Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komando #4

Callsign: Enigma - One & Only

Rate this book
“AJ... lari... selamatkan diri.”
Hampir setiap malam dihantui igauan buruk itu. Saban malam juga dia terjaga
ketakutan. Emosi jadi berantakan. Bingung dan melemaskan jiwa. Lalu, apa
yang berlaku sebenarnya?
Bila terselamat daripada satu penculikan, kesedaran mula timbul. Dia
tidak boleh berdiam diri lagi. Dia harus mencari jawapan atas setiap
persoalan. Merungkai teka-teki yang bertebaran.
Hanya seorang yang mampu membantunya memecah segala kebuntuan.
Insan yang menyelamatkannya pada malam itu.

Mejar Adam Luqman. Patriot. Berdisiplin tinggi. Enigma.

Berada pada suatu masa, tempat dan keadaan yang salah membawa dia
mengenali seorang gadis yang dipanggil, AJ. Atas dasar tanggungjawab, dia
menyelamatkan gadis itu.
Namun pertemuan yang bermula dengan sesuatu yang manis, akhirnya
membuka lebih banyak halangan dan cabaran yang meragukan.
Bagi Luqman dan AJ, apabila gagal dalam perjuangan, bukan alasan untuk
mereka terus menyerah dan berputus asa. Kemenangan itu pasti memihak
pada mereka yang percaya.
“Ada kalanya manusia memakai banyak jenis rupa. Jangan mudah tertipu dengan apa yang ada di depan mata.”

548 pages, Paperback

First published May 10, 2024

4 people are currently reading
35 people want to read

About the author

Dhiya Zafira

23 books192 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (56%)
4 stars
19 (37%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
July 1, 2024
Rate: 4.5⭐️

Saya sukaaa buku yang keempat ni. Walaupun buku ni kurang action and more to romance, aku rasa mcm romance dia tu takdalah over sangat. Idk la tapi aku suka yang relationship FL dan ML tu tak rasa mcm forced dan dia mcm flow dengan cantiknya walaupun tidaklah manis bergula hahah 🤣

Buku ni pun such a page turner, sbb bila start je terus hooked then rasa nak habiskan terus. Fuhh 😮‍💨 Ada twist here and there, but i kinda expected that. Takpelah yg tu, yg pntg saya suka jalan ceritanya. Dan of course perangai 5 sekawan ni mmg la buat aku terhibur 🤣 but at the same time jealousnya nak jgk ada friendship yg mcm tu. 🥹 FL kalini aku rasa mcm strong sikit daripada FL karakter lain, sbb dia tak terlalu ikut emosi dan dia tahu apa yg dia nak buat. 👍🏻👍🏻 Love AJ so much, dahlah nama pun cantikk 🙊Cuma part yg kurg sikit, ending for the villain tu tak puas hati. Huhu. 🥲

Part the reason why Luqman tak suka dipanggil Luke tu comell hahahha, not expecting that actually 🙂‍↔️ Setakat ni Rif masih di tangga yang teratas, tapi Luqman terus naik tangga kedua drpd 5 sekawan ni. Hahahah. 😆 Tgklah cerita Helmi pulak mcm mana nanti. 😌 Btw, tak sbr nak tunggu cerita Hayat jugak 😍 #emptycanvashida
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
May 26, 2024
Of course , Aadya... I'll do anything for you.
.
Jujurnya, saya tak rasa action adalah major driver of this story. Lebih kepada misteri dan romance. Aksi ada, tapi agak sikit. Plot dan konflik menarik, selit sikit romance dan bromance.. walah!

Beberapa bulan yang lepas, Aadya Juwita telah terlibat dalam satu kes penculikan, dan orang yang kebetulan menjadi penyelamatnya adalah Mejar Adam Luqman. Betullah, jodoh itu datang tanpa disangka-sangka. Penculikan itu adalah titik temu AJ dan Luqman. Namun, mereka terputus hubungan sehinggalah beberapa bulan kemudian, mereka berjumpa semula semasa sesi latihan.

Dilanjutkan kisah, Luqman bersetuju untuk membantu AJ mencari kisah sebenar disebalik penculikannya. Dalam pada misi itu, maka berputiklah cinta mereka. Hah gitew!

Berbanding heroin DZ yang lain, AJ is the best. Walaupun ada degil sikit, tapi tak buat orang rasa nak ketuk kepala dia. Berani pun ya, mungkin sebab kesungguhan mencari kebenaran itu yang membuatkan dia berani walaupun lawannya adalah jantan keparat.

Luqman pada saya agak meh.. tapi masih ML yang green flag, walaupun dia tak tergolong dalam forest green. Dia ni jenis layan AJ ikut angin, kejap angin monsoon barat daya, kejap timur laut. Lepastu tiba-tiba caring. Eh pening aku. Tapi, dia tetap juga nak tolong AJ.. Kalau dah suka, perangai beku tiba-tiba jadi terpaling risau.

Untuk aksi, this story might not be the best. For the plot twist and mystery? Yes! Yes! Yes!

Saya percaya ramai je yang tak setuju dengan ending villains. Patut seksa lebih sikit.

CIA dan CTK masih dihatiku, but this one not bad juga. Recommended.
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
November 6, 2024
Tak berapa best sangat impact dia masa F baca. But okaylah jugak. Ada part yang F rasa slow sangat and mendatar.

Part geng berkumpul memang best. Tapi kalau hanya tentang Luqman dan AJ tu memang slow.

Sorry. Kita tunggu kisah Hayat pulak 😊
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews2 followers
May 29, 2024
Hahahah tak pernah tak kelakarlah 5 ketul ni 🤣 terima kasih Kak Dhiya menghiburkan saya dengan 5 watak hero yg menarik ni plus plus watak hero yg bukan dalam siri komando juga. Walaupun aksinya tak banyak seperti buku yg sebelum ni, tapi masih menarik jalan ceritanya. Tak sangka betul asal gelaran Luke tu dtg dri mana ya. Dengan AJ mcm kartun bak kata Rif. Dengan kuat menyakatnya masing-masing. Aihh dah rasa tak sabar ni dengan buku seterusnya heheh.

P.S: Sya dtg reruai poreng kertas tapi Kak Dhiya dah balik. Sedih tpi takpa, tahun depan ada insyaAllah 🤍 dengan buku baru ya 🤭
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 16, 2024
bila kak dhiya cakap buku ni banyak romance and kurang action so i expect for A ROMANCE tapi tidakk rupanyaa haha romance bagi aku pon masih kurang jugak. progression MC hanya dapat tgok halfway of the story. This story is more with family conflict and drama. Mystery and plot twist yang aku boleh agak sebab typical dendam orang kaya selalu sangat dah baca jadi plot buku ni bagi aku biasa aje.

Agak draggy jugak cerita ni bila 3/4 cerita baru la laju dengan penyelesaian dan peleraian segala masalah hence towards the ending agak rushing dan serabut sebab mcm nak sumbat semua time tu sekali gus.

bila cakap pasal commando series ni mmg takkan lepas dengan elemen damsel in distress. Jadinya, tiada kelainan yang wow sangat untuk series yang terbaru ni. Cumanya heroin kalini which is AJ lebih kuat dari heroin sebelum ni sebab dia pon askar. Watak dia comel macam kartun bak kata Rif. Adam Luqman however sadly aura dia tak boleh lawan kawan kawan dia yang lain lagi bagi aku. Cara dia cool off sampai abaikan perasaan AJ agak annoying haha. Kalau aku jadi AJ, nantak kau la i could never have that level of patience macam AJ🙂

Eddie still my top husband and CIA still hold the best story in the series. Still cerita ni masih menarik untuk dibaca melayan Lima ketul tu punya perangai tingtong ishh lurve gilaa brotherhood diorang and si Luke yang takutkan kucing tapi demi AJ dia belajar untuk hidup dengan makluk comel Tuhan berbulus itu. And aku suka jugak semua dialog yang tak cringe very smooth and very the realistic.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
November 5, 2024
My thoughts?

1. Commando series continues. Macam biasa best gilaaaaa. Buku ni nampak tebal tapi smooth je jalan cerita. Tak draggy dan tak ada unnecessary scene. Pendek kata memang tak bosan langsung. Probably gonna be my favourite among all the series.

2. Ok aku dah jumpa crush baru selain Rif dan Eddie 😆 Mejar Adam Luqman. Dah tukar jadi top one kut haha. Sebab aku suka gila personaliti dia. Rapat dengan adik beradik. Protective brother. Kejap garang, kejap caring. Kejap serius, kejap friendly. Takut kucing haha

3. Female character buku ni AJ aku suka gila. Nasib baik bukan MJ haha. Sebab dia pun askar wataniah jadi takde la lemah sangat. Banyak scene2 lawak dia dengan Luqman. Sengih2 sorang je aku baca. Paling lawak balik naik motor tak perasan pakai selipar bunny 🤣

4. Aku awal2 syak something fishy dengan Tan Sri Ridhwan tu. Tapi rupanya bukan. Banyak la plot twist nak sampai ke ending. Cuma satu, aku tak puas hati dengan kematian Puan Sri Seroja. Eleh camtu je? 🤣

5. Aku terkejut Haq enter-frame. Rasa macam belum pernah lagi dia muncul dalam siri commando. Ke dah ada tapi aku yang tak ingat 🤣
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
October 31, 2024
Okay kalini aku berjaya habiskan buku ke empat dari siri komando karya Dhiya Zafira. Nama Dhiya Zafira ni bukan lagi nama asing bagi peminat novel melayu jadinya kita semua dah boleh agak betapa bestnya penulisan beliau.

Mengisahkan tentang Luqman dan AJ yang berjumpa semula dalam sebuah latihan. Macam mana AJ boleh terlibat dalam latihan ? Yang tu korang kena baca sendiri. Dalam buku ni kita boleh lihat side lain Luqman. Luqman sebagai seorang abang yang protective terhadap adik adik perempuannya. Luqman yang takutkan kucing 😭😭🥲🥲. Disebabkan aku dah biasa baca karya Dhiya Zafira jadi aku macam dah boleh agak plot twist dalam buku ni.

Dari segi plot macam biasa memang best dan fast paced. Takde satu scene pun yang aku rasa meleret dan melelahkan. Baca baca eh tau tau dah sampai penghujung cerita dah 🥲. Dan satu lagi apa yang aku suka tentang buku buku Dhiya Zafira ni, beliau selalu masukkan watak dalam novel lain sebagai cameo jadinya dapat lah lepaskan rindu terhadap watak watak tersebut 🥹. Dalam buku ni Rif banyakkk sangat muncul dan watak lain selain geng komando pun ada 🫣. Nak tahu siapa, korang kena baca sendiri.

Overall best dan wajib baca especially kalau korang memang ikuti siri komando dorang ni. Tolak satu bintang sebab scene sebagai suami isteri sikit sangat 😖😖😖

Edited: Btw AJ ni heroin paling best out of all heroin dalam siri komando 🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻

4/5 🌟🫶🏻
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
January 16, 2025
Yeayy.. lengkap sudah 4 siri komando daripada penulis! Semua best dan punya cerita 'suka dan duka' tersendiri. Walaupun saya bermula dengan siri yang ketiga, gigihlah beli dan baca semua sebab nak bagi faham macam mana kaitan diorang ni semua. Bermula dengan kisah Hayyan Rifqi dengan Afiqah Najwa, Najmi Hariri dengan Auni, Eddie Suffian dengan Aufa dan yang terakhir setakat ni, Adam Luqman dengan Aadya Juwita a.k.a AJ. Tinggal kisah Helmi dengan Liza je takde lagi. Tapi dalam novel ni ada bagitau yang diorang dah ada anak lelaki bernama Mika. Baru berusia 3 tahun dan agak pelat sikit. Alahai, comelkan!

Tak sabar nak baca kisah Hayat dengan Adriana. Hayat ni adik Eddie dan Adriana pulak adik Luqman. Penulis ada bagi hint kat 2 muka surat terakhir. Terima kasih kakak penulis sebab tulis cerita best tentang askar dan komando khususnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
797 reviews229 followers
September 27, 2025
4.5 stars

omg best???????

I've read DZ's works before, but this is my first time reading her action romance books. Lepas tutup je buku ni I terus check website library to check buku DZ apa yang available, pastu terus siap and drove to the library to get them (ok sebenarnya also bcs due date kena pulang buku ni is also today so memang kena pergi library pun lol)

Luqman and AJ punya characters individually best, the way their relationship develops pun best, interaction between the the main leads and the side characters/cameos pun best and tak cringe at all (unlike the other army-based series 👀). Betul-betul buat I rasa nak baca buku diorang ni pulak. I tolak 0.5 only because I can already tell who the villains are.

Tak sabar nak baca cerita Hayat and Adriana.
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
June 12, 2024
TAJUK: CALLSIGN : ENIGMA by DHIYA ZAFIRA
•••
📌 PAGES: 539
📌 TROPE: strangers to lovers
📌 AGES:
Luqman: 35 tahun
AJ (Aadya Juwita): 27 Tahun
•••
𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐎 𝐒𝐈𝐑𝐈 - 𝟒
Buku ni dlm series tapi nk baca standalone pn boleh je cuma better baca novel sblm2 ni kalau nk tahu kisah kawan2 Luqman (Rif, Jimmy, Eddie, Helmi)
•••
Akibat berada pada suatu masa, tempat & keadaan yg salah membuatkan Luqman, seorang tentera komando mengenali seorang gadis yg dipanggil AJ yg ketika itu diculik. Atas dasar tanggungjawab, dia telah menyelamatkan gadis itu.

Siapa sangka yg mereka akan bertemu buat kali kedua,6 bulan kemudian & ketika itu AJ merupakan seorang askar sukarelawan. Walaupun sudah berbulan, tetapi AJ masih belum tahu siapa yg menculiknya & dia harus mencari jawapan atas setiap persoalan. Hanya seorang yg mampu membantunya. Insan yg telah menyelamat dia sebelum ini, iaitu..

𝙈𝙚𝙟𝙖𝙧 𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙇𝙪𝙦𝙢𝙖𝙣..
•••

♡ Weh nak jerit ! NOVEL NI BESTTT !! Cuba bayangkan novel sampai 2 pm, 11 pm saya start baca and 4 am dh hbis baca 🤌🏻 serious bila start baca xboleh nak stop. Sedar-sedar je dah hbis mcm tak puas lah sebab nak lagi !! 🫠

♡ Walaupun ni novel aksi, tapi bnyk jugak scene yg buat saya nk tergelak. Kalau yg mmg follow commando series ni mesti tahu betapa sengalnya geng diorang ni 😝

♡ Diorang mmg asyik menyakat Luqman je dari Luqman single sampai la Luqman kenal AJ. Nampak Luqman sembang dgn AJ pun diorang sakat 😂 Geram je tau perangai sorang2 😭😂

♡ Pastu tak boleh blah la Rif smpai ke novel Luqman duk obses dgn bini dia 😭 Tengah sembang topik random tetiba kaitkan dgn bini dia 😂 Untung la Afi saya sangat jeles ye 🤺

♡ Saya suka watak AJ dalam ni sbb sangat berdikari and tak lemah. Perangai dia pn menarik tau mmg unexpected kadang kadang sampai Rif cakap AJ ni mcm kartun 😂 Luqman pulak sangat matang and protective. Chemistry diorang mmg 🔛🔝

♡ Luqman takut kucing weh lawak gila setiap kali scene dia dgn kucing. Tambah dgn kawan kawan dia jahat suka menyakat 😭😂 nampak je gagah, berani dgn king cobra tak takut, sakit teruk mcmna pn boleh tahan tapi kalah dgn kucing 😂 AJ ada kucing tau, lawak je tgk dia bitter dgn kucing AJ 🤏🏻

♡ Dalam ni banyak watak2 dari novel kak dhiya yg lain. Rasa excited jumpa watak yg saya kenal. Paling tak sangka watak sorang tu muncul hujung2 cerita 🫣

♡ Oh dalam ni ada Hayat juga. (Adik Eddie). Comel pulak la tgk Hayat dgn Adriana (Adik Luqman). Tak sabar la nk tggu cerita Hayat ❤️ Saya suka watak Hayat hehe
36 reviews
June 1, 2024
CSE.

Penulisan Kak DZ kali ni lebih kemas, santai, natural & NAKAL.😁
Susunan plot kemas. ada tag throwback & current situation at the same time supaya readers tak lost bila beralih ke plot seterusnya dan xperlu nak selak belakang balik utk fahamkan story.
Elemen persahabatan dan kekeluargaan ni memang identiti penulisan Kak DZ. Part romantis dalam CSE kali ni memang amat menggetarkan jiwa ye. 🥰
Mungkin kerana Luke ni jumpa cinta di usia yang matang, jadi percintaan yg digambarkan adalah percintaan yg matang. Kak DZ berjaya buat reader mcm aku ni bygkan Luke ni lelaki perfect 10. sebab apa perfect 10, sebab dia anak yg baik buat ibu dia. abang yg baik, protective dan bertanggungjawab buat adik2. dan sudah semestinya bakal suami yg kuat, berani (wlu takut kucing) dan sweet. Luke digambarkan dgn baik sebagai man of words.
plot2 scene Luke dgn AJ terlalu manis, sampai letih nk tersenyum. ada baris ayat yg aku terpaksa repeat 2,3x sebab terlalu bergetar tulang rusuk ni. hahaha. baca sampai blushing. dah kalau aku blushing dgn Luke, apa lagi AJ yg mmg dgn Luke tu😅. YES he’s charming.
AJ, dia ni aku rasa heroin yg kuat sebab dia digambarkan seorang yg well educated, tabah, berani, smart & FUN of course. sbb berjaya keluarkan sisi comel Luke.
konflik2 yg x terlalu komplikated, jadi hati readers pun x libang libu nak geram dgn watak antagonis. plot twist pun blh tahan. sbb aku hampir2 fikir PS Seroja komplot dengan PS Marina dalang segala konflik. (spoiler sikit)
wlupun ending utk konflik aku rasa mcm rush tapi xpelah. sbb hakikat sebenar kita nk baca pasal Luke dan AJ je kan.😁
Last but not least, yang buat aku rasa CSE ni special n kenapa dia kena muncul pada PBAKL24 ni, sebab kak DZ bt reunion semua hero2 charming dia dlm ni. selain 4 lagi komando yg mmg pendokong utama dlm semua siri komando yg lain kak DZ buat kemunculan istimewa Haq, Sid dan pastinya Hayat Zidni yg xpernah x muncul dalam setiap cerita kak DZ. how i think he’s so special + mysteri actually😆
Actually, aku jarang review buku ni. kali ni aku buat. even aku rasa buku Kak DZ which is CTK & NBF was the best. aku rasa aku terpaksa ltk CSE on top among buku2 kak DZ sbb penceritaan yg kemas dan matang seiring dengan kematangan yg digambarkan buat Luke tu sendiri.😉
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
May 31, 2024
Awal-awal lagi aku suka bila penulis dah tulis siap-siap buku ni kurang aksinya. Which is sangat betul…kalau nak dibandingkan dengan buku commando series sebelum ni.

Tapi aku nak puji dari sudut teknikal - naratif, olahan sangat sedap dan lebih kemas. Bahasa walaupun santai tetapi pada bahagian tertentu tinggalkan kesan juga dekat aku yg membaca terutamanya bila Lukman berbicara soal jodoh, kehidupan dan kecukupan..fuh, aku rasa matang betul hero penulis kali ini. Dialog yang dilontar pun cukup kemas dan padat..tak ada masa nak rasa cringe ye.

Penulis baru kena belajar macam mana nak develop dialog untuk lelaki matang dari penulis. Ini barulah betul, watak lelaki 30an bercakap ada lenggok kematangannya.

Watak heroine AJ - aku suka kali ni penulis bina heroine yang matang walaupun ada sedikit kartun bak kata Rif. Kartun pun pandai memegang senjata api dan berlawan ye. Nampak sepadan lah dengan Lukman.

Jadi plotnya of course la berkisar sekitar hidup AJ yang mana Lukman lah knight of shining armornya. Plot twist demi plot twist yang berlaku tentang hidup AJ ni..AJ ni smart woman yer nampak je macam buat tak kisah tapi percayalah dia bijak berlakon..

Aku rasa buku kali ni lebih sesuai dipanggil mystery- romance lah sebab aksi nya agak sedikit. Dan aku tak boleh demand aksi banyak macam buku dulu sebab penulis dah cakap awal2 kan aksinya kurang.

So aku bagi 4 bintang sebab aku suka & worth my money and time.
Kurang 1 bintang sebab ending tu aku rasa terlalu sekejap tapi tak beri kesan teruk pun pada jalan cerita. Jalan cerita keseluruhan sangat sedap bagi aku.

Oh ye, penulis juga masukkan cameo watak-watak dari novel dia yang lain sekali dalam buku ni. Yang 4 ketul Jimmy, Helmi, Rif & Eddie tu memang wajib la. Tapi ni…watak-watak dari novel lain pun ada memeriahkan suasana.

Dan apa yang aku suka dengan garapan Commando Series dari penulis ni ialah…penulisan dia tentang anggota komando sangat bersahaja. Takde lah setiap masa nak kena sebut watak tu komando..tidak. Untuk itu…aku paling suka penulis ni menulis konsep cerita sebegini.

Tahniah Kak Dhiya.
Saya tunggu cerita Hayat pulak ye.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
June 14, 2025
[BOOK 16_2025]

Callsign: Enigma by Dhiya Zafira.
.

Okay, kalau tak silap, ni buku terakhir dalam Komando Series la kan?
.

Seperti yang penulis katakan, buku ni more romance and less action.
.

Dan buku ni pun macam slow burn romance la.
.

Dulu, Luqman pernah selamatkan AJ dalam satu kejadian penculikan. Kebetulan yang tidak disengajakan. Sekarang, AJ muncul kembali dalam hidup Luqman.
.

Orang cakap watak Luqman ni tidaklah outstanding sangat, tapi watak AJ sebagai heroin, aku suka. Sebab dia pun trained sebagai askar wataniah. So, sepadan la dengan abang komando.
.

Dan macam biasa, yang best ialah persahabatan geng komando tu.
Profile Image for Athirah.
48 reviews1 follower
July 4, 2024
Saya tak puas hati sebab kenapa pendek sangat??! Hahaha. Tahu-tahu je dah sampai tiga per empat buku. Pastu ehh habis?!!

Luqman ni sejenis smooth talker yang hati beku. Tahu-tahu dia drop je ayat yang boleh buat kita blushinggg.

AJ pun lurveeee sebab dalam dia hesitate nak cakap ke tak nak, dia akan still cakap and communicate apa yang dia rasa or fikir. Communication is the key gituhh. And saya lurveee mature romance (mature as in perbualan dan konflik tu matang. Bukan gaduh budak-budak dan bukan scene 18).
Profile Image for Elurine.
91 reviews2 followers
October 8, 2024
Expectation saya agak tinggi utk buku ni sebab lagi tiga buku utk siri ni bestttt tapi tidak utk cse. Jalan cerita yg agak klise, ending pun mcm tergesa gesa. Tapi apapun dapat lepaskan rindu dgn kisah 5 komando tu.

Yg pasti tak sabar nak baca kisah hayyat! Semoga penulis diberikan idea yg melimpah ruah dan dpt tulis cerita yg best, menarik dan kebaboom. Sbb bagi saya cerita penulis mmg besttttt cuma cse ni je 🥲

Buat yg baru nak baca, pls lower your expectations :)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.