ANGKASA adalah tajuk yang tepat untuk menggambarkan semua ni. Macam mana cerita yang ada terus-menerus berkembang daripada AJAIB, ke AWAN, AKSARA, KAMPUS, ENTITI, ANOMALI, SONOGRAM, HOLOGRAM, TOMOGRAM, hinggalah buku ini. Dan graviti yang mengikat semua ni adalah para pembaca sekalian - yang terbalikkan lautan idea gelap ni menjadi langit yang luas supaya setiap cerita dapat bersinar, menunjukkan arah buat mereka yang sesat dalam pelayaran hidup.
Semoga watak-watak ni bernyawa selamanya dalam ingatan korang.
Saya sudah mengikuti karya Syafiq Aizat sejak beberapa tahun lalu. Mungkin bukan yang terawal membaca karyanya. Tetapi, saya masih lagi di kalangan ribuan pembaca sekaligus peminatnya. Bermula dari triologi Ajaib saya merasakan karya beliau sesuatu yang baru dan segar dalam industri buku di Malaysia. Idea yang dibawakan, penulisan yang santai menjadikan triologi Ajaib antara comfort book semasa saya tertekan menghadapi realiti.
Kuantan menjadi latar tempat. Jika dilihat, jarang sekali penulis menggunakan tempat sedia ada untuk sebuah karya fantasi begini. Namun, setelah membaca hampir kesemua karya beliau saya menyedari bahawa Kuantan hanyalah platform untuk bukaan dunia yang lebih luas. Dunia yang dicipta luar daripada akal fikiran para pembaca. Setiap buku seolah olah membawa para pembaca ke suatu peringkat yang berbeza. Imaginasi meliar mengharapkan fantasinya semakin tinggi, membenamkan pembaca dalam dunia yang dicipta penulis. Kami bukan sekadar berada di Kuantan, tetapi turut sama terbang tinggi ke langit bertemu Ben dan merentas waktu bersama Samad.
Watak bukan manusia yang ditonjolkan juga kuat. Bukan sekadar tambahan tanpa fungsi. Banyak lagi yang hendak diulaskan. Namun, saya perlu kembali berpijak kepada realiti. Ulasan tentang Angkasa, karya terakhir untuk dunia fantasi yang dicipta Syafiq Aizat.
Sepertimana yang saya katakan pada mulanya, setiap buku membawa para pembaca ke peringkat yang berbeza. Angkasa membawa saya ke peringkat yang tidak terjangkau dek akal. Merentasi ruang masa, menempuh pertarungan bahkan hidup dalam fikiran ciptaan manusia lain (Adam Kadmon). Setinggi-tinggi karya ini membawa saya membelah Angkasa, saya juga menyedari bahawa penulis mahu pembacanya kembali kepada realiti. Seperti watak-watak yang ada dalam karya ini. Ya, Angkasa bukan sahaja memuaskan fantasi para pembaca. Namun ia membawa pembaca kepada fasa mengenali diri dan melepaskan sesuatu. Sebab setiap permulaan ada pengakhiran kan? Perjalanan menuju dewasa itu berat, namun perlu diharungi walau apa yang terjadi. Bukan semata-mata tentang destinasi, tetapi tentang proses yang dilalui.
Banyak lagi nak dibebel, tapi tak apa. Saya berhenti di sini bersama rasa bangga kepada Syafiq Aizat. Teruskan berkarya dan menjadi antara yang terbaik di dunia.
p/s: ingat Samad nak muncul, tapi tak. haha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Best gila sbb ni macam in another life we are together buat izaq ngan faiq. Plot twist dia hebat and takle bayang how izaq ngan faiq have been going through all this time. Sedih at the same time. The book was good really recommend after you read trilogram and ajaib-verse.👍👍
Akhirnya. Aku jadi orang yang terawal juga baca karya baru dan terakhir di Universe Ajaib & Trilogram Syafiq Aizat. Perasaan aku untuk buku terakhir ni berkecamuk. Gembira sebab jumpa balik Faiq, Izaq, Dani, Ikwan, Iskandar, Idris, Domenik dan lain lain. Dan sedih juga sebab buku ni buku terakhir plus part Ben/Ken sampaikan pesanan dekat whiteboard kat ayah dia, Mr Lau 🥹 Berambu air mata aku.
Overall, penutup untuk kedua - dua universe ni ditutup dengan cermat. Segala persoalan di dalam buku Tomogram, pasal Lokan Manor, Keluarga Pak Andrean di Yggdrasil semua dijelaskan dalam buku ni. Aku boleh cakap aku berpuas hati.
Aku suka buku terakhir ni sebab penulis menengahkan struggle kehidupan dewasa yang dihadapi oleh Faiq, Izaq dan Dani dan macamana diorang overcome benda tu. Bila korang baca buku ni, memang lain lah watak ketiga - tiga karakter ni sebab diorang dah makin matang dalam berfikir dan membuat keputusan. It’s a glow up for their characters.
Akhirulkalam, selamat tinggal semua 👋 Terima kasih telah mengisi masa saya seusai sahaja SPM dan Diploma. Aku boleh cakap yang aku hadapi zaman remaja until diploma dengan novel - novel Syafiq Aizat 🥹
Salah satu siri buku yang ada keunikan yang tersendiri .. power sistem tersendiri yang memang out of this world .. the plot twist yang tak pernah mengecawakan .. gelagat watak-watak yang pelbagai .. character developement yang .. dan keterikatan yang dibina antara watak dengan pembaca bermula dari novel pertama
Mungkin buku terakhir dalam ajaib-verse. Will miss them all the time.
"Kalau takde kegelapan, macam mana nak nampak bintang"
Jadinya memang betul confirm, Angkasa memang penutup untuk Siri Ajaib, Trilogram dan Syawal. 11 tahun dan 10 buku untuk sampai yang ke-11, semuanya bermula dengan seorang budak ajaib yang boleh nampak hantu. Awalnya aku rasa buku ni macam tak cukup tebal, tapi bila dah baca, nah, no need pun, dah cukup. Angkasa satu penutup yang sempurna. Hampir semua watak dari buku sebelum ni muncul kembali, dan setiap dari mereka ada spotlight yang tersendiri. Suka dengan sisi Fa'iq, Izaq dan Dani, mereka nampak lebih matang. It's a bittersweet ending, tapi seronok bila semua ada closure yang baik. Kalau tak ada kegelapan di angkasa, kita tak boleh nampak bintang, kan?
Angkasa. Aku suka buku ni. Bagaimana dia jatuhkan semua isu yang berterabur sedikit dalam satu punca yang besar. Aku suka plot twist dia. Aku suka macam mana penulis bayangkan dunia tulisan dia. Senang sebenarnya aku visualize kan idea dia. Buku ni banyak Nostalgia kah kalau memang korang baca dari buku Ajaib, Awan dan Aksara. Memang best bila Izaq the rambut serabai buat comeback. Aku juga suka macam mana dia buat Fa'iq nampak dewasa yang mahu kembali ke zaman remaja. Itu sahaja. Please bagilah ye review yang cantik buat penulis ini. Buku ni memang best. Banyak nostalgia di dalam buku ni
This entire review has been hidden because of spoilers.
Crossover watak watak utama dalam novel novel Syafiq Aizat dan kesinambungan dari novel Tomogram. Yang menariknya novel ni dia tarik semula watak watak lama sekali dengan timeline Idris. Penceritaan dan plot agak straight forward dan berhubung antara satu sama lain.
Novel ni tak sesuai dibaca oleh pembaca baru. Selagi tak baca novel novel lama dia, memang tak akan faham jalan cerita dia. Novel ni special untuk reader yang lama. Rasa rindu dengan watak watak Izaq, Faiq, Iskandar & Idris.
And yes, finally Idris & Demonik did that thing ;)
The ending?!!!! I'm feels so devastated right now 😭. Habis buku ni bermakna habis cerita dorang ni. Sumpah rasa sedih gila. Still tak leh nak lepas kan dua character paling fav tu which is Ayiq dengan Izaq. Plot best gila. kadang² fikir macam mana lah Syafiq Aizat ni boleh fikir nak buat buku macam ni. Masa semua orang jumpa tu rasa seronok sangat and overwhelmed sebab terlalu excited 😆. This book is ♾️ ⭐.
Took me a year to finish this book. It was a great wrap up for the series tapi ada some part yang i tak boleh nak grip. Based on other review, mungkin sebab i tak baca trilogram.
Apa pun, it’s great to read pov from karakter-karakter yang ada. Kinda nostalgic to get to meet them again. Thank u Sapit!!
Ingatkan buku ni stand alone rupanya combination all character buku Syafiq Aizat. Dari awal sampai hujung tak paham storyline nya sebab baca siri Ajaib je. So, nak paham kena baca semua siri. Baca pun sebab kawan bagi pinjam huhu