Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miss Nina Cucu Tok Pa

Rate this book
Miss Nina Cucu Tok Pa!

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?

432 pages, Paperback

Published January 1, 2024

4 people are currently reading
75 people want to read

About the author

Sha Ibrahim

14 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
64 (52%)
4 stars
45 (36%)
3 stars
12 (9%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
May 31, 2024
First book from the PBAKL 24 bookhauls

Tak sangka, buku pertama yang dipilih untuk dibaca ini memberi impak yang sungguh kuat!

Dah lama saya tunggu buku sebegini. Buku yang mampu hilangkan reading slump bertahun-tahun. Dah mula baca tu langsung tak boleh berhenti! Dah pukul 3.30 pagi pun nak sambung lagi sebenarnya hahaha. Dan pengalaman pertama guna lampu suluh sebab kena baca dalam gelap 🤭🤭.

Alahaiii, kemanisan Din tu dah tahap potong kaki pun tak perasan!

Dan sebab ini adalah terbitan Prolog Media, jadi tak perlu risau pasal babak intim. Memang tak ada.

Tapi tu lah, rasa tak cukup lagi. Nak tahu juga pasal backstory Din sampai dia boleh terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Memang patut pun kalau Nina selalu naik angin. Rahsia jer memanjang. Hmmmm. Mengingatkan saya pada seseorang 😑😑. Memang faham la perasaan sakit hati Nina tu.

Buat saya rasa tak sabar nak tunggu naskhah seterusnya dari penulis 😁😁
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
June 2, 2024
Ini kalau ikut piawaian gred untuk pemarkahan sudah semestinya A++. Dan janganlah jadi mcm saya yang suka judge a book by its tittle tu. Nasiblah terbaca review dekat sini kalau tak sayang sungguh terlepas naskah yang bagus. 😌

1) Kampung vibes.

2) Din yang ‘bisu’ (tapi bila dah bukak mulut tu hahaha saya terhibur betul dengan cara dia bercakap) & dikatakan sebagai kurang waras lepastu selalu kena hina demgan orang sekeliling, bekas penagih dadah, penyabar, down to earth, lembut, tak baran, hormat semua orang. Cuma itulah jelah Din ni perahsia. Din ni dari sekolah lagi dah start sukakan Nina, hari-hari dok mengusik & meratib nak kahwin dengan Nina. Din tu kan dia punya manis kan amboii. Sampai ke tua pun still sukakan Nina langsung tak berubah. Sebabkan rahsia Din dah terbongkar maka startlah segala conflict dengan Nina.

3) Nina tu sikap dia memang berlawanan sungguh dengan Din. Kalau boleh Nina tu kena masuk kelas anger management issues. baran, cepat melenting, kalau dah sembur orang tu tak tengok kiri kanan depan belakang dah & agak kasar perangai tu. Dia kalau dah start marah, kalau boleh I nak selotapekan mulut dia tu, ishh memang kasar sungguh. Yang bagusnya Nina ni dia suka bantu orang & akan tegakkan keadilan untuk orang yang teraniaya. Berkawan dengan Din pun dia tak judges yang bebukan. Din diam membisu time Nina bercakap pun dia tak kisah asalkan Din tetap dengar dia membebel. Bila rahsia Din terbongkar memang si Nina ni mengamuk sungguh.

4) Selain kisah Nina dengan Din, ada jugalah terselit perangai orang-orang yang tak bertamadun dalam ni. Kesian betul dengan Tok Pa. Banyak jugalah nasihat yang penulis selitkan. Dan memang tak rugi sungguh sungguh kalau baca. kalaulah penulis ada selitkan sikit latar belakang macam mana Din boleh terjebak dengan dadah mesti lagi powerrr kan.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
July 5, 2024
Thumbs up!

F suka.. sangat² suka sampai F rasa tolonglah jangan habis!

F nangis masa scene Tok Pa.. whyy whyyy.. sebak giler.. menangis F teresak².. eehh ku memang takleh arr kalau scene sedih gini nak² pasal atok nenek. Mudah tersentuh hati.. Allah!

Mula² kan F annoying gak dengan sikap Nina. Keras hati sangat. Dia punya merajuk tu isshhh memang degillah Nina ni. Betullah kata Tok Pa, Din je yang sanggup sabar dengan sikap Nina.

Din bekas penagih. Orang kampung semua pulau dia cuma Nina sahaja yang sudi berkawan.. yang sudi kasi Din makan.. yang sentiasa mendengar keluhan Nina. Din yang "bisu tidak bercakap.

Din yang suka menyakat Nina masa time sekolah. Din yang sentiasa ada dengan Nina. Nina ni blur.. takan tak tahu hati dia menyenangi kehadiran Din. Tu la keras kepala sangat.

F kurang senang kes Haji Basri dan Majid habis begitu sahaja. Tapi takpela.. tak mencacatkan cerita pun. Yang penting Nina dan Din bersatu 😅

Agak² ada ke kisah tentang Fayyad tu? Nak tahu gak endup dia gan El ke?
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
May 24, 2024
4.2 ⭐️

Din yang disisih orang kampung kerana kesilapan dirinya sewaktu muda & sejak itu dilempar kata hinaan, makian, & cacian bukan mudah untuk dia hadap 😔 Sampaikan tak terkeluar kata dari mulutnya hingga orang kata dia gila atau bisu walaupun dia sudah berubah. Biarlah mulut orang, kalau itu yang mereka percaya, percayalah. Tapi tidak bagi Nina. Ya, Che Nina yang paling glamour dalam kampung.

Setiap hari Nina akan berjumpa Din, beli makanan & bercerita tentang harinya. Walaupun celoteh Nina tidak akan dibalas Din selain anggukkan atau gelengan, tak dinafikan bahawa Nina sebenarnya seakan rindu Din yang dulu 😣 Din yang suka menyakatnya sewaktu sekolah. Din yang sering guna senyuman manisnya untuk mengelak dari kena marah dari cikgu, ada saja perangai nakal Din walaupun dia seorang murid yang pandai.

Sampailah kejadian dimana Din akhirnya keluarkan suara dari peti mulut emasnya. Terkedu, terkelu, terkejut Nina tau 🫨 Din bercakap… Din bersuara!! Din tak bisu atau gila! Habis selama ni? Kenapa? Apa yang dah jadi ni?

°❀⋆.ೃ࿔*:・

“𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖, 𝙮𝙖 𝙉𝙞𝙣𝙖?”

“𝘼𝙠𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙠𝙚 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪?”

“𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙧𝙞𝙣𝙙𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖!”

Kalini terbalik pula, Din bila dah ‘dapat mulut’ buatkan Nina yang hilang kata-kata sebab apa yang ditutur oleh Din sering kali buat jantung Nina berdegup laju. Din yang sudah kembali buatkan Nina tak duduk senang.

°❀⋆.ೃ࿔*:・

Buku ni best & recommend for those yang nak baca novel romance tapi ada sikit suspen/misteri (not in horror or thriller way), cuma lebih pada persoalan. Satu per satu persoalan itu dijawab lagi tambah zu tertarik dengan storyline buku ni.

Watak Nina & Din ni sangat menarik bagi zu sebab mereka berdua sangat berbeza. Disebabkan perbezaan itulah mereka melengkapi satu sama lain. Din yang meredakan kemarahan Nina, Din yang selalu pujuk rajukan Nina, Din yang memahami perasaan Nina tanpa perlu bicara. Dah lah setia, penyayang, soft spoken lagi 😭 Phrase ‘if he wanted to he would’ sangatlah Din 🙌🏻🙌🏻 dah lah pergi beli buku ni
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 3, 2024
Dah kenapa sampai habis kerja dorang asik nak bergaduh je ni? Tak penat ke… but yes! Aku yang penat baca. :,)
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
June 14, 2024
agak penat dengan kedegilan Nina and pergaduhan yang berpanjangan but at the end it was all worth my time reading this!

Din sangatlah complement dengan perangai Nina yang kasar dan very outspoken. Din yang softspoken dan always jadi air bila Nina bertukar jadi api HAHA berlatarkan kampung vibe and rakyat marhaen pastu ada elemen mystery yang lure reading kita oooffff

it was page turner awal awal dah menarik and timbulkan banyak persoalan and aku sukakan pekerjaan Nina di kampung. sebagai seorang perempuan erghh SHE IS SO WIFE FOR THAT

dan aku rasa Nina dengan Din ni kena check la badan diorang sebab asyik jadi mangsa tamparan sesama sendiri dengan dari tokpa Nina je HAHA

COMELLAAA DIN DAN NINA. Din sumpah green macam kulit buku ni and loyal namampos like lama gilsss dia tunggu Nina and dia tahu segalanya pasal Nina even sekecil details😔🫶🏻 bak kata Din dia pon nak merasa orang kampung panggil Miss Nina Bini Din😂🤍 lurvee pov Din >>>🫦

this is my first time baca penulisan Sha Ibrahim and quite love her writing and humor maybe lepas ni kalau ada buku kak Sha depan mata aku takkan hesitate untuk try✊🏻

i want to give 4.5/5 tapi sebab penat dengan Nina punya degil and masih ada persoalan tak terjawab pasal accident Nina tuu so i give 4/5 for this story! recommended untuk yang sukakan kampung vibe with grumpy sunshine reverse kind of trope✨
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
June 21, 2024
“Saya tak pernah lain pun, Nina…Saya tetap Din yang sama. Din awak untuk selama-lamanya” - Din

Jujurnya,dah lama saya tunggu cerita sebegini. Cerita yg bersahaja,konflik ringan,nama watak yg ringkas tetapi tetap membuatkan saya melekat sampai jumpa kata penamat.

Kalau reviewer lain dah sentuh tentang kemanisan kombinasi Nina & Din, saya cuma ingin kongsikan bertapa cantiknya latarbelakang cerita ini menggunakan persekitaran kampung (kampung vibes).

Sepanjang pembacaan,saya bayangkan Kg Sekichan yg hijau dengan sawah padi ditepi bendang. Nina dengan van kecilnya, menjual sayur dan bahan basah. Berbual mesra dgn Hjh Zainab,Nek Yam & Kak Peah yg datang membeli & bercerita perihal kampung.

Ada Kak Yah yang buka gerai tepi jalan..ah, suasana macam ni sudah jarang kita jumpa dalam novel, ataupun mungkin saya yg banyak terlepas pandang.

Bertembung pula dengan ‘kacang hantu’ yg kuat provok tetapi kerja tak mahu pula. Mana tak angin Nina..kena semburlah jawabnya. Cucu Tokpa tu boleh tahan mulutnya jika tak kena cara.

“Nina…Nina. Apa la yang kau nampak dengan Din tu” - Majid
“Weh! Kau diam boleh tak! Tak dapat muka Din, muka kau aku tumbuk karang!”

Nun dihujung wakaf, ada insan yang selalu Nina pertahankan. Din yang dahulunya seorang pelajar pandai lulusan luar negara, tetapi kenapa jadi begitu? Din.. Solehuddin, bahasa bisu awak tu simpan banyak rahsia kan.

Timbul pula Hj Basri, warga emas yang sering kita jumpa dalam persekitaran kampung2. Ego tinggi melangit, tak boleh dengar idea & pandangan anak muda. Saya tertunggu watak Hj Basri ni pada setiap bab sb nak tahu apa pengakhiran dia.

Mujur ada Tokpa dan…akhirnya kesian Tokpa 🥲
“Nina kena tahu, Tuhan uji kita bermakna Dia sayang kita. Dia takkan sesekali uji kita diluar kemampuan.”

Tak banyak saya nak kongsi, takut terlepas spoiler. Cuma nak cakap dah lama saya tak jumpa cerita macam ni, cerita yang sederhana dalam segala aspek. Tidak berlebihan manisnya, tiada adegan intim dan paling penting sekali emosinya sampai. Recommended cerita ni 🌟

🔏 Cuma, kalau ada kesempatan..saya nak tahu backstory Din. Kenapa dia terjebak dgn kisah gelap itu, jalan itu yg dia pilih? Mustahil hanya semata sebab Nina..mesti ada sebab kukuh yg lain.

Backstory tu penting bagi saya supaya persoalan kenapa watak Din direka sebegitu rupa dapat dijawab. Tak adalah kita tertanya-tanya kan. Tapi saya faham, sebab cerita ni menggunakan POV Nina..harapnya akan ada POV Din nanti.

“Baik. Abang pujuk” - Din ☺️
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
June 26, 2024
Rate: 4⭐️

Pertama kali baca buku daripada author ni. Buku ni for me taklah begitu berat tapi elemen2 yang dimasukkan dalam ni banyak yang boleh kita jadikan pengajaran dan hadamkan.

Walaupun elemen misterinya biasa2 sahaja sbb kita dah boleh agak storyline tu, tp tetaplah aku suka novel ni maybe sbb cara penceritaan yang buatkan aku rasa smooth je pembacaan. Time aku pick buku ni, sejujurnya aku takda expectation sgt sbb memikirkan genrenya adalah romantik komedi. Biasanya genre ni tak berapa nak kena dgn jiwa aku. 😅 Sbb yalah kita suka buku yg heavy yg pain gitu. Tapi unexpectedly, i like this one. Mcm2 perasaan time aku baca buku ni. Kejap aku gelak, kejap aku geram, kejap aku sedih, lepas tu sengih2 hahahah. Terhibur sungguh. Tapi part sedih tu boleh tahan juga ya. Pandai author main dengan emosi pembaca 🙂‍↕️

Kadang geram jgk dgn watak FL, tapi memikirkan situasi yg dia hadapi, bersikap lantang / kasar ni berkemungkinan sebagai salah satu cara / coping mechanism dia. Papepun ML tu aku sukaaa. Haish sekali dia bagi ayat, cair tuuu 🫠 Hahhaha, tp kdg tu aku rasa cam dah2 la tu Din, hahah. Tak rilek sweet dia tu. 🫢🫢 Kalau aku kat tmpt FL pun aku lari terus dulu. Takleh la org yg boleh berterus terang direct cenggitu je. Kagum aku 😂😂 Papepun, saya suka relationship dynamics between both FL and ML, diorang ni mmg sgt sesuai la for each other 🩵

Cakap pasal isu duit, banyak sbrnnya kes yang aku sendiri pernah berdepan dan dgr, tak dinafikan apa2 pun boleh terjadi tak kiralah siapapun org tu, kerjaya dia ke, attitude dia ke, anything can happen. Sedangkan dalam keluarga pun boleh berantakan bab2 duit ni, apatah lagi dengan orang luar. Jadi, belajarlah serba sedikit lagi2 bab kutipan dana ni dan pengurusan. 😌

Last but not least, aku perasan beberapa typo pada ejaan dalam buku ni dan ada certain ayat yg aku rasa cam tergantung. Mcm ada yg tak kena. 🤔 Another thing is i want to know more about Din punya past. Huhu, tu jelah sikit kurgnya 🙊 #emptycanvashida
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
December 19, 2024
Menarik
Memang takkan sangka
Baca jer lah
Tak rugi

Mesti korang akan suka watak Che Imanina Binti Che Husain aka Miss Nina Cucu Tok Pa
Haru kecoh havoc .. gegar
Then korang akan curious siapa Din aka Solehudin ...

Not bad .. walaupun rasa tak larat part sweet sweet
Naik bulu roma telinga .. hehehe
Sorry genre lovey dovey not my cup of coffee

So siapa yang suka aka sengih macam kambing
Profile Image for Nik Natia.
62 reviews3 followers
June 7, 2024
Kuatnya seorg nina, sehingga hari tok ayah meninggal, seorg nina rebah..
Kuatnya seorg din sentiasa ada utk nina
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
July 14, 2024
Recommended. Cerita biasa-biasa je....
Tapi buku-buku penulis ni memang akan masuk wajib beli dan baca.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
September 16, 2024
Nina, si gadis penjual ikan. Hidupnya hanya ada Tok Ayah, Fifi & Din. Nina terkenal dengan sikapnya yang baik hati & lantang bersuara.

Din yang dibenci orang kampung kerana masa silamnya. Hanya Nina setia berkawan dengan Din walaupun dia dianggap gila & bisu.

Dalam diam ada yang bermusuh dengan Nina. Siapa musuh Nina? Apa rahsia yang disimpan Din? Siapa Din di sisi Nina?

ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊ੈ✩‧₊

Fav! Fav! Fav! 🤌🏻💋 Baca prolog je dah lurve dengan writing kak Sha. Very chill & santai. Storyline? Tak dinafikan ada Ad predict betul but still SO GOOD! When i said i cannot put this book down, i meant it!

Watak Nina memang best. Always buat Tok Ayah sakit kepala 🤣 but very enjoyable watak dia. Memang mengenalah.

Din? Nak cakap lebih taknak spoil. But, baik diam je bang. Abang bersuara je lemah segala organ dalam badan saya. Setiap patah perkataan yang keluar semua manis belaka 😮‍💨 Ad tak kuad wak! Asal baca dialog dia mesti kena letak buku kebawah & tenangkan diri.. haih

"𝐆𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚."

Diam Din! Baik diam! Sangat tak beria tau manis dia but still tercucuk tepat di hati 💘 best sangatlah 😭 sangat tak keterlaluan manis tu tapi cukup! Tolonglah baca. Penat sengih ni.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 3, 2024
Jalan cerita menarik. Watak yang tidak klise. Sweet secukupnya. Cuma saja ada sesetengah dialog kedengaran agak preachy. Overall, aku menikmati naskhah ini.

3.5⭐️
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
March 20, 2025
Close to 4.5 stars sebab I rasa tak cukup eheh
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
June 26, 2024
Jalan cerita biasa2 je.Yang luar biasanya si Din ni haa.Green flag habis ya mamat ni.Baik,setia,lemah lembut.Tak tahulah dalam dunia nyata ada ke tak lelaki macam Din ni.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 18, 2025
Novel ini mengikuti watak Nina, seorang gadis lulusan ijazah yang suka bekerja sendiri (menjual sayur dan ikan) di kampung. Datuknya, Tok Pa ialah satu-satunya orang tua yang Nina ada setelah ibu dan ayahnya meninggal. Itu juga sebab Nina keberatan untuk meninggalkan kampung.

Antara yang menarik:

- menggunakan POV 1 (watak Nina kecuali prolog dan epilog)
- lokasi di sebuah kampung. Peminat cerita dengan vibe kampung pasti suka
- watak utama wanita yang kuat, tak lembik dan berdikari.
- watak hero lelaki yang green flag; sangat penyabar dan penyayang
- konflik ringan tapi munasabah, sesuai untuk yang mencari bahan bacaan sedemikian
- banyak nasihat boleh diguna pakai daripada watak-watak dalam novel ini
- happy ending!

Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh diteroka seperti sejarah Din dengan dadah dan selective mutism yang dialami. Pasti menarik.
Profile Image for nrrafitah.
116 reviews4 followers
December 21, 2024
Dah habis banyak hari tapi tak tahu nak start review macam mana sebab bagi i buku ni mmg BEST!
Kisah mengenai Nina si penjual ikan, the one and only cucu tok pa. Nina ni sebenarnya seorang yang sangat ketegaq ya orang utagha kata, dia punya berani tu lain macam ego pun ya jugak tapi dia baik.
Din pulak bekas penagih dadah yang memang suka dengan Nina dari zaman sekolah lagi tapi budak yang bagus. Kerja pun elok cuma tersalah simpang yang buat dia jadi gitu. Orang kampung semua gelarkan Din gila sebab tak pernah bercakap padahal dia saja taknak cakap sebab kalau dia cakap lagi orang kampung mengata dia. Tapi Nina ni baik sentiasa layan Din normal, hari-hari beli makan utk Din lepastu lepak wakaf sambil tengok Din mengukir, sentiasa sembang dengan Din walaupun takda respond.
I suka vibes kampung dalam novel ni, friendship Nina dgn Fifi lepastu Din yang sentiasa sabor dengan perangai Nina tapi i menangis ya part tok ayah tu. Huwaa sedih!
Overall jalan cerita best, tak bosan dan banyak pengajaran dalam buku ni. Very recommended! 💯
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
October 14, 2024
Sorry saya dnf, dapat baca 60%. Tak larat nak tengok Nina gaduh mulut dgn org tua pasal masjid pula. 😮‍💨

Boleh gila dgn Nina ni. Apa yg baran sgt hidup ni 🤦🏻‍♀️ Melulu tindakan (mulut) tak fikir apa dah. Dari zaman sekolah sampai dah 28(!) kut org dah membebel. Takkan tak belajar peribahasa ‘sbb mulut bdn binasa’. Tak takut langsung consequences ya. Saya husnudzon je mungkin dlm dunia dia, tak ada kes2 lelaki bunuh/ugut perempuan. Itu je plg logik utk tindakan Nina 🥲🫠

Sabo je la.

1. 1st sekali annoyed sikit bila dia yg marah sgt sampai tolah explanation Din bila Din offer nak explain. Lepas tu baran sorg2. Apo 💆🏻‍♀️

2. Ni dekat hospital. Duk cari gaduh kata diri tu beban. Din dah balas elok je baik2. Dia pi tolak, dia pula yg mcm terpaling victim duk menangis emo lepas tu 💆🏻‍♀️
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
August 9, 2024
'Tuhan sedang menguji dia dan dalam masa yang sama menguji orang di sekeliling dia juga.'

'Kadang-kadang kita tak perlu tanya ataupun dapatkan kepastian untuk pastikan apa yang ada dalam hati seseorang. Layanan, tingkah laku, lenggok badan ... itu pun dah boleh dijadikan bukti kukuh untuk menunjukkan yang dua insan sedang berkongsi rasa.'

'Tak ada istilah ujian siapa lebih berat, dan ujian siapa  pula lebih ringan ... tuhan uji ikut kemampuan kita.'
________

Nina seorang gadis yang lantang, yang suka bertindak, yang tidak kisah akan kata orang lebih-lebih lagi orang kampungnya -- berkawan dengan Din si bekas penagih dadah, yang namun seorang yang tenang dan penyabar orangnya. Lelaki yang Nina sudah kenal dari zaman sekolah, lelaki yang suka kepadanya daripada dulu sehingga sekarang. 

Perjalanan mereka berdua mungkin telah berbeza beberapa tahun dulu, tetapi kini mereka bertemu semula dalam sebuah keadaan, dalam suatu kenyataan, menjalin ikatan persahabatan yang namun kedua-duanya tahu tentang rasa yang lebih dalam di sebalik hubungan itu. Namun semua itu perlu dilalui dengan menempuh banyak perkara yang membawa kelukaan terlebih dahulu kepada kedua-dua Nina dan Din.
________

Miss Nina Cucu Tok Pa; buku ini bawakan kisah cinta yang penuh bersalut jenaka, tapi dalam masa sama masih juga hangat pada perasaan, yang boleh buat saya tersenyum sampai ke telinga. Perjalanan cerita dengan penggunaan POV pertama watak Nina, bawakan kisah kehidupan gadis ini sebagai seorang penjual ikan di kampung walaupun merupakan seorang pemegang ijazah (salah satu hal yang jadikan wataknya menarik dan tidak biasa-biasa). Melalui sudut pandang Nina kita ditunjukkan tentang bagaimana pentadbiran komuniti kecil di sebuah kampung berjalan, dan bagaimana tindakan Nina mencetuskan kepada pembongkaran ketirisan serta penyalahgunaan dana kampung mereka. Di sini kita boleh nampak bagaimana korupsi turut boleh berlaku bahkan di dalam sekecil-kecil pentadbiran sesebuah kampung. Di samping konflik yang satu ini, berjalan juga konflik dalaman secara individu untuk watak Nina sendiri -- berkenaan hubungan cintanya nanti, dan cabaran serta ancaman yang perlu dia hadapi kesan daripada kelantangannya bersuara mempersoal banyak hal. Saya suka juga dengan bagaimana penulis bawa persoalan daripada watak Din, seseorang yang dalam dunia realiti kita bahkan sentiasa menerima pandangan jelek di sisi masyarakat, semestinya sesuatu yang lain daripada yang lain apabila watak seperti ini dijadikan watak yang utama memberikan impak dalam perkembangan kisah watak utama itu sendiri.

Semestinya watak-watak dalam buku ini sangat-sangat menarik dan dinamik ya, walaupun selalunya ada keterbatasan dengan penggunaan sudut pandang pertama seperti ini, namun setiap daripada watak-watak di dalam buku ini dihidupkan dengan cukup baik daripada pandangan watak utamanya, Nina. Apatah lagi watak Nina ini kira bijak dan bukan tipikal watak perempuan utama dalam kebanyakan cerita cinta, walaupun dia kurang bijak pula pada tindakannya yang sering terburu-buru. Namun dalam yakin serta lantangnya, Nina tetap pula miliki kurang keyakinan diri yang buat dia rasa tak layak untuk Din walaupun hati kata sebaliknya. Tapi nasib baiklah ada watak Din dan Tok ayah yang sentiasa menjadi sauh kepada Nina, yang menstabilkan setiap emosi berlebihan yang merajai diri Nina. Din seorang yang tenang dan manis mulut (tolong carikan satu untuk saya dalam dunia ni lol), seorang yang setia menanti, yang lawak, yang tegasnya kena pada tempat -- walaupun awal-awal saya takut juga kalau-kalau Din ni berperwatakan obsesif; tapi ternyata 'obsesif'nya pada Nina ini penuh hormat sementelah dia yakin tentang perasaan Nina pada dia juga; dan Din memang merupakan stabilizer kepada Nina selepas Tok ayah sendiri. 

Buku ini tarikan utamanya pada saya ialah vibe daripada watak-wataknya, hubungan di antara mereka berjaya penulis hidupkan melalui babak-babak yang ditulis. Plot juga berkembang dengan baik dan cepat. Persoalan-persoalan yang dicipta memang akan buat kita tetap duduk teruskan bacaan. Dan paling penting sebab tema romantik buku ini, bawa pendekatan yang kena dengan selera saya. Pun begitu, sedikit benda yang tetap ada mengganggu saya ialah dari segi kesalahan kecil yang saya jumpa dalam binaan ayat. Sebab saya nampak ada beberapa kali dimana satu-satu perkataan tertinggal (yang sepatutnya ada) dalam satu-satu ayat -- tapi macam kita pula kena filled in sendiri untuk jadikan ayat itu betul konteksnya -- hal yang buat saya geram sikit (sikit je lah tapi) sepanjang pembacaan. Selain daripada semua itu, secara keseluruhan buku ni memang satu bacaan yang seronok dan menarik, yang boleh jemput senyum, sengih, ketawa, dan nangis (sikit) masa baca. Worth it.

A heartwarming romantic story. Suka sangat.
Profile Image for hydrangea &#x1fabd;.
21 reviews4 followers
July 1, 2024
Miss Nina Cucu Tok Pa! Siapa tak kenal dia? Yang sangat berani, lantang bersuara dan extrovert! Sampaikan tok pa pening kepala dengan satu-satunya cucu kesayangannya! Nakal sangat! Tapi comel!

Bermula dengan kisah background Nina seorang penjual ikan! Sambil menyelam minum air, macam macam gossip terhangat dekat kampung dia dengar sambil menjual ikan. Antaranya: Salehuddin. Lelaki yang sangat nakal di sekolah tapi jiwang dengan Nina. Dan Haji (tak ingat dah nama haji tu someone help me).

I FREAKING LOVE THE SETTING! KAMPUNG VIBES?! YES 100% YES! Trope dia pun sebenarnya menarik. Reverse Grumpy X Sunshine. I pantang kalau dapat buku setting kampung. Memang tu yang I baca dulu.

Author bijak menggambarkan setting kampung in this book. I rasa macam I dalam buku ni and dalam kampung tu. The characters are also vivid and realistic. Ada makcik bawang rangers suka ambil tahu pasal orang lain tapi tak tengok diri sendiri, pecah amanah, penunggang agama dan kutu rayau. Tak lupakan background Din. Seorang insan berjaya namun saat Tuhan bagi ujian, dia jatuh ke dasar yang dalam.

I love Nina’s personality. She’s so brave! Tapi, her cons: dia tak pandai kawal emosi. Beza dengan Din. Seorang yang penyabar dan soft spoken. I hate that Haji character cus dia punya tunggang agama and fake memang tak boleh bincang.

My fav character in this book is Nina’s Tok Pa! Mungkin sebab I dibesarkan dengan ketiadaan dua belah atok. Tok Pa jadi character yang heal my inner child. Segala nasihat dan kesabaran dia melayan Nina. Sangat la berharga.

Buku ni tak draggy cuma Nina punya trust issue with relationship and man makes me feel like pusing-pusing kat same part. I nak tahu lebih pasal kawan Din tu. Macam menarik je!

My first book from Kak Sha! For me, I boleh go dengan her writing. Will continue to buy and read books from after this.

Conclude my review, as usual. Kalau korang rasa kenapa Allah terus menerus bagi ujian yang berat, have a trust issue with yourself and with people. I recommend you to buy this book. You can find that one particular quote from Din. If you know, go comment on this review!

P/S: POV DIN 🫶🏼🫶🏼🫶🏼😭😭
Profile Image for putriarisa._.
14 reviews1 follower
December 1, 2025
Kita high expectations buku ini. Tapi, tak sampai. Watak Nina annoying jadi kita macam muak sikit. Belum lagi hampir setiap muka surat nak tekankan statement; ‘Miss Nina Cucu Tok Pa’. Agak keterlaluan dan kita penat sikit nak baca. Watak Din menarik, tapi satu tahap dia jadi hero tipikal. DNF sebab lelah nak baca, tak kena selera kita.
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
July 21, 2025
Nina gadis baran dan lantang bersuara. Kadang menyakitkan, tapi kadang menyedarkan. Kita suka bila dia berani bersuara pasal dana untuk orang kampung yang ‘ghaib’. Tapi bila terlalu berani, memang tak semua boleh hadap. Dengan orang kampung dia baran macam ni kita OK lagi tapi dengan Din kita K.O (kurang okay) 😌💥

Din pula sehijau padang bola 🌿. Setia tahap dewa dengan Nina. Umur 17 dah meratip nak kahwin dengan Nina yang baru 14 😂 Siap buat permohonan rasmi kat Ibu, Nenek Nina & Nek Yam. Tapi sebab satu kesilapan lama, dia jadi senyap terus… sampai orang sangka dia tak betul. Nasib baik ada Miss Nina Cucu Tokpa. 💚

Part Tok Ayah meninggal tu… kita nangis. Sakit sangat bila orang tersayang pergi, tapi air mata tak keluar setitik pun. Lagi sakit bila tahu puncanya dengki dan dendam manusia. Sumpah geram 😤

Dan untuk Haji tu… satu je nak cakap: meringkuk la kau di neraka. Geram nak mampuihhhhh!!! 😤🔥

Puas hati baca novel ni. Thank you pada yang vote kat thread tu! Ni officially jadi comfort book baru kita 🤍 Harapnya ada sambungan pasal Fayyad & El pulak, nampak menarik 👀✨
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
August 17, 2024
Miss Nina ni memang lantang bersuara, bagus. Cerita ni memang menarik, latar belakang kampung ja, tak payah gempak nak kalut cerita CEO bagai. Simple. Hero, Din, boleh tahan juga penulis buat latar belakang dia, tapi, masih ada kemanisan si Din tu walaupun lepas dia dah tersalah langkah. Baca novel ni, ada lar beberapa scene touching, sampai keluar air mata lar. So penulis memang power, mampu buat sis menangis dengan plot ni. Lepas ni boleh cari buku penulis yang lain, sebab ni buku pertama baru nak kenal cara penulisan SI.
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
June 22, 2024
1000/10..sabarnya din dan tok ayah melayan nina. I crieddd
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
August 9, 2024
First time ek tak suka and menyampah dengan heroin sebab perangai dia MasyaAllah, tergugat kesabaran, haha! Dengan dia punya ego, mulut lancangnya! Pastu merajuk lama gila uiiii! Aku yang wanita pun stress, haha!

Tapi aku suka how the story sebenarnya cerita yang kau selalu je tengok kat TV, tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil. And Din, watak dia memang lain daripada yang lain.

Minus point sebab banyak tempat yang macam ada kesalahan teknikal daripada segi susunan ayat. Dan pertemuan Nina dengan kawan-kawan baik Din di hujung cerita macam sedikit random dan asing, which in my opinion macam tak perlu pun sebenarnya. Cerita macam dah boleh dileraikan tapi ada babak-babak tambahan yang sengaja memanjangkan cerita. Mungkin mereka cameo untuk novel lain, saya tak tahu. Sebab ni pun my first novel from the author yang saya baca.

Overall, it is a nice light reading that you might want to consider to dwell on kalau nak sama-sama pening dengan perangai Miss Nina Cucu Tok Pa!
Profile Image for Jane.
1 review1 follower
June 12, 2024
Miss Nina cucu Tok Pa. Nina dah sebati dengan panggilan tu. Siapa je tak kenal Nina? Berbekalkan lori kecil, Nina bekerja sebagai penjual ikan. Langsung tak malu dengan pekerjaan dia walaupun dia graduan universiti di KL. Lantang bersuara, berani kerana benar. Tapi kadang-kadang sikap berani dia tu yang bahaya. Mulut lagi laju dari otak. Keras kepala juga. Selagi tak puas hati, dia akan fight habis-habisan. Tak kisah la tua ke muda, dia lawan!

Solehuddin aka Din. Semua orang kampung ingat dia gila dan 'bisu' lepas Din terlibat dengan dadah. Siapa kawan dia? Miss Nina la kawan dia. Nina yang selalu bagi dia makan tengahari dekat wakaf. Walaupun Din senyap membisu, Nina tak pernah jemu nak membebel dekat Din tentang harinya. Sampailah satu hari, Din keluarkan suara dia. Sampai merajuk Nina dibuatnya. Mati-mati dia ingat Din takkan bercakap macam dulu-dulu.

Bila dah mula bercakap, tak reti nak tutup pula mulut Din tu. Ada je ayat dia nak mengusik Nina. Mengorat macam zaman sekolah dulu-dulu. Tapi, Din ni perahsia dan misteri. Ada benda yang dia sorokkan dari pengetahuan Nina. Rahsia apa yang Din sorokkan dari pengetahuan Nina?

Cerita ni sangat vibe-vibe kampung! Suka dengan Nina yang sanggup bekerja biasa semata-mata nak jaga tok ayah dia dekat kampung. Fifi kawan dia yang selalu sokong dia. Din yang selalu jadi pendengar setia dia. Orang-orang kampung dalam cerita ni memang ada dalam dunia nyata. Yang baik, yang mulut jahat, yang kaki sebar fitnah, yang kononnya alim tinggi pengetahuan agama tapi hmmmmm! Storyline dia lurve!

Kadang geram dengan sikap Nina yang keras kepala, dapat pula Din yang tenang, penyabar orangnya. Mulut kata tak suka tapi hati kata lain. Bila orang tu jauh dari hidup dia, mula la dia tercari-cari. Din ni tersangatlah hijau. Soft spoken, penyabar, baik, setia! Orang caci hina dia pon dia tak pernah nak melawan. Tapi kalau Nina, siaplah. Dia lawan! Din ni terlalu berahsia sampaikan kita pon tertanya-tanya, siapa dia ni sebenarnya? Banyak betul persoalan bila baca cerita ni.

Tersangatlah recommended! 🫶🏻
Profile Image for mononokehime's.
16 reviews
August 5, 2024
Aku bersyukur sebab dah pick buku yang betul. Memang kalau Prologmedia , bukak² bhgn prolog mesti akan stuck sampai abislahh. Such a great journey, teringin nak baca buku tema² kampung lagii.

Miss Nina Cucu Tok Pa atau nama sebenarnya, Che' Imanina. Graduan universiti tapi pilih berniaga ikan di kampung sendiri. Bawak lori lagi ! Perangai tak payah cakaplah kot, kesabaran tahap 1 je kau cari pasal dengan dia mahu berdesing telinga😹 walaupun perangai Nina mcm ni, tapi Nina pantang sangat kalau nampak orang dizalimi. Dia berani betul, saya pun takut kadang-kadang.

Solehuddin aka Din. Suka sangat menyakat Nina dari umur 17 tahun. Nakal² dia pun, dia orang kampung pertama yang sambung belajar di luar negara. Sayangnya, 2 kali terbabas dari landasan. Terlibat dengan najis dadah sampailah orang kampung ingatkan dia dah 'weng'. Selepas keluar pusat pemulihan, Nina sorang je yang suka layan dia walaupun Din ni 'bisu'. Sambil-sambil Nina berkawan dengan si bisu ni, Din suka mengukir. Tangan seni nii. Diam-diam ubi berisi sebenarnya 😁

Buku ni memang buat saya tersengih jelah rasanya. Cuma ada satu part mengalir jugaklah air mata. Perangai Nina yang LALALA and Din yang OKOKOK comel betul tak tipu. Hubungan kekeluargaan Nina dengan tok ayah pun fuhh, saya terharu ya. Dengan Fifi kawan baik sehidup semati? Saya tabikk. Cerita yang ringan ni berjaya buat saya hooked dari awal sampai habis . Hooked pun bila masuk waktu pergi solat ya, Nina banyak kali cakap dalam ni tak elok lambatkan solat alahai comel jelah.

Nina banyak ajar saya untuk jangan pandang rendah orang lain, cthnya Din yang terlibat dengan dadah. Sebab kita tak tahu, kalau kita terjerumus jugak, mampu ke kita jadi macam dia yang mampu keluar dari kejahilan tu. Din pulak selalu ajar, api tak boleh lawan dengan api. Sia-sia je. Apapun, saya taknak spoil apa² yang penting saya suka perangai Din okbye😔🙏🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
June 30, 2024
[BOOK 47]

Miss Nina Cucu Tok Pa by Sha Ibrahim.
.

Aku yakin, seluruh rakyat Malaysia yang baca buku ni akan ingat ayat keramat Din ni, yang melonjakkan beliau sebagai lelaki terhijau seluruh semesta. hahaha.
.

"Jadi...isteri saya tengah merajuk la ni?"
.
"Baik. Abang pujuk."
.

hahhahaa.
.

Okay, sebelum tu, aku lega buku ni diterbitkan oleh PM. Kalau tak, entah bila la baru aku akan beli dan baca buku ni, sebab genre cinta kan.
.

Dan jujurnya, waktu mula-mula baca buku ni, aku teringat buku Demi Waktu, Demi Nina. Yang wataknya juga Din dan Nina. Yang watak Din juga sekarang bekas penagih. Tapi, itu je la yang sama. Bukan plagiat pun. Kenapa aku ingat? Sebab DWDN tu sedih. Dan MNCTP ni happy ending.
.

Okay, kembali kepada buku ni.
.

Aku suka vibe kampungnya. Rasa tenang je.
.

Aku suka karakter Nina. Jarang watak heroin ni pandai bawak lori, berniaga ikan, bersuara lantang menegur salah orang.
.

Dan paling penting, suka karakter Din yang melengkapi Nina.
.

Kadang-kadang, aku bengang jugak ngan Nina. Dia punya keras kepala tu, memang Din je la yang sabar melayan, selain Fifi, bestfriendnya.
.

Aku suka penulisan penulis. Penulis otai kan.
.

Kenapa 4 bintang? Sebab buku ni menggunakan POV Nina. So, kita tak tahu apa sebenarnya another side of Din's story. Rasa tak puas baca. Maka, sama-sama la kita tunggu buku versi spin off watak Din pulak.
.

Side note: aku suka bila Din nasihatkan Nina untuk berlapang dada, tengok salah diri sendiri dulu, sebelum menuding jari pada orang lain. Ni pointnya kenapa Din rahsiakan sebab kenapa dia terjebak dengan najis dadah.
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
November 29, 2024
Best cuma hujung tu agak cringe dgn watak din. Act saya meletakkan harapan yg tinggi utk buku ni sbb ramai bagi rating tinggi cuma tulah preference setiap org tak sama. Watak Din lah yg paling kureng sbb cringe dkt hujung tu tapi yg lain okay. Cerita PM mcm biasa lah, kalau takde misteri, curious tu mmg tak sah. Cuma cara terlerainya rahsia yg Din simpan tu mcm meh sikit. Din ni pun satu byk betul rahsianya. Kesian nina 🥲 bila teringat balik scene yg tetiba si Din ni ada suara mmg kelakar tapi kesian dkt nina sbb selama ni dia sorang je bercakap. Yg member sorang lagi tu boleh diam je. Tapi eloklah diam sbb kalau si din ni bercakap menyakitkan hati nina.

Paling suka dgn watak NINA. Nina yg sangat humble, nina tu ada degree kut tapi rilek je dia boleh kerja jual ikan. Rare betul. Anak jantan dkt kampung nina tu pun ada lagi tak bekerja tapi nina mmg mantap. Bukan setakat pekerjaan je tak memilih, bab pasangan pun dia tak memilih cuma tulah sape suruh buat nina mcm tu kan dah mendapat 😌. Satu lagi nina ni mmg slay, savage. Dia kalau ada yg terbuku dlm hati dia cakap je, dia tak kesah apa org nak kata. Sukerrr betul watak nina ni!

Cuma kisah hidup nina ni sebenarnya sedih 😭 ingatkan cerita ni penuh dgn ketawa rupanya terselit kesedihan. Nina mmg da besttt! Haih takleh lah bila teringat rasa nak nangis pulak 🥹 nasib baik nina ada din walaupun mulut din tu kadang meminta. Sesuai sgt dua org ni, sorang gedik sorang lagi terlebih berani 🤣

Tapi ayat din last page tu, kemain ya Din 🫵🏻😂
Papepun yg berminat atau ada niat nak baca, boleh rendahkan expectations anda! Barulah buku tu akan jadi best kebaboom!
Profile Image for americanobam.
93 reviews1 follower
May 31, 2025
penulis ni makan apa ? setiap helaian ada je nasihat and tazkirah agama yang dia bagi YA ALLAH banyak weh lurve sangat 🫶🏻 Suka dgn gelagat Nina, Fifi and tokpa, fam Din pun kelakar jugak 😹 suka jugak how diorang treat orang lain, baik sangat sangat 🤍 buku ni light je boleh la buat hilang stress paling tak pun stress dgn Nina kekadang ( salute dgn tokpa🫡) yang mana baran tak tentu masa , buat keputusan ikut emosi , overthink setinggi bukit kena baca tau this book amik refleksi diri 😭 #cakapdirisendiri DIN NI YA ALLAH GREEN FOREST BETUL LITERALLY THE WHOLE AMAZON SIS 💚 tp FR mana nak beli kesabaran tu 🥹 lepas baca ni DIN NAIK TOP1 BF INSHALLAH KEKAL SEBAB TERLALU GREEN MENGALAHKAN PENYU SEKMUNG 🐢MANA NAK DAPAT IN REAL LIFE NI 😭 tbh 4++ pages tak cukup , nak lagi bonus ke extended ke sampai cicit pun takpe 🥹 stay up sampai subuh lepas study just to read this weh instead of sleep so dah boleh agak kan best nya cemanaa 🤌🏻
> romcom
> grumpy ikut mood fmc x sunshine mmc
> slice of life
overall 100/5 stars kalau boleh ♾️/5
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.