Sula, Daxia, Jaivad dan Basilius berkelana ke Benua Hujan atas pesanan Asclepius yang telah menghilangkan diri bersama Kesturi yang cedera parah dalam pertempuran di Gunung Batu Kuning. Misi mereka kini adalah memusnahkan gergasatwa yang bersarang di Pancakara dan untuk menyampaikan khabar duka tentang kecelakaan yang menimpa Kesturi kepada ibunya, Garuda perempuat pembuat peta.
Persahabatan wira-wira Buana Sepi diuji dengan pilihan antara cinta dengan setiaa kawan, kebebasan dengan tanggungjawab. Bolehkah mereka pulang ke kampung halaman jika gagal menghalang malapetaka yang akan membinasakan tempat mereka kembali?
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Termenung lama betul ya, tak tahu nak review apa tahu sebab no words haha.
Saya cuma nak angkat bendera putih sebab kalah dengan emosi. Tolonglah T-T
Yes I agree buku keempat ni memang penuh dengan aksi dan emosi, dua benda yang memang tak patut berjalan bersama. Sebagai seorang pembaca dari buku pertama sehingga ke akhirnya, pastilah kita mahukan closure yang indah-indah.
Dan untuk Basilius dan Sula, saya memang ada lagu khas untuk kamu berdua:
🎵Just between us, I remember it (Just between us) all too well Wind in my hair, I was there, I was there (I was there) Down the stairs, I was there, I was there Sacred prayer, I was there, I was there It was rare, you remember it all too well🎵
Saya bayangkan wajah Arwen untuk Iolanthe, Aragorn untuk Jaivad, Prince Caspian untuk Basilius, Susan Pavensie untuk Sula dan Edmund Pavensie untuk Erali (hehe berangan itu percuma)
A mad respect for all fantasy writer and to Kak Sri 🫡 Terima kasih untuk penulisan buku ini.
Buku ini menemani saya masa zaman universiti tahun ketiga sampailah sekarang setelah dua tahun bergraduasi dan bekerja. Satu tempoh yang sangat lama dan ada rasa nostalgia-nya. Rasa dia macam... lain sangat rasanya bila ini buku terakhir untuk siri ini.
Setuju dengan review lain, ada beberapa plot yang boleh dikembangkan lagi.
...Kebebasan ditentukan oleh apa yang dirasai oleh jiwa dan apa yang ditaakul oleh pemikiran. Kebebasan tidak bermaksud manusia itu lepas daripada tanggungjawab.
Let me heal myself after reading this.
Spoiler alert 🚨🚨🚨🚨 Jangan turun bawah dah kalau tak suka spoiler
Sebenarnya saya rasa buku ni bakal ada sambungan lagi atau kalau tak ada pun, saya harap Kak Sri buat satu buku sahaja untuk penutup kisah Basilius dan Sula. Kisah Jaivad dan adik-adiknya juga. Kesturi dan Daxia pula bagaimana?
Nak sangat tahu apa yang jadi dengan ibu Basilius, kemudian epilog tu makin tambahkan lagi teka-teki. Sedih dan sangat geram rasanya lepas baca ending buku ni.
Saya ingat ada proper closure untuk Kheltrai dan Ascelpius, sebagaimana kisah Kronikel Empat Bahtera memang sebenarnya perlawanan antara yang hak dan batil maka saya memang mengharapkan pengakhiran kemenangan berpihak kepada siapa.
Sejujurnya saya rasakan buku ini lebih ke open ending, dan untuk kisah fantasi, ending sebegini memang buatkan saya sakit hati dan nak makan buku ni haha.
Banyak sangat kisah yang masih belum terjawab. Saya perlukan lagi untuk pengakhiran kisah yang tergantung antara watak-watak ini.
I'm greedy, yes because please I want at least a proper closureeeee.
Siri #kronikelempatbahtera sampai ke penghujung kembara. Aku, sebagai seorang pembaca yang mengikuti kisah ini dari awal, puas hati dengan penutupnya.
Rasanya siri ini memenuhi citarasa imaginasiku. Benua-benua diciptakan dengan penuh teliti, watak-watak berkembang seiring dengan peristiwa yang berlaku. Setiap watak yang wujud, memberikan kesan kepada jalan cerita ini. Aku suka semua watak yang ada. Yang jahat pun aku suka sebab memang kejahatannya mengundang sumpahan.
Apa yang menarik dalam siri ini, setiap benua mempunyai keunikkan yang tersendiri. Mereka dibezakan dengan bahasa, adat dan budaya. Bila aku baca cerita ni, aku boleh bayangkan perbezaan tersebut.
Buku ke-4 dan penutup ini, berjaya mengumpulkan semula watak-watak penting dari buku pertama hingga ketiga. Mereka semua diberi peranan dan penampilan yang seimbang.
Sula, Basilius, Perdita, Jaivad, Hassid, Daxia, Kesturi, Garuda, Sulung, Asclepius, Emery, Naga-naga Tiberius, Rajawali dan Lang Kenit. Semua watak ini dan banyak lagi akan huru-harakan emosi kita sepanjang pembacaan.
Sedikit sinopsis buku ke-4 : Daxia dan rakan-rakan, sudah mengetahui rancangan jahat yang tersembunyi di sebalik gunung itu. Mereka perlu bertindak cepat untuk menghalang malapetaka yang bakal terjadi. Rancangan dan bantuan dari segenap golongan ditagih untuk menghentikannya. Namun, apa yang terjadi kepada Kesturi perlu dikhabarkan kepada ibunya Garuda terlebih dahulu. Pakatan mereka perlu dibahagikan, sebahagian mencari maklumat, sebahagian menemui Garuda dan sebahagian lagi cuba mendapatkan pertolongan untuk menguatkan serangan mereka nanti.
Kisah ini akan bergerak pantas dan emosi aku terus terumbang-ambing. Hanya yang teguh akan terus sampai ke akhirnya.
"Hidup ini sudah tertulis jalannya untuk kita. Pilihan-pilihan yang kita buat juga telah tertulis. Air matamu yang gugur ini juga telah tertulis di mana tempatnya gugur. Sehalus itu Tuhan menentukan bagi kita. Kau yang ceritakan itu kepadaku pada malam kita bertemu semula."
Setelah peristiwa di Gunung Batu Kuning, Sula, Jaivad, Daxia dan Basilius kini berkelana pula ke Benua Hujan. Di sana mereka dalam misi menghapuskan gergasatwa yang bersarang di Pancakara. Perjalanan mereka menemukan mereka dengan Garuda ibu kepada Kesturi. Dan dengan bantuannya mereka bakal melaksanakan misi mereka.
Naskah ini lebih laju penceritaannya berbanding naskah sebelumnya. Dan lebih lancar. Juga sebuah naskah yang sarat dengan pelbagai jenis emosi. Sedih, gembira, takut, berdebar, puas hati semuanya diadun dengan baik dalam naskah ini. Semua perasaan ini berjaya disampaikan dengan baik.
Ada beberapa babak-babak pertarungan yang membuatkan SH rasa puas hati dan padan muka dengan orang jahat. Bila ada babak-babak di mana orang/makhluk jahat terkena tikaman terus keluar perkataan padan muka dari mulut SH. Rasa dah macam tengok tayangan gambar di mana kita ikut berpuas hati bila si jahat ditimpa bencana.
Sula adalah watak yang paling SH rasa kasihan. Dari naskah yang pertama membawa ke naskah yang terakhir, banyak betul penderitaan yang dia alami. Baru nak mengecap erti kegembiraan, ada sahaja cubaan yang perlu dilaluinya.
Walaupun SH rasa kelakar dengan gelagat Senja si naga bongsu, namun SH juga kagum dengan kecekalan hatinya untuk menyahut seruan semboyan Basilius walaupun dengan penuh kepayahan.
Kehadiran Perdita ke Giri Bara sememangnya menukar matlamat mereka ke situ. Tapi SH memang puas hati dengan pendekatan yang mereka ambil untuk menamatkan ancaman gergasatwa buatan itu.
Sememangnya ini satu penamat yang ditunggu-tunggu untuk siri ini. Dan ternyata penantian ini sangat-sangat berbaloi. Sebuah penutup yang sangat cantik meskipun meninggalkan seribu satu rasa buat SH setelah menghabiskan pembacaan.
Novel keempat dan terakhir dalam siri Kronikel Empat Bahtera - kemuncak kepada saga epik yang telah dibina dengan begitu teliti sejak Puteri Naga Tiberius.
Dalam novel ini, Sula, Daxia, Jaivad dan Basilius berkelana ke Benua Hujan atas pesanan Asclepius yang telah menghilangkan diri bersama Kesturi yang cedera parah dalam pertempuran di Gunung Batu Kuning. Misi dorang adalah untuk memusnahkan gergasatwa yang bersarang di Pancakara dan menyampaikan khabar duka tentang kecelakaan yang menimpa Kesturi kepada ibunya, Garuda perempuan pembuat peta.
Persahabatan wira - wira Buana Sepi ni diuji dengan pilihan antara cinta dan setia kawan, antara kebebasan dan tanggungjawab. Di tengah - tengah ancaman malapetaka yang bakal membinasakan kampung halaman dorang, persoalan besar timbul: masih bolehkah dorang pulang misal kata dorang gagal menghalang kehancuran itu?
Watak - watak dalam buku ni mencapai kematangan yang mengagumkan. Sula, sebagai tabib dan pemikir, menjadi nadi moral kepada kumpulan wira. Daxia, srikandi dari Timur, memperlihatkan kekuatan dan kelembutan dalam 1 tubuh. Jaivad, hulubalang yang setia - bergelut dengan dilema antara tugas dan perasaan. Basilius, putera mahkota yang telah melalui transformasi besar sejak novel pertama, sekarang menjadi simbol kepada kepimpinan yang lahir dari penderitaan dan pengorbanan. Dinamika antara dorang bukan sahaja memperkaya naratif, tapi juga membuka ruang kepada renungan tentang makna persahabatan, tanggungjawab dan pengorbanan yang lebih mendalam.
Usai pembacaan, aku rasa siri kronikel ini adalah karya yang benar - benar menakjubkan. Ia merangsang pemikiran dan emosi secara serentak - tentang peranan individu dalam menghadapi ancaman kolektif, tentang keberanian untuk menentang arus, dan tentang nilai - nilai yang harus dipertahankan dalam dunia yang sedang bergolak. Ia adalah khazanah sastera Melayu kita yang patut diteliti bagi mereka yang minat sastera Melayu.
Kronikel ini berjaya menempatkan Kak Sri sebagai satu - satunya penulis wanita Melayu kegemaran aku. Aku benar - benar kagum dengan gaya naratifnya yang sentiasa hidup, bernafas dengan emosi dan pemikiran.
I had high hopes that all the characters and their "super pets" would meet in the finale to join forces. After all, why would we be introduced to some new characters but only to sniff them from afar if they were not going to reappear in the final battle, right?
I can't deny my disappointment to not see the pien-fu as a full-grown animal, for instance, in this final book. I secretly hoped to see some of the characters that were important in Sulahanen's life before she went to explore the world, reappear. Sadly they were all written in the past and remained there.
Well, with all those unfulfilled hopes aside, let me be fair and sensible now and write down what worked for me in MBS.
1) How to ride a dragon - this chance was missed before but the author manages to compensate that here, with good enough details. Good job, SRMY!
2) Fighting scenes - not as badass as book #3, but I really like how the author used Arya Stark's dagger trick in one of the fights (if you know, you know). It's a tricky scene to write (IMHO), but she did it effortlessly.
3) Hell hath no fury like a woman scorned - what a satisfying feeling to see a mother trying to avenge her son's death by doing what she did. YES!
4) I was really surprised that Basilius finally made that intimate but dangerous move to express his feelings to Sula, and I have to admit it's kind of a guilty pleasure for me (haha, you naughty!).
5) I know that it was too much for me to have hoped for a time-travel element in Qalam Kalbu. While that remains to be my own fantasy forever, I'm happy to report that time travel has been successfully incorporated here with a convincing arc. I was ready to accept the sad fate for Sula and Basilius, but what a nice surprise in the end.
Last but not least, I really wouldn't mind if this final book is thicker than it is now because there are so many potential subplots. Just like Harry Potter's novels getting thicker with each sequel, I'm pretty sure for us SRMY's fans, we love to read more and more from her.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penutup Kronikel Empat Bahtera yang indah. Bercampur baur perasaan apabila menghabiskan patah perkataan yang terakhir dalam siri ini. Saya amat berharap akan ada sambungan dan penceritaan yang lebih mendalam bagi watak Sula atau Sulahanen, watak yang paling banyak berkorban dalam siri ini. Semoga berjumpa lagi Sula. Semoga Puan Sri Rahayu Mohd Yusop terus dikurniakan ilham menghasilkan cerita yang indah-indah.
Sedih sebab naga tib mati😭saya dapat rasa kesedihan cov. Untuk buku ni, memang mampu membuatkan emosi saya terumbang-ambing. Tapi yang part sula yang last tu macam boleh buat 1 buku lagi je kak sri, hihihi. Semoga kak sri boleh tulis banyak lagi buku yang macam ni, saya suka buku yang tak logik macam ni, hahahaha
A big thank you to PenerbitX for the book & of course to madam Sri, for making me believe that there's still hope in Malaysian Fantasy literature ♥.
Alas, the last installment of Kronikel Empat Bahtera has come to an end. It started off with the journey of a young girl name Sula who wanted to be free from responsibilities, free from being a slave, exploring the world as a free woman. Until she met Basilius & the dragons of Tiber, the siblings of once a famous puppeteer where she bonded friendships and realising a family she never had before, in Hadrah.
In the 3rd book we found out she expand her skill as a healer & helped in another war between the evil works of an elf - Kheltrai (bunian) VS the people of Chunqing and now she ended the war along with her friends & some sacrifices made through.
Sula, however was never a main character in the story (imo) but at the same time her existence was just as important to the plot. Of course through out all the books, we explore the r/s on family, friends & the strong bond between their animal companions. The moral of the story we can find here is - to never escape from our responsibilities that is fated to us.
What intrigues me was the fact that these characters were from different parts of the world, and they speak different languages. As a linguist fan and a bilingual myself, it's interesting to see characters trying to communicate with one another using what knowledge they have of one's languages for the others to understand. Growing up in a multilingual country, it feels represented to see the MC speaking and struggling to understand the languages they barely know. On top of that, they're prepping for a war. Language is important.
Daxia is literally me when i try to understand other languages but knowing she's a Srikandi - action speaks louder than words anyway. Slaaaaay 🗡💅. Hence, that's when Perdita came in, she act as the translator for Basil, Sula, Jaivad, Daxia & Garuda. Of course, Asclepius - the all knowing elf foreseen this. Requested Perdita helped to be miss translatorrr.
More and more I'm a fan of Perdita because not only she translates languages, she also understood animal languages and was able to translate it as well. Talk about power!!!!
Not to forget mommy Garuda on her way to avenge her son's death. And she has a friggin eagle as her animal companion. And yall know about eagles, they're savages. We have momma bear but have you ever seen an eagle mom going on a rage mode??? Queen Garuda for you 💅👑
Next, I do wish some instances in the novel we can take it slow & time to mourn for the loss ones. I felt like I didn't get enough mourning for the characters that play as important in the story. I just felt it was quickly swept under the rug and have to move on immediately, which was a bummer to me.
Lastly, let's talk about the timeline in the book. I read a lot of european/western fantasy. Having a setting that is dated back in the olden days we know very well to travel from one place to another takes time. Even with the help of dragons & horses, i feel going to another place takes an ample amout of time - we're talking days turned to weeks. But the event happened so fast, less than a week, i just felt like it didn't make sense at all, not one bit. Overall, I'm sad & happy at the same time this series has finally come to an end. I do feel like it could've have been written better in parts of: mourning for the loss ones/showcasing more interactions between the MC & their animal companions. Those scenes hit home.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1. This was the last book for Kronikel Empat Bahtera, I supposed? Aku memang peminat series ni sebab aku kan hantu fantasi. Macam biasa penulisan padu, storyline dan plot smooth, world building was good. Cumanya buku last ni bagi aku main emosi lebih sikitlah.
2. First of all, aku sangat excited untuk buku last ni sebab semua Avengers... Assemble! 🤣 Semua watak dari buku 1-3 checked in dalam buku 4 bergabung dalam satu misi menyelamatkan Benua Empat Bahtera dari seekor bunian bernama Kheltrai yang telah gone berserk.
3. Ada bau2 love triangle sikit antara Sula, Jaivad dan Basilius. Basilius macam biasa masih setia dan mengharapkan Sula pulang ke Tiberius and be his queen. Tapi kau faham2 jela Sula tu jenis macam mana. Sejenis spesis Eren Yeager, the girl who seek freedom 😆
4. Favourite scene aku masa Perdita down sebab tak boleh ikut last mission bersama semorang. Tiba2 dia terjumpa naga bongsu yang tertinggal dalam mission jugak tu. Terus dia bawak naga tu fly join mission. Kagum aku.
5. Kenapa mesti ada part yang mendera emosi aku. Sedih siot. That was unacceptable. Dah la dia ada dari buku 1. Huwaaaaa Tibb 😭😭😭😭😭
6. Tak cukup dengan tu Perdita tiba2 ada attachment dengan baby2 gergasatwa. Dalam pada duk kalut tu, Kheltrai datang dan Jaivad nak protect Perdita dari serangan Kheltrai, and you know what happened next 😭😭😭😭😭
6. Aku ada mixed feelings dengan ending dia. Some part was happy, some was not. Happy sebab dapat tahu yang Kesturi masih hidup. Tak happy sebab Sula end up macam tu 😫 Tapi epilog dia tu macam sesuatu je. Part yang Sula mimpi tu. Hmmm 🤔
Sangat "emotional damage" untuk buku penutup kronikal empat bahtera. Epilog membuatkan saya ternganga dalam diam. Mungkin boleh buat novel "spin-off" untuk setiap watak selepas kejadian MBS nanti. Apapun sebuah karya yang baik dan menarik daripada seorang penulis yang berbakat besar.
What an ending! Ia berjaya buat aku terkelu barang seminit dua. Sebagai pembaca setia dari siri 1, aku hormat pengakhiran kisah ni. Penulis berhak mencorak penamat cerita selayaknya yang beliau inginkan, atau imaginasikan. Kita sebagai pembaca, selain kritikus, wajar juga meraikan.
Minus 0.5 ⭐ sebab aku peminat terberat Jaivad dan Sula. Yang mana dah baca pasti tau, dan yang bakal membaca akan tau. Keseluruhannya, kesabaran aku menanti serta menelaah kronikel ini terbayar, dan aku berpuas hati.
“Aku tahu erti sebenar menjadi sebahagian daripada satu keluarga.”
Penceritaan yang di ulang kembali tetapi di tambah dengan lebih details lagi. Sambungan cerita sebelum atau selepas nya. Pelik juga apabila Perdita tak ikut sekali di alam awal cerita ini tetapi plot twist nya cerita ini memang memerlukan kan Perdita. Penulis sudah memahami bagaimana watak dan perwatakkan masing-masing. Aku pun tak boleh agak permainan penulis ini. Kagum dan memang tertarik dengan jalan cerita di karya kali ini.
Di susun dengan indah, jalan cerita tak membosan, penuh dengan aksi, muslihat dan air mata serta emosi. Pertemuan semula secara besar-besar di karya kali ini. Hampir jatuh air mata aku di scene yang sedih. Sayu betul bila baca untuk kali kedua.
Kematian Naga Tiberius dan kata-kata daripada Basilius kepada Emery.
Penutup yang sangat beremosi. Berat sungguh dada ini yaa. Buku pertama aku beli di Kilang Bateri, Johor Bahru tahun 2018. Buku terakhirnya, aku beli di PBAKL 2024, WTC, Kuala Lumpur.
Hampir 6 tahun untuk 4 buah buku yang mungkin akan menjadi sebahagian dariapada diri aku. Aku nama “Keluarga Buku” untuk aku. Mungkin aku ada ulang baca balik.
Tapi mungkin aku kena beli buku yang pertama untuk samakan semua cover, kan?
Ending nya, aku rasa aku suka ending nya. Sudah sempurna begitu. Kalau korang baca dari buku pertama hingga akhirnya, cerita nya akan begitu.. aku tak tahu nak huraikan macam mana. Tapi aku dapat tangkap sesuatu tetapi tak tahu apa makna nya. Pelik betul. Closure?
It is love or something?
Alang kah, indahnya kalau ada terselit cerita mengenai Daxia juga di akhirnya.
Terima kasih buat penulis, buku ini akan menjadi karya untuk aku ulang baca, baca dan baca lagi.
p/s :Sakit hati bila ada penguna kata panggilan yang salah. Errmmmmm
Siri yang sangat menarik untuk di baca. Kisah tentang pengembaraan, pembinaan satu kehidupan yang menarik. Gabungan pelbagai bangsa dan benua yang miliki keistimewaan yang tersendiri. Tentang bunian, naga, keluarga dan yang paling penting bahasa yang sangat sedap di baca.
Tak tahu kenapa bila baca rasa macam tengah tengok cerita kartun kat tv tapi versi dalam kepala. Jarang saya dapat bayangkan satu persatu babak dalam buku tapi siri ni sangat senang untuk bermain dengan imaginasi.
Watak tak banyak sangat nak kena ingat, tak ada senjata atau kuasa yang banyak nama. Nama sepatah dan tak keliru nak ingat watak. Walaupun cerita dari buku-buku yang sebelumnya pun masih boleh ingat lagi.
Perjalanan Sula memang panjang dan berliku tapi semuanya menyeronokkan. Dia jumpa banyak orang yang membantu dia dalam perjalanan dan dia lebih faham makna kehidupan. Bukti, semakin banyak pengalaman kita, semakain banyak kefahaman dalam kehidupan yang kita ada. Kita lagi menunduk dan tahu apa perkara yang perlu diutamakan.
Jangan kata tak ada sambungan! Saya nak marah hahaha. Please bagi proper closure untuk Sula dan Basilius. Dari buku pertama menjerit bila baca! Kenapa Sula tak bersama dengan Bas? Tapi itulah, takdir tak selalu indah kan? Sedihnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Akhirnya selesai. Suka ending dia sebab penulis nampak tak terburu-buru nak habiskan cerita. Harapnya penulis akan come back dengan kisah fantasi lagi lepas ni.
4.8 bintang.Ya Allah, puas hati baca pengakhiran cerita ini! Sebenarnya aku dah reda dan okey saja dengan takdir Sula yang mungkin takkan kembali tapi siapalah kita nak menentukan jalan cerita Sula melainkan sang penulis sendiri.
Selain Gadis Boneka Hadrah, bukh terakhir ini paling aku suka antara keempat-empat buku dalam Siri Kronikel Empat Bahtera.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Apabila menyebut penulis fiksyen-fantasi wanita di Malaysia, nama ini akan saya sebutkan. Kronikel Empat Bahtera tiba ke penghujungnya. Pengembaraan Sula, Daxia, Jaivad dan Basilius diteruskan. Mungkin saya 'noob' dalam genre ini sehingga mudah terkesan dengan setiap plot (atau plot twist) yang digunakan penulis (entah berapa kali menangis). Tapi tidak dinafikan, Sri Rahayu penulis yang bagus dalam genre ini.
Penulisannya lancar, permainan emosi seimbang dan setiap watak digerakkan dengan kemas. Bersedialah dengan babak sedih pada awal bab, membawa sedikit bahagia di pertengahan sebelum direnggut tragis pada peleraiannya. Tapi Sri Rahayu tidak begitu kejam. Dihadirkan senyum pada akhir kisah dan tentunya cliff-hanging yang erghhh..
Pergulatan watak manusia-jin-bunian ini merupakan kronikel yang paling menarik pernah saya baca.
Bismillahirahmannirrahim. Mitra Buana Sepi menamatkan siri Kronikel Empat Bahtera. Syukur kepada Tuhan yang saya diizinkan menulisnya. Dalam buku terakhir ini saya bawakan apa yang pembaca mahu - penamat yang menenangkan. Sula, Perdita, Daxia, Hassid, Jaivad, Basilius, Asclepius (dan djinn Tsi-la) saya anggap seperti watak-watak sebenar dalam hidup kita. Mereka orang muda, kanak-kanak dan orang tua yang mencari tempat teduh sepanjang perjalanan hidup yang penuh liku. Saya pertemukan mereka dengan watak ibu, Garuda perempuan pembuat peta yang selama ini sebenarnya menemankan mereka dalam perjalanan melalui peta-peta yang dia lukis. Melalui Garuda saya ceritakan tentang nasib perempuan pertengahan umur yang telah melakukan kesilapan semasa muda dan masih menanggung kesannya di waktu tua. Juga saya ceritakan bagaimana setiap wanita itu sentiasa bergelut dengan cita-cita dan tanggungjawab terhadap anak yang masih kecil.
Bagaimana pula dengan bunian jahat Khelthrai? Apa lagi kemusnahan yang dia akan lakukan setelah dia membakar Lembah Hira dan mengancam Basilius? Adakah kebencian Khelthrai terhadap kaum manusia dan semangat kedaulatan buniannya akan menemui penamat yang mutlak?
Saya anggap cerita ini ialah comfort story di mana watak-watak ada tempat untuk mandi, makan dan tidur dengan kawan-kawan yang sudah jadi seperti ahli keluarga. Saya akan hantar semua watak ini pulang ke tempat di mana mereka sepatutnya berada. Anda akan terasa seperti anda juga telah pulang. Semua akan dilakukan dengan tenang. Sediakan tisu untuk pelukan dan air mata selamat tinggal!
Walau bagaimanapun, di akhir cerita, saya akan buat Kronikel Empat Bahtera terus hidup dalam imaginasi anda. Ia tidak berakhir selagi anda berfikir tentang mereka.
Terima kasih semua pembaca yang telah menulis ulasan dan memberikan rating. Saya penulis pertengagan usia yang mula menulis pada zaman sebelum ada telefon pintar, saya tidak menyangka Puteri Naga Tiberius mendapat 237 ratings. Sokongan andalah yang membuatkan saya ingin menamatkan cerita ini.
Hingga kita berjumpa di cerita yang akan datang, insya Allah. Doakan saya dan keluarga sihat dan sejahtera untuk saya terus menulis. Aminnn.