Afyan memejamkan mata sambil berfikir. Dari cerita Zuki, dia digambarkan sebagai seorang yang ekstrovert dan banyak kawan. Tapi sekarang Afyan rasa rendah diri dengan segala kekurangannya.
Mana diri aku yang dulu?
Apabila matanya dibuka, langit sudah bertukar menjadi biru. Dia tersentak dan melihat sekeliling. Rupanya dia sudah kembali ke dalam mimpi vang sering mengganggunya.
Dia berjalan menuiu ke pohon vana sentiasa menjadi pengakhir mimpi. Tiba di situ, dia duduk di atas kerusi kayu. Sama seperti sebelumnya, gadis di sebelah mash membelakanginya.
"Kenapa?" soal Afyan.
"Segala-galanya akan terlerai apabila kita berjumpa semula," jelas gadis itu tanpa berpaling.
afyan…🥹☹️ my first ever fixi book, didn’t expect the storylines, plot twists, to be like this…oh my.. such a heartwarming story between afyan and her mothers, sister, lucy, even fazi && juli at the beginning, but the way sorang sorang hilang (not really hilang but bukan dah sepenuhnya dlm hidup dia) tu sumpa sakit. and the ending- knp effect dia mesti hilang ingatan we 😭😭 the memories dia kumpul masa dia slowly pulih from the accident pun da cukup sakit…☹️ but ngl this book patut dpt the hype 🆙🆙
Wehhh first time rasa nak rate buku ♾️/5 bintang. Definitely a page turner! Sampaikan ke muka surat terakhir pun nak selak lagi. Dan ya, saya menangis baca buku ni.
Buat penulis, teruskan berkarya walaupun perlu tunggu 5 tahun atau 10 tahun sekalipun, tolong jangan berhenti. Semoga penulis sihat selalu, murah rezeki dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amiinn.
Buku ni kita beli masa PBAKL 2024 (hehehe dah lama aim buku ni) Buku ni best sgt💯 interesting 💯 buku paling best setakat ni, x bosan baca, mesti rasa excited utk tahu selanjutnye, so bila dah start baca memang takleh stop, dia jadi nak tau nak tau dan nak tau lagi, plot susunan cerita semua menarik dgn plot twist lagi🥺mantap🔥💯 Ha sape nak tau tu baca lah cepat buku ni sgt recommended 🫂 overall rate for this book of course 100/10💯😋 Teruskan berkarya Abstrakim ✨ Love all your books💓
Cinta dia tulus walaupun bukan dengan cara yang halal . Saya tahu betapa sakitnya perasaan Afyan . Maybe in another universe it would be us and it was you and me. It hurts to see the girl that he truly love married to other man and have her own family .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau buku Introvert menceritakan tentang kisah cinta yang tidak kesampaian, buku Extrovert ni pula menceritakan tentang kisah cinta yang tak pernah wujud, dan terpaksa dilupakan. 💔
To be honest, I was kinda disappointed with this book because the storyline almost similar with Introvert. I has a high expectations on this book but ended up it disappoint me. I was hoping for a different storyline actually.
Sama macam buku Introvert, buku Extrovert ni pun banyak gila plot twist. 🤯 Especially towards the end tu, makin banyak pulak plot twist yang keluar which I think it was unnecessary and it was hard to digest all of it at the same time. Bila dah banyak sangat plot twist ni, kita akan rasa yang storyline tu illogical and semakin menjauh daripada kisah watak utama tu sendiri.
Pain level buku Extrovert ni bagi kita 1/10 je kot sebab masa kita baca tu takdelah sedih sangat compared to Introvert. Same like Introvert, ending buku Extrovert pun sedih. 🥲
Overall, I'm so sorry if i keep comparing Extrovert with Introvert but I still think that Introvert was better and sadder. To the author, ngl I really love your writing style, I hope that you can write a different story after this. Keep it up! <3
it was a good plot tapi agak draggy for me. ada part yang aku rasa macam mehh sikit. awal awal baca rasa macam slow? tahla taktau la kalau aku je yang rasa ceni tapi bila sampai kat plot twist dia tu, ada yang macam illogical sikit so aku rasa macam kecewa sikit la cuz i put high expectations on this book lepas aku baca introvert.
but ngl cerita ni memang sedih nok. boleh la best. kesian betul kat afyan ni. ending dia pun bapak sakitt
Konflik dalam cerita ni lagi berat dan terasa panjang walau bukunya nipis. Terlalu banyak persoalan yg nak dirungkaikan. Setiap plot terkait sgt kuat antara satu sama lain sampai tak boleh miss sehelai muka surat pun.
Afyan yg terkenal di sekolah bersahabat baik dgn Fazi dan Juli. Tapi sayang, dia tak ingat memori tu sebab pernah kemalangan. Dgn bekerja di pulau, dia mengenali Lucy yg sgt mirip dgn Juli. Mulalah jadi persoalan kewujudannya dan semakin jauh Afyan cuba mengenali Lucy, semakin banyak kebenaran terpampang.
Afyan juga mengalami mimpi yg hampir sama setiap masa. Misteri mimpi membawa kepada kebenaran yg sgt perit. Bukan sekali dua saya tergamam dgn twist cerita ni, ada banyak lagi yg buat saya goosebump! Tak rilek ye.
Cerita ni sgt unexpected. Bila kau rasa dah faham satu part, rupanya ada part lain lagi kena masuk dan selit. Kalau tak, cerita tak gempak. Pening sat kepala sebab nak proses dan susun balik. Macam puzzle.
Kisah keluarga, persahabatan dan cinta yg berat. Kenapa saya diuji dgn ending yg begitu.😭 Puas saya belek2 ingatkan ada pages yg hilang. Macam tu je saya disakitkan.😌 Sesiapa yg sukakan surprise, bacalah ye. Biar sama2 kita sakit dada. Selamat membaca!
Buku ni dihabis baca dalam tempoh 5 jam. Bagi aku, dari segi plot tetap akan ada dan hampir sama macam introvert iaitu berkaitan dengan family. Cuma ending tu boleh tahu sebab aku rasa macam dibagi hint pada pertengahan cerita. Cumanya plot kali ni tak memberi kesan, berbanding introvert yang memberi kesan sampai ke hari ni aku masih tak boleh terima.. mungkin sebab aku pembaca manga attack on titan dekat situ ada sedikit persamaan dengan kisah introvert. Cuma aku harap kalau lepas ni keluar novel sama konsep introvert dan extrovert. Mungkin namanya ambivert aku harap plot boleh diubah agar tak rasa seperti sama dalam dua novel ni. Jalan cerita dan persoalan yang ada dalam sepanjang cerita masih boleh terima ada menariknya. Cuma berharap agar penulis boleh memberi jalan cerita yang lebih meluas dan mengalahkan jalan cerita introvert. Semoga terus maju jaya penulis (abstrakim)!!!
Aku sudah membaca Introvert, dan kini selesai pula Extrovert. Jika Introvert mengejutkan dengan plot twist bertindan, Extrovert pula datang dengan sihir dan dendam yang akhirnya memusnahkan segalanya.
Vibe-nya masih serupa—bermula daripada sebuah persahabatan, disusuli kehilangan ingatan, dan apabila segalanya kembali perlahan-lahan, sakitnya terasa dua kali ganda. Ayat “lebih baik tak tahu daripada tahu” benar-benar sesuai untuk Afyan dan Fazi. Aku marah dengan tindakan Fazi, tetapi apabila kebenaran terbongkar, perasaan jadi berbelah bahagi. Akhirnya, aku sendiri tak tahu siapa yang patut dipersalahkan… baiklah, kita salahkan Wak sahaja 😅🤭 (malah kemarahan terhadap Razif pun terpaksa ditarik balik).
Gaya penulisan penulis penuh mind blowing—kebenaran dirungkaikan sedikit demi sedikit, sebelum pembaca dihentam dengan realiti yang menyakitkan. Masa itu, kita hanya mampu terdiam… krik… krik… krik…
Genre: Misteri, Mistik, Fantasi/Mimpi, Persahabatan, Keluarga Berantakan, Dosa Lama, Hilang Ingatan, dan Cinta yang Jujur.
Ending-nya menyedihkan. Semua watak berjaya membina kehidupan yang lebih baik… kecuali Dia 😭 Kerana cinta itu adalah melihat orang yang kita sayangi bahagia, walaupun terpaksa melepaskannya pergi. Sangat berbaloi untuk dibaca semula. Gaya penulisan santai, tetapi setiap plot memberi impak yang kuat. Tahniah kepada penulis.
Aku dah faham bila ramai yang cakap, buku ni tak best dan ada juga yang cakap, buku ni mengarut. Sebenarnya bukan tak best atau mengarut tapi ramai pembaca yang belum bersedia dengan jalan cerita macam ni. Awalnya, aku pun macam tu. Aku dah start judge buku ni time aku baru je baca awalan bab. Dah sampai separuh buku, aku rasa buku ni klishe tapi nasib baik aku teruskan bacaan. Akhirnya, aku terima buku ni dan ini antara the best read so far. Penulis tak rileks erk letak semua plot twist dekat akhiran bab. Nangis aku 😭😭😭😭😭😭 Sedikit spoiler, abstrakim takkan tulis happy ending 💔💔💔💔💔 Antara Introvert dan Extrovert, aku lebih pilih buku Extrovert 💖
actually aku gagal menghabiskan pembacaan buku ni.. ceritanya tak hook untuk aku teruskan dari bab ke bab.. Kalau aku suka sesuatu jalan cerita, bila aku stop pembacaan, aku akan terbayang2 jalan buku tu. Tapi yang ni tak. cerita extrovert ni mudah dilupakan (bagi aku)..
Satu lagi.. aku tak paham kaitan tajuk extrovert dengan kehidupan Afyan. Nak terangkan apa sebenarnya? Adakah kumpulan The Extrovert? atau perangai Afyan yang Extrovert menjadi introvert? 2-2 pun aku tak nampak apa kaitannya.
Plot yang tidak jelas & terlalu banyak sangat perkara berlaku. Penulis perlu fokus kepada satu tema kepada watak utama supaya emosi yang diberikan sampai sebab jalan cerita terlalu terburu-buru. Banyak plot twist yang tidak perlu/dikurangkan.
Tidak sampai ekspetasi beranggapan novel ini mengisahkan tentang personaliti ekstrovert. Kisah Afyan ini ada potensi jika dapat diolah dengan lebih baik.
Satu je nak cakap, rasa macam serabut gila dengan segala plot twist dia. Terlalu banyak and dragging. Maybe sebab baca extrovert ni selepas baca introvert. So, dah tak de wow factor dekat situ sebab jalan cerita macam dah boleh agak. Ending pon sama je.
Ni first time aku baca novel daripada penulis. Sekarang ni aku mula berjinak2 dengan buku fixi. Antara introvert dengan extrovert, aku sendiri tak Tau kenapa aku lebih memilih naskah ini .
Novel ni sumpah pain gila. Satu demi satu ujian menimpa .
The Extroverts. Ahlinya, Afyan, Fazi dan Juli. Mereka bertiga pelajar hot di sekolah. Tapi sebenarnya masing2 menyimpan hati antara satu sama lain. Ala cinta tiga segi. Kerana satu kejadian, Afyan koma. Dia hilang ingatan. Dan dia mula bermimpi pelik. Dia sering bermimpi seorang gadis. Pertemuan dengan seorang gadis bernama Lucy menjadi titik permulaan untuk Afyan mencari apa yang hilang dalam dirinya. Tapi kemana perginya Fazi dan Juli? Takkan la Afyan koma, Fazi dan Juli tak datang menziarah atau cuba mencari Afyan? Jawapan kenapa tu ada dalam naskah ini .
Lucy sering muncul dalam alam sedar Afyan. Dan jugak alam mimpi. Tapi apa perkaitan Lucy dengan Afyan. Adakah Lucy tu Juli sebab rupa mereka mirip? Pabila satu demi satu rahsia terbongkar, sakit untuk Afyan terima. Bertambah pulak dengan rahsia ibunya sendiri. Dan pabila rahsia mula terbongkar seorang demi seorang orang yang dia sayang meninggalkannya. Sakit oo jadi Afyan .
Dan paling sakit, misteri kehilangan Fazi dan Juli terjawab. Siapa Lucy jugak terjawab. Kalau aku dekat tempat Afyan, xtau la macam mana aku nak hadap. Tapi satu perkara yang kita perlu tahu, sesakit apakah yang kita tanggung, jika dia bukan milik kita maka kite lepaskan lah. Demi kebahagiaan masing2 .
Jujur, saya sendiri lupa apakah plot pada cerita Introvert. Tapi mungkin saya rasa tidak berkait dengan cerita ini? Harapnya begitulah. Dibeli di PBAKL atas faktor ingin dibeli bersama Ambivert.
Seperti kebanyakan resensi dalam Goodreads untuk buku ini, plot cerita ini bagi saya seperti tidak jelas dan banyak simpang-siurnya. Serasa perkembangan watak Afyan itu tidak diperincikan dengan baik. Hal itu membuatkan saya menjadi pening sedikit membaca kisah hidup Afyan. Bila sudah memasuki pertengahan cerita, twist demi twist dengan pertambahan watak yang terlalu banyak menjadikan kisah Afyan semakin hilang punca bagi saya.
Walau bagaimanapun, pujian perlu diberikan kepada penulis kerana penggunaan bahasa dan dialog yang digunakan bagi saya tersusun dengan baik. Membuatkan walaupun saya pening sedikit untuk memahami jalan cerita, akan tetapi disebabkan susunan bahasanya yang baik, kredit perlu diberikan juga kepada penulis.
Apa-apa pun menjadi seorang Afyan begitu berat ujiannya. Tidak dilupa juga Fazi dan Juli. Masing-masing punya kisah silam yang berat untuk ditatang seorang diri. Tahniah buat penulis untuk karya ini. Nantikan review Ambivert pula.
Kisah pasal Afyan, July, Fazi yang menggelar dan memberi nama kumpulan mereka sebagai ekstrovert, sebab aktif kat sekolah masuk macam² aktiviti.
Cuma bila dah dewasa and dah berpisah masing², watak utama si Afyan, nampak macam makin jadi introvert pulak. Farah pulak lagi outgoing and positive all the time. Aku suka watak Farah dalam buku ni, nampak dia paling realistik.
Mimpi yang kerap berulang, dalam mencari makna mimpi, berlaku lah few events utk link kan balik dengan mimpi Afyan tadi tu.
"Aku dah hidup lama atas muka bumi ni. Dendam selalunya takkan berakhir dengan baik." - Wak Denai
Penuh sungguh cabaran hidup seorang Afyan dalam ni. Sebuah cerita kehidupan yang agak sadis dan menyedihkan, demi mencari memori dan cinta yang telah hilang. Aku memang suka dengan plot twist ni, sebab benda ni bagi aku rasa satu momen yang tak terjangka langsung - itulah fungsinya kan? Cuma sama seperti Introvert, Extrovert pun ada plot twist, tapi ianya terlalu banyak untuk aku hadam. Ada beberapa yang agak menjadi, yang agak wow ini memang terkejut punya level, dan ada juga beberapa yang aku dah boleh nampak awal-awal ke mana arahnya. Plot twist memang signature penulis. Kalau difahami maksud tajuknya dengan betul, aku sedikit kecewa dengan cara interpretasinya. Tapi bagi aku sendiri, aku lebih prefer Extrovert dari Introvert.
Buku ni tak lah tak best mana. Best je. Sebab best baca time stress. Plot tak berat even tetap ada plot twist.
Aku cadangkan mana yang tak jadi nak baca buku ni sebab baca review orang untuk try baca dulu. Sebab jangan expect cerita ni gempak. Abstrakim kan memang bukan buat cerita gempak 😂
Aku takleh nak compare mana lagi best antara Introvert ke Extrovert, sebab aku dah lupa pasal Introvert tu. hahaha. Maafkan ingatanku. .
Tapiiii... .
Yang pastinya, aku lebih sukakan extrovert, sebab selepas berminggu selesai membaca buku ni, aku masih rasa terkilan dengan endingnya. Masih terbayang-bayang lagi moment aku termenung selepas baca endingnya. .
Again, another cinta tidak kesampaian. .
Siapa yang bakal menyangka, kehidupan seorang pelajar harapan dan kebanggaan sekolah, bakal berubah sepenuhnya? .
Siapa yang bakal menyangka Afyan tidak sempat menduduki SPM? .
Siapa yang bakal menyangka Afyan akan kehilangan memorinya dan hidup terasing di pulau? .
Dan paling tragis, siapa yang bakal menyangka, cinta yang diharapkan selama ini, rupanya tidak wujud? .
Kerana satu peristiwa, Afyan kehilangan segalanya. .
Dan kerana satu peristiwa lain, Afyan terikat dengan satu sumpahan dan mimpi. Dan disebabkan itu, Afyan dan Lucy saling tertarik. Mereka berkahwin. .
Tapi perkahwinan mereka diuji. .
Jujurnya, masa awal baca buku ni, aku duk terfikir apakah wow factornya. Bagi aku, permulaan cerita ni, biasa je. .
Sehingga kita dihidangkan dengan pelbagai plot twist. Terlalu banyak untuk ditelan pada satu-satu masa. .
Dan part sedih, bila Afyan perlu hidup berpura-pura. Dia masih ingat segalanya, sedangkan si dia sudah lupa segalanya, dan sekarang hidup bahagia. .
Tak cukup part itu, datang pulak ending yang buat aku makin sedih dan terkilan. .
Gitulah, buku ni, part ending la main perasaan sikit. Takde la sedih sampai menitik air mata. Tapi rasa terkilan dengan takdir hidupnya. .
I had so much to say even though this is my first time writing a review. One word that I can describe for this book is ; disappointment. Fantastic performance from previous book, Introvert makes me crave more for the author's writing. Lenggok bahasa dan amat puitis, mind blowing plot twists that got me hooked. Expected the same feeling for Extrovert but my hope shattered as I when through 2/3 of this book.
I hate, hate how vulnerable Afyan (the main character) is and it made Extrovert unreadable for me. He does gave me second hand embarrassment from time to time, my skin crawls whenever he trying to man up especially on the early chapters. The lack of self confidence is KILLING ME. It is quite bold of me to write all of this despite not finishing the book but it such a hard read when the main character be acting like 8 years old who has a crush on a girl next door. Cringey-worthy. (reasonable because of his past) I had to point out about Aryan's character development can be improved and also some early chapter a bit draggy and repetitive.
The more I dive into the universe, the more it feels... some what comical, in a bad way. Writing style is not comparable with the last one. Lack of bahasa berbunga and more like, 2014 Wattpad with original character. It was THAT bad of a romcom. The book's title also tak fit langsung with the plot nor whatever is going on with Afyan himself. Is it because his high school gang called The Extrovert? One thing I can tell you that he definitely did not turned into an extroverted person.
Nonetheless, Extrovert's ambitions were high, but the execution failed miserably. No shade to the author, love him.
persoalannya, memang ending cerita ni macam gitu ja ka? sadis la ek.
banyak benda yang berlaku sehingga Afyan hilang ingatan. kalau ikutkan dia budak pandai. tapi dah dia hilang ingatan sebelum SPM, so dia tiada sijil SPM la. kawan baik dia Juli dengan Fazi. nak dijadikan cerita, Afyan nak cari balik kawan-kawan baik dia selepas beberapa tahun terputus hubungan. tetiba, datang seorang perempuan bernama Lucy yang mukanya hampir sama dengan Juli (adik beradik rupanya).
buku ni lebih kepada nak ceritakan tentang Afyan yang selalu sangat bermimpi. dia kerap sangat mimpi seorang perempuan. kalau dia tak jumpa Lucy, muka prempuan dalam mimpi tu dia tak nampak. kalau dia jumpa Lucy, muka perempuan dalam mimpi tu dia nampak. so rasanya mimpi dia dengan Lucy tu berkait. sebab ya la. lepas dia kahwin, kalau Afyan mimpi buruk, Lucy akan hilang ingatan dekat Afyan (suami dia). kalau mimpi indah, ingatan Lucy ada balik.
dekat-dekat pengakhiran cerita ni ada la keluar sikit perkataan jin bagai. jadi, macam banyak benda la yang berlaku dalam buku ni. tapi disebabkan jin tu jugak, Afyan bercerai dengan Lucy dan Lucy berkahwin dengan seorang lelaki bernama Khairil dan dikurniakan seorang cahaya mata. Afyan masih single. sekian.
yeah you really know the author patterns of story, if you read introvert and like the plot twist, you might like this too.
story line, it was okay, i dont really like flashbacks but it was still okay because it doesn’t really focusing to the past. okay so what i understand is, the MMC supposed to be dead but there a jinn inside him? and because the jinn was connected to the necklace, that why he doesn’t died? which at the end when he cut of the tree and he dead?
okay, i actually dont know how to explain about this but yeah the love story, it was nice, but it doesn’t touch my heart you know? it like too rush, yeah of course it is because of the jinn it is one of the factor that the MMC cant fell out of love.
if it without the jinn, i dont think the MMC would ever fall in love with the FMC, its quite pity of him because the FMC get to get out of the curse but he himself was stuck with the curse for 6 years. holding on to the dear feeling thats not even his because of the risk of being died.
but at the end, he choose to let go of everything, i think that would be a better choice for him rather than continue seeing the person that you love you while heart with another people AND with a condition that you already lose everything so yeah
thats all
This entire review has been hidden because of spoilers.