Jump to ratings and reviews
Rate this book

Beringin

Rate this book
Sofina, wartawan politik yang berdedikasi. Luarannya dia tampak okey. Hakikatnya luka lama lima tahun lepas tidak pernah sembuh. Lelaki yang bertakhta dalam hatinya sejak remaja sehingga menjadi tunangannya telah menghancurkan hati.

Kerjaya Sofina telah menemukannya semula dengan bekas tunangnya, Iskandar. Lelaki itu kini bertanding sebagai calon Ahli Parlimen. Mereka berpisah atas sebab yang tidak dapat dimaafkan oleh Sofina. Kini Iskandar datang semula dalam hidupnya menagih cinta.

“I rindu you, Sof ....” – Iskandar.

Azril, lelaki yang pernah menyukai Sofina dalam diam muncul semula dalam hidupnya. Kisah hitam yang dulu membuatkan lelaki itu menyembunyikan diri daripada Sofina dan kawan-kawan sekolah. Sehinggalah satu pertemuan blind date menemukan mereka semula.

“Kita nak blind date ke nak cari gaduh ni?” – Azril.

Tanpa sedar, pertemuan semula dia dengan Azril membongkar satu demi satu rahsia. Rahsia yang disimpan ketat oleh kakak Sofina, Syazlin. Bagi Syazlin, rahsia besar yang menakutkan itu hanya boleh dirungkaikan oleh Sofina dan Azril saja.

“Kerana aku tahu, melalui Azril, rahsia yang aku simpan akan sampai ke Sofina.” – Syazlin.

416 pages, Paperback

First published May 1, 2024

2 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Kamalia

17 books77 followers
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.

Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.

Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.

Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.

Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.

Menulis membantuku memindahkan beban dalam dada.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (45%)
4 stars
22 (40%)
3 stars
8 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 7, 2024
❗️Mungkin mengandungi spoiler❗️

Semasa PM memperkenalkan tajuk buku ini, aku fikir kisah ini ada sangkut pautnya dengan Bawang Merah Bawang Putih. Tapi bukan ya.😅

Namun kisahnya masih berkisar tentang hubungan adik beradik; yang juga diangkat sebagai tema utamanya.

Beringin berkisar tentang Sofina dan Syazlin. Adik beradik yang saling menyayangi, saling berkongsi rahsia. Sebuah pengkhianatan yang terjadi membuat hubungan mereka tidak lagi dekat. Ada rahsia yang disembunyikan atas sebab ingin melindungi sehingga mengundang salah faham.

Pergerakan di awal cerita agak sedikit lambat namun penulis berjaya menyuntik rasa ingin tahu apa yang terjadi kepada watak-wataknya. Plotnya maju mundur tapi menurut aku tak mengelirukan pembaca.

Aku suka cara penulisan penulis dalam naskhah ini. Tak tahu nak jelaskan bagaimana tapi ‘rasa’ itu sampai. Mungkin sebab guna POV 1 untuk kesemua wataknya. Jadi kesan emosi tu lebih melekat.

Penulis menutup cerita dengan penamat yang baik (walaupun sedikit tergesa-gesa untuk watak Is). Aku pula menutup naskhah ini dengan perasaan berbaur.

A worthwhile book
Profile Image for Mohamad Nasrul.
193 reviews5 followers
July 20, 2025
Cerita yang nampak bahagia pada mulanya, kemudiannya mula menunjukkan tanda-tanda persoalan yang memangkin pembacaan aku. Cerita Azril, Sofina, Iskandar dan Syazlin yang mempunyai hubungkait dengan zaman persekolahan mereka, memacu penceritaan yang terjalin kemas.

Sudut pandang watak berbeza pada setiap bab menjanjikan penceritaan yang lebih menyeluruh. Setiap bab imbas kembali menyelak kisah sekolah mereka yang menjadi sebab dan akibat kejadian masa kini. Semua bab jelas menamakan watak dan latar masa yang dipaparkan. Hal ini membantu kelancaran pembacaan aku.

Latar belakang setiap watak jelas akan punca sikap mereka pada masa kini. Perkara ini membuka lebar mata aku tentang kisah derita yang mungkin dihadapi oleh seseorang yang nampak tabah secara luaran.

Nyata sekali aku suka sangat membaca Beringin, dengan susunan cerita yang menarik. Kasih sayang tiada tara antara dua beradik - Sofina dan Syazlin, begitu menggetarkan jiwa aku. ❤️🥹
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
June 11, 2024
Cerita ini berjaya buat saya tertarik untuk habiskan bacaan dengan segera. Pada saya, penulis berjaya adun misterinya, plotnya, watak-wataknya yang tak sempurna itu dan menjadikan Beringin, naskhah yang padat dan kemas.

Watak-wataknya sangat manusiawi, ada kekurangan. Cannot relate kalau watak tu terlalu sempurna. Kegemaran saya dah tentu Syazlin dan Azril. Yang dah baca, pasti boleh agak kenapa Syazlin menjadi pilihan. Untuk Azril, saya suka sebab dia lelaki green flag dan setia. Dalam kekurangan pun masih mampu menjadi manusia yang baik.

Gambaran hubungan kekeluargaan yang rumit dalam novel ini juga menarik. Terutama dinamik Sofina-Syazlin. Dalam sayang, ada benci, dalam meluat, ada rindu. Saya suka babak subtle yang menunjukkan Dan ada lagi babak show don't tell sedemikian yang mungkin kecil tapi sangat berkesan. I loike.

Saya juga suka watak Azroy walaupun munculnya sekejap (mesti parents peminat tegar Gila-Gila Remaja kan?). Sama juga dengan bagaimana penulis gambarkan netizen dan MOnya. Tepat sekali.

Bacalah Beringin jika suka drama keluarga dan misteri/jenayah yang saspens.

4.5*
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
December 16, 2025
weh saya dah review dekat ig buku saya lah 😔😔😔 malas betul nak review sini peegilah check ig buku kita _meenreads lah promote

satu je nak cakap, IHHHH NAK TAHU APA JADI DENGAN IS !!! ok dia dah dibicarakan tapi kalau terperinci bab tu lagi best weh. lagi OK CERITA NI MANTAP LENGKAP. tapi maybe author tak mahir olah bab tu takpe dimaafkan pastu satu lagi takut buku tu meleret kot. sebab know know dah 400 pages ye. aku fikir 300 saja.

overall menyeronokkan. saya nak laki macam azril satu !!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
June 17, 2024
Pokok beringin yang hidup beratus tahun itu menyimpan pelbagai rahsia tetapi tetap memilih untuk menjadi sebuah pohon yang meneduh.

Buku yang menceritakan tentang Sofina yang masih terluka atas kejadian apa yang berlaku. Perkara yang sangat perit baginya. Apatah lagi yang melakukannya dari seseorang yang dia rapat, seseorang yang dia percayai.

Pertemuan Sofina dan Azril yang sudah menghilangkan diri sekian lama membuatkan Sofina terdetik semula tentang kejadian itu. Atas sebab apa yang berlaku, semuanya kabur. Masih ada lagi tanda tanya tentang rahsia yang disimpan oleh Syazlin.

✦⸝⸝🌳𓂂𓏸˚ ༘✶

: ̗̀➛ 𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑎ℎ𝑢 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ, 𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑙𝑒𝑡𝑎𝑘 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑜𝑟𝑜𝑘. 𝑆𝑢𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔. 𝐴𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑡𝑖.

: ̗̀➛ “𝘼𝙠𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙤𝙠𝙚𝙮 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩. 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙩𝙞𝙥𝙪 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙖𝙠𝙪. 𝘼𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖, 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙖𝙠𝙪.”

: ̗̀➛ “𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖. 𝘿𝙞𝙖 𝙩𝙪 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖.”

: ̗̀➛ “𝙏𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙝𝙪. 𝘼𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙞𝙣𝙞 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙙𝙞 𝙨𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖-𝙗𝙞𝙡𝙖!”

✦⸝⸝🌳𓂂𓏸˚ ༘✶

Buku ni menarik dan best. Walaupun dari segi gunaan bahasa yang simple, tapi penyampaiannya sampai kepada pembaca. All the topic and issue yang penulis bawa masuk dalam jalan cerita buku ni, zu boleh kata quiet interesting.

Satu benda yang menarik, buku ni ada POV untuk setiap watak yang penting. Rasa macam semua pertanyaan tu dapat dijawab dalam setiap POV. Dah macam puzzle yang slowly kita dapat complete 🧩 The journey for each POV sangat menarik.

Zu happy sebab finally dapat baca buku @kamaliaramlan sampai habis for the first time, and I can say that, this book is a yes from me. Ni zu share satu microtrope for you guys,

🌳 He won’t go on any blind dates, but once he knew the girl who was set up to be his partner for that blind date was her, he immediately agreed to go.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Sejujurnya, sebelum ni Kirah pernah baca buku Kak Kamalia tapi tak berapa boleh masuk (maaf kak 🥺). Tapi bila buku Beringin sampai, ada something yang tarik kita untuk baca. Dan bagi Kirah, gaya bahasa dan writing style Kak Kamalia kali ni jauh berbeza dengan buku sebelumnya. Rasanya POV 1 ni lebih menarik dan kena dengan Kirah agaknya compare dengan POV 3 dekat buku akak yang lain. POV 1 ni nampak lagi bersahaja.

Beringin. Di bawah pohon gergasi yang redup itu bermulanya kisah antara Sofina, kakaknya Syazlin dan juga Azril. Mereka teman sekolah yang rapat dari kecil.

Tapi disebabkan Sofina menjunjung slogan 'cinta itu buta dan membinasakan', yang baik jadi hilang. Yang ikhlas jadi renggang.

Mereka menjauh. Sofina terus menerus dibawa desakan jiwa remaja sampai ada hati yang terluka.

Tapi semuanya berubah bila Sofina patah hati. Syazlin menjadi musuh, Azril hilang dan terus menjauh.

Kematian.

Kematian juga tak mampu melunturkan kecewa dan marahnya gadis itu. Tapi kematian yang satu ini membuatkan takdir mereka kembali bertaut.

Sofina, Syazlin dan Azril.
Ketiga-tiganya sedang berjuang.

Berjuang untuk move on, bertahan untuk hidup dan bertempur untuk kelihatan baik-baik saja.

Overall, cerita ni sebenarnya menarik. Especially daripada segi perwatakan dia, Sofina tu wartawan politik! Rasa macam tak pernah atau jarang kerjaya ni diketengahkan dalam novel. Dan bila baca cerita ni rasanya Kirah lebih pada jatuh sebak dan kasihan dekat Azril.

Dia punya liku-liku kehidupan tu rasa macam haih saya cuma mengerti 🥺.

Cerita ni back to back dengan flashback atau imbas kembali. Jadi mungkin ada sesetengah readers yang suka setting masa statik kurang berkenan bila flashback ada banyak sangat. Tapi bagi Kirah untuk buku ni, it is quite necessary sebab tunjang kisah hidup dia orang bermula dari zaman sekolah tu.

Cuma bagi Kirah, part hujung membawa ke ending tu macam dimatikan dengan sebegitu cepat dan plotnya better dikembangkan untuk bagi justice dekat keseluruhan jalan cerita. Sebab justice tu sikittt lagi nak dapat tapi pap, dia mati dekat situ dan tak dipanjangkan. Tapi buku ni still nice dan best dibaca!

Tahniah kak, kita tunggu next book akak lagi 🫶🏼

Rating: 4⭐ / 5⭐
Profile Image for Ika.
Author 14 books53 followers
December 26, 2024
Novel Kamalia kategori “mesti beli” untuk penulisan yang lain daripada yang lain. Dari menuduh semua novel Melayu adalah klise, cubalah cari penulis begini dan ubah tuduhan itu :)

Dari awal sudah mengagak Iskandar tuh memang lelaki yang tak patut disukai. Something is wrong with him dan semakin lama memang menyampah dengan dia.

Hubungan adik-beradik Syazlin dan Sofina juga, mungkin sebab Kama sendiri ada hubungan yang baik dengan adiknya, jadi perasaan kasih sayang, marah, benci itu semua dapat kita rasa. Sampai sangat perasaan tuh.

Ada juga “sweet” dalam cerita ini walaupun hati rasa dupdapdupdap nak sampai ke muka surat terakhir.

Yang penting, cerita Kama tak pernah mengecewakan dan rasa puas hati.

Boleh tenang-tenang sementara tunggu novelnya yang terbaru 😍
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
August 2, 2025
Terima kasih admin Prolog Media sebab hadiahkan buku ni kepada saya.

Buku paling cepat dapat dihabiskan sebab ambil masa 2 hari je. Bacaan pun 'smooth' je sebab 'typo' yang 'minimal'. Tahniah kak Kama dan editor.

Nasib baik bahagian cerita seram tu sikit je. Kalau tak terpaksa henti bacaan dan baca di siang hari sahaja. Kita dah la kurang keberanian sejak tinggal sorang-sorang ni, haihh!
Profile Image for Fiz..
9 reviews
June 2, 2024
Pandangan peribadi,
"Beringin" — sebuah karya yang mengangkat tema famili, khususnya hubungan adik-beradik (kakak-adik), pengorbanan, persahabatan, kasih sayang dan cinta. Penulis sendiri dalam prakatanya menyebut tentang gaya penulisan mengikut sudut pandang pertama, "unik" — diperakukan benar.

Garapan, olahan dan kesinambungan naratif "Beringin" lancar melalui watak² utama Syazlin, Sofina, Azril dan Iskandar.

Konflik yang dibawakan dalam "Beringin" diplotkan dengan kemas menjadikan pengalaman membaca tidak bosan, dan ada pada sela bab tertentu pembaca akan dapat merasai sendiri "emotional attachment" dengan karakter².

Tahniah buat penulis, moga semangat lagi untuk berkarya.
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
December 24, 2024
#bukansugarcoat

Wow. I tergamam baca buku macam ni. Dah lama I tak highlight/annotate/letak washi tape dkt buku. Ini antara buku yang I tak boleh lupa sampai bila-bila.

Pengorbanan seorang kakak tu fuh. I rasa I tak mampu nak jadi seperti Syazlin. She was a risk-taker but in this book, I felt sometimes she was so stupid to take the risk just for the sake of her young sister, Sofina. Mungkin itulah dia istilah keluarga. But the female rage in here .... ME SO IN LOVE 🤌🏼✨

Konflik Beringin ni fokus kepada org-org dekat luar sana yang masih mengagungkan sifat manusia yang RED FLAG. Walaupun dah terang lagi bersuluh, kau tetap buta. Siapa yang buta? Haa org terdekat kita jugalah. Even realiti pun, mmg wujud hal-hal begini.

Buku ni buat I curious, saspen, siap ada piu piu, sedikit physical violence/verbal abuse dan yang ingin I highlight — 4 sudut pandang (pov) karakter dgn menggunakan first person pov (kata ganti diri pertama). Menarik lagi ada past-present timeline. Kalau baca sinopsis, gaya mcm kisah cinta nak rekindle balik but NO IT WAS MORE THAN THAT 😮‍💨 Tak tahu mcm mana nak ckp without terbagi spoiler haha but jgn risau, ending best je. Cuma jauh sgt perjalanan nak sampai ke penamat tu.

Bagi I, bukan mudah nak buat first person pov ni. Sebab takut tone karakter kedengaran sama, lagi-lagi 4 karakter oi. However, the author nail it! Tak tahu lah org lain but I suka je ✌🏻 Cuma, karakter sorang tu je cpt sgt kena balasan. Patut seksa je dia lol okay #noviolence 😂🤚🏼 I sebenarnya prefer hubungan Syazlin & Sofina ditunjukkan lagi supaya nampak dari awal yg dorang mmg akrab. Dari situ, boleh lah tahu sama ada berbaloi ke tidak nak selamatkan 'org' tu. Dan ada tease of slowburn juga eheh.

Keseluruhan, I sukaaaa. Mungkin ini mmg genre yang I berminat nak baca. So it's a yes and 4 stars for me ✨ Prefer sisterhood, childhood friends to (ehem maybe lover), family sacrifice, slight dysfunctional family and redflag 🗣️ — then give it a try! #prologmedia #beringin #bukulokal #bukubagus #bukunovel
106 reviews2 followers
October 17, 2025
Mengisahkan tentang Sofina & Syazlin bersama rakan sekolah, Iskandar & Azril. Kehidupan mereka saling berkaitan sehingga lah terjadinya tragedi berdarah di alam dewasa.

Beringin dipilih sebagai tajuk novel kerana di pokok itulah ia bermula & berakhir. Menyimpan kenangan & jawapan.

Walaupun ceritanya mempunyai 4 POV dan berselang seli antara masa kini & masa lampau, iaa tidak menimbulkan kekeliruan untuk saya kerana setiap watak itu punya karakter yang tersendiri & “raw”. Jalan ceritanya boleh dikatakan pantas & mampat dengan babak-babak penting. Segala perasaan timbul sewaktu membacanya - gembira, sedih & geram terutamanya. Perbualan antara watak juga tidaklah canggung, ada “chemistry”.

Pelbagai aspek disentuh oleh penulis. Antaranya secara ringkas kehidupan ahli & wartawan politik; tingkah laku warga maya yang ralit dengan kisah tular tanpa mengira ianya fitnah atau fakta serta mudah terpedaya dengan paras rupa; logik akal yang tertutup dek perasaan cinta pada si lelaki yang “red flag”; emosi seorang anak yang diabaikan ibubapa kerana mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan rasa rendah diri; berlawanan dengan kehidupan anak yang dimanjakan merasakan dirinya lebih hebat dan tidak berperikemanusiaan. Tidak lupa juga, dinamik kehidupan adik beradik yang ada pasang surutnya tetapi pengorbanan yang dilakukan diluar jangkauan.

Namun, terdapat juga satu dua kesalahan ejaan & format dijumpai. Selain itu, saya berasa kurang berpuas hati dengan pengakhiran si pelaku, setelah dua mangsa terkorban dan beberapa maruah wanita tercalar, seperti tidak berbaloi. Benar, jika ikut undang-undang pastilah ke penjara tetapi ianya terjadi secara tiba-tiba selepas bukti dijumpai. Lebih baik jika penulis kurangkan di beberapa babak dan berikan 1 bab untuk fokus pada bagaimana dua watak utama itu berjaya meyakinkan pihak berkuasa kerana selama ini si pelaku kerap saja terlepas dari disiasat, ataupun babak di mahkamah untuk mendengar apa hujah si pelaku untuk melepaskan diri.

Mungkin ada yang merasakan tindakan si kakak terlalu gopoh & tinggi risikonya, tetapi siapa yang boleh berfikiran waras jika si adik dalam bahaya, pasti sanggup melakukan apa sahaja. Pengorbanan seorang kakak itu tiada tolok bandingnya. Adakah kita mampu berkorban seperti dia?

Itu sahaja.
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
November 3, 2025
Review Time 📚⏰️

Beringin - @kamaliaramlan
Rating: 4.3/5 🌟

Di awal penceritaan, saya dah dibawa masuk ke dalam konflik emosi Sofina, wartawan politik yg cuba move on daripada bekas tunang dia, Iskandar. Pertemuan semula dgn Iskandar yg red flag tu, ditambah pula dgn kemunculan semula Azril, membuatkan plot jadi makin tegang! 😮‍💨

Bagi saya, novel ni memang best sebab kekuatannya lebih pada plot misteri. Daripada awal saya dah tertanya2 apa sebenarnya yg dah berlaku masa zaman sekolah antara Sofina, Syazlin, Azril dan Iskandar? Cara penulis selitkan flashback dan pertukaran POV tu memang buat rasa ingin tahu saya semakin membuak2 dan berjaya mengupas semua rahsia serta luka lama dgn baik.

Part yg paling 'melekat' kat hati saya adalah hubungan adik-beradik antara Syazlin dan Sofina 💗.

Watak Syazlin sebagai kakak tu.. kasih sayang dia dekat Sofina memang sangat mendalam. Pengorbanan dia demi keselamatan dan kebahagiaan Sofina tu memang tiada tolok bandingnya 😭. Saya sendiri yg ada adik perempuan ni rasa relate sangat dan jujur kata, ada part Syazlin di penghujung cerita tu yg buat mata saya berkaca. Saya kagum sangat2 dgn watak Syazlin 🥺🫶🏻.

Tak lupa juga pasal Azril. Dia muncul balik bukan setakat jadi hero je, tapi memang dia lah kunci utama untuk bongkar semua rahsia yg Syazlin simpan. Nasib baiklah proses dia dan Sofina merungkai misteri tu laju, tak meleret2.

Jalan cerita dah power, cuma satu je lah yg saya rasa personally macam... "oh, gitu je?" 😅. Rasa terkilan sikit dgn ending watak villain tu. Lepas semua benda berat yg dah jadi, saya expect penutup lebih 'padu' untuk dia. Tapi, hmm...

Keseluruhannya, novel ni adalah pakej lengkap yg menggabungkan elemen misteri, pengkhianatan dan kasih sayang keluarga. Sangat berbaloi untuk dibaca 💯.

Sekian.

#minimembaca #beringin #kamalia #prologmedia ##reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
September 26, 2024
Beringin adalah sebuah cerita yang berfokus pada Sofina, seorang wartawan politik yang menghadapi konflik dalam hidup dan kerjayanya. Sofina masih dihantui oleh luka lama yang ditinggalkan oleh bekas tunangnya, Iskandar, yang kini kembali dalam hidupnya sebagai calon Ahli Parlimen. Iskandar cuba memenangi hati Sofina semula, tetapi kisah mereka tidak mudah kerana ada masa lalu yang tidak dapat dimaafkan oleh Sofina.

Pada masa yang sama, Azril, seorang lelaki dari masa lalunya, muncul semula dalam hidup Sofina, dan bersama-sama mereka secara tidak langsung mula mengungkap rahsia besar yang disimpan oleh kakaknya, Syazlin. Rahsia pengkhianatan terbesar seorang kakak boleh lakukan kepada adiknya Sofina hanya dapat diselesaikan dengan pertemuan semula Sofina dan Azril.

Sesetengah orang mungkin tak suka dengan banyaknya plot imbasan semula. Tapi dengan Beringin, imbasan semula dari kaca mata watak-watak sangat perlu untuk menjawab semua persoalan. Cuma ada satu bab imbasan semula oleh Syazlin agak scary sikit: perenggan terakhir tu Syazlin ceritakan bahawa dia dilanggar oleh kereta bezza merah. Macam mana dia boleh imbas semula babak yang tu sedangkan dia mati dalam kemalangan tu. (korang faham tak maksud aku macam mana? hahaha.. nanti aku petik semula ayat tu.. huhuhu).

Novel ini memasukan beberapa elemen misteri melalui pendedahan rahsia keluarga, di samping percintaan dan peribadi emosi watak-watak utamanya.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,331 reviews67 followers
July 1, 2024
[BOOK 48]

Beringin by Kamalia.
.

Suka!
.

Ni buku ketiga penulis yang aku baca. Dan kesemuanya terbitan PM. Yang paling aku suka semestinya Kelab Duka Lara sebab genrenya time travel. Sampai sekarang, aku masih teringat si Zain Pekan tu. haha (walaupun bila baca review kat Goodreads, tak semua orang suka buku tu. Takpelah, citarasa manusia berbeza kan?)
.

Buku ni ada 4 watak utama. Menggunakan POV 1. So, setiap chapter, ada POV masing-masing. Walaupun ada penulis lain buat stail gini jugak, ada yang aku suka, ada yang tak. Tapi kalini aku suka, walaupun POV Azril, Sofina dan Shazlin je yang banyak. Iskandar ada satu je kot.
.

Oh by the way, disebabkan aku suka buku KDL tu, somehow aku bayangkan Beringin ni ada cerita penglipur laranya tersendiri. Tapi bukan.
.

Shazlin dan Sofina adik beradik. Mereka berkawan dengan Azril sejak kecil. Bila dah besar, Sofina bercinta dengan Iskandar, walaupun Shazlin dan Azril menentang.
.

Sehinggalah Shazlin tekad berkorban demi menyelamatkan Sofina. Akibatnya, hubungan mereka semua renggang.
.

Suka hubungan Sofina dan Azril. Gaduh-gaduh pun, dalam hati ada taman. Suka bila baca POV Azril. Nampak je acah jual mahal, tapi bila tahu yang blind date partner nya ialah Sofina, terus setuju nak datang. Tapi bila jumpa Sofina depan-depan, dia boleh cakap yang Sofina makin berisi. OMG. hahaha. Lepas tu, menyesal je la dalam hati.
.

Baca buku ni, macam tengok KDrama yang ala-ala chaebol buat salah, tapi sering terselamat sebab takde yang berani nak report. Sebab kalau report pun, orang dalamnya bersepah.
.

So, rasa thrilled la jugak baca buku ni.
.

Aku suka kesemuanya tentang buku, kecuali satu je.
.

Ending untuk penjahat tu rushing sangat. Bayangkan, betapa banyak nyawa terkorban dan maruah tercalar, berapa banyak yang mulut terkunci tak boleh nak bersuara, disebabkan oleh penjahat tu, tup tup, senang je dia ditumpaskan. So, aku curious la, apa yang Azril dan Sofina buat sampaikan si dia berjaya dikalahkan.
.

Overall aku suka.
6 reviews
January 24, 2025
Beringin oleh Kamalia

Buku ni buku kedua yang saya baca selepas Senandung Kau dan Aku. Jangan tertipu dengan tema pink buku tu, sebab ceritanya lebih dark dari yang disangka. 😅

Beringin mengisahkan Sofina, wartawan politik yang terperangkap antara kerjaya, keluarga, dan kisah silam. Pilihan raya kali ni membawa dia bertemu Iskandar, ahli politik yang sedang naik — dan juga bekas tunangnya. Dalam masa yang sama, blind date yang diatur oleh ibunya mempertemukan Sofina dengan Azril, kawan rapat zaman kecil yang menghilangkan diri lepas habis sekolah.

Kisah jadi makin complicated bila rahsia lama kakaknya, Syazlin, terbongkar. Kalau dulu Sofina berdendam dengan Syazlin sebab anggap dia ‘merampas’ tunangnya, rupanya ada kebenaran yang lebih besar. Kebenaran yang akhirnya selamatkan Sofina dari tragedi yang lebih buruk.

Cerita ni guna 1st person POV, jadi setiap bab kita dapat rasa apa yang watak-watak alami, termasuk POV Sofina, Syazlin, Azril, dan Iskandar. Tapi bila sampai part pendedahan rahsia Iskandar, saya rasa macam tergesa-gesa. Terus “oh, dia kena tangkap”, tanpa tunjuk emosi atau apa yang berlaku waktu dia diserbu. Reaction family dia pun tak diceritakan. Ending dia rasa macam rushed, but overall, saya enjoy baca buku ni.

⭐️⭐️⭐️/5.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
June 8, 2024
ada rasa sayu menjentik hati di sesetengah bab. syazlin yang sanggup berkorban luar daripada jangkauan. mungkin perjalanan cerita boleh diagak ke mana hala. tapi penyampaian dan olahan penulis manis ini yang memakukan pembacaan dari awal hingga epilog. penggunaan pov 1 untuk watak-watak memang menarik.

beringin pada pendapat akak, cabang kehidupan. berselirat, entah mana pangkal entah mana hujung. semua ada titian tersendiri.

watak-watak yang dibina, bagi akak lengkap. bukanlah sebab watak itu sempurna tapi setiap kekurangan, setiap kecelaruan, setiap emosi yang ada pada watak-watak itu menjadikan watak itu sempurna sebagai manusia yang tidak pernah sempurna.

caption - setiap daripada kita punya rahsia. kan? dan akan ada seorang yang tahu semua rahsia kita. antara syazlin dan sofina, sebenarnya rahsia sofina lagi susah untuk ditebak. berbanding dengan syazlin.

sebenar satu saja yang akak harap. tapi sampai habis akak tak dapat. pov iskandar selepas tertangkapnya dia. mana tahu, ada lagi rahsia yang dia katup rapat.

itu saja.
Profile Image for Shamsuri Rosdi.
3 reviews
June 18, 2024
Dari muka surat pertama dah menarik minat aku ketika membacanya. Bila teruskan bacaan ia semakin menarik dan tertarik. Lepastu tak boleh stop bacaan, ada juga beberapa kali membuatkan aku sebak ketika membaca Beringin.
Satu kata saja... Masterpiece!
Overall aku suka gila cerita ini, bahasa, perkataan, cara penyampaian mmg kena dgn jiwa aku, terbuai2 ketika aku membaca Beringin. Tahniah penulis, tahniah PM.
5⭐/5 ⭐
Setiap tahun aku akan menunggu buku terbaru dari penulis sbb cara penceritaan dan penggunaan ayat dan bahasa sgt membuatkan aku terbuai2 ketika membaca karyanya. Good job!
28 reviews1 follower
December 24, 2024
buku pertama yang pernah aku baca daripada penulis ialah Kelab Duka Lara. Buku tu agak 'kureng' bagi aku. boleh jadi ideanya ke...atau writing style penulis ke...entah. Tapi untuk buku beringin ni, bila baca blurb, aku tertarik untuk try lagi karya dia. Dan aku happy. Sebab ada improvement. tahniah kamalia.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
January 1, 2025
Buku pertama tahun 2025.

Hoiiiii...!!
Best gila. Buku ke3 dari penulis @kamaliaramlan . Paling peberet nehh!

Sekali hadap. Selesai. Cerita tak meleret leret. Tepat. Padat. Susunan cerita pon cantik sangat.

Penyeri pembuka tahun 2025 aku!
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
October 17, 2024
Buku² dari Prolog ni tidak focus pada romance.. malah versatile. Dah 2x F baca buku Prolog kisah misteri.
Profile Image for Siti R.
66 reviews
May 12, 2025
3rd book from her that I read and can see the improvement.
Simple & sweet. Takyah nak penat2 plot twist merata2. Cukup sekadar penceritaan based on 4 main characters POV.
75 reviews16 followers
May 12, 2025
Cerita ni lebih kpd pengorbanan dan kasih sayang

Kdg2 aku terfikir, adakah aku sggp berkorban sebegitu untuk org yg aku sayang

atau

Sayang aku hanya pada kata2
Profile Image for Alkiinos.
15 reviews
September 27, 2025
Memang rasa ingin tahu dan saspens tu membuak-buak ehhhhhhhh. Tak puas hati la watak Is selesai begitu je. Nak tengok dia terseksa perlahan-perlahan (psiko hahahahahha)
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
November 23, 2025
quite rare for malay book with genre of political romance..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.