Bukan kerana benci patriarki, tetapi untuk tahu hak diri.
Hidup Alyah sebelum ini biasa-biasa sahaja. Tetapi kehadiran Fazra dan Raef dalam hidupnya, membuatkan dia terpaksa keluar dari zon selesa.
Ya, perubahan adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tetapi adakah lebih bahagia jika memilih untuk diam dan menerima apa yang dilempar kepada kita dengan reda?
Persahabatan, cinta dan masa hadapan. Suka duka jadi taruhan. Setiap mereka perlu memutuskan.
Kerana pada akhirnya, cerita kita ... kita yang menulisnya.
Suka cerita ni! Dua orang wanita yang berbeza personaliti, bertemu semula dan menjadi kawan. Ini ialah sebuah kisah slice-of-life. Jadi, naskhah ini mengikut gaya cerita character-driven. Kekuatannya kepada dua orang watak utama - Alyah dan Fazra. Plot ceritanya bergerak mengikut sikap dan personaliti watak-watak ini.
Secara peribadi, aku suka watak Fazra yang selamba dan lantang walau ada masa mulutnya lancang. Dan sepanjang membaca, aku tercari-cari apa sebab Alyah menjadi people pleaser. Apa yang aku faham, antara sebabnya mereka ada trauma lalu. Penulis tak beritahu secara langsung, tapi usai membaca, aku rasa aku tahu kenapa Alyah bersikap begitu.
Perwatakan watak-watak utamanya berkembang secara teratur, tak tergopoh-gapah. Watak-wataknya matang. Itu bonus besar. Untuk buku pertama, aku berpendapat penulis berjaya menghasilkan sebuah karya yang bagus.
Akhirnya ada juga karya slice-of-life tempatan yang aku gemar.
Dari sekolah hingga ke alam pekerjaan, Alyah seorang yang pasif. Dia tidak suka berkonfrontasi. Kalau boleh, nak elakkan dari cetusnya perbalahan, pergaduhan, atau tarik muka. Dia tak gemar dengan keadaan macam itu, jadi dia turutkan saja apa yang diperlu untuk mengelak dari berlaku. Tapi makin lama, benda itu juga yang memakan diri sendiri. Dirinya yang ada sifat mudah kesian, sedangkan dirinya tak dikesiankan oleh orang lain.
Diri Alyah seperti itu membuatkan orang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Sampailah munculnya Fazra yang mempunyai sikap dan sifat yang bertentangan dengan Alyah. Fazra yang berani bercakap dan persoalkan tentang banyak perkara buatkan orang ramai kurang senang. Bagi mereka, Fazra pengaruh benda yang tak baik pada Alyah.
Walaupun zu rasa ada macam kosong untuk beberapa part, tapi zu tak nafikan yang jalan cerita untuk buku ni menarik. Ada maksud yang tersirat yang penulis ingin sampaikan. Menolong orang sampai menjeratkan diri sendiri bukanlah satu pertolongan lagi. Tak semua benda kita perlu pikul tanggungjawab untuk mengelakkan benda yang tak elok terjadi.
Sejujurnya zu boleh kata semua watak dalam ni ada ‘perangai’ masing-masing sampai zu sendiri rasa geram dan naik menyampah 😂 Tapi untuk character growth dari awal dan akhirnya kita boleh nampak dan terutamanya pada Alyah. Kinda proud of her bila dia berani confront with that guy. Mengekspresikan perasaan apa yang dia rasa waktu itu 👍🏻 Cumanya pada ending boleh buat pembaca keliru sebab… 🤔🤔 Siapa yang dah baca mesti tau sebab apa 🤫
Korang bukan kisah cinta. Kisah 2 orang perempuan yang mempunyai watak yang berbeza.
Alyah - people pleaser. Dia sangat takut kalau orang pulaukan dia. Sangat risau kalau salah cakap. Sangat risau if dia tak tolong orang yang perlukan pertolongan. Padahal terang² dia dibuli especially dengan Kak Mira.
Munculnya Fazra, buatkan suasana "comfort zone" Alyah bertukar corak. Sedikit sebanyaj Fazra mengajar Alyah untuk says NO.
F suka persabahatan mereka. Alyah memang perlukan kawan sebegini. Kawan yang pimpin ke arah kebaikan.
Watak Raef tu arrgghh dia ni macam lalang. Jap nak Alyah, jap nak Fazra. Raef memang suka Fazra tapi Fazra tolak.
F suka ketegasan Alyah nak akhir² cerita. Good job Alyah!.
Pasifnya Alyah menjadikan dia mudah diambil kesempatan. Sikapnya mudah mengalah dan tak mahu berterus terang hanya untuk mengelakkan situasi jadi buruk. Dia sendiri tak boleh nak kawal kalau dah terlebih emosi. Mulalah berair mata.
Hadirnya Fazra saya rasa sangat membantu. Serba sedikit jadi benteng Alyah dari terus dipergunakan. Tapi si Fazra ni perangai dia mmg tak selari dgn Alyah. Terlalu jujur orangnya. Kalau tak biasa, mudah sentap. Alyah yg dah mengenalinya sejak sekolah pun ada masa terasa juga cuma dia malas ambil pusing.
Hubungan yg asalnya tidak mesra, menjadi semakin rapat. Pada Alyah, dia selalu disaingkan dgn Fazra sejak sekolah lagi. Sampai bekas kekasih pun pilih Fazra. Bila dah jumpa balik, Fazra selamba je buat kawan dgn dia. Siap matchy2 kan dia dgn Raef.
Dari dua watak ini memberi kita dua persepsi yg berbeza tentang kehidupan. Masing-masing punya cerita. Tanpa sedar mereka saling melengkapi. Tak perlukan kisah cinta untuk buat jiwa terusik. Persahabatan yg terjalin secara semulajadi ini dah cukup buat kita jadikan contoh untuk terus move on dgn perkara yg lebih baik.
'Tapi kadang-kadang nak bina sesuatu yang lebih kukuh, kita perlu runtuhkan struktur yang tinggal.'
'Standard puas hati kita tak sama. Bukan bermaksud aku tak bercita-cita tinggi.'
'Kematian tu berita buruk kan? Bila kita tahu tarikh hidup kita berakhir, kita takkan ada hati nak buat benda lain sebab... why bother?' ________
Pertemuan semula sebagai rakan sekerja, di antara Alyah dan Fazra, akhirnya telah membina persahabatan yang tidak pernah terjalin sewaktu mereka berada di alam persekolahan. Pertemuan itu jugalah yang telah membawa kepada hubungan yang akan tercipta di antara Alyah dan Raef, kenalan Fazra yang berkongsi lebih banyak perkara dengan gadis itu berbanding yang Alyah akan ketahui lebih lanjut nanti.
Pada akhirnya di setiap detik, titik, dan garis pertemuan pasti akan membawa kepada suatu kesedaran, dan penemuan, serta kepastian. Yang tentunya adalah terbaik pada penghujungnya. ________
Memetik Bintang; memulakan pembacaan buku ini, yang pertama sekali daripada senarai buku-buku yang diterbitkan Prolog Media untuk PBAKL 2024, dan sungguh tidak mengecewakan sama sekali, tapi sebaliknya cukup mendatangkan rasa geram pula (dalam terma yang baik, pastinya) pada sepanjang pembacaan saya. Membawakan genre slice-of-life yang memaparkan konflik dalam kalangan pekerja di pejabat, hubungan percintaan, kekeluargaan dan yang paling utama hubungan persahabatan yang akan berkembang di antara watak Alyah dan Fazra pada sepanjang jalan cerita.
Pembacaan saya cukup lancar sekali dan selesa dengan olahan penulis; menggunakan POV ketiga yang berfokus pada sudut pandang watak Alyah, jalan cerita juga pada kadar pergerakan yang cukup cepat untuk saya. Walaupun momentum itu ada sedikit terganggu apabila penulis memasukkan sudut pandang Fazra (yang masih menggunakan POV ketiga), yang pada detik itu menjadikan semua perkembangan cerita yang fokus pada Alyah sebelum ini menjadi tidak penting pada saya secara peribadi, sebab saya rasakan lampu sorot itu telah diambil oleh kisah hidup Fazra yang jujurnya sedikit lebih menarik (pada pendapat saya) dan kompleks konfliknya (sesuatu yang memang saya suka) -- jadi mungkin apa yang dapat saya simpulkan ialah penulis ingin jadikan watak Alyah dan Fazra ini sama setara utamanya. Pun begitu tidaklah menjadikan cerita secara keseluruhan menjadi jauh berbeza fokusnya, kerana kisah dan konflik mereka pada akhirnya menjadi satu jalinan yang satu, mengikat kisah potongan hidup ini dengan baik nanti.
Ketika membaca buku ini saya sangat banyak menahan geram, ada juga masa sempat menitiskan air mata -- dengan kisah Puan Nora, ibu Fazra -- emosi yang sangat dapat dirasai. Tapi rasa geram tu sangat berleluasa ya, geram dengan perwatakan Alyah dan perangai Fazra -- yang nasib baik tidak kekal serupa ketika plot sudah semakin mencapai kemuncak. Namun, serius saya katakan, emosi saya di antara suka dan geram tu turun naik, turun naik seawal pembacaan sampailah menemui akhir cerita. Ditambah pula dengan percubaan mencari sinar kepada ke mana hala tuju hubungan percintaan watak-watak dalam buku ni -- memang cukup menguji sabar -- yang walaupun tidak menepati keinginan saya tapi itulah hakikat apabila bercerita tentang bahagian hidup secara realitinya. Maka terimalah, dengan turut sama-sama mengambil pengajaran yang sebagaimana watak-watak dalam buku ini sudah pelajari.
Satu benda untuk ditambah juga -- Raef -- cukup mengundang letusan dan kebangkitan feminis tersembunyi dalam diri dengan tindakan dia. Tapi terima kasih kepada Alyah, terima kasih kepada keputusan yang dibuat, jadi saya pun diselamatkan daripada patah hati teruk -- tapi tidaklah tiada terus, sebab saya baru berangan untuk tambah fictional crush dengan Raef ni (hahaha).
Apa-apapun tahniah untuk karya ini buat penulis; sangat saya rekomendasi untuk dibaca oleh anda-anda peminat kisah slice-of-life.
Bagi penggemar genre slice-of-life, novel ni membawakan satu penceritaan yg sangat dekat dengan realiti kehidupan kini.
Kisah bermula dengan membawa saya menyelami hidup Alyah, seorang wanita bekerjaya yg sering bergelut dengan konflik dalaman serta suasana kerja yg agak toksik. Pertemuan semula dengan Fazra kemudian menjadi titik perubahan yg menggerakkan perjalanan cerita. Mereka bukan kawan rapat di sekolah, bukan juga musuh, tetapi ada sejarah yg seolah2 tidak pernah selesai. Apabila mereka kembali berada dalam ruang yg sama, hubungan lama itu mula terungkai sedikit demi sedikit.
Oh ya, penulis berjaya 'menaikkan' emosi saya, walaupun ada ketikanya rasa geram itu membuak2. Ya, jujurnya.. saya agak bergelut untuk menyukai watak Alyah pada awalnya. Sifatnya yg terlalu people pleaser dan pasif membuatkan saya rasa ingin masuk ke dalam buku dan suruh dia pertahankan diri. Begitu juga dengan Raef, watak lelaki ni agak menguji kesabaran kerana pendiriannya yg tidak konsisten, membuatkan saya kurang berkenan dengan sikapnya 😮💨.
Namun begitu, watak Fazra menyelamatkan keadaan. Penulis berjaya menampilkan Fazra sebagai seorang yg tegas tetapi berhati lembut, lantang tetapi jujur dan yg paling penting, seorang yg memberi tanpa menuntut kembali. Dialah manusia yg kuat di luar dan rapuh di dalam.. satu kombinasi yg sangat hidup dan sangat mudah dikasihi. Hubungan Alyah dan Fazra terasa matang, mereka saling mengimbangi kekurangan masing2 tanpa perlu memaksa diri menjadi orang lain. Bak kata orang, “women support women”🫂💗.
Suasana pejabat dalam novel ni juga digarap dengan baik. Tidak berlebihan, tetapi tepat dengan apa yang ramai lalui hari ini.. rakan sekerja yg mengambil kesempatan, bos yg tidak memahami dan kepenatan emosi yg terkumpul 😇. Semua ni menjadikan novel ni terasa sangat dekat dengan kehidupan sebenar.
Satu perkara kecil yg mungkin boleh diperhalusi lagi ialah kaitan antara tajuk Memetik Bintang dengan jalan ceritanya. Sepanjang pembacaan, saya tercari2 simbolik tajuk tersebut yg mungkin agak samar atau kurang jelas kaitannya dengan plot utama, namun ia tetap kedengaran puitis. Mungkin ada maksud tersirat yg cuba disampaikan?
Keseluruhannya, ni sebuah novel yg lembut, realistik dan menyentuh tentang keberanian kecil, sokongan sesama wanita serta proses perlahan seseorang untuk keluar dari kepompong lamanya. Tahniah buat penulis kerana berjaya menyampaikan kisah dewasa yg sederhana tetapi bermakna. Berbaloi untuk dibaca! 💯
Tak pasti juga apa kaitan tajuk dan jalan cerita naskhah ini. Tapi yang pasti premise utamanya adalah; women support women.
Berkisar tentang dua orang kawan; Aliyah dan Fazra. Ada konflik berlaku semasa zaman sekolah yang membuat keduanya tak begitu mesra.
Alyah dan Fazra ada watak yang berbeza. Alyah agak introvert, tak suka konfrontasi, suka mengalah, people pleaser berbanding Fazra yang lebih extrovert, cakap tak pandang kiri kanan, outspoken dan senang bergaul dengan orang.
Mereka bertemu semula sebagai teman sepejabat. Dari situlah persahabatan mereka kembali terjalin. Kehadiran Fazra dalam hidup Alyah membawa perubahan. Fazra yang dilihat sentiasa ceria, macam tak peduli apa jua yang berlaku sekeliling dia sebenarnya menyimpan rahsia. Entahlah, walaupun Alyah ni perwatakannya baik tapi aku lebih suka Fazra. Bagi aku, dialah star of the show sebenarnya dalam kisah ni.
Sejujurnya, kekuatan naskhah ini bukan terletak pada plotnya tapi wataknya. Kalau fokus jalan cerita mungkin agak membosankan tapi kalau tengok pada kekuatan wataknya memang menarik. Boleh nampak character development untuk kedua-dua watak utama dalam ni.
Aku suka kisah ni sebab ianya sebuah kisah yang ‘matang’ dan realistik. Apa yang jadi dalam kehidupan Alyah dan Fazra, itulah realiti yang wujud di sekeliling kita. Perbualan mereka, topik yang dibincangkan, cara mereka menyelesaikan konflik, nampak kematangannya di situ.
Sekali lagi, untuk yang mencari kisah sweet lovey dovey, ini bukan untuk kalian. Tapi untuk yang sukakan kisah-kisah seputar cebisan kehidupan anda akan menikmati naskhah ini.
“Sesama perempuan harus mulai saling senyum kepada perempuan lain untuk memberikan dukungan. Sesama perempuan harus mulai saling menawarkan uluran tangan untuk saling menguatkan. Sesama perempuan hadir kepada perempuan tidak untuk mengukur-ukur amalan, mengurusi wilayah pribadi, atau mencatat dosa perempuan lain.”- Kalis Mardiasih
Aku rasa tema yang penulis cuba bawakan dalam buku ini bagus. Orang yang tak pandai berkata TIDAK. Memilih untuk diam sebab tak nak terlibat dalam konflik.
Alyah, seorang yang rajin dan suka tolong orang. Tapi, sebab dia tak pandai nak menolak, orang di pejabat asyik ambil kesempatan atas kebaikannya. Pada Alyah, dia tak nak orang tak suka dia dan dia rasa pertolongan dia membantu rakan sepejabat. Tapi dia tak nampak kesannya.
Hinggalah Fazra datang. Fazra ni dulu kawan sekolah Alyah. Mereka tak kawan sangat dulu. Alyah macam tak suka Fazra sebab dia ni popular.
Kehadiran Fazra mengubah situasi di pejabat. Mulanya Alyah tak suka, sebab dia rasa apa yang Fazra buat tu menyebabkan dia pula dapat masalah.
Hubungan Alyah dan Fazra ni pada aku seperti melengkapi satu sama lain. Saling memberi peringatan dan nasihat supaya mereka menjadi lebih baik. Alyah ada kekurangan, begitu juga Fazra.
Watak Raef, awalnya aku rasa dia macam okay, tapi bila dia mula ragu-ragu antara Alyah dan Fazra, aku geram sikit. Tapi baguslah, mereka tak biar masalah tu berpanjangan. Mereka ambil keputusan yang matang tanpa banyak sangat drama sampingan.
Novel dengan plot biasa, watak-watak yang biasa dan penulisan yang biasa. Tapi, bila diadun dengan baik menjadikan novel ini ‘charming’ untuk saya.
Saya suka tema-tema kehidupan harian biasa yang penulis bawa sepanjang cerita ini. Rasa relevan dengan orang biasa macam saya. Slice of life with one twist of drama. Only one, do the worry. Tema yang saya suka:
- People please - Confrontation avoider - Persahabatan orang dewasa di tempat kerja - Fasa perkenalan dari stranger to something special yang realistik (kot? sebab saya tak ada pengalaman) - Harapan keluarga untuk kerja yang lebih baik
Aturan cerita juga berjalan dengan lancar dan baik. Saya berjaya habiskan dalam 2 hari sahaja. Babak kegemaran saya ialah Alyah bersama keluarganya sebab sangat iras dengan keluarga saya. Nostalgia bila baca.
Perkembangan watak Alyah juga baik walaupun tak nampak sangat. Cuma saya lebih suka kalau isu karier Alyah diberi lebih perhatian, bagaimana dia dari pelajar cemerlang jadi kerani. Her struggles.
Persahabatan antara Alyah dan Fazra 🫶🏻 Cuma rasa kadang Alyah kurang empati pada Fazra? Atau mungkin persahabatan bila dewasa memang begitu? Masing-masing perlu utamakan diri sendiri.
Bahagian romantis ‘over’, jadi saya yang pertengahan 20-an suka sebab saya dah melepasi fasa cintan-cintun kot.
Kesimpulannya, saya suka dan bagi 4.25*
Mulanya saya terpanggil perlu beli sebab ‘cover’ buku yang waktu malam dan tajuk ada ‘bintang’ tapi bila saya baca, saya tahu kenapa saya ditakdirkan baca buku ini. Terima kasih puan penulis :)
*Saya rasa tajuk Memetik Bintang tu macam kurang kaitan sikit ahahaha tapi ‘aesthetic’ saya suka.
I have A LOT of things to say about this book, but for now can someone tell me yang tunang fazra is raef or not? Cause i conclude that that tunang is not Raef but i want a convincing answer. Can someone share their thought with me? This is important cause i think Fazra deserved better than Raes to be honest😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
novel ni kisah dua orang kawan, and both of them have their own struggles, cerita dia agak realistik.
pendek kata, alyah hidupnya mula berubah apabila bertemu faz dan raef, dan menyangka kan yang faz tiada masalah, but it is not, everyone have their own issue/problem. after alyah tahu perkara yang sebenar tentang faz, penerimaannya tentang fazra mula berubah serta hubungan dia dengan raef pun berbeza
ni pov aku pula, senanya agak annoyed ngan alyah, faz, ngan raef, masing masing menguji aku, characters diorang bagus sampai aku sendiri geram, but i love their friendship
This entire review has been hidden because of spoilers.
So in love with this book. Usually if people mention introverted people, it's more to the person don't talk much and hates being around other people. But I like Alyah's character development so much. Ended with a bittersweet ending tho. But still, a very good and enjoyable book♡
"Stop being insecure, Alyah. Kalau kau yakin dengan Raef, teruskan. Kalau tak, tinggalkan. Jangan jadikan aku sebagai alasan, macam mana kau jadikan introvert kau sebagai alasan untuk tak bersuara atas hak diri, atau kasta B40 kau sebagai halangan untuk kau maju ke depan. Kalau kau tak cakap apa yang kau nak, sampai bila pun orang tak tahu. Kalau kau tak respect diri sendiri, macam mana orang lain nak respect kau?" .
Buku ni genrenya slice of life. Memang aku rasa sangat dekat di hati. .
Alyah ni seorang yang introvert, jenis mudah beralah, mudah mengiakan, sebab dia malas nak kecoh-kecoh cari gaduh. .
Sebab tu masa sekolah dulu, walaupun dia seorang yang cemerlang, aktif kokurikulum, tapi bila Fazra muncul, dia undur diri. .
Bila dah kerja, dekat ofis, dia suka tolong officemate nya, hingga tanpa sedar, dia sebenarnya dibuli. Kalau dia tak buat, dia rasa bersalah sebab bermasam muka, sedangkan at the first place, tu bukan kerja dia. .
Segalanya mula berubah bila Fazra menjadi officemate Alyah. Walaupun Alyah ni tak sukakan Fazra yang outspoken, ekstrovert, jenis melayan suami orang, Fazra jugalah yang ajar Alyah to be stern and learn to say No. .
Separuh cerita mostly tentang Alyah. And another half is about Fazra. .
Walaupun luarannya Fazra sebegitu, ada sesuatu yang kita tak tahu. .
Buku ni membuka mata aku tentang definisi bahagia setiap orang itu tak sama. Dan juga matlamat hidup masing-masing. .
Dan tentang B40, T20. Aku setuju perdebatan Alyah dan Fazra tentang isu ni. Fazra merasakan B40 jenis pasif, takut merebut peluang. Bagi Alyah, B40 sejenis yang berhati-hati dalam merebut peluang. Seandainya peluang itu gagal, bukan mudah untuk B40 bangkit semula. .
Dan tipikal parents yang nak anak menantu kerja kerajaan. .
Ada juga watak Raef yang ibarat lalang. Kejap nak Fazra, kejap Alyah. Mula-mula wataknya convincing, lepas tu hampeh. .
Overall, cerita ni membuatkan aku berfikir tentang kehidupan seharian kita. Memang cerita sebegini wujud dalam kalangan kita.
banyak gak cerita disebalik penceritaan...bab cinta2 x byk.. bab kat tempat kerja betul..kite pandai x ble tunjuk kepndaian sgt..sudahnya kite yg susah..realiti persekitaran kerja dlm novel ni ade betulnya.. cite mengenai lakaran kehidulan mungkin itu adalah bintangnya yg hendak dipetik..
✅ Self-growth ✅ Adult friendship ✅ Minimal love drama ✅ Heated workplace drama
I perlukan ubat tahan geram sebab konflik dan sesetengah karakter dalam buku ni buat darah I mendidih 😂 Is it a good thing? Yes.
Kenapa geram? Sbb konflik yang melibatkan hal pekerjaan digambarkan dengan baik. You akan lihat sisi gelap manusia yang suka ambil kesempatan. Ini boleh jadi iktibar kpd org muda yang baru dlm dunia pekerjaan untuk deal dgn perangai hampeh gitu.
Dgn personaliti Alyah yang introvert, tak suka konfrontasi & 'people-pleaser', ada momen yg Alyah cuba nak lawan tetapi tewas. Bila dtg kawan lama, Fazra, segalanya berubah. Jadi ada buildable friendship enemies-bff eheh. Cuma sometimes, I rasa kekok dgn naratif perbualan depa ni 🥹 Fazra ni kontra tau perangainya. Jenis mulut tak makan saman. Kadang annoying juga dgn minah ni 😂 Hati kena kering sikit nak layan, itu pasal Alyah slowly berubah berkawan dgn Fazra. Nanti you akan tahu kenapa.
Untuk romance, just minimal je. Scene pertemuan kali pertama yg terjadi tu bagi kita, kurang memuaskan sbb for me, no sense of safety. Ladies, if you baru first time kenal, cuba elak tumpang balik dgn lelaki even that guy tu kawan kpd your friend 👀🫵🏼 SAFETY FIRST!
Pacing plot buku ni pun, agak lambat nak warm-up sampai I hilang arah jalan ceritanya nak kemana. Maybe that's just me 🙌🏼 Keseluruhan, Memetik Bintang ada good message untuk sesiapa yang masih cuba untuk adapt dgn situasi berkaitan hal kerja atau persahabatan. Dan semestinya, ada PLOT TWIST 👀🙌🏼
Tahniah kpd penulis di atas karya sebegini, keep on writing & terima kasih @prologmed untuk naskhah ini juga ❤️ #prologmedia #memetikbintang #bukulokal #bukubest #reviewbukumalaysia
alyah, sejenis manusia yang sukar untuk berkata 'tidak'. sebab perkataan itu mampu mencetuskan kisah yang panjang. biarlah dia mengalah walaupun kelihatan seakan dipijak. tak suka nak bergaduh, tak suka nak bersengketa. dia memilih aman.
tapi kemunculan fazra yang berlawanan dengan sikap alyah, menjentik satu sikap yang selama ini 'tidur'dalam diri alyah. fazra ni bagus, walaupun kelihatan lantang. tindak-tanduk dia pun mampu mencetuskan pergaduhan pada yang tidak boleh menerima tegurannya.
sedap sepanjang pembacaan. penulis membawa satu topik yang agak penting juga dalam kesihatan. waktu baca, akak terlintas juga dalam fikiran tentang insan-insan yang akak pernah lihat sendiri mengalami Alzheimer.
serius, sedap sepanjang pembacaan. penulis tak ada pun nak attempt lebih-lebih. watak yang dibina pun sekadar cukup ruang dalam cerita. semua main peranan masing-masing buatkan cerita ini berada pada skala graf pembacaan - teruja untuk dihabiskan pembacaan.