Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komik Nirnama #0

Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama

Rate this book
Sebelum Nirnama berhadapan dengan Bagak Durjana bagai yang dihikayatkan di dalam Novel Nirnama, pendekar tanpa nama itu telah terlebih dahulu mengembara ke seluruh Tanah Semenanjung 5 tahun lamanya.

Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama membawakan 10 kisah dari pengembaraan Nirnama tersebut. Dari sudut latar masa, kisah-kisah ini berlaku dalam sekitar dua tahun terakhir pengembaraan Nirnama di Tanah Semenanjung.

10 kisah ini padat dengan nilai murni, pesan-pesan kebaikan dan semestinya aksi pendekar daripada Nirnama!

272 pages, Comic

First published May 1, 2024

5 people are currently reading
103 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
70 (60%)
4 stars
27 (23%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Eiline.
42 reviews
July 21, 2024
Adik yang hasut baca komik ni..

Quick Review

• Storyline: 5/5 (Setiap bab, berlainan cerita, so tak panjang + ni kisah sebelum Nirnama first novel)
• Graphic : 5/5 (Cantik gila... Tapi story Nirnama yang belakang sekali, art by Myle Ismail, handsome giler 😆😆)
• Spelling errors : 5/5 (rasanya tak ada)
• Grammar : 5/5


Tak Sabar nak tunggu komik yang kedua 😆😭
25 reviews
December 30, 2024
Jalan cerita bagi setiap bab die bagi sy terlalu pndk, and the art was a bit..yeah. art dlm novel Nirnama 1 and 3 lagi fine dari yg ni. But it's fine..teruskn usaha untk improve dri segi art. Sbb komik ni, walau jln cerita menarik tapi art x berapa ok, x jadi jgk. (No hate, just my opinion)
Profile Image for nessilly.
39 reviews
May 20, 2024
Finish this comic in one hour

Saya dah habis baca semua buku Nirnama kecuali Nirnama2. Saya takut nak baca sebab both of them dah kahwin so apa jadi dalam Nirnama2 saya taknak tahu 😭

Please saya taknak Cendana saya merana...

So saya baca komik dulu untuk dapat feel nanti baca Nirnama2.

Pertama sekali saya enjoy baca komik and I'm looking forward to the upcoming Nirnama's comic.

Layouts cantik and ada satu bab Nirnama pergi ke kampung gapura. Flashback semula teringat waktu dia kecil.

The illustrations and details are gorgeous! LOVE IT!!

Saya tak sabar nak baca komik penjaga tasik chini sebab the illustrations are more detailed and smooth.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bacalah Fans.
15 reviews1 follower
June 19, 2024
Yeah! Akhirnya dapat juga komik yang aku tunggu-tunggu untuk tahun ini. Orang lain dah lama dapat sebab beli pra-tempah, aku pula pulun beli dekat PBAKL. Adakah komik ini berjaya melepasi jangkaan orang ramai yang juga telah lama menunggu komik ini?

Nirnama pada asalnya merupakan novel tulisan Hilal Asyraf. Pada PBAKL tahun ini, aku boleh katakan beliau merupakan penulis mandiri paling berjaya sekali. Mana tidaknya, walaupun reruainya terletak terperosok di belakang tangga, tanpa hiasan yang gah sekalipun, ia masih lagi begitu penuh dan sesak. Tidak kurang pula yang beratur sehingga ke luar PWTC hanya untuk mendapatkan tandatangannya. Sejujurnya, tidak pernah lagi aku jumpa penulis mandiri yang mendapat sambutan luarbiasa seperti ini.

Hafiz Ismail pula tidak perlulah diperkenalkan lagi. Mula berkarya bersama Komik-M dan pernah memenangi CKOM beberapa tahun lalu. Namanya semakin harum di kalangan peminat komik tempatan apabila beliau menghasilkan komik solo bertajuk Wira Kera. Namun, siri Wira Kera terpaksa direhatkan sebentar oleh Hafiz untuk memberi laluan kepada projek komik Nirnama ini. Rata-rata peminat Wira Kera agak kurang senang apabila siri ini direhatkan sementara. Tapi adakah penantian peminat Hafiz berbaloi dengan terbitnya komik Nirnama ini?

Komik Nirnama mengisahkan seorang pengembara yang berkelana dari kampung ke kampung di Tanah Semenanjung. Pengembara ini mempunyai kisah hitam pada waktu kanak-kanaknya. Pada masa itu, oleh kerana terlalu naif, Si Pengembara secara tidak sengaja telah membebaskan seorang lelaki dari sebuah kurungan. Muka Si Pengembara habis terkoyak akibat dicakar oleh lelaki tersebut. Tidak cukup dengan itu, habis semua keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung telah dibunuh oleh tahanan tersebut. Ternyata tahanan tersebut dahagakan darah dan darah ini boleh membuatkannya kembali muda dan bertenaga. Nasib Si Pengembara baik apabila beliau telah diselamatkan oleh Tok Guru Adiwaja.

Tok Guru Adiwaja telah menjaga dan mendidik Si Pengembara dalam pelbagai ilmu termasuklah ilmu agama dan persilatan. Pada masa yang sama, Jagat Suci telah berjaya menakluk sebahagian besar Tanah Semenanjung dan menyesatkan para penduduknya. Hanya negeri Semutar Putih masih lagi bebas dari taklukan Jagat Suci dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Setelah menjelang dewasa, Si Pengembara berkelana ke setiap kampung di Tanah Semenanjung. Pelbagai kesusahan penduduk dan kesesatan telah ditemui oleh Si Pengembara. Dengan ilmu agama dan persilatan yang tinggi, Si Pengembara sering membantu penduduk kampung untuk membebaskan diri dari cengkaman manusia yang rakus dan jin yang menyesatkan. Penduduk kampung sering sahaja bertanya siapakah nama Si Pengembara tersebut, namun Si Pengembara menolak untuk menjawab persoalan tersebut. Lalu lekatlah gelaran Si Pengembara dengan nama Nirnama, yang bermaksud tanpa nama. Pada Si Pengembara, tindakannya adalah lebih utama berbanding namanya.

Maaflah jika sinopsis aku ini kurang tepat. Ini hanya berdasarkan komik ini. Aku rasa, untuk mereka yang telah membaca novel Nirnama pasti boleh memberikan sinopsis yang lebih baik. Cumanya aku tertanya, adakah lelaki yang dilepaskan oleh Nirnama semasa kanak-kanak itu adalah Jagat Suci? Ok, jangan jawab. Tak saspens pula nanti.

Terdapat 10 buah komik pendek yang dimuatkan dalam jilid kali ini. Setiap komik mengisahkan sebuah kampung dengan masalah yang tersendiri dan Nirnama akan berlagak seperti seorang wira dengan menyelamatkan kampung tersebut. Walaupun kisah yang diceritakan menarik, namun plot antara komik ternyata berulang-ulang dan hampir tiada kelainan untuk setiap komik. Kemahiran berlawan Nirnama juga nampak terlalu kuat (BBNU kata OP), sudah macam Saitama yang terlalu mudah menewaskan musuh.

Aku lebih mengharapkan komik yang panjang untuk jilid ini. Namun, menurut Hilal Asyraf, ini merupakan komik perkenalan untuk Nirnama. Beliau merasakan koleksi cerita pendek seperti ini lebih baik untuk memperkenalkan watak Nirnama sebelum bergerak ke arah komik yang bersiri panjang, sekurang-kurangnya untuk menguji pasaran dan mendapatkan maklum balas peminat. Mungkin betul juga strategi beliau ini.

Unsur kemelayuan dan agama Islam memang pekat menyerap dalam komik ini. Beberapa potongan ayat al-quran turut dimuatkan sebagai dialog oleh Nirnama. Jelas ini sesuatu yang lebih segar dan menonjol jika dibandingkan dengan pelbagai penerbitan komik-komik tempatan sekarang.
Gaya lukisan Hafiz memang mammaamiaaa! Cantik dan begitu teliti sekali! Lakaran watak yang menarik dan latar belakang Nusantara yang menjadi. Pada aku, hasil lukisannya tiada cacat cela. Memang begitu sedap dipandang. Ketelitian lukisan Hafiz merupakan identiti yang jarang ditemui di dalam pelukis-pelukis komik lain di Malaysia. Setiap panelnya penuh terisi, menyebabkan aku terpesona pada setiap helaian muka suratnya. Memang tepatlah pilihan Hilal Asyraf untuk berganding bahu dengan Hafiz Ismail untuk komik Nirnama pertama ini.

Untuk komik pertama terbitan Hilal Asyraf Resources, aku agak terkejut juga dengan susun atur grafik komik ini yang menarik. Rupa-rupanya, Hilal Asyraf telah meminta bantuan Nazry Salam untuk membantunya dalam mereka bentuk susun atur komik ini. Siapa saja yang tidak kenal Nazry Salam yang terkenal dengan siri komik Misi. Memang terbaiklah artis-artis mandiri ini, sering bantu-membantu sesama mereka untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk peminat.
Belum lagi tamat bahang komik Nirnama: Kelana Tanpa Pendekar ini, Hilal Asyraf sudah bekerjasama dengan Myle Ismail untuk komik Nirnama: Penjaga Naga Tasik Chini. Bab awal komik kedua ini ada dimuatkan sekali dalam buku ini. Menurut Hilal, komik kedua ini merupakan komik panjang dan bukanlah koleksi komik pendek. Wow, pasti beli juga yang ini. Peralihan pelukis dari Hafiz Ismail ke Myle Ismail ternyata memberikan kesan yang berbeza untuk pembaca komik. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi, jaga-jaga sikit ketika mencetak komik dari Myle Ismail. Aku nampak resolusinya agak rendah dan sedikit mencacatkan hasil lukisan beliau apabila dicetak di atas kertas.

Adakah penantian aku untuk komik ini berbaloi? Pada aku sangat berbaloi. Aku terpaksa bagi 4.5/5 untuk komik ini. Terlalu menarik untuk tidak dibeli. Aku pasti boleh beri markah 5/5 jika ini merupakan komik panjang dan babak pertarungan yang lebih banyak (dan lebih ganas, hihi). Aku maafkan saja Hafiz Ismail yang terpaksa merehatkan Wira Kera untuk menghasilkan komik ini, sebab hasilnya begitu membanggakan! Tak sabar pula nak menunggu kemunculan komik Nirnama: Penjaga Naga Tasik Chini.

Masalahnya sekarang, perlukah aku beli dan baca novel-novel Nirnama pula? Aduh, masalah betul lah!

#ulasan
#review
#ulasanbuku
#ulasankomik
#komik
#comics
#komikmalaysia
#pbakl2024
#pbakl
#read
#baca
#NIRNAMA
#HilalAsyraf
#malaysiamembaca
#malaysiamembaca2024
Profile Image for Salma.
1 review
May 5, 2024
Sejujurnya saya tinggalkan Nirnama 2 dan baca ni dahulu, yang sebenarnya pilihan yang bagus sebab penceritannya berbentuk anekdot yang berepisodik (Tapi tak pastilah kalau sebenarnya memang ada kronologi). Kiranya, baca dari bab mana pun, kita still faham mesej yang nak disampaikan tanpa mengaitkan episod sebelumnya.

Art style kedua-dua pelukis saya minattt. First art style nampak agak bersepah tapi ambient nusantaranya sangat kena. Yang second art style kemass dan ramai karakter jadi ikemen sikit (no face syndrome occured)

Hikayat 6 ialah bab yang paling terkesan dkt saya. Perbualan antara dua orang yang seorang mulhid instead of terus beriman kepada Allah kerana kesesatan lebih agung di kampungnya and seorang Nirnama yang tak putus-putus sebarkan Islam dengan ke seluruh tanah nusantara. Banyak persoalan yang dilontarkan dan Nirnama mampu jawab, dan bagi si mulhid pikir dan pikir lagi. Yang akhirnya, mulhid yang curious ni terjeda kerana jawapan Nirnama mengenai undang-undang Allah dengan undang-undang manusia. Nak dijadikan cerita, hujah kita ialah berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dibentuk dari environment yang kita pilih untuk berjuang.



Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 13, 2024
Komik Nirnama yang pertama ni merangkumi sepuluh kisah berasingan sebelum pertemuan pertama Nirnama dan Bagak Durjana (Nirnama 1). Jadi, buat yang tak pernah lagi baca cerita Nirnama, tak jadi masalah pun untuk faham kisah dalam komik ni.

Aku berjaya habiskan novel ni in two sittings sebab ceritanya, setiap hikayat (bab) tak panjang dan ceritanya pendek-pendek je. Lukisan pun cantik dengan setiap panel tersusun. Cuma pendapat peribadi aku, babak aksi agak repetitif penceritaannya.

One thing yang aku suka gila dengan komik ni adalah dia punya floppy tu. Fuhh, senang kerja nak menyelak setiap mukasurat. Tak payah nak struggle gila-gila untuk menyelak. Apapun, tahniah kepada tuan Hilal dan Hafiz untuk kejayaan komik ni!
1 review1 follower
May 7, 2024
Sebuah komik sulung Nirnama daripada Hilal Asyraf yang dilukis oleh Hafiz Ismail.

Pada permulaan bacaan terasa agak kekok melihat lukisannya kerana terbiasa dengan lukisan oleh Hani Raimi di novel pertama Nirnama. Namun selepas beberapa ketika, mulai rasa terbiasa dengan gaya lukisan yang dipaparkan.

Terdapat pelbagai kisah dan merangkumi 10 bab serta singkapan awal komik yang bakal dikeluarkan oley Hilal bagi menyambung legasi komik Nirnama.

Saya tak sangka komik sulung ini akan setebal ini. Lebih daripada 200 muka surat. Sudah pasti pembeliannya terasa amat berbaloi.
Profile Image for Fatin Atiqah.
4 reviews5 followers
May 5, 2024
Adakah saya orang pertama yg tinggalkan ulasan utk komik ini? 🤣

Saya amat berpuas hati utk komik ni walaupun rasa mcm tak cukup. Sekejap sgt baca tiba² dah habis. Ada dua kesalahan ejaan dalam komik ni. Paling suka Hikayat 7. Apa yg kita bayangkan dalam kepala semasa baca Nirnama dapat kita lihat sedikit sebanyak dalam hikayat 7. Dapat lihat perbezaan utk dua pelukis Nirnama. Raikan perbezaan 👍🏻

Tak sabar nk tunggu komik Nirnama Penjaga Tasik Chini!
3 reviews1 follower
May 29, 2024
Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah buku komik ni habis saya baca.ia agak berbaloi dibaca kerana pengisian yang berfaedah. Jalan cerita yang menarik perhatian serta lukisan yang cantik dan kemas bagi saya.Masa saya dapat pakej buku ni, saya rasa teruja sangat meskipun belum baca lagi. dan ternyata ia telah memenuhi ekspektasi saya .saya akan menunggu komik nirnama yang seterusnya, insyaAllah.
1 review1 follower
May 27, 2024
Satu percubaan yang baik dari Tuan Hilal Asyraf untuk membuat komik. Terdapat beberapa "lore" yang diterokai dalam dunia Nirnama tetapi agak sedikit, kebanyakan kisah agak berulang. Semoga komik seterusnya dalam dunia Nirnama mempunyai jalan cerita yang unik dan kompleks.
Profile Image for Edi Rozaidi.
132 reviews
May 21, 2024
Komik tentang beberapa kisah perjalanan Nirnama. Cerita yang menarik dan santai. Boleh dijadikan sebagai koleksi Nirnama.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 14, 2024
Toksah cakap apa dah, lukisan cantik, jalan cerita best, background teliti, hang nak apa lagi? Ha, hang nak apa lagi?
Profile Image for Aira Zira.
105 reviews2 followers
June 5, 2025
Kalau komik kita lebih komen tentang ilustrasinya. Cerita sememang hebat kalau dari penulis Hilal Asyraf. Bab ilustrasi kurang menarik sikit pada saya bila ada part muka yang lebih nampak kelakar berbanding serius. Cerita setiap satu memang menarik walaupun agak pendek berbanding bahagian 1. Mungkin kena baca novelnya sekali baru lebih faham
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
July 13, 2025
Komik yang seronok dibaca, mudah difahami dan sarat dengan pengajaran.
Profile Image for Reza Aleeya.
128 reviews2 followers
June 14, 2024
Baru buka ni...
Dah meremang tengkuk.. 🤭

Nampak pelukis (hafiz ismail) betul2 membedah novel nirnama 2 dengan bersungguh-sungguh sebelum melukis. Pastinya derafting beliau dilakukan berulang-ulang agar scene yang penting tidak ketinggalan dari diabadikan dalam bentuk ilustrasi....

Sebagai contoh, dalam Hikayat 1,
Kekuatan kalimah dari surah yang pendek tetapi membawa maksud yang sangat besar disampaikan dengan baik...
****************
Beberapa kisah pengembaraan Nirnama disampaikan kepada pembaca.
Bagaimana Nirnama mendapar parut di muka
Bagaimana dia menjadi begitu terlatih
Dan apakah misi utama Nirnama

Satu bonus khas menampilkan Myle Ismail
Merupakan kisah bagaimana pengembara tanpa nama akhirnya dipanggil Nir-Nama (tanpa nama)

Agak menarik gaya penampilan Nirnama tidak berbeza meskipun dari pelukis yg lain...
Semoga karya hilal asyraf ini dapat membantu menaikkan lebih ramai pelukis berbakat..
Disamping melonjakkan lagi populariti karya Hilal Asyraf dan menarik lebih ramai pembaca dari segenap golongan
Profile Image for Beelah.
313 reviews19 followers
August 22, 2025
Komik Abe Nir yang pertama ni mantap! Terbaik!

☆ Panel2 yang ada lukisan suasana kampung sangat2 cantik! Rasa macam nak terjun ke dalam komik ni dan hayati suasana ni depan mata sendiri.

☆ Dialog keagamaan antara Abe Nir dengan Bentala dalam Hikayat 6: Nirnama & Mulhid Bongkak menarik!

☆ Hikayat 7: Nirnama & Kampung Gapura adalah permulaan kisah Abe Nir mendapat parut dipipinya dan pertemuannya dengan watak2 utama novel Nirnama iaitu Jagat Suci dan Adiwaja.

☆ Tiba2 pembaca dihadiahkan lukisan mata Abe Nir yang cantik dalam Hikayat 8: Nirnama & Ular Sakti. Cun!

Turut diselitkan dalam komik ni, singkapan awal Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama1 yang dilukis oleh Myle Ismail. Pengamatan saya, Hafiz Ismail pandai lukis latar suasana dan kebanyakkan panel komik penuh dengan latar suasana. Manakala Myle Ismail pula pandai lukis rupa dan pergerakkan watak. Apakata dua pelukis ni bergabung, cadangan saja hehe 😁. Pandai anak2 Ismail ni melukis.
Profile Image for Nur Hasniza.
47 reviews3 followers
November 17, 2024
Im excited to read next Nirnama comic on Penjaga Naga Tasik Chini. Mungkin kerana lakaran komiknya lebih selesa di pandang mata berbanding komik Kelana Pendekar Tanpa Nama ini. Apa2 pun, usaha yang sangat baik dari Tn Hilal bagi menaikkan kembali elemen nusantara/kemelayuan, disamping menyampaikan nasihat2 agama. Bravo ! Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.