Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita.
Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.
“Eh… kenapa ni, awak?” – Lukman
“Maaf… tapi tolong. Selamatkan saya…” - Tiani
Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.
“Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal…” – Tiani
“Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?” - Lukman
Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.
Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 " 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐔 " ● TAKDIR UNTUK AKU ● SEORANG UNTUK AKU ● DIA UNTUK AKU
𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐔 " TAK SENGAJA "
Saya rasa ini adalah penutup yang baik untuk Siri Trilogi Untuk Aku. Kalau berhenti dekat cerita Taufik saja hari tu rasa macam tak cukup umphh.
Kali ni cukup lengkap gabungan rakan sebaya, Qadr, Ziyad dengan Taufik dengan perangai terlebih masuk air diorang. Nasib baik Lukman ni tenang tak kalut. Hahaha...
Kalau Taufik tak nak rushing, Lukman ni plak x nak buang masa. Part awal2 tu pun dah baik pickup line baik punya dekat Tiani. Tapi Tia plak tahap blur dia masyaAllah. 🤣 Yelah kalau dia faham hint Abang Man awal2 cerita ni akan jadi cerpen aje. I salute dengan segala usaha dan tahap sabar Lukman untuk menawan hati Tiani. Memang lelaki hijau brokoli betul. Tapi bila part dia marah, gerun gue. Nasiblah kau buat kekasih hati dia tersakiti. Tiani plak dalam blur2 dia saya tahu dia sebenarnya trauma dengan masa lalu dan tak mahu menanam harapan ada lelaki akan suka dia fasal kisah silam yang pahit tu. Nasiblah jumpa Abang Man si peguam yang sekejap bagi ayat cinta klise netizen pastu bagi ayat standard peguam. Hahaha.... Tiani layankan aje.
ayuhlah berdamai dengan fakta bahawa kau memang takleh go dengan karya rehan makhtar, suraya. baik dari segi cerita, watak, ataupun penulisan, semua pun takleh go.
Goodreads ni bila nak letak button ada half star ehh? Kan I dah kena bagi 4⭐️ tapi sebenanrnya nak bagi 3.6⭐️ jee.
Awal tu rasa macam nak bagi 3 stars sebab dok ulang benda yang sama je lah. Penat dengan sikap Tiani yang dok pendam rasa, nak kuat & lawan trauma tapi tanak seek help from others sebab takut menyusahkan. I rasa lagi dia dok pendam sensorang at the end memang menyusahkan diri sendiri 2x ganda dengan orang lain. Dengan Lukman yang mengikut ja apa Tiani nak. Patutnya Lukman tegaslah sikit demi kesejahteraan Tiani. Janganlah dok bermulut manis sangat patutnya add on tegas sekali. Ada benda patut kita ikut ada benda patut kita bertegas sikit.
Lepastu aaa sorry I rasa macam overrr gila time Taufiq, Ziyad & Qadr pakai full set baju pasukan memasing masa nak hadap Lukman. Dia macam funny tau tapi I lagi rasa macam overrnyaa. Sikit-sikit dahlaa. And I rasa cerita ni makin menarik bila dah nak habis barulah kemunculan watak jahat tu ada. Kita dah macam boleh agak tapi pandai RM buatkan kita rasa betul ke dia ni yang jahat? ke dia ni ehh? Tapi okaylah untuk bacaan ringan & santai.
Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Sehingga kini, kejadian yang berlaku dahulu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Namun, dia tak pernah menduga Tuhan menghantar seseorang yang mendengar walaupun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun dia tidak pernah luahkan rahsia hati. Dan seseorang itu adalah jejaka yang bernama Lukman.
Buku APDP ni kita boleh katakan penutup siri "Untuk Aku" yang cukup rencah dan memuaskan. Honestly, kita ingatkan buku DUA tu last, rupanya buku APDP ni yang last. Kalau buku Dia Untuk Aku kisah tentang Taufiq, buku APDP ni pula kisah tentang si adik, Tiani. Setelah muncul banyak kali dalam buku-buku sebelum ni, siapa sangka dia juga ada kisah pahit-manisnya tersendiri.
The moment lepas kita habis baca buku ni, kita termenung kejap. I'm going to miss them so much. 😭 Dalam buku APDP ni memang cukup lengkap, ada Qadr, Ziyad, & Taufiq bersama pasangan & anak-anak mereka as cameo. Even diorang just fictional, tapi rasa sebak pulak bila semua berbahagia bersama keluarga masing-masing.
How about Lukman & Tiani? Of course they got their happy ending as well after a lot of things they have to face it together. Bukan mudah untuk bangkit dari kegelapan masa lalu, namun Tiani berjaya mengharunginya bersama Luqman. 🥺
Luqman punya hijau ni, sama level dengan si Taufiq tau tak. 🤝 Dah la lawyer, soft spoken, sabar orangnya, & he's indeed a good listener. As lawyer, dia punya percakapan tu memang deep. Banyak kali jugaklah dia bagi hint dekat Tiani, tapi Tiani tu yang tak faham. Haih innocent nya si Tiani ni. Siap mintak Lukman explain lagi. Sekali Lukman explain, memang dengan pickup line sekali la jawabnya. 🙈 Kita pulak yang geram dengan kecomelan diorang.
Penulisan Karehan memang tak dapat disangkal lagi, cukup rencah dan puitis. Setiap bukunya juga banyak terselit pengajaran yang membuatkan kita rasa tenang je bila baca. Dalam buku APDP ni, kita dapat lihat betapa seriusnya perasaan Lukman kepada Tiani. Setiap bait bicaranya memang cukup mendalam untuk menguatkan semangat Tiani pabila wanita itu lemah.How he always listen to her, support her, and how he protect her, it's such a true love. In fact, it was love at the first sight.
Overall, I'm going to miss this series so much. Takde extended ver ke kisah Tiani & Lukman sbb dalam buku ni tak cukup la. 😭
A good book and plot to end with!!! Finally dapat jugak ending untuk kisah Tiani. Walaupun dari series Trilogy, rasa tak lengkap sebab tak tahu pengakhiran hidup Tiani sedangkan banyak cameo Tiani ni dalam trilogy.
Untuk plot, sebenarnya kat tengah plot tu dah a bit lelah sikit because it's the same thing happened, like terjadi ni lepastu Tiani decide untuk pendam lepastu Lukman bagi kata-kata semangat walaupun Tiani tak meluah. It keep on repeat. Tiani pulak taknak susahkan orang sekeliling dia dengan keadaan dia and makin lama makin melarat. Actually bagus je Lukman ni jenis tak memaksa but somehow, ada keadaan yang kena buat kita memaksa, kena tegas. Contoh bila Lukman dah nampak keadaan Tiani makin melarat, disebabkan janji, Lukman diamkan diri. But at least try paksa Tiani untuk berubat atau bercerita jugak. Kalau ikutkan keras kepala Tiani memang tak kesudah la kisahnya.
Despite all this, cerita ni light and kelakar. Kelakar sebab mulut manis Lukman ni dibalas dengan sinis Tiani yang harmless. Tambah pulak pengaruh rakan sebaya dari 3 ketul tu 🤣 Yang penting tak sengaja 2.0
Anyway, bacalah Luruh kalau nak tahu kisah Maliki and Lukman. Dalam naskah ni tak cerita kan pun tentang siapa Maliki dan Lukman. So akan wonder apa yang menggemparkan tentang hubungan Maliki and Daneen. Dan, Alif and Lukman.
Lukman ni campuran Taqrees dengan Taufiq laaa hijo dia tak usah cakap la lurvee
olahan karehan macam biasa besttt and i love how detail she potrayed someone who suffered with ptsd. few scenes yang olahannya buat saya terbayang macam dalam movie cuz the movement and pace serius i can imagine it terutama sekali scene Tiani panic time hujan dekat lobi tuu. the eye contact, the feeling everything just wow saya pon rasa macam waktu terhenti
sukaaaa gilaa bila dialog legalese Lukman keluar then Tiani mintak translate dalam bahasa netizen HAHAH COMELLL satu je la tak puas scene lepas kahwin tak cukupp mau lagii😭 apapon saya enjoy baca apdp, Lukman yang straigtfowward dengan Tiani yang innocent💪🏻 terkejut takde pain HAHA comfort, calm and cutee thats how i describe this story🫶🏻
Ceritanya comel sahaja. Berkisar tentang Lukman yang tidak pernah berputus asa mendapatkan hati seorang Tiani. Walaupun pada asalnya Tiani cuba menyembunyikan status diri, Lukman terima dengan hati terbuka. Jalan cinta antara mereka kelihatan tenang seperti air. Lukman dengan mulut manisnya, Tiani dengan kekaburannya dengan ulah Lukman. Sehinggalah masa silam kembali menghantui Tiani. Tanpa siapa duga, kisah dulu membuatkan hidup Tiani tunggang langgang. Jiwanya kembali rapuh, semangatnya perlahan memudar. Dapatkah Lukman melindungi dirinya? Apakah benar Lukman ditakdirkan untuk Tiani?
Saya suka dengan jalan ceritanya. Rehan Makhtar berjaya mewujudkan figura seorang lelaki yang hampir sempurna. Juga, watak watak yang pernah wujud sebelum ini, disatukan dalam novel ini menjadikan karya ini punya 'sentimental value' yang tersendiri. Boleh saya katakan APDP merupakan penutup kisah yang sangat baik. Tahniah buat Rehan Makhtar.
“𝐶𝑖𝑘 𝑇𝑖𝑎𝑛𝑖 𝑐𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘.” - 𝐿𝑢𝑘𝑚𝑎𝑛 ••• Lukman tak percaya cinta pandang pertama melainkan berkenalan dan kenal hati budi dulu. Siapa sangka, Lukman ditakdirkan jatuh cinta pandang pertama, dengan perempuan asing yang dia tak pernah kenal pulak tu. Masalah terus jadi masalah bila kali kedua pandang pun dia masih jatuh cinta, kali ketiga pandang juga, terus jatuh cinta. Hingga tak terkira berapa kali pandang, masih jatuh cinta.
Prinsip Lukman mudah, jangan cari masalah. Tetapi sejak pertemuannya dengan Tiani, dia sedar masalah telah hadir dalam hidupnya dan inilah masalah yang dia mahu hadapi seumur hidupnya. .
Tiani, wanita yang luarannya sentiasa cerita dan selalu ketawa rupa rupanya menyimpan trauma dan kisah silam yg gelap. Bagi Tiani, dia mahu menjaga mamanya sampai ke tua kerana belum tentu ada yg mahu menerimanya dgn seikhlas hati.
Pertemuannya dgn Lukman, mula membuatkan hati Tiani yg berbunga. Akan tetapi mahukah Lukman menerima dirinya setelah mengetahu kisah silamnya ? •••
My thoughts :
♡ First of all, better baca Dia untuk Aku dulu baru faham trauma yg Tiani lalui, and kalau nak kenal Lukman boleh baca Luruh dulu sbb Lukman actually PA and peguam kepada Maliki.
♡ Macam tak sangka lah perangai Lukman macamni sbb dalam Luruh, Lukman ni serious je memanjang. Dalam ni dia punya sweett tu haihh cair beb 🦋🦋 Dulu belajar undang undang ada ambil class mengorat perempuan sekali agaknya 😂
♡ Lukman selalu sangat bagi pickupline @ mengorat Tiani, tapi Tiani blur betul tak faham faham. Sampai Lukman directly tanya Tiani,
♡ Lawak betul Tiani tak perasan yg Lukman tengah mengorat dia padahal Lukman dah kemain outspoken. Ada scene Lukman cakap nanti dia nak bawak family dia datang Kelantan (since Tiani duduk Kelantan dan Lukman Kl). Tiani boleh ingat Lukman nk bawa family jalan jalan 😭 Maksud Lukman tu nk datang meminang 🫢🦋
♡ Kepada yg rindukan trio Qadr, Ziyad dengan Taufik, boleh baca buku ni sbb banyak jugak scene diorang and unexpectedly Lukman boleh ngam dgn diorang. Terhibur betul tiap kali ada scene trio tu sbb tiga tiga perangai lebih kurang 😂
♡ Korang patut baca scene Taufik culik Lukman pukul 2 pagi sbb ingat Lukman tak serious dgn Tiani. Siap bawa Qadr dgn Ziyad. Masalahnya tak bagitahu dulu, so Qadr dgn Ziyad igtkan ada misi penting siap pesan dekat bini masing masin jaga diri bagai rupanya lahhh culik Lukman je bawak gi pantai sebab nk sembang man to man HAHAHA
♡ And also ada Maliki jugak dalam ni. Maliki suka bagi nasihat percintaan dekat Lukman. Pastu macam cupid la jugak sebab sengaja hantar Lukman dlu kalau ada event or kenduri berkaitan Tiani sbb actually Maliki dgn Dato Talhah ni business partner.
♡ Lukman dalam ni kan, sangat tenang sangat memahami. Sentiasa sabar tunggu Tiani and setiasa faham Tiani. Kalau rsa Trio tu dh green flag, Lukman pun green flag jugak 💚💚
♡ Novel ni tak se-pain novel-novel Kak Rehan yg lain. Novel ni more to comfort book. Suka tengok Lukman dan Tiani saling melengkapi. Oh and dlm novel ni ada bonus cerpen SUA. And ada jugak Taufik tak sengaja mcm Qadr (iykyk) 🫣 HAHAHHA
Aku rasa ramai dah khatam novel ni kot. Pelengkap kepada siri untuk aku. N yes. Ia sangat melengkapi kisah untuk aku. Bagaimana Lailatul bertemu Al Qadr, Teratai Nur bertemu Ziyad dan Johanees bertemu Taufiq, begitula Tiani bertemu pelengkap hidupnya. Tapi mampukah pasangannya menerima kisah silam hidupnya dan trauma yang pernah dialaminya? .
Nampak dirinya semakin membaik. Namun pada hakikatnya tidak. Tiani masih diburu trauma yang pernah berlaku pada dirinya setahun yang lalu. Pertemuan pertama dengan Lukman telah mendedahkan sisi terburuk hidupnya. Malu pastilah. Tapi sekurangnya, dia dapat mengurangkan rasa ketakutan yang ada saat itu .
Lukman. Entahla dia ni. Memang lelaki yang sweet talker atau dia sebenarnya jadi macam tu sebab 'Tiani' itu sendiri. Kata orang, Lukman sangat dingin. Tapi kenapa dengan Tiani, dia berbeza. Tak seperti yang digambarkan oleh mereka. Hmmm musykil kat sini. Tapi dari sudut pandangan aku, Lukman ni memang green flag punya hero la. Daripada sikap dia yang protektif, tidak memaksa,memahami. Wujud tak eh lelaki camtu dekat dunia realiti ni? Hmmm
Betul kata orang. Sekali kita buat jahat, orang tetap akan anggap kita jahat walaupon bermacam perkara baik yang kita lakukan. Yang jahat tu jugaklaa jadi modal orang bercakap. Sedih jadi seorang Tiani. Orang masih bercakap tentang kisah hitam yang pernah dia lalui dengan Teratai Nur. Biarpun dia telah pulih dan tinggalkan dunia tu .
Tragedi hitam yang dilalui bersama Johanees, Teratai dan Lailatul meninggalkan kesan yg sangat mendalam terhadap Tiani. Bayangan itu masih ada. Orang fikir dia telah pulih namun hakikatnya tidak. Tragedi itu sentiasa bermain di ingatannya. Ditambah lagi dengan kemunculan Farish, yang dikatakan salah seorang mangsa sepertinya. Membangkitkan kembali rasa sakit yang pernah ada .
Dihujung cerita, penulis ada masukkan elemen saspen dan psiko tau. Haa yang ni buat jalan cerita ni jadi lebih menarik. Penulis bukan sekadar fokus pada pelengkap hidup seorang Tiani .
Bagi aku naskah ni sangat menarik untuk dibaca. Aku puas hati dengan penutup siri untuk aku. Thumbs up penulis. U did very well. Recommended.
Melting eh cite nie.. kesian Lukman pulak yang tertipu kali nie.. die mati² igt Tiani anak pekerja.. mak cik Husna beria mintak maaf sbb anak die suke org lain.. mmg part nie kelakar.. sampai 3 sekawan buat misi panggil n slow talk dgn Lukman..
Eh eh si Luqman ni. Mulut tu memang tiap malam tabur gula ke? Manis sampai melimpah limpah. Kalau siapa yang dah baca TUA mesti tahu bab bab last tu macam habis macam tu je. Action kureng kan, rupanya nak cerita apa jadi dalam buku ni. Oh begitu rupanya. Cumanya rasa tak puas nak tahu pasal watak ML.
I still remember when Karehan released a small part of this story on her blog. Back then, I was really hoping please let this become a full novel! And guess what? My wish came true!
The “Untuk Aku” series this time feels lighter compared to the others. I love how Lukman stayed patient and waited for Tihani to heal from her painful past. Five stars for Lukman!
Thank you Karehan for including Ziyad, Qadr and Taufiq as cameos in this book, along with their wives. To me, this book feels like a closure to the whole series and everyone got their own kind of ending.
There were some repetitive scenes and dialogues, but it didn’t ruin the story at all. Overall, this book gave me the chance to properly say goodbye to the Untuk Aku series.
I love how Karehan brought awareness to PTSD. This issue is still quite taboo in Malaysia bcs some people believe it’s just normal stress.
PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) is a mental health condition that happens after someone goes through something really scary, painful or shocking event macam kemalangan, abuse, kehilangan orang tersayang or even witnessing something terrible.
It’s not something you can just ‘snap out’ of. PTSD messes with how the brain reacts to stress and danger, even long after the trauma ends.
The symptoms are:
1. Flashbacks (rasa macam kejadian tu berlaku semula) 2.Nightmares 3. Easily startled 4. Overthinking or emotional numbness 5. Avoiding people/places that remind them of the trauma 6. Mood swings or feeling detached from others 7. Susah tidur atau rasa anxious
Trust me bukan semua trauma berakhir bila kejadian tu habis. Kadang, otak masih trapped dekat situ. If anyone of you experienced any traumatic event. I sarankan you guys seek help from specialist.
Lukman nim aduh boleh tahan kaki menyayat tiani nimn hahahahah Tiani dengan blurnya tak faham2 Kesian dekat tiani sebenarnya dia macam dia lagak dia paling kuat antara tiga orang atai,lai dan Johannes tapi dia paling teruk keadaannya dan mental dia paling terjejas teruk sebab kes terdahulu tuh
Pengajaran dalam novel nim kita tak boleh terlalu baik iya sebab kadang2 ,ada orang yang akan ambil kesempatan sifat baik itu
Tapi lawak ada satu scene tuh Taufik ,ziyad dengan qadr boleh lak g interview Lukman pagi2 buta tp taufik pom lebih kurang qadr je ayat dia hahahaha taufik tak sengaja
This entire review has been hidden because of spoilers.
Luqman yang sweet talker bila dah jatuh cinta pandang pertama vs Tiani yang blur dan tak nak perasan. Tersengih seorang diri ya baca cerita ni. Watak Lukman yang sangat gentleman, melengkapi Tiani yang sangat kuat berjuang menempuh takdir hidup yang meninggalkan trauma dan insecutities tersendiri. I love how the characters grow and completing each other !
Watak Tia buat aku berfikir lebih jauh akan setiap ujian dan penderitaan yang dihadapinya. Tidak mudah untuk menghadapi setiap kebenaran yang sering terbayang di ingatan dan untuk meneruskan kehidupan setelah melalui pengalaman buruk yang begitu menakutkan. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Hanya mereka yang telah mengalami pengalaman sedemikian yang mampu menjawab setiap persoalan yang bermain di dalam kepalaku ini. Bacalah... anda pasti dapat rasa apa yang ku rasa.
Best! Best! Best! Memang kena baca naskah ni sebagai penutup siri 'Untuk Aku'. Kali ni kisah Tiani, adik kepada Taufiq. Nasib baik kali ni dengan lawyer..bukan dengan jejaka beruniform macam 3 siri 'Untuk Aku'.
Cerpen "Tak Sengaja" pun best juga. Rasa macam nak ketuk kepala seketul Qadr tu!
Another 5 stars read untuk tahun ni (walaupun aku tak keep track berapa banyak 5 stars read dah hahaha)! Pertama sekali, thank you kak Eyqa sebab berjaya hasut saya baca novel ni secepat mungkin walaupun plan asal nak baca lepas exam haha. Novel kalini merupakan kesinambungan dan juga penutup untuk siri 'Untuk Aku'.
Tiani, disebalik keceriaan dan senyuman yang dia berikan, terselit ketakutan dan trauma dari kejadian lalu. Jodoh? Semenjak abangnya bernikah dengan cinta hati, Taini reda sendiri andai tiada untuknya dan bertekad untuk teman mama sampai ke hari tua.
Lukman. disebalik keseriusannya, terselit kemanisan yang tak berpenghujung. Pertemuan pertama dengan pemilik kasut tumit tinggi merah jambu membuatkan dia berkelakuan luar kebiasaan. Jeritan hati ingin melindungi Tiani, wanita yang baru dia kenali. Tanpa sebab, tanpa amaran.
Aku sangkakan APDP ni ceritanya bunga-bunga saja tapi rupanya berduri juga, walaupun tak sesakit TUA dan SUA. Tiani yang ceria sentiasa menyimpan sakit sendiri. Tak mahu membuatkan mama dan abangnya risaukan dia, maka dia senyap menyimpan rasa. Perjuangan Tiani untuk keluar dari fasa PTSD tu tak mudah, lagi-lagi dia sendiri seolah menidakkan. Dan aku tak expect langsung plot twist. Pedih yaa.
Nasib baik, Lukman ada. Lukman yang setia menunggu walau mereka tak terikat. Lukman, kawan keempat yang sentiasa ada mendengar dan melihat. Memberikan semangat saat Tiani lemah. Yang tak mengeluh walau sedikit apatah lagi putus asa. Chemistry Tiani-Lukman💜🥰💥🌻🤌🏽🌸🌠🥳
Tiani yang terlebih lurus, sangat menghiburkan. Lukman yang tak henti-henti bagi pick-up line aduhh. Comel! Paling aku suka they had one thing moments yang dorang share. All those conversations yang, "in legal we say...", terasa special and are so them! Comel sungguhlahhhh.
Dan sebagai penutup, haruslah tiga pasangan pertama buat cameo! Suka betul dengan babak-babak yang ada dorang ni. Masing-masing dah ada anak-anak, menguruskan anak-anak, ahhh I feels like a proud mommy🥺🥺 Dan tak lupa babak paling popular, Lukman kena 'culik' dengan Taufiq, Qadr dan Ziyad, walaupun Qadr dengan Ziyad tak tahu apa-apa. Miscommunication at its finest hahaha.
Penutup bagi siri untuk aku. Bukan penutup la tapi kesinambungan sebenarnya hahaha btw aku dah lama tak buat review panjang ni risau melalut je ha
Rating: 4/5
Rating -1 sebab 75% buku ni bagi aku pace dia agak slow chill dan 25% dekat belakang tu baru berjaya buat aku hook up dengan buku ni and rasa tak sabar nak tau what's next. Anyway it's still a good read.
Lukman ni kan pergh aku rasa memang telan gula agaknya time kecik. Kata kata dia amboi manis sokmo ya. Hijau dia ni memang boleh geng la dengan hijau 3 sekawan tu. Kesian dia ek berapa kali bagi hint dekat orang tu tapi orang tu tak dapat tangkap pon hint dia hahaha.
Tiani ni Allahu weh hahaha walaupon bahasa melayu pemahaman dia A tapi aku tak rasa dia ni praktikkan benda tu dalam hidup. Hint tersurat pon dia blur inikan pula hint tersirat hahaha. Dia punya blur tu bukan lukman je yang geram tapi aku pun ikut geram. Daripada tiani aku belajar yang untuk orang yang mengalami PTSD, please do not lie about your healing process. Sebab kalau kita sorokkan dan kata kita dah heal tapi sebenarnya tak, it will affect our life in the long term. Kalau sakit, kita admit sakit. Bak kata lukman, tak semua luka akan sembuh sepenuhnya sebab itu wujudnya parut. Time won't heal but with time we learn to live with it.
Untuk plot cerita ni bagi aku memang semua seperti yang diexpect. Cuma awal awal dia agak slowburn punya cerita la hahaha just go with the flow and then dah nak habis baru ada adrenaline rush dia tu. Untuk nak santai santai okay la buku ni aku jamin takde sakit sakit sedih sedih macam buku RM yang lain (especially under bloghijau). Aku jamin korang blushing je sepanjang baca hahaha.
Do pick up this book if korang nak tengok jugak family ziyad, qadr dengan taufiqa hehe. Comel dooh!!
P/s: I read the day after meet and greet, but I forgot to put the review here muehehe
If you think Qadr is hot, but my man, Lukman, right here is even hotter😭🤍🤍 Sorry Qadr, you're ranked fourth on my list of fictional husbands—because Lukman is straight up number 1🥹🤌. Why am I saying Lukman's number 1? Why? Why? Why?
First, he's Rehan Makhtar's child, obviously. Second is because he gives off a vibe of 'If you touch her, I'll kill you'. The moment I realized that I was going to be simping him hard. Someone once said, 'Don't poke the beast while he's sleeping'— and that is Lukman, ladies and gentlemen. Oh, how lucky Tiani is to have that man in her life 😭❤️❤️❤️
Now, onto the main topic, APDP has a great storyline(yes I am fomo, who cares?)— especially in mental health terms, Tiani's pov, it feels surreal and made me teary-eyed hahahaha. WARNING ⚠️ APDP filled with poetic and sweet prose that will give you freakin diabetes.
I really love how Tiani's shy when it comes to Lukman, and Lukman's excessively sweet pickup lines make me giggle so hard(kicking the air💨). Goshh, I can't handle them!😭
Ever since I read APDP on Rehan's blog, I have been patiently waiting for their story(Lukman and Tiani) to be completed. So, when Karya Seni revealed that APDP would be released at PBAKL, it was shocking news for me hshshsh
And because of that, I finally finished it in just three hours in one sitting.
And thank you karehan for bringing the 'Qadr tak sengaja' short story in APDP, we love it so much🥹.
Series: Untuk Aku series buku ke-4 Trope: stranger-to-lovers, trauma healing, green-flag hero, comfort romance Review: Buku ni lembut tapi penuh emosi. Tiani dengan luka lamanya buat rasa nak peluk je dari awal sampai habis. Kalau nak tahu boleh baca buku ke-3 siri Untuk Aku. Lukman pula jenis lelaki tenang, sabar dan tersangatlah green-flag!
Ni buku ke-2 by RM yang saya baca, buku pertama adalah Seseorang Untuk Aku dalam siri Untuk Mu yang bagi saya agak heavy dan memang penuh emosi. Tetapi buku yang ni I feel so serene, takde stress cuma banyak sengih je hehe.
Jalan cerita simple dan ada jugak knowledge saya dapat dari buku ni terutama sekali mengenai mental health. Ending dia pun puas hati, I love the character camoes from previous books memang tak rugilah kalau korang dah baca buku dalam siri Untuk Aku ni!
Ni favourite chapters I dari buku ni:
"Ingat tak saya bercerita pasal kontrak dan sijil seumur hidup?"
Dahi Tiani berkerut tapi dia angguk juga.
"Bersetujukah Cik Tiani untuk mengikat kontrak perjanjian yang menuntut tanggungjawab seumur hidup bersama saya yang mana tiada tarikh tamat melainkan ajal dan saling menjadi yang terpenting dalam hidup kita?"
"That's legalese, right?" Kerutan pada dahi Tiani kembali terentang.
Buku yang sesuai dibaca kalau baru ‘sihat’ dari book slumped! Light reading and not too heavy untuk dibaca. Suka cara RM tengahkan isu -
1. Tak semua org boleh move on dari kisah lampau even mulut kata “i’m OK” , “i’m fine”. But imo, that part kinda dragging a bit dlm novel? Setiap kali she’s trying to self assured yg dia ok, context of the chapter will be the same/sane dialogue. Again, myb author nak ketengahkan kan that issues so myb it is not a problem for others.
2. Green flag hero will always be superior! I like how Lukman describe jatuh cinta pandang pertama to himself/Maliki only tapi bila depan Tiani - ayat tersirat tersurat dia tu always hint “i will always be there” not a ‘i love you’s. Which is why it make his character seems like a reality instead of fictional? I mean it would be kinda weird to have someone saying ‘i love you’ padahal baru jumpa and under circumstances yang tak best. Kan?
3. Bab antagonist sikit sngt for my liking and a bit rushed? Oso kinda expected with the name choices so i hope benda ni will be banyak sikit so that the suspense element boleh lagi panjang. Hehehe!
Tapi apapun, it’s a good reading and i am totally enjoy it! InshaAllah it will satisfy your reader needs and worth the money! Do not forget to grab yours :)
Ke tepi Qadr dan Taufiq, lelaki terhijau mengalahkan Shrek dah sampai. Lukman ni punya hijau, very respectful, mulut manis tapi masih beriman hahaha
Peminat Ziyad, Qadr dan Taufiq akan selalu jumpa tiga ketul ni dalam buku. Di mana ada Taufiq, di situ ada dua orang lagi ni. Kira Buy 1 Free 2 la.
Tiani was such a strong woman! Apa yang Tiani lalui (mentally, melalui pengalaman berbeza) dilalui oleh ramai orang yang ada masalah kesihatan mental. Rasa seperti beban, menyusahkan orang, tak percaya dengan kebolehan sendiri, tak percaya diri boleh dipandang tinggi. Disayangi semua orang, tapi rasa tak layak disayangi dengan ikhlas.
Trauma memang memedihkan. Satu teori pasal Farish dan kenapa Tia tak ingat muka Farish walaupun dialah orang yang bagi trauma paling dahsyat pada Tia; trauma buat otak 'sorok' fragments of memories. Erti kata lain, dia ingat kesakitan tu tapi details dia lupakan sebagai cara otak mangsa lindungi mangsa daripada rasa sakit yang amat sangat.
The plot twist was plot twisting! Lelaki paling hijau boleh buat gila bila jumpa orang jahat. Tusuk bahu sendiri dekat bahagian yang sama di mana ada parut dekat badan Tiani, untuk ingatkan Farish yang ada orang lebih gila daripada dia. Fuhh!
Tak sangka konflik muncul di saat akhir. As always, Rehan Makhtar tak mengecewakan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Lukman tersangat la green flag.. sweet angt. Cuma yg kurang menarik nya bila Tia tuh hometown based di Kelantan..tp satu pun xder scene yg bercakap Klate.. sini jd x best.. dah kalau ore klate wat gaya ore klate.. buh ah skit² ayat klate tuh.. jare la nk jupo ore klate kelik duk kg x kecek klate..
Apapun.. this one sy suka.. lagi menarik dari novel the trio tuh (for me la)..
Sebelum ni pun kena reading slump dgn SUA 😅 last² baca bab akhir je tp yg ni alhamdulillah x skip bab 🤭..
Kalau sapa² yg suka story yg plot x berat dan santai boleh la baca this one.. sbb dia mendatar je cite yer.. xder turun naik stress level nk baling novel.. dia mendatar know² ekk dah habis.. ha gitu la..
Tp kalau seorg pembaca yg sukakan plot berat x d galak kan baca la.. kang kena reading slump susah pulak 😅🤣.
Watak comel relationship comel luk comel but cerita ni more to sambungan 'untuk dia' series compared to standalone so recommend more utk pembaca yang keep update with Rehan's works instead of those yang nak baca ni as standalone. The plot is more on perkembangan relationship Luk and Tia so for those yang nak sweet comfort read, this is it. Mungkin calon laki saya akan datang is peguam, we will never know.
But do note, despite tajuk buku yang alpha macho independent woman with heel pink as cover, kita expecting female lead like that and not someone yang terus agree as suri rumah. Not hating on suri rumah (my lovely mom is suri rumah and Dia lah orang paling kuat saya pernah lihat) but would love to know why the author chose that instead of normal route orang pilih which is get out of trauma and boom jadi ceo terhebat ehehe.
kita bagi 4 bintang sebab slow pace kita baca story ni,maafin saya author,saya nyaris nak reading slump sebab baca buku ni.
After three sekawan, ni cerita pasal adik Taufiq. Nama dia Tiani, yang masih trauma dalam kes pemerdagangan yang melibatkan Lai,Nees ngan Atai time diaorang bercuti kat Thailand. Kalau nak tahu, baca buku Dia Untuk Aku.
Bertemu dengan seorang lelaki peguam yang sangat penyabar orangnya bernama Lukman. Luk lah nama panggilan Tiani panggil dimana diaorang dua ni ade perjanjian bawah company lah.
Member-member duk tanya, mukasurat berapa diaorang kawin, saya cakap belakang belakang baru nampak tu pun dua bab,huhuhu
For me,dia macam slow burn trope,tapi sakit wo tunggu nak ending,hmmm
agak berat sebab dia menyentuh isu ptsd dan it keeps on haunting you, a lot of sabr, strength to keep fighting in order to heal. Yes, it takes time but one thing about trauma, it left scar. No matter how okey you think you are, there will be something that could trigger you and boom you fall back into the black whole. And it is you too either to keep fighting and live with it or to stuck in the past.
4.5/5 mid name guy luk but i love you because everyone need a friend like you and tiani, you did a great job, you endured it perfectly 🌷🫂🍒💋
This entire review has been hidden because of spoilers.