Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nirnama #2

Nirnama 2

Rate this book
10 tahun telah berlalu semenjak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan. Insan yang digelar sebagai Nirnama telah lama tidak menggunakan gelaran tersebut. Namanya telah didedahkan 10 tahun lalu kepada umum saat diangkat sebagai Laksamana Utama bagi Kerajaan Semutar Putih. Kerajaan Semutar Putih sekarang memerintah seluruh Tanah Semenanjung sehingga ke sempadan Segenting Kra.

Kerajaan Ayutthaya tidak berpuas hati dengan penguasaan Kerajaan Semutar Putih ke atas wilayah-wilayah tinggalan Raja Bersiong. Lantas perseteruan dilancarkan. Saban tahun serangan demi serangan dilipat gandakan, mengganggu perbatasan Kerajaan Semutar Putih. Sehinggalah berlaku satu peristiwa hitam yang menggegarkan semua.

Pada saat Tanah Semenanjung kembali bergolak, seorang pendekar muncul membantu orang ramai yang memerlukan. Tiada siapa tahu akan gerangan dirinya. Dia tidak menzahirkan wajah, juga tidak pernah berkata-kata.

Orang ramai mula menggelarkan pendekar itu sebagai Nirnama.

678 pages, Hardcover

First published May 1, 2024

29 people are currently reading
337 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books868 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
182 (74%)
4 stars
49 (20%)
3 stars
9 (3%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 60 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
July 9, 2024
10 tahun sejak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan. Nirnama tidak perlu lagi menyembunyikan identiti. Kini, beliau adalah Laksamana Tuah, Laksamana Utama Kerajaan Semutar Putih.

Semutar Putih semakin luas wilayah pentadbirannya, memerintah seluruh Tanah Semenanjung sehingga ke sempadan Segenting Kra. Baldatun toyyibatun wa robbun ghofur. Sebuah penerintahan penuh berkat di bawah Sultan Alauddin.

Namun, kerajaan Ayuthaya tidak senang wilayah Segenting Kra jatuh ke tangan Semutar Putih. Saban tahun, serangan demi serangan digandakan. Sehinggalah satu konflik hitam mengubah arus sejarah.

Semutar Putih kini diancam bahaya berganda. Dan di tengah-tengah keributan, tiba-tiba muncul seorang pendekar yang menyembunyikan wajah dan mendiam seribu bahasa; mengembara dari kampung-kampung untuk menangkis asakan bertali arus dari Siam.

Tiada siapa mengenali siapakah gerangan pendekar itu. Mereka mula memanggilnya Nirnama.

Di dalam Nirnama 2 ini, Tuah banyak berada di sebalik tabir. Sebaliknya, pembaca akan banyak mengikuti cerita dari sudut pandang watak-watak penting di sekeliling Tuah: isterinya, sultannya, rakan laksamananya dan rakyat di bawah perlindungannya.

Benarlah dunia ini tempat ujian buat orang beriman. Dan berbahagialah mereka yang bersabar menghadapinya, berusaha untuk mengatasi ujian dan seterusnya bertawakkal kepada Allah.

Walaupun Tuah dan Semutar Putih berjaya menewaskan Jagat Suci di dalam Peperangan Agung, namun syaitan akan terus mencari ruang untuk menyesatkan manusia.

Selagi mana matahari belum terbit dari sebelah barat, selagi itu perlawanan antara Haq dan Batil akan berterusan. Maka, beruntunglah mereka yang memilih jalan kebenaran. Walau ia penuh ranjau, tetapi ia saru-satunya jalan membawa kita ke Kejayaan Sebenar.

Saya harap jika @hilalasyraf mahu meluaskan lagi semesta Nirnama ini nanti, tak perlu tergesa-gesa tulis Nirnama 3, ahaha.

Saya lebih suka dengan cerita-cerita orang yang menggerakan semesta Nirnama: apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Mungkin sekuel Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung? Apa yang berlaku kepada dunia dalam 10 tahun selepas Peperangan Agung.

Dapatkan Nirnama 2 di >> https://s.shopee.com.my/AUZUBy6gbu
Profile Image for Umi Humairah.
63 reviews2 followers
May 25, 2024
Tak sangka, banyak pula unsur romantik dalam Nirnama 2 ni. Dan saya bukanlah seorang yang sukakan genre romantik. 😅

Nirnama 2 masih mengekalkan watak-watak inspirasi daripada kisah dongeng Melayu. Topik sihir juga masih permasalahan utama.

Berbeza dengan buku pertama dengan mengetengahkan isu-isu semasa seperti feminism dan ekstrem sufism, isu yang dibawa dalam buku kedua ini berputar tentang bagaimana jin memanipulasi keterdesakan manusia, dan kejayaan bukan bergantung pada satu sosok manusia sahaja. Boleh dikatakan tiada watak utama dalam Nirnama 2 ini. Ia mengukuhkan pengajaran bahawa sesiapa sahaja boleh memikul amanah sebagai hamba-Nya yang baik; walaupun didikan yang diperlukan bukan sekejap. Dalam novel ini, semua watak telah berevolusi dalam tempoh sedekad lamanya.

Sebagaimana penulisan Hilal Asyraf yang lain, novel ini tidak sunyi daripada pengorbanan sebagai resmi perjuangan. Tapi awal betul ya pengorbanan dia 😭 bab 3 saya dah menangis macam apa.

Satu perkara yang saya rasa boleh diperbaiki ialah cara penulis meletakkan dialog yang membawa nilai penting. Semacam tak kena bila watak musuh jeda daripada bertukar-tukar jurus demi mendengar kisah nabi Musa.

Akhir sekali, saya harap siri Nirnama dapat dijadikan animasi kerana tiada imaginasi yang lebih sesuai untuk novel ini berbanding animasi islamik ala anime. Imagine how amazing that'd be.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews374 followers
September 24, 2025
Nirnama 2 merupakan sambungan langsung kepada Nirnama, dan berlaku 10 tahun selepas penamat kisah terdahulu.

Jagat Suci dan Raja Bersiong telah ditumbangkan, dan pendekar yang pernah digelar Nirnama sekarang famous sebagai Laksamana Utama Kerajaan Semutar Putih.

Kerajaan ini sekarang memerintah seluruh Tanah Semenanjung hingga ke sempadan Segenting Kra. Namun, penguasaan ini tak disenangi oleh Kerajaan Ayutthaya yang melancarkan serangan demi serangan ke atas wilayah - wilayah tinggalan Raja Bersiong.

Ketegangan memuncak apabila satu peristiwa hitam menggegarkan seluruh Semutar Putih. Dalam kekacauan itu, muncul seorang pendekar misteri yang membantu rakyat tanpa menzahirkan wajah atau berkata - kata. Rakyat mula menggelarnya sebagai Nirnama, sekali lagi menghidupkan legenda yang telah lama tenggelam.

Secara peribadi, Nirnama 2 lebih mengengat sebab ia memperkukuh mitos, memperdalam falsafah, dan memperluas semesta naratif Tanah Semenanjung yang telah dibina dengan penuh kesungguhan dan visi. Ia menggabungkan unsur sejarah, legenda, dan fantasi dalam 1 naratif yang cukup menarik.

Aku tak pernah cukup dengan Nirnama. Sungguh.

4.7 / 5 stars
Profile Image for Zarul Afandi.
70 reviews
May 17, 2024
Good follow up to the first book, I just wish it featured more of the title character in the book as this one focuses more on the people around him.

But besides that:
- Sick fights with alot of booms and stuff
- Touching moments that make you wanna hug yo wife and kids
- Sad moments that make u wanna call yo mama
- Dragons
- Giant dude make me wanna hit the gym
- Giant girl make me wanna quit the gym
- Callbacks that make sense (characters be comin back to spin the block for the boi)
- Callbacks that make no sense (Characters randomly appearing quoting things that happened off-screen)
- Horses
- People on horses
- Demons
- Tiny old man
- Tiny young man

Overall, its a pretty sick book with heavy islamic influence and good values thrown in.
Profile Image for nessilly.
41 reviews
May 27, 2024
edit currently reading:

I am done. 4 bab awal and 4 bab akhir buat saya menangis. buat saya rindukan suami tapi malangnya saya belum kahwin. boyfriend pun jauh sekali kewujudannya...

edit done read:

dah habis baca saya tutup buku and termenung. dalam hati "sekarang aku nak buat apani? nirnama semua dah habis baca."

If someone asks me which one you like the most, I'll say both because both Nirnama and Nirnama2 are so epic.

Nirnama menceritakan tentang perjalanan Nirnama diikuti dengan Nadim and Cendana. Lawan musuh, jin cari bantuan untuk semutar putih. Dari awal Nirnama dah ada rancangan yang buatkan saya sebagai pembaca berdebar nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Tetapi tidak dalam Nirnama2.

4 hikayat pertama saya menangis and I gasp like "AWAL LAGI NIHHHH!!"

And sepanjang saya baca perjalanan Nadim and Cendana untuk cari 'Nirnama' saya tak boleh agak jalan ceritanya seperti apa because of the plot twist after plot twist.

Cendana yang keras kepala plus Nadim yang bertanggungjawab jaga sempadan dengan Kasturi and sembunyikan sesuatu sepanjang perjalanan itu buatkan saya geram and tertanya-tanya.

Tapi rahsia itu pun sebenarnya buat saya menjerit like "WHATTT!?" sebab tak sangka ya HAHAHAHA

Tambahan pula dengan watak watak dongeng melayu buatkan cerita ni lagi comel (Badang, Bawang Marah, Bawang Putih, Pak Belalang, Belalang, Perak dan sebagainya..) And tak dilupakan watak watak menarik Ayutthaya Jaroenchai, Prayoon, Okya Chakra, Watcharin dan banyak lagi.

Paling kelakar bila Okya Decho and Lekiu berlawan ya Allah 😭 that man is savage in his introverted act.

And that one scene macam dalam avengers endgame semua menentang Krahang start dengan Nirnama, Nadim and semua laksamana. And scene sebelumnya juga buat saya menangis kerana keajaiban yang berlaku.

Character development yang baik seperti

—Nadim(he's a man now and I don't want to believe datt)
—Cendana(girl still knows what she wants till she risks her life)
—Nirnama(he's a man's man. dia bukan Nirnama yang merengek waktu dengan Adiwaja + he's someone's husband...)
—Kasturi(he's married and I don't wanna believe DATTT) and why semua orang kena kahwin and I still single!!
—Candra Kirana(I'm looking forward to whoever she is Hilal Asyraf or maybe for the next novel Nirnama3)

Nirnama2 jalan ceritanya seimbang. Scene lawan, romantis, cabaran dan debaran buatkan saya tak sabar nak baca Nirnama yang seterusnya. Tahniah Hilal Asyraf dan terima kasih kerana menulis karya Nirnama dengan baik. Saya sukaaaaaaaaa!!!!

edit 27/5/2024:

and untuk part akhir lawan naga, saya ingatkan ada Pak Belalang and Belalang sebab saya tahu Belalang banyak helah and maybe dapat membantu laksamana yang lain menumpaskan naga-naga. atau maybe saya yang tak puas hati sebab scene Belalang and Pak Belalang macam sikit... like I want more Belalang and Bapak Belalang moment dalam Nirnama2.

Well I hope nanti Nirnama3 ada lagi Belalang dengan helah diorang huhuhu TTTT
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nani S.
10 reviews
May 14, 2024
Bila baca 10 tahun telah berlalu sejak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan, saya dah risau banyak babak imbas semula diceritakan. Tapi tidak ya. Jalan cerita pantas bergerak dari satu babak ke babak yang lain.

'Plot twist' demi 'plot twist' membuatkan saya rasa puas membaca hingga ke hujung cerita. Banyak watak baru yang muncul, banyak juga konflik yang timbul; tersusun kemas dari awal cerita. Pertarungan juga semakin mencabar dan banyak aksi yang mendebarkan. Pertarungan akhir semestinya lebih saspens. Saya sukakan kejutan dalam Nirnama 2 berbanding Nirnama yang boleh diduga.

Kali ini watak Lekiu, Badang dan Panji mencuri perhatian saya.

Nirnama 2 masih mengekalkan bahasa melayu baku, klasik dan mengangkat tema kemelayuan dan islam yang menjadi jati diri bangsa kita.

💭: Membayangkan akan ada Nirnama yang seterusnya sempena tiga nirnama bersua. 🤭🙏🏻 Apa yang berlaku dalam masa 10 tahun selepas Peperangan Agung, pengembaraan ke Dinasti Ming dan kepulauan Ryukyu.

#Nirnama2 #HilalAsyraf #MalaysiaMembaca
Profile Image for Akmal Zahrudin.
219 reviews26 followers
January 8, 2025
*SPOILER ALERT*

My thoughts?

Aku cuba buat review ni dengan spoiler tahap yang paling minimum, sebab aku nak korang experience sendiri betapa bestnya buku ni.

First of all, thank God Nirnama 2 has the same illustrator as Nirnama 1 🥲

1. As expected, sangat2 best 🥲 Menyesal gila lambat baca. Patut skip je semua TBR. Bagi aku, sepanjang aku baca novel melayu, setakat ni hanya Hilal Asyraf yang boleh tulis cerita berperang yang membuatkan aku hooked up, tak boleh skip, into the scene. Rasa macam tengah tengok anime versi zaman kesultanan melayu.

2. Dalam buku 2 ni kisah perang antara kerajaan Ayutthaya dengan Semutar Putih. Awal2 chapter dah emotional damage. Masa Sultan Alauddin ke Ayutthaya untuk rundingan damai, shocking moment berlaku. Macam ada satu scene dalam Game Of Thrones. Aku speechless.

3. Lepas diorang terpaksa fall back ke Mendam Berahi, berhempas pulas menahan serangan dari tentera Ayutthaya, another shocking moment happened. Sekali lagi aku speechless.

4. Buku 2 ni more kepada journey Nadim, Cendana dan Panji, karakter baru kalau tak silap aku. Dalam perjalanan diorang jumpa another character baru yang sama2 join journey diorang - Bawang Merah dan Badang. Panji tu aku ingatkan lelaki. Rupa2nya Mulan 😆 Tapi cantik ohh.

5. Jangan terkejut. Bukan ada satu, tapi dua another Nirnama dalam buku ni. Dapat tahu identiti dua2 Nirnama tu bertambah2 la lagi terkejut 😆

6. Unlocked : my new boyfriends - Kasturi, Lekir dan Lekiu 😆

6. m/s 482 - SHOCKING. What happened to you😭😭😭

7. m/s 550 - MY FAVOURITE SCENE 🥲

8. m/s 660 - so funny bila Jebat tanya Nadim macam tu haha. Tapi macam dah dapat agak siapa pilihan Nadim. Aku pun setuju. Kalau dengan yang sorang lagi tu aku tak berapa setuju haha. Sebab Tuah dan Cendana kan sama2 hebat fighting. Aku nak la partner Nadim pun yang hebat jugak.

9. Tuah & Cendana will forever be my favourite couple 🥲🩷

10. Love the ending but I need moreee and moreee. I love every bits of it. Elemen dakwah yang ditulis very beautiful dan tak rasa forceful. Every fighting scene dengan bacaan ayat dan tawakal kepada Tuhan sampai aku pun terasa macam tengah berlawan sekali, sangat2 awesome. It's really good. Thank you Hilal Asyraf for writing this wonderful story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
489 reviews42 followers
October 26, 2024
10 tahun telah berlalu setelah pertempuran dengan Jagat Suci. Kini Sultan Alauddin dan Raja Trailok, Raja Kerajaan Ayutthaya bertemu di Ayutthaya untuk perbincangan damai. Tapi rupanya itu menjadi titik awal sebuah persengketaan besar.

Permulaan pun dah cukup menyentuh jiwa. SH suka bagaimana naskah ini mengambil teladan kisah para Sahabat dan diselitkan ke dalam naskah ini di awal cerita. Bab-bab awal sudah mampu menarik minat dalam pembacaan.

Geram betul SH dengan Cendana. Keras kepala betul. Nasihat orang semua tak dipedulikannya. Nadim yang rapat dengannya pun tidak diendahkan. SH ingatkan sekejap sahajalah degil Cendana ni. Tapi bertambah degil pula menuju ke pertengahan cerita. Degilnya hingga mampu membahayakan diri sendiri.

Dalam naskah ini baru kelihatan kepincangan pada watak 'Nirnama', tidak seperti pada naskah sebelumnya. Lebih nampak sisi manusiawinya yang tidak lekang dari kesalahan. Tidaklah nampak seperti terlalu sempurna. Rasa lebih realistik.

Nadim dan Kasturi sememangnya antara yang sering memberi buah fikiran yang bernas kepada Sultan Alauddin. Dan kehadiran seorang lagi di kala mereka sedang di ambang perperangan menambahkan bilangan penasihat yang bijak kepada kerajaan Semutar Putih. SH sentiasa kagum dengan mereka yang bukan sahaja handal bertempur namun mampu membentangkan strategi yang sangat membantu dalam sesebuah perperangan.

Dan tentunya ini sebuah naskah yang tidak lekang dari menyebut kekuasaan Allah dan betapa hambaNya harus menggantungkan sepenuh kepercayaan terhadapNya tanpa secubit keraguan. Dan bagaimana tokoh-tokoh besar di dalam naskah ini yang berdakwah bukan sahaja dari kata-kata mereka tetapi juga melalui perlakuan dan perbuatan mereka. Itu adalah antara cara dakwah yang SH rasa cukup baik dan mampu memberi kesan yang mendalam bagi mereka yang melihatnya. Dan sememangnya kita lebih percaya dan terkesan melalui tindakan lebih daripada percakapan.
Profile Image for Miyuke.
200 reviews3 followers
February 19, 2026
Sekali lagi naskah rangkaian dari Nirnama ini mengagumkan saya. Setelah mengharungi hari siang dengan kesibukan tugas hakiki, saya terpaksa pula akur dengan punca yang yang menyebabkan saya tidur lewat menjelang malam..kerana Nirnama 2 ini.

Naskah yang sukar untuk dihentikan pembacaan. Saya tanpa sedar menyelak halaman demi halaman untuk mengetahui plot seterusnya. Naskah ini juga bersifat sedikit kurang laju berbanding naskah Nirnama.

Penulis menjadikan watak-watak dalam naskah ini mudah digambarkan. Latar pertempuran juga dapat dibayangkan. Cuma ada beberapa langkah dalam pertempuran yang saya tidak dapat ikuti sepenuhnya, namun itu tidaklah menjejaskan keseluruhan penceritaan.

Syabas penulis!

NOTA :
Saya membeli naskah ini melalui pautan Shopee rasmi Tuan Penulis. Namun kualiti naskah yang saya perolehi amat mengecewakan. Sebaiknya diberi perhatian bagi tujuan penambahbaikan.

Saya berhasrat untuk mendapatkan naskah Nirnama : Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung pula untuk bersama-sama menelusuri perjalanan watak-watak dalam Nirnama.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews16 followers
November 29, 2024
Rindu dengan dunia Nirnama but I wish we were focusing on the titular character himself.
Novel yang kedua lebih tertumpu kepada watak2 disekeliling Nirnama.


Cuma terasa kali ni agak draggy sedikit penceritaannya, terutamanya dialog ketika pertarungan tu.

Just like the first novel, I love love love Malay folklore so much. Seeing names some of the characters made me get teary eyes 🥹
rindu waktu kecik2 dulu💕
35 reviews2 followers
February 1, 2025
Nirnama 2 membawakan premis cerita yang lebih ambitious.

Meluaskan lagi universenya dengan memperkenalkan watak dan kerajaan yang lebih banyak, terutamanya dari Asia Timur. Penulis Hilal Asyraf mengukuhkan lagi francais ini dengan perkembangan watak yang tidak lagi terlalu tertumpu kepada satu watak sahaja, menguatkan lagi jenamanya sebagai sebuah siri Islamik epik nusantara yang mantap.

Aku puji bagaimana penulis berjaya memperbaiki beberapa kritikan yang aku pernah lontarkan terhadap buku pertama Nirnama. Antaranya, francais ini tidak lagi terikat dengan kerajaan-kerajaan klasik yang dipengaruhi persempadanan wilayah moden. Walaupun aku rasa masih tidak cukup kerana aku masih tak nampak kerajaan-kerajaan dari Sumatera sedangkan kerajaan dari utara Semenangjung, Borneo dan Jawa ada diperkenalkan, tapi ia satu permulaan yang baik untuk mengembangkan lagi universe ini.

Aku suka yang Nirnama yang sebenar kali ini banyak 'direhatkan', kemudiannya memberikan lampu limpah kepada 'Nirnama-Nirnama' lain untuk menyinar.

Walau bagaimanapun, aku ralat dengan villain utama dalam buku kali ini, atau mungkin boleh aku katakan tiada pun villain utama yang baru. Yang ada cumalah beberapa watak villain kecil yang baru, manakala villain utama pula hanya recycle daripada buku sebelum ini.

Perasaan aku membaca Nirnama 2 masih lagi sama sepertimana aku membaca karya-karya Hilal Asyraf yang lain. Secara peribadi, jalan ceritanya tidak berjaya menjadi kegemaran aku kerana ia merupakan sebuah kisah yang simplistik, membawakan cerita hitam-putih, baik lawan jahat, dan sudah tentulah baik akan menang di akhirnya, setiap plot yang mudah dijangka.

Kalau karakter baik, sempurna sangat sampai tidak pernah buat silap. Kalau karakter jahat, teruk sangat sampai tiada backstory yang menarik. Dialog pula terlalu preachy dalam menyampaikan dakwah membuatkan aku rasa sedikit bosan.

Namun begitu, aku cukup hormat dengan usaha yang dilakukan Hilal Asyraf dalam mengangkat karya-karyanya. Walaupun gaya penulisannya bukanlah personal preference aku, tetapi aku tidak mahu penulis mengubahnya. Gaya seumpama ini sudah menjadi trademark beliau, telah mengangkat nama beliau, dan sememangnya kita memerlukan buku-buku seperti ini di pasaran dalam menarik minat kanak-kanak dan remaja dalam membaca karya-karya epik purbakala nusantara yang disulam dengan dakwah-dakwah yang jelas dan mudah difahami.

Sekiranya ada, harapan aku untuk Nirnama 3 adalah untuk francais ini berkembang menjadi jauh lebih ambitious daripada Nirmana 2. Jangan takut. Sebab siri ini mempunyai vibe-vibe anime yang mempunyai idea yang gila-gila. Aku nak francais ni jadi 'gila-gila'.

Misalnya, aku nak tengok Kerajaan Semutar Putih keluar dari Semenanjung dan bermain politik pula dengan kerajaan-kerajaan luar. Bila dah perkenalkan watak-watak dari kerajaan Asia Timur, apa kata Semutar Putih pula membantu menghentikan pemberontakan-pemberontakan yang ada di sana.

Ataupun, dah tiba masanya Semutar Putih bertembung dengan kerajaan-kerajaan dari Barat pula. Kita tahu yang pertembungan Semutar Putih dengan Ayutthaya diinspirasikan daripada pelbagai siri pertempuran kerajaan Melaka dengan Siam.

Aku nak tengok macam mana idea Hilal Asyraf dalam mengolah pertembungan Melaka dengan Portugis. Apakah idea-idea alternate universe yang boleh dibawa. Mungkin Semutar Putih berjaya menumpaskan ancaman Portugis di Asia, menghalau dan mengejarnya hingga ke Eropah, sepertimana yang pernah dibawakan Faisal Tehrani dalam '1515'?

Idea kerajaan dari nusantara menggegarkan Eropah sudah tentu tak logik dari segi geopolitik tapi memandangkan penulis dah bawakan kerajaan Ming membantu Semutar Putih (juga tidak logik), dah alang-alang, boleh terus all-out.

Apa-apa pun, aku doakan Hilal Asyraf terus maju jaya dengan francais ini terutamanya dalam hasratnya untuk mengembangkan lagi ke dalam medium lain seperti komik dan animasi. Gaya penulisan hitam-putih dan dialog-dialog preachy sememangnya sesuai kalau dijadikan animasi. Aku terbayang kalau Monsta (Boboiboy, Mechamato) yang buat animasi Nirnama sebab aku rasa kedua-dua pihak ini mempunyai gaya penceritaan yang seakan sama.

Aku tak sabar untuk Nirnama 3!
1 review
May 8, 2024
Very good narative arrangement of this sequel. Nadim, Cendana, Kasturi, Lekiu, Lekir, and new character more shine in this narative. Early story and the event at first 10 hikayats like jumbled and last 3 hikayats combined and love the plot twist. Very good reading and religiously educating. Very appreciate and proud of all Nirnamas volume that bring the civilization of Malay culture and jive in with all Malay Folklore stories by make it very interesting when the author rehash and religiously romantize positively. Last main antagonist quite bored with comback again but feel of war its something. Ilustration of the charactor at every incoming plot its very much help the imagination of readers. MasyaAllah. Awesome!! looking forward on next volume.
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books16 followers
July 3, 2024

“Islam itu membawa manusia untuk hidup bermatlamat. Hidup yang tidak kosong. Hidup yang bukan dipandu nafsu serakah. Hidup yang tidak mementingkan diri. Hidup yang bermaruah.”
- Raja Muhammad Jenin, Nirnama 2, 2024.


Susah nak buat review Nirnama 2 ni sebab dari awal lagi ada spoiler. 😂 Tapi tak apa, kita cuba juga.

Novel ini mengisahkan tentang 10 tahun selepas kejatuhan Jagat Suci dari novel Nirnama yang pertama. Yang mana Cendana dan Nirnama (dipanggil sebagai Tuah sekarang) hidup bahagia berdua.

Ketiadaan zuriat setelah sedekad bersama membuatkan Cendana rasa hidup mereka tidak lengkap. Namun Tuah tidak pernah merasakan begitu. Cumanya dia hanya mahukan apa yang Cendana mahukan.

Okay, I feel sad baca dialog Cendana as I can relate to it. Rasa macam salah diri sendiri, tapi sebenarnya itukan rezeki dari Allah. Which penulis sangat-sangat bagus dalam portraying how a woman/wife feels.

Kemudian ditambah pula dengan sedih kehilangan. Tak boleh bagitahu kehilangan apa sebab again, spoiler banyak sangat. Nak review kena hati-hati. 😂

Aku suka part tu. Tak nampak laa macam watak-watak tu terlalu overpowered (OP). Ada yang mati, ada yang terpaksa melarikan diri dan meninggalkan rakan seperjuangan demi kelangsungan hidup dan keselamatan pemimpin.

Kebijaksaan Nadim dan Kasturi juga tak dinafikan. Hensem Nadim dan Kasturi. But to me, Nadim masih seorang budak. Ah rindu Nadim yang kecik.

Cuma Nadim yang besar ni bagi aku macam dah hilang sikit core dia. 10 tahun berguru dengan Nirnama, aku terasa Nadim tu Tuah. 😂

As much as aku enjoys all the fighting scenes, aku tetap rasa it could have a better villain. Someone yang baru with greater motive. Aku faham motif Nadim dan perasaan dia untuk protect Cendana. Tapi aku still rasa it would be best kalau Nadim bagitahu je. Cendana can rebel after that, like always. Hahaha. Tapi overall aku puas hati.

Penceritaan masih kekal smooth dan mudah untuk difahami, aksi lawan yang best cuma aku lagi prefer kalau yang watak villain sebenar adalah villain yang baru. Lagi membuatkan motif jahat 5 sekawan tu lebih kuat. Penat eh lawan yang last tu.

Lynne bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk Nirnama 2 yang penuh aksi ini.

Review penuh insyaAllah akan ada dekat youtube. ✨
Psss, jangan lupa subscribe dan tekan loceng notifikasi. 😝
Link di bio.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alea Aizad.
68 reviews27 followers
October 20, 2024
"𝘈𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘰𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘢𝘯𝘶𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢
𝘤𝘢𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯, 𝘥𝘪𝘬𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘻𝘶𝘳𝘪𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯, 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘢𝘯."

Kerajaan Semutar Putih yang dinaungi oleh Sultan Alauddin mula bertambah maju setelah terhapusnya ancaman oleh Jagat Suci dan Raja Bersiong. Nirnama atau lebih ramai dikenali sebagai Tuah mula menjadi Laksamana Utama Semutar Putih di kerajaan itu. Namun, penguasaan Semutar Putih di beberapa kawasan mula menjemput rasa tidak puas hati bagi kerajaan Ayutthaya. Kini Semutar Putih mula mendapat ancaman dari pelbagai pihak termasuklah pihak dari kumpulan misteri yang bergerak secara senyap. Ancaman demi ancaman, dengan kehilangan Tuah menyebabkan Semutar Putih terus bergolak, sehingglah terbitnya insan baru yang turut digelar ramai sebagai Nirnama.

✧°˖ . ݁˖︵‿❀‿︵˖ . ݁˖°✧ ✧°˖ . ݁˖︵‿❀‿︵˖ . ݁˖°✧

Alhamdulillah setelah beberapa bulan, saya berjaya habiskan series Nirnama & memang another win dari Hilal Asyraf yang dapat mengarang cerita se'gempak' ini.

Untuk Nirnama 2, banyak plot berfokus kepada Nadim dan karakter baru yang saya syak adalah satu 'love interest' bagi Nadim sendiri. And memang banyak improvement untuk Nadim berbanding buku yang pertama since dekat sini Nadim semakin matang dan mula mengikut ajaran Islam seperti Tuah.

Walaupun saya suka bila Cendana berkeras hati nak cari Nirnama tetapi saya agak frust bila Nadim lambat berterus terang. Tapi saya tahu author buat begitu supaya dapat beri sedikit unsur saspens & klimaks buatkan para reader tertunggu-tunggu apa yang Nadim nak beritahu sebenarnya. Banyak juga unsur peperangan di akhir cerita, memandangkan banyak pihak yang turut terlibat sama.

Watak Musashi bagi saya walaupun dia muncul agak lambat tapi saya paling curious dengan watak dia since author tak dedahkan dengan lebih lanjut misi Tuah ke kerajaan Ming. Dan seperti biasa, tak pelik kalau saya turut jatuh hati semula pada watak Nirnama dan Cendana. Lebih banyak unsur romantik di antara mereka dalam buku ni. Ada rasa sayu bila baca moment mereka sebagai penutup cerita.

"𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊��𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒑𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒕𝒂𝒉𝒂𝒓𝒊𝒌𝒖. 𝑴𝒂𝒕𝒂𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒑 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒌𝒊𝒂𝒎𝒂𝒕."

Tahniah pada author sebab berjaya mengarang cerita sehebat ini ! Akan terus support author untuk the next release yang akan datang ❤️
Profile Image for Matin Seth.
7 reviews
May 16, 2024
Buku yang dinanti-nanti....penambahan watak Baru yang menarik. Tahniah Hilal Asyraf.... "King of Nusantara legendary story telling"....Wajib baca NIRNAMA !!!!
Profile Image for Nurin Musa.
29 reviews1 follower
August 15, 2024
Sama seperti novel pertama dalam siri Nirnama, jalan cerita sangat menerujakan, penuh dengan semua elemen sastera. Saya rasa jalan cerita novel ni sangat lengkap in a way saya tak rasa ada kelopongan dalam cerita, sekiranya ada pun, ia tidak terlampau ketara. Satu perkara yang saya paling suka ialah cara penceritaan novel ini yang penuh aksi dan emosi, sememangnya membawa impak kepada saya sebagai pembaca. Dapat dilihat di dalam Nirnama 2 ini character development bagi most of the characters in Nirnama, ditambah lagi dengan karakter-karakter baru yang memeriahkan lagi jalan penceritaan. Tidak asing daripada karya-karya Hilal Asyraf yang lain, di dalam novel ini juga diselitkan pelbagai pengajaran dan peringatan, serta ajaran Islam yang wajar diamalkan dalam kehidupan kita. Jarang kita dapat temui buku fiksyen yang ber-genre klasik melayu serta mempunyai elemen sejarah seperti novel-novel dalam siri Nirnama, sebab tu saya sangat appreciate jalan penceritaannya yang membuka mata saya akan keindahan kehidupan masa dulu dan membuatkan saya lebih menghargai sejarah tanah air ini.

A little bit of romance here and there but Ya Allah everytime ada scene Tuah and Cendana (which is not a lot T.T), my heart just went DUP-DAP DUP-DAP! They are so sweet to each other 😭 but of course they also have their own challenges, life ain’t all sunshine and rainbows… I love the mukaddimah, i love the khatimah, and i absolutely love all the hikayat(s) in between!!
7 reviews1 follower
January 13, 2025
Review aku terhadap Nirnama 2 mungkin terlalu kontra dengan Nirnama 1.

Aku tak dapat habiskan Nirnama 2, seingat aku, aku stop membaca dekat babak Tuah dengan Cendana berbincang perihal masalah peribadi. Bagi aku babak ini terlalu cringe, mungkin kerana aku yang tidak berapa meminati babak romantis seperti ini. Tapi jujurlah babak ini juga antara sebab terbesar kenapa aku drop Nirnama 2. Romance nya terlalu rasa seperti ‘for plot development’ , romance yang dibentangkan tak rasa pure, rasa seperti alat untuk menggerakkan plot sahaja.

Selain tu, waktu villain keluar seperti Proyoon dan lain2 yang keluar serentak pun aku dah lost track. Banyak karakter dalam sesuatu masa yang sama. Jadi aku pun lost interestlah dengan villain untuk Nirnama 2 sebab introduction mereka tak berjaya hook aku untuk stay dengan buku ni.

Aku sedikit kecewa sebab tak dapat habiskan buku ni sebab memang aku suka sangat dengan Nirnama 1, mungkin aku pickup balik kot nanti.
Profile Image for nikillas.
38 reviews4 followers
May 22, 2024
Kisah dalam Nirnama 2 berlangsung selepas 10 tahun buku Nirnama 1. Seronok membaca Nirnama 2 ni sebab dia banyak highlight watak-watak sampingan yang dalam Nirnama 1 dahulu. Side story yang ada terselit pun tak lari dari plot asal cerita. Ada kisah yang aku memang tak tahu wujudnya hikayat tu. Buat aku google dan mencari ilham hikayat itu diambil dari mana.

Cliffhanger sangat menyakitkan hati ya. Rasa macam nak baling je buku ni bila cliffhanger tu. Kita tgh exicited dengan sesuatu scene tu. Lah tiba dia tukar scene. Geram! Tapi tu buat aku sangkut dan nak tahu apa yang jadi.

Watak fav adalah Lekiu. Aku suka gila dengan perwatakan dia. Dia punya perangai tak select ya. Hahaha.

Mohon ada spin-off untuk "watak-watak" lain itu ataupun cerita 10 tahun kelana Cendana, Nadim dan Tuah..
3 reviews1 follower
May 29, 2024
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah sudah habis saya baca buku ini semalam.saya memang tidak menjangka jalan cerita buku ini ada plot twist tetapi disebabkan penulis membuat keputusan untuk menaikkan watak-wataknya yang lain membuatkan saya lagi teruja nak baca.Meski Tuah sudah kurang pendedahan tetapi buku ini tetap dengan tajuknya iaitu nirnama.Saya rasa terharu pada bahagian dimana raja dan rakyatnya bersatu hati dalam Islam untuk berperang musuh pada esok hari. Akhir kata keseluruhan buku ini tetap membuat saya ingin membacanya berkali- kali sama seperti buku-bukunya yang lain. Saya harap ada sambungan menceritakan di kerajaan Ming dan Ryukyu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Batrisyia.
5 reviews
June 27, 2024
Alhamdulillah best gilaa buku ni😭. Buku dari author ni jarang lah tak 5 stars😔

Plot dia for me berat tapi still best. Mcm nirnama 1 , lepas jadi tu jadi ni. Tapi nirnama 2 dia mcm serentak. Semua benda jadi, sampai rasa kalau saya dekat situ pun dah gelabah dah takut. Annddd plot twist pun ada😭i was like whatt, never expect. And pls nak nadim dgn bawang merah🙏🏻🙏🏻
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
March 2, 2025
Macam biasalah, kalau jantung tak laju, tak penat, tak berpeluh membaca bukan buku @hilalasyraf lah kan. Letih oiii.

Best best best. Watak watak baru dari kisah dongeng melayu muncol satu persatu. Setiap watak yang di keluarkan tak lari dari cerita asal tapi akhirnya kembali ke agama Islam. Kreatif kan..?

Puas hati..
2 reviews1 follower
May 7, 2024
Alur cerita yg menarik dgn memperkenalkan pelbagai karakter. Santubong pun makin ✨
Profile Image for Rainy Rose.
301 reviews31 followers
July 19, 2025
"Aku tidak memaksa engkau untuk memahami apa yang aku lalui, Panji. Sebagaimana aku mungkin tidak akan mampu faham apa yang engkau hadapi sehingga engkau mempunyai rasa sedemikian buruk terhadap agama yang aku, suamiku, Nadim dan pemerintah Kerajaan Semutar Putih anuti. Tetapi jangan bicara seperti aku tidak mengerti makna ujian. Aku bukan tidak mengerti, tetapi aku mendidik diri sebagaimana tauladan suamiku. Redha kepada Ilahi, bersangka baik kepada-Nya."

Fuhh habis juga baca akhirnya, karya sekuel Nirnama yang kedua, sama seronok dan sama teliti watak-watak dan jalan cerita dalam buku ini.

Nirnama 2 mengisahkan berkenaan dengan pertembungan Kerajaan Semutar Putih dengan Kerajaan Ayutthaya pula. Kali ini, jalan ceritanya lebih memfokuskan akan kelana Nadim dan Cendana serta beberapa watak yang baru muncul di dalam sekuel kali ini.

Sama seperti buku yang pertama, jalan cerita di dalam buku ini juga sangat teliti dan tersusun dengan baik. Para wataknya juga mempunyai personaliti dan peribadi yang masing-masing, sangat kukuh, bagi aku. Senang cerita, buku ini sama seronok dengan buku yang pertama! Silakan baca!

PS: Cute dan suka sangat dengan gambar potret dalam bab terakhir dalam buku ni, hehe.
3 reviews
April 26, 2025
Akhirnya habis baca setelah berbulan-bulan dibeli. Sebenarnya saya lebih meminati siri novel Hikayat Satria-Satria Sejati berbanding novel Nirnama yang pertama. Tetapi Nirnama 2 berjaya melangkaui jangkaan saya. Sepanjang pembacaan, saya teringat kepada perjuangan saudara-saudara kita di Gaza. Banyak babak tentang jihad yang sangat berkait.

Saya beri lima bintang untuk Nirnama 2 kerana plot twists yang tidak berjaya saya teka. Menanti Nirnama 3 pula.
Profile Image for Mohd Noor.
34 reviews
January 20, 2026
Novel NIRNAMA 2.
Bilangan Halaman : 669 Halaman.
Mula Dibaca : Selasa, 02 Rejab 1447 Hijrah, 23 Disember 2025.
Tamat Dibaca : Selasa 23 Rejab 1447 Hijrah, 13 Januari 2026.

Seperti yang pernah aku nyatakan, aku tidak berapa minat untuk mengikuti mana-mana semesta novel fiksyen bersiri. Memandangkan hujung tahun 2025 dan awal tahun 2026 adalah fasa merehatkan sedikit minda, maka aku cuba mencari bahan bacaan fiksyen setelah beberapa bulan sebelumnya aku cuba memerah dan mengasah minda dengan bahan bacaan bukan fiksyen. Selepas sedikit carian, aku memilih novel Nirnama 2. Tetapi kenapa Nirnama 2, kenapa aku tidak mulakan dengan novel pertamanya?

Boleh dikatakan, pilihan aku adalah tepat untuk mengabaikan novel pertama dan melompat terus ke novel kedua atas faktor cita rasa aku yang pelik. Dalam mana-mana produk hiburan fiksyen, aku memang mahu melihat watak-watak sampingan diberi struktur plot atau cabaran yang perlu mereka selesaikan sendiri tanpa melibatkan watak utama. Contohnya jika kita menonton anime dari Jepun, watak-watak sampingan kebiasaannya akan diberikan 'story arc' mereka sendiri sama ada dalam bentuk sub-plot atau 'spin-off' kepada watak sampingan. Keputusan penulis untuk 'merehatkan' watak utama pada sebahagian besar plot novel cukup aku sukai. Cuma Nirnama 2 ini bukanlah 'spin-off' kisah Nadim kerana akan ada ramai watak yang mengisi ruang-ruang konflik di dalam penceritaan.

Nirnama 2 adalah kisah pengembaraan Nadim yang juga adalah sebagai medan ujian untuk menzahirkan gerangan dirinya yang sebenar setelah sepuluh tahun diasah dan digilap oleh Nirnama. Dengan ujianlah kita akan tahu siapa diri kita. Dengan ujian juga kita akan melihat hasil dari latihan dan amalan yang kita usahakan sepanjang perjalanan hidup. Dari ujian, kita akan nampak sama ada latihan itu cuma pakaian luaran semata-mata atau inti pati dari latihan itu benar-benar meresap jauh ke dalam lubuk jiwa yang paling dalam hingga secara automatik akan terzahir sikap kita yang sebenar di saat yang tidak pernah kita duga.

Kebijaksanaan dan ilmu persilatan yang diasah sejak sekian lama bukan untuk diperam apatah lagi dibangga-banggakan tetapi ia datang bersama tanggungjawab yang besar. Semakin tinggi keupayaan yang dimiliki maka semakin besar juga amanah yang bakal digalas.

Pengembaraan Nadim bersama Cendana mempertemukan mereka dengan sejumlah watak yang baru diperkenalkan menerusi novel kedua ini. Watak-watak itu diambil dari kisah rakyat yang sangat popular malah pernah diangkat ke medium filem dan siri televisyen. Kalau sudah namanya watak baru maka latar belakang mereka juga pelbagai ragam. Cabaran yang dihadapi Nadim dan Cendana pula menuntut penyelesaian yang efektif dan bersesuaian dengan situasi. Permasalahan yang ditimbulkan watak-watak baru ini amat dekat dengan masyarakat hari ini contohnya isu 'scammer' yang semakin berevolusi.

Akal yang geliga digunakan untuk memperdaya orang lain sedangkan ia sepatutnya dimanfaatkan untuk memberi kebaikan yang lebih besar. Sebenarnya, 'scammer' semakin membiak kerana ramai orang yang rela dirinya ditipu, iaitu mereka yang mudah teruja dengan tawaran tidak masuk akal atau biasa disebut sebagai 'too good to be true'. Sama dengan perangai segelintir orang kampung di dalam novel ini yang gemar dan terlalu mudah percaya dengan perkara yang kononnya bersifat kesaktian. Dari sisi lain, anak-beranak Belalang yang terkesan akibat kesengsaraan perang memilih jalan haram untuk menjana pendapatan. Mereka yang terhimpit ini sepatutnya dibantu, bukan diabaikan. Apabila tiada yang peduli, amat mudah mereka terjerumus ke lembah kerosakan.

Kes-kes penderaan mental, fizikal dan emosi tidak sedikit yang dilaporkan. Suasana rumah yang tidak sihat akan memberi kesan buruk selama bergenerasi. Melalui plot keluarga toksik ini, penulis menyindir golongan yang bersolat tanpa penghayatan menyebabkan solatnya itu tidak mencegah dari perkara mungkar. Golongan seperti ini yang biasanya akan berkata,

"Dia pergi konsert pun jaga solat".
"Walaupun dia tipu orang tapi dia banyak bersedekah".

Memang perit apabila yang menyakiti kita itu adalah dari kalangan keluarga sendiri. Seperti sub-plot si anak tiri, antara langkah yang sesuai untuk menjaga kesihatan mental adalah dengan keluar membina kehidupan sendiri atau paling tidak, jarakkanlah diri. Pada awalnya aku terkeliru sekejap dengan watak adik-beradik tiri yang diterbalikkan personaliti mereka, hahaha!

Perdebatan antara Panji dan Nadim menunjukkan bahawa Islam itu adalah cara hidup menyeluruh yang diterima akal. Semua persoalan Panji dibalas oleh Nadim dengan hujah konkrit yang mudah difahami. Ada masanya apabila 'cakap tak jalan' atau 'tak makan saman', masalah perlu diselesaikan dengan ketegasan yang bersifat fizikal. Seperti pertarungan dengan 'scammer' dan terpaksa masuk campur urusan keluarga orang lain.

Nirnama 2 bercerita mengenai para lelaki qawwam dan yang mempunyai ketinggian kualiti kepimpinan. Boleh dikatakan majoriti watak protagonis lelaki adalah model atau contoh pembinaan lelaki yang sebenar-benar lelaki. Segelintir masyarakat kita yang masih berfikiran lapuk lagi bodoh menganggap lelaki itu mesti sentiasa kuat, bengkeng tidak bertempat dan lelaki yang menangis itu adalah lembik. Sedangkan lelaki sejati tidak begitu. Lelaki sebenar adalah yang menjunjung tinggi Allah dan Rasul-Nya dan tidak teragak-agak untuk bangkit berjuang berhadapan mereka yang cuba menggugat agama Allah di atas muka bumi. Berjuang itu bukan semata-mata mengangkat senjata tetapi perlu didasari dengan ilmu yang benar.

Perjalanan kisah Nadim bermula sebagai budak jalanan yang tidak tahu matlamat hidup tetapi selepas bertemu dan dididik oleh Nirnama, keperibadian Nadim berubah tiga ratus enam puluh darjah. Ke mana pun dia mengembara, dia tetap membawa seruan dakwah dengan lisan dan perbuatan. Nadim tahu bagaimana cara menyelesaikan masalah yang pelbagai ragam, ibarat 'campak hutan pun boleh hidup'. Masalah itu tidak diselesaikan dengan akal yang terhad semata-mata tetapi dengan dakwah yang berpandukan nas-nas dari Al-Quran dan Hadis. Lagi satu, dalam kembara Nadim ini kita dapat melihat bahawa majoriti anggotanya adalah wanita. Kalau ikut logik, dengan kemampuan Nadim, boleh saja dia melakukan apa-apa perbuatan yang mencemar maruah wanita demi memuaskan nafsu serakahnya.

Tetapi lelaki qawwam tidak begitu. Lelaki qawwam melindungi dan menghormati maruah wanita, contohnya tindakan Nadim yang berjalan di hadapan dan wanita di belakang pula menunjukkan jalan supaya tidak terlihat aurat bukan mahram dan menolong wanita melakukan kerja-kerja yang tidak sesuai dengan kelembutan seorang wanita itu sendiri. Babak-babak ini diinspirasikan dari kisah Nabi Musa A.S membantu dua orang wanita untuk mengambil air. Nadim juga tidak melayan godaan wanita cantik walau 'peluang' terhidang depan mata. Ikhtilat dijaga dan tidak berurusan dengan lain jantina tanpa keperluan.

Dilihat juga bagaimana santunnya watak Nirnama melayan emosi sang isteri yang gundah gulana kerana belum dikurniakan zuriat walau sudah sedekad bernikah. Amanah sebagai Laksamana Utama tidak menyibukkannya dari memenuhi keperluan emosi sang isteri.

Mereka yang benar-benar beriman tidak akan sesekali memandang enteng tanggungjawab kepimpinan yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Bab awal mengingatkan kita dengan kisah Saidina Umar R.A yang memikul sendiri bekalan gandum untuk dibawa kepada rakyatnya yang sedang kelaparan.

Sultan Alauddin adalah contoh apa itu makna kepimpinan. Dalam kesibukan menggalas pelbagai tanggungjawab, baginda menyediakan masa khusus untuk mendengar sendiri aduan rakyat dan menyantuni mereka bersesuaian dengan masalah yang diadukan. Jawatan yang disandang bukan untuk bermegah-megah apatah lagi menindas rakyat yang tidak mampu melawan. Mungkin bagi sesetengah orang, demi menjamin kelangsungan dalam politik, tidak boleh lari dari tindakan yang licik dan adakalanya membawa kepada kekejaman tetapi Sultan Alauddin memegang jawatan selama satu dekad tetapi wilayahnya naungannya makmur dan cuba sedaya-upaya menjaga hubungan harmoni dengan wilayah luar seperti kerajaan Ayutthaya. Dalam peperangan akhir, baginda sendiri tidak berapa senang melihat kematian di pihak musuh. Bagi Sultan Alauddin, perang adalah jalan terakhir bagi mempertahankan agama Islam dan kedaulatan wilayah Semutar Putih. Sepanjang pemerintahannya, Baginda berusaha membasmi segala kesyirikan dan membina banyak madrasah untuk melahirkan generasi ulama' yang akan terus-menerus mendidik masyarakat.

Sirah Nabawiyyah dan Khulafa' Al-Rasyidin membuktikan model pemerintahan Islam yang sebenar dan ini adalah inspirasi penulis dalam membina struktur watak Sultan Alauddin.

Penulis cuba memasukkan beberapa lapis 'plot twist', ada yang mudah diteka kerana terlalu awal penulis mendedahkan klu kepada persoalan siapakah yang memakai gelaran Nirnama. Aku benar-benar tidak menjangka identiti sebenar Panji!

Menjadi seorang Islam yang alim ilmu agama itu sepatutnya membuatkan dia lebih ramah dan pandai berinteraksi bersesuaian dengan karakter seseorang yang pastinya ada keunikan tersendiri, seperti watak Nadim yang tahu bagaimana menyesuaikan dakwah terhadap Panji dan Badang kerana kedua-dua watak ini menghadapi konflik yang berbeza. Walaupun ada sikap dan persoalan kawan-kawan barunya ini yang seperti boleh mengundang marah tetapi Nadim memilih untuk bersabar dan berhujah dengan santun. Jika anda rasa anda seorang yang mendalami agama tetapi bersikap kasar dengan orang, berwajah ketat dan sukar didekati, maka periksalah kembali hati anda.

Dakwah dengan ramah bukan marah.

Aku nampak penulis seperti cuba menentang ideologi sesat feminisme yang galak menjalar di dalam produk hiburan fiksyen terutamanya yang dihasilkan dari negara Barat. Majoriti watak protagonis lelaki adalah lelaki sejati yang bersifat pelindung, bukan penindas. Watak-watak perempuan di dalam novel ini juga tidak menjadi mangsa keganasan lelaki malah ada watak wanita yang didera oleh wanita juga, bukan lelaki. Di samping itu, watak wanita seperti Cendana pula bukanlah lemah dan menunggu untuk diselamatkan sebaliknya mampu membela diri sendiri dan menjadi tulang belakang kepada lelaki-lelaki yang sedang berjuang.

Peperangan itu tidak lari dari tipu muslihat. Secara atas kertas, angkatan Semutar Putih tidak mampu menyaingi jumlah bala tentera Ayutthaya. Corak serangan mereka yang secara rawak dan tidak tersusun menyusahkan Semutar Putih yang terpaksa memecah-mecahkan pasukan mereka hingga banyak tempat tidak sempat dikawal. Jika musuh berfikir satu langkah, kita perlu berfikir beberapa langkah lagi ke hadapan di samping mengira pelbagai kebarangkalian. Berhadapan secara fizikal adalah langkah yang kurang efektif apabila dari awal lagi musuh sudah mengatasi kita dari segi jumlah.

Maka, strategi luar kotak atau tidak konvensional perlu dilaksanakan. Persona 'Nirnama' terpaksa diwujudkan kembali demi mewujudkan kegalauan di hati musuh dan nampaknya langkah ini sangat berkesan dalam mengawal pergerakan rawak tentera Ayutthaya hinggakan tekanan serangan dari mereka berjaya dikurangkan. Malah, pasukan Jaroenchai yang penuh muslihat itu juga seboleh-bolehnya cuba mengelak dari berdepan dengan Nirnama. Penjelasan mengenai kemunculan insan yang menyarung identiti Nirnama ini sebenarnya menunjukkan bahawa novel Nirnama 2 bukan lagi berkenaan sang Laksamana Utama. Mungkin juga sebagai bayangan awal novel-novel lain dalam semesta Nirnama nanti akan mengangkat kisah pengembaraan baru dan lebih segar tanpa terlalu bergantung kepada tarikan watak utamanya.

Gelaran Nirnama bukan hak milik khusus buat seseorang itu tetapi ia boleh digalas dan diwarisi oleh mereka yang layak. Seperti yang aku cakap di atas tadi, para lelaki qawwam dan memiliki kualiti kepimpinan. Apa yang menarik, penulis seperti memberi petunjuk bahawa gelaran Nirnama ini mungkin pernah ada ceritanya tersendiri di dalam sejarah dunia? Sama ada secara realiti atau dalam dunia fiksyen? Masakan dua orang watak baru yang berasal jauh dari Nusantara juga ada ceritanya sendiri dengan gelaran itu?

Ada satu babak yang membuatkan buat aku terbayang-bayang. Manusia akan menzahirkan siapa dirinya yang sebenar di saat terdesak, dari situlah dapat dilihat apa yang tersimpan di sanubarinya. Semasa babak di mana seluruh pengawal salah sebuah kubu Semutar Putih habis dibantai pasukan Jaroenchai, tinggal seorang saja tentera yang masih hidup. Dalam keadaan nyawanya di hujung tanduk, dalam keadaan hidup dan mati, dalam keadaan dipaksa untuk mengikuti kesesatan, tentera yang tidak dikenali ini memilih Iman yang benar. Apa yang dapat difahami, keadaan seperti ini adalah hasil didikan agama Islam yang ditanam dan diamalkan dengan sepenuh penghayatan serta dalam satu tempoh yang bukan sekejap. Jadikan peringatan, jika Zikrullah yang sentiasa menghiasi hidup sehari-hari, moga pengakhiran nanti adalah dalam menyebut nama Allah, sebaliknya jika ucapan sia-sia bermain di bibir, moga ia tidak memakan diri, Nauzubillah.

Sentiasalah meminta perlindungan dari Allah dari tipu daya syaitan yang tidak jemu menyesatkan manusia dan hati yang bersih dari terpedaya dengan nafsu serakah. Manusia adalah makhluk yang mulia tetapi boleh jatuh ke lembah kehinaan andai akal dibelakangkan dan nafsu pula diletakkan di hadapan, seperti watak Krahang yang diselubungi sifat dendam yang akhirnya memusnahkan diri dalam keadaan hina. Begitu juga pengakhiran pasukan Jaroenchai, terpedaya dengan permainan syaitan yang membuatkan manusia itu berasa bangga diri dengan kepalsuan. Syaitan itu makhluk yang tiada daya tetapi ada manusia yang tertipu kononnya syaitan itu membantu manusia dengan kepalsuan. Bukan syaitan itu yang menjadi bidak manusia tetapi sebaliknya, manusia itu yang ditunggang syaitan. Nauzubillah.

Jika diamati, watak-watak pejuang bukanlah setakat bertarung membunuh musuh tetapi mereka juga adalah pendakwah. Dalam kembara, mereka menyebar dakwah, semasa bertempur pun mereka berdakwah. Kunci kemenangan adalah menyebar dakwah. Mereka adalah pejuang yang mengangkat senjata dengan ilmu yang dibentuk di dada. Apa gunanya bersemangat mengangkat senjata jika tiada ilmu? Silap-silap, senjata itu tidak tahu hendak dihalakan ke mana dan mungkin lebih teruk, ia akan menebas kawan sendiri. Maka, perjuangan tanpa ilmu boleh jatuh kepada sia-sia.

Ikhlaskan hati dalam berjihad kerana bantuan Allah itu akan datang bersama perjuangan yang ikhlas membela agama-Nya. Ikhlas itu juga bukan mudah, ia memerlukan pembinaan ilmu di dalam dada. Sebab itu pentingnya menuntut ilmu.

Aku tidak berapa gemar dengan idea mengumpulkan semua watak sekaligus dalam peperangan akhir, sampaikan beberapa watak dari novel pertama turut membuat kemunculan. Aku lebih suka andai watak-watak ini dipecah-pecahkan ke beberapa lokasi pertempuran yang berbeza, contohnya sebahagian di perbatasan selatan dan sebahagian lagi mempertahankan kawasan istana. Watak penjahat yang sudah cukup ramai bertambah ramai dengan kemunculan dua orang penjahat dari novel pertama. Pada mulanya watak Krahang seperti penjahat utama tetapi wataknya sering tenggelam dan timbul hingga seperti tiada peranan besar dalam peperangan. Cuma aku suka apabila penulis menamatkan watak Watcharin dan 'merehatkan' Okya Chakra di pertengahan novel, tidaklah berlonggok semua sekali pada peperangan akhir. Bagi aku, tidak semua watak pejuang itu perlu turun bertempur di medan perang. Watak Perak sebagai perencana strategi yang licik lebih menarik jika dia terus berada di belakang tabir mengurus pasukan meriam. Dalam satu pasukan, tidak semestinya semuanya adalah petarung, ada juga perencana strategi yang ligat bersilat akal. Ibarat satu tubuh badan, ada yang berfungsi sebagai otak, ada yang berperanan sebagai otot.

Apa yang aku suka, hampir semua watak sama ada protagonis mahu pun antagonis diberi peluang beraksi yang memuaskan. Tidak sangka pula Laksamana Lekiu sebagai watak baru yang terlebih introvert itu mampu mengalahkan dua orang musuh. Ini yang orang kata, diam-diam ubi berisi. Kalau aku boleh memilih satu babak pertarungan yang paling digemari maka aku akan memilih babak Laksamana Kasturi vs Jaroenchai. Seronok membaca babak demi babak pertarungan mereka sambil Kasturi membongkar sihir yang digunakan Jaroenchai dalam mengabui pandangan lawan.

Ada satu babak di dalam pertarungan akhir yang seperti diinspirasikan dari filem animasi CGI, Final Fantasy VII : Advent Children.

Mengapa dalam kebanyakan kisah fiksyen dan fantasi, mesti nak masukkan watak raksasa naga 🤔?

Semesta Nirnama nampak begitu dipengaruhi dari konsep anime Jepun yang dapat dilihat dari puluhan ilustrasi yang cun-melecun, cuma aku harap pihak penulis dapat memperbaiki kualiti kertas halaman yang agak tipis. Paling tidak pun aku harap semesta Nirnama dapat dilengkapkan secara trilogi dengan jalan cerita yang lebih gelap dan konflik yang lebih kompleks. Babak romantik nanti bolehlah dikurangkan sedikit.

Banyak lagi aku nak tulis tetapi cukuplah setakat ini, aku tulis panjang-panjang pun mana ada yang baca.

Adakah selepas ini aku akan terus mengikuti semesta Nirnama?

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
April 16, 2025
kali ni lebih menonjolkan watak 5 laksamana berbanding Nirnama lain yang banyak mengetengahkan watak dongeng Melayu seperti Pak Kaduk
62 reviews1 follower
December 11, 2024
NIRNAMA 2 📚 by HILAL ASYRAF
Rating : 1000000/10🌟

(My opinion)

Bakal merindui fantasi Nirnama lps ni sebelum nk tunggu next novel Nirnama: Hikayat 5 pendekar pulak tahun depan.

Nak cakap siri ni worth the hype. Biar beli harga tinggi asal cerita best, tak kosong, ada pengajaran yg boleh diambil dri penceritaan.

Sangat berani ye di buku kedua Tuah hilang separuh dari penceritaan.. even cendana pon tak bnyk sangat.. tp takpelah cendana highlight di Nirnama 1.. nasib baik kita ada character lain yang berjaya naikkan seri buku ni 🥰🥰 alhamdulillah most character ada di penghujung 🤭

I wish to have more books mcm ni lagi 😌 Buku ni Kasturi and Nadim boleh kata highlight of the book. Nadim berubah jauh lebih baik dari 10 tahun dulu. Kasturi ya ampun bagus betul. Kasturi and Nadim kalau ade award, dorang patut dpt sebb idea dioranglah menyelamatkan Semutar putih. Tuan Perak pun sama, dtg2 terus jadi org kuat istana senang cite mampu ganti Tun Nirmala dan Nadim (waktu Nadim di sempadan utara).

Lekir and Lekiu hebat ehh mereka nii.. jangan pandang sebelah mata anak didik cendana. Tulang belakang semutar putih. Jebat mcm biasa dia steady 😙walau apa yang datang, pasti berjaya ditempuh..
Profile Image for Bukhari Qori.
19 reviews
February 26, 2025
Sebuah lagi karya epik elemen nusantara daripada Tuan Hilal.

Cerita kali ini agak lagi untuk sesebuah buku yang mengetengahkan tentang watak utama. Cerita sambungan Nirnama ini memunculkan kembali watak tidak bernama itu yang pasti tak disangka siapa disebalik kain pelikat itu.

Watak sampingan dan baharu didalam novel sebelumnya diberikan 'screentime' yang sangat memuaskan seperti yang dimaklum oleh penulis. Perkembangan watak sangat baik dengan elemen mengejutnya dan tidak disangka oleh pembaca.

Watak-watak jahat pula amat licik dengan perancangan tersendiri. Pembaca ingatkan ITU yang menjadi musuh utama, malah INI yang menjadi musuh sebenarnya.

Dari segi bahasa, sangat baik dengan penggunaan dan laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur. Juga, karya penulis mengangkat martabat Islam didalam setiap karyanya. Membuatkan karya Nirnama 2 menjadi pilihan saya sebagai penulis.

Kesimpulannya, ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk karya ini. Sangat 'recommended' untuk semua pembaca yang inginkan kelainan.
Profile Image for Nur Hasniza.
47 reviews3 followers
November 17, 2024
Nirnama 2 lebih tertumpu kepada watak2 lain di dalam Nirnama 1, juga kisah2 bagi pertambahan watak2 lain.

Saya berpendapat Nirnama 2 tidak ditulis sebaik Nirnama 1. Banyak olahan dan ayat2 yang agak janggal di baca, dan sukar difahami. Sebahagian dialog juga tidak dapat dipastikan siapa sebenarnya yang mengungkapkannya.

Di samping itu, terlalu banyak kesalah ejaan, juga kesalahan maklumat muka surat pada Kandungan di permulaan buku. Sepertinya Nirnama 2 ini dihasilkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Overall penceritaan masih baik, masih berupaya menyampaikan mesej2 dan nasihat2 agama kepada pembaca dalam kaedah yang lebih santai.

Saya berharap, sekiranya penulis berhajat menyambung kepada siri seterusnya iaitu Nirnama 3, ia akan mengembalikan keterujaan pembaca sama seperti saat membaca Nirnama 1.

All the best Tn Hilal.

Saya menjangkakan Nirnama 3 akan tertumpu kepada hubungan Tanah Semenanjung dan Sumatera (Majapahit, Acheh dan sebagainya)
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
January 13, 2025
Yeay habis sudah bacaan pertama buat tahun 2025. Nirnama 2 kalini boleh saya katakan agak bosan dan slow ?

1. Kehadiran watak yang terlalu banyak macam menyerabutkan jalan cerita. Pening kadang-kadang nak fokus kat mana. Keliru bila baca dialog ketika perlawanan antara laksamana-laksamana dengan watak antagonis. 'Vibe' bagi buku kedua ini kurang syok sikit berbanding yang pertama. Watak Tuah tak dapat banyak screentime sangat dalam buku ni as it focuses more on the side characters.

2. Of course, kalau buku Hilal Asyraf mesti akan diselitkan pengajaran tentang ilmu agama, ayat ii al-quran dan kisah para sahabat. Saya suka dengan watak Panji dalam buku ni. Wajarlah untuk dia question everything about Islam since he's not a muslim right. Yang paling gempak bila fight scene between 'Nirnama' dan Tuah. Memang saya langsung tak expect gerangan jejaka di sebalik identiti Nirnama. Also, ada 2 watak antagonis yang buat comeback ! Sampai ternganga mulut ni ha bila baca !
Displaying 1 - 30 of 60 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.