Menjadi pelajar bermasalah meletakkan Rossa, Rey, Blade, Melinda, Jun, Gapi dan Fad tersenarai sebagai peserta kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ditempatkan di dalam kumpulan yang sama, masing-masing sering tidak sefahaman. Bertengkar dan mengejek antara satu sama lain seakan mainan di bibir. Sehinggalah satu perjanjian dibuat untuk membuktikan keupayaan masing-masing.
Namun, pertemuan yang dijanjikan selepas sepuluh tahun itu berakhir dengan tragedi apabila Melinda ditemui mati pada malam terakhir pertemuan mereka. Sejak itu, Rossa seakan diburu oleh si pembunuh. Hidupnya kucar-kacir dan tidak tenteram apatah lagi dia merupakan orang terakhir bersama Melinda pada malam itu.
“Aku tak bunuh sesiapa.” – Rossa
Demi keselamatan Rossa, Rey sentiasa menjadi pelindung gadis itu.
“Kau tak perlu takut. Aku ada.” – Rey
Saat mereka mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut, kewujudan aplikasi permainan atas talian, Tiga Tanda Tanya yang tiba-tiba wujud di telefon bimbit masing-masing menimbulkan tanda tanya. Tanpa disangka, permainan itu mampu menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka.
“Mungkin kita akan dibunuh. Macam dalam novel, selepas pertemuan sekumpulan sahabat, satu demi satu akan mati dibunuh.” – Blade
Apakah cerita di sebalik semua yang berlaku? Siapa sebenarnya yang berdendam dengan mereka? Dan, apa pula kaitan Tiga Tanda Tanya dengan mereka semua?
Siapa sangka dirinya tersenarai dalam kursus motivasi yang disediakan khas untuk pelajar yang bermasalah. Salahnya yang cuma datang lewat sahaja. Sudahlah berkumpulan dengan manusia yang dia tak suka. Nasib baik dengan kehadiran si dia, boleh juga Rossa berasa tenang. Dialah Rey, crush Rossa. Tapi.. kenapa Rey ada dalam kursus motivasi ini?
2024
Siapa sangka mereka 10 tahun lepas kini berjumpa semula. Tujuh pelajar dulu yang jumpa atas sebab janji yang mereka pernah buat. Hinggap bak langau, titik bak hujan apabila Melinda dijumpai mati di dalam bilik hotel yang mereka menginap. Tambah pula, Rossa orang terakhir jumpa dengan Mel dalam keadaan marah. Tapi..
₊˚ˑ༄ؘ𓆩ᖭི༏⟡༏ᖫྀ𓆪
Walaupun ada misteri, boleh pula terselit kisah rasa suka dari Rossa dan Rey. Mereka berdua yang suka sama suka sejak dulu tapi tak pernah meluahkan perasaan. Pasangan yang bukanlah semanis gula tapi bila muncul Rey, mampu buatkan hati Rossa berdebar sekali dengan zu, eh 🤭😳
Buku yang menarik untuk dibaca for those yang nak cuba genre mystery tapi tak terlalu serabut. Cara penulisan yang ringkas dan senang nak faham. Zu rasa goosebumps bila tanda tanya yang ada dalam buku ni dijawab satu per satu.
Plot twist yang bagi zu macam ‘APA DOOO KENAPA DIA’ 😧‘WEH APA PULA NI’ 😨 Buku ni fastpaced, jadi ada beberapa point yang tak diterangkan secara terperinci tapi benda tu bagi zu tak kacau jalan cerita. Jadi silalah beli 🤭🙌🏻
1. Ini buku ke-2 yang aku baca dari penulis. Kalau buku first dulu genre fantasi, yang ni genre murder mystery/thriller pulak. Totally opposite tapi dua-dua best bagi aku.
2. Buku ni mengisahkan 7 sekawan : Rossa, Rey, Blade, Melinda, Jun, Fad dan Gapi. Backstory, masa sekolah diorang sama-sama sertai kem motivasi untuk pelajar bermasalah. Last task diorang kena tulis cita-cita in future. So diorang janji lepas 10 tahun nak jumpa balik kat tapak kem tu nak tengok semua orang dapat capai tak cita-cita masing-masing.
3. Lepas 10 tahun diorang jumpa balik. Malam tu jugak one of their friends, Melinda was found dead. Bermula di situ lah bagaimana mereka berusaha nak merungkai misteri kematian Melinda.
4. Main characters dalam ni, Rossa dan Rey. I love both of them. Rossa ni dari sekolah sampai besar dok crush kat Rey. Aku pun crush kat Rey hakhakhak 😆 sejenis yang good looking, cold but care. Dua-dua tak nak mengaku perasaan sendiri.
5. Melinda ni musuh ketat Rossa actually. Perangai dia nauzubillah, memang sejenis syibal sekiya. Sejak sekolah memang tak boleh tengok Rossa lebih dari dia. Dia mesti kena lagi hebat. Memang patut pun dia mati bagi aku muahahaha
6. My favourite scene, masa Rossa tumpang kat rumah Rey. Rossa tenung Rey dekat-dekat masa tidur pastu tiba-tiba Rey bukak mata. Member sampai erpelanting ke belakang terkejut 😂😂 lepas tu lagi best. Tapi mana boleh cerita. Aku nak gatekeep 😆
7. Ada dua benda je yang aku kurang berpuas hati dalam buku ni. 1st, aku tak berapa feel chemistry antara 7 sekawan ni. Macam part last yang surat dari Blade tu. Aku tak boleh nak feel sangat sebab sebelum ni tak ada scene Blade dan Rossa sangat.
8. 2nd, aku tak puas hati bila dapat tahu pembunuh sebenar Melinda 😂 dia macam tak pasal-pasal watak tu masuk tau. Geram aku hahaha
9. Overall aku sangat enjoy baca buku. Storyline yang sangat menarik, penceritaan yang fast paced dan tak membosankan. Bila baca tu setiap masa kau asyik dok tertanya tanya who's the killer?
Nota : aku dah dapat agak dari awal siapa yang cipta apps Tiga Tanda Tanya tu 😆
I rasa buku ni sesuai untuk remaja. Sebab cerita dia sangat straight forward. Rasa suspen pun tidaklah terlalu suspen, cuma i suka watak pembunuh tu.
Pembunuh tu berjaya psiko dan dera mental mangsa dia. Part ni i boleh rasa emosi mangsa tu.
Cuma kalau boleh kan, manfaatkan lagi aplikasi Tiga Tanda Tanya tu. Sebab i rasa macam takde fungsi sangat. Kalau penulis tambah lagi function apps Tiga Tanda Tanya ni, mesti lagi gempak.
Percubaan yang baik dari penulis. I akan support kalau penulis keluarkan lagi cerita-cerita macam ni.
Recommended untuk yang suka baca buku misteri. Awal-awal tu nampak macam tenang. Makin jauh ke dalam cerita, makin banyak misteri terbongkar. Ending puas hati.
Perkara pertama yg 'tangkap' mata saya pada novel ini ialah tajuknya. “Kenapa mesti Tiga Tanda Tanya?”🤔. Tajuk yg ringkas tapi misteri macam ni terus buat saya intrigued dan rasa nak selak tanpa perlu baca sinopsis pun.
Novel ini membawa saya mengikuti sekumpulan 7 sahabat lama iaitu Rossa, Rey, Blade, Melinda, Jun, Gapi dan Fad. Mereka bertemu semula selepas 10 tahun, semata2 kerana janji yg mereka buat semasa di kem motivasi zaman sekolah dulu. Dari awal, mood misteri tu memang terasa.. bayangkan, datang reunion yg sepatutnya santai, tapi tiba2 bertukar jadi teka-teki besar bila salah seorang daripada mereka iaitu Melinda ditemui mati. Rossa pula kebetulan adalah orang terakhir jumpa Melinda, jadi seluruh perjalanan cerita tu buat saya sendiri rasa nak 'ikut menyiasat'.
Plot novel ni memang fast-paced dan tak dragging, sesuai untuk pembaca yg sukakan thriller bergerak cepat. Setiap bab ada rasa suspen ringan yg buat saya curious apa sebenarnya terjadi 10 tahun dulu di kem motivasi tu, terutama bila kisah lama bertembung dengan tragedi masa kini. Ada juga beberapa kisah sampingan macam tentang Blade, tentang Cikgu Sofea, tentang emosi masing2 yg dah lama terpendam.
Watak Rossa dan Rey pula memang menjadi tumpuan utama bagi saya. Rossa dengan statusnya sebagai suspek dan Rey si petani yg gigih menyiasat untuk melindungi Rossa. Sweet kan? 😩🤭 Walaupun novel ni genre misteri + thriller, sedikit elemen romantik antara mereka berdua tu saya nampak seperti penyeimbang yg menarik di tengah2 kekalutan kes pembunuhan. Rey sangat2 gentleman tau! 😆
Satu benda yg bagi novel ni rasa unik ialah kewujudan aplikasi “Tiga Tanda Tanya” yg tiba2 muncul di telefon mereka. Konsepnya menarik, macam sebuah game yg boleh beri jawapan kalau ada keberanian nak tanya. Walaupun saya rasa ia boleh dikembangkan lagi peranan dan impaknya dalam keseluruhan penyiasatan, idea aplikasi yg boleh memberikan petunjuk misteri ini ada potensi besar!
Secara keseluruhan, saya suka konsep cerita yg menggabungkan persahabatan, konflik lama yg tak selesai dan misteri yg perlahan2 terbongkar. Korang yg sukakan thriller santai, boleh try baca buku ni! 💯
Ya, 𝘢𝘯𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘥𝘢𝘺 𝘢𝘯𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘣𝘰𝘰𝘬 𝘧𝘳𝘰𝘮 Prolog Media. Sinopsisnya menarik lagi-lagi bila melibatkan rahsia di zaman sekolah yang dibawa hingga dewasa. Pasti ianya rahsia besar yang menjejaskan reputasi seseorang. Ternyata saya tidak salah.
Watak-watak 7 “sahabat” itu ada kebenarannya kerana kita manusia punya pelbagai perwatakan.. Ada yang pendiam, ada yang skema, ada yang menjengkelkan, ada yang 𝘨𝘦𝘯𝘵𝘭𝘦𝘮𝘢𝘯, ada yang gedik. Secukup rasa.
Bagi saya bonding antara mereka tidak kuat. Mereka dipertemukan kerana mereka pelajar bermasalah & kejadian yang berlaku malam itu hanya mengubah kisah hidup 2,3 orang sahaja. Bukan semuanya. Disitu sahaja titik persamaan.
Ceritanya pula bergerak pantas. Harus diingat, 𝘱𝘢𝘤𝘦 yang pantas tidak semestinya ia cerita yang bagus. Kadangkala membuatkan ia kurang 𝘥𝘦𝘱𝘵𝘩 dan kita tidak dapat merasakan yang kita didalamnya.
Terdapat beberapa 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘵 penting menjadikan buku ini tiada fokus utama. Ya, ia tentang pembunuhan Melinda, tetapi apabila diselit dengan kisah gelap Cikgu Sofea & Jun, trauma Rey sewaktu kecil, perasaan Blade, bibit cinta Rossa & Rey, emosi saya jadi berkecamuk. Apabila persoalan terjawab tentang siapa pembunuhnya, saya tidak terkejut kerana fokus pada perkara lain yang berlaku pada watak lain.
Saya juga tidak dapat melihat apa pentingnya aplikasi 𝗧𝗶𝗴𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗻𝘆𝗮 itu untuk keseluruhan cerita. Jika diolah dengan lebih mendalam dan dikaitkan bersama 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 cerita, pasti lebih memberi impak.
Babak paling menyentuh hati adalah sewaktu perginya Aunty yang menjaga Rey dan adiknya. Pergi dalam iman atau kekufuran? Air mata saya bergenang.
Secara keseluruhan, 𝟯𝗧 menghidangkan kisah penuh rahsia dan emosi, cuma sayang kerana beberapa elemen penting tidak digarap dengan lebih mendalam. Ia boleh jadi lebih berkesan jika fokusnya lebih tertumpu pada satu atau dua 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘵 sahaja.
7 sahabat bertemu semula selepas 10 tahun di tempat mereka menjalani kem motivasi untuk pelajar bermasalah. Misteri bermula bila Melinda, salah seorang rakan mereka ditemui mati. Maka bermulalah kisah mereka mencari pembunuh Melinda.
Paced cerita ni laju, tak bosan. Plot twist pun menarik. Ada selit unsur-unsur romantik yang tak menggangu jalan cerita novel.
Aku cuma harap ada scene aplikasi Tiga Tanda Tanya tu diguna pakai oleh semua watak dalam novel ni.
Wasted idea!!! Penulis patut explore banyak pasal apps tiga tanda tanya sbb tu kan tajuk dia? Lepas tu dekat part prolog fad ada tanya diaorg pernah dgr tak apps tiga tanda tanya tapi dalam penceritaan buku takdek pun scene tu lain pula scenenya. Dah kenapa? Penulisan yang sgt childish. Idea dah menarik jalan cerita pun ok tapi kenapa bazirkan idea tu macam tu je? Ending pun rushing gila starting tu meleret-leret. Scene Rossa kena serang semua cara yang sama. Ada kereta bagi highbeam, dia elak kereta tu stop and halang kereta rossa. Sampai 3 watak culik Rossa! Wasted again, apa soalan watak2 lain tu tanya dekat apps tiga tanda tanya pun kau tak mention hmm. Conclusion, wasted idea!
Buku kedua yang aku baca dari penulis ni. First baca Langit Juga Punya Cerita, yang mix romantik dan fantasi—dan aku SUKA gila! Sampai boleh tersengih sorang-sorang pukul 3 pagi sebab adegan romantik dia. 🤭
Kali ni, penulis bawa genre misteri. Buku ni pendek je, 345 muka surat, dan jalan cerita dia fast paced. Aku habiskan dalam kurang 3 hari.
Watak utama, Rossa. Awal cerita agak perlahan sebab penulis nak kenalkan semua watak. Rossa ni jenis selalu datang lambat ke sekolah, sampai kena masuk kem disiplin bersama budak-budak bermasalah lain. Untuk aktiviti berkumpulan, dia ditempatkan di kumpulan lima, yang membawa dia berjumpa dengan Blade, Jun, Gapi, Fad, Melinda, dan Rey—dan masing-masing memang tak ngam, especially Melinda yang jadi musuh Rossa.
Tapi Rossa gigih juga stay sebab crush dia, Rey, ada kat situ. Dia pelik jugak sebab Rey budak baik, tapi mungkin dia masuk kem tu sebab dia pernah tumbuk Afiq (anak orang kaya yang derma kat sekolah).
Masa dalam kem, ada satu aktiviti suruh semua tulis cita-cita atas kad manila. Blade cadangkan dorang berkumpul balik 10 tahun lagi nak tengok siapa yang berjaya capai impian. Semua setuju. Malam tu, Rossa sempat borak-borak dengan Rey dekat buaian, tapi sebelum dia jumpa Rey, dia nampak Jun cemas lari masuk khemah. Dan tak lama lepas tu—boom—cikgu Sofea ditemui terbaring lesu atas tanah.
Apa jadi dekat Cikgu Sofea? Tak dijawab. Sebaliknya, cerita terus lompat 10 tahun ke depan. Rossa dah berjaya jadi pelakon, dan kawan-kawan kem dia berkumpul semula di hotel yang Blade sponsor.
Tapi,boom!—Melinda ditemui mati dalam bilik dia, sekitar jam 11 malam. Dan orang terakhir yang masuk ke bilik Melinda? Rossa.
Masalahnya, Rossa ingat jelas yang dia TAK bunuh Melinda. Jadi siapa? Lagi pelik, tiba-tiba ada aplikasi misteri Tiga Tanda Tanya dalam phone Rossa. App ni boleh jawab tiga soalan yang ditanya. Bila Rossa tanya, “Apa aku akan jadi kalau bukan pelakon popular macam Melinda?” Jawapan aplikasi tu buat dia makin cuak: “A killer.”
Kematian Melinda mula merungkai rahsia yang dorang semua simpan. Dan dalam masa yang sama, dua pasangan akhirnya sedar dengan perasaan masing-masing.
Buku ni laju gila pacing dia. Tapi honestly, aku rasa konsep aplikasi tu wasted. Kalau diexplore lagi, mesti lagi mind-blowing. Aku sebenarnya expect plot twist yang lebih kuat huhuhu. Bab pembunuh Melinda pun boleh agak awal-awal.
Aku tertarik nak baca buku ni sebab Anna Lee cakap, ni antara buku yang lepas dia baca, dia terus proceed untuk publishing tanpa melalui panel penilai yang lain. .
Dan ya, aku puas hati. .
Sebelum ni, buku Langit Juga Punya Cerita bertemakan fantasi. TTT ni tentang crime mystery/thriller. Dan aku lebih suka TTT la. .
Sebabnya, dari awal baca, aku dah ada adrenaline rush. Memang berdebar nak tahu siapa pembunuhnya. Habis semua orang aku teka. Ada yang betul, ada yang salah la. .
Ceritanya, masa 2014, Rossa, Melinda, Rey, Blade, Gapi, Jun, Fad ni budak bermasalah la. Kena join program motivasi. Dan dorang satu kumpulan dan selalu duk bertekak la. .
Dan tugasan akhir dorang, kena tulis apa cita-cita dorang untuk 10 tahun lagi. So, sambil mengutuk cita-cita masing-masing tu, dorang decide untuk jumpa semula 10 tahun lagi untuk tahu tercapai ke tak impian tu. .
Sekarang, 2024. .
Ada yang tercapai, ada tak. .
Tapi, tu bukan isunya. .
Isunya ialah, the next day, Melinda ditemui mati. .
Dan dalam phone Rossa, ada apps Tiga Tanda Tanya. Soalan terakhir yang ditanya ialah, 'so, aku akan jadi apa?' Jawapan yang apps tu jawab ialah, 'A Killer'. .
Siapakah pembunuh Melinda? .
Buku ni buat aku nervous. Aku duk terfikir, siapa la yang rancang pembunuhan ni? Adakah macam tipikal cerita reunion macam buku lain yang aku pernah baca sebelum ni? .
Habis semua orang aku duk syak. .
Suka juga part Rey dan Rossa. .
Aku suka dengan pelbagai twist buku ni. .
Buku ni fast-paced. So tak rasa meleweh. Memang laju je habis. .
By the way, kesian juga Cikgu Sofea. .
Aku sebenarnya lagi prefer pembunuh tu dihukum lagi dahsyat. Jahat punya orang, dah macam Israel. .
Oh ya, suka part epilog dan prolog. Kiranya, pembuka dan penutup buku yang bagus. .
Dan suka part Gapi yang bagitahu cita-citanya nak jadi Imam. hahaha .
'Selamat datang ke Tiga Tanda Tanya. Di sini anda dibenarkan bertanya hanya tiga soalan. Dan kami akan menjawab tiga soalan anda. Jawapan kami pasti merubah kehidupan anda...'
Haaa... Terkejut tak kalau tiba2 ada satu apps permainan ni yang tiba2 muncul dalam handphone korang? Cuakk takk??? Padahal kau orang tak install pun. Di sinilah semuanya bermula antara kisah 7 orang yg nak kata sahabat baik tu tak lah sbb asyik bertikam lidah aje kerjanya. Muehehe... But kat sini aku nak bagi sikit review tntg novel ni. Here we goo....
3T adalah novel pertama yg saya baca sempena PBAKL 2024 Permulaan cerita yang sangat menarik, baru bab awal dah hook aku sampai ke perkataan tamat. Satu hari je aku boleh habiskan. Gaya bahasa pun sedap dibaca dan mudah difahami.
Semua watak ada peranan masing2 menjadikan cerita ini sangat best, enjoy gila sepanjang pembacaan. Bila dah sampai bab yg si Melinda tu mati, aku pun sebagai pembaca pun tak duduk diamlah, kita pun acahlah jadi sherlock Holmes' hahaha... Tapi setiap kali aku teka, jawapan aku selalu salah... Dari situ penulis mmg pandai dan berjaya bermain dgn watak dan plot cerita... Ada twistnya juga...
Hati aku tak tenang sepanjang pembacaan sbb banyak benda aku nak tahu... Untuk aku yg membaca bukan setakat tiga tanda tanya lagi dah tapi berpuluh2 tanda tanya yg menghimpit aku nak tahu... Nak tahu...
Lepastu bila dapat tahu Rey tu siapa aku rasa lega sampai aku makan nasi bertambah hahaha overnyaa sbb aku rasa kesian kalau dia tak... (Kalau nak tahu kenalah baca)
Overall aku suka cerita ni dan cerita2 dari Prolog Media, good job and well done team!
Aku sgt berharap dpt tgok live action 3 Tanda Tanya ni. In shaa allah one day. Wake up malaysia, kita banyak novel2 best selain ceta2 18sx tu... Utk adik2 yg baru nak berjinak2 baca novel, aku sarankan beli dan baca novel2 prolog media ni, sumpah korang akan rasa lain.. susah aku nak cakap hahaha... Akhir sekali, Untuk 3 Tanda Tanya aku bagi 5⭐/5⭐ korang boleh try baca ye, saya jamin takkan rugi, korang akan puas hati. Sekian, maceh!
Kerana kesalahan yang mereka pernah lakukan, mereka dikehendaki menyertai kursus motivasi di sebuah kem. Rossa,Rey, Fad, Blade, Jun,Gapi dan Melinda diletakkan dalam satu kumpulan. Satu hal yang perlu tahu, Rossa dan Melinda adalah musuh. Pantang jumpa pasti bertikam lidah. Di penghujung kursus mereka berjanji untuk bertemu semula selepas 10 tahun .
Dan ya mereka berkumpul semula setelah 10 tahun untuk membuktikan kedudukan mereka sekarang. Berjaya atau tidak seperti yg mereka nyatakan dalam kursus tersebut. Malangnya, pada mlm tersebut Melinda ditemui mati di dalam bilik hotelnya. Suspek utama adalah Rossa. Kenapa Rossa? Sebab Rossa pesaing Melinda. Jadi dia ada motif. Tapi betul ke Rossa yg lakukan? Hakikatnya Melinda seorang artis. Wajar ada orang yang tidak suka akan dirinya .
Ini genre crime thriller ye. Bagi sesiapa yang suka genre ni aku rekomenkan untuk baca. Jalan cerita jenis staright forward .
Gali punya gali. Akhirnya terbongkar sebuah rahsia lama. Hakikat pahit yang harus diterima. Melinda wajar dihukum, tp bukan begitu caranya. Si pembunuh? Dia ada motif yang kukuh. Hanya kerana cemburu. Dia hilang akal .
Akhir cerita, ada scene sedih yang penulis masukkan. Jawapan kepada kenapa berlakunya hal2 sedemikian. Bagi aku wajar si pembunuh tu dibunuh. Dah la bunuh orang, eh melakukan hal terkutuk pulak .
Apa kaitan dengan tajuk? Btw tajuk ni tentang satu aplikasi tiga tanda tanya. Aplikasi yang tiba2 ada dalam handphone mereka. Mereka perlu soal dan apliaksi itu akan jawab .
Aku suka jalan ceritanya, terutama bila melibatkan penyiasatan. Ni novel kedua penulis yang aku baca. Looking forward for her next novel😉
Buku kedua dari penulis yang sy baca untuk tahun ini. Saya rasa penulis memang banyak idea untuk menulis. Cerita dari penulis memang best dan unik tapi macam ada sedikit perencah yang kurang namun masih sedap di baca. Saya suka dengan misteri buku ini. Tentang 7 orang 'sekawan' yang buat reunion selepas 10 tahun. Selepas reunion tu, salah seorang dari mereka iaitu Melinda ditemui mati dibunuh? Siapakah pembunuh Melinda?
Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada saya dalam novel ni. Apps Tiga Tanda Tanya tu sudah menarik konsepnya tapi sayang bila digunakan untuk bertanya soalan-soalan yang agak childish. Mungkin boleh dikembangkan agar lebih boom. Bagi saya tanpa apps tu juga, pembunuh Mel masih boleh disiasat. Kedua tentang surat Blade. Macam terlalu tiba-tiba tapi ok la. At least boleh membersihkan nama Blade. Dah agak sebenarnya Blade memang ada hati dengan *****
Banyak lagi sebenarnya tapi overall, idea penulis memang menarik. Lain dari yang lain. Tahniah penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
7 watak, pada awalnya sukar untuk aku bezakan yang mana itu, yang mana ini. Telusuri sehingga akhir, mudah untuk aku bezakan setiap watak yang muncul dalam karya ini.
Perkaitan antara watak, susunan kronologi serta sebab musabab yang berlaku semuanya dinoktahkan baik oleh penulis. Walaupun at some point aku loss, aku masih boleh bertahan untuk baca sehingga tamat. Sebab apa? Sebab aku ternantikan siapakah dalang sebenar yang menyebabkan pembunuhan itu berlaku.
Dan ya, setiap watak ada sebab tersendiri melakukan itu dan ini, wajarlah setiap babak berlaku. Cumanya, tiada satu peran pun yang berbekas di hati untuk aku ingat lama kisah ini. Puas untuk penutup kerana penulis tutup sepenuhnya setiap persoalan yang timbul sepanjang pengalaman membaca kisah ini.
First time beli buku dari PM. Bila saya baca je blurb TTT ni, kita terus masuk dalam wishlist.
Saya suka cerita ni! Tak boleh stop ye baca sebab nak tahu siapa yang jahat. Suka Rossa dengan Rey! Dorang sangat comel. Watak yang saya suka jugak ialah Blade walaupun dia jahat sikit.
Cerita ni ada elemen misteri, thriller. Walaupun ada yang saya dapat teka orang2 nya, tetap saya terkejut bila dapat tahu. Ada jugak part sedih sikit. Overall, i like this book. Congrats author untuk buku baru ini. :)
Best best besttttt! Mungkin sebab tak letak apa apa expectations 🤣 dan sejujurnya tak tahu pun trope, genre buku ni. Yg tahu buku ni mesti misteri. Yep misteri tapi tak sangka ada selit cinta 😆 disebabkan saya peminat tegar genre romance, mood auto bertukar dari jadi detektif ke bunga bunga di taman hahahahaha. Tapi cinta tu sikit je tapi cukup. Tak nak cakap lebih, korang baca jelah buku ni. Papepun nak Rey 😭😭😭😭😭🧎🏻♀️
Cerita yang penuh teka-teki dan suspense. Setiap watak dalam cerita ada peranan masing-masing yang menghidupkan cerita. Tentang siapa yang cipta apps tu memang dah dapat agak cuma ada beberapa plot twist tentang pembunuhan Melinda.
Suka dengan watak Rey dan Gapi yang pandai berlakon.
Pace cerita laju. Tak ada sangat plot yang terlalu melewah cuma kadang-kadang ada plot yang buatkan rasa keliru tentang siapa watak yang diceritakan tu? Persoalan tu terjawab di akhir cerita.
Tiga tanda tanya adalah cerita crime thriller yang mempunyai twist berlapis. Kisah tentang mereka yang pernah menyertai kem pelajar bermasalah yang berjumpa semula setelah bertahun tidak bertemu. Dalam pertemuan itu, satu pembunuhan telah berlaku. Siapa yang membunuh? Baca dan korang akan mindblown.
Straightforward story. Aku habiskan dalam one-sitting sahaja (baca: LRT). Bahasa sedap, cerita sedap walaupun aku dah boleh teka siapa pelakunya. Semua persoalan dah terjawab termasuklah watak yang ada dekat ending tu. Tahniah penulis. Looking forward for your next book!