Fahri yang berkeyakinan tinggi. Hana yang insecure.
Apabila kedua-duanya bertemu, ada saja sesi tarik tali berlaku. Seorang suka mengusik, seorang lagi tidak biasa diusik.
“Nanti ayah dengan umi I pergi umrah, I nak suruh dia orang doakan kita supaya berjodoh.” - Fahri
“Apa masalah you ni sebenarnya? Kenapa nak kena doa benda macam tu pulak?” - Hana
“Tak ada masalah. Salah ke? I suruh ayah dengan umi doakan benda yang baik. Berdosa ke?” - Fahri
Hana terperangkap dalam belenggu ketidakpercayaan kepada lelaki dan cinta. Luka masa lalu merangkaikan benang-benang ketakutan yang menghalangi setiap langkahnya dalam mencari kebahagiaan. Namun, semuanya berubah selepas kehadiran Fahri. Ketenangan hidupnya terganggu, dinding-dinding dalam hati yang selama ini dibina sebagai pelindung mulai runtuh. Semakin Hana menolak, semakin dekat Fahri menghampiri.
Adakah Hana mampu melepaskan diri daripada belenggu masa silam lantas membuka hatinya untuk cinta? Atau akan terus tenggelam dalam lautan ketidakpastian lalu membawanya lebih jauh daripada jawapan yang dicari-cari?
oh tuheiii nak migrain jap baca buku ni. ke-baran-an aku dah naik mencanak sampai macam macam carutan dah keluor semua. dengan ini, izinkan saya merentan😇
firstly tak suka watak fahri. SUMPAH TAK SUKA LANGSUNG. dari awal tu macam desperate sangat nakkan hana. ko dah kenapa bang? dah la tak kenal?? faham its insta love tapi dia punya desak tu macam esok dah sampai ajal je kalau tak dapat si hana tu aiyoo geram dengan fahri ni. tapi berkurang sikit rasa nyampah tu bila nampak effort dia memang ikhlas suka dan nak kahwin dengan hana.
semuanya okay sampai la part ‘ujian demi ujian’ rumah tangga hana dengan fahri ni. sejujurnya aku memang jenis alergik trope penyondol/orang ketiga ni. tapi cerita ni tak buat aku rasa nak dnf sebab curious nak tahu macam mana diorang ‘membanteras’ si penyondol. tapi makin baca, makin menjadi jadi benaknya si fahri ni. yee faham nak berbuat baik sesama manusia tapi jangan la dikaut jadi bebal sekali ya bahlul🥰 sumpah tahan tangan je dari nak baling buku ni. paling benci dia punya panas baran tu eyy tak boleh aku jantan ni. apapun, fahri punya bengap tu rasa nak ruqyah guna air telaga 7 penjuru ya allahhh barannya akuh. lepas kena brainwash dengan akeef n bapak dia baru nak kembali waras dah macam kena nasi kangkang je dengan si yasmin tu.
honestly aku tak rasa annoyed pun hana punya overthinking sebab semua yang dia rasa tu sangat berasas. except the pills scene memang part tu hana kurang cerdik sikit. agak bosan dengan plot dia punyala banyak kali duk ulang benda sama ‘kebetulan’ fahri ni buat amal jariah kat si yasmin, mananya hana ni tak fikir bebukan. pastu bila spill, dikatanya pula hana terlalu overthinking, buat assumption sendiri. DAH TU??? perangai engko yang tak mencerminkan apa yang kau cakap, kau nak justify apa benda?? pastu nak naik angin, salah sendiri terus jadi buta haihh tahap kronik benak ubi si fahri ni rasa nak tampor lelaju biar kasi center sikit otak tu. tapi paling best bila hana dah sampai limit dia and sembur habis habisan depan muka fahri tu sumpah puas hati akuhh PADAN MUKA KO FAHRI YOU TOTALLY DESERVED THAT.
hana my girl is so strong rasa nak hugss mental dia banyak kali kena abuse dengan family sendiri. hana tu dah la kena palau dengan bapak sendiri, family sendiri duk hina dia, dapat pulak suami tak berapa function otaknya sekecik otak udang. kadang geram kenapa bapak hana ni tak dipersalahkan langsung padahal dari awal bapak dia yang punca?? pastu lahh terpaling berdendam. pastu sepatutnya fahri ni patut melutut kat hana biar menyesal semenyesalnya yihh sumpah tak puas grovel dia. fahri patut kena sampai menangis merangkak mintak ampun kat bini ko tu eii menyirap je baca😤
salute kat penulis sebab buat aku emo gila namampos dengan watak penyondol yasmin si pompuan gila ni. very realistic dia punya meroyan. pah ke hujung gilonyo dok hiley hiley supo gilo talok pun ado padahal ex-tunang jah pun. dio punyo gilo tu setan pun pening sapo hok setan sekarang ni
i love how their relationship develops so well, part gaduh pun tak meleret and masa ni baru la nampak function si fahri ni as husband lol but still boikot fahri sebab takde character development. nak hujung hujung tu rasa tak puas sebab ending cam rushing pastu takde closure yang proper dengan nayla dan mak dia. part hana derma darah tu sampai kesudah taktau apa jadi after that?? dengan ayah dia pun just sekilas je. tapi mata berair jap bila encik yunus macam dah boleh terima hana but still i need more.
1. Tbh, buku ni kan betul-betul emotional rollercoaster. Emo nak mampus aku baca buku ni haha. Tak tahu berapa banyak aku mencarut in the middle of reading. Tapi sumpah buku ni best.
2. The female character, si Hana ni dia seorang yang sangat broken. Dia punya backstory pun dah cukup sadis, tambah lagi family sendiri benci dia. So the male character si Fahri ni ibarat knight in shining armour tiba-tiba muncul dalam hidup Hana.
3. Trope grumpy x sunshine? Masalahnya Hana yang grumpy dan Fahri yang sunshine haha. Terbalik pulak. Macam-macam cara cuba nak berbaik dengan Hana. Last-last they get married and live happily ever after.
4. Hahaha tipu jee. Lepas kahwin hambek kau keluarlah segala jenis masalah yang membuatkan aku yang kat luar ni ikut sekali stress 🤣 muncul pulak watak villain si Yasmin ex jadi penyondol terpaling hebat. Ya Allah, aku rasa macam nak lempang-lempang pastu curah acid kat muka Yasmin ni tau dak.
5. Dengan si Fahri tu sekali aku entah berapa kali aku carutkan 🤣 boleh pulak kau benak sampai tahap macam tu sekali. Eh eh eh. Hana pulak aku faham kau broken tapi can't you even stand up for yourself? boleh tak jangan biar penyondol tu pijak kepala kau? GeramnyaaaaaaaaaE
6. Nasib baik character development cerita ni sangat bagus. Towards the end kita boleh tengok Hana dan Fahri changed for the better. Unexpected scene yang last tu puas hati betul aku. Nasib baik Fahri learn from his mistakes 😂
7. Overall I think this is a very good book. Banyak pengajaran yang kau boleh dapat dari buku ni especially married couple. Isu-isu yang diketengahkan tu memang masalah besar dalam sesebuah rumahtangga. How small things can affect our marriage. Banyak jugak la yang aku boleh relate.
8. Ending dia aku suka banget. Akhirnya Encik Yunus kalah dengan cucu 🥲
Even awal penceritaan kita asyik dok blushing & senyum memanjang je dengan cara Fahri nak pikat Hana yang berhati batu tu tapi makin lama makin memerlukan kesabaran yang maha tinggi ehh 🤣. Hana dengan perangai overthinking yang maha dasyat plus suka pendam perasaan, Fahri dengan perangai sedikit benak ubi & typical lelaki yang ambil mudah sesuatu benda tu. Makin baca makin menyakitkan hati. Tapi nasib baiklah dedua ni pandai kawal keadaan even dah hampir nak hancur dah rumah tangga tu. Nasiblah ada character development Fahri dengan Hana ni kalau dak setakat mulut manis Fahri ni memang tak kemana lah :D
Lagi dengan perangai penyondol yang paling delusional pernah I baca bolehlah dapat untuk si Yasmin ni. Dia punya delusional tu memang top 5 dalam carta penyondol. Cerita ni straight to the point, takda konar kanan konar kiri tak berbelit bolehlah dibuat untuk bacaan not so ringan dan kita pun serba sikit ter-blushinglah sikit dengan mulut Fahri ni.
Siapa penulis ni? F dah fall in love with her style of writing.
Her characters terasa alive bila baca. F suka watak Hana. Nak hugs Hana kuat² sebab her own father pulaukan dia.
Watak dia strong, Hana pasrah apa yang dia kena hadap sampai dia rasa low confident dengan diri dia sendiri.
Kemunculan Fahri yang jenis tak mudah putus asa buatkan kehidupan Hana berwarna-warni.
Fahri ni degil. Ayat² dia manis je masa mula. Kemuncak conflict dalam cerita ni terjadi bila munculnya Yasmin ex tunang Fahri.
Berkali² Fahri kata "she's nobody". But Fahri jenis acuh tak acuh... ambil remeh tentang hal Yasmin. Jadi bengap pulaknya.
Fahri janji taknak lukakan Hana tapi tanpa sedari Fahri dah buat Hana overthinking dan terluka. If F in her shoes also, F akan berfikir seperti Hana.
Yasmin tu takda orang lain ke asyik nak minta tolong kat Fahri je. Hana ni jenis diam tapi bila dah meletup terkedu gak Fahri yang panas baran tu. Tahu lak gelabah bila Hana keluar dari rumah.
F puas hati bila Fahri pergi rumah family Yasmin. Biar parents Yasmin tahu apa yang anak dia buat. Sikap Yasmin tu memang tak boleh dimaafkan.
Dalam karya ni ditekankan pasal communication. Jangan buat assumptions... rasa cam tak kena kena confront tanya.
Bila dah jumpa TAMAT tu muram lak F.. sebab F suka cerita ni. Tak puaslah.
Congrats penulis. Karya you best! Dari start baca sampai akhir tak boleh stop.
Ps : awatlah publisher tak letak bookmarks dalam buku dia. Tak best takda matchy²
despite the absurd rushed insta love, feelings, or whatever that’s going on with Fahri at the beginning, honestly aku still enjoyed this toxic-dan-melelahkan storyline.
aku anggap buku ni melelahkan sikit sebab plot asyik ulang benda sama. template jalan cerita ni: 1) Yasmin buat perangai 2) Hana bersangka buruk 3) Fahri reassure kata tak ada apa 4) berbaik 5) repeat (1) sampai mampos.
Fahri ni aku tak adalah nak label as a redflag guy walaupun questionable betul apa yang dia luahkan awal cerita tu. lepastu aku assumed that he’d fallen out of love with Hana (sebab cepat betul brother jatuh cinta) rupanya tidak sksksk. dia memang bersungguh nak dekat Hana and i applaud that. words of affirmation laki ni sangat top notch (walaupun ada yang tak boleh dipakai gakk) sebab dia tahu Hana insecure & an overthinker so dia ambik jalan by giving her reassurance.
tapi ya Allah here comes the drama. berbuat baik pun ada limit bang oii. orang suruh jadi baik je bukan bendul sekali🧌 lepastu bila isteri confront pasal Yasmin dia boleh kata “jangan merepek” “rakan sekerja je” “jangan fikir bukan bukan” THEN ACT LIKE ONE LAH?! KAU SENDIRI YANG MENGUNDANG ‘BUKAN BUKAN’ TU. isteri kau pun tak kuasa nak fikir luar alam kalau tak ada yang mengundang☠️ my anger towards him doubled bila setiap kali Hana nak meluah apa dia rasa, dia pulak yang naik angin. macam mana isteri kau nak rasa ‘selamat’ kalau perangai pun macam tu. bcs imo, Fahri indirectly torturing Hana’s mental state. nasib baik Akeef mewakili aku dekat pg.370, walaupun aku rasa Fahri patut kena basuh lagi teruk.
aku admit, wujud je laki baik macam Fahri. dia anggap dia dah tak ada apa apa dengan Yasmin, so buat apa nak ambik peduli. benda tu bagi dia memang tak penting pun. padahal, secara tak langsung dia dah bukak ‘laluan’ untuk penyondol bodoh tu masuk dan kacau ketenteraman orang. cuma bila dia dah sedar (walaupun lambat gila nak sedar, lepas Akeef & Uncle Luqman basuh baru celik), at least he made A HUGE STEP to finally stop that palesit daripada terus rosakkan rumah tangga dia.
sejujurjujurjujurnya, aku rasa apa yang Hana rasa & buat sangat VALID and surprisingly aku tak annoyed with her constant overthinking sebab clearly she’s battling a lot inside. maybe orang akan kata “dengarlah dulu penjelasan” but come on, penjelasan is not her priority dah waktu tu. benda bukan sekali dua jadi, dah berkali kali. SAPE JE HAMAK NAK DENGAR ALASAN YANG SAMA☠️ AT ONE POINT KAU PUN AKAN MEMPERSOALKAN ENTAH BERASAS KE TIDAK ALASAN TU. hence waktu scene dia burst out depan Fahri aku rasa puas walaupun kalau boleh aku harap lepas Fahri cari Hana nak mohon kemaafan tu, laki ni patut melutut. kalau boleh cium kaki tu, KAU PATUT CIUM SAMBIL MENANGIS AIR MATA BERDARAH. banyak sangat dosa dengan isteri.
jadi Hana ni sangat melelahkan. dahlah family treat her like punching bag, tambah masalah orang ketiga pulak. KALAU AKU BISMILLAH HEADSHOT DULU & i didn’t expect i’d cry dekat scene dia mengadu dekat papa dia. SEDIH NOKK. waktu tu dia memang dah takde tempat bergantungan. papa sendiri pulak pulaukan gitu je🫂
ini kalau cakap pasal Yasmin si penyondol IQ suhu bilik tak sedar diri ni makin panjanglah ke-merentan-an aku. but to keep it short, kudos to author sebab buat aku menyampah gila tahap ayah pin dengan dia. all of her dialogues & inner monologues berjaya buat darah aku menggelegak☠️ tak boleh blah bila dia tak puas hati & jealous Hana dapat Fahri. EXCUSE YOU?! kau punca masalah ni jadi?? lepastu nak salahkan orang?? banyak carutan aku luahkan semalam, salah timing betul.
anyway, after all the rollercoaster ride, aku still rasa ada something missing dalam ni. some issues were explored on surfaces je so tak dapat nak grasp all of the things that happened esp isu papa Hana. like, kenapa nak 100% salahkan Hana when the fact benda tu berpunca dari papa dia? family tu patut salahkan orang tua tu jugaklah, tak adil betul. aku tunggu closure Hana x kak Nayla & mama tapi dua watak ni hilang macam tu je🤷🏻♀️ ending quite rushed bagi aku. aku nak tengok the character development esp Fahri. tapi tak apalah, dapat epilog comel.
dengar kata ada pain scenes kena buang masa jadi buku, that makes me wonder what kind of kesakitan aku terlepas tu HAHA. still for a debut book this was such a ride plus penulisan D memang sedap🫶🏻
cerita ni masa fahri ni beria nak mengorat hana tu kan, cuuuute, walaupun fahri ni kalau difikirkan balik la kan, dia punya gila insisting is borderline obsessive and forceful. tapi tu la kalau nak mengharapkan hana, ataupun kalau fahri ni ikut je hana punya flow, memang takkan ke mana la hubungan diorang ni.
tapiiiii, bila lepas dah kahwin, cerita ni jadi agak melelahkan, sebab the repeated cycle of hana's overthinking and fahri's tendency to disregard things/hana's feelings. kalau both of them actually sit down dan discuss dengan tenang, takde la sampai meleret cerita ni. tapi fahri suka sangat brush things off. kalau i jadi hana pun i overthinking jugak (tapi huhu i tetap jugak annoyed dengan perangai hana yang satu ni)
sekarang ni i tengah berfikir-fikir, adakah i patut beli kerana dendam atau tunggu je kerana dendam tu masuk library next year?
Sedap betulllll bahasa penulis guna, sangatlah page turner.
Awal2 baca penat tersengih2, tengah2 baca rasa nak tarik rambut je, last2 baca lega. Saya tak banyak nak komen cuma nak cakap, YASMIN BOLEH GI MAMS.
Watak Hana ni mesti orang kata frustratednya lah, tapi kalau kita in her shoes, kita mesti faham kenapa Hana macam tu. Dari kecik kot kena abai dengan family sendiri, kena hina, kena caci. Lepas tu ada lelaki janji macam2 nak jaga dia, taknak sakitkan hati dia, tapi last2 lelaki tu buat jugak.
Btw, saya applause Fahri punya karakter. Cuma tu lah, geram jugak waktu dia asyik salahkan Hana kata Hana salah faham pasal dia dan Yasmin tu. Heh, wanita punya firasat kot, isteri pulak.
Overall sangat best sebab semua perasaan rasa waktu baca buku ni!
Zu recommend buku ni for those yang tengah slump 👍🏻 Zu suka gaya penulisan dalam buku ni, sangat catchy dan tak bosan. Zu boleh habiskan buku ni dalam masa sehari je noh
Walaupun storyline yang kalau you guys baca, memang dari awal dah boleh agak apa yang akan terjadi but trust me, this book will make you keep on going to read sampai habis 😌 Buku yang menceritakan tentang Hana yang pendiam dan Fahri yang tak reti duk diam.
❤︎ -ˋˏ𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧ˎˊ- ❤︎
Cara Fahri nak dekati Hana sangatlah kelakar dan flirty ya 🫣 Kemain lagi mengayat sampai Hana hilang kata-kata nak balas pada Fahri. Zu yang baca ni pun boleh rasa Hana annoying dekat Fahri. Fahri memang falling in love dekat Hana at the first sight lah. Hana senyum kat orang lain, tapi kenapa jantung dia yang berdegup kencang ni? 😳
Zu yang baca ni dah jatuh berkali-kali dengan ayat Fahri ni tau 😭 Mungkin akan ada yang cakap buku ni trope miscommunication, zu tak nafikan sebab Hana dan Fahri ni masih dalam fasa untuk mengenali satu sama lain. Kesalahfahaman dan banyak pendam tu zu faham kenapa boleh terjadi.
❤︎ -ˋˏ𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧ˎˊ- ❤︎
Konflik pasal keluarga ni memang fav zu lah, perasaan sedih zu baca buku ni sampai zu rasa nak masuk dalam buku sebab nak peluk Hana 😭
Cukup, zu tengah susun review ni pun rasa nak nangis balik je bila baca ayat ni 💔zu rasa geram bila endingnya simple macam itu, i need more explanation 😭😭 how dare those characters yang dah buat Hana macam-macam tapi itu aje 😤 but anyway, masih best dan zu suka 👍🏻 sudah lah pergi beli dan baca
Sebenarnya hero cerita ni bukan Fahri, tapi Rizal dan Akeef.
Puas hati bila Rizal marah Nayla. Nampaklah dia memang lelaki yang baik. Dia marah sebab dia sayang bini dan anak-anak dia juga. Tapi akhirnya Nayla dan mak dia segitu juga.
Aku baran je la dengan Yasmin tu. Apa yang kemaruk sangat nak laki orang? Tak faham bahasa betul. Si Fahri tu pun benak. Memang padan muka kena sembur balik dengan Hana.
Mengikuti perjalanan hidup Hana, seorang gadis yang rendah diri (trauma/masalah keluarga), dari bujang sehingga berkahwin dan seterusnya. Suka perkembangan watak Hana. Walaupun mula-mula geram dengan sifat beliau, tapi pengakhirannya puas hati.
Fahri - dlm suka dgn watak dia ada geram yer.. rasa mcm nk hempuk pun ada.. dlm baik yer rasa nk terajang laju² pun ada..
Hana - dlm kesian pun ada geram yer jugak.. knpe nk jd baik sngt dgn org yg terang² buat jahat.. adoii..
Yg pasti.. cerita ni memang memain kan emosi.. org lain yg buat salah ko pergi hukum org lain.. yg terang² buat salah ko boleh pulak tunding jari dekat org lain..
Betul la.. not every parent deserve a child.. yg dah tahu ko tuh perangai hantu jgn² gatal nk membiak.. lepas tuh guna anak utk jd galang ganti nk letak kebenciaan..
Rekomended utk baca sbb dia mainkan emosi sngt.. plot pun x berat.. cuma depa ni x reti nk berkomunikasi.. maklum lah.. x smpat bercinta dah nk kawen..
too much unnecessary scenes to fit in !!! untuk 480pages tak worth it lah. i rasa boleh je cerita ni finish around 350pages ye.
if u guys nak rasa merentan, marah dengan kaum lelaki ke apa ke, ha baca buku ni ye. memang aku merentan dengan fahri ni eh lah emosi aku.
awal perkenalan pun dah nampak redflag weh !!! apa ko dah hana tak nak kau nak jugak dipush siap datang rumah PAKSA MASUK KERETA DENGAN NADA TEGAS !!! eh hello ko tu siapa? even you are her man pun STILL KENOT !! I TAK RASA SWEET LANGSUNG PART FAHRI PIKAT HANA more like psychotic and narcissistic person ye ko ni fahri.
hana hana hana bakpo lah mung ni haih dah tahu dah rasa tak sedap hati nak juga kawin LAH KO TENGOK LAKI KO BERUBAH SEKELIP MATA SERAM YERK !! memang aku larilah tak balik rumah kalau jadi ko haih
dengan bapak dia?? hello takde proper closure?? bapak dia elok mati jelah kot 😭😭😭 srs ingat bapak dia ni watak penting ke sebab mula tu cam tekankan sangat trauma nya lah hilang gitu je
banyak pulak merentan. sorz korang. tapi ha baca lah kalau rasa nak baca sebab saya rasa kerana dendam much better lah from this one. satu je nak cakap, siapa nama yasmin !! awas ya lo !! dasar pelakor !!!
Siapa sini pernah jatuh cinta? Ya, ya. Anda betul. Sayalah orangnya. Kirah jatuh cinta pandang pertama dengan novel debut penulis ni even pada awalnya (jujurlah eh ... Kita ada satu kerisauan dengan cerita daripada Wattpad. Bukan nak kata semua tak bagus. Bukan. Tidak. Tapi susah nak cari yang kena dengan tekak kita).
Bila baca buku ni, I am impressed by how good bahasa dan writing style yang penulis gunakan sebab rasa macam dia bukan newbie author. Sangat tersusun, matang dan teratur ayatnya. Cantik sungguh.
Kerana Terluka mengisahkan kehidupan dua orang watak utama yang macam langit dengan bumi beza sikap dan perwatakannya.
Hana, dia gadis introvert yang tak pernah bercinta langsung. Lemah lembut, pemalu, suka menyendiri.
Dipertemukan pula dengan Fahri; lelaki bekeng yang serius, matang dan tak ada konar-konar dalam kamus hidup dia.
Hana kata tak mahu, Fahri kata haip ... mari sini kamu 😝
Ingat mudah ke nak ayat awek berhati batu macam Hana? Dari situ bermulalah hikayat mengorat Fahri yang tak ada belok-belok lagi.
Sudahnya, mereka membina ikatan yang sah dan berjanji untuk saling melengkapi nanti. Tapi manalah ada rumah tangga yang tak bergoyang diknon?
Bila tengah bahagia, memang bumi ni milik mereka berdua. Kita sendiri tercampak ke bulan dan tak balik-balik lagi.
Bila tengah berperang, bergegar alam semesta. Mak, adik nak balik. Tak nak duk sini lagi 😭😂
Kisah ini bukan sekadar mengisi hati kosong yang ketandusan gula. Sejujurnya bagi Kirah KT ni realistik sebabnya dia campak kita untuk duduk di tengah-tengah pasangan yang tengah mencari keserasian dan kesefahaman antara satu sama lain. How they both give and take, comforting each other, dan paling penting macam mana dorang selesaikan masalah rumah tangga dan cari chemistry tu yang buatkan dorang nampak matang gila.
Nak puji lebih-lebih nanti orang cop beria tapi saya jujur ni, sila baca!
Highly recommended untuk si pencinta buku yang wataknya matang 🫶🏼
Mengisahkan tentang Hana yang rasa yang sangat rendah diri (insecure) sampai rasa diri dia tak layak untuk sesiapa. Kesian sangat watak dia bila dari muda hingga ke dewasa sentiasa disalahkan. Kadang geram juga dengan Hana ni ya. Tapi dalam masa yang sama dapat faham kenapa dia macam tu. Ada part di mana saya rasa nak cubit dia bagi sedar.
Fahri pula jatuh cinta pandang pertama dengan Hana. Dan dia punya usaha ambil Hana di peringkat awal tu memang A+. Saya pun rasa macam wow. Tapi makin lama makin geram ya dengan Fahri ni. Dia asyik suruh Hana berfikiran positif. Hana tu sudahlah ada kisah yang menyakitkan. Fahri pula buat dia macam tu. Adui la. Rasa nak masuk dalam cerita tolong marah si Fahri ni ya.
Watak yang paling menyakitkan hati sudah tentulah Yasmin. Boleh darah tinggi saya dibuatnya.
Overall, naskah ini sangat best & memang berjaya buat saya murung + emosi jadi tidak stabil. Yang minat novel pain, wajib baca Kerana Terluka. Jomlah kita sakit hati ramai-ramai.
"I tak nak perempuan lain, I nak you. I tak suka perempuan lain, I suka you." Fahri 🤍🤍
Spending my weekend baca buku ni. Kita marah ya. Membara je jiwa rasa tiap kali Yasmin masuk. Belum lagi dengan perangai si Fahri. Wife awak tu dari awal kenal seorang yang sgt low self esteem, tapi tula, janji banyak sangat. Yang terluka dia la jugak. Nasib ada akal anddddd nasib ada ayah yang bijaksana. Kalau harapkan bapak si Hana tu rasanya memang dah kelaut marriage diorg dua 😂
"Jangan panggil I sayang! Jangan sesekali panggil I dengan panggilan tu!" Hana
"I benci dengar you panggil I macam tu! I benci! I benci! You tahu tak, I benci!" Hana
Wei i suka part Hana marah ni. Rasa puas gila. Sekali kena kan Fahri. Selama ni dia je yang marah-marah kan ! Rasain lo !
Masih tak puas hati mak tiri Hana n kakak dia sampai kesudah tak terima Hana. Tapi tula kehidupan right? Luka yang tak akan sembuh, but still harap Nayla tau apa yang Hana dah buat untuk kakak dia. Maybe ada la sirna sikit si Nayla boleh terima Hana. Yang salah pun bapak dia bukan Hana pun ✋🏼
Overall hampir meroyan dengan si Yasmin, dan sejuk hati bila masing2 masih mencuba nak betulkan diri each other demi masa depan.
Sesungguhnya kesabaranku tercabar ya masa baca cerita nil!!! Eishh geram betul dengan Fahri lain dengan Yasmin nya lagi. Alahai kenapa lah hidup you ni Hana dikelilingi dengan orang yang hanya tau menyakitkan hati you saja.
Hana, insecure & overthink girl. Terlalu overthinks yang dia tak deserves to be loved by someone that came from a good background. Kesian juga dekat Hana, dah lah dipersalahkan atas kematian ibu dia lepastu dipersalahkan lagi atas perbuatan ibu dia pula. She's just too overwhelmed with everything. But deep down inside she's actually craving for love, care, cuddles and attention. She actually wants someone to pamper her, hear all her pains and understand her feelings. Walaupun dia keep on menolak Fahri but deep down in her heart she actually wants him. And actually everything was going good until Yasmin came into their life and Fahri anger issue came in between and again Hana that just into the healing process, begins to break again and this time she's about to give up everything.
"Sometimes the truth hurts" - Hana
Fahri, he's actually a yellow flag guy, yang kalau in real life mmg to boleh dibuat suami sbb dari mula dah suka memaksa suka ugut2
Fahri ni seakan-akan mata dia tu buka tapi tak melihat. Haih! Serabut betul dengan perangai dia ni. Dah terang lagi bersuluh si Yasmin gila tu memang nakkan dia balik even kawan dia, Akeef pun nampak tapi dia masih lagi denying the fact. Eish! memang geram je tau. Dia minta Hana be open with him, share everything with him tapi bila Hana tanya je, dia keep on deny lepastu marah Hana. Orang tu sampai takut dah nak persoalkan ending up makan hati. Memang puas hati bila sampai part yang Hana pour out everything that she's been keeping inside. Haa masa tu baru gelabah biawak nak pujuk nak kejar wife kau balik!. He does promise that he wouldn't hurt Hana, but he keeps doing that without he knowing it's breaking her inside again.
"Hurting you is something I would never do, I will never hurt you"-Fahri
The story was good, it kept playing with my emotion. Urgh! Memang geram je sepanjang baca novel ni. Luckily it's just 480+ pages, so I managed to finish it in one sitting. A book written by @fallingwhitepetals is definitely an auto buy book for me. Her writing style is super easy and nice to read. But whatever it's Kerana Terluka can't beat my dearest Kerana Dendam. KD will always be my baby and dearest to me forever
Tak tahu nak rating buku ni macam mana. Aku suka tapi menyampah dalam masa yang sama. Hahaha
Kalau nak kena darah tinggi, silalah baca novel ni. Watak-watak dalam ni memang mengundang kepala berasap.
Fahri dengan perangai sendiri, Hana dengan karakter sendiri. Mujurlah ada kawan-kawan, ayah mentua yang otaknya berfungsi.
Fahri ni masa awal cerita aku dah rasa ada 🚩. Nasib baik di penghujung cerita 🚩 tu dikenalpasti sebagai satu kelemahan dia, dan dia pun berusaha untuk berubah. Kalau tidak, memang aku banned buku ni.😂 Tapi satu yang aku suka pasal Fahri ni dia suka bagi affirmative words pada Hana, supaya Hana ni tak rasa diri dia loser.
Hana yang terlalu overthinking. Geram juga dengan dia ni, tapi dengan apa yang dia lalui sejak kecil itulah yang membentuk karakter dia. Entah siapa yang salah, ku tak tahu.
Yasmin, kalau watak dalam slot Akasia ni memang penyumbang rating drama naik ni.😂
Apa-apapun, cara Fahri-Hana selesaikan kemelut rumahtangga tu wajar diberi pujian (itupun lepas disekolahkan ayahnya Fahri). Masing-masing cuba perbaiki kelemahan sendiri sebab nak pertahankan rumahtangga. Cara diorang handle si Yasmin tu pun bravo.👏🏻
Cabaran-cabaran dalam rumahtangga itulah yang mematangkan perhubungan. Ada pengajaran dalam cerita ini. Berbaloi untuk dibaca.
For someone like Hana yang full of insecurities sangat contra dengan Fahri yang full of confidence. Orang kata ada pros and cons. Kata orang, saling melengkapi sebab sama-sama ada kekurangan masing-masing.
Buku ni banyak ajar I that overthinking and assumptions are killing yourself and relationship. Those two will stop if your spouse communicate with you well.
If you like storylines that are not too stressful or don't make you tense, this book is not for you.
As for me, if you want to learn lessons and advice about marriage, both explicitly and implicitly you should try this book! Seriously, communicate tu penting weh. Kalau tak ibarat you kahwin dengan your own thoughts je.
I suka buku yang male and female character perfect imperfect. Tak rasa macam fiction sangat. Tak cringe. Kito takut ye everytime Fahri start garang hahaha! The character development is also well done. Hana changes for the better. As someone who is full of insecure, she tries to learn how to defend herself from getting hurt. Fahri pun sama. Tak tahu nak describe dia ni seorang yang macam mana. Tapi bagi I dia macam full of himself. Especially one part yang Fahri rasa working with his ex-fiance tak perlu mentioned to Hana sebab Yasmin isn't important. That might be true, but he should know that his wife isn't like him. Anyway, author pandai buat I curious about what will happen to Fahri if he continues with that mindset. Noh baru hang tau Fahri, bukan hang je garang tau, Hana pun! Cuma, I still nak tahu lebih pasal keluarga Hana. Dapat closure untuk Encik Yunus, cuma masih tak berpuas hati.
Overall, kita tetap suka buku ni. Segala ayat dan nasihat diberikan untuk diri sendIri, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Tuhan semua I suka. Paaling suka, dialogues yang digunakan. Banyak perkataan bahasa melayu yang baru I belajar. Susunan ayat pun cantik. Okay my favourite quote bila Hana doa dekat Allah. I highlighted that part! Sebab menusuk ye doa dia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku suka cerita ni. Bagi aku cerita ni cerita yang matang. Pengolahan bahasa, karakter dan plot impressed me.
Fahri ni semua green flag. Satu je, baran sikit. Hana ni bagus je. Satu je, terlalu memendam sampai tahap dia nak protect diri dia dari terluka. Sesuai la dengan tajuk tu 😅
Si Yasmin ni ya Allah annoying nak mampus. Aku rasa nak lempang2 je dia ni. Engko kalau dah buat keputusan tak payah la nak turn back 😤😡
Aku harap author buat closure mengenai family Hana. Buat bapak dia Yunus dgn bininya dan Kak Nayla tu menyesal ke…. Sakit hati gak dengan mulut depa ni 😩
Boleh relate sangat dengan Hana🥺 Orang lain senang boleh cakap "jangan fikir sangat, jangan overthinking" but it's not that easy.. Yang Fahri ni mmg patut kena cubit, marah orang suruh jangan fikir bukan2 but dude the way you behave made everything worse😑
It pinched my heart a few times and made me teary-eyed towards the end. A vetry good read cause it has qualities which is often overlooked and not discussed enough in Malay romance books. Props yo the author for creating such a good masterpiece🙏
Macam begini lah kot kalau orang umur 29 ke atas bercinta. Straight to the point. Tiada merajuk dengan perkara bodoh, likes tak call sehari merajuk, kena update setiap hari. I suka the way fahri approach hana, dan macam mana diorang handle masalah dalam rumah tangga diorang. Nak beli fahri dekat mana tak tahu dalam dunia ni🤣🤣
Firstly saya boleh katakan cerita ni agak klise jugalah. Tentang Fahri yg cinta pandang pertama pada Hana. Bersungguh nak kahwin dgn Hana walau masa yg singkat. Bercinta pula lepas kahwin. Diganggu dgn orang ketiga yg tak reti bahasa.
Fahri ni sweet. Penat tersengih sorang2 tgk dia pikat si Hana. Lepas kahwin pun bertambah2 gula dia angkut bagi Hana blushing. Sebab ayat manis dan janji Fahri lah yg buatkan Hana bagi peluang dan ruang untuk Fahri isi.
Tapi, lama2 Fahri makin menyakitkan hati. Sikit2 Hana salah. Disuruh kongsi perasaan tapi, Hana juga yg dimarahnya. Tak kongsi pun kena marah. Lepas tu, baik tak bertempat. Dah boleh rasa bini tak okay pun still ulang benda sama. Ketuk kepala hang tau la!
Kesian si Hana. Dari kecil kurang kasih sayang. Kehadiran Fahri dianggap penyelamat tapi entah kenapa dirasakan makin teruk perasaan terluka tu dia kena lalui. Sikap Fahri yg kadang2 menakutkan tu lah buat Hana banyak memendam sampai overthinking. Kita pula geram tgk Hana marah dalam hati.
Agak perlahan di awal cerita. Menarik di pertengahan sebab main perasaan gila2 kat situ. Kadang nampak gambaran diri sendiri pun ye. Ending agak laju, tak puas nak feeling2. Ceritanya agak biasa tapi layan! Sebab penulisan yg kemas dan sedap dibaca!
Idk la penulisan D. Dahlia ni very catchy for me. It's like I can't stop reading it. I know I probably have not really enjoyed this book as Kerana Dendam but surprisingly it's good. Not cringe, the sweetness is not too much, and the conflict 😩 Lovee. I think I'm enjoying this book la. 4 ⭐ from me
Tbh, I read this book with zero expectations but it turned out I suka buku ni sbb realistik & logik. Hana yg terlalu overthinking. Mungkin org lain akan kata teruknya overthinking dia ni tapi bagi I logik sbb dia tak pernah bercinta, tak pernah ada hubungan istimewa dgn mana mana lelaki tapi bila kahwin dia terpaksa hadapi situasi yg menyakitkan hati dia. Kenapa dia pendam pun I setuju je sbb apa? Sebab dia tak pernah bercinta. Bertahun hidup takde siapa peduli hidup dia, mmg akan ambil masa utk dia let it out what is on her mind. Apa yg dia rasa sangsi dgn fahri pun I setuju.
Fahri pun awal awal I mmg takde letak expectations apa apa dkt dia sbb pernah baca sikit cerita ni dkt wattpad. Waktu tu rasa dia red flag sbb sibuk nak tolong si yasmin. Tapi kan rasanya watak fahri ni logik je sbb lelaki kan mmg macam tu hahahahahaah lambat nak faham 🙂. Tapi bila I dah habis baca cerita ni I rasa watak dia okay je sbb dia tolong tu pun sbb ada yg mendesak dan bila dia dah sedar si penyondol tu punca rumah tangga dia goyang, dia terus ignore perempuan tak guna tu. So yg mmg bermasalah dlm cerita ni mmg yasmin si penyondol tu. Tak malu betul 😃
Dan apa yg yasmin dapat balasan pun I setuju. Bagi I buku ni realiti rumah tangga yg byk miscommunication. Mmg I akan cakap banyak kali logik sbb hana tak pernah bercinta dan diorang kenal pun dalam tempoh yg singkat. Dan diorang cuba utk atasi kesalahfahaman antara diorang.
Overall, buku ni full of romance tapi matang version I guess. Bukan matang yg ada scene tak sepatutnya tu tapi watak yg matang. Bila ada problem, salah seorang cuba utk selesaikan masalah tu, tak biarkan masalah tu melarat lama. Penulisan penulis ni pun sedap & saya tak rasa kecewa pun utk habiskan buku ni sbb sedap je dkt tekak. For the author, I will be waiting for your upcoming book!
Buku ni unitentionally trigger some of my trauma 🤣💀. Fahri ni ada masa (maybe most of the time) a red flag walaupun saya rasa theauthor cuba untuk potrays him as a green flag man.
The ending feels rushed, and timeline macam tak make sense. Gaduh, lari balik kampung, kaunseling, pergi bercuti, hubungan makin baik etc... all those things happened, and then tiba tiba Hana one month pregnant je? Imo, at least she should at least dah lepas one trimester, no? Character development pun sikiiiiittt je dekat part ending.
- Fahri ni gives me a possessive man punya vibe anddd sejenis panas baran. I thought it was just me yang fikir macam tu and towards the end ada conversation dia and his dad that confirms it. So bukan saya yang bermasalah rupanya.
- I tak suka bila dia start ugut-ugut hana. Ayat dia kadang ada something like "tahu lah i nak buat apa kalau you buat macam tu", "you cuba lah buat. Tahu lah i nak buat apa dengan you". Ini yang trigger trauma saya sebenarnya sksksk 💀🤣. He was supposed to be a man yang sembuhkan luka-luka Hana tapi bila he said things like this, hmmmmm (maybe this is just my problem).
- I tak suka this one scene bila Fahri mengamuk and then after that Hana duk fikir yang semua tu salah dia and dia patut diam sebab takut Fahri mengamuk lagi. What if lepas ni Fahri mengamuk and pukul dia? The moment she thought that Fahri tu boleh mengamuk sampai mencederakan dia buat i rasa macam ????
- The storyline, the vibe yang the author nak achieve untuk this book macam tak match dengan perangai character character dia. Yang consistent mungkin perangai Nayla je. Which i rasa would be better kalau dia insaf and berbaik dengan Hana. Rasa sayang sebab the attempt towards that direction dah ada tapi watak Nayla tu hilang begitu sahaja.
Regardless, the fact that i did not dnf this book means that the author ada potential. Looking forward for more books from this author!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jujurnya, aku takde wattpad, so tak pernah tahu kewujudan buku ni. .
Kenapa beli? Sebab aku (self-claimed) die hard fan Prolog Media. Apa je dorang published, tanpa baca blurb, aku beli. Dan somehow, aku bersyukur buku ni diterbitkan oleh PM, sebab awal-awal publish lagi, aku terus beli. Kalau penerbit lain, mungkin masuk dalam wishlist je dulu untuk entah kesekian kalinya. .
Okay, back to this story, buku ni genrenya romance. Memang pure romance, takde twist ke atau genre yang melambangkan PM. So, aku sebenarnya tercari-cari jugak alasan kenapa buku ni yang dipilih oleh PM, tapi tak kisahlah, yang penting ceritanya sedap! .
Buku ni cliche je. .
Pertama kali nampak Hana, Fahri jatuh cinta. Hana pulak seorang yang sangat insecure, overthinking dan rendah diri kerana rahsia silamnya. Tapi, Fahri tetap mencuba untuk menjadikan Hana miliknya. .
Bila kahwin, muncul pulak watak Yasmin sebagai penyondol. Hana yang rasa low self esteemed ni, lagi lah rasa overthinking. Fahri pulak tipikal lelaki yang rasa watak Yasmin ni sangatlah tidak significant dalam hidup mereka. .
Sehingga akhirnya keadaan memburuk, Hana memilih untuk mengundur diri. Apa yang perlu Fahri lakukan untuk merebut kembali hati Hana? .
Cliche je kan? .
Tapi kenapa aku suka? Sebab penulisannya sangat bagus. Aku boleh faham justifikasi kenapa semua watak dalam buku ni, berkelakuan sedemikian. Aku takdelah nak rasa marah ke, benci ke watak Fahri atau Hana, sebab aku boleh faham dan rasa kenapa watak dorang sebegitu. .
Aku suka bila aku faham perasaan Hana yang overthinking, rasa serba salah nak bercerita dengan Fahri, rasa tak difahami. Dan rasa sedih bila tengok betapa Hana mencuba agar dia diterima oleh keluarganya. .
Dan aku pun tak boleh nak benci Fahri. Mamat ni memang la red flag tapi aku tetap sayang. Boleh nampak dia sayang Hana. Cumanya tipikal lelaki, memang amik mudah je semua perkara. .
Dan watak sampingan lain contohnya kakak tiri Hana. Sedih bila dia bagitahu kenapa dia bencikan Hana. .
Overall, aku suka! Keep it up, writer. Penulisan yang sampai ke hati, bila Fahri mengusik Hana, aku yang blushing, bila Hana sedih, aku yang nangis.
Honestly ! Dah lama Tak Lalui "EMOSI SEPERTI ROLLERCOSTER" 😂🤚🏻. Sakit hati baca tu sampai nak tercabut jantung tau . kesian buku ni kena hempas dek terlalu geram dengan Watak dalam ni 🫠.Stress tapi berbaloi 😛
‼️Highly Recommended‼️ 🤬 Serius korang kena baca dan ikut stress dengan saya 🙏🏻. Kita stress sama-ii jum 😝
..
Kisah Hana seorang yang sangat insecure disebabkan ada Trauma dalam diri dia yang dibawa hingga dewasa . Nak berkenalan dengan lelaki pun dia takut disebabkan Hana ni menyimpan kata-kata keji yang dilemparkan kepadanya. Hana ni tersangatlah Rapuh Jiwa dan Raganya 🫠. setelah kematian Ibu kandungnya ,hana hidup dalam kebencian bapanya sendiri , dibenci oleh ahli keluarga sendiri ! nasib baik duduk di kampung masih ada yang menerima kehadiran Hana.
Sehingga hadirlah Fahri yang sudi menerima segala kekurangan dalam diri Hana . yang sanggup menjadi "RUMAH" untuk Hana berteduh dalam suka dan dukanya. Fahri ni bagus dia sentiasa bagi kata-kata yang baik pada Hana supaya Hana ni tak selalu down atau rasa diri dia tak berguna. Adakalanya Fahri ni baran je bila Hana selalu negative pasal "sesuatu benda tu"🙂↔️.
Setiap perhubungan mesti akan ada pasang surutnya , Tak sampai setahun pun lagi datang "Musibah" dimana dengan Rasa Simpati Si Fahri ni yang menyebabkan Hana Kecewa dan rasa Fahri ni dah Mungkir SEMUA JANJI padanya. (Kalau nak tahu musibah apa kenalah baca 🙂↔️🤚🏻)
🔽🔽
🦢 Hidup dalam Trauma dan kebencian Keluarga sendiri
🦢 Insecure sampai merendahkan diri ,sentiasa rasa diri terlalu loser
🦢 Berjumpa dengan kaunseling untuk masalah rumah tangga (jangan guna org ketiga yang tiada manfaat)
‼️ YANG PENTING JANGAN ROSAKKAN RUMAH TANGGA ORANG LAIN ‼️.
Sejujurnya Hero dalam ni adalah Abang Rizal & Akeef , Diaorang sangat Function ya !! Tak bawa pengaruh buruk tentang Hana. And Tak Lupa Shahir jgk tetap rasa kesian dengan Hana dengan apa yang jadi 🙂↔️🤚🏻.
Aku bagi full stars sebab aku mmg suka dgn penulisan penulis ni. Walaupun cerita ni klise aje tapi disebabkan penulisan penulis yg sedap dibaca buatkan aku sayang nak letak buku ni. Dalam masa lebih kurang 4 jam aje aku habiskan tanpa skip walau satu ayat. Aku impressed dgn cara penulisan dia sbb dia penulis baru, dari wattpad pulak tu. Selalunya paham2 aje la kalau cerita dari wattpad penulisannye mcm mana. Mmg aku skeptikal sikit dgn cerita dari wattpad sbb aku dah byk kali kena scammed. Tapi utk buku ni aku blh ckp yg penulisan penulis takda langsung vibe wattpad. Mmg mcm penulisan utk novel2.
Utk isi cerita pulak mmg klise. Pasal Hana yg dibenci keluarga. Dah la bapak kandung benci pastu kena hadap kebencian mak dgn kakak tiri dia jugak. Nasib baik ada Nazril yg mmg sayang kat Hana. Hana ni mmg sejenis yg takda keyakinan diri, jenis pendiam. Dia jauhkan diri dia dari lelaki sampai dia tak nak kawin. Kalau nak tahu knp dia gitu kena baca sendiri.
Fahri pulak aku blh katakan hero yg jenis selamba pastu agak manis jugak mulut dia. Aku suka bila scene dia nak try Hana. Style dia mcm playful and flirty tapi bkn jenis menggatal yg tak senonoh. Aku rasa aku nak highlight sikit pasal dia ni sbb jarang aku jumpa hero yg umur 30an matang sesuai dgn usia. Kebanyakkan buku aku penah baca, umur 30an 40an pun ada tapi perangai mcm budak2 belasan. Cara bercakap pun tak mcm org dah lama hidup. Tapi Fahri tak. Kudos to penulis berjaya buatkan watak yg matang sesuai dgn umur. Termasuk la Hana sbb dia pun takda mengada-ngada mcm budak2.
Overall aku suka buku ni. Aku kena berterima kasih kat bdk prolog media yg hasut aku masa pbakl haritu. Kalau tak aku tak jumpa cerita dari wattpad yg berjaya jadi buku ditulis dgn penulisan yg best mcm ni. Lepas ni kalau penulis ni ada publish buku yg lain for sure aku akan beli.