Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.
Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.
Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.
“You’ve sold your useless soul. We bought it. Now, it’s time for us to claim what’s ours.”
Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.
“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”
Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?
BEST. GILA. ending dia dekat last linee akan buat kau questioning your whole existence HAHAHAH KAU AKAN MACAM EHH BIAR BETUL????? TAKKAN LA... ha gituu
apa yang aku suka pasal buku ni the main idea mindblown gilaaa beyond my expectation, the plot twist act quite predictable but still i enjoy the journey, isu dekat tempat kerja ( i can feel the tension between Jess and Sofea fuhh) and also teme letak just nice backstoriess danny and sofea from high school friends to loverrr. tak perlu berlebih cukup untuk kau tahu apa yang jadi. sweet yang subtle tu mmg berkepak bergeliman time baca ni tauuuuu
the mental health issue dalam ni and the detail of sofea career also few issues yang teme try nak educate readers erghh chefkisss
serius bagi aku cerita ni mmg theme woman centric mak lurvee. untuk seorang penulis lelaki bawak watak perempuan sebagai main character dengan powerful, baddass and very woman empowerment, TEME HAS MY RESPECT FOR THIS
glad i pick this book during weekend baru boleh focus sbb hook gilaa every page sekali kau dah start mmg kau tak boleh stopp. aku faham kenapa buku ni tak banyak pasal Danny sebab ini KISAH SOFEA.
I WANT TO GIVE INFINITY STARS FOR THIS BOOK LEGIT WOWWW TOTALLY MY CUP OF TEA untuk yang suka psychological thriller genre PLEASE READ THISS
‼️so heres THE SPOILER (only read if you had read this book and wanna know my theory about the ending)
aku yakin Danny ada. He did exist. Danny and Bustamin did exist. thats explained why wartawan and keluarga Sofea boleh nampak dia and anak diorang. They did get married and having children.
Buttttt danny died. Dia mati awal. Mungkin mati after ada anak perempuan kedua diorang. thats explained why anak diorang lintas je tak cakap pape and the line "i'll always be with you" and sofea nampak dia tak menua. itu mungkin hallucination sofea sebab time tu danny dah takde. impian sofea nak hidup dekat sabah pon tak kesampaian sbb mungkin dia dan danny tak sempat nak realisasikan cause danny dah takde thats why Sofea teruskan career dia sampai jadi presiden. padahal sebelum tu dia dah cakap after dua tiga tahun dia nak berhenti kerja. why bother pergi sabah kalau the reason dia pergi sana dah takde'((
about Danny and the organization, i believe Danny pon ada syndrome and mental health issue yang sama dengan Sofea cuma dia tak sedar sebab takde sesiapa sedarkan dia mcm Anas sedarkan Sofea. boleh jadi jugak Danny pon sama genius and gifted but kemampuan dia tak diteroka lebih.
boleh jadi jugak Danny mati sebab organization tu did exist. Mungkin Danny mati sebab diorang? who knows right? sebab Danny belot and taknak ikut arahan dah. sebab Danny tahu yang organization tu cuma mainkan diorang dengan buat orang percaya diorang ni sembah syaitan padahal takde pon. So Danny did aware about that so mustahil dia pon ada masalah yang sama dengan Sofea.
i stand with they did get married and having kids and happy living together🥲 but everything is temporary. Danny died and Sofea still nampak Danny hidup dengan dia sampai bila bila sebab tu pon coping mechanism sofea. glad she finally knows how to control and fight her own mind. i hope if theres second book we can see more about Danny's pov and life. Bayang Danny pulak i guess?
Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Saudara Teme atas kejayaan penghasilan satu lagi karya yang menarik, seperti biasa Teme takkan pernah mengecewakan saya. Ada beberapa perkara yang akan saya ulas dalam review kali ini dan ia mungkin akan sedikit panjang tetapi saya cuba sedaya upaya untuk ringkaskan 😅
* Tentang Penulisan Teme - Kalau yang selalu baca buku Teme akan perasan yang Teme tak pernah atau jarang memasukkan elemen percintaan dalam bukunya, tapi kali ini Teme berjaya menerapkan elemen romantis yang tidak melampau dengan bahasa yang sederhana. Teme cuba menampakkan watak Danish sebagai seorang yang keras tetapi sebenarnya lembut dan memahami. Ayat yang digunakan Teme pun tidak ‘cringe’ dan sesuai untuk difahami oleh semua golongan. - Sebelum ini juga Teme jarang menggunakan perkataan yang kedengaran kasar seperti ‘bitch’, tetapi dalam buku ini Teme ulang, dua kali! 😂 Sebagai pembaca yang dah baca buku lagi teruk daripada perkataan Teme guna ni saya agak terkejut sebab ia datang daripada Teme, tapi it’s okay.
OKEYH SINI DAH START ADA SPOILER! 😂
* Apa yang saya rasa boleh dibaiki - Dari Bab 13 ke Bab 14, kedua dua bab ini adalah latar masa yang berbeza, di mana pada Bab 13 mungkin Teme hendak mengimbas kembali kejadian selepas Sofea kembali dari Kalimantan, tetapi agak sedikit kabur di situ kerana Teme tidak gunakan istilah seperti ‘beberapa hari sebelum’ atau sebagainya, tiba tiba pada bab 14 Sofea sudah berada di pejabat seperti biasa, faham tak maksud saya ni? 😭 - Hlm. 360 ada typo hehe pada Tanjungreja, Teme eja jadi Tangjungrej tapi saya faham, typo dan Teme berpisah tiada 😂
* Apa yang masih saya kurang jelas: - Baik, Teme dah jelaskan soal Sofea, bahawa semua itu adalah BAYANG nya saja, tapi bagaimana dengan Danish yang comel tu (he he he)? Adakah organisasi yang dimaksudkan tu dah ‘lepaskan’ Danish? Atau organisasi dan cerita Kuih Shark pada Sofea sebelum ni pun adalah sebahagian daripada ilusi Sofea? Haa, ni saya tak faham 😂
Tetapi! Saya ada beberapa teori juga soal Bayang Sofea ni, antaranya adalah: * Bread — kedengaran seperti BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), sama seperti dalam novel Teme adalah juga kumpulan negara yang sedang menggugat kedudukan Barat dan dominasi mereka dalam ekonomi serta dunia secara amnya. Adakah suratan atau kebetulan? Jeng jeng jeng. * Nusaraya — daripada novel novel sebelum ini pun saya dapat perhatikan kecenderungan Teme untuk penyatuan Nusantara sebagai sebuah negara besar dengan Kalimantan sebagai ibu kotanya. Ia suatu keberangkalian dan impian yang murni, tetapi dalam status quo semasa, saya rasa ia sedikit mustahil :)
UPDATE: SAYA BARU SEDAR YANG SAYA RASA DANNY TU PUN SEBENARNYA …. 😭😭😭😭 SEBAB KENAPA DANNY TAK TUA? KENAPA ANAK MEREKA LALU SEBELAH DANNY TAPI TAK TEGUR AYAH DIA? HU HU HU
Paling suka sebenarnya bila Teme tekankan pentingnya untuk ibu bapa end the toxic cycle dalam keluarga :) terima kasih Teme mewakili anak anak yang ada toxic parents.
Secara ringkasnya, Teme telah menyumbat isu kesihatan mental, persahabatan, konflik di tempat kerja, kekeluargaan, politik dan kritik sosial ke dalam sebuah buku dengan garapan yang ringan untuk dibaca semua golongan. Secara lebih ringkas lagi: BEST GILER.
Mendoakan semoga Teme Abdullah sentiasa berjaya dalam hidupnya dan dikurniakan afiyah oleh Allah Taala sentiasa. Sekali lagi, syabas Teme! ✨👍🏼
Sofea adalah seorang wanita bercita cita tinggi yang sedang bekerja keras untuk advance career-nya sehinggalah dia berjumpa kembali dengan kawan lamanya - Danny, seorang peninju. Pertemuan ini membuka semula kotak pandora, timbullah kenangan lama yang dah tersimpan rapi: sebuah organisasi misteri yang pernah menolong Sofea untuk sampai ke tahap sekarang. Dan Danny adalah sebahagian daripada organisasi tersebut. The thing is: Teme tak meninggalkan much information about this so-called organisasi misteri ni, only that there were some mystical rituals and instructions Sofea perlu follow. Yang penting, Sofea kemudiannya rose to fame in the blink of an eye, going from an ordinary clerk to the HOD. Part ni bagi aku is quite intriguing. It's hard not to think of the Illuminati when considering such a rapid ascent. Macam kisah Beyonce & Jayz, Rihanna all that yang sampai sekarang remains misteri tu. OK, pass. It's just my wild guess connecting this event to that theory. I'm not trying to start a deep conversation about it.
Hidup Sofea mula jadi kelam kelibut bila orang suruhan organisasi tu muncul balik dan menuntut janji lama. She was threatened with terrifying things. Dari situ Sofea mula mengalami kejadian-kejadian aneh, termasuk bayangan dan suara - suara yang tidak dapat dijelaskan. So dia memutuskan untuk menyiasat kejadian - kejadian tu. Dalam process pencarian itu, Sofea bergelut dengan perasaan marah, keliru, dan rasa dikhianati. Having understood the reasons behind everything that had happened, Sofea terpaksa buat pilihan: to follow the organization's orders so she could protect the people she loved or defy them and face the consequences.
I have to say, Teme Abdullah is undeniably a master at creating immersive fantasy worlds. His work in this area is truly remarkable. Walaupun ada timbul perasaan waswas, aku tetap underestimated Teme sebenarnya. I thought "that is it!". Tak sangka dia sempat twist the whole story sedangkan hanya tinggal about 10 - 15% aja lagi buku ni nak habis. Time ni aku paling kusyuk menelaah, and keep asking - sempatkah twist ni dilengkapi? Dalam masa yang sama, aku rasa Teme kejar deadline, macam rushing sangat nak habiskan novel ni supaya sempat bertemu dengan pembaca during PBAKL24. Pun begitu, I felt it was brilliant, biarkan aja ending sebegitu menjadi teka teki dan dibahas di social media. So personally, walaupun ada kelopongan sedikit, tapi premise, plot dan narrative Bayang Sofea kali ni tetap solid, and jauh lebih matang berbanding siri Jalanan, Purnama, Empayar dan Kapal.
Salah satu aspek yang paling aku suka dari novel ini adalah bagaimana Teme mengeksplorasi tema-tema seperti career, pengorbanan, mental health dan consequence management terhadap tindakan yang diambil oleh seorang dewasa. Gaya bahasa yang straightforward dan fast pace menjadikan pengalaman pembacaan lancar. Walaupun tak banyak suspen dan misteri sebenarnya, tapi Teme bijak mencipta moment - moment ini supaya proses pembacaan menjadi seronok. Aku siap jadi detektif tak berupah, kaji apa sebenarnya konspirasi teori Teme ni just to know that it was just BAYANG Sofea. Watak-watak dalam cerita ni pun dekat dengan realiti. Kita boleh rasa sendiri perasaan gelisah dan takut yang Sofea alami.
Spoiler Alert! Dalam Bayang Sofea, watak Danny adalah elemen penting yang membawa dinamik kepada cerita ni. Namun, sebagai sebahagian daripada elemen plot yang stir emosi pembaca, ada twist yang aku yakin: Danny sebenarnya tidak wujud dalam dunia nyata.
Pendedahan Watak Danny: 1. Danny adalah hasil halusinasi Sofea, yang timbul akibat tekanan mental dan emosi yang dialaminya. Teme ciptakan Danny untuk Sofea sebagai mekanisme untuk menghadapi rasa kesepian dan ketakutan yang menghantui Sofea. Yupe, strong and independent women can feel lonely sometimes, just like anyone else.
2. Kejadian aneh dan misteri yang dialami oleh Sofea menjadi catalyst yang menciptakan Danny sebagai satu bentuk perlindungan psikologi. Dia adalah pantulan keinginan Sofea untuk memiliki seseorang yang memahami dan menyokongnya tanpa syarat.
3. Sebenarnya Teme ada berikan subtle hint tentang kewujudan Danny, and benda tu sangat diragui. Contohnya, interaksi Danny hanya terbatas kepada Sofea aje dan tak pernah dengan watak lain secara langsung.
4. Dekat ending, that is it. Sofea akhirnya sedar bahawa Danny tidak wujud di dunia nyata. Ini menjadi satu titik permulaan baru dalam hidupnya - menerima kebenaran dan berusaha untuk mengatasi masalah mental dan emosinya sendiri.
Bahas yang meneggakkan Danny tak wujud memberikan dimensi yang objektif kepada Bayang Sofea. Perjuangan dalaman Sofea sebenarnya didorong oleh kekuatan bayangannya semata. Ini aku rasa menjadikan novel ini lebih impactful dalam menyampaikan mesej tentang ketahanan mental dan perjalanan mencari jati diri. Danny adalah simbolik kekuatan dalaman yang akhirnya Sofea sedar bahawa ia berada di dalam a state of dirinya sendiri.
Setiap daripada kita yang rapuh, ada seorang Danny peninju hebat dalam nurani kita. Bangunkan ia dan face the cruel world.
Itulah, nak cakap ni yang kadang-kadang kita harus memberi peluang kedua kepada diri sendiri untuk terus membaca karya baharu penulis walaupun kau tidak berapa gemar akan karya beliau sebelum ini.
Well, aku sungguh tak suka siri KTDD 🙅♀️
Tapi...
Bayang Sofea BEST! 👏🏻🤌🏻🫶🏻 4.5 bintang bersinar terang untuk buku ini.
♡ Susunan jalan cerita buku ini. ♡ Watak protagonis, Danny dan Sofea ❤️ Watak sampingan juga tiada kurangnya, seperti Tirah, Encik Daim dan Encik Noodle. ♡ Organisasi rahsia yang semestinya akan cuba dikaitkan dengan keadaan semasa. ♡ The plot twist! Jalan cerita terus bertukar arah 360 darjah ye. (🚫spoiler) ♡ The ending (🚫spoiler)
Bagi aku yang hanya membaca dua tajuk karya fiksyen Teme, gaya penulisan Teme dalam Bayang Sofea sungguh memuaskan hati. Mungkin kerana jalan cerita yang berkisar mengenai kehidupan kita, jadi, ceritanya lebih dekat lantas aku lebih menikmati karya ini.
Kita diperkenalkan dengan watak utama, Sofea dan Danny. Bagaimana mereka bertemu kembali selepas bertahun-tahun berpisah. Langsung ke cerita mengenai kerjaya Sofea. Diperkenalkan pula dengan watak sampingan yang menyakitkan hati, pentingkan diri seperti Jess. Mujur ada watak sampingan yang baik seperti Encik Daim dan Encik Noodle yang mengiktiraf potensi pegawai bawahan mereka. Dapatlah aku cool down sikit.
Dan.. tiba pula pada cerita tentang organisasi rahsia yang membantu untuk memberi kejayaan kepada Sofea, dan sebagai balasan, Sofea harus menuruti semua permintaan mereka. Persoalan mula timbul,
"Berbaloikah hasrat yang dikejar, andai nyawa menjadi taruhan?"
Bukan hanya Sofea, malah Danny juga terpalit sama menggunakan khidmat organisasi rahsia ini untuk kejayaan dirinya sebagai seorang atlet tinju negara.
Buku ni fast-paced cuma pertengahan cerita rasa macam melewah sikit. Kalau korang jenis yang tiada gangguan sepanjang pembacaan, mungkin boleh habiskan buku ni dalam masa sehari. I was hooked from the start, but my reading speed really picked up after the unexpected plot twist. Aku macam, what? Serius lah!!
🚫Spoiler🚫
I was really taken aback by the twists in the last three pages! Dua kali aku ulang baca. Bagaikan tak percaya tapi harus percaya jugalah. Pandai penulis masukkan plot ini tanpa kita sedar ye. Despite that, I'm embracing it all with an open heart. It's safe to say we've got quite the conclusion here and as a reader, I like perfect closure even though it’s not a truly happy ending.
On another note, I like Sofea's ability to take control of herself, overcome hallucinations, and manage all the characters in her head. It's great to see mental illness awareness being highlighted in this way.
Dan satu lagi, aku masih mempunyai persoalan mengenai siapa di sebalik organisasi rahsia yang dimaksudkan? Sampai ke sudah diam je ek. Tapi takpelah. Aku okay je. Pandai-pandailah aku fikir sendiri 😊
"Sehingga kini, Sofea boleh membezakan yang mana realiti, dan yang mana fantasi. Adakah anda boleh membezakannya?"
Antara novel Teme yang agak masyhur selain daripada versi 'Jalanan' dan 'Kapal Terakhir'. Banyak penggemar Teme yang memuji novel ini; sering dipuji-puji. Namun, saya tidak berminat memilikinya kerana sudah lama tidak membava novel fiksyen dengan genre dan sinopsis sebegini—tanpa menafikan bahawa novel versi 'Jalanan' bagus buat bacaan sebahagian anak remaja. Namun, kerna ditawarkan dengan harga RM13 untuk novel ini (baru dibeli oleh tuannya), saya memilih untuk beli dan baca. Dan hasilnya mengecewakan. Novel ini agak sarat dengan cerita, namun nihil wacana.
Saya merasakan bahawa tidak perlu untuk membuang masa mengulas karya yang tidak semenggah mana, namun demi berlaku adil, saya nyatakan juga kelemahan-kelemahannya:
1) Sangat-sangat memualkan (baca: cringe). Novel dimulakan dengan watak seperti drama-drama cinta cliche di mana si lelaki serba-serbi sempurna. Wanitanya pula, anak daripada keluarga berada namun dirahsikan identitinya. Tolonglah... para penulis... tolonglah. Keluar daripada penulisan watak cringe begini. Awal pembacaan sahaja sudah memualkan.
2) Plot ada, tapi melompat dan kucar-kacir. Dari peninju ke zaman sekolah ke politik kerja ke identiti keluarga ke kultus ke masalah mental ke cinta. Apa sebenarnya yang penulis ingin sampaikan? Melambakkan segala perkara sekadar ingin memastikan plot berjalan atau bagaimana?
3) Babak pertemuan semula antara Sofea dan Danny juga memualkan. Bibit-bibit cinta yang cuba ditumbuhkan antara dua watak ini sangat CRINGE. Ya Allah, tolonglah daku...
4) Banyak persoalan tidak terlerai. Memang menjadi kegemaran buat sebahagian penulis untuk mengakhiri cerita dengan persoalan, dan saya faham akan perkara tersebut. Permasalahan utamanya, teknik ini tidak diolah dengan baik oleh penulis. Adakah benar bahawa Sofea berhalusinasi, atau kultus tersebut memang wujud? Bagaimana pula di akhir cerita, tiba-tiba Sofea berupaya 'mengawal' watak-watak lain? Bagaimana dengan 'they' yang mengawal Danny? Entahlah... merepek sungguh.
5) Paling tidak gemar, cara 'pembongkaran' setiap watak: identiti sebenar Sofea, kehadiran abang Sofea, penipuan Rina, hubungan Danny dan Tira, dan banyak lagi. Terlalu dipaksakan dan cringe.
Banyak lagi sebenarnya ingin diulas, namun kesimpulannya, novel paling cringe yang saya baca tahun ini. Barangkali termasuk juga dalam sepuluh teratas novel cringe yang pernah saya baca sepanjang hidup.
Maaf Teme dan penggemar Teme. Ulasan diatas ialah pendapat peribadi.
Plot yang menarik & membuatkan aku nak baca cepat cepat (slow reader here heheee)
Unsur suspen tu buat aku terkedu sikit. Berteka teki dari mula sampai akhir. & mengingatkan aku dengan buku Bidadari Bermata Jeli, Butterfly & Chef Cuisine.
Salah faham antara Sofea & Danny di sekolah terlerai setelah bertahun lamanya. Comel je dua orang ni.
Bila rahsia Sofea terbongkar aku dah mula ragu² apa yang sebenarnya berlaku dengan Danny.
Aku terpaksa baca bab 31 dua kali, misteri kes Danny tak beri impak yang aku harapkan. Organisasi misteri tu... Macam gitu je ke?
Tu je lah nak komen, yang lain ok je 👌🏼
EDIT:
Aku dah baca balik buku & teori pembaca GR
Nampaknya aku yang berhalusinasi HAHAHA
Rasanya Sofea & Danny ada mental illness yang berlainan cuma siapa yang berjaya selamatkan dorang sebelum terlambat.
Dalam setiap karya Teme akan ada watak antagonis yang memberi warna pada jalan cerita. Watak Jess umpama gunting dalam lipatan, sanggup mempergunakan dan menjatuhkan orang lain untuk kesenangan diri.
Buku ni best tapi masih ada lopong-lopong yang belum terungkai dan menjadi tanda-tanya buat pembaca. Elemen mistik dalam naskah kali ni memberi kelainan dan sesuatu yang baru. Pertama kali tahu tentang Paimon dan sekutu-sekutunya. Mengingatkan aku saat membaca Siri Kru Paranormal - Baphomet daripada penulis Khairul Nizam Khairani.
Tamat sudah pembacaan saya untuk buku berjudul Bayang Sofea tulisan Teme Abdullah. Sejujurnya, saya bukanlah pegumpul novel penulis memandangkan saya tidak mengikuti Siri Jalanan daripada penulis. Namun, rasa teruja sangat tinggi apabila melihat novel baharu beliau dan lebih teruja dapat merasai peperangan mendapatkan buku beliau di website rasmi Iman. 😂
Buku ini berkisar tentang dua watak utama Danny dan Sofea. Kini mereka telah mencapai kejayaan yang bukan biasa biasa. Populariti, pangkat, kuasa. Namun, semua ini bukanlah kerana mereka yang melakukannya. Akan tetapi, ada 'sesuatu' di belakang mereka yang menjadikan mereka, mereka yang hari ini. Dapatkah mereka terus kekal menghirup udara kejayaan buat selamanya? Atau akan adakah pengorbanan yang perlu dilakukan?
Tidak perlu menulis banyak. Naskhah ini saya kira cukup rencahnya. Elemen 'plot twist' ditulis dengan baik oleh penulis menjadikan gerak cerita semakin tegang dan mendebarkan. Naskhah ini sangat matang bagi saya dari segi plot penceritaan dan penggunaan bahasa.
Untuk mereka yang akan berhari raya di PBAKL kelak, Bayang Sofea wajib ada dalam bakul pembelian anda. Sebuah naskhah yang akan mewarnakan hidup anda. Tahniah buat Teme Abdullah untuk karya ini. Semoga diberi peluang untuk terus berkarya pada masa mendatang.
Sebuah cerita yang menarik, aneh dan kreatif. A thought provoking story unlike any other and I like how Teme uses this type of plot - psychological thriller - to bring awareness to readers about mental illness.
I tau banyak yang rasa sedih at the ending yang macam bukan ending but I beg to differ. I rasa kagum pulak at Teme's talent in crafting this story and I have to agree that the clues, descriptions of certain scenes and dialogues throughout the novel point to Teori 4.
This story reminded me of the movie "A Beautiful Mind" and the K-drama "Heal Me, Kill Me".
This was my first novel from Teme and I enjoyed reading it immensely.
Style dan cara tulisan Teme mampu menarik I masuk ke dalam dunia Sofea and it was a fun and educational journey.
selesai sahaja baca, F termenung. I feel like I'm being followed by my 'hallucinations" 🙈
plot twist yang buat F jaw-dropping. watak Jess tu F teringat ex-officemate yang bernama Jess. dia perangai gitu gak.. jenis back-stabber. tiba² teringat minah tu.
sofea ni nampak je soft. but after dia balik sulawesi.. lelaki misteri tu muncul. masa tu F ingat ghost 🙈 yelah asyik suh pakai earphones tu
bila lelaki tu muncul balik.. sofea berubah sikap. dari orang nampak dia soft, dia jadi fierce. F suka betul scene Jess mengamuk tu. sekali bos masuk umumkan tentang Sofea...baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah
kisah lelaki misteri tu macam organisasi illuminati. terbayang² F
lepas sofea accident tu, F curious.. so wujud ke Danny? or Danny sekadar imagination sofea.
best ooo cerita ni. otak F cam puzzle dok cari jawapan.
My first Malay book for this year after reading slump yang agak teruk(mampu baca manga sebab dia dalam telefon)
Saya rasa buku ini buku paling hype masa PBAKL and sebab penulis dia teme.. siapa tak kenal teme kan?
Saya sebenarnya takut nak beli buku teme sebab pernah beli buku penulis lain yang terlampau overated tapi tak kena selera so akhirnya terjual dan tak habis baca..
TAPIII
Kali ini saya tak menyesal beli sebab genre dan gaya penulisannya saya suka susun atur cerita nampak straight to the point walaupun banyak isi tersirat dan tersurat... Mungkin sesetengah bab agak meleret but saya tak kisah sangat
Plot twist after plot twist is chef kiss😘
Ada sesetengah bab yang penulis tulis buat saya banyak berfikir sebenarnya dan ingin memahami watak Sofea lagi lagi pada m/s terakhir.
GERAM, TERDIAM SEMUA ADA UNTUK GAMBARKAN
kenapa cepat sangat habis but overall a good read karya teme for the first time yang saya baca dari penulis.. GOOD JOB✨
Bacaan yang mengambil masa kurang daripada 24 jam kerana jalan cerita penuh dengan saspens. Cerita dia menarik, tapi rasa kurang mendalam. Ada lopong2 pada akhir penceritaan, sebab ada persoalan yang masih belum terjawab. Danny itu satu bayangan ke? Sebab Danny ada cerita yang dia juga terlibat dengan organisasi misteri tersebut, padahal itu adalah ilusi Sofea semata-mata. Ending dah okay, nampak gaya seperti tak perlu sekuel, tapi persoalan ini plothole yang paling besar jadi kemungkinan besar ada sambungan yang berfokus pada POV Danny pula?
Overall, okay dan best cuma ia tidak memberi impak yang mendalam kepada saya, macam siri Empayar. But goodjob Teme! A well-done book to spread awareness on mental health and trauma.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku pertama Teme yang aku baca. Terbalik sudah, orang selalu mula dari buku pertama kan? Hehe.
Okeylah, sedap dibaca dan plot laju. Cuma 2-3 bab terakhir tu rasa macam baca sinopsis dan bukannya aliran kisah. Sedikit ‘rushed’. Tak ada perbandingan untuk aku nilai sama ada ini gaya biasa ataupun percubaan gaya baharu daripada Teme. Maknanya aku kena baca buku dia yang lain la ni kan?
Daripada naskhah ini semata-mata, aku belum betul-betul faham mengapa ramai yang meminati dia. But then maybe because this is no longer my time, but his. So, off we go and let’s learn more!
Sejujurnya sedang dalam reading slump yang teruk, then i keep trying utk baca mcm2 buku, after beberapa buku yg aku pick up then letak balik, finally aku jumpa buku yg berjaya buat aku curious utk baca sampai habis. I read this in only about 4 hours macam tu, sbb i’m too curious to know what’s actually going on 😳😳
Dah lama sbnrnya tak baca buku from teme, last i read was pelukis jalanan the first book of teme. 😂 Buku ni byk kali dah nampak org review, but i restrained myself utk baca the reviews. Sbb i don’t wanna spoil myself lagipun kitanya mmg lg suka baca tanpa tau apa2, sbb more exciting that way right 🫢
Ok, back to the review, I love the way penceritaan buku ni, sbb the more you baca, the more you curious 👀. Lagi satu yang menarik, banyak benda yang diketengahkan dalam buku ni yg relatable to dunia semasa, the ‘politics’ yang ada dalam dunia office, how kuasa2 besar memainkan peranan dalam everythings, ‘penindasan’ yang dah berlaku lama and so on. Secara tak langsung sangat kena dengan apa yg tengah berlaku skrg. Banyak betul ‘plot twist’ dalam cerita ni. Awal2 tu ada yg aku boleh guess cuma the last ‘plot twist’ tu paling aku sukaaa. 🤯 I hope apa yang aku fikir tu betullah ya. Hahahahha. Pandai ya author olah ayat dalam cerita ni especially the ‘ending part’ yg buatkan aku baca byk kali to make sure apa yg aku rasa tu betul (theoretically) hahahha. 🤣
The romance part was there tp basically just a subplot, so don’t expect too much for romance. Tapi walaupun sikit, i can feel the ‘sweetness’ of their relationship 🩵 Ayat2 Danny sgt la comel haish 🦋🙊 Cuma i want more ‘closure’ / Danny’s POV sbb ada beberapa part yg tak terjawab dan idk la kalau actually author mmg nak suruh kita ber’teori’ sendiri dgn apa yg terjadi 🙃🙃 Papepun, recommended 👍🏻👍🏻 #emptycanvashida
Kalau rasa suka nak buat aktiviti kerut kening masa baca buku, boleh baca buku ni. Kau takkan lari daripada berfikir, sampai ke titik penamat pun otak kau masih berjalan.
Bayang Sofea mengisahkan tentang politik dalam dunia pekerjaan. Sofea, dia gadis yang berjuang untuk mencapai kejayaan. Dia sentiasa rasa diri dia tak cukup, gagal, rendah diri.
Sampailah satu masa dia 'gunakan' sesuatu untuk dapat apa yang dia inginkan. Akhirnya dia berjaya.
Tapi masih ada yang kurang dalam hidup dia. Belum lagi masuk part rakan sekerja yang tak habis-habis downgrade dan membuli. Dasar si pembenci dan pendengki!
Tapi yang anehnya, kejayaan Sofea naik secara drastik dan dalam tempoh masa yang sekejapan. Nama dia disebut-sebut, keberhasilan dia dalam kerjaya jadi buah mulut orang ramai.
Dan bayang hitam itu akan sentiasa mengekori Sofea ke mana pun dia melangkah pergi.
"𝑰 𝒂𝒎 𝒕𝒉𝒆 𝒔𝒉𝒂𝒅𝒐𝒘 ... 𝒀𝒐𝒖, 𝑶𝑩𝑬𝒀 𝑻𝑶 𝑴𝑬!"
Bayang. Heh, bayang.
Apa yang Kirah boleh cakap, buku ni LICIK. Licik habis sampaikan bila jumpa ending, Kirah terus senyum senget. Oh, main kasar eh kau 🤣. Tapi Kirah suka macam tu, dia thrilling dan buat pembaca jadi profesor jadi-jadian yang kena memikir apa sebenarnya yang jadi.
Isi buku dalam ni penuh dengan twist, konar demi konar, gaung dalam dan bukit-bukau. Kau takkan boleh expect apa sebenarnya yang akan jadi. Kau cuma boleh ikut aje 'bayang' tu sampai ending. Bila dah sampai ending pun kau tetap dibayangi. Boleh dak macam tu HAHAHA.
Serius weh, best gila. Kirah suka bila buku tu buat kita berfikir, buat kita rasa bijak. This is one of them! Dan idea untuk buku ni pun unik sangat, macam tengok Hollywood movie!
Rating: 💯💯💯 / 5 ⭐
So far BS dah jadi top 1 read Kirah this year!
Buku ni tak boleh sekadar tengok review, dia kena baca sebab panjang ceritanya kalau reviewer ceritakan dekat sini 🤣 Untuk teori Kirah, Kirah share kat Goodreads nanti sebab ada spoiler. Yang rasa sukakan thrill, nak rasa bijak dan nak kena trick, KORANG KENA BACA WEH BUKU NI!
🚫 SPOILER ALERT 🚫
Teori Kirah:
Selepas berbincang secara dua kali serius dengan bookstagramers yang lain, Kirah rasa Danny tu sebenarnya memang wujud. Anak-anak dia orang pun wujud. Cuma umur Danny aja yang tak panjang sebab tu ada part Sofea kata Danny still nampak muda. Tapi anak dia tak tegur Danny time berselisih tu mungkin sebab Danny dah meninggal awal dan yang Sofea nampak tu cuma bayangan yang dia reka sebab rindukan Danny 😭. Bakpo sedih sangat sek dio weh!
Cuma organisasi misteri tu rasanya memang bayangan Sofea. Dia yang reka. Tapi Danny rasanya memang wujudlah sebab semua kawan dan famili dia kan datang jenguk dorang sebelum ni. Cuma mungkinlah umur dia takat tu jah 🥹
A rocky 3 stars for me (around 2.8 if I really thought about it). This was my first book by Teme and also my first contemporary Malay book I've ever read. Wanted to give the genre a shot.
the writing/plot(?) I don't know, I didn't find the story to be as engaging as I wanted it to be. Even though I had little to no expectations in the first place. I found myself speed reading through most of the book, and I personally hate speed reading. I did kind of like the various little obstacles that came onto Sofea's path, but that's just it. The romance parts felt very TV melodrama melayu, and this could be said for other interactions as well tbh. I really didn't like the office setting (which was basically majority of the story). They were very boring to me.
the formatting Ok cut me some slack, this was my first contemporary Malay novel. I was really taken aback by the large line spacing and the large font sizing 👀 So mostly it felt unnatural for me to read sebab I'm not used to the formatting style. I didn't think it would bother me much but it did? Anyways, this part can be considered irrelevant kot bcos my friends kata formatting text in this style is normal. So.
I found myself wanting the "thriller" part to be a bit more extreme, than just "oh and then this happened". And "now she basically has the world in the palm of her hand yay" because of her condition.
Overall, just an okay read.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I was confused by this book - first started off as an Illuminati cult kinda thing, then a chaebol story then a mental health one. At least the mental health plot twist made sense but the supposed romance did not. They went literally from asking to date, marry and then having a kid in one page. And then she went on randomly being the President of the country in one chapter. Hahahaha.
Bayang Sofea mengekalkan aura misteri sepanjang penceritaan, dengan sedikit elemen romantik dan seram di beberapa babak. Kekuatan penulis bagi saya adalah pada bahagian dialog. Ia begitu hidup dan memberi identiti unik bagi setiap watak. Namun, cara penulis menceritakan tindakan watak-watak ini adakalanya sedikit janggal. Contoh [bukan verbatim] : Senyum seperti orang yang menahan sembelit. Saya terkebil-kebil sendiri dengan beberapa ekspresi yang digunakan. Terdapat juga sedikit ketidakstabilan dalam perungkaian hubungan Sofea dan Danny. Mula-mula kata pembuli, kemudian kawan baik? Saya faham ada yang tak selesai antara mereka, tapi agak jauh untuk dilabel sebagai "buli" pada saya.
Mesej utama buku ini ialah kesihatan mental. Sofea adalah seorang anti-hero. Mujur kenaifannya tak seteruk watak utama dalam Selamat Tinggal Purnama. Latarbelakangnya ringkas; dia seorang pekerja yang ingin dihargai atas hasil kerjanya. Setelah kesilapan demi kesilapan, saya teruja membaca progres Sofea yang akhirnya dapat menggunakan potensi diri sepenuhnya dengan cara yang betul setelah mendapat sokongan yang diperlukan.
Terselit juga perihal godaan (temptation), keterlanjuran sebagai manusia, taubat, dan hirarki sosial dalam novel ini.
Saya teringat firman Tuhan. "... adakah orang-orang (beriman dan taat) yang sentiasa di atas bukti kebenaran dari Tuhannya itu sama sahaja seperti orang-orang (ingkar dan derhaka) yang telah diperhiaskan kejahatan (oleh syaitan sehingga menurutnya adalah baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! [Al-Quran 47:14]
Sejujurnya saya berusaha habiskan pembacaan malam tadi sebab nak baca artikel penulis tentang teori pengakhiran novel ini.
Rentak cerita dan penulisan lancar. Meskipun watak utamanya seorang wanita, Teme tulis dengan baik. Syabas. Saya juga suka watak-watak perempuan yang kuat dan berdikari. Boleh jadi contoh yang baik buat pembaca muda di luar sana. Harus bersyukur mereka jadikan penulisan Teme sebagai rujukan. Ceritanya bersih tanpa adegan yang tak perlu.
Saya dah baca siri Jalanan, Buku I & II Empayar dan Purnama. Kalau dulu orang tanya mana yang best, saya akan cakap siri Jalanan. Tapi lepas baca Bayang Sofea, saya akan syorkan buku ini. Boleh nampak improvement daripada buku-buku lepas (yang mana penulis suka masukkan suara penulis dalam naratif, memaksa kita untuk rasa itu dan ini. Kali ini, tak). Teme cuma bercerita dan saya enjoy baca.
Untuk yang dah baca Purnama, menarik juga kita dapat tahu sejarah rantai yang mencekik leher tu dan origin medsos Bread. Ada sikit-sikit macam episod Black Mirror.
Plot cerita menarik. Ada plot twists here and there (aku boleh agak, tak boleh agak) ada vibes buku Impiana series by Ain Maisarah and some from FIXI (to which I don’t mind sebab suka je baca tu semua) lowkey rasa nostalgic sikit.
Characters pun menarik, Sofea ni wildcard juga ya. Aku ingat Danny je yang akan buat aku curious. Tapi Sofea, weh dia ni… tak boleh pandang rendah. Pada aku, dua-dua sama level of strong energy. Aku suka chemistry dorang.
Also, not everything is perfect, ni just my opinion, some dialogues need to be improved. Ada some ayat here and there could be polished more. Ada cam agak cringe to baca (padahal bukan ayat cinta pun) ha camtulah.
But overall, layannnnn.
Ending tu? Gila betul. I suspected it tapi still… terkejut!
Aku rasa Rahsia Danny akan lagi best (sebab dah start baca sikit)
Wow... Jadi memang betul la apa yang Teme kata yang penulisan dia kali ni tak berat dan santai. Alur cerita dia lancar je. Watak utama sangat unik dan menarik ye. Aku suka cara Sofea berfikir dan kata-kata yang keluar dari mulut Sofea. Lebih2 lagi bila Sofea memberanikan diri untuk berdepan dengan orang yang asik mencari salah dia, untuk dia betul2 jujur akan apa yang dia rasa dengan layanan yang diterima. Aku rasa aku boleh jadikan keberanian Sofea tu satu contoh yang baik. Cara dia susun perkataan yang nak dituturkan tu jelas dan tak berbelit-belit dari tujuan sebenar.
Banyak mesej tersurat yang Teme sampaikan. Watak Jess dan Rina tu sangatlah berlaku dalam realiti pekerjaan hahaha. Benda yang paling menarik adalah pada bahagian yang ada sangkut paut dengan terma teknologi. Penjelasan mudah faham dan dari itu aku tahu yang Nusaraya dan RICE memang gempak habislah. Senang je nak gambarkan macam mana majunya Nusaraya. Bab 34 yang pasal Eropah tu boleh rasa kaitannya dengan apa yang berlaku di dunia sekarang. Dari dulu lagi diorang memang rasa diorang sangat superior, padahal kemajuan yang ada pada diorang tu adalah ilmu2 yang telah dicuri dari bangsa lain.
Sebenarnya banyak topik yang disentuh dan boleh aku katakan yang ianya digarap dengan baik. At the end of the day is the day at the end! Everyone has their own battle, and lets choose our battles wisely! Lets see each other again in your next karya.
bayangkan betapa bestnya cerita ni sampaikan i boleh habiskan in just total 3 hours je?? memang tak rasa masa berlalu sungguh. ha kenapa best tapi bagi 4 je bintang nya? seriously teme ?? perlu ke ending macam tu- thats the reason ergh -
bayang sofea is a story about ; sofea, corporate slaver yang bekerja di sebuah syarikat RICE holdings. basically, syarikat ni dia melibatkan pemasaran mall and so on- currently diorang sedang siapkan sebuah projek inovasi iaitu projek tag. di mana, tag ni kira macam lanyard kita kena pakai untuk collect kredit kita. kalau kredit kita banyak, nanti ha bolelah guna untuk bayar nak beli barang dekat mall/kedai runcit etc. konsep dia macam ewallet tapi kredit tu ibarat shopee coins ha boleh redeem untuk next purchase. okay cut - pertemuan semula antara sofea dan danny, seorang peninju tersohor mula memperkenalkan sofea dengan sebuah organisasi gelap yang akan melunaskan semua hajat anda. TAPI ! dengan syarat ; dengar cakap mereka. so - apa kena mengena danny dengan organisasi ni? siapa lelaki yang sering mengikuti sofea pulang dari kerja? dan yang paling penting - siapa sebenarnya raisya sofea?
—— this is my third book from teme. agak pelik actually sebab waktu baca yang siri empayar, penggunaan bahasa agak berbeza dengan kalini. bs bahasa dia moden so i pun lupa teme ni takdelah tua sangat 😅 dah member asyik cakap dia tua lol
one thing about this book yang saya suka, konflik. konflik dia banyak. lagilagi si jess yang menggedik dekat office tu wah kau emosi aku ☺️ dah lah mula-mula i ingat jess ni jantan dah dok rapat dengan rina lah rupanya perempuan. jess ni pun satu, dah tua buatlah cara tua ni tak sedar diri betul. okay gaduh in office ni menarik. also - tahu ni bukan buku romance tapi everytime danny and sofea ada interaction i macam ngawwwww shoo cute 😋😋💖💖 okay sorry salah guna emoji pulak tapi kiyowooo - oh i bayangkan jojo muaythai tu as danny do tak tahu kenapa tapi i rasa sesuai lah hehe -
satu lagi, eventho orang kata ayat last sekali tu buatkan kita gasping tapi bagi i biasa je lol 😔🙏🏻 takde yang terkejut tahap nak terberanak pun nyah - member tanya je. no offense so kalau nak tahu apa dia cakap sila baca sebab saya tak nak spoil the ending walaupun ayat last tu biasa je sebenarnya takde spoiler pun -
spoiler alert ;; (KHAS UNTUK TEME HARAP KO BACA)
YIH BOLEH TAK JANGAN RUSHING SANGAT BUAT BUKU. DAH LAH RUSHING ASTU OUT OF NOWHERE TAMAT ?? cam last chapter tu tak payah ada pun takpe - kita dah ada proper closure dah before tu. okay tu je takde spoiler pun 😭😭😭 saja nak buay suspense bye
This is my first time reading Teme Abdullah’s book. Therefore, this book will be my first impression terhadap karya Teme Abdullah. Tidak dinafikan, seperti yang dikatakan oleh orang ramai, karya Teme Abdullah memang sangat berkualiti.
Banyak pengajaran dan isu-isu penting diselit di dalam novel ini. Cuma sedar atau tidak sahaja. I also like how there’s a mixture of genres in this novel even though the main genre is mystery. Saya suka novel macam ini, tidaklah bosan nak baca.
The plot? I’d say, it’s a bit predictable and easygoing. Nonetheless, it is still intriguing and kept me, as a reader, engaged throughout the whole book. It was definitely a fun journey!
Last but not least, I would love to give my biggest respect to Teme Abdullah for making the main character a woman. Usually, powerful woman characters are written by female authors. It is good to know that there are men with point of views of how women are worth more than what they are told these days.
That is all! Sorry for the mixture or languages. Bayang Sofea is now my favourite book!
TAPI I rimas dgn some pointless conversation between characters.. some are just small talk and its a bit annoying to be honest. plus Sofea is so unlikeable to me..story-telling is monotone. twas a lackluster.
Also, I can see that the author was inspired by the movie "Beautiful mind". Because it is similar in some ways.
*Spoiler Ade plot twist, but the revealing of it is sooooo lame..and does Danny also has what Sofea has? since he mention about mystery organization and such. But no explanation there...urghh
So, I don’t know. I have high expectation since Kapal terakhir di dunia. Which I think is super best. It has heart and soul. And brilliant concept..
Nama Teme Abdullah tengah mencanak naik this two weeks. Sejak Meet & Greet dia haritu dekat PBAKL and beberapa lagi di bookstores around KL bersempena pula dengan buku baru yang dia release. Saya pun beli dan baca juga Bayang Sofea ni ha. Hahaha. So here is a short and simple review of Bayang Sofea. Ada sikit-sikit la spoiler tapi saya janji sikit ja. Hihi.
Cerita tentang Sofea yang selalu rasa dia failure. Dia rasa semua benda yang dia buat tak berjaya sebab dia memang ditakdirkan gagal. Sampailah satu time ni dia decide untuk biar satu organisasi misteri ni tolong dia berjaya. So dengan beberapa ritual mistik dan arahan-arahan yang dia kena obey, Sofea ni berjaya menjadi orang ternama dalam sekelip mata. Daripada kerani-kerani biasa sampailah dapat jadi ketua jabatan.
Sofea pun rela ja mendengar kata mereka sampailah timbul rasa berdosa yang teramat sebab kena buat benda yang harmful kepada orang lain. Organisasi mistik tu dah berjaya manipulate diri dia. Haa time ni lah Sofea sendiri pun tersedar yang dia dah kena conquer dengan fikiran dia sendiri.
Nanti kalau hangpa baca sampai ke part ni, kat sini la plot twist dia. Masa tu bila baca aku cam, pause sekejap. Aku cam “Laahh” dan Oh My God” at the same time. Hahaha. Unexpected.
Bak kata budak2 booktok, “The plot is twisting.”
Nak sampai ke plost twist ni agak lambat. Dah baca 4/5 of the book aku masih tertunggu-tunggu “Mana plot twist dia?” “Kenapa tajuk dia Bayang Sofea tapi satu bayang pun tak ada ni?” Camtu laa. Tapi bila plot twist unveil, it all make sense.
Sofea ni hallucinating dan penulis berjaya buat aku percaya yang halusinasi Sofea ni real which is good! Buku ni address another kind of mental condition which is personality disorder. Aku sendiri pun tak begitu tahu dengan condition sebenar orang yang ada personality disorder ni tapi melalui cerita Sofea ni, aku somehow could picture how it is like to have such condition.
Penutup dia tak tergantung macam Kapal Terakhir di Dunia hahaha yang semua orang yang baca marah tu. Tapi Bayang Sofea ni tak thrilled macam buku-buku Teme sebelum ni, but the thrill is still there lah. Tak seberat novel-novel Teme yang sebelum ni. Masih light read gitu. Sis berjaya habiskan dalam masa sehari walaupun almost 500 pages compared to Empayar tu sebuah kena habis dalam masa 2 hari sebab kena cari masa bertenang jap digest plot dia (Empayar) hahaha.
Oh ada reference to Selamat Tinggal Purnama. Kiranya Bayang Sofea ni dalam universe yang sama dengan STP dan KTDD. Hahaha interesting. Buat aku wonder apa lagi cerita dalam stock Teme untuk universe ni.
Tu ja. Bai.
Aku cuma ada satu soalan, kenapa Encik Noodle tu nama dia Encik Noodle? Encik Noodle ni bukan cikgu kat Lawak Kampus tu ke?
Untuk masa aku yang penuh dgn kesibukan kerja, Bayang Sofea berjaya aku habiskan dalam masa 2 hari sahaja. Setiap helaian buat minda aku sentiasa berfikir who is who, sampailah kepada page 355, rupanya organisasi misteri hanyalah ‘dunia’Sofea sahaja. SO UNEXPECTED !
Sampailah kepada helaian terakhir, Teme tak membiarkan pembacanya habiskan dengan ketenangan ya 😌 Sangat banyak persoalan dalam minda aku sekarang ni.
“Dan kali ini, watak-watak itu wujud atas kesedaran bahawa itu semua ialah dirinya sendiri; “
Menjadi jawapan kepada soalan aku : Semua watak yang dibaca cumalah bayangan Sofea sahaja. Macam mana pula dengan Danny, adakah dia fantasi atau realiti ? Teori aku pula adalah watak Danny adalah ciptaan watak Sofea - puzzlenya ada pada page 143, Danny & sofea berada dalam jet peribadi Danny. Danny ada tunjuk tatunya adalah bukti kepada penglibatan organisasi misteri, which is Sofea terkejut kerana dia kenal tatu Danny. Bermaksud organisasi mereka adalah sama
So penjelasan pula pada abang Sofea menjelaskan tatu pada lengan sofea adalah tanda lahirnya. So Danny adalah wataknya juga.
Membawa kepada, adakah Anas itu juga watak rekaannya ?
“Sehingga kini, Sofea boleh membezakan yang mana realiti , dan yang mana fantasi. Adakah anda boleh membezakannya?”
Rasa macam ditanya oleh Teme sendiri with smirk smile 😏
Mencari setiap plot yang boleh merungkaikan misteri Bayang Sofea, seolah-olah Sofea yang menentukan watak mana fantasi; mana realiti.
Penamatan yang tidak boleh tidur malam ya (sebab aku habiskan novel ni jam 11 malam gosh ! Sebab mencari di mana realiti Sofea sebenarnya. Siapa watak sebenar yang wujud dalam realiti ? Yang pasti ‘manusia-manusia misteri’ adalah bayangan sofea.
To Teme, GOODJOB bro ! Anda berjaya membuat saya merasa kembali perasaan membara untuk meneliti tiap satu patah perkataan tanpa skip. Penulisan genre seakan sama dengan RAM. Which is good for me to hook more page by page 👏🏻
"Dia sentiasa rasa insecure dengan kejayaan sendiri. Dia tak percaya semua tu terjadi atas usaha dia. Dia sentiasa rasa gelas dia terlalu kecil untuk tampung air yang banyak."
Bayang Sofea mengisahkan tentang Sofea yang berdedikasi dan bekerja keras di sebuah syarikat RICE. Dia mahu hasil usahanya dikenali dan lebih penting, dihargai oleh pegawai-pegawai atasannya. Danny, rakan sekolah lama Sofea, kembali dalam sebuah pertemuan yang tak disangka, disamping masing-masing cuba untuk lari dari masa silam mereka.
Menarik buku ni, plot yang tersusun cantik, penerangan mengenai personaliti Sofea yang terperinci. Cuma aku rasa masih ada persoalan yang masih menjadi misteri pada akhir buku ini. Yang lain semua ok. Ada orang kata buku a bit 'calm' untuk mereka. Tapi bagi aku, buku ini ada 'heavy' dia yang tersendiri. Perasaan aku je ke? Mungkin?
PS: Aku rasa watak macam watak Jess ni macam cliché villain dalam buku-buku Teme 😂
The ending got me 😭🙃🤨🧐🤯🤯😤. Habis je baca terus aku pergi baca teori-teori ending untuk novel ini.
Mengisahkan Sofea seorang pekerja korporat di sebuah syarikat RICE dan Danny seorang petinju professional. Bagi mereka untuk capai ke tahap yang tinggi tu, dorang ada gunakan ‘khidmat’ organisasi gelap. Ikut je apa suruhan organisasi tu then dorang akan dapat apa yang dorang nak.
Tapi ofc la ada plot twist. Betul ke organisasi tu wujud ? Siapa Sofea sebenarnya ? Danny tu pulak betul betul ada ataupun watak yang ‘diciptakan’ salam bayangan Sofea sahaja ?
Kesimpulannya novel ni best gila. Tak tahu kenapa aku peram lama sangat dan rasa was-was nak baca. Mungkin sebab aku tak suka KTDD jadi aku takut nak start buku ni. Aku suka cara Sofea ‘melawan’ Jess. Aku jugak suka bila Teme ceritakan pasal organisasi tu.
Overall best gila! Ending tu memang buatkan aku terfikir fikir. Worth the hype!!