiba saja melompat keluar segala seram dan kejutan itu.
Perasaan baca Amuk ni sama macam baca Telaga dulu. Atau mungkin lebih? Cerita paranormal pun boleh bikin air mata menetes. Dengan plot twist yang padu dan syahdu.
Tak ada dakwa-dakwi, bintang penuh untuk naskhah ini.
Buku ni banyak buat aku berfikir. Awal pembacaan, rasa aneh juga. Penulisannya kebudak-budakan. Terfikir juga sama ada buku ini ditulis oleh penulis yang sama dengan Telaga. Seingat aku, walaupun ada beberapa isu, buku Telaga tu boleh tahan juga ceritanya. Tetapi untuk Amuk, seandainya diletakkan di Wattpad sebagai fiksyen peminat dengan nama pena lain, tak susah nak percaya. Ah, sudah. Aku pun dah mula ragu-ragu dengan rating sendiri untuk buku Telaga.
Sebagai sekuel Telaga, Amuk tidak membawa semangat penceritaan yang sama seperti Telaga. Babnya banyak pendek-pendek. Plotnya banyak imbas kembali. Babak-babak imbas kembali tentang pertemuan dengan makhluk halus yang kemudiannya membawa kepada hujah-hujah untuk merasionalkan kejadian yang berlaku dengan sains dan logik. Punyalah banyak imbas kembalinya sampai buat aku terfikir lagi. Dah macam buku kompilasi pengalaman-pengalaman seram pun ada juga. Selain itu, jalan ceritanya juga mengingatkan aku kepada filem M. Night Shyamalan, Glass. Jadi, sedikit sebanyak dah boleh jangka arah tuju cerita. Selain itu, ada rujukan sikit dengan frasa Tony Stark atau Iron Man dalam filem Avengers. Ala, yang I Love You 3000 tu. Dah nak dekat 3000 kali jugalah aku perasan cerita lain kitar semula frasa tu. Kalau aku nak melebih-lebihlah.
Semakin mendalam cerita, semakin cepat juga aku nak keluar dari dunia Amuk ni. Sebab semakin lama semakin banyak juga babak manja-manja, gedik-gedik dan geli-geli. Buat aku terfikir sekali lagi. Dah macam cerita yang melambak sewaktu mula-mula kegiatan penerbitan buku penerbit alternatif meletup pula. Teringat juga masa mula-mula tengok kulit buku ni. Aik, lain macam. Dah macam kulit buku romantik Harlequin pun ada. Dan bila terserempak dengan babak-babak sebegitu barulah faham. Padanlah kulit bukunya macam tu.
Ayie yang kini sudah menginjak dewasa lebih matang dalam memahami dunia yang tidak kelihatan di mata orang lain. Namun ujian yang menimpanya juga adalah lebih besar dan berat.
Kisah dalam ini adalah kumpulan kisah-kisah zaman kecil dan remaja Ayie yang diceritakan kepada Alamin seorang lelaki yang mengaku wartawan majalah seram. Banyak babak imbas balik yang akan berlaku dalam naskah ini.
SH tetap kasihan dengan nasib Ayie dan segala ujian dan cubaan yang diharunginya. Dan sesungguhnya syaitan itu tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan umat manusia. Begitulah juga cubaan demi cubaan dilakukan agar Ayie tunduk menyerah kepada bisikan sesat yang hadir.
Cerita sambungan Telaga ini lebih rumit dan berpusing. Perlu diteliti untuk lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku pada Ayie.
mcm biasa penulisan khairi mohd jarang mengecewakan. sepatutnya semua pnulis novel seram kene jadikan karya khairi ni sebgai guideline sbb penulisan seram penulis memang terasa seram yg ori dan tidak memaksa. yg penting tak klise mcm novel2 seram yang lain. tak perlu kene ade scene ust2 baca quran nk fight setan , tak perlu scene2 seram yg cliche mcm dlm movie hollowood yada yada. cuma aq tak bagi full star sbb rse x logik bile si ayie ni sllu dok ''maksiat' dgn mai and fariza tapi still boleh attck setan guna ayt quran. wth? hahahaha
Kali ini kita dibawa menyelusuri apa yang dilalui oleh Zairi melalui penceritaannya kepada Alamin.. Awalnya penceritaan Zairi nampak macam biasa-biasa sahaja tapi hampir ke penamat, ada sesuatu yang mengejutkan terjadi.. Zairi seolah-olah terperangkap antara dua dunia walaupun Zairi tahu kebenarannya namun emosi lebih menguasai dirinya..
Amuk - sambungan novel Telaga karya Khairi Mohd pada kali ini membawa pembaca menelusuri kisah cinta Zairi dan Maisara serta segala hal aneh dan berpuaka yang berlaku di sekitar mereka.
Maisara mempunyai rahsia tersendiri, yang apabila dia dedahkan kepada Zairi, semakin mengganggu kesejahteraan mereka berdua. Tanpa sedar, ada yang cuba menghantar gangguan sihir dan makhlus halus.
Sepanjang pembacaan, Amuk tidaklah seseram Telaga. Tapi saya menyukainya. Saya masih boleh membacanya tanpa ragu walaupun berseorangan. Emosi keseluruhan yang terlakar dalam Amuk tidak sedalam Telaga. Namun, emosi percintaan Zairi dan Maisara begitu mengesankan. Dalam segala kerasukan dan mistik yang bertandang, cinta mereka tetap hadir dan menyatu.
Plot twist yang disajikan nyata menambah sedih pada watak-watak berkenaan. Ada satu hal yang Zairi lakukan yang sungguh tidak aku sangka. Demi cinta, Zairi memilih jalan tersebut.
Peleraian cerita membawa pengajaran yang begitu berharga akan buruknya akibat mengamalkan ilmu hitam walau sebab apa sekalipun. Jika rindu, tadahlah tangan dan berdoa supaya orang yang kita fikirkan atau cintai sentiasa dalam rahmat Tuhan.
fuhh lega abis baca buku ini sebab terpaksa struggle nak catch up nak faham bahasa kelate dia haha tapi best banyak betul bahasa kelate sy belajar dalam buku ini, pasni boleh la kecek kelate siked siked hahaa buku ini so far okey start dari ceta ayie masa kecik sampai besar. Tapi sampai tengah buku ini adoimakkk plot twist dia tu betul betul x sangkaaaaaaa !! sy terkesimaaaaaaa and sy pun ikut tertipu huhuu pandai penulis gula-gulakan sy. Seriously, plot twist dia buat tercengang gilaaaaa huhuu nasib last-last happy ending for Ayie tapi sy still rasa sedih for him. Ekceli sy skip belum baca Telaga , terus jump baca Amuk. Pasni baru nak baca Telaga pla sebab x tahan nak baca buku amuk punya pasal tu la terpaksa derhaka timeline buku hahaha ending buku ini macam mengundang sambungan for Ayie dan Fariza kan kan ? harap ada sambungan laaa sebab x puas pla baca kisah mereka berdua haha
Novel ke 4 penulis yang aku baca. Seriously, banyak yang aku belajar dari penulisan Tuan Khairi ni. Entah apa ramuan sampai buat aku dapat rasa kesedapan untuk lahap setiap satu patah kata yang ada.
Telaga dah best, Amuk dua kali best. Sekental Ayie pun boleh dapat ujian dahsyat.
Nampak gaya macam ada lagi sambungan ni. Kalau ada roger2.
Tiga hari pembacaan, ni pun sebab baca lambat-lambat sebab sayang nak habiskan. After reading Telaga; his previous book which was my best read last year, I was very anticipated to read its sequel. Masih segar dalam ingatanku perasaan semasa membaca Telaga; seram, sedih, kelakar, riang dan hiraeth—longing for tempat / memori yang dah tak wujud lagi.
Sama seperti Amuk, aku dapat rasakan feeling tu balik. Walaupun mungkin ada lacking sebab sebab berbeza dengan Telaga, penceritaan Amuk lebih dewasa dan banyak flashback. Dia macam romantic horror gitu sebab main character, Ayie ni dah dewasa dan bercinta.
Dalam Amuk, kupasan tentang jin, iblis, saka dan sihir adalah lebih mendalam sebab Ayie dah besar kan. Aku dah bertahun-tahun baca buku dan novel, dan Ayie ni antara character yang aku jatuh cinta. Perfect but imperfect. Strong but fragile. Penat tau sebab dia asyik diuji. Bercinta pun diuji, sampai kena melibatkan nyawa. Kesian Ayie ☹️
Plot twist dalam Amuk jahat ye, sama jahat dengan plot twist Telaga. Tapi ending tu aku suka. Kalau sesebuah buku tu berjaya membuatkan aku menangis, buku tu auto menempah 4.5 atau 5 bintang.
Dan yes, meleleh ye air mata baca novel ni. Mungkin nangis tak seteruk bila baca Telaga, tapi still sedih wei bila melibatkan nyawa yang kita sayang dan terpaksa berdamai dengan takdir selepas bertahun-tahun kita hilang diri sendiri.
Solid 5 ⭐️ Lepas habis baca pun masih meleleh air mata. Aduh macam mana nak move on ni ☹️
Fuh nangis jugak la baca buku ni. Anyways tak expect pun Zairi jadi macam tu, terpedaya jugak la. For me,cerita ni best sangat,penceritaan sgt la smooth mcm cerita pengalaman sendiri.Lepastu seronok jugak psl KgPekan dekat Kelantan sbb walaupun sy ore Klate tk familliar sgt dgn area tu. Pengajarannya jin syaitan membawa kpd kesesatan. Tp power jugak Zairi dlm bab kerja dia walaupun dlm keadaan macam tu. Lepas tu kan ada sambungan ke... ending dia mcm ada benda tak settle lagi
This entire review has been hidden because of spoilers.
What a brilliant sequel to start with. Cuma kalau nak buat comparation, aku lebih suka elemen seram dalam Telaga yang bagi aku lebih jujur dan 'naive'. Elemen seram dalam Amuk lebih complicated dan berat, sakit otak jugak aku dibuatnya, hence minus 0.5 ⭐. Yelah POV kanak² dan lelaki dewasa pastinya tak sama. Aku sangat terhibur dengan keletah Ayie dengan Pok Jik dan Mat Toya.
But overall, aku suka kedua-duanya. Penulisan dan pemikiran author ni sangat deep bagi aku, kudos!
✮ What I Liked: This time around, I can confidently say Khairi Mohd has leveled up — especially in terms of plot structure. Amuk is a solid sequel to Telaga, and in many ways, even stronger. While the horror elements are fewer, the execution is sharper, more controlled, and incredibly effective.
Interestingly, Amuk can also stand on its own — you don’t need to read Telaga first. There are no direct callbacks or references to the previous book, which makes this feel like a fresh story in the same eerie universe.
✮ The Twist That Got Me: I was fooled. Completely. As I reached the end, I was overcome with a sense of somberness and grief. What happened to Ayie was too much to bear — a character surrounded by death, loss, and tragedy. It left a weight in my chest, which means the emotional payoff worked.
✮ What Felt Off: I have to be honest — the inclusion of intimate scenes like kissing or touching felt unnecessary. They didn’t add to the story or character development, and they pulled me out of the haunting tone that the book had established so well.
👻 The Horror Element: While this isn’t a full-blown horror story, the dark elements are disturbing in all the right ways. The concept of keeping a jin as a companion? That’s unhinged in the best way. Especially when you have to feed it blood every week. What a concept — creepy, original, and chillingly well-written.
♡ Final Thoughts ♡ Even though Amuk leans more into the psychological and emotional than the pure horror genre, I’m genuinely satisfied with how the plot unfolded. Khairi Mohd is improving with every book — and I’m definitely interested in picking up more of his works soon.
Keep it up, author!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau ada baca novel Telaga baru korang boleh relate dengan si Ayie ni. Sebab ni adalah sambungan kisah dia.
Dia punya twist tu sikit pun aku tak terfikir ke arah itu. Tiba-tiba je aku kena lempang dengan realiti. Tak tak bukan tak terfikir maybe aku pun macam Ayie mengharapkan kesudahan yang macam tu. 💔 Tak guna kau Zaman 😩
Tragis hidup dia tak habis-habis ye. Sesak betul rasa hati ni dengan nasib hidup si Ayie. Sedih sangat bila Ayie cakap he is so broken. 5 tahun tu bukan sekejap ye. Terseksa betul. Dah si Fariza ni pulak macam ada syndrome i can fix him 😌 laaaaah.
Ada sikit scene yang tak sesuai untuk budak-budak. Nama pun untuk pembaca matang kan. Ending macam ada hint sambungan je En Khairi. Tolong cepat sikit and next cover tu please please please pilih yang elok sedap mata memandang please 🥺
Hodoh betul lah cover buku Amuk ni. Tolonglah. Terpaksa tampal dengan kertas tutup 🤣
🫥 Aku masih lahi tak boleh terima hakikat yang Maisara tu mati!😭 Huwaaaaa sedihlahhhhhhhhh....
🫥 Okay untuk Amuk ni dia menceritakan tentang Ayie bila dah besar. Gangguan dari makhluk halus yang tak sudah² cuba untuk menguasai diri Ayie ni. Al-kisahnya, gangguan ni berlaku disebabkan kawan makan kawan. Zaman yang membantu Finaz mendapatkan Ayie akhirnya hanya membawa bala.
🫥 Penat jugaklah ikutkan si Ayie ni sebabnya bagi aku tak henti² dia kena gangguan. Banyak sangat dia perlu lawan bermula dengan pertahankan orang yang dia sayang sangat iaitu Maisara. Pulak tu, semakin nak dekat mereka mahu dirikan rumah tangga semakin banyak pula gangguan. Oh ya, gangguan tu bukan disebabkan Ayie sorang. Kisah silam Maisara juga merupakan salah satu puncanya.
🫥 Tapi, plot twist cerita ni.. sangatlah menyayat hati😭🤌 mula nak marah tau sebab weyhh apasal si Ayie ni buat camni dekat Mai! Pastu bila baca punya baca baru faham kenapa.
🫥 Next plot twist plak lagilah.. cam weyhh kenapa?! Ingatkan Mai tu masih hidup... 😭🤌 Kesiannya dekat Ayie sebab terlalu sayangkan Mai. Dia tak boleh terima hakikat sampaikan apa yang dia dah buat tu makan diri dia sendiri.
🫥 Hadirnya seorang insan bernama Fariza yang menjadi titik permulaan buat Ayie untuk kembali ke pangkal jalan.
🩵PERSONAL OPINION🩵
Sejujurnya aku masih rasa cam... Kenapa Mai mati and Fariza jadi isteri Ayie! 🤌😭 Nak nangis ahhhh huwaaa... Langsung tak expect plot twist gini huhu cedihhh😭
Tapi takpelah aku okay sikit sebab Ayie bahagia dengan orang yang boleh bahagiakan diri dia juga...🥺
Thank you penulis untuk cerita yang seram, sedih, marah dan sebagainya. Seronok sangat bila baca. Teruskan berkarya!✨
Encik Khairi berjaya buat saya rasa orang Kelantan hensem hahaha.
Kesinambungan kisah Telaga. Lepas Pok Jik & Mat Toya meninggal, Ayie teruskan hidup dia berkawan pulak dengan Padil. Padil ni pun antara watak penting la dalam kisah Amuk ni. Dalam kisah ni, banyak bercerita tentang kisah Ayie & Mai. Jangan tertipu ye dengan kisah Ayie hantar Mai bersalin dekat hospital tu. Plot twist sebenornya. Hahaha.
Cerita kalini banyak menyentuh tentang sihir. Ada juga sentuh pasal mental health. Jaga2 ya korang takut triggered sebab ada scene Ayie kelar diri dia sebab nk bg "Mai makan". Kesian Ayie, sebab tak dapat terima Mai dah takde, dia hidup dalam 2 dunia. Dunia nyata yang mana dia bekerja untuk sara diri dia & "dunia dia dan Mai" yang semacam escapism untuk Ayie nk escape dari realiti.
Dan ye, banyak plot twist dalam cerita ni. Kita ingat Omar tu meninggal sebab lemas kat sungai, rupanya bukan.Kita ingat Ayie & Mai bahagia, rupanya, ada cerita sedih yang jadi. Nak tau lebih, kena baca sendiri la. Hahah.
Saya kagum dengan cara penulis bercerita kisah Amuk ni. Semacam dari pengalaman sendiri. Details Ayie bercerita tu buat saya berfikir, ye ke benda ni pernah jadi dalam dunia nyata? Sampai macam tu sekali ke? Dan macam cerita Telaga, cerita Amuk ni beri gambaran kat kita tentang rakyat Kelantan itu bagaimana orangnya. Seronok baca dialog2 antara Ayie & Padil, Ayie, Pok Jik & Mat Toya. Rasa macam akrab sungguh. Apa yang jadi kat Kelantan tu? Ia bagi perspective yang baru buat saya.
Saya tunggu sambungan Amuk ni. Harapnya encik Khairi tak buat kita tertunggu lama-lama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baru habis baca Amuk — serius, best gila! Cover dia memang misleading sikit, tapi sebenarnya penuh maksud tersirat. Ia cuba gambarkan konflik dalaman Ayie, watak utama cerita ni. Mula-mula aku ingat cerita ni pasal kisah hidup Ayie dan “cerita dalam cerita”… rupanya bukan. Plot twist dia buat aku terdiam.
Ayie ni jenis yang ada charm — bukan manusia je tertarik, tapi syaitan, jin, saka pun nak kat dia. Tapi walau hidup dia penuh kecelaruan, simpan duit bawah katil? Peh, boleh beli Camry terus, atau kereta elektrik sebijik! Tapi yang paling aku salute, kerja dia tetap kualiti A+++, flawless.
Ini buku kedua Fixi yang aku baca. Buku pertama Asrama… hmm, sorry, aku banyak persoalkan jalan ceritanya. Tapi penulisan En. Khairi dalam Amuk ni kemas, tersusun, penuh misteri, dan plot twist dia memang berbaloi. Aku suka!
Cerita ni seram, ya. Tapi aku lebih nampak bagaimana watak Ayie berkembang — dari jahil, mula belajar ilmu, diuji dengan ilmu tu sendiri. Apa yang pasti : dia tak gila, cuma dia “broken”. Tapi kerja tetap jalan. Respek. Dont judge him diawal cerita.
Siapa yang tengah cari buku seram yang ada isi dan bukan sekadar seram-seram kosong, aku recommend Amuk. Jom baca sama-sama!
Kalau telaga kisah seram Ayie ketika zaman kanak-kanak, Amuk pulak kisah seramnya apabila sudah dewasa. Jumpa dengan Alamin yang perkenalkan diri sebagai jurnalis telah membuka banyak rahsia berkenaan dirinya. Satu per satu Ayie cerita perkara mistik yang terjadi padanya suatu tahun dahulu bersama kawan-kawan zaman kanak-kanak, remaja mahupun kekasih hatinya, Maisarah yang sebenarnya membawa kehancuran terhadap hidup Ayie.
mengikut kamus dewan amuk tu bermaksud berjuang, bertarung dan sebagainya. jadi apabila saya dapat menghabiskan naskah ni sesuailah isi dan tajuknya. kisah Zairi atau Ayie yang sanggup berjuang menumpaskan musuh yang mengganggu orang tersayang.
cumanya bagi saya amuk ni kurang seram. ceritanya lebih kepada sedih la. lagi-lagi lepas plot twist kat hospital tu. mati-mati saya ingat zairi memang tengah tunggu Maisarah bersalin rupanya huhuhu.... tertipu babe 😘
cara pengolahan Tuan Khairi Mohd dalam menulispun sangat detail seolah-olah beliau pernah alami peristiwa tersebut yang menyebabkan saya tak boleh berhenti baca.
akan ada sambungan lagi kan???? tak sabar nak bacaa!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Zairi bertemu dengan seorang journalis ketika menunggu isterinya bersalin anak pertama mereka, ketika itulah dia meluahkan segala pengalamanya hidupnya dari kecik hinggalah dia dewasa. Bagaimana dia boleh melihat benda-benda ghaib, Zairi meluahkan segalanya. Zairi turut menceritakan bagaimana ia bertemu dengan kekasih hatinya iaitu Maisarah dan bagaimana ia membantu Maisarah dalam menyelesaikan satu masalah yang telah menimpa keluarga kecil Maisarah.
Pnulisan yang baik malah ianya tidak meleret ( melewah ) walaupun ia menggunakan bahasa Kelantan tetapi ia memberi maksud dan memudahkan pembaca berbanding novel pertama iaitu Telaga tetapi saya agak kecewa dan sedih untuk novel kedua ini kerana ia tidak menemui jangkaan saya untuk watak Ayie walaupun saya suka Zairi mengibas semula kenangan ketika kecil ataupun memasukkan kisah yang tidak dimasukkan ke dalam Telaga iainya sangat baik tetapi ia seperti tidak sampai keseramannya seperti di buku Telaga kecuali ketika Pok Jik dirasuk sebab ambik ikan pelaga, itu seram.
Wehhh sumpah terubat rindu kat 3 ketul ni bila baca Amuk. Diaorang punya part masih sangat menghiburkan yaa. Mak lurve! 😭
Penceritaan kali ni aku rasa lebih matang dan santai tapi ada masam manisnya. Mana tak, 3 kali kena scam dengan plot twist ya!
Awal scam rasa "oohhh" second scam "wehhh!!" Third scam gue banjir mat! 😭🫠💔
Cumanya dari segi seram tu aku rasa macam kurang sikit. Vibe lebih kepada tentang kasih sayang antara Ayie dan Mai.
Dan tak kurang juga dengan kasih sayang keluarga yang Ayie ada. Terharu sangat rasa bila everyone tak give up langsung dengan Ayie. We all need that kind of support system. 🥹🫶🏻
Yang aku tak faham, apa motif orang nak dengki sampai macam tu sekali. Tapi ianya realiti. Kejamnya dunia yang kita duduk ni, YaAllah. 😔
Saya baca kejap di suku awal, lepas tu berhenti, dan lama juga baru sambung semula. Awal² cerita agak serabut dengan bahasa Kelantan sebab glosari letak dekat hujung² bab, jadi jenuh nak selak muka surat semata² nak faham terjemahan.
Awal² rasa cerita ni macam boleh dijangka, tapi tak sangka lain pula yang jadi akhirnya. Cerita ni boleh dikatakan 'slow burn' dan mula terasa bila dekat pertengahan novel. Masa tu saya dah tak boleh nak letak buku ni lagi dah, rasa nak habiskan juga sebab nak tahu apa jadi. Cerita ni tak seram, atau efek keseraman tu tak menonjol pada saya, cuma dia punya misteri dan penceritaan tu sangat hidup, seolah-olah pengalaman kisah hidup penulis sendiri... Ini ialah antara novel Fixi wajib untuk ada dalam koleksi anda.
buku ni beza sikit dengan telaga since dia banyak cerita pasal saka dalam badan ayie.. which dalam buku telaga tak sentuh mendalam sangat pasal saka keturunan dia nii
BUT SERIOUS TAK EXPECT PLOT TWIST CERITA NI YEEE ku sangka pasal saka and gangguan semata-mata rupanya nohhh dia delulu pulak lepas kematian maisarah hidup dalam dua realiti (tapi ade terlibat unsur mistik jugak lahh)
also watak alamin tu haihh.. memula ingatkan dia orang jahat yg nak bunuh maisarah rupanya doktor ayie SANGAT MENGEJUTKAN BARU NAK MARAH DIA part dia cucuk ayie dgn syringe kat hospital.. ingatkan dia geng dukun yg nak balas dendam kat ayie sksks
pape pun pls ade sambungan sbb macam ade kisah tak habis di hujung cerita🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rasanya Amuk tak seseram Telaga, tapi tetaplah buatkan aku takut nak baca ebook ni pada waktu malam. .
Dan part sedih tu ada. .
Kalini, kita kembali menyelusuri kisah Ayie yang sudah dewasa. .
Disamping pengalaman menakutkan dengan hantu, jin semua tu, Ayie tetap cuba menggapai bahagia bersama Mai, walaupun akhirnya tetap saja takdir Tuhan membatasi. .
Overall, aku suka buku ni. Cumanya part pergaulan bebas Ayie dan Mai tu aku kurang suka. .
Dan dialek Kelantan dalam buku ni pun best. .
p/s: kalau korang peminat Telaga dan buku seram, this is a must-read.
Aku ingat Telaga dah cukup seram, sakit dan sedih dah, eh tak, saudara Khairi Mohd berjaya menyambung lagi kesemua elemen tu dalam Amuk pula ye. Dalam Telaga kita bersama dengan Ayie pada zaman kanak-kanaknya, Amuk pula tentang Ayie di alam yang lebih dewasa. Apa yang Ayie lalui masa kanak-kanak, masih lagi mengikutinya. Dia masih merana, cuma dia lebih matang menghadapinya. Kali ini jujurnya lebih berat dan agak complicated. Setiap babak selepas kejadian itu, memang bermain dengan emosi sungguh. Walaupun plot masanya kadang terus, kadang patah balik, kadang lompat terus, tapi langsung tak sukar untuk aku faham sebab cara penulis sampaikan tu, sangat smooth. Moga Ayie bahagia.
Sekuel kepada Telaga. Cerita kali ini lebih best sebab kita dapat lihat perkembangan watak dari kecil hingga besar.
Kisah utama dalam cerita ini memang sedap dan memberi kesan. Cuma rasa macam sekejap sahaja. Jika ada penambahan rencah berlawan atau diberi peluang perkembangan cinta mekar sikit di pertengahan lagi best.
Tapi apa pun novel ini ditamatkan dengan ending yang baik.