“Ini bukan setakat nak mengapa-apakan saya, Kayla. Someone wants to murder me.”
Kayla, seorang gadis moden, spoiled dan baru putus cinta dengan kekasihnya, datang daripada Kuala Lumpur ke pinggir bandar di Sabah untuk membantu bapa saudaranya, Encik Saif, menguruskan kedai buku The Lost Chapter. Dia sengaja dihantar oleh bapanya, Dato Karim kerana mahu Kayla belajar berdikari. Kayla tinggal di La Rosa Apartment, sebuah apartment yang bakal mengubah hidupnya.
Satu kematian telah berlaku. Kayla pasti, ia adalah pembunuhan dan suspeknya merupakan salah seorang daripada penghuni La Rosa Apartment.
Semua yang tinggal di sana aneh!
Puan Inas, Encik Omar, Puan Laila, Hail, Lufti dan Encik Baha. Mereka semua aneh kecuali Jabir, jejaka kacak dan paling normal di antara mereka. Jabir mempunyai alibi yang kukuh lalu Kayla mengeluarkan lelaki itu daripada senarai suspek. Mereka membentuk kumpulan siasatan amatur.
Siapa yang membunuh Puan Akira? Dapatkah Kayla hidup berdikari di La Rosa Apartment?
Kayla yang dipaksa tinggal di Sabah atas sebab desakan ayahnya dengan alasan dia perlu cari dirinya sendiri dan belajar sesuatu yang baru sangatlah diberontak oleh Kayla. Kayla yang perlu bekerja di kedai buku Uncle Saif dan tinggal di La Rosa Apartment yang mempunyai penghuni pelik-pelik itu sangatlah buat dirinya tak senang hati.
Kejadian pembunuhan yang berlaku di apartment itu dan suspeknya salah seorang dari penghuni ini memberi satu impak yang besar pada Kayla dan penghuni yang lain. Tambah pula dengan Kayla yang seakan tahu unsur-unsur bagaimana dan motif boleh berlaku pembunuhan ini berlaku, buatkan dirinya ingin selidik sedalam yang boleh.
Ni first buku zu baca dari Zura Anwar dan sekali sekala tukar genre apa salahnya. Quiet interesting buku ni walaupun pada awalnya macam mendatar sikit dan untuk plot twistnya not bad cuma zu jadi persoalan, boleh eh macam tu? 😂 bila semuanya dah terbongkar, zu kat sini yang terkebil-kebil 😨 like huh???
Kayla dengan keras kepala degil dia tu sampai zu sendiri rasa annoyed, macam mana lah si Jabir tu boleh tahan dengan perangai Kayla 🫠 at one point zu macam ‘Kayla ni gila ke?’ sebab dia buat macam-macam just to know apa yang terjadi 🤔 haa itu plot twist zu sendirilah tapi
Terasa vibe buku² "omputih" bila baca karya penulis Zura.
Best buku ini. Teruja betul F baca. Bab² penyiasatan ini memang F gemar dari kecil. Tu suka layan Enid Blyton, Nancy Drew dan seangkatannya.
Kayla yang kena ke Beaufort atas arahan papanya. Ada kebaikan Kayla ke sini sebab dia belajar berdikari.. belajar masak.. satu achievement untuk diri Kayla.
Kerja pulak kat bookstore. Siapa tak suka kerja kat bookstore. Impian F yang tak pernah tercapai 🤭😊
Cuma alahaii Jabir dah ada girlfriend. If takda girlfriend bolehlah kenen dengan Kayla 😁
Dari awal sampai akhir F tertanya² siapa yang kill Puan Akira? Tak sangka semua tenant kat La Rosa Apartment ada kaitan antara satu sama lain.
Seriously rasa mind blowing baca karya penulis. F sendiri tak terfikir. Cayalah.
mystery and intense dia tak rilek weh HAHA kemain i jadi detective conan suspect orang tu orang ni lahhhh sekali kat penghujung tu bolehh ekkk gituuu??? i was expecting a huge plot twist everyone was susss even Kayla herself but i guess this is better sebab i suka bila i salah HAHHAHA also hoping for more in-depth after the reveal happened i rasa hujung hujung tu laju nauu
then kerja polis dalam ni i rasa culas banyak eyy geram betol i questioned banyak benda macam baik aku je jadi polis😭☝🏻suka dedication Kayla untuk cari siapa the real killer and even dia mcm spoiled brat i love seeing how she respects elderly especially and tried to adapt with her new environment✊🏻
suka vibe cerita ni, for those who want to start reading mystery thriller with strangers from hell vibe do pick up this one
awal pembacaan rasa susah sikit nak grasp sebab banyak pengenalan watak, but it’s understandable. also, walaupun banyak characters dalam ni, tak rasa confuse sebab imo, author pandai left an impression on each of them
i think lepas berlaku pembunuhan tu, baru my reading pace jadi laju because i swear, tak senang duduk!! i kept wanting to know more sebab SEMUA ORANG DALAM NI SUS. tak boleh blah dengan uncle Khayla sekali aku jadikan one of the suspects ughsha lol
i jadi intrigued sebab perangai Khayla ni memang aci redah je. time dia pergi ‘tut’ dengan Jabir, sumpah aku pun ikut tahan nafas sebab takut!!! dahlah dua kali dia buat 😮💨✋🏻 kalau i jadi Jabir, sumpah pening kepala layan perangai dia, but i love the way she’s soo committed to solving this mystery, dengan i sekali rasa macam tengah solve the puzzle
tapi perangai Khayla yang asyik terkenang ex and her monologues/inside thoughts about Jabir irk me. like… girl, chill 🧘🏻♀️ tapi tak boleh deny, she’s the down-to-earth type sebab ada scene yang tunjuk her good attitude towards the oldies, and her character development >>>
cuma bila motif dah terbongkar, my reaction was literally, ‘hah? what did i just read?! boleh pulak macam tu?’ nak kata satisfying pun, macam tak cukup and too fast. execution dia tak berapa umph yang boleh considered as a mind-blowing plot twist
but regardless i still enjoyed reading this type of mystery novel, and the thrill is absolutely exhilarating!!
Ending dia macam “lahhhhh” hahahhahahahah. Tak mampu berkata kata. First time baca novel by Zura. Akan beli buku-buku dia yang lain lepasni. intense tu sampai yaaa hahhahaah. Tak boleh letak kejap sebab rasa nak tau next apa. Awal beli sebab sukaaa gila cover dia, color hijau tu lawa. But under prolog tak nak banyak fikir memang akan beli je. Suka dengan watak Kayla. I love how watak dia bukan anak orang kaya dari kl yg manja, gedik or rude. Even dia x suka dia tetap senyum, tegur org baik2. I just love the part dia nak pakai earphone and dia minta izin uncle dulu. Likeee dia boleh je nak rebel lepas kena hantar jauh2 right? Dengan tunjuk perangai tak suka dia. But dia dengar nasihat ayah dia suruh hormat orang. And she’s really down to earth person. Suka juga Kayla part dia sedar diri untuk tak menaruh harapan tinggi dekat Jabir. Dia sedar orang dah berpunya. Kayla such a great character. Maybe boleh buat novel lain but i want Kayla sebagai main character lagi 😂 overall 10/10. 🤍🤍🤍
plslah baca buku ni guys. siapa yg tak redeem lagi voucher mysiswa tu boleh beli buku ni sebab best ?! exciting gila and thrilling juga.
bayangkan korang pindah dekat apartment kecil yang just ada 3 tingkat and 12 bilik tapi semua penduduk dekat situ freak? sorg introvert nak mampos, sorg perempuan gila, sorg bengis selalu baju berdarah, sorg suka haiwan exotic and even the landlord suspicious gila. yg normal je kau and sorg student medic, thank god. out of nowhere, salah seorang penduduk mati dibunuh ... katanya kemalangan, tapi real ke kemalangan?
sumpah ada vibe strangers from hell. seram lah. semua ada alibi kukuh untuk membunuh cuma i couldnt prove it hahahaah.
i loved it cuma spoil sikit ending tu for me. proper closure cuma i hope there will be more terkejut mengejut hehe highly recommend !!!
Dari KL ke Sabah. Dari rumah yg selesa, ke rumah apartment lama. Dihuni pula dgn penghuni yg pelik. Kayla rasa setiap hari ada je benda pelik dia kena berdepan dgn jiran-jirannya. Sampai ada yg menakutkan Kayla. Nasib baik ada Jabir yg nampak normal di situ.
Tak lama kemudian mereka dikejutkan dgn kematian Puan Akira. Pada Kayla kematian itu seperti meragukan. Mulalah dia menyiasat misteri kematian tersebut. Malah, Puan Akira sempat meluah perasaan pada dia. Dgn bantuan Jabir, Kayla dapat buat perkara gila dan mendebarkan. Ploy twist dia? Memang haaaa. Masuk akal!
Baca buku ni memang feel vibe2 cerita omputih. Terbayang perangai pelik setiap penghuni. Dapat pula watak Kayla ni yg sangat berani. Saya tak nafikan setiap muka surat tu mendebarkan. Banyak persoalan yg kita sendiri nak rungkaikan. Betul ke kematian tu bukan kemalangan? Siapa dalangnya? Apa motif mereka?
Not too heavy tapi idea yg menarik. Dari watak Kayla saya sendiri belajar banyak benda. Berjauhan dari keselesaan boleh buatkan seseorang berdikari dgn sendirinya. Malah Kayla sangat pandai bawa diri. Keberanian Kayla yg lebih menakutkan sebenarnya! Haha . Saya tak puas hati dgn identiti Jabir. Korang, yg suka menyiasat boleh join baca ni.🤭
bila baca buku ni ada rasa macam vibe kdrama stranger from hell mula mula tu. imagine living in la rosa apartment yang ada vibe macam creepy sikit sebab mostly kayu. i love gaya penulisan author yang tak membosankan for me. the way author describes a situation or kayla’s daily life sangat boleh dibayangkan. this book managed to get me hooked because you wanna know who is the killer. tapi bila tahu siapa pembunuh dan cara puan akira mati, my reaction was like eh macam tu eh? boleh ke macam tu hahahah?
kayla’s characteristics came off strong. sangat degil keras kepala, ambitious. the way she sanggup buat kerja gila semata nak siasat kematian puan akira honestly scares me. at one point, i terfikir kayla ni gila ke? and jabir. this man has a patience of a saint man. i terfikir macam mana jabir sangat bertahan dan layankan aje perangai kayla dan plan gila dia 😂 but this duo managed to make the story more entertaining.
i really enjoyed this book and it was a wild ride. recommended if you want to read a thriller mystery book.
Buku terakhir yang sempat dibaca untuk tahun 2024.
Pembacaan penutup yang menyeronokkan. Teringat novel-novel detektif waktu sekolah rendah dulu macam Siri Salma, Lima Sekawan dan lain-lain.
Apa yang saya suka:
- Watak Kayla dan perkembangannya. Daripada seorang yang manja kepada lebih berdikari. - Perwatakan setiap watak yang jelas dan berbeza. Walaupun ramai, ia tak mengelirukan. - Sebagai penyiasat amatur, kebolehan menyiasat Kayla sangat believable. Tak adalah tiba-tiba kebolehan dia macam Sherlock Holmes. Just nice. - Kedai buku The Last Chapter dan latar Beaufort tu, saya rasa menarik. Tak banyak novel yang menggunakan latar di Sabah. Yang saya ingat hanya siri Tombiruo. Mungkin saya juga kena explore lebih lagi. - Hubungan antara watak utama dan watak ekstra juga diteroka dengan baik seperti Kayla dengan kakaknya Qarina, Kayla dengan Jabir. Sweet.
Peminat buku murder mystery disyorkan baca buku ni.
Terasa seperti berada di dalam darjah enam bila baca cerita sebegini. Walau ceritanya ada unsur misteri namun debarannya biasa² sahaja. Namun ianya mampu untuk pembaca terus membaca tanpa henti. Yang pasti apa yang penulis gambarkan tentang suasana dalam kedai buku dan apartment tu kita dah boleh bayangkan tanpa gagal😍
Semuanya bermula bila kedatangan Kayla ke Apartment La Rosa. Semua jiran yang ditemuinya dirasakan aneh. Hanya Jabir sahaja yang dia boleh berkawan rapat selain Ma Inas, pemilik apartment² tersebut. Banyak kejadian aneh yang dirasakan Kayla tetapi selalu dinafikan oleh Ma Inas mahupun Jabir.
Namun bila Puan Akira meninggal, Kayla mula teruja untuk menyiasat. Walaupun polis sudah klasifikasikan sebagai kemalangan, Kayla tetap tidak puas hati. Tambahan pula 3 jam sebelum kematian Puan Akira, dia ada berjumpa arwah yang meluahkan rasa gusar dan sangsinya terhadap jiran² di sekeliling. Dia rasa ada orang yang mahu membunuhnya.
Yang menjadi mangsa rakan subahat Kayla sudah pasti Jabir. Adoilah Jabir. Kesian betul. Dia tu dah la lelaki yang sangat baik. Bila disuruh Kayla untuk buat itu ini, haruslah tak banyak sedikit dia akan rasa takut dan gugup. Tapi itulah, walau dah tahu merbahaya tetap juga dia turutkan kemahuan Kayla yang degil itu.
Akhirnya Kayla dapat juga merungkai kesemua yang berlaku cumanya penyebab kematian dan motif sahaja yang berbeza. Habis cuak semua yang ada di apartment itu bila Kayla membuka satu persatu rahsia yang tersimpan kemas. Ya. Kerana kedegilan dan keberanian Kayla itulah mereka semua tidak perlu lagi berlakon. Apa yang berlaku sebenarnya mengeratkan lagi hubungan mereka yang selama ini seakan dingin.
Sebenarnya penulis berjaya membawa transisi diri Kayla yang asalnya nothing tetapi akhirnya dia tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidupnya. Dari anak yang manja, dia sudah mampu untuk berdikari. Yang pasti dia sudah mampu move on dari kekecewaannya terhadap Rizman. Ya. Salah satu sebab kenapa dia dihantar ke Beauford. Tempat yang pada mulanya asing tetapi akhirnya tempat itulah yang banyak memberi pelajaran terhadap hidup Kayla. The new Kayla🫰
Buku first Kak Zura yang Kirah baca, buku Ghairah. Tapi jatuh cinta dengan buku Kak Zura lepas baca buku Diam. Start dari situ dah tak ada turning back dah sek mung. Kita rempit!
Kali ni Kak Zura bawakan genre crime-comedy yang bertempat di sebuah apartmen.
Kayla, disebabkan patah hati dan dia dah 'buat hal' di Kuala Lumpur, ayah dia keluarkan arahan mandatori. Nyah kau dari bumi hutan batu!
Sudahnya, Kayla tanpa rela tercampak ke bumi Sabah. Duduk di kawasan pekan yang buat jiwa metropolitan dia bergoyang syahdu, hati mendondangkan irama ....
Sayuuu. Hati Kayla makin sayu.
Kayla terpaksa menyesuaikan diri di La Rosa Apartment dan bekerja di kedai buku milik pak cik dia. Di apartmen yang serba klasik tu, awal-awal jejak kaki aje Kayla dah rasa semacam.
Penghuninya semua aneh-aneh belaka!
Baik owner, baik jiran atas bawah. Semuanya ada kelakuan dan tabiat luar daripada kotak fikiran manusia biasa.
Sehinggalah berlaku satu pembunuhan dalam kalangan penghuni di situ.
Siapa pembunuhnya? Takkan nenek tua OCD? Mungkin si pembela haiwan eksotik? Tak pun mak cik ranggi?
Eh, mungkin juga jejaka manis yang sorang tu. Tapi selalunya orang baik ni bunuh semut pun tak sampai hati kan 👀
Suspek tu ramai. Tapi masing-masing punya rahsia tersendiri. Siapa dan mengapa ....
Jeng! Overall, cerita ni sangat fun untuk dibaca sebab plot twist dia tak rilek, elemen misteri especially tentang penghuni apartmen tu pun buat kita jadi Shinichi Kudo jadi-jadian. Asyik salah teka je rupanya last-last dia ....
Highly recommended untuk those yang suka genre ni! Tahniah again Kak Zura untuk naskhah ni 🫶🏼
Saya perasan yang Zura Anwar ni selalu buat unlikeable main character.
Buku ni mengisahkan tentang Kayla yang baru lepas break up dan dipecat oleh ayahnya kerana dia jarang masuk kerja. Jadi ayah dia hantar dia ke Sabah untuk kerja dengan pakcik dia kat kedai buku.
Perwatakan Kayla yang spoiled, gedik, perasan bagus, degil, ego nak mampus, dan fake. Yup, saya memang tak ngam dengan watak ni. Saya penat nak baca watak yang macam ni. Character redemption dia pun saya tak rasa memberi impak sangat.
Alkisahnya, Puan Akira yang tidak disenangi oleh majoriti penyewa di La Rosa Apartment telah dibunuh dan Akira tekad untuk menyiasat siapa pembunuhnya.
Saya tak enjoy baca buku ni. Sebab rasa macam plot terlalu meleret. Thriller genre-nya tak strong. The plot reveal pun rasa cam hambar jer. Like, lahhh macam tu jer...
Quite a let down a bit. Tapi lain orang lain taste. This book just does not suit mine. Tapi writing dia bagus.
Kayla. Seorang perempuan bandar. Hidup mewah dengan kekayaan keluarga. Kerja pon ikut suka dia. Baru putus cinta dengan kekasihnya. Kerana ingin melihat anaknya berubah perangai, maka ayahnya menghantar Kayla ke Sabah untuk bekerja dengan sepupunya di sebuah kedai buku .
Kayla rasa down. Yelah di Sabah dia tau hidupnya bakal berubah. Tambah pula dia menyewa di La Rosa Apartment. Keadaan Apartment yang boleh dikatakan agak misteri ditambah penyewa2 yang lain semuanya pelik2 baginya. Nak taknak hadap jelah .
Semuanya ok hinggalah kematian Puan Akira. Salah seorang penyewa di La Rosa Apartment. Malam kematian Puan Akira, dia ada pergi ke bilik Kayla dan menceritakan pelbagai hal. Dan dia pesan supaya jangan percaya pada semua penyewa yang ada di situ .
Entah kenapa, Kayla cuba untuk mencari tahu siapa pembunuh Puan Akira. Semua di La Rosa Apartment menjadi suspeknya. Tak memasal pulak jadi private investigator. Kayla dibantu oleh Jabir. Salah seorang penyewa di situ. Kayla hanya mempercayai Jabir. Apa yang dia tau, apa yang dia ingin buat semuanya diceritakan kpd Jabir .
Agak2 Kayla mampu tak nak menyelesaikan kes kematian Puan Akira? Siapakah pelaku sebenar? Apakah punca Puan Akira dibunuh? .
Jawapan diakhir cerita buat aku terdiam sekejap. Aku boleh berkata dalam hati. Oh macam ni rupanya. Penat aku fikir orang2 yang boleh dijadikan suspek. Acah PI jugak la ceritanya
Cerita ni ada kelakarnya ada suspen. Tapi geram sungguh dengan watak Kayla tu. Kita ni okay je dengan orang yg semangat tinggi n tak putus asa. Masalah si Kayla ni dia keras kepala. Hahaha. So semangat juang dia lain macam sampai menyusahkan orang lain yg terpaksa sokong plan dia, si Jabir tu. Hahaha. Mungkin saya memang tak boleh masuk dengan karekter macam ni 🤣🤣🤣
Jalan cerita dia suspen gila sebab kita ni diasak dengan fikiran yg tak berhenti dr si Kayla ni. Sapa yg membunuh? Kenapa kena bunuh? Pastu bila dah sampai penghabisan, laahhh, rupanya camtu je. Kalau aku jadi Kayla rasa macam nak hentak kaki sebab beriyalah pecah masuk rumah orang, rupanya memang sah2 eksiden. Hahaha. adoi.
Kita bagi 3.5⭐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sedikit kecewa dengan karya kalini. Mungkin bukan citarasa saya. Cerita ni sikit² ingatkan pada drama netflix "Only Murder in the Building". Konsep sama, ada kes pembunuhan dalam bangunan tu, lepas tu salah seorang penghuni tu obses nak siasat, lepas tu dia cari seseorang team up dengan dia. Lebih kurang sangat macam dalam drama. Cuma sebab kematian, cara kematian, cara hubung kait misteri tu berbeza la dari drama. Cerita ni macam hambar sikit, tak habis² dengan si Kayla yang tak boleh move on sebab breakup dengan kekasih dia. Tolong lar. Rasa macam pathetic sungguh si Kayla ni. Lelaki ramai lagi la. So itu lar, kurang minat.
Buku ni nak letgo preloved, berminat boleh PM saya.
👣 Permulaan cerita banyak tentang kisah 𝑲𝒂𝒚𝒍𝒂. Tipikal gadis anak Dato yang terlebih dimanjakan tapi akhirnya dia dihantar ke Sabah untuk bekerja di kedai buku pakciknya, 𝑼𝒏𝒄𝒍𝒆 𝑺𝒂𝒊𝒇. Tujuan 𝑫𝒂𝒕𝒐 𝑲𝒂𝒓𝒊𝒎 menghantar ke sana dengan harapan Kayla akan belajar untuk berdikari & mengenali kemampuan diri sendiri tanpa bantuan keluarga.
👣 Tapi tulah baru je sampai di La Rosa Apartment, Kayla dah syak macam² tentang penghuni² di situ. Kebanyakannya berperangai aneh. Yang seorang begitu dan yang seorang lagi begini.
👣 Oh ya, dapat jugaklah Kayla healing dari kes dia break up dengan kekasih hati dia sebab dia dapat berjumpa dengan jejaka kacak iaitu 𝑱𝒂𝒃𝒊𝒓. Wuish, yang Jabir ni memang aku pun cair~~ btw😌Aku memang ship Kayla dengan Jabir.
👣 Pada pertengahan buku ni, barulah korang tak senang duduk bila baca sebab disitu bermulanya Kayla menjadi detektif tak berbayar. Disebabkan baca buku ni jugak, aku rasa seronok sebab dpt belajar beberapa dialek Sabahan🤭.
👣 Berjaya ke tak Kayla settlekan kes ni haa tu korang kene baca tapi aq salute dgn Kayla yg pro dgn 3 benda iaitu jadi detektif, event planner & boleh buat business sendiri cuma x sure business apa dia nak buat😌🤣.
SPOILER⚠️ aq igtkn Jabir yg jahat nasib baik bukan dia🥹
👣 Overall, seronok sebab banyak pengajaran yang aku dapat dari buku ni. Bila kita jauh dengan keluarga, awalnya mmg susah tapi kita dapat tahu di mana tahap kemampuan diri kita & kita dapat belajar utk berdiri di kaki sendiri. Next, jgn mudah percaya dgn org di sekeliling. Sentiasalah berjaga-jaga.
👣 Ty penulis utk cerita yg best ni! 🥰 Keep it up!!
entah kenapa, akak rasa kayla ini seorang yang comel dan bijak. bodohla kekasih dia lepaskan gadis yang interesting ini.
kayla ke sabah. dihantar oleh ayahnya untuk membantu bapa saudaranya yang ada kedai buku di sana. dan dia ditempatkan di la rosa apartment.
sejujurnya terasa macam balik ke zaman 70's, 80's bila baca gambaran penulis tentang apartmen la rosa itu. dengan penghuninya yang aneh. jabir juga, walaupun normal tapi seakan ada rahsia.
kisah kayla di sana mula jadi 'penuh' bermula dengan kematian puan akira. puan akira ada sekali berjumpa dengan kayla, menyatakan kegusaran dirinya. part ni mula 'pengembaraan'kayla mencari siapa pembunuh puan akira. walaupun dah buat laporan polis tapi kayla tak puas hati.
akak terasa macam baca kisah 'siri salma'. banyak misteri yang perlu diselesaikan. kalaupun ada petunjuk, kadang-kadang jumpa jalan buntu. susun atur cerita ini memang menarik. dan akhirnya, ending yang memang sangat tak disangka-sangka. memang akak tepuk dahi. satu hari habiskan pembacaan, dan bila dongak pandangn dunia realiti ... setiap manusia ada memang akan ada satu sisi yang lain.
sedap, best. baca pun santai walaupun mendebarkan untuk sampai ke perkataan tamat.
my conclusion :smuanya tiba-tiba. mula-mula jalan cerita dah okay, Kayla dihantar ayahnya ke sabah, bekerja kat kedai buku pakciknya. lepas tu dia kene duduk apartment yang beberapa unit je masih boleh terima. tiba-tiba jalan cerita diperkenalkan dengan sorang2 penghuni la rosa apartment yang pelik dan misteri. lepas kenal semua orang tiba2 Kayla kena dengar luahan hati puan akira. lepas tu tiba2 esok harinya puan akira dijumpai mati. then lepas tu tiba-tiba sel-sel otak Kayla berhubung dan bekerjasama dengan Jabir untuk menyiasat sambil dalam masa yang sama berperang dengan perasaannya terhadap Jabir then rasa cemburu Jabir ada girlfriend. then tiba-tiba Kayla panggil semua penghuni untuk dia terangkan deduksi kes pembunuhan. tiba-tiba semua penghuni situ terlibat dalam kes ini tetapi mereka tak bunuh kerana puan Akira accidentally terjatuh tetapi semua bersubahat sebab mengubah kedudukan mayat then lepas tangan. semua penghuni kecuali Jabir & Kayla ada kaitan dengan kisah silam puan akira yg jahat. why I cannot feel this novel? 1. because I really tak suka bilamana jalan cerita yang cantik utk satu genre (dalam kes ni penyiasatan) perlu dimasukkan unsur hati & perasaan cinta. tak semua orang boleh balance kan. 2. satu lagi plot twist tak sampai
sorry penulis. but I still baca tau dari mula tanpa akhir tanpa skip cuma tu ar feeling tak sampai
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulisan baik dan mudah untuk saya nikmati sepanjang membaca. So laju je baca sebab tak ada bahagian yang buat saya sakit hati sebab masalah penulisan.
Pacing dia Ya Allah slow yakmat! Untuk genre misteri macam ni sangat tak sesuai. Pembaca terlalu disajikan dengan segala detail bermula dari Kayla turun Airport sampai ke apartment dan unpack bagasi. Saya tak ingat entah berapa banyak bab, tapi banyak!!! 50 mukasurat pun masih dalam bab intro.
Slow paced menyebabkan suspen tu hilang dan kurang hook. Mood saya down kejap sebab expectation saya yang tinggi sewaktu membeli buku ni. Sebab saya bayangkan ala2 kdrama Stranger From The Hell. Rupanya tak sama langsung.
Tak suka watak kayla yang tak habis-habis fikirkan ex dia. Bila jumpa Jabir yang handsome terus crush sebab handsome??? idk what to say...hahaha annoying betul.
Sepanjang penyiasatan Kayla tentang kes kematian Akira, segala perkara saya dapat predict tapi Kayla ni degil gak nak siasat sebab dia percaya pada firasat dia. Rasa macam nak masuk je dalam buku dan tarik Kayla untuk stop! Kayla, kau punya prediction semua salah. huhuhu.
hahahah. Aku kan, rasa cam penat je aku duk berdebar baca buku ni. Tup-tup, pembunuhnya ialah .... .
Gitulah, rasa cam terbazir je adrenaline hormone aku. hahaha. Bukan maksudnya buku ni tak best, best je. Cumanya bila tahu je siapa pembunuh tu, rasa cam, eh. .
Feeling dia macam kau ialah Detective Conan. .
Kelakar sebenarnya tengok Kayla yang gigih nak siasat kematian Puan Akira. Ala..macam kita baca buku penyiasatan kanak-kanak waktu kita kecik-kecik dulu. hahaha .
Tapi, aku suka vibe Beaufort. Cam tenang je. .
Cuma vibe La Rosa apartment tu, memang scary la. hahaha. Patutlah Kayla suspicious je dengan semua orang. .
Apa-apa pun, aku kagum dengan semangat penyiasatan Kayla. Kalau aku, awal-awal lagi aku dah pindah. .
Dan aku suka character development Kayla ni. Dari anak manja tak tahu nak buat apa, akhirnya dia ada matlamat hidup.
Such a great book! Plot twist sangat buku ni. Tapi as a forensic student, tak puas hati kenapa polis tak take note betul-betul apa yang Kayla bagitau. At least, collect bukti yang ada dalam rumah. Maybe Kak Zura tak nak tekankan yang polis dah collect bukti, but still agak tak logik dekat situ sebab takda tali kuning polis. And how come polis tak boleh detect apa-apa dekat meja hiasan dengan meja dalam rumah Puan Akira kalau dah kutip bukti. Mestilah kepala berdarah kan kena bucu tajam? Hahahaha banyak jugak pertikaian dalam kepala. But everything was a great job. Enjoy the book so much!
Hope Kak Zura success dalam penulisan seterusnyaa!
Awal2 tak suka sangat watak Kayla. Sebab macam diva sangat. Haha. Tapi last2 suka pula dan kagum nga dia. Paling penting suka tengok Kayla dengan kedua mak ayahnya. Sangat beruntung gadis ini. Punya mak ayah yang sangat2 menunjukkan rasa kasih mereka padanya. Dan hubungan anak mak ayah yang rapat. Dimanjakan dan diambil berat begitu skali. Comel dan terharu. Dan suka kes penyiasatan Kayla. Walaupun kes ini tidklah nampak begitu mistsri dan serius. Haha.
Saya bagi 3.5 bintang. Mungkin dipengaruhi dengan bukan genre saya yang misteri main2, bukan pembunuhan misteri yang serius.
Dan rasanya ada baca Jabir pindah sana lagi lama dari Akira. Atau saya yang silap dalam melihat garis masanya. Apapun, tahniah dan terima kasih atas buku ini. Tetap enjoy baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
boleh ketengahkan lagi genre buku ni sebagai misteri dan penyiasatan.. huhu.. Buat masa ni buku ni lebih banyak cerita tentang Kayla yang sedang struggle move on dari putus cinta dan merajuk dengan parents. Kemahin lagi berani lagi Kayla nak jadi penyiasat. Dengan Jabir yang walaupun takut2, melayan jugak si Kayla punya plan.
Masa baca buku ni, aku duk membayangkan drama siri Only Murders in the Building sebab tengah layan cerita ni.. Tu yang mengharapkan sesi penyiasatan dia lebih panjang dari kisah hidup Kayla merajuk.. hahaha..
Sepanjang Kayla nak selesaikan kes tu, saya cam suspicious sikit😂 betul ke si Kayla ni? like semua bukti yang dia ada tu macam tak menjadi. Tah tah dia Pn Akira tu berhalusinasi je. Tapi bila dah terbongkar saya cam Wow okayyyyy. Last last gitu je eh hahah.
Ada la suspen sikit bila baca buku ni. Overall best aje cuma geram sikit dengan perangai Kayla yang melulu degil sampai boleh merbahayakan diri sendiri.
Superb. 😂😂 Plot twist diaa... Halamak. Penat kita berdebar tp ending dia.... haaaa??? Okay fine, ending dia simple bangeeetttt. Twist betul la ba.. Lepas tu geram dgn watak Kayla ni. Ini sindrom anak no.2 ka? Itulah yg terlintas dlm fikiran. Mcm mau cekik si Kayla ni dgn keras kepalanya. Bikin panas. Masa baca buku ni mmg dlm otak fikir sudah, ini ambil inspirasi dr cerita stranger from hell ka? 😂 Anyway, recommended! Good job author! 😂😂
Cerita ni mula2 bosan ya Terlalu details penceritaannya sampai aku pelik maca mana boleh lepas penilaian oleh PM team ✌️
Tapi aku gagahkan juga baca sebab tak nak judge terlalu awal
So cerita ni mula seronok baca bila dah start kes kematian itu, then aku tarik balik patut la PM terbit buku ni 😅
Jalan cerita besttt and straight forward je tapi tetap ada plot twist nya, spoil tang terlalu details sahaja, mungkin part awal2 tu korang boleh skip2 je kot 🤣