Jelas lagi nyata, aku beli Musketeers kerana musketeers — Gibbs, Ray, KJ n Troll.
Aku memang suka giler dgn buku Gantung dan Gantung:2 — baca dua-dua buku ni memang buat perasaan happy dan sedih tu datang serentak.
Bila aku baca Musketeers, perasaan tu masih sama — cumanya taklah sesedih Gantung 1 dan 2.
Just, satu benda yg plg aku tak puas hati; ketebalan novel ni. Hahaha, nipis gila tak padan dgn harga pulak rasa. Hmm, tahulah hard cover... tapi hrplah jgk tebal sikit, kan...
Dah laa pages belakang-belakang tu just skrip filem jer. Sorry laa, takde feel baca skrip filem. Gantung the series dulu pun aku tengok sekerat jln jer, takleh hadam aku jln cerita byk berubah. Dgn nama-nama watak sekali berubah. Tak syok weh.
Apa-apa pun, walaupun pendek jer kisah dlm Musketeers ni, still rasa best baca. Jujur laa, rasa sayu jer dgn persahabatan empat org tu. Lebih-lebih lagi dgn keadaan family masing-masing yg... tak membahagiakan — arghh sedih sbb aku boleh bayang dan rasa apa yang diorang terpaksa hadap.
Gibbs dgn keadaan family yg selalu ignore dia.
Ray dgn status diri dia yg cuma sebagai anak angkat — layanan dia dpt tak lebih dari itu.
KJ pula mak dan ayah dah tak persefahaman. Pertahankan perkahwinan kononnya demi KJ. Tapi last sekali bercerai jugak.
Dan Troll terpaksa hadap perangai kakak yg kaki dadah.
Bila aku baca Musketeers, aku rasa perangai setiap watak tu lagi jelas. Terutamanya KJ laa yg baru aku perasan sebenarnya — yg dia tu walaupun suka usik dan kutuk-kutuk Troll, tapi memang dia caring pasal Troll. Paling terharu scene dia sanggup byr hutang bagi pihak Troll. Jadi tak hairan laa dlm Gantung:2, KJ ni mcm rindu gila kat Troll. Aku ingat ada satu scene dia persoalkan kenapa Troll takde dgn mereka, dan KJ memang sedih Troll takde. Satu lagi perangai KJ, even dia macam gila-gila-happy-go-lucky, tapi ada sesetengah hal dia mudah terasa. Gantung:2 lebih byk rasanya scene KJ mcm mudah sentap, nampak laa kat situ perangai budak dia, hahaha.
Actually, dalam musketeers semuanya caring kat kawan masing-masing. Troll sendiri pun, jaga Ray.
Ray tu, rasanya tiga-tiga orang tu memang jaga dan protect dia — bkn Gibbs sorang jer. Mungkin sbb personaliti Ray yg lebih lembut — tak selasak Troll, tak senakal KJ, tak setegas Gibbs — buatkan kawan-kawan dia automatik akan lindungi dia dari sesuatu yg bahaya. Gibbs tu tak payah cakap laa, paling protect Ray, sampai sanggup kena belasah demi lindungi Ray.
Baca kisah diorang ni buatkan aku rasa macam... arghh memang terharu giler laa ada kawan-kawan mcm diorang ni. Saling menjaga antara satu sama lain. ❤️
Tapi last scene memang sayu habis. Serta-merta teringat kat babak dlm Gantung. 😭💔
Padanlah Ray susah sangat nak move on, sebab kawan-kawan mcm Gibbs, KJ dan Troll ni, bukan sekadar kawan biasa. Tapi segalanya. Mungkin lebih dari keluarga sendiri.
Teringat ayat Gibbs kat Ray dlm Gantung...
"Selagi aku ada, aku akan jaga kau." 😢❤️