“Saya tak rela jadi isteri seorang pembunuh dan hidup dengan manusia penipu macam awak jadi saya mohon tolong lepaskan saya sekarang juga. Saya penat Fakhrul, tolonglah lepas kan saya...” - Era
Semua orang kata Schaera beruntung bersuamikan Fakhrul Reza namun ada rahsia yang terbongkar sebaik sahaja Era menjejakkan kaki ke rumah suaminya. Hati Era dilanda tsunami. Era nekad untuk bercerai.
“Sayang boleh cakap apa sahaja yang sayang nak cakap mengenai abang...tapi lepaskan sayang tak pernah ada dalam kamus hidup abang. Kalau ya pun kita berpisah. Kita berpisah mati, bukan abang yang lepaskan sayang sendiri.” - Fakhrul
Fakhrul tak berputus asa memujuk rayu isterinya namun Era tetap enggan terpedaya. Keadaan bertambah rumit apabila Era disahkan mengandung. Era semakin tersepit!
“Aku tak nak anak ni sebab dia anak kau, Fakhrul!” - Era
Fakhrul mengalah. Demi sebuah jiwa, dia mengasingkan diri buat seketika. Tetapi perpisahan sementara bertukar menjadi dua tahun lamanya. Fakhrul menghilangkan diri tanpa sebarang berita!
Hairul yang mencintai Era selama ini menawarkan diri untuk menjadi pengganti Fakhrul. Era kebingungan. Menerima Hairul bermakna pengakhir untuk ikatan yang kian tetas. Kemunculan Rina menyebabkan hati Era semakin goyah.
“Rina menyesal sebab percaya dengan janji-janji palsu Abang Rul. Semua lelaki sama sahaja, pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati. Habis madu sepah dibuang.” - Rina
Tergamakkah Schaera memutuskan hubungannya dengan Fakhrul sedangkan lelaki itu masih terlalu berharap? Adakah Schaera mampu mempercayai Fakhrul dan membina istana dari luka-luka semalam?
Dan pada akhirnya apakah kesudahan kisah mereka berdua?
Dia macam, benci benci, tapi cemburu. benci benci, tapi risau. benci benci tapi mengandung. Eh
Mula-mula macam apa benda lahhh red flag sangat perangai hero ni, rupanya dia memang sakit sebab trauma childhood yang dia hadapi. So boleh maafkan. (?)
After 2years, masih aku tak faham arah kisah dorang berdua ni. Memang complicated kisah diorang ni. Yang nak baca kena penuh ilmu sabar di dada. Hahahahha
Cintakan selalu abadi Walau takdir tak pasti Kau selalu di hati, cinta matiku Seraya aku berdoa merayakan cinta Kau selalu kujaga Sumpah mati...
Boleh tak GR ni buat half bintang.. 4.5 ✨️✨️✨️
"Sayang, kalau boleh abang nak sentiasa ada dengan sayang. Kalau abang pergi jauh mana sekalipun sayang kena sentiasa ingat yang abang takkan pernah lupakan sayang sebab sayang separuh daripada diri abang. Kalau sayang rak balik dekat abang, abang sendiri yang akan kembali kepada sayang sebab abang terlalu cintakan sayang lebih daripada diri abang sendiri dan abang tak boleh hidup tanpa sayang."
Bila dapat news RC akan terbitkan buku Sasasera F rasa excited. F suka karya² penulis Sera. Fast-paced dan plot twist yang F tak pernah sangka.
Awal² baca F curious sangat. Dah kenapa baru kahwin nak bercerai pulak. Suami sayang sangat kat isteri tapi isteri pulak dok sindir².. dok cakap sesuatu yang menyakitkan hati.
Fakhrul sabar je.. dia sedar semua salah dia. Sikap dia yang obsesif tu buat Era takut dan trauma. Era sayang suami dia tapi ketakutan itu melebihi rasa sayang dia pada Fakhrul. Era trauma dengan dark side Fakhrul. If F in her shoes, F pun takut.. but still rasa sayang itu kuat.
Masa dapat tahu Era pregnant, Era taknak anak tersebut. Fakhrul terkedu. F rasa Era ni ada split personality. Bukan Fakhrul yang bermasalah tapi Era pun sama. Era trauma bila teringat scene antara Fakhrul dan Era. Itu yang bukan Era takut if anak or keturunan dia seperti Fakhrul.. alahai.. sebak F masa ini.
Patut as a wife sama² bantu suami jika sikap suami yang obsesif terlampau tanpa dapat dikawal. Sikap Fakhrul yang terlampau obsesif pada Era.. dia cuma takut kehilangan Era.
Bila Era keguguran, Fakhrul menyalahkan diri sendiri. Lantas Fakhrul membawa diri. Perginya Fakhrul tanpa berita buat Era menjadi penunggu yang setia. Selama Fakhrul tiada disamping Era, Era baca tentang sifat² obsesif ini. Hari² berdoa agar Fakhrul sentiasa disisi Era.
Bila mereka berjumpa balik, Fakhrul sindir² Era dengan sikap sejukbeku dia. Sombong tapi sayang Fakhrul dekat Era.
Fakhrul takut dia belum pulih. Sebab dia rasa dia memang tak boleh tengok lelaki layan dekat dengan Era. F rasa jika dari awal Era tunjukkan rasa cinta jujur setia pada Fakhrul maybe Fakhrul boleh berubah dengan lebih baik.
Sedih jugak pada 2 2 orang ini. Terseksa hati depa. Watak yang F sangka jahat, sebaliknya lain yang jadi. Sometimes best jugak dapat partner yang obsesif dengan kita.. takdalah kita risau dia curang 🤭😅
Ps: Sera.. agak² ada tak kisah Ida dan Hairul? Cam comel lak depa 😄
Bukan hero sorang je gila,heroin pun sama gila jugak.
Kejap suka,kejap benci,kejap nak bercerai pastu berbaik semula adoiiii.Pastu dah nak dekat ending tiba tiba yang dah mati hidup balik,tanjat gegirl haha.
1. I have a mixed feelings about this book. Buku ni sebenarnya bawa topik yang berat. It's about mental illness fighter. Sebuah perkahwinan yang broken. Bila partner kau suffered from mental illness. What will you do?
2. Jujur cakap aku sebenarnya tak suka dengan female character buku ni. Si Era ni terlalu judgmental. Dapat tahu pasal backstory husband terus minta cerai. Bila pregnant meroyan taknak anak sebab takut anak gila macam ayah dia. Omaigod. Aku confuse kau ke Fakhrul yang mental.
3. Fakhrul pulak dah tahu diri sakit bukan nak pergi seek medical help cepat2. Nak tunggu marriage berantakan dulu. Pastu semua benda nak berahsia dengan isteri. Kau patut sebelum kahwin duduk semeja dengan isteri bagitau kondisi kau tu dulu. Semua benda buat keputusan sendiri. Marriage pebenda kalau semua benda tak boleh bawak bincang? Baik kahwin dengan kambing.
4. Era ni awal2 dia bukan isteri yang supportive. Dia tak boleh terima flaws husband dia. Nak semua yang baik2 je. Fakhrul ni pulak dah nama pun mental. Memang tak boleh kawal emosi la jawab dia.
5. Tapi aku geram beberapa mukasurat lagi nak habis banyak pulak plot twistnya. Orang yang mati hidup kembali. Segala rahsia terbongkar. Semua nak dipadatkan dalam helaian2 terakhir tu. Semput aku baca.
6. Era era.. kenapa la pilih lelaki obsessive. Lain kali pilih lelaki obsessive compulsive disorder sudah ! Baru la rumah kemas tersusun je setiap masa 🤣
Si Era dan Fakhrul nie kejap begitu kejap begini..
Fakhrul nie obses btul.. scary pulakk.. die syg tu da bgus.. tp die buat sesuatu tu yg tk bgus..
Lepas Era dpt tahu psl Rul die nafi kn perasaan die.. sbb tu laa kejap benci, kejap syg, kejap cemburu, kejap nk cerai… Masa tu tk nk pun dgr pen jelasan Rul.. ko buat andaian sendiri..
Rul menghilang 2thun selepas Era keguguran.. bile balik.. Rul pulakkk tarik tali.. kejap ko syg, pastu ko bgi hrpn palsu..
Just a quick question. You all suka ker kalau husband you all obses dengan you all? Bukan obses biasa2 yer. Nie obses gila2 tau. Suka ker kalau macam tue? 🤔
Rating: 🌟🌟🌟🌟
Baru seminggu berkahwin, seorang isteri mendapat tahu yang si suaminya adalah seorang yang sangat obsesif dengan si isteri. Isn’t it a good thing, when your husband is obsessed with you? No. Si suami sangat kuat cemburu, suka tuduh melulu. To a point hampir membunuh si isteri. So, adakah si isteri akan stay dalam perkahwinan tersebut?
ML - Fakhrul Reza / Fakhrul Seorang doktor. Mempunyai klinik dan hospital. Mula obses dengan FL selepas ML jatuh cinta dengan FL. Sejak itu, ML tahu dia sebenarnya mengalami sakit mental dan cuba mendapatkan rawatan.
Kesian ML. Dia sayang FL, tapi at the same time, sakit mental dia akan menyebabkan FL cedera. Aduh lahhh…😭
FL - Schaera / Era Pernah bertunang sebelum kenal dengan ML. Selepas berkahwin dengan ML, baru FL tahu sisi gelap ML. Sakit mental ML. FL mula berbelah bahagi sama ada mahu terus bersama dengan ML atau pun berpisah…😩
Permulaan cerita mereka adalah selepas mereka berkahwin dan FL tahu sakit mental suaminya. Bermulalah episod main tarik tali. FL nak bercerai, ML merayu untuk terus bersama. Bila FL dah decide nak bersama, ML pula nak berpisah sebab takut melukakan FL. Memang perkahwinan mereka nie tak bahagia. Ada jer dugaan untuk mereka. Baru nak merasa bahagia, dah ada ujian yang datang.
Mula2, curious dengan ML. ML sakit apa? Kenapa obses sangat dengan isterinya? Bila tahap cemburu dia datang, memang ML berubah terus character. Sampai hampir membunuh FL. Sampai trauma lah FL.
Character FL nie memang chef’s kiss 👨🏻🍳😘. Awal2 bila dapat tahu sakit suaminya, sampai nak kena bunuh bagai, memang dia trauma. Tapi, dia slowly menerima. Dia sanggup terima baik buruk suaminya. Tapi, tue lah, si ML plak buat perangai. Rasa nak hempuk ML pun ada. Rasa kesian pun ada. Communication is important dalam perkahwinan, you guys. Please communicate more…🥺
Dekat hujung2 ada sedikit plot twist. Bagi kita okey jer. Cuma, dia jadi tak balance. Kalau character orang jahat tue dikembangkan lagi, mungkin jalan cerita akan jadi lebih kemas. Sebab 90% of the plot memang berkisarkan tentang hubungan ML & FL yang sekejap baik, sekejap tak baik. Tapi, cerita nie complete. Setiap persoalan dijawab satu persatu dalam cerita nie…👏🏻
Penulisan author nie, bagi kita, okey. Masih boleh diperbaiki, especially bahagian tatabahasa. Ada ayat, kena tambah koma, baru jadi sedap. Ada ayat, kena dinoktahkan, sebab dah jadi panjang. Cuma, kita salute author nie sebab olahan ayat tak lah baku. And kesalahan ejaan pun kita tak nampak. Which is good…👍🏻 Good job untuk author juga sebab cuba explain tentang sakit mental ML…👍🏻
Apa2 pun, kita enjoy baca buku nie. Sebab jalan cerita tak meleret. Banyak juga info yang boleh kita dapat melalui buku nie. Semoga author tak terus give up untuk menulis. Dan semoga author sentiasa menghasilkan karya yang berkualiti. All the best, author…👍🏻
Pertama kali baca tulisan penulis ni tapi terus masuk. Suka dengan karakter both hero & heroin. Bahasa senang nak faham. Bila masuk bab sedih memang terasa emosi tu dan yes penulis berjaya buat saya yang susah nak menangis ni bercurai air mata. Nampak gayanya nak kena beli novel lain penulis ni. Paling penting best ending sangat puas hati & happy ending 😁