Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagasi yang Ingin Dilepaskan

Rate this book
Orang kata ... pertemuan pertama itu kebetulan. Pertemuan kedua itu takdir.

Luna Audra tidak menyangka perjalanan tiga harinya ke Türkiye ditambah dengan tiga lagi pakej yang dia tidak pernah minta!

Misteri. Jatuh cinta. Momen yang indah.

Hati Luna luka sangat. Dia lebih selesa memencilkan diri dan menenangkan diri. Namun ketenangannya terusik tatkala sahabat baiknya Zara, membuat satu permintaan mengarut.

Permintaan daripada sahabat yang sedang duduk atas katil menunggu ajal dekat hospital ni, kau kata karut? – Zara

Dalam terpaksa, permintaan sahabat dunia akhiratnya itu cuba ditunaikan. Namun lain yang dirancang, lain pula yang terjadi saat dia tiba di Istanbul. Takdir membawa dia bertemu lelaki yang bicaranya sentiasa mendamaikan jiwa.

Melepaskan masa lalu bukanlah proses yang cepat. Ia perjalanan yang memerlukan waktu. Bersabarlah dengan diri sendiri. – Mateen

Dengan bantuan Mateen, Luna cuba menunaikan permintaan terakhir Zara. Namun tanpa sengaja, mereka terperangkap dalam satu skandal pembunuhan yang mengejutkan bumi Türkiye.

Berjayakah Luna dan Mateen keluar daripada kemelut kes pembunuhan itu? Dan ... benarkah Mateen benar-benar ikhlas membantu Luna?

432 pages, Paperback

First published May 1, 2024

7 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books552 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
66 (45%)
4 stars
59 (40%)
3 stars
17 (11%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
595 reviews107 followers
May 31, 2024
Buku ni kan, sekejap rasa macam baca buku travel, kejap misteri, kejap cinta, dan kejap buku healing. Gabungan semua genre ini membuatkan aku rasa buku ni sangat best! Mana taknya, semua benda yang aku suka dimasukkan dalam satu buku!

Luna terpaksa pergi ke Turki untuk menunaikan permintaan sahabat baiknya, Zura. Percutian yang pada mulanya hanya ingin dilakukan selama tiga hari, berubah menjadi seminggu apabila Luna terlibat dalam satu kes pembunuhan. Sepanjang di Turki, Luna tidak berseorangan. Dia ditemani jejaka kelahiran Indonesia bernama Mateen.

Aku suka jalan cerita novel ini dan bagaimana plotnya berkembang dari satu hal kepada hal yang lain. Cantik je writing. Bermula dengan kisah pengenalan Luna dan Mateen, misteri pembunuhan, dan kisah pengembaraan di Turki. Sepanjang cerita ini, diselitkan juga dengan kata-kata healing bersama momen indah mereka berdua. Serius banyak ye aku highlight kata-kata healing Mateen. Dengan ayat dia "memancing" pun aku highlight 🥰 Sukalah, tersenyum-senyum aku membacanya. Hihi. Pendek kata, banyak momen-momen indah ketika Luna di Turki.

Berlainan pula bila Luna kembali ke Malaysia, cerita berubah arah kepada kisah sedih. Mengalir air mata membaca cerita dua sahabat dunia dan akhirat, Luna dan Zura. Sungguh memilukan hati. Cerita berubah rasa sekali lagi kepada geram dan marah dengan sikap keluarga Luna dan Hakeem. Kenapa ye korang lebih percaya kata-kata orang luar? Tak dapat aku bayangkan perasaan Luna yang ditimpa ujian berkali-kali. Lagi sakit bila keluarga sendiri tidak memberi kekuatan seperti yang diharapkan.

Pengakhiran novel ini, mestilah happy ending 🥰 Tapi kan, paling syok baca babak Hakeem kembali dan padan muka kau! Hahahahaha! Gelak seronok aku masa baca part tu! 😝

Secara keseluruhan, aku suka dengan kisah Luna dan Mateen. Cerita mengenai bagasi yang berjaya Luna lepaskan dengan bantuan Mateen cukup sempurna buat aku. Bukan setakat Luna, kepada kamu yang punya bagasi yang ingin dilepaskan, cubalah baca buku ini. Mungkin kamu juga boleh sama-sama meluruhkan bagasi itu :)

5 bintang bersinar untuk buku ini :)
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
June 17, 2024
4.8 ⭐️

Tajuk cerita yang mempunyai maksud yang sangat mendalam diantara kisah hidup Luna. Dirinya pergi ke Türkiye dengan tujuan untuk menunaikan hasrat kawan baiknya. Ya, sanggup Luna pergi ke negara luar semata demi kawannya. Di situ juga lah pertemuan Luna dan Mateen.

Pertemuan pertama itu kebetulan, kedua itu takdir. Takdir yang membawa Mateen terusan bersama Luna. Pertemuan yang tanpa disangka buatkan mereka terperangkap dalam satu kejadian pembunuhan di negara orang itu. Macam mana Luna dan Mateen boleh ada kaitan? Apa yang sudah terjadi?

જ⁀➴ ˃̵ᴗ˂̵ 💙 ᡣ𐭩 ⋆.˚

"𝘾𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙡𝙪𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣, 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖. 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞. 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙣𝙙𝙖𝙢. 𝙉𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞."

"𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙪𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣. 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩𝙠𝙖𝙣."

"𝙄𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙪𝙝. 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙪𝙝. 𝙀𝙢𝙤𝙨𝙞 𝙞𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙙𝙞𝙥𝙧𝙤𝙨𝙚𝙨."

જ⁀➴ ˃̵ᴗ˂̵ 💙 ᡣ𐭩 ⋆.˚

Happy, sedih, marah semua perasaan itu zu dapat rasa dalam satu novel ni ❤️‍🩹 buku yang penuh dengan kata-kata yang menyembuhkan hati, kisah hidup Luna yang ditempuhi bukan satu benda yang mudah. Hati yang terluka itu masih berdarah, atas sebab apa? Itu you guys kena baca 😭

The way Mateen cuba untuk rapatkan diri dengan Luna sangatlah comel ya, dari ‘act as my husband’ becoming ‘my husband’ real fast 🏃🏻💨 feeling ala-ala jumpa jodoh kat luar nagara lagi tau HAHAHA

જ⁀➴ ˃̵ᴗ˂̵ 💙 ᡣ𐭩 ⋆.˚

Dalam gembira menyelam kisah perkenalan antara Luna dan Mateen, genre misteri tu tak lari ya 😌 dengan Mateen yang selalu mengelak apabila ditanya apa pekerjaannya, skandal pembunuhan itu terjadi atas sebab apa, zu tak bosan baca buku ni sebab setiap page ada saja ayat yang buatkan zu lagi nak tahu tentang apa yang terjadi.

Sedih ada juga ke zu? Ya guys, zu nangis bila part… taknaklah cakap, tapi korang akan tahu bila part sedihnya tu 😭 buku ni boleh jadi buku healing untuk korang tau! Jadi silalah baca. Buku ni deserve damn straight 5 stars, baca chapter satu pun boleh buat you guys tertarik nak baca 🫣
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
May 31, 2024
Jangan percaya dengan biru tenang di cover sedangkan cerita dalam sangat misteri.
Profile Image for Mslvoe.
2,111 reviews204 followers
July 17, 2024
Tak tahu nak tulis apa. Not her best but still okay to read.

Luna ditugaskan ke Turki semata² Zara her bestfriend nak signature penulis.

Luna pergi solo je. Sampai sana ada orang Turki dok ikut Luna. Luna gelabah. Tiba² nampak seorang lelaki baca buku, terus Luna approached Mateen suruh menyamar jadi husband dia.

Mula² Mateen blur then Mateen just follow request Luna. Lepas scene itu, mereka berkahwin baik.

Mateen siap offer diri nak ikut Luna pergi meet and greet penulis.

Dah jumpa penulis yang handsome tiba² bilik diaorang kena geledah. Tiba² penulis mati kena bunuh.

Dan code rahsia itu ada pada Luna. Okay la a little bit of mystery and thriller.

Part Luna balik Malaysia dan dapati Zara tiada, sebaklah jugak. Lagi sebak bila dengar video Zara kat tiktok untuk bersihkan nama Luna.

Tang Hakeem itu F boleh cakap padan muka. Memang bangang satu family! 😄

Scene Mateen datang Malaysia cari Luna alahaii so sweet. F suka.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 14, 2024
Sebenarnya dah lama tak baca buku Anna Lee. Sebelum ni aku cari buku-buku dia sebab aku rasa rindu nak baca penulisan dia.

Bagasi yang ingin dilepaskan... Aku rasa author bereksperimen dengan karya ni. Tak expect sebenarnya begitu kuat elemen healing dalam novel ni. Aku ingatkan sikit-sikit saja. Last-last, ML keluarkan quote healing bertalu-talu hahahah.

I like the ML. Watak utama mula-mula tak vibe juga dengan aku tapi lama-lama lepas tahu reasoning di sebalik perangai dia sekarang, aku suka. Seorang perempuan fighter, yang nalurinya mempertahankan orang yang dia sayang.

Oh ya, buku ni tidaklah misteri sangat ya. Ada healing, travel, misteri. Aku suka gelagat ML dan geng dia.

Rasa yang paling kuat bila aku habis baca buku ni (masih terasa sampai sekarang) adalah rasa 'longing'. Aku masih sedih laluan plot yang Anna Lee pilih, walaupun sebenarnya betullah, itu perlu untuk perkembangan character watak utama.

Buku ini mengajar aku yang hidup ini singkat. Kau tak perlu tunggu masa yang tepat untuk alami experience yang kau nak. Just do it. Tahun ni juga kerap betul timing Tuhan tepat untuk aku, dan semuanya tersusun elok, jika aku kenangkan liku-liku perjalanan aku dulu. So buku ni ada tempat yang special juga untuk aku -- tentang masa yang tepat.

Suka ending. Sukalah. Kalau dah kata teringat sampai sekarang walaupun dah berminggu baca, aku kira buku ini layak menerima 5 bintang.

Profile Image for chernation.
27 reviews
November 15, 2025
Rating: 3.8/5 ⭐️

not Anna Lee’s best work tapi masih enjoyable. permulaan yg agak perlahan tapi berjaya buat aku invested apa jadi sepanjang Luna ada dekat Turkiye.

cuma tulah, aku harap part misteri tu lebih kick dan bagi aku rasa thrill. sebab macam aik, semudah itu aje? padahal melibatkan skandal orang orang besar di turkiye. dalam saat agak genting pun sempat sembang hati ke hati haha.

tapi, aku paling suka persahabatan luna dan zara. tahu tahu je meleleh air mata aku. friendship diorang ni sangat pure and telus.

overall, an okay read.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
June 23, 2024
Apa yang menarik dalam cerita ni:

- road trip & mystery romance. Dalam sweet ada saspens. Kita dibawa jalan-jalan di Türkiye.
- strangers to lovers
- sisterhood friendship. Sekarang memang fasa suka baca cerita-cerita gini.
- banyak quotes menarik dan relatable

Covernya walaupun simple, tapi cantik. Antara my top favorite covers untuk novel-novel keluaran terbaru PM selain Beringin.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 18, 2024
this might not be AL's best work but its still readable. premise cerita ni dah menarik. element mystery, slice of life and romance as sub-plot memang dah boleh buat kita hook.

dari awal sampai tengah cerita aku immersed and invested nak tahu lagi dan lagi. tapi mungkin tak cukup umph buatkan towards the ending pembacaan dah jadi bosan🙂 aku harapkan lebih lagi tapi sekadar itu sahaja, tak puas. cakap lebih satgi jadi spoiler pulak tapi begitulah apa yang aku rasa. editing untuk buku ni pon aku rasa agak baku tak sesantai buku AL yang lain mungkin sebab kak noor suraya yang edit jadi faham je la

apapon buku ni still boleh layan. light-reading dengan vibe yang aku suka macam dalam movie

Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
July 31, 2025
55/2025

-Bagasi Yang Ingin Dilepaskan
-Anna Lee

Bagi saya buku ini diletakkan pelbagai elemen bagi menjadikan gerak cerita tidak bosan dari halaman pertama sehinggalah ke penamat. Ada thriller, cinta, persahabatan, misteri segalanya diadun dengan cukup menjadikan pembacaan saya sangat lancar dari mula hingga akhir. Tiada langsung bab yang membuatkan saya menguap dek kerana kebosanan. Tahniah buat Anna Lee untuk karya ini.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 27, 2024
Perjalanan Luna yang singkat di bumi Turkiye tetapi mampu mengubah corak hidupnya dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana dia mampu untuk melepaskan bagasi berat yang menganggu perjalannya selama ini.

Perjumpaan secara tidak sengaja dengan Mateen membawa Luna mengembara ke alam thriller. Perjalanan Luna dari Malaysia ke Instabul dan menuju ke destinasi utama iaitu Antalya telah membawa pelbagai kejutan yang mereka kena tempuh. Semuanya bermula dari permintaan Zara yang mahukan tanda tangan Oguz.

Kematian Oguz juga menjadikan Luna dan Mateen terperangkap di bumi Antalya. Ada yang memburu mereka dan teka teki kematiannya dibongkar oleh mereka dengan pertemuan sampul surat yang diamanahkan oleh Oguz kepada Luna dengan menggunakan bahasa isyarat.

Paling sedih part di mana Luna kembali ke Malaysia dan dia mencari Zara. Ermm sedih. Ingatkan Anna Lee hanya pandai membuatkan jantung kita berdegup kencang. Rupanya penulis juga mahir untuk membuatkan pembaca turut rasa sayu dan sebak bila membaca tentang makna persahabatan di antara Zara dan Luna.

Serius, saya benci dengan watak Hakeem. Walau wataknya tidaklah sebanyak mana tetapi mampu menghadirkan rasa annoying. Hairan eh. Kalau betul cinta kenapa tidak selidik dulu dengan cerita yang terhidang berbanding terus membuat hukuman? Oh ya. Bukan Hakeem seorang. Keluarga Luna juga bertindak kejam dengan terus memberi hentaman kepada Luna sehingga hidup Luna hanya mahu bersama Zara.

Pengakhirannya sudah tentu yang indah² antara Luna dan Mateen. Ya. Saya puas dengan ending novel ini. Kalau tanya saya, Ya saya suka dengan kisah Luna dan Mateen. Untuk orang lain itu terpulang pada taste masing². Recommended👍
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
December 29, 2024
“Kesilapan bukanlah hujan yang akan menghentikan perjalanan, tetapi pelajaran yang menyuburkan tanah kehidupan kita.” Mateen

Fikirkan buku tentang healing tapi misleading. Don’t worry, misleading yang baik :) buat emosi pembaca naik turun dengan perjalanan healing yang tak dirancang untuk seorang Luna.

Kita selalu fikir healing tuh mungkin yang tenang-tenang, relax one corner, mind our own business tapi Luna dah buat tuh semua dan tak ada beza :)

Maka disuruh ke Turkey, demi tunaikan hasrat seorang kawan tapi jadi perjalanan yang bermacam dugaan. Ada masa kelakar, ada masa berdebar tapi bila sampai ke hujung cerita, walau kita dah jangkakan apa yang sebenarnya terjadi tapi gelombang emosi tetap ada.

Satu saja - kalau keluarga Mateen & Mateen himself lebih banyak berbahasa Indo, lebih syok 😬

Less romance, more to action, mystery & a little bit of love :) untuk yang mencari kelainan, sesuai baca ya!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
June 25, 2024
(Komen panjang nanti kemudian; perlu redakan emosi kejap.)

'...merangkai pengalaman masa lalu ke dalam kehidupan sekarang, mungkin lebih bermanfaat daripada mencuba untuk menghapuskan sepenuhnya kenangan itu.'

'Tersesat jalan ialah peluang untuk menjelajahi sudut-sudut yang tersembunyi, dan mungkin menemukan keindahan yang tidak akan kita temui jika kita tidak tersesat.'

'Merasakan dan memproses emosi ialah langkah penting dalam melepaskan masa lalu.'
________

Untuk memenuhi permintaan seorang sahabat iaitu Zara, Luna akan terbang ke Turkiye. Namun, dia sudah menetapkan perjalanan ini hanya untuk satu tempoh singkat selama tiga hari sahaja, tidak akan lebih, dan tidak akan untuk tujuan lain. Tetapi Luna hanya dapat merancang bagaimana akan perjalanannya nanti, dan bukan apa yang akan ada di dalam perjalanan itu sudahnya -- seperti dia bertemu dengan Mateen, dan bagaimana lelaki itu akan berada bersama dalam perjalanan singkatnya ini, dan bahkan juga dalam perjalanan-perjalanan jauhnya selepas itu. 
________

Bagasi Yang Ingin Dilepaskan; satu benda yang memang saya rasakan ialah forte Puan Anna Lee ialah bagaimana beliau menciptakan persoalan dan tanda tanya di awal penceritaan dalam setiap buku-buku beliau, yang pada saya memang sesuatu yang akan buat saya melekat untuk teruskan dan habiskan bacaan. Dalam buku ini juga tidak terlepas dengan cara penulisan yang serupa, yang pun begitu tetap menarik dengan tersendirinya. Buku ini bawakan banyak tema kepada pembaca -- yakni melangkaui tema percintaan semata-mata penulis sajikan bersama juga tema misteri jenayah, travel, persahabatan, dan kekeluargaan, serta isu semasa seperti kisah-kisah tular -- yang meskipun begitu ditulis dengan cukup kemas dan berjaya, menjadikan setiap tema yang dimasukkan menyatu lalu sebati sebagai sebuah cerita, tanpa wujud rasa janggal meskipun dengan kepelbagaian genre yang diketengahkan. 

Tidak dapat dinafikan buku ini ditulis dengan olahan yang cukup baik oleh penulis. Pelaksanaan yang cukup teliti memang boleh nampak daripada jalan cerita buku ini, untuk saya secara peribadi sangat cukup rencah dalam banyak aspek -- pergerakan cerita yang pada kadar yang tepat, perkembangan plot yang tiada titik datar, perkembangan watak meski tidak terlalu besar tetapi tidak juga kelihatan monoton, dan tidak terlepas juga permainan emosi yang cukup kuat dapat saya rasa daripada hubungan di antara watak-wataknya.

Bercakap mengenai watak, jujurnya watak-watak dalam buku ini tidaklah ada yang terlalu menyerlah berbanding yang lain. Barangkali juga kerana jalan ceritanya lebih berat digerakkan oleh plot berbanding perkembangan watak, tapi satu benda yang saya suka walaupun watak Zara, iaitu kawan Luna ni, bukan salah satu daripada watak yang lebih utama dan jarang ada (akan tiada) secara fizikal dalam jalan cerita tapi watak dia sangat hidup, sangat kuat hubungan emosi dia cipta dalam diri saya walaupun kebanyakan latar wataknya diceritakan dari sudut pandangan Luna sendiri, dari sini nampak bagaimana penulis berjaya cipta vibe persahabatan yang cukup kuat dan hangat untuk watak-watak ini -- kalau tidak masakan saya menangis teruk jadinya dalam bab-bab akhir (no spoiler) buku ini sudahnya.

Saya suka konflik-konflik yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini, tapi yang paling saya suka ialah sebab semua konflik-konflik ini dapat closure -- jadi betullah buku ini ada vibe, vibe healing. Walaupun sempat jugalah penulis wrecked me hard selepas dah healing bersama Luna dalam perjalanannya di bumi Turkiye. Apa-apa pun, satu lagi bacaan yang cukup memuaskan pastinya untuk buku Puan Anna Lee kali ini. 
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
January 6, 2026
Bagasi Yang Ingin Dilepaskan oleh Anna Lee

Best wei cerita ni. Plot dia refreshing betul. Bermula dengan perjalanan ke Turki demi menunaikan permintaan terakhir seorang sahabat, tapi yang diperoleh bukan sekadar perjalanan—ada adventure, jodoh, dan jawapan kepada segala permasalahan yang terpendam.

Watak Mateen sebagai hero memang green flag sepenuhnya. Terima kasih juga pada Eka sebab buka jalan untuk abang dia—kalau tak, bertuahlah… bersirilah lagi halaman perlu diselak.

Aku suka interaksi antara Mateen dan Luna. Serasi, gila-gila, dan hidup. Mateen si kaki penasihat puitis, Luna pula yang berpura-pura kuat. Disebabkan Zara, mereka dipertemukan.

Yang paling menyentuh hati, persahabatan Zara dan Luna. Sangat kuat. Tindakan Zara jelas untuk merawat seorang kawan yang bakal tersakiti sekali lagi. Credit to her. Sedih gila tengok video TikTok Zara—ayat akhir tentang sambung curhat apa yang Zara tertinggal di syurga kelak, memang buat air mata sebaldi.

Plot dimulakan dengan 1000 persoalan—sebuah pertemuan dengan ‘husband’, adventure menyelesaikan skandal seorang penulis—dan kita diakhiri dengan tangisan bercampur kelakar. Kesian Hakiem, walaupun aku tak suka dia. Bayangkan datang rumah ex balik… mesti malu gila. Krik… krik… krik… sure muncul.

Senang cerita, tak menyesal baca.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
July 9, 2025
Saya suka dengan pilihan font yang agak besar.. cerah biji mata membacanya (nampak betul faktor usiakan.. hehe)

Cerita yang ringan tetapi masih boleh meruntun emosi. Ada suka, duka, kisah romantis, penyiasatan.. keseluruhannya seronok untuk dibaca. Teruskan menulis untuk tahun ke-18 dan seterusnya ya Kak Anna! 💪
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
June 1, 2024
My thoughts?

1. Dah lama aku tak baca buku dari penulis yang tak ada langsung elemen fantasi. I think this one genre slice of life? And as usual, I love this book so much!

2. Female character dalam buku ni nama dia Luna. Terus dapat 1st point untuk aku suka buku ni sebab my dearest daughter pun namanya Luna 😆 Luna ni sangat broken sebab ada something terrible happened dalam hidup dia. Dia cuma ada Zara BFF dia saja dalam hidup dia. But unfortunately, Zara mengidap kanser.

3. Zara ada satu wishlist. Dia request Luna travel ke Turki untuk pergi meet and greet author favourite dia dan minda signature. So Luna pun pergi demi memenuhi permintaan bff dia tu. Kat Turki dia jumpa Mateen, our handsome and sweet male character. Mateen ni orangnya bila bercakap banyak quotes ye gais 😆

4. Luna minta tolong dengan si Mateen ni la untuk selesaikan hajat dia kat Turki. But along the way tu macam-macam hal pulak yang terjadi. Sampai Luna kena tunda beberapa kali untuk balik Malaysia. So sepanjang dia kat sana dia jadi rapat dengan Mateen.

5. Tapi biasalah masing-masing tak perasan, ke tak nak mengaku? yang diorang sebenarnya dah suka antara satu sama lain. Aku geram betul Mateen ni boleh pulak buat blur-blur macam tu. Tambahan pulak ex dia datang balik. Makin menjadi-jadi benak dia. Sampai Luna balik Malaysia pun dia biar je gais 😤

6. Rupanya bila balik ada lagi dugaan yang menanti Luna. Aku macam dah dapat agak la bila Luna tak dapat call pastu Puan Adiba pun jawab sepatah-sepatah je bila Luna tanya. Sedih gilaa gais 😭 Friendship antara Luna dan Zara ni betul-betul buat aku terkesan.

7. Towards the ending tu aku sangat puas hati bila semuanya terjawab, rahsia semua keluar. She got her family back. Luna deserved all of that after all this time. Finally dia lepaskan bagasi yang dia bawak selama ni 🥲

8. Ending dia buat aku senyum sorang-sorang. Tambah-tambah lagi scene payback time bila ex Luna datang tu. Fuhh memang puas hati betul la. Penulis memang suka buat payback scene kalau korang perasan. Kalau la real life pun macam tuu kan best haha

Personal rating:
4.7/5
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 8, 2024
Bilang saja aku berlebihan.✋🏼Entah magis apa yang ada pada tangan seorang Anna Lee, tulisannya selalu berhasil memikat hatiku, sentiasa mengalir lancar, ‘page turner’ dan menerbitkan rasa puas setiap kali menutup halaman akhir bukunya.

Tak banyak aku mahu komentar tentang jalan cerita novel ini dan isinya kerana ramai telah mengulas tentangnya.

4⭐️ daripada aku untuk:
✈️Kulit buku yang ringkas, tidak berlebihan tetapi keren bangettt
✈️Petualangan indah ke bumi Turkiye. (Terima kasih AL bawa saya ke bumi Rumi, bumi yang tak pernah jemu ingin kembali!)
✈️Alur cerita yang menarik dengan sedikit suntikan elemen misteri dan saspen
✈️Kisah persahabatan setia hingga hujung nyawa yang menguras air mata
✈️Kisah percintaan dua benua dengan kemanisan seadanya
✈️Segala hal tentang melepaskan dan memaafkan yang diajarkan lewat naskhah ini

Walaupun secara peribadi ini bukanlah karya terbaik AL dalam carta hati, tetap saja aku menikmati. Terima kasih untuk kisah ini!
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 1, 2024
Selesaiiii...!!!

Kemain @annaleejue ni buku healing ke apa ni? Hahahahaha

Best, laju je i baca..! Kaver suwit, sesuwittt ayat ayat yang keluar dari mulut mateen.. eh

Sorry Mateen walaupun u suwitt, Duta tetap No.1.. ngee

Yeahhh..
Zully, bagasi itu harus dilepaskan!!!!!
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
May 31, 2025
Bagasi Yang Ingin Dilepaskan!

“Untuk melepaskan bagasi masa lalu, kita harus membuka dan eksplorasi isinya bersama-sama. Hanya dengan cara itu kamu akan dapat membebaskan dirimu daripada beban yang kamu bawa selama ini.”

Luna cuba menunaikan permintaan sahabat dunia akhirat yang sedang bertarung dengan maut walaupun dirasakan permintaan tersebut mengarut. Perancangan Luna pergi ke Antalya Book Fair, dapatkan tandatangan Oguz kemudian segera pulang ke Malaysia semula. Namun tibanya Luna di Istanbul, lain pula yang terjadi. Takdir membawa Luna bertemu Mateen, jatuh cinta dan terjebak dengan skandal pembunuhan yang menggemparkan.

Apapun seronok menelusuri kisah Luna yang akhirnya berjaya melepaskan bagasi dengan bantuan Mateen. Tahniah buat Anna Lee yang selalu membawa pembaca mengeksplorasi kisah yang luar biasa.
Profile Image for lysareading.
311 reviews42 followers
December 7, 2024
Suka dgn nama karakter ni, Luna Audra. I rasa buku Kak Jue kali ini just santai sahaja. Walaupun ada juga babak misteri tentang pembunuhan penulis luar negara, tetapi kita boleh nampak Luna sanggup pergi oversea sebab ingin memenuhi permintaan best friend dia, Zara.

Pertemuan dengan Mateen tu mcm unexpected but for me, agak awkward sikit lah at first. Sepanjang cerita tu, I pun suspicious juga dgn Mateen ni. Stranger kot. Dan pertengahan cerita pun bagi I macam tiada apa sangat yg terjadi.

Bila Luna balik Malaysia then baru pacing cerita okay 📈 I pun tersengih-sengih bab akhir tu. Overall, enjoyable!



Profile Image for Zalifah.
11 reviews
May 28, 2024
Tak reti sangat bagi review panjang-panjang hahahhaa but nak juga bagi review. I love how beautiful the writing sampai boleh bawa saya berjalan jalan sekali ke Turkey sambil bayangkan mencuci mata melihat keindahan Mateen eh Turkey. Sambil tersenyum senyum macam biasa la bukan Anna Lee kalau tak selit sikit plot buat kita pakai otak sikit. Plot yang ni tak rumit dan mudah betul penyelesaian. Mungkin doa dari Zara jugak la kot. Tu dipermudahkan lagi urusan Mateen & Luna sepanjang menyelesaikan masalah negara tu.

Dah senyum-senyum, dah dibawa jalan jalan balik je Malaysia Anna Lee bagi plot memilukan hati pulak. Rasa sebak betul menangis nangis di malam hari baca part yang ni. Zara dan Luna sememangnya sahabat dunia dan akhirat. Tak tau la kalau saya yang duduk di tempat Luna.

Ending, mestila yang baik baik je…kena happy ending, kalau tak happy ending tu kisah saya sendiri huhuhu. Overall saya bg 10/10.

Kepada Kak Anna Lee, untuk pesta buku selangor nanti ada buku baru tak? Wkwkwkwk okay bye 🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ain Camina.
22 reviews
June 7, 2024
BAGASI YANG INGIN DILEPASKAN

Jalan cerita sangat menarik. Boleh bayang watak Mateen tu handsome macam mana. Kisah persahabatan Luna dengan Zara sangat chef’s kiss. Menangis baca bila dapat tau apa jadi dekat Zara 🥹 Cuma agak disappoint sikit dengan pekerjaan Mateen 😂 Ingatkan dia mafia, rupanya youtuber. Cis!

Apa-apa pun best sangat novel ni! Banyak ayat-ayat yang kena dekat batang hidung sendiri 😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lily.
6 reviews
July 4, 2025
𝑩𝒂𝒈𝒂𝒔𝒊 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑰𝒏𝒈𝒊𝒏 𝑫𝒊𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒚 𝑨𝒏𝒏𝒂 𝑳𝒆𝒆 🫧

"𝘒𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢𝘪 𝘳𝘦𝘯𝘤𝘢𝘯𝘢-𝘕𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘥𝘦𝘵𝘪𝘬 𝘥𝘪𝘢𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘫𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢."🩵

semestinya kisah dari kak anna lee, tak lain tak bukan mesti ada elemen thriller sebab bak kata pepatah don't judge a book by its cover🫢 mungkin korang nampak warnanya setenang biru di langit tapi isi dalamnya (breath in breath out)🧘🏻‍♀️

mengisahkan seorang luna, gadis yang pergi melancong ke turkey hanya dengan satu asbab iaitu menunaikan hasrat kawan baiknya, zara untuk mengambil tanda tangan penulis favouritenya di meet and greet yang diadakan✍🏻 yeah, you heard it right. dia pergi sana, beli cenderamata untuk ibu, ambil tandatangan penulis dan balik. a three days trip. siapa yang gila pergi jauh-jauh bercuti untuk tiga hari je?! ye, luna orangnya😮‍💨

seorang gadis yang terluka akibat masa lalunya, mengasingkan diri dari keluarganya dengan pergi jauh dari kampung halaman sendiri lalu mengembara ke turkey yang juga menyimpan kisah pedihnya🫂 namun, permintaan rakan baiknya yang dia kira idea gila itu tidak sanggup dia tolak. zara yang ada di kalanya menerima badai luka yang juga seorang cancer survivor tahap akhir🥀

namun, percutian tiga hari itu tidak tercapai malah berlanjutan sehingga panjangnya seminggu, kenapa? sebab.. LUNA JUMPA MATEEN🙌🏻 if i were luna, i would be the happiest girl in this world🥰

mateen, the man you are. seorang yang soft spoken and very poetic. each word from him sometimes felt like he was talking to us, to the reader and comforting us through it💞 (even though it was luna he spoke with). the sudden help he offered walaupun dia baru first time jumpa luna and also continue giving help until the end, yeah you're such a green forest🌲

the plot twist, for sure i didn't expect it. kak anna nailed it for the thousand times. 🥳 lily suka the flow bila diorang jumpa the clue dan their effort nak pecahkan kod rahsia tu but i don't like how it was solved in the end. tbh dia nampak terlalu tiba-tiba bila diorang reveal diri sebenar like macam tu je dia tamat? i kinda expect more towards the ending but lets just move on🙇🏻‍♀️ plus, i felt sort of discomfort bila tahu tentang penulis tu lagi-lagi about the genre that he wrote😣

sebenarnya lily rasa takut juga bila baca buku ni sebab rasa macam diperhati👀 lagi-lagi bila sampai scene about penulis tu, lily memang baca waktu siang je ye and masa ada orang di rumah😌

i kinda hate luna's family character except for her mom, sebab macam mana diorang boleh percaya orang luar bulat-bulat tanpa tanya penjelasan anak sendiri😤 like bro, kau dah besar, tapi kenapa macam tak matang and so childish?! lepastu terus buang dia dari keluarga, apa diorang fikir sebenarnya? they could have react way better. and luna need to protect herself even others don't care, you need to stand up for yourself girl🤍

lily tak setuju dengan tindakan ibu luna yang sembunyikan rahsia tentang zara, walaupun mungkin sebab tak mahu ganggu luna, but if i were luna, i want to be with my only friend until her last time🙁

another family side in this book is mateen's. satu keluarga penyayang antara satu sama lain and take care of each other💗 lepastu the way ibu dan adik mateen layan luna dengan sangat baik walaupun dia hanya kawan mateen untuk beberapa hari sahaja show how the family has been raised very well👏🏻

last one, hihi lily suka dengan pengakhiran hakem dan qinah, like yall they deserve it finally! selepas semua luka yang luna tempuhi, dia dapat sebuah keadilan untuk kedamaian buat diri sendiri🫰🏻

apapun, bagasi yang ingin dilepaskan bukan sahaja mengajar kita erti persahabatan dan kekeluargaan, namun membawa nilai yang lebih besar untuk diri agar berusaha melepaskan pedih di hati bukan untuk orang lain namun buat ketenangan hidup sendiri💙

4🌟 read for 2025! fly high kak anna💞
Profile Image for Mini.
45 reviews
October 30, 2025
Review Time 📚⏰️

Bagasi Yang Ingin Dilepaskan - @annaleewrites
Rating: 4.5/5 🌟

Alhamdulillah, selesai juga saya 'mengembara' bersama novel ni. Ya, ni adalah naskhah ketiga penulis yg saya baca dan penulis sekali lagi berjaya buat saya 'jatuh hati' dgn karya beliau!

​Novel ini membawa saya terbang ke Turki 🇹🇷 mengikuti perjalanan Luna Audra. Luna bukan hanya melancong biasa tapi dia membawa satu 'bagasi' emosi yg sangat berat dari masa lalunya. Pemergiannya ke sana pun demi menunaikan hajat sahabat baiknya, Zara. Tapi siapa sangka, perjalanan itu membawanya kepada takdir yg lebih besar.

Penceritaannya memang menarik kerana fokus pada proses healing Luna yg berlaku secara beransur2. Prosesnya ini sangat menyentuh, terutamanya bila Luna bertemu dgn Mateen iaitu watak lelaki yg kata2nya sentiasa menenangkan jiwa. Selain itu, deskripsi travelog tentang Turki terutamanya Istanbul, sangat 'hidup'. Sambil baca, terasa seperti saya juga berada di sana, menikmati pemandangan dan suasananya! 🥰

Tengah syok saya 'healing' dgn Mateen dan pemandangan Turki, penceritaan mula berubah rentak, memperkenalkan lapisan misteri yg membongkar konflik sebenar.

Bahagian yg paling 'mengena' hati saya adalah persahabatan Luna dan Zara. Saya tak boleh tahan sebak! 😭. Ya, saya hati tisu sikit kalau cerita dah sentuh bab sahabat nii.. 💔

​Saya sangat suka bagaimana Luna akhirnya belajar untuk berdamai dgn takdir dan 'bagasi' yg dibawanya. Mesej novel ini jelas.. tak kira seberat mana 'bagasi' yg kita bawa, akan ada masa yg tepat untuk dilepaskan, asalkan kita bersedia..

Pada saya, mungkin penyelesaian part misteri tu terasa sedikit 'cepat' berbanding build-up nya. Tapi langsung tak menjejaskan keseluruhan cerita yg sangat memuaskan hati ni..

Saya suka.. suka.. suka sangat novel ni!! Terima kasih kak @annaleewrites untuk kisah Luna ini 🫶🏻. Highly recommended!

Sekian.

#minimembaca #bagasiyangingindilepaskan #annalee #prologmedia #reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for Mohamad Nasrul.
199 reviews6 followers
December 17, 2024
Permulaan cerita yang intriguing. Luna Audra yang harus ke Türkiye demi menunaikan permintaan sahabat baik dunia akhiratnya, Zara. Setibanya di Türkiye, takdir menemukan Luna dengan Mateen.

Rentetan peristiwa membawa Mateen dan Luna lebih akrab dari hari ke hari. Dalam masa lalu yang menghantui Luna, adanya Mateen di sisi sentiasa mendamaikan Luna dengan kata-katanya yang nyaman.

Selesai segalanya, Luna kembali ke tanah air, manakala Mateen kekal berada di Türkiye. Adakah takdir akan menemukan mereka sekali lagi?

Aku suka dengan permulaan cerita ini, tentang bagaimana Luna boleh menjejak bumi Türkiye. Pertemuan Luna dan Mateen bermula dengan agak kelakar, namun seterusnya mereka seperti serasi dalam setiap langkah perjalanan cerita ini. Walaupun masing-masing ada cerita disebaliknya, namun olahan penulis apabila membongkarkannya sungguh menarik dan mengujakan.

Sejujurnya aku berharap lebih banyak aksi Luna dan Mateen dalam skandal pembunuhan tersebut, namun peristiwa dan aksi mendebarkan di rumah Oguz Dogan sungguh jauh lebih awesome dan cukup rencah segalanya, membuatkan aku rasa babak skandal pembunuhan di hotel tersebut cukup wajar sebegitu sahaja.

Banyak sangat kata-kata mendamaikan yang bukan sahaja membalut luka di jiwa Luna, namun aku sebagai pembaca turut merasa terawat dengan kata-kata tersebut, terutamanya yang berkaitan melepaskan masa silam. Semuanya tersusun sempurna.

Pada pertengahan novel, penulis membawa pembaca meneroka banyak tempat-tempat menarik di Türkiye. Perincian tempat-tempat tersebut tergambar indah dan cukup untuk membuat pembaca ingin terbang ke Türkiye.

Pembongkaran demi pembongkaran juga dipamerkan satu demi satu menghampiri hujung cerita. Semua begitu kemas dan cukup memuaskan hati atas apa yang terjadi pada watak-watak antagonis tersebut. Babak Luna dan Zara pada akhir cerita sungguh meruntun hati, emosinya sungguh sampai, namun tidaklah hingga saya menangis. Tapi, serius, sedihhhhhhhh. Emosi yang disimpan pada awal cerita, ditumpahkan lewat babak akhir ini, disampaikan dengan penuh penghayatan.

Secara keseluruhannya, ❤️❤️❤️.
Profile Image for Far.Zana25.
115 reviews1 follower
September 3, 2024
〄 RATING • ⭐⭐⭐️⭐ | 4 〄

🧳Bak kata adik aq, cover buku ni ada vibe² novel omputeh😆 & aq agree 50-50.  Okay back to the book review.. kisah tentang 𝑳𝒖𝒏𝒂 yang terima permintaan kawan baiknya a.k.a. kembar tidak seibu & sebapa. Haa cane tu?🤪

🧳Nak dijadikan cerita, bukan senang ye misi dia kali ni. Ingatkan 3 Hari je dekat Turki pastu dah boleh balik Malaysia jalani hidup macam biasa rupanya tidak sebabnya ada masalah² tertentu. Antaranya, terlepas flight ke Antalya, terlepas sesi meet & greet dengan penulis terkenal (salah 𝑴𝒂𝒕𝒆𝒆𝒏), diekori dgn lelaki misteri dll.

🧳Siapa Mateen? Jejaka hensem kacukan Indonesia + Turki TAPI tak sehensem Oguz tu😂 (Luna cakap! haaa~) So, Mateen inilah yang bagi aq menjadi tunjang kekuatan Luna sepanjang dia berada di Turki. Dialah yang banyak tolong Luna dari segi transport, tempat tinggal & juga nasihat.

🧳Yang paling aq salute ialah persahabatan Luna & 𝒁𝒂𝒓𝒂. Aq yakin kat dunia sebenar mesti ada persahabatan yang kuat macam diorg ni.🥹 (Untung korang!) Di Malaysia, Zara yang banyak bantu Luna ni tapi... Ada sebab musababnya si Zara ni beriya suruh Luna pergi Turki untuk amik tandatangan penulis tu.

🧳Bayangkan niat asal kita nak pergi amik tandatangan penulis pastu blah tapi semuanya berubah bila penulis tu minta tolonh untuk selamatkan dia. Selamatkan sebab apa? Dari siapa? Semuanya menjadi tanda tanya. Pulak tu Luna & Mateen tau lambat sebab syok sgt en dpt jumpa penulis. Lagi parah bila penulis tu ditemui mati! Dang.. this is where the conflict begin🥹

🧳Buku ni best sbb citer pasal persahabatan, kesetiaan, kejujuran, kefahaman yg ada pada setiap manusia. Okaylah bye nk cari jodoh kat Turki dulu! Korang bacalah buku ni eh🤪

#bagasiyangingindilepaskan #annalee #prologmedia #farzreads #bookreview #fypシ #bookfyp #malaysiamembaca #luna #mateen #turki #bookrecommendations #booklover #bookstgrammer #fyp
Profile Image for chaa۫ ꣑ৎ.
34 reviews
September 27, 2024
4.8 ⭐️
💧💧💧/💧💧💧💧💧

Lepas habis baca buku ni baru saya faham maksud ‘Bagasi yang ingin dilepaskan’ tu. Maksud yang sangat mendalam sebenarnya untuk watak Luna Audra ni.

“Orang kata, pertemuan pertama itu kebetulan, pertemuan kedua itu takdir…”

Luna pergi ke Türkiye sebenarnya nak penuhkan permintaan kawan baiknya saja iaitu mendapatkan tandatangan penulis kegemaran miliknya. Tetapi tiba-tiba terjumpa ‘suami’ segera pula! Eh hshsh. Nak dipendekkan cerita, Mateen ni bantu Luna dalam banyak perkara tapi dalam proses membantu Luna tu, mereka tak sengaja terlibat dalam skandal pembunuhan pula! Haa sudahhh….

“Bertemu dengan aku bukan takdir yang cantik?”

🌷 Interaksi antara Luna dengan Mateen comeel gilaaa😭😭😭 Blushing kita wakkk!!! Mateen Riza THE MAN YOU AREEE 😭😤🫣🫵🏻💘💗
🌷 Banyak ayat-ayat healing dalam buku ni!! Bila baca tu macam alahh sejukk je hati kita nii.
🌷 Gabungan romance, misteri dan sedikit angst yang fuh memang tak boleh lepas buku ni sekali baca. Emosi kita naik turun wakk huhu.
🌷Dengan bantuan Mateen juga, Luna dapat belajar cara untuk melepaskan ‘bagasi’ yang berat itu. AAAHHH THIS IS SOO BEAUTIFULL. THE STORY IS SOO BEAUTIFULLLL AND I CAN SAY IT IS VERY WELL WRITTEN. LEPAS BACA BUKU NI RASA NAK PERGI TÜRKIYE PULAK!!!! ><

0.2 ⭐️ hilang sebab tak berapa puas dengan hujung-hujung cerita ni. Semuanya berlalu agak pantas. Overall, the ending was perfect. i dont have any complaints.



Profile Image for Siti R.
66 reviews
May 26, 2025
Permulaan & klimaks dah cantik. Tapi antiklimaks macam lif yang tiba-tiba rosak then terus terjunam.
I know penulis might want to try or bereksperimen dengan mixed genre macam ni but for this novel, for me I bagi markah B.

Feedback:
1. Thank you Zara untuk idea gila lagi bernas. Tp kesian kat Luna. Member bukannya kaya, pastu ko suruh member mtk tandatangan penulis terkenal yg genre "untuk bacaan matang" (5/5)
2. Mateen rahsiakan pekerjaan - well this is so cliche for from stranger to lover trope. So, just nice je.(2.5/5)
3. Tukar genre dark, si writer kena bunuh plak tapi tinggalkan clue kat video yg Luna rakam then nota kat tandatangan. Then bilik kene ceroboh, then mereka berjaya dapat clue then pastu pergi rumah dptkan bukti, then sebarkn after Luna balik Malaysia (1/5 - sorry penulis, this plot agak berterabur & ni lah yg dimaksudkn feeling dah syok2 naik lif nak smp level dipilih but then tiba2 lif rosak & menjunam.will waiting fr yr next karya with this kind of plot(jika ada), for me to feel either improve or not
4. Penyesalan bekas tunang & si penyebar fitnah she kaki buli (5/5-👏 puas hati bla penulis like "tiada maaf bagimu, if ada tak ikhlas sbb taknak diganggu")

Overall, still nice to read but takdelah sampai feeling nak habiskan in one go jugak. Took me 2 mths nak habiskan sebab feeling tak sampai
Sorry penulis
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aira Zira.
116 reviews2 followers
October 18, 2025
Rate : 4.5/5⭐️

Satu resepi rahsia dari Kak Anna Lee yg saya suka bila kulit buku beliau semua sangat main peranan. Rasa macam cerita cute2 atau santai2 tapi bila dah explore dalam buku tu, fuhh.. Macam2 perasaan ada. Jalan cerita semua tak boleh nak jangka. Saya memang salute dgn idea2 dari kak Anna Lee.

Sama macam cerita ni. Demi menunaikan hajat terakhir Zara, Luna sanggup terbangkan diri ke Turki untuk dapatkan tandatangan penulis yg Zara suka. Tapi siapa sangka, tiba2 dapat ‘suami’ instant, si Mateen. Tak cukup dgn tu, Luna terpalit satu kes jenayah. Sudahnya Mateen dgn Luna semakin banyak waktu bersama untuk rangka apa step seterusnya.

Memang banyak unexpected event. Banyak benda tak sangka. Dalam comel2 dgn momen Mateen dan Luna, ada juga bahagian thriller sikit. Lepas tu bagi kita nangis pula. Memang cukup rencahlah saya rasa. Kata-kata Mateen pun semuanya sedap didengar(walaupun sekadar baca). Sampai saya pun macam Luna, rindu kata-kata si Mateen.

Mula2 beli buku ni saya ingat rilek je. Rupanya woww. Memang best! Tersentuh dgn persahabatan Luna dan Zara. Sambil tu berjalan-jalan di Turki. Salah satu tempat yg saya sendiri teringin nak pergi. So yg ada buku ni, layanlah. Macam naik roller coaster tapi menikmati pemandangan yg indah gitu. Haha
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
August 31, 2025
Penulisan Anna Lee memang mudah dibaca — sekali buka, senang sahaja nak teruskan ke muka surat seterusnya. Cerita ini tidak terlalu berat, sesuai untuk dibaca pada waktu santai seperti petang sambil minum teh. Ada momen manis dan hubungan persahabatan yang menyentuh hati, menjadikan ia bacaan ringan tetapi tetap ada nilai emosi.

Walaupun premis awal seakan menjanjikan thriller vibes, hakikatnya hanya sekitar 10% sahaja elemen itu dibawa. Jadi, bagi pembaca yang menunggu plot twist atau jalan cerita yang lebih dramatik, mungkin akan terasa sedikit hampa.

Satu lagi perkara yang agak janggal ialah dialog Mateen. Kalau dia seorang berdarah Indonesia, maka sepatutnya bahasa pertuturannya lebih autentik. Sayang sekali, bahagian ini kurang diberi perhatian. Mungkin lebih baik kalau penulis tidak menekankan etnik karakternya sekiranya bahasanya tidak dapat digambarkan dengan tepat.



♡ Kesimpulan Akhir ♡
Ini mungkin bukan karya terbaik Anna Lee, tetapi tetap sebuah bacaan yang mudah dihabiskan. Ringan, manis, dan ada mesej tentang persahabatan serta keberanian membuka hati semula. Kalau anda mencari novel yang feel good tanpa konflik berat, karya ini boleh jadi pilihan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.