Dijodohkan tanpa persetujuan, membuatkan Seri memberontak dalam diam. Perancangan demi perancangan diatur demi membalas dendam. Bermula dengan pemilihan konsep perkahwinan, dia mengharapkan agar ibunya tertekan. Pertukaran jawatan dalam kesatuan sukan dijadikan imbalan. Senarai rancangannya makin panjang apabila berjaya mengaburi mata keluarga dengan satu anjuran sukan tinju.
“What are you up to?”- Syed Akram.
“Rebel.” – Seri.
Namun, kemunculan seorang lelaki misteri membuatkan hidup Seri kucar-kacir. Rancangannya tergugat. Lelaki itu muncul penuh pesona, kemudian hilang tanpa berita saat hatinya telah dicuri.
“Membina impian, bermakna kau membina kekecewaan…” – Seri.
Seri, adalah jelmaan kisah Puteri Walinong Sari dalam versi moden.
Sang gadis bertemu sang jejaka di tanah asing. Pertemuan demi pertemuan mengenalkan Seri pada jejaka yang bernama Budi. Budi yang budiman. Seri dan Budi, punya persamaan. Kedua-duanya membawa diri jauh ke tanah jawa disebabkan keluarga. Mereka bertemu dan mereka berpisah disana. Dan itu bukanlah penamat bagi kisah mereka.
Penulis mengenalkan kita akan sosok Seri dan Walinong Sari. Kredit pada penulis kerana memodenkan hikayat ini. Novel ni juga diselitkan sedikit lakaran, memberikan rencah saat membaca. Walaupun dimodenkan, watak Budi tetap buat kita 'blushing' tau 🙈
Okay. Jalan cerita yang dipinda ke versi modern berdasarkan hikayat Puteri Sari, bagi saya, menarik. Cuma, mengapa sukan tinju ya? Apa opsyen sukan yang bagi saya lebih sesuai? Mungkun muay thai atau silat juga. Tapi, penulis pasti dah fikirkan masak-masak dan pilih yang paling sesuai berdasarkan plot cerita.
Seri ni cerita pasal the modern-day Puteri Wanang Seri or Puteri Walinong Sari. Bagi aku, penulis kreatif sebab tukar silat to tinju. Jalan cerita dia pun okay cuma aku rasa tak puas sebab aku tak ada interaction Budi dengan keluarga dia so watak Budi ni jadi macam, entah. Kita tahu sikit je pasal dia. Fahamla, dalam hikayat Wanang Seri kan, Mambang Segara ni orang kayangan or bunian macamtu and tak banyak pun sebut pasal Mambang Segara ni dalam kisah asal dia. Tapi entahla, aku nak tahu side cerita Budi. Tu je kot.
Anyway, aku bagi cerita ni 3.5 bintang sebab ada kesalahan ejaan. Gaya bahasa yang digunakan okay cuma agak mendatar dan terlalu singkat untuk aku.
Bagi aku at least, penulis ada usaha untuk bagi exposure pasal hikayat-hikayat nusantara.
1. Buku pertama dalam Siri Puteri. Siri Puteri ni kalau tak silap aku retelling kisah puteri2 dalam hikayat melayu but in a modern version. Kalau dalam buku Seri ni pasal Puteri Walinong Sari.
2. Actually I'm not very familiar with hikayat melayu & nusantara ni. Kalau tanya pasal Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Beauty and the Beast aku tahu lah haha. Tapi cerita Seri ni not bad bagi aku, quite nice actually. I enjoyed reading it.
3. Seri ni heiress. Family kaya raya. Tapi ayah dia tetap nak menambahkan lagi kekayaan so dia terpaksa hadap marriage of convenience. As you all know, Walinong Sari ni kan srikandi. She can fight. Begitu jugak la Seri. Dalam versi moden ni dia peninju.
4. Dalam2 nak berkahwin tu, masa dia ke Bali nak cari kain baju kahwin sempat lagi dia berkenalan dengan sorang mamat nama Budi kat sana. Terjatuh cinta pulak dah. Tapi tak boleh nak buat apa dah la.
5. Bila balik Malaysia Seri dah start rebel. Buat semua benda yang parents dia tak suka including masuk bertanding dalam perlawanan tinju yang dianjurkan oleh company beliau sendiri. Best baca la masa scene2 fight tu. Ending tu lagi laa. Last round tu rupanya fight dengan jeng jeng jeng
6. Tengku Erhan last2 baru muncul. We need more scene diorang attack each other. Tak puas 😂
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.
Mengambil inspirasi dari kisah Puteri Walinong Seri, penulis cuba mengolah jalan cerita cinta zaman sekarang.
Kisah Seri & Budi, kiranya seperti kisah klise cerita cinta yang biasa dihidangkan dalam novel-novel cinta. Cinta dua darjat, walaupun takdela sangat dua darjatnya sebab Budi pun anak Orang Kaya Pahang. Hahaha.
Saya layan jalan cerita ni yang tidak terlalu berat dan tidak meleweh. Kisahnya disusun rapi dan penulis berjaya buat saya sambung pembacaan sampai habis.
Ini buku pertama dalam Siri Puteri yang dirancang si Penulis. Semoga sukses! ❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.