Jump to ratings and reviews
Rate this book

MOTEL

Rate this book
Dendam seorang bekas banduan terhadap kekasihnya, kisah dua sahabat yang bercita-cita menjadi kaya tapi memilih jalan yang salah, cerita seorang pemuda yang menuntut hutang dari kawan lama, pembunuh upahan yang memburu sasarannya, dan detektif yang menjejaki seorang penulis yang hilang setahun lamanya.

Semuanya menunjuk ke destinasi yang serupa. Sebuah motel terpencil yang menyimpan seribu satu rahsia.

276 pages, Paperback

Published May 24, 2024

3 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (33%)
4 stars
31 (40%)
3 stars
16 (20%)
2 stars
3 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
May 28, 2024
4.5 untuk naskhah ini.
(Kategori buku tak boleh letak.)

Seorang penyiasat persendirian yang menyiasat kehilangan seorang penulis, seorang bekas banduan yang ingin membalas dendam terhadap sang kekasih, seorang rakan yang ingin menuntut hutang, dua orang rakan yang merancang untuk mencuri wang dan seorang pembunuh upahan; masing-masing punya misi. Masing-masing cuba menyembunyikan rahsia dan identiti. Takdir mereka bersilang di sebuah motel misteri. Di situlah segala persoalan akhirnya terungkai.

Mulanya aku ingat cerita mystery-crime-thriller biasa saja. Tapi bila ada sedikit suntikan elemen sejarah terus rasa, “Wow, ini menarik.” Memang aku suka walaupun sikit saja.

Aku suka cara bagaimana ceritanya ditulis. Bahagian-bahagian awal ditulis berasingan sebagai perkenalan kepada watak-watak. Membawa ke pertengahan cerita, barulah watak-watak mula dihubungkan.

Jalan ceritanya tak melewah. Pace laju. Saspen tu memang betul-betul terasa terutama babak-babak di penghujung. Ibarat tonton filem yang boleh buat kau lupa nak suap popcorn ke mulut. Macam itulah yang aku rasa. (Bagus juga kalau diangkat ke layar perak seperti One Two Jaga).

Tahniah untuk naskhah ini. Memenuhi piawaian aku untuk naskhah terbitan Fixi.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews429 followers
May 30, 2024
"Bagaimana jika suatu masalah itu tidak lagi dapat diselesaikan melalui lidah bicara sama ada menerusi rundingan, atau pujukan, atau ugutan? Kesemua usaha dan jalan penyelesaian serupa itu langsung tidak memberikan kesan. Hanya tinggal aksi kekerasan saja yang masih belum digunakan.
Adakah wajar untuknya mengambil jalan itu?"


Kisah yang santai, nuance yang menarik dan overall for me sangat memuaskan hati. Aku jadi tak senang duduk sebab nak habiskan pembacaan buku ini. Ya, sampai terbawa-bawa ke alam mimpi sebab sampai ke pertengahan buku, aku masih tertanya-tanya apakah kesudahan cerita Motel ini. Dan ternyata, penantian aku tidak diakhiri dengan sesuatau yang sia-sia.

Puas. Aku puas selepas menghabiskan buku ini.

Plot Motel ini simple dan straightforward. Ia bermula tentang kehilangan seorang penulis dan ada seorang private investigator yang diupah untuk mencari penulis itu selama hilang selama setahun. Dan semua perkara yang terjadi berkait rapat dengan Motel R&E yang penuh misteri ini.

Premise kedengaran simple bukan? But I can assure you, the story holds more substance than just a simple plot. Aku suka penulisannya yang santai dan straightforward, but its laced with underlying commentaries and issues about the world. Persoalan aku paling suka dalam buku ini ; adakah nilai duit itu terletak dari sudut apa? Adakah hanya sebagai satu transaksi? Atau ianya harga sebuah nilai manusia. Aku suka juga moral conflict yang dibawa oleh penulis. Akhirnya, ia menunjukkan, manusia mempunyai banyak sisi gelap yang akan memakan diri jika biarkan kegelapan itu menang.

Cerita yang cukup rencah. Anda ingin gore? Thriller? Mystery? dan setting cerita di Sabah? Ya bacalah buku ini. At the end, the sins that we make, and the lives that we took, might catch up with us sooner or later no?/i>

4.5🌟 untuk buku ini! Recommended!
14 reviews
June 5, 2024
Paling bodo c tamrin
Paling ndak tau apa apa c samad.. Tiba kesnya selesai 😂

Once dah start baca.. Mmg terus hook..

Kekuatan Sahidzan Salleh crime thriller.. A fan since sepuloh nama.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
June 12, 2024
Membaca Sahidzan Salleh dalam tema misteri dan jenayah setakat ini memang tak pernah mengecewakan. Berlegar di sekitar Sandakan dan mukim Segaliud, naratif MOTEL distruktur penuh saspens dalam pembahagian bab mengikut perspektif karakter-karakternya; ada misi dan motif peribadi yang mencengkam juga eksposisi setiapnya yang misterius, cukup untuk buat aku curious dan mahu tahu kisah mereka dengan lebih lanjut.

Dari tragedi dendam seorang banduan dan insiden rompakan melibatkan dua orang sahabat ke kisah si penuntut hutang, seorang pembunuh upahan juga tentang Samad; detektif persendirian yang sedang menjejak misteri kehilangan seorang penulis, MOTEL amat teliti dalam bercerita— plotnya bersilang dengan kemas, ayat-ayatnya tak meleret dan nuansa jenayahnya walau tak banyak babak aksi tetap intens penceritaannya. Kredit untuk penggunaan dialek Sabah pada dialog juga cara penulis bina latar dengan cuaca mendung dan hujan lebat pada alur cerita; sensasi debarannya buat aku sedikit cemas terutamanya bila karakter-katakter utama mula muncul dan bertemu di Motel R&E.

Ada humor juga elemen mistik yang buka rahsia kepada sejarah motel dan pemiliknya. Gemar dengan dinamik karakter-karakternya terutama Muliady dan Tamrin (kalaulah dia tak ikut cakap Budi) juga babak-babak Samad dengan hal penyiasatannya mencari Munsyi. Setiap naratif mereka bagi refleksi yang menarik dan sinis berkait isu moraliti dan sikap individu. Perenggan-perenggan Munsyi yang diselit di antara bab juga sebagai pembuka dan penutup cerita bagi lebih kekuatan pada naratif MOTEL— ada absurditi pada kisahnya yang buat aku sedikit gerun.

Sebuah naskhah yang memang aku puas hati sehingga ke penghujungnya. Kalau baru nak mula baca karya Sahidzan Salleh, ini antara buku yang bagus sebagai perkenalan kepada gaya cerita dan penulisan beliau.

5/5 bintang.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 8, 2024
Loved the writing. Lagi best kalau cerita lebih pasal dua suami isteri tu.
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
May 29, 2024
Kau nampak je nama Sahidzan, tak payah fikir panjang, memang beli lah terus.
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
June 3, 2024
macam biasa,nama je sahizan salleh,kau jangan ragu2,mesti best punya. cuma aq x sure sama ade cerita motel ni adalah continuity darpd novel die yg seblum2 ni. tapi kalau ade pun xde masalah sbb kauorg fhm je bila baca. dan satu je aq x puas hati,ending die!! mcm tegantung hmmm
Profile Image for Sofea Edrina.
29 reviews
June 2, 2024
Actual rating: 4.5 stars

Buku ni sangat best. Cadangnya nak baca kejap je tup tap, terus nak habiskan sebab penulis pandai masukkan element saspen. Cuma, tak sempat nak kenal beberapa watak since buku ni banyak sangat watak.

Contohnya, aku masih nak kenal watak Eliza & Rizal.

Also, aku nak juga tahu apa yang jadi terhadap Munsyi!

Pleaseeeee, i need closure 😭

Overall, recommend untuk dibaca.

Teruskan menulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for wisteria.
17 reviews
September 30, 2024
I put high expectations for this book because of the blurb. It just went down.

1. Too many characters. Too many stories to tell but not enough pages.
2. It doesn’t even revolve around the “motel”.
3. Not enough explanation regarding “Ryzal” and “Eliza” when they are key character for the motel?
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
December 11, 2025
Merupakan buku yang ke-9 karya saudara Sahidzan Salleh yang aku baca. Hanya sebab duit, semuanya jadi tak tentu hala. Permulaannya agak perlahan tapi teratur, membawa aku mengenali enam watak dengan latar belakang yang pelbagai - si pendendam, si pencuri, si penuntut hutang, si pembunuh upahan, si penyiasat peribadi dan juga si penulis novel. Cerita jadi semakin suspen bila seorang demi seorang dari mereka mula bertemu di Motel R&E. Masing-masing ada helah dan muslihat. Aku tak pasti dengan ingatan aku sendiri, tapi aku rasa macam ada nama yang agak familiar muncul. Untuk si penulis novel tu, aku harap dia dapat habiskan kisah Rizal dan Eliza. Siapa mereka berdua sebenarnya?
Profile Image for Mikey Qarliff.
10 reviews
September 13, 2024
1. When you read the blurb you would think the entire story is centred around the characters in the motel, but you’d be wrong. That didn’t happen until you’re like 90% in.
2. There’s too many meaningless conversations. TOO MANY. I was expecting more actions than conversations.
3. I wish there’s more background to Rizal and Eliza and Munsyi.
1 review
August 7, 2024
Ini adalah naskah pertama Sahidzan Salleh yang saya baca.

Bermula dari tema yang cukup ringkas berkenaan dengan duit disulami dengan latar masyarakat yang begitu dekat di hati rakyat marhaen telsh membuatkan naskah ini sebagai salah satu buku yang boleh dijadikan rujukan untuk genre survival thriller. Tidak banyak punchline jenaka tetapi cukup dan kena dengan selera peribadi saya. Pertukaran antara first-person dan third-person view sangat kemas. Korang takkan pening. Jangan risau.

Namun, buku ni tidaklah sempurna. Kelemahan bagi watak wanita dan apa nasib Samad selepas kejadian di babak akhir tu menjadi persoalan (mungkin itu point penulis?)

Pujian buat penulis kerana berjaya membawa saya travel ke 'Noir Sabah' bersama lenggok bahasa membuatkan seolah saya berada di sana. Elemen mistik kuno yang diketengahkan juga berjaya menarik perhatian walaupun itu bukan plot utama cerita ini tetapi saya sangat berminat jika penulis boleh menerbitkan satu buku spin-off untuk kisah Rizal, Eliza dan Muhsin.

Akhir kata, buku ini sangat saya recommend kepada peminat genre survival thriller.

Best quote: "Hayat yang panjang bukanlah suatu keistimewaan, tapi ia sebenarnya sebuah tragedi dalam kehidupan seorang manusia."
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
February 25, 2025
Baru jer habis baca, tertangguh sebab nak fokus kat final exam.

Overall? I think the plot is a bit "mundane".
Rasanya, the plot reveal tu baik didedahkan dekat hujung finale plot.

Sebab misteri pasal motel tu lagi menarik daripada watak-watak yang berkait ngan motel tu.

Semuanya berkait sebabkan benda simple jer. Sebab tu buku ni punya genre is more kepada psychological thriller daripada horror.

Tapi dia still menarik untuk baca sampai ke penghujung sebab nak tahu apa jadi dekat Munsyi Ahmad tu and kenapa dia pergi ke motel R&E tu. Ada kaitan ngan arwah ayahnya.

Genre : thriller, psychological thriller, mystery, killing
Profile Image for Farah.
48 reviews
June 2, 2024
Mungkin saya ada high expectation dengan buku ni sebab sinopsis agak menarik. 5 watak dalam satu buku kemudian bertembung dalam satu motel. Saya rasa pening sikit nak faham kisah sebab terlampau banyak backstory nak keep track. Walaupun cerita memang menarik/senang nak dihadam tapi saya rasa ada sesetengah watak/kisah macam tak perlu exist pun(?). Saya lebih tertarik dengan kisah motel Rizal & Eliza, sayangnya penulis tak berapa fokus pada kisah motel itu sendiri dan ending buku masih ada persoalan yang masih belum terjawab. Tapi keseluruhan, novel ni saya baca dengan cepat dan tak berasa bosan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Vender27.
1 review
May 30, 2024
Jalan cerita agak mengelirukan pada beberapa bab awal sebab backstory setiap watak berselang-seli setiap bab tapi lepas dah cam setiap nama watak baru smooth nak hadam.

Bab hujung-hujung tu paling teruja. Nak taknak memang kena habiskan cepat sebab tak sabar nak tau ending. Bang Sahid memang power tulis cerita thriller.

Semoga idea untuk cerita baru sentiasa mencurah-curah ke ladang gandum. Next buku, bila?
1 review
June 2, 2024
5 watak. 5 cerita. Di dalam 1 motel mereka berkait.

Sudah mula baca mmg tak boleh lepas. Mmg thrill. Mendebarkan menuju endingnya.

Recommended!

Profile Image for suha.
15 reviews
June 7, 2024
Habis baca dalam satu hari, jalan cerita boleh dikatakan unexpected. Lepas baca novel satu conclusion yang saya boleh buat adalah semua masalah berpunca daripada DUIT.
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
June 15, 2024
sahidzan salleh makan apa sampai jadi genius macam ni???? youve gained a new fan!!
Profile Image for Nora.
118 reviews
June 13, 2024
Sakit hati dengan watak Muliady dan Johan! Puas hati dengan pengakhirannya.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
September 8, 2024
4.5 untuk naskah ini.

Beberapa watak yang mempunyai kisah dan masalah tersendiri bertembung di sebuah Motel dan berlaku persoalan demi persoalan sehingga tidak sabar mahu tahunapa kesudahannya.

Plot cerita pada awalnya agak perlahan dan kirang menarik dan watak dalam cerita ini agak memeningkan kerana ada nama yang hampir sama.

Setiap hujung bab, jika diberikan cliffhanger pasti akan lagi menarik. Kedua, rasa kurang puas apabila rasanya Samad macam watak utama sebab dikenalkan pada awal novel hanya mendapat spotlight di hujung novel.

Tetapi, kekurangan ini tidak menjadikan novel ini lemah dalam penceritaanya. Sebab, mahu tahu bagaimana pengakhiran cerita ini.

Bagi saya, ia antara karya yang baik dan seronok untuk dibaca.
Profile Image for Izz Rais.
27 reviews
September 22, 2025
6.5/10

Penceritaan pada mula babak agak kelam kabut dan kurang menarik. Mungkin terlampau banyak nama watak, dan setiap bab untuk karakter yang berbeza tapi tak ada mention dekat atas POV untuk siapa.

Tapi semakin ke tengah plot semakin menarik. Macam mana masing masing boleh terjumpa dan syak wasangka antara satu sama lain. Tapi plot misteri agak kurang power. Watak pemilik motel dua orang tu terlalu lemah untuk dijadikan villain. Sejarahnya pun terlampau singkat dan kurang padu.

Perwatakan watak watak ditulis dengan sangat hidup. Aku boleh imagine macam mana jenis gopohnya Tamarin, Johan punya selamba, Samad punya nerd dan Ali punya kasar.

Profile Image for Raglan.
8 reviews
October 10, 2024
I like this book. Fast paced, hook menarik. Characters ramai that I had to write them down on a piece of paper to remember each one haha (not a bad thing). Aku suka buku ni sebab tension among the characters when all of them get to the hotel boleh dirasai. Seram sejuk je Muliady dengan Ali tu.

Cuma tulah, although the character in italics bagi penerangan in between the chapters, aku masih rasa macam ada something missing. I wish there was more to Eliza and Rizal.
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
September 27, 2025
best, best, best.

fav scene masa diorang bersemuka di meja makan. time baca tu, jantung memang berdebar semacam. kudos kepada penulis sebab boleh bertahan menulis babak tegang sebegitu. memang makanan dia lah!

tiap kali muncul nama Muliady, aku rasa menyampah nak baca sebab bak kata Samad, lakonan dia kayu and pelik. Haha!
1 review
November 28, 2024
Cerita yang sangat menarik untuk dibaca, gaya bahasa juga sangat best. Bila bace memang takkan letak
Profile Image for whisfieglow.
2 reviews
April 30, 2025
Ratings: 3.4 / 5

I was this close nak bagi 4 bintang sebenarnya 🤏🏻 Permulaan cerita memang menarik buat I rasa excited nak teruskan baca. Cerita mula dengan seorang wanita yang upah private investigator untuk cari abang dia yang hilang, dan semua tu ada kaitan dengan satu motel misteri.

I faham yang ada banyak watak dan setiap satu ada kisah sendiri. Tapi I rasa cerita ni terlalu fokus dekat kisah mereka sampai I rasa motel tu macam kurang diberi perhatian / pendedahan. I nak tahu lebih pasal Eliza dan Rizal, and especially pasal motel tu like what actually happened with Munsyi sepanjang dia berada di situ? I think the story about the motel didn’t have enough closure. Things about ‘Khadra’ pun I rasa masih ada benda yang belum dijelaskan dengan clearly. The plot tersusun dengan baik and I liked how the story slowly showed the connections between each character. Tapi I rasa cerita ni akan jadi lebih kuat kalau fokus lebih pada misteri utama.

Extra mark for Muliadi hahaha I rasa geli hati tengok dia pretend jadi penjaga motel buat sementara. The way he pretended to be all friendly and the scene where Ali was judging him the way he’s cooking 😭😂
Profile Image for Safinaz Johani.
34 reviews2 followers
September 16, 2024
bagi aku novel ni habis dengan tiba-tiba.. tak sempat nak mengenali Eliza dan Rizal. dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Munsyi Ahmad sepanjang berada di motel tersebut.

Tak dinafikan, buku ni memang dalam kategori "tak nak letak", tapi lepas habis baca, perasaan aku tu macam tak puas.. mm.

tapi novel ni best. sila la try baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.