Andai suatu hari kita kehilangan senjata paling ampuh, yakni doa seorang ibu; apakah yang akan kita lakukan? Adly, seorang mahasiswa yang baru kehilangan ibu mula merasakan hidupnya tidak lagi sama.
Adly begitu yakin bahawa doa ibulah yang akan membantu dirinya cemerlang dalam pelajaran. Namun, doa tersebut tidak mungkin dapat diperolehinya lagi. Lantas, Adly memulakan misi mencari doa daripada orang-orang yang mustajab doanya. Bersama-samanya ialah kumpulan Amin Bin Damit yang dianggotai oleh Amin bin Damit, Zulaikha dan Sarah yang masih keliru, tetapi terus bersemangat memulakan misi tersebut.
Dalam masa yang sama, kumpulan mereka turut berdepan dengan ancaman daripada Geng Nama Indah yang berasa tergugat dengan kehadiran mereka.
Dapatkah Adly dan kumpulannya melepaskan diri daripada ancaman Geng Nama Indah? Berjayakah Adly dalam misi mencari doa untuk dirinya?
Bila baca kisah Adly dan manusia-manusia di sekelilingnya teringat pula kisah Orang-orang Biasa. Kelakar. Aku suka dengan watak Adly yang mempunyai keinginan untuk tahu yang kuat serta mempunyai tabiat mengemukakan soalan-soalan spontan yang melucukan apabila menggelabah.
Turut suka dengan penggunaan analogi daripada penulis semasa penyampaian cerita dan menjadi faktor penarik untuk aku teruskan bacaan. Antaranya;
🎗️ Kasih ibu umpama air sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. Mungkin ada pasang dan surutnya, tetapi tidak pernah berhenti mengalir sehinggalah sungai kering kerana kemarau ataupun kering kerana riwayatnya hanya setakat itu (halaman 30).
🎗️ Umpama memancing ikan, saat ikan sudah memakan umpan, jangan pula kita sentap ikan itu, takut tali kail putus. Tetapi jangan pula kita biarkan ikan itu bebas membawa mata kail kita ke dasar sungai, takut juga tali kail kita putus dan ia terlepas. Semuanya perlu kesederhanaan. Islam itu agama sederhana (halaman 38-39).
🎗️ Kemaafan itu seperti buah yang masak ranum. Apabila buah yang masak ranum itu tidak diberikan kepada manusia yang memintanya, ia jadi sia-sia sebab tidak dinikmati. Kemaafan ialah suatu nikmat kepada manusia yang memberi dan kepada yang menerima (halaman 270).
🎗️ Pinggan yang kotor itu umpama hati kita. Makanan yang diletakkan di atas pinggan itu pula adalah keseronokan dunia yang sementara. Apabila keseronokan dunia itu berakhir, ia meninggalkan kesan kotoran dalam hati kita. Kalau kita tak segera membasuhnya, pasti ia kering dan membusuk. Jadi, basuh pinggan ini umpama kita sedang muhasabah diri dan memohon keampunan atas dosa yang kita buat semasa mengejar dunia (halaman 280).
🎗️ Melihat jalan raya yang pasti ada hujungnya. Ada persinggahan sama seperti hidup manusia. Bezanya, jalan raya dapat dilalui berulang kali sedangkan hidup, peluangnya hanya sekali (halaman 316).
Setiap watak mempunyai pengajaran masing-masing hatta watak Chempaka yang misteri itu juga ada membawa pengajaran kepada pembaca.
"Doa bukan sahaja lambang kelemahan kita, tetapi juga lambang pengharapan dan baik sangka kita kepada Allah."
Doa Untuk Aku mengisahkan Adly yang berasal dari Hulu Sungai Baleh, pedalaman Sarawak. Kefahaman Adly mengenai Islam sangat cetek kerana hanya dia dan Kassim saja yang beragama Islam di situ. Namun begitu, Adly sangat yakin pada kekuatan doa terutama doa seorang ibu. Setelah pemergian ibunya, Adly tidak yakin bahawa dia boleh lulus cemerlang tanpa doa mustajab seorang ibu. Maka, Adly menjalankan misi mencari doa daripada golongan yang mustajab doanya.
Mesej utama dalam buku ini semestinya perihal doa. Membaca buku ini membuatkan kau kembali sedar mengenai doa yang perlu diiringi dengan usaha dan tawakal juga kita sebagai hamba Allah supaya tidak sesekali putus harapan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Aku suka akan gaya penceritaan yang begitu santai dan disertakan lawak-lawak ringan serta dialog yang mencuit hati. Sungguh ada part yang tersembur juga gelak besar. Seronok membaca kisah-kisah mereka: 👉🏻 Kisah Adly mencari doa 👉🏻 Kisah Kumpulan Amin bin Damit 👉🏻 Kisah Kassim, Jefri 👉🏻 Kisah Geng Nama Indah
Semua kisah-kisah ini diadun dengan cukup rencah dengan bahasa yang menarik, dan seiring penceritaan juga, kita dipertemukan dengan watak-watak sampingan yang hadir sebentar namun memberi mesej positif mengenai kehidupan. Walaupun ada sesetengah adegan yang buat aku rasa bagaikan tak percaya ada insan selurus itu, namun secara keseluruhan, cerita ini berjaya memberikan aku hiburan di samping pengajaran hidup yang berguna.
Jika kamu mencari satu naskhah yang menyampaikan cerita berunsurkan Islamik dan diolahkan dengan gaya selamba, aku rekomen buku ini.
Tidak sangka buku ini merupakan sebuah yang membuatkan pembacanya tidak kering gusi dari awal hingga ke pengakhiran cerita dengan keletah dua orang sahabat. Ayat yang digunakan penulis sangat bersahaja tetapi pengisian yang padat dan penuh dengan ilmu tentang doa. Terdapat beberapa cerita tapi berantaian dan susunan penceritaan itu kemas.
Adly merupakan seorang siswa di Universiti Kuching dan boleh dikatakan seorang yang terlalu obses dengan kuasa doa mungkin ada perkaitannya dengan kehidupan masyarakat sekililing di Hulu Sungai Baleh. Dimana masyarakatnya yang mengamalkan serta obses dengan petua dan jampi serapah.
Selepas kematian ibunya, bagi Adly dia telah kehilangan doa yang mustajab. Oleh itu, dia merancang serta menyenaraikan strategi untuk mendapatkan doa dari golongan orang-orang yang dimakbulkan doanya oleh Allah agar Adly mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Cerita yang memberi banyak pengalaman dan pembelajaran serta membuka minda saya tentang doa. Bertambah kagum/lagi dengan Adly yang percaya dengan kuasa doa sehinggakan ketika nyawa dihujung tanduk masih lagi berdoa dengan bersungguh-sungguh kerana Adly tahu dia sedang berada dalam golongan orang-orang yang dimakbulkan doanya.
Karakter Adly memberi keyakinan kepada pembaca jangan pernah berhenti untuk berdoa walau dalam apa jua keadaan. Jangan pernah sekali berputus asa akan jalan takdir yang tertulis untuk kita. Andai apa yang dipinta belum dimakbulkan, mungkin ada perkara yang perlu perbaiki dalam kehidupan. Mungkin adab dalam berdoa, mungkin jua keadaan atau mungkin atas kesungguhan itu sendiri. Termakbul segala permintaan seiring dengan takdir Tuhan yang terbaik untuk kita. Berdoalah, sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Buku ni mengisahkan tentang Adly yang rasa kehilangan satu keberkatan dalam hidup nya selepas mak dia meninggal dunia. Dengan pemergian ibunya, bagi Adly dia dah kehilangan berkat ampuhnya doa seorang ibu. Jadi dia ada misi untuk mencari orang-orang yang makbul doanya untuk mendoakan dia dapat lulus final exam.
Apa yang aku suka dalam buku ni adalah watak Adly tu sendiri. Pengetahuan agamanya sangat cetek sebab walaupun dia dilahirkan sebagai Islam, dia dibesarkan dalam suasana majoriti bukan Islam. Ibunya mualaf Cina dan ayahnya mualaf warganegara Australia berbangsa Itali dan dia tinggal di kawasan perkampungan Iban. Jadi banyak ilmu asas Islam yang dia taktau. Namun begitu, dia sangat berpegang teguh pada keberkatan doa ibu itu sendiri. Dan aku juga suka Adly yang sanggup belajar dan tak malu untuk bertanya bila dia tau yang dia taktau tentang Islam. Dia rajin berjemaah di masjid dan sertai majlis ilmu.
Selain tu, aku suka cara penulis memasukkan elemen-elemen dakwah tanpa nampak terlalu ‘tazkirah’ nya tu. Dalam premis yang seringkas seseorang yang nak cari doa yang berkat, penulis juga ada masukkan pengajaran lain seperti: 1. Nilai persahabatan yang ikhlas 2. Kebaikan berterus terang 3. Doa saja tak cukup kalau tak ada usaha 4. Jangan sebarkan aib orang 5. Jangan mudah buruk sangka 6. Percaya pada ketentuan Allah
Penulis juga ada masukkan elemen-elemen komedi yang membuatkan proses bacaan rasa ringan dan senang dihadam. Cuma ada masa rasa macam komedi tu overused. But still, it was an enjoyable read.
Penat (best) aku dengan lawak bongok dalam buku ni😭😭
Overall, it's a fun way la untuk cerita pasal doa. Tak bosan. Watak Adly, Kassim, Kumpulan Amin bin Dabit 💀 semua watak function dalam ni. Cuma Chempaka tu jela teringin nak kenal dia, tapi as it said in the book, something is just good to remain as secret and unknown huhu.
Saya terfikir untuk membeli Doa Untuk Aku (DUA) mungkin juga dipengaruhi beberapa faktor. Pertama, kemungkinan disebabkan oleh warna merah kulit buku ini, begitu menyerlah! Kedua, mungkin kerana tajuknya, Doa Untuk Aku. Ketiga, mungkin kerana ulasan orang lain tentang DISK. Banyak sungguh kemungkinannya!
Doa Untuk Aku dibaca buat pertama kali di dalam kereta. Saya baca untuk beberapa halaman sehingga bab Adly dan Kassin berjumpa dengan seorang pengembara yang suka memotong rumput di setiap tempat yang dilawatinya. Kemudian, terjadilah dialog di antara mereka yang membuatkan saya tergelak. Lawak betul. Dari situ, saya sudah dapat agak, ini novel yang bagus !
Saya tidak rasa saya menilainya sebagai bagus hanya kerana DUA telah membuatkan saya ketawa pada awal pembacaan, tetapi ia lebih kepada jiwa saya dapat merasakan pengolahan ayat dan gaya penceritaan yang teratur, kemas dan bersahaja.
Saya membaca "ON" dan "OFF" (begitulah istilahnya) DUA dan saya lebih suka serta sibuk bercerita kepada Faizah dan Ana tentang novel ini, walhal rasanya pembacaan saya baru sampai Bab 1. Kak Min dan Kak Qoma menziarahi saya pada suatu hari.Ha, giliran mereka pula mendengar promosi saya untuk buku ini.
Faizah dan Kak Qoma sudah berjaya dihasut. Mereka sudah pun selesai membaca DUA. Respon daripada mereka berdua sangat penting buat saya. Kami selalunya sependapat dalam menilai buku. Memandangkan saya belum lagi selesai membaca DUA, jadi saya mahu mengetahui samada betul atau tidak andaian awal saya tentang buku ini. Saya kata DUA bagus.
Faizah kata, bagus, kelakar, dan bla bla bla. Kak Qoma kata, kelakar dan bla bla bla. Jadi, saya menyimpulkan secara kasar berdasarkan respon mereka yang DUA telah berjaya menawan hati Kak Qoma dan Faizah. Bukan senang melihat mereka puas hati dalam membaca sesuatu buku, kerana mereka ini jenis yang suka mengatakan - "biasa saja". Saya pun termasuk dalam golongan itu juga sebenarnya.
Saya mula membaca Doa Untuk Aku pada hari Sabtu, 29 November dan menyelesaikannya pada 30 November. Sebelum itu, saya balut terlebih dahulu kulit buku ini. Saya bimbang bucu buku semakin rosak.
Saya tidak dapat nafikan, Doa Untuk Aku memang kelakar. Sangat kelakar. Kelakar yang macam mana? Kelakar seperti anda membaca senaskhah majalah lawak dan anda terkekeh-kekeh pada setiap halaman.
Cuma, lawak-lawak Doa Untuk Aku bukanlah lawak kosong semata-mata. Saya percaya, setiap pembaca Doa Untuk Aku, selain hanya terkesan dengan kisah lawak yang terkandung di dalam buku ini, mereka juga akan terkesan dengan mesejnya. Mesej tentang rajin berdoa. Mesej tentang keyakinan dan tidak putus asa pada rahmat Allah. Mesej tentang makna sebuah kehidupan yang sentiasa saja dipenuhi dengan pelbagai kisah.
Doa Untuk Aku mengisahkan misi Adly mencari golongan yang doanya dimakbulkan. Adly memerlukan golongan ini untuk mendoakan dirinya lulus peperiksaan. Adly adalah anak yatim piatu. Ibunya sudah meninggal dunia dan ayahnya pula hilang tanpa berita sejak dia masih kecil lagi.
Adly berasal dari pedalaman Sarawak. Hulu Baleh nama tempat itu. Penduduk kampung di situ mengamalkan kepercayaan animisme. Hanya keluarga Adly dan Kassim sahaja yang menganut Islam. Walaupun beragama Islam, mereka tidak tahu apa-apa tentang Islam melainkan hanya sedikit sahaja.
Namun begitu, Adly sangat yakin pada kekuatan doa. Dia percaya dengan doa ibunya, dia boleh lulus peperiksaan dan masuk universiti walaupun keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Tetapi, sejak ibunya meninggal dunia, tiada sesiapa lagi yang boleh mendoakan dirinya. Kini, dia sudah kehilangan doa mustajab seorang ibu. Oleh itu, walaupun dia belajar bersungguh-sungguh, dia tetap merasakan kurang yakin untuk menempuh peperiksaan semester yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Melanjutkan pelajaran di Universiti Kuching dan bergaul dengan Jefri yang dipanggil Ustaz, telah memberi pengetahuan baru kepada Adly banyak perkara tentang doa dan Islam.
Jefri ada menerangkan kepadanya tentang golongan yang apabila dia berdoa, dimakbulkan doanya oleh Allah. Golongan itu ialah doa muslim pada saudaranya dari tempat yang jauh, doa orang yang banyak berdoa pada saat lapang dan bahagia, doa orang yang teraniaya, doa orang tua pada anaknya, doa musafir, doa orang yang sedang berpuasa, doa orang yang dalam keadaan terpaksa dan doa imam yang adil.
Jefri juga menerangkan kepada Adly tentang adab-adab berdoa. Pertama ialah memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan dari sumber yang halal. Kedua, berdoalah dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Pesan Jefri lagi, "Mintalah dengan rasa diri sebagai hamba yang hina. Hamba yang langsung tidak memiliki apa-apa, yang ada hanyalah Tuhan yang memakbulkan". Ketiiga, berdoalah pada waktu-waktu yang dimakbulkan doa seperti ketika akhir solat fardu, ketika dalam tahiyat akhir, hujan turun, sujud, antara azan dan iqamah, sepertiga malam sehingga waktu subuh dan hari Jumaat.
Ada juga adab-adab ketika berdoa yang perlu dijaga. Antaranya ialah menghadap kiblat, memulakan doa dengan memuji dan mengagungkan Allah , tidak mendoakan perkara yang jahat dan memutuskan silaturrahim dan jangan bersangka buruk kepada Allah seperti rasa-rasa Allah tidak akan memakbulkan doa itu.
Itulah antara ilmu-ilmu baru yang dipelajari oleh Adly daripada Jefri. Penuh nota kecilnya dengan catatan tentang adab-adab berdoa itu. Adly mula membuat perbandingan antara sikapnya dengan adab-adab yang dinyatakan Jefri tadi. Dirinya suka tergesa-gesa di dalam berdoa dan dia juga selalu berfikir yang Allah tidak akan memakbulkan doanya. Dia juga khuatir adakah dirinya yang belum berkhatan walaupun sudah berusia 20 tahun akan diterima doanya oleh Allah? Aah, dia terlupa bertanya perkara itu kepada Jefri!
Sebut pasal Jefri, saya tidak boleh lupa tentang lawak "konsert Hattan". Begini ceritanya. Jefri sangat mengambil berat tentang budak dua orang ini, Adly dan Kassim. Mungkin kerana Adly dan Kassim berasal dari pedalaman dan mempunyai pengetahuan Islam yang cetek, jadi Jefri sedaya upaya mahu membantu mereka mendalami Islam. Pada suatu hari, Jefri bertanya kepada mereka berdua, adakah mereka sudah berkhatan.
Adly bertanya balik kepada Jefri, "Kalau tidak berkhatan, bagaimana". Jefri pun menerangkan, "Kalau tidak berkhatan, tidak boleh menjadi saksi dan imam". Dalam hati Adly dan Kassim, "Apa salahnya tidak jadi imam dan saksi". Jefri bertanya lagi, "Sudah berkhatan belum?". Adly dan Kassim menjawab, "Belum".
Pada suatu hari, selepas solat Isyak berjemaah, Adly mendekati Jefri. Dia memberi salam dan memohon maaf kerana menganggu Jefri yang terkumat-kamit berzikir. Jelas Jefri, "Saya terkumat-kamit menghafal rumus matematik".
Lalu Jefri bertanya lagi , "Awak sudah fikirkan cara berkhatan?". Beberapa orang jemaah yang masih berada di surau itu memerhati ke arah mereka berdua. Jefri rasa bersalah kerana memalukan Adly, lalu dia bersuara kembali, "Maksud saya, awak datang sebab mahu membincangkan cara hendak pergi ke konsert Hattan, betul?". Sekali lagi mata orang-orang tadi memandang ke arah Jefri. Biar betul ketua Persatuan Pelajar Islam Universiti Kuching mahu ke konsert Hattan. Adly cuba mengawal situasi, "Ya, nak berbincang itulah. Bukankah Hattan sudah membuat album nasyid". Lawak betul. Itu hanya sebahagian lawak yang terkandung di dalam Doa Untuk Aku ya!
Sambung balik cerita doa tadi. Atas sebab-sebab kurang yakin yang doanya akan diterima Allah kerana Adly merasakan dirinya terlalu banyak kekurangan dan tambah-tambah lagi dia belum berkhatan, maka Adly pun mahu meneruskan misinya mencari orang-orang yang makbul doa untuk mendoakan dirinya.
Berdasarkan maklumat dan penerangan terperinci daripada Jefri tentang golongan-golongan orang yang makbul doanya, Adly mula merangka misinya mencari golongan-golongan itu yang diberi nama Misi Mencari 40 Doa.
Saya nak baca buku ini sebab penulisnya - Bahruddin Bekri, penulis terkenal di seluruh pelusuk dunia selepas tahun Masihi. Tambah keinginan untuk membaca novel beliau, setelah beliau membeli karya terbaharu saya di PBAKL 2013. (Kiranya nak balas budilah konon)
Doa Untuk Aku. Permulaannya seperti mahu menguap kerana ada cerita pasal sejarah Hulu Sungai Baleh. Saya tidak suka subjek sejarah semasa di sekolah dahulu. Tapi bila baca muka surat 5, saya tahan gelak. Tapi tak dapat tahan sebab terlalu ... erm... tak tau nak kata. Siapa yang baca buku ini, tentu tau ada apa di m/s 5. Ayoyo...
Makin saya baca buku ini, makin saya kenal penulisnya. Ah, melalui status yang di-updatenya pun saya sudah dapat kenal - tentu penulis ini seorang yang kelakar. Doa Untuk Aku penuh dengan unsur humor yang tidak keterlaluan, tapi sangat kelakar. (faham tak?)
Cuma versi yang saya baca ada agak banyak typo dan kesalahan watak yang bercakap. mengganggu sikitlah. tapi saya tahu, waktu itu penulis sedang menulis dengan kelajuan 20 mph (bukan kmh) kerana idea sedang mencurah seperti air terjun (bukan mencurah air ke atas daun keladi)
Tapi apa yang penting, buku ini sarat dengan pengajaran. Seriously. Rasa nak saja copy-paste ayat-ayat dalamnya untuk update status facebook. Tapi nanti kena saman pula dengan penulisnya. Cancel. Tapi pengajarannya boleh diamalkan.
11 tahun yang lalu, saya membaca Doa Untuk Aku sewaktu remaja
Kini, saya membacanya sebagai dewasa. Kebetulan pula, saya memlihnya sebagai novel cadangan untuk kempen #MalaysiansReadMalaysia (Ogos-Sept 2022)
***
Selamat datang ke perhentian ke-4 #MalaysiansReadMalaysia. Selamat Hari Merdeka kepada anak² Malaysia! ♥️
Bila diminta untuk memilih sebuah novel Malaysia, saya segera teringat Doa Untuk Aku.
Sebuah pengembaraan mencari doa.
Adly, anak kelahiran pedalaman Sarawak, nun di Hulu Baleh. Dibesarkan dalam masyarakat yang animistik, Adly sangat percaya pada kuasa "doa". Ada sesuatu yang ajaib & suci ketika seorang hamba memohon sesungguhnya dari Kuasa Maha Agung.
Di titik yang paling rendah, kita menggantungkan harapan pada Empunya Segala. Dan sebagai seorang Islam, Adly sangat percaya pada keajaiban doa seorang ibu.
Justeru, apabila ibunya meninggal dunia, dunia Adly menjadi gelap. Hidupnya selama ini adalah berkat doa ibunya, dan kini senjata itu tak mungkin diperolehi lagi.
Lalu, Adly memulakan misi mencari doa daripada golongan yang mustajab doanya.
Doa Untuk Aku adalah naskhah yang sangat Malaysiana. Lebih menarik, ia juga berlatarkan Sarawak (saya fikir kita sudah terlalu banyak karya² yang Semenanjung-𝘤𝘦𝘯𝘵𝘳𝘪𝘤)
Ia adalah naskhah tentang rakyat² biasa. Seperti kita. Saya gemarkan interaksi watak-watak dengan orang kampung. Ada suasana berkhatan di balai raya. Makcik peramah yang menjamu makanan tradisional di rumah kayu.
Malah, realiti pendatang asing dari Nepal & Indonesia yang susah payah ke Malaysia demi mencari sesuap nasi juga diselitkan.
Ini adalah cerita² yang wujud di sekeliling kita. Ia adalah cerita² yang menjadikan Malaysia adalah Malaysia ♥️
Terima kasih @readlahwei & @endless_chapters atas penganjuran kempen #MalaysiansReadMalaysia. Ia dibuat atas dasar cinta, atas dasar bangga sebagai anak Malaysia 🇲🇾
Justeru, saya mahu mengajak kawan² untuk turut serta memeriahkan kempen ini!
Syarat²nya mudah! 1) Kongsikan 1 buku Malaysia dengan hashtag #MalaysiansReadMalaysia 2) Tag @gerak budaya @readlahwei & @endless_chapters 3) 1 pemenang bertuah bakal memenangi buku Abandoned God
Oh ya! sila 𝘴𝘸𝘪𝘱𝘦 ke kiri. 𝘉𝘰𝘰𝘬 𝘵𝘰𝘶𝘳 ini tidak tamat di sini tau! Ada 13 lagi Bookstagrammers yang bakal berkongsi buku masing² (yip, tak sabar nya!)
Untuk 𝘯𝘦𝘹𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘱, saya menyerahkan baton kepada @kindlebueno_
Doa Untuk Aku yang aku baca sekarang ni diterbitkan semula oleh Jiwa (2022). Cover dah tukar lain dan aku lagi suka cover baru😊Bagi aku buku DUA ni memang patut diterbitkan semula sebabnya mesej yang nak disampaikan dalam cerita ini sangatlah besar, tetapi disampaikan dengan cara yang sangat santai sekali
Betul kata penulis:
"Sebuah kisah yang bermula dari tempat2 yang sangat biasa dan dimulakan oleh orang-orang biasa, namun menjadi luar biasa".
Disebabkan mesej yang dibawa itu menjadikan kisah ini sangat istimewa dan luar biasa, iaitu pengharapan terhadap DOA.
Menggunakan latar tempat negeri Sarawak, dan watak utama(Adli) yang berasal dari Hulu Sungai Baleh, walaupun cetek agama tetapi tetap berpegang teguh dengan keajaiban doa ibu. Kehilangan doa seorang ibu membuatkan Adli tekad untuk menjalankan misi 40 doa daripada orang2 makbul doa bagi mendoakan dirinya agar lulus peperiksaan akhir semesta. Dalam usaha tersebut, Adli terpaksa melalui pelbagai cabaran yang sangat tidak dijangka dengan kehadiran kumpulan Amin bin Damit, Geng Nama Indah, kisah Kassim mencari cinta, berkhatan, dan banyak lagi peristiwa.
Yang bestnya setiap watak ada personaliti masing2 dan kebanyakannya akan mengundang ketawa dan plot twist yang tak terjangka.
Yang penting, penulis pandai menyampaikan tentang peranan doa, orang yang dimakbulkan, waktu2 mustajab doa dan adab2 berdoa dengan santai sekali.
Yang paling aku suka, kisah yang kita baca di bahagin permulaan cerita akan muncul balik kat akhir cerita. Puas hati tak tergantung.
"Tapi aku dah kehilangan doa ibu.Kau rasa apa,yang dapat menggantikan doa ibu".-Adly 🚙Peran utamanya ialah Adly, si yatim kehilangan ibu dan ayahnya hilang entah ke mana. Hidup di Hulu Sungai Baleh,pendalaman Sarawak. Dikelilingi masyarakat Iban,bukan Islam yang kuat kepercayaan animisme. Hanya keluarganya dan sahabatnya Kassim saja beragama Islam.Dangkal soal agama hanya tahu hal asas saja.Dia mula beri perhatian hal DOA. Setelah dengar dari seorang lelaki pemotong rumput tentang 40 doa dan En. Silvaraj tentang doa ibu.Sejak itu, Adly sangat percayakan ajaibnya doa Ibu. Kerna dia yakin dapat lulus peperiksaan dan masuk universiti walau keputusannya sederhana,berkat doa ibunya.
🚙'Misi Mencari 40 Doa dari golongan orang makbul doanya' adalah untuk minta lulus peperiksaan.Mesej buku ini adalah DOA,untuk kita memulihkan memori semula tentang doa.Berbalik pada asas dan adab berdoa. Doa, Berusaha & tawakal Percayakan kuasa Doa melebihi apa pun. Rajin berdoa dan jangan putus harap.📿
🚙Buku ini kelakar.Kelakar yang berisi sebenarnya.Adly dengan pengembaraan cari doa yang berliku,bersama Kassim dengan kisah cintanya, bertemu Kumpulan Amin bin Damit, Geng Nama Indah, watak orang² yang mustajab doanya. Aku sukakan watak Adly dan Kassim.Lurus bendul tapi panjang akal dan bersahaja cover malu.🤣Adly dengan falsafah kehidupannya yang spontan!
🚙Watak yang beragam perwatakannya. Orang² dijumpai itu sendiri punyai personaliti yang bagi aku tak pernah serius🤣Watak sampingan itu sendiri menyelitkan mesej yang besar buat kita. Salah satu, Chempaka!
🚙Tertarik kerna latar tempatnya di Sarawak. Jarang aku jumpa berkisarkan luar semenanjung. Saat baca perihal penulis juga dari Bumi Kenyalang.Tahniah saudara @bahruddin.bekri kerna bawakan nama Sarawak dalam naskah ini.Aku sukakan suasana yang diselitkan, hal² disekeliling kita.Terpaling rasa dekat dengan buku ini kerna watak² buku ini disuburkan tentang soal sekeliling kita.Orang² asing yang berselisih, komunikasi bersama orang kampung, suasana berkhatan,kenalkan makanan tradisional Bugis, perihal pekerja asing dari Nepal dan Indonesia,sosok En.Silvaraj yang bukan Islam namun cakna soal penganut lain. Inilah Malaysia🇲🇾
Mesej yang baik berkenaan doa dan disampaikan dengan cukup santai lewat jenaka-jenaka ringan yang buat pembaca tak kering gusi. Walaupun agak meleret sedikit, masih sebuah bacaan yang baik. Secara keseluruhannya, saya suka novel ini. Bila dah habis baca ni, rasa tak puas pula.
ps: mohon editor semak balik novel ini. ada typo di beberapa bahagian dan juga ada nama watak yang bertukar-tukar. you can do better, dear writer and editor!
"Apabila belajar, kita perlu berguru dengan manusia. jangan hanya berguru dengan buku. Takut nanti syaitan pula yang memesongkan kita."
Tentang Adly. Adly merupakan seorang anak kepada seorang muallaf Cina dan muallaf orang Australia yang berbangsa Itali. Berkat mix daripada ibu bapanya, Adly jadi seorang rupawan.
Adly dibesarkan di perkampungan di mana hanya dia dan kawannya, Kassim yang beragama Islam, yang lain semuanya Iban. Oleh itu, ilmu agama mereka agak cetek. Seumur hidup, Adly memegang pada prinsip bahawa senjata seorang manusia yang paling hebat adalah doa ibu. Namun, setelah ibunya meninggal, senjatanya juga dibawa pergi.
Bagi mencari substitute buat doanya, Adly mengkaji secara mendalam tentang doa dan menciptakan Misi 40 D0a.
my comments: Original story. Outstanding plot. Character-wise. Good character development. Funny, but not so much you'd break your stomach. Islamic as well, though not as much as my novels. Pada awalnya, dia agak macam factual fiction sebab dia ada sisipkan ilmu tentang doa, golongan yang doanya makbul. Agak menarik. Susah nak tidur disebabkan buku ini.
Asalnya saya teragak-agak untuk sama ada list kan buku ni under my paradise shelf, sebab perempuan dalam buku ni bukanlah Islamik mana, but disebabkan watak utamanya, Adly, mempamerkan ciri-ciri Islam, I thought, why not?
Just nak bagitau yang buku ni bukan pasal Adly mencari doa sahaja, oh no. Dia ada side story dia di mana dia and group assignment dia, kumpulan Amin bin Damit, terlibat dengan kumpulan samseng.
“Ingat nama saya, Adly bin Ali Luca Cadalora. Doakan saya lulus peperiksaan akhir semester dan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Minimum 40 kali, lebih lagi bagus”.
Slice of life + komedi. Boleh dikatakan ada vibe Laskar Pelangi + Prison Playbook versi lokal. Mind you, I read this book in a public place, bayangkan perasaan nak tahan gelak bila tgh baca part2 yg kelakar namamps 🤣 Underrated. Karya yang patut dijulang sebab genre lain dari yang lain.
Watak utama, Adly - si lurus bendul tahap gaban, seorang mahasiswa Universiti Kuching yang berada dalam misi mencari org doakan dia setelah kematian ibunya. Macam-macam cara yang digunakan oleh Adly dan kawan-kawan demi misi ini.
No wonder lah latar belakang tempat dalam DUA ni Kuching (dan kawasan2 Samarahan, Serian). Mun sik nangga biodata rah muka surat belakang buku tok, nang sik perasan dirik tuan penulis urg Sadong. Rindok ati bila nangga ada nama tempat yg familiar disebut olehnya. Elektra House indah eh. Legend sik legend.
Tema persahabatan telah diketengahkan oleh penulis, samada persahabatan sejak kecil (Adly - Kassim) dan juga geng Amin Bin Damit yang hanya bermula sebagai satu kumpulan assignment tetapi….(hehe).
Pengajaran daripada novel ini secara umumnya, berkaitan dengan doa - adab, kenapa kita perlu berdoa, apa peranan kita sebagai hamba Tuhan, peranan sebagai saudara se-Islam etc.
Gabungan Adly dengan Kassim mmg dabomb (in terms of lawak bengong mereng yang bersahaja and ada satu part yg dorg dua alami mmg kelakar namamps. Hint: Kejadian ‘Hamba Allah di Bumi Allah’. They are so innocent, maybe sbb dibesarkan dalam komuniti kecil, minoriti Islam di Hulu Sungai Baleh. Kesian pun ada (kalau baca, tahulah kenapa).
Plot twist bab-bab akhir amat main peranan ya. Dalam keadaan genting pun, tetap ada momen kelakar. Style penulis ni tulis humor tu macam lawak b**** laa tapi kalau yang sejenis mudah terhibur, terkekek-kekek lah hahah (macam saya 🤭).
A great escapism. Kuddos utk Tuan Penulis, teruslah berkarya 🙌🏻
Saya telah 3 kali dihasut untuk membaca buku ni oleh Welma, Faizah dan Qama. Saya jenis yang agak memilih bila membaca novel kerana saya lebih gemar membaca novel tentang kehidupan...tapi bila Qama asyik tergelak-gelak di tepi saya bila membaca buku ni, akhirnya saya terpengaruh untuk membeli dan membacanya sendiri. Kisah utamanya adalah bagaimana Adly mencari orang-orang yang makbul doanya untuk mendoakannya...proses pencariannya itu yang menghiburkan hati sepanjang membaca buku ini. Watak Adly adalah seorang yang sangat lurus dalam cerita ni tetapi dia seorang yang kuat berusaha dengan caranya yang kreatif. Pasti terhibur dengan kelucuan yang spontan =)
Kalau kelakar tu kelakar betul. Boleh gelak terkekek-kekek sorang duk dalam bilik. Karya Bahruddin Bekri memang tak mengecewakan. Kadang-kadang perumpamaan yang digunakan tu dikaitkan dengan benda kat sekeliling kita. Kagum betul.
Sebuah kisah yang bermula dari tempat-tempat yang sangat biasa dan dimulakan oleh orang-orang yang biasa, namun menjadi luar biasa.
“Tapi aku dah kehilangan doa ibu. Kau rasa apa yang dapat menggantikan doa ibu?”
Doa Untuk Aku adalah buku kedua yang Saya baca selepas Penulis Yang Disayangi Tuhan. Seperti buku PYDT, buku DUA ini juga Saya baru tahu kewujudannya apabila diterbitkan kembali oleh JIWA pada 2022 walaupun pernah diterbitkan pada 2008 oleh PTS. Mungkin 2008 Saya masih lagi sibuk sekolah, jadi belum mengenali penulis yang sebagus ini! Jujurnya Saya mencari beberapa buah buku tulisan penulis, tapi dimaklumkan sudah tidak diterbitkan lagi. Maka Saya tiada pilihan selain menunggu penulis menyiapkan buku lain untuk Saya baca.
Kisah ini adalah tentang DOA.
Mengisahkan tentang Adly, seorang Muslim yang dibesarkan di pedalaman Sarawak (Hulu Sungai Baleh) oleh ibunya dengan penduduk yang majoriti Orang Iban yang mengamalkan kepercayaan animisme menjadikan Adly dan Kassim, sahabatnya tidak begitu mendalami agama Islam. Tambahan pula di sekolah mereka Pendidikan Islam hanya akan diajar sekiranya mempunyai 10 orang pelajar Islam (sekolah mereka hanya ada 10 orang pelajar, jadi boleh Saya katakan ia adalah mustahil mereka diajar Pendidikan Islam).
Permulaan Adly mengetahui tentang DOA adalah apabila Encik Silvaraj, Cikgu beliau memberitahu bahawa dalam Islam ada istilah doa dan doa ibu kepada anak cukup berkesan. Empat tahun kemudian, Adly telah kehilangan ibunya buat selama-lamanya. Baginya, tiada lagi orang yang mendoakannya dan pelajarannya telah merosot dipercayai oleh sebab kehilangan doa ibunya. Kemudian Adly telah diberitahu bahawa terdapat beberapa golongan yang dimakbulkan doa mereka oleh-Nya, maka Adly memulakan MISI MENCARI 40 DOA. Perjalanan Adly mencari 40 doa sangat menarik dan sarat dengan pengajaran. Setiap insan yang dijumpai mempunyai kisah tersendiri, membuka mata kita bahawa apa yang lebih penting adalah doa yang diiringi dengan usaha yang keras.
Penuh dengan peristiwa kelakar yang membuatkan Saya yang sedang diam ralit membaca di meja pejabat tiba-tiba ketawa, kehidupan Saya penuh keceriaan, gelak ketawa sepanjang membaca buku ini.
Dalam kelakar, banyak perkara penting yang turut dibawa bersama. - Pendidikan. - Agama, Budaya & Kepercayaan.
Semua watak dalam buku ini mempunyai daya tarikan tersendiri membuatkan semua watak menonjol, tidaklah hanya watak utama menjadi tumpuan pembaca.
Contohnya Kassim yang kerap menggunakan ayat “nenek Saya cakap..”. Amin bin Damit yang sentiasa memakai pakaian sesuai tempat yang mereka tuju dan juga gila kuasa.
Banyak yang hendak dikongsikan, tetapi lebih baik sekiranya buku ini dibaca dan dihayati sendiri kisahnya. Lebih menarik dan Saya yakin buku ini mampu memberi pengajaran dalam banyak isu dan menghiburkan banyak jiwa. Selamat membaca!
Doa Nurul Naziefa adalah semoga Allah SWT pelihara penulis buku ini, diberikan kebahagiaan secukupnya kerana telah menceriakan banyak jiwa. Terima kasih!
" Tapi aku dah kehilangan doa ibu. Kau rasa apa yang dapat menggantikan doa ibu? "
Doa Untuk Aku – sebuah kisah tentang misi pencarian 40 doa oleh seorang mahasiswa cemerlang yang bernama Adly. Misi yang dilakukan oleh Adly tak lain tak bukan hanyalah untuk mendapatkan doa-doa bagi menggantikan doa ibunya yang telah meninggal dunia, lebih lagi apabila tarikh peperiksaan semester semakin dekat – kerana bagi Adly, doa adalah faktor utama dirinya memperoleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang.
Sepanjang menyempurnakan misi tersebut, pelbagai rintangan yang dihadapi Adly iaitu: 1- Dirinya masih cetek ilmu agama (Adly hidup di kawasan pedalaman yang jauh dengan pendidikan dan ajaran Islam – jadi Adly terpaksa bertanya dan meminta bantuan Jefri dan rakan lain mengenai misi doanya).
2- Berlakunya kejadian di luar jangkaan (Adly terpaksa membantu masalah percintaan kawan baiknya Kassim, rahsia khatannya terbongkar dan dihebohkan serta berdepan dengan ahli kumpulan Geng Nama Indah).
Namun tekad dan kebaikan Adly buatkan dirinya disegani rakan-rakan lain yang turut sama membantu dirinya mencapai misi 40 doa tersebut.
—
DUA ini merupakan sebuah karya kedua yang saya baca selepas PYDT. Nampaknya penulisan yang dibawakan penulis tidak mengecewakan saya walaupun buku ini di cetak semula terbitan asalnya pada 2008 – cover barunya yang ceria dan tenang buatkan saya tertarik untuk dapatkan, ngeh.
Selain itu, apa yang saya tertarik untuk habiskan DUA ini ialah kerana – 1- Mesej yang dibawa oleh penulis sampai dengan baik sekali. 2- Penulis berjaya selitkan ilmu dalam suasana yang mencuit hati. 3- Kisah tambahan – Kisah Abu Bakar Muhammad Bin Daud Al-Dainuri 4- Plotnya santai – Sesuai untuk pemula dan reading slump. 5- Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak tinggi. 6- Plot Twist yang tersusun.
"Selagi kita bersangka baik pada Allah, selagi itu reda Allah terbuka luas.Walaupun tanpa doa daripada orang lain kita tetap mampu memperoleh rahmat dan keampunan-Nya.Yang utama,yakin dan percaya pada Allah."
Doa yang tidak terhijab adalah doa dari ibu. Tapi kalau sudah tiada ibu,pada siapa lagi kita nak mintak didoakan?
Mengisahkan Adly yang menyambung pelajarannya di Universiti Kuching,Sarawak. Adly sedar bahawa prestasi pelajarannya semakin merosot. Oleh itu dia nekad untuk buat sesuatu.
Ulangkaji,sudah. Buat latihan,sudah. Semuanya Adly buat tapi tetap tidak membuahkan hasil. Adly akhirnya meminta bantuan Jefri yang lebih arif tentang agama. Kata Jefri,mungkin Adly perlu minta orang mendoakannya dan doa ibu paling tidak terhijab. Tapi Adly takde ibu jadi pada siapa Adly ingin minta didoakan?
Haa,baca dan ikuti pengembaraan Adly dan rakan-rakannya menjayakan misi mencari doa buat Adly.
Jujur,jangan baca buku ni dekat public risau orang pandang kau pelik je gelak sorang-sorang. Kelakar betul dengan telatah semua watak dalam cerita ni. Sampai tahap rasa kesian🤣
Paling kelakar part berkhatan tu tak berhenti gelak aku AHAHAHAHAHAH
"Ada perkara kadangkala lebih elok kita tidak tahu. Lebih baik ia terus menjadi rahsia."
Buku yang sarat dengan lawak² spontan, Adly, Kassim & Amin. Adly dengan usaha dalam mencari 40 doa, usaha mencari macam mana nak dapat doa yang mustajab macam doa ibu setelah pemergian ibunya. Nasihat dan bab² agama diselitkan secara santai tapi mendalam pergi ke hati nasihat tu.
Kassim, teman baik Adly yang asal dia datang nak pinjam duit dengan Adly je mesti dapat, betapa 'zero maintenance' nya persahabatan mereka berdua.
Amin bin Damit, ketua kumpulan Amin Bin Damit yang hadir dengan pelbagai ragam dalam tema pemakaiannya.
Chempaka, gadis yang suka ye sebarkan aib orang. Haha
Tak tau, nak review macam mana buku ni, banyak rencah rasa, lawak spontan tu memang buat tergelak la, rasa mengarut pun ada gak, part GNI tu. Tapi enjoyla buku ni.
Satu aku belajar dari buku ni. Dalam berdoa dan memohon hajat atau pertolongan daripada Allah. Percaya janji Allah akan makbulkan, jangan buruk sangka dengan Allah dan jangan putus harapan dengan Allah. Sebab Allah makbulkan dengan cara yang sangat indah. :)
Doa untuk Aku - Adly seorang mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan. Sepanjang Adly hidup, dia yakin doa ibunya yang membantu dia selama ni. Tapi, bila ibunya meninggal, Adly rasa dia susah untuk cemerlang dalam pelajaran. Teringatkan kisah 40 doa yang dia pernah dengar, Adly memulakan misi mencari doa dari orang-orang yang mustajab doanya untuk mendoakan dia supaya dia cemerlang dalam pelajaran.
Sepanjang nak menyempurnakan misi tu, macam2 perkara jadi. Yang pelik, yang kelakar, yang memalukan, yang mendebarkan, yang membahayakan. Semuanya adalah!
Adly ni random orangnya. Bila dah gabra, dia main cakap je sesuka hati. Tapi pandai pulak tu nak cover balik😂 Paling tak leh blah, bila dia tak nak salam Encik Edwan sebab Amin kata org tu picit tangan dia sampai rasa nak patah. Adly bagi alasan, dia takleh salam sebab baru lepas korek hidung😆😆😆
Plot cerita buat saya melekat dengan buku ni. Ada banyak scene yang buat saya gelak dan ada banyak scene yang buat saya termenung juga.
Dah tajuk pun Doa untuk Aku, mestilah ada banyak info fasal doa juga. Suka betul la kalau baca buku yang selit info2 mcm ni.
Perjalanan Adly untuk mencari insan yang boleh mendoakan kejayaannya dalam peperiksaan akhir semester membuatkan saya rasa tak boleh hentikan pembacaan.
Dalam pada membaca buku ini, banyak juga saya belajar tentang doa dan juga lain2 perkara baru yang saya pelajari. Gaya penceritaan Tuan Bahruddin Bekri juga tanpa sedar buat saya tersengih sepanjang pembacaan. Ada bahagian yang kelakar dan yang buatkan saya rasa Adly kenapa buat macam tu? Hahahaha tapi kita manusia, memang tak lari dari membuat kesilapan dan juga ada perkara memalukan yang kita akan buat jadi saya boleh relate dengan watak Adly itu 😂
Akhir kata, buku ini sangat menarik dan ini menjadi sebab untuk saya membaca karya Bahruddin Bekri yang lain 😊
Saya dalam fasa 'reading slump' namun buku ini mengubati fasa tersebut.
Jalan cerita yang cukup ringkas namun meninggalkan kesan yang besar dalam diri kerana turut diselitkan dengan nasihat kehidupan dan pedoman iman. Ada sahaja yang mencuit hati tentang persahabatan Adly dan Kassim. Karakter kegemaran saya bukanlah Adly mahupun Jefri, namin Tok mudin 🤣
Yang paling penting, seperti tajuknya yang berkaitan doa, buku ini mengubah persepsi saya terhadap kekuatan doa. Apalah makna hidup kita tanpa doa daripada diri sendiri, ibu ayah dan umat Islam yang lain. Kesungguhan Adly memohon doa dalam misinya menyebabkan saya sedar tentang kealpaan diri yang sering mengabaikan doa dalam kehidupan sehari-hari.
Novel ini difokuskan kepada watak utama (Adly) yang mencari pendoa bagi mendoakan kesejahteraannya dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti.
Penulis secara langsung mengetengahkan adab-adab berdoa, ciri-ciri insan yang dimakbulkan doanya, waktu-waktu mustajab untuk berdoa serta memuatkan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan ibadah dalam novel ini.
Naskah ini sangat sarat dengan pelbagai kisah watak-watak sampingan yang lucu dan penceritaan yang hampir tidak masuk akal dengan penggunaan bahasa yang bersahaja.
NOTA :
Novel pertama yang dibaca hasil karangan penulis. Terima kasih sahabat akrab yang menghadiahkan novel ini sebagai hadiah hari jadi ^_~.
Terbaik. Setiap bab baca saya gelak dan ketawa. Penulis pandai masukkan unsur spontan dan dakwah sekali gus.
Adly dan Kassim ni memang karakter yang paling random saya pernah baca. Dia macam eh tiber je tau. Dengan Geng Nama Indah tu tak boleh tahan betapa kelakarnya mereka, orang cakap lain, buatnya lain. Kesian bos diaorang. 🤣
Suka ya baca novel ni sebab ada masuk unsur dakwah, dan penerangannya yang tak terlalu skema dan mudah dihadam otak. Baca pun tak stress.
Sejujurnya kebelakangan ini saya rasa agak murung dan hilang harapan, baca buku ni boleh kata ia sedikit sebanyak rawat rasa murung saya. Banyak fakta pasal berdoa yang saya baru tahu. Berdoalah sentiasa, jangan pernah putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesuatu yang jadi ada hikmahnya.
sebagai seorang pembaca yang kehilangan emak, saya boleh relate sangat dengan adly. Boleh rasa sedih dia bila kita mulai sedar yang doa ibu tiada lagi menemani kita. Sedih sebenarnya waktu saya baca.
- Buku ini memang kelakar and chaos sebenarnya especially part si adly and kassim nak bersunat HAHAHHA tok mudin pun bukan main ya reply mesej orang HAHAHAHAH and part diorang kena tangkap dengan geng GNI.
- saya terhibur nama geng amin itu. jujur saya kata, tak mustahil ada orang over confident macam amin ini HAHAHAHAHA.
- buku ini sesuai untuk bacaan santai.
- sedikit sebanyak pengajaran saya boleh dapat terutama kena sentiasa percaya dengan Allah. jangan putus harapan dengan doa.
terima kasih author untuk buku macam ini, sedikit sebanyak merawat luka di hati saya 😊
Walaupun buku ini banyak memberi pengajaran, tapi bagi aku, buku ini banyak adengan yang agak cringe.
Terutama babak second-hand embarrassment seperti kes tersalah masuk tandas perempuan atau kes seorang gadis terdengar Adly dan Kassim tidak lagi bersunat dan bercerita kepada orang lain. Lawak yang cuba disampaikan seperti dipaksa atau tidak natural. Ditambah lagi dengan penceritaan tentang geng GNI.
Tiba-tiba mengenai Elizabeth yang rupanya Gadis dalam sindiket tetapi hanya lah menyamar. Rasa macam cerita ini bercelaru sangat.
Tapi yang bagus, buku ini bercerita mengenai doa yang dimakbulkan. Perjalanan Adly dan Kassim untuk mencari doa yang makbul. Ini yang membuatkan aku cuba habiskan baca buku ini.
⭐ ISI KANDUNGAN Ini buku ketiga Tuan Bahruddin Bekri yang Dija baca setelah buku #JANGANKATAABANGTAKPAYUNG dan buku The Best Student of The Day : Pelajar Terbaik Hari Ini. Tetapi, ini merupakan novel pertama tulisan Tuan Bahruddin Bekri yang Dija baca. Novel ini berkisarkan DOA. Perjalanan seorang Adly dalam menjayakan misi 40 doa yang diperlukannya, termasuk tugas kuliah yang perlu diselesaikan bersama-sama rakan sekumpulan dan konflik kumpulan samseng yang rasa tergugat.
⏳ YA/TIDAK YA! Sangat berbaloi untuk dibaca. Berhibur sambil tambah ilmu pengetahuan mengenai DOA. Baca novel ni, mesti akan tergelak-gelak seorang diri. Jadi, jangan lupa pandang kiri kanan belakang depan. 😆 Vibe baca novel ni macam baca buku Orang-Orang Biasa karya Andrea Hirata.
👨🏻🦱 KARAKTER Dija suka karakter Adly yang unik, sentiasa proaktif dan bijak dalam tindakan (pantas cari solusi). Amin (kawan kuliah Adly) pun ada karakter yang menarik walaupun dia nampak macam gila kuasa. Amin ni pandai adapt (sesuaikan diri) mengikut tema. 😆🤣
📝 PLOT Dija paling suka bahagian Adly mulakan misi untuk lengkapkan 40 doa yang diperlukannya. Lepas tu kawan dia pun bantu juga untuk selesaikan misinya.
Masa Ustaz Jefri datang bilik dia, lepas tu ucapkan takziah setelah tiga bulan ibunya meninggal dunia, terus teringat pesan ustaz dalam televisyen hari tu.
"Kalau orang ditimpa musibah kematian, seeloknya dalam masa tiga hari sahaja kita ucapkan takziah. Setelah tiga hari berlalu, tak perlulah kita tambah kesedihan dia dengan mengucapkan takziah lagi. Orang tu dah move on, kita buat dia teringat balik. Berlainan dengan orang ditimpa musibah sakit. Tak perlu ucap takziah awal-awal. Tunggu dia lega sikit dari kesakitan, lama-lama tu baru kita lawat dan ucap takziah."
Kita sukaaa sangat buku ni sebab kelakarrr 🤣 dari watak, jalan cerita, plot semua random random Allahuu and randomnya tak boleh bawak bincang 🤣🤣😭 Sangat chef kiss sebab lawak dia kena dengan sense of humor kita!!
On the other side, suka sangat bila buku ni cerita pentingnya doa, kita selalu suruh orang doakan kita tapi kita betul betul yakin untuk mintak orang tulus mendoakan kita, dari cerita ni jugak ajar untuk kita sentiasa percaya dengan kuasa doa macamana gigihnya Adly nak sapatkan doa doa dari golongan golongan di mention dalam cerita.
Btw masih tak boleh move on okayy sebab kelakar sampai terkekek kekek baca tau 😭😭
Cerita perjalanan seorang student universiti untuk mendapatkan orang-orang yang doanya dimakbulkan. Ada yang lucu (kebanyakannya memang lucu) dan ada juga yang menyentak perasaan terutamanya bila peringatan berkaitan berbuat baik.
Pembacaan yang leisure memandangkan penulis memang agak kelakar di twitter.