Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kafe Purnama Bayu #1

Kafe Purnama Bayu

Rate this book
Pernah kau dengar cerita tentang sebuah kafe di hujung kota? Aroma kopinya memukau dan mampu memberimu pengalaman baharu. Salah seorang baristanya pula seorang yang arif menghidangkan kopi mengikut isi hatimu. Namun, jangan hairan seandainya dia membawa kamu ke sebuah pintu lain di dalam kafe tersebut. Sepertinya, dia bukan seorang barista biasa.

Kafe Purnama Bayu, sebuah kafe buku popular yang sering disebut-sebut manusia. Kewujudannya dikenali, pelbagai pelanggan telah berjaya menjejakkan kaki ke sana. Tetapi, apa yang menarik perhatian ialah seorang jejaka bernama Purnama, seorang barista yang kehadirannya misteri; seperti ada tidak ada. Apa yang menyatukan pelanggan dengannya hanyalah sekeping kupon potongan harga buat secawan kopi pilihan mereka.

Mungkin padamu, kafe buku itu sesuatu yang biasa. Tiada yang menarik melainkan ditemani kopi dan buku-buku sebagai santapan mata. Namun, jika kamu ke sana dengan kemelut jiwa, buka matamu dan duduk dengan selesa.

Purnama bakal membuka jendela untukmu. Sesaat berlalu, kamu sudah pun diterima dengan janji yang satu.

“Aku hanya wujud, bila kau perlu.”

416 pages, Paperback

First published May 24, 2024

34 people are currently reading
272 people want to read

About the author

Haninay

7 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
90 (34%)
4 stars
114 (43%)
3 stars
54 (20%)
2 stars
3 (1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 80 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
May 24, 2024
Bagaimana kalau saya katakan: ada sebuah kafe kopi istimewa.

Dari luar, ia kelihatan biasa: aroma kopi, dan juga buku-buku. Tetapi jika kamu datang dengan kemelut jiwa, kafe itu akan membukakan pintu rahsia menawarkan lega.

Kafe Purnama Bayu. Ia hanya wujud, bila kau perlu.

Novel ini menghimpunkan 6 kisah individu berbeza, tetapi punya siri masalah menggugah jiwa.

Cita-cita yang tidak kesampaian, terperangkap dalam toksik kerjaya, sunyi ditinggalkan keluarga: setiap pengunjung kafe ada duka sendiri.

Maka mereka melangkah masuk ke Kafe Purnama Bayu untuk membawa diri, berehat sejenak daripada kemelut yang menyesakkan kepala.

Tanpa mereka sangka, kunjungan ke kafe istimewa itu membuka mata mereka, bahawa dalam setiap kesusahan itu, pasti ada cara penyelesaiannya.

Kafe Purnama Bayu adalah salah satu novel dari batch terbaru @bukubookiut. Dalam generasi terbaru ini, Bookiut tampil lebih garang, lebih anggun dan lebih wow!

Lebih tebal dari novel sebelum ini, lebih banyak cerita, tentunya kita sebagai pembaca lebih gembira!

Bonus: rekakulitnya gah, dan sisi novelnya terukir sprayed edge meriah!

Kalau tak tahu nak beli apa di #PBAKL24, cadangan saya: pergilah ke reruai @bukupts, cari novel-novel @bukubookiut dan beli. Saya pasti, pengalaman membaca anda akan berbeza!

#KafePurnamaBayu #Bookiut #createyourownfantasy #bookiutisforall #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia
Profile Image for Mslvoe.
2,108 reviews204 followers
December 15, 2025
"aku hanya wujud bila kau perlu"

Tiba² F rasa F need barista bernama Purnama dan buku ajaib dia.

Karya sesuai untuk young adult la. Ada 6 cerita yang berlainan like slice of life.

Kisah pakcik Mustafa paling best.. paling sedih. paling menyayat hati. Beria² F nangis 😭
Profile Image for Bella Azam.
657 reviews106 followers
May 25, 2024
Adakah kau berasa sedih? Jika kau hilang arah tujuan, tidak tahu apa yang harus dilakukan, rasabersalah menyelubungi diri, kesal dengan segala yang berlaku, penat dan lelah hingga tidak tahu apa yang boleh diharapkan lagi, jangan gusar. Purnama ada. Purnama wujud pada mereka yang buntu.

Aku hanya wujud bila kau perlu.

Kafe Purnama Bayu bukan sekadar kafe buku yang menyajikan kopi yang sedap bersama dengan buku-buku yang boleh dibaca pelanggan. Uniknya kafe ini ada rahsia tersembunyi dengan kehadiran seorang barista bernama Purnama, lelaki wajah mulus berlesung pipit, tidak lokek senyuman. Tapi Purnama hanya muncul pada mereka ynag terpilih sahaja. Siapa? Mereka yang memerlukan dia tnapa mereka sedar. Dengan sekeping kupon diskaun untuk Kafe ini dihulurkan pada karakter di dalam buku ini, baru kau boleh bertemu dengan Purnama. Datangnya mereka ke kafe ini mencari ketenangan diri tanpa mengharap apa2 tapi pulangnya mereka dengan buku kosong tidak bertajuk yang Purnama bawa mereka ke perpustakaan gah di sebalik kafe.

Cerita ini mengingatkan aku pada Whats you are looking for in the library tapi buku ini lebih kepada magical fantasy sedikit dengan wujudnya Purnama, abang barista hensem ni. Mengikuti karakter2 berbeza kesusahan dan mengikuti kisah2 ni, kita akan lihat peningkatan usia karakter2 ni. Apa yang aku suka ialah setiap watak dalam buku ini pastinya ada pembaca yang boleh relate dengan situasi mereka. Struggle mereka dari Reena yang rebel dan tidak mahu belajar, Iqlil yang harus mengikuti permintaan ibunya yang mengongkong dalam pemilihan kerjaya, Bakhri yang tertekan dengan pekerjaannya, Zainab yang baru menjadi ibu dan suri rumah selepas bersalin, dan Mustafa yang kehilangan isteri merindui anak-anaknya dan kesal dengan tindakannya dahulu. Setiap kisah membawa kepada kehidupan watak2 ini dan aku paling terkesan dengan cerita Mustafa. Jujur, berjurai mata aku baca kisah Reena dengan Mustafa sebab memang sampai lah kisah mereka kat hati kental ni.

Cuma bagi aku, walaupun pembawaan kisah ini bagus tapi ada yang sedikit kurang dari segi pengembangan dua watak yang bagi aku boleh dikembangkan lagi. Sebab pengakhiran kisah mereka macam kurnag impak pada aku. Yang pasitnya, aku suka sangat kita dapat mendalam dengan kisah Purnama sebab aku suka sangat dengan watak dia. Percayalah bila kau baca buku ni, kau akan rasa sayang sangat dengan Purnama.

Terima kasih Bookiut atas pemberian arc untuk ulasan. Dapatkan buku ini di PBAKL 2024 sebab tengoklah sprayed edges dia sangat cantik.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
July 8, 2024
3.5 Bintang

Vibes anime

Lebih sesuai untuk remaja / young adults

Buku yang tak sabar dipeluk kerana tergoda dengan cover yang sangat cantik dan sinopsis yang menarik hati.

Terkejut juga bila sampai tu rupanya diterbitkan oleh Bookcute, imprint PTS. Biasa buku2 simple dan nipis. Tapi kali ni nampak gah.

Jangkaan saya buku ni membincangkan deep philosophy haha. Rupanya tidak begitu.

Sekali lagi, buku ini lebih sesuai untuk remaja.

P/s - saya suka tagline buku ni.


'Aku hanya wujud bila kau perlu.'
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,000 reviews120 followers
December 3, 2025
I didn’t expect to enjoy reading this so much and completed it in a day considering the limited time I have for reading during weekdays as I’m a working adult.

I’m in my mid 30s and I can confidently say that Kafe Purnama Bayu is suitable and recommended for all ages.

Setiap bab fokus kepada satu troubled watak yang memerlukan motivasi, encouragement and someone to tarik mereka kembali ke jalan yang betul, to open their eyes to see the silver linings in the clouds 🌧️.

Cerita yang paling affected me was Pak Mustafa, sampai i nangis. This story was excellent and touched something personal in my life.

Kesimpulannya, please do not miss out on this beautiful book. It is a slice-of-life story that imparts life lessons without being preachy, it soothes the mind and heals the heart and soul.

Syabas and tahniah to Kak Haninay 😎
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
December 10, 2024
My thoughts?

1. Firstly, I love this book so much! Buku ni ada vibe2 anime Studio Ghibli sangat. Lain dari kebiasaan. A very magical storybook. Heartwarming at the same. Mana nak cari cerita kafe yang mencari pelanggan yang memerlukan? Dan barista kafe ni sangat hesmes ye 😆

2. Dalam buku ni ada kisah 6 watak. Start dari : 

a) highschool student yang selalu rebel.

b) mahasiswi yang tak dapat nak ikut cita2 sendiri tapi terpaksa ikut apa kemahuan parents

c) engineer yang kerja separuh mati sebab bos dia ambil kesempatan

d) the struggle of housewife in her 40's yang baru start dapat anak pertama

e) seorang orang tua yang lonely di kampung mengenangkan arwah isteri dan anak2 yang semuanya sudah bekerja

Last but not least..

f) backstory barista Kafe Purnama Bayu sendiri - Purnama

3. Favourite aku ialah cerita Pak Mustafa. Tersentuh hati baca dia cuba untuk improve diri dia untuk merapatkan hubungan dengan anak dan cucu 🥹 Sebab masa anak2 dia kecik dia ni ayah yang strict. Tak reti tunjuk kasih sayang. Kadang2 tak fikir kemahuan dan perasaan anak. 

4. Aku paling boleh relate dengan cerita Zarina. Been there done that. Pernah burn out. Pernah lash out dekat husband sebab tak faham. Sebab aku pernah kerja office dan aku tahu penatnya takkan sama dengan stay at home housewife.

4. Aku suka penulis buat watak2 dalam setiap cerita tu ada connection antara satu sama lain.

5. Aku suka penceritaan buku ni, sangat smooth, ringkas, straight forward. Sekejap je baca, sedar tak sedar dah habis. For me this book is so so good to read. This book makes me feel like I need to appreciate life more & thank God for all the blessings. So yeah, please read it.

Personal rating :
4.8 / 5
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
August 2, 2024
Brilliant.Idea penulis menggandingkan nuansa buku, kopi,dan sedikit unsur magis mampu membuatkan kita membaca hingga ke akhirnya.Struktur cerita menggunakan gaya drama/filem membuatkan peralihan plot terasa lancar dibaca. Penulis juga bijak membawakan POV pelbagai generasi umur dan memudahkan pembaca menyelami kisah hidup mereka.Dan aku suka tagline cerita ini, "Aku hanya wujud bila kau perlu.".
Profile Image for Suraya (thesuraya).
795 reviews227 followers
December 20, 2024
If youre looking for a mix of 'Before the Coffee Gets Cold' and 'What You are Looking For is in the Library' in the malay language form, this is your book. A perfect reading material for primary/high school kids.
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
September 25, 2024
Aku hanya wujud bila kau perlu

This tagline meremang baca tak tahu kenapa😭

Light reading...sesuai kalau anda dalam reading slump macam saya

Perlukan sambungan purnama punya part😭 apa jadi dekat Izzat ...saya perlukan jawapan wahai penulis😭❤️
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
September 2, 2024
Ada 6 kisah. Paling sedih kisah pak cik mustapa. Nangis weh 😭
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
January 19, 2025
8/2025

-Kafe Purnama Bayu
-Haninay

Kafe Purnama Bayu membawa kita mengenal bukan sahaja keenakan aroma kopinya, tetapi magis yang akan membuatkan kehidupan seseorang itu berubah total. Dari gelap menjadi terang, dari sedih menjadi bahagia. Ini bukan sekadar kisah kedai kopi, tetapi ia sebuah kisah tentang kehidupan.

Di dalam naskhah ini terdapat 6 bab dan setiap bab itu membawa kita mengenal alur hidup setiap individu yang berbeza. Si gadis yang nakal, si isteri yang lelah dengan hidup, si lelaki yang memilih kerja berbanding diri sendiri dan lain-lain lagi. Banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai panduan hidup.

Sukar untuk saya memilih mana kisah yang terbaik kerana setiap cerita punya nilai yang berbeza-beza. Selain itu, bahasa yang digunakan mudah faham menjadikan cerita ini cepat sahaja boleh dihabiskan.

Untuk ibu ayah yang mencari bacaan yang bagus untuk anak anak, saya kira buku Kafe Purnama Bayu ini boleh dijadikan sebagai pilihan utama. Tahniah buat penulis.
Profile Image for kfarhanah.
110 reviews1 follower
August 17, 2024
The book brings me hope for a new beginning.
Penulisan dan jalan cerita yang mudah difahami dan amat menarik. Cerita Pak Mustafa sangat menyayat hati dan membuka mata. Saya amat relate the cerita mengenai pelajar universiti jurusan perakaunan tu, bagi segi pembelajaran, keluarga dan rakan-rakan sejurusan.

Keep it up with the good work Haninay!!! Cant wait for your next book!!!
Profile Image for Fatin.
45 reviews
June 3, 2024
Kisah mengenai sebuah kafe yang memberikan khidmat 'nasihat secara khayalan dan nyata' dimana kopi dan buku bertemu.

Cerita yang tak disangka berlaku pada waktu yang sama, lingkungan yang sama tapi watak yang berbeza. Mungkin kerana penulis inginkan cerita yang ringkas tapi berkesan, maka pengakhiran setiap babak agak tergesa-gesa.

Penceritaan yang ringan dan santai, tapi masih memberi kesan.
Profile Image for Fathnin Alyea.
81 reviews
June 3, 2024
I4.5/5⭐

"Aku hanya wujud apabila kau perlu."
"Aku ambil cita-cita lamamu sebagai bayaran."

When I first read this line I was like, Magis Manis Coklat much? Sangat tak original. Then again, coffee, cafe, magic, healing distressed people are also quite common, so yeah. Nothing is 100% original nowadays.

Okay back to the book, the first story tu macam buat aku skeptikal sikit. Sebab rasa macam tak ada wow factor tu and you kinda know what'll happen next. Tambah2 lagi dengan ayat yang macam ala2 Magis Manis Coklat tu so I'm kinda like ooookaaayyy. But masuk second story it started to get interesting. Then comes the third yang aku rasa paling relatable. By the fourth, fifth and sixth, I'm hooked. Maybe sebb watak2 dalam setiap story macam berkait and dah ada like some kind of hint in each story about which character will be next, so rasa macam dekat dengan watak2 tu. Story yang last tu aku baca sambil otak aku terngiang2 Melody Lacie dari Pandora Hearts. Feeling habis!

I like how the story flows. Every story features people of different age and touches upon common problems faced by each age group. Probably sebab aku dalam linkungan umur universiti student and a working youngster, so aku rasa those two particular story macam lebih relatable dan dekat dengan aku. Pertukaran dari satu cerita ke satu cerita juga kelihatan sangat natural dan tidak janggal. Sangat smooth dan engaging.

Tapi yang paling aku suka ialah bahasanya. Thank you author for not using slangs and shortforms in your book. Finally! Someone who writes in a proper language. Bukanlah tidak boleh atau tidak ada penggunaan shortforms langsung, tetapi kalau dah satu buku tu penuh dengan bahasa pasar dan shortforms, macam mana nak pelihara bahasa kita. Rosak bahasa. So penulis, terima kasih sangat kerana menulis menggunakan bahasa yang baik.

Overall, buku yang sangat engaging dan menarik untuk dibaca. Kalau lah penulis nk buat yang kedua pun tidak apa. Asalkan ada tambah sedikit kreativiti dan jalan penceritaan yang berbeza dari yang pertama. Walaupun flow bagus tapi kalau asyik ikut pattern yang tu bosan jugak kan. So yeah, I'm hopeful for a second book!
Profile Image for astread.
77 reviews8 followers
August 11, 2024
Kafe Purnama Bayu.

“Hai, selamat datang ke Kafe Purnama Bayu, di mana kopi dan buku itu satu janji yang manis buat kamu. Saya Purnama, mahu pesan apa?”

Saya nak pesan Purnama satu, nak manis manis pastu ikat tepi. Hehe

Aku hanya wujud bila kau perlu. Terima kasih Purnama, kau akan tetap wujud.

Btw salam encik Purnama herlok, cafe dekat mana ya? Nanti share location. Thanks!

Saya akan merindui Purnama.
Kalau hidup makin berat, saya kembali ya.

Comfort book.
Profile Image for Cutie_pie28.
420 reviews11 followers
January 21, 2026
Best baca buku nie.. di saat kita rasa kita yg terpaling tersakiti.. ada orang lain lebih sakit dengan perbuatan kita..

Ada 5 cerita..

Reena seorang budak SPM yg suka tantrum.. dia rasa mak ayah tk beri perhatian pada dia..

Iqlil seorang anak yg sentiasa taat pada mak dan ayah.. hanya ikot apa yg dorg tentu kan.. dan dia rasa tk ter daya nk melawan kehendak mereka..

Bakhri seorang anak kampung bekerja di bandar.. semua kerja dia kene buat.. rutin harian dia begitu shj.. sama jee setiap hari.. dia pun mati rasa daa.. dekat tmpt kerja smue laa dia yg kene urus kn.. even presentation yg dia buat, tp bos dapat nama.. bila buat kerja group, selalu nya dia shj kene marah.. sebab tk dpt bgi yg terbaik..

Zarina seorang ibu yg lmbt dpt anak.. da melahir kn terpaksa berhenti kerja di sbb kan anak nya asyik menangis dan tak mau orang lain.. dan semua di lakukan sendiri.. ada suami pun sibuk dengan kerja..

Mustafa seorang askar pencen.. dulu dia slalu pukul anak² nya.. cite nie laaa paling tersakiti.. yee laa.. ada ayah yg ego.. asyik cari salah anak².. kehilangan isteri, buat kan anak jauh dengan dia..

Bagaimana mereka dapat mengubah masa depan mereka untuk terus hidup harmoni? Haa korg kene baca buku nie..

‘Aku hanya wujud bila kau perlu’
Profile Image for Eiline.
42 reviews
August 15, 2024
3.8⭐️

Kafe Purnama Bayu ✨️

Dalam buku ni ada 6 bab yang berlainan kisah. Ada bab yang character nya berkait, ada yang tidak.

Cerita ni mengisahkan Purnama, seorang barista yang mempunyai kuasa magis. Dia hanya boleh dilihat oleh orang² tertentu sahaja. Orang² itu ialah orang² yang mempunyai masalah ataupun buntu dengan kehidupan mereka. Mereka akan diberi pinjam 1 buku yang mengisahkan tentang diri mereka, secara tak langsung, menjadikan mereka lebih baik.

MY OPINION:

Actually cerita ni not bad, lagi Chapter 4,5 dan 6. First 3 chapter, kurang menarik for ME. First thing that comes to my mind bila baca buku ni adalah komik Magik Manis Coklay by Gempak Starz.

Tapi kalau buku ni ada sambungan I would buy it. Interesting baca buku dlm buku. Tapi I would prefer buku ni ada comic ver. Tak ada lah baca 2 situation 2 kali
Profile Image for Ummu Sulaim.
30 reviews4 followers
June 3, 2024
ummpphnya buku ni bagai menghirup kopi latte panas sambil layan novel kegemaran!
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
March 14, 2025
“aku hanya wujud, bila kau perlu.”

i feel like i just read a modern fable, but with a wider spectrum of social struggles from budak SPM to bekas tentera darat. sesuai untuk bacaan santai sebab for me isunya tak adalah berat sangat, and some of the problems highlighted might be relatable to some of us. kisah tak sama, tapi perasaan tu mungkin pernah dirasai (i boleh relate dengan Iqlil, sebab dia carat jelah tapi 🤡)

mind you, novel ni jenis long chapter. satu kisah satu bab (ada 6 chapters in total). i thought it would be hard for me to continue since i’m not a big fan of long chapters, but welp—tahu tahu dah habis satu kisah🙂‍↕️ it’s fast-paced and easy to understand

kisah Pak Cik Tapa tu successfully made me ugly cry T^Y. kitonyo lemah for any emotional father-child relationship

lepas habis baca satu kisah, with each quote perfectly designated for every character, sumpah rasa how i wish Kafe Purnama Bayu ni betul betul wujud. and OHH, TO HAVE A REAL PURNAMA IN REAL LIFE🥹 cause my life is a mess right now

cuma i wish the ending of each story was explored a little more to give a better in-depth closure, sebab terasa macam cepat sangat
Profile Image for alyy.reads.
81 reviews
September 26, 2024
i don't usually read books in malay since it's not my first language, but i wanted to read something from my national language.

honestly when i first got this, i was just attracted to it bcs of the pretty sprayed edges. BUT i was in a for a very pleasant surprise.

this book is like a Malaysian version of "when the coffee gets cold" and "what you are looking for is in the library", but in a more relatable kind of way. the stories were stories that I cld relate to, and they were told in an easily digestible style. everyone in the book was somewhat interconnected - some by chance, some not.

i think even though this book is written to suit young adults, i feel this book can be suitable for anyone and everyone. if you feel lost, alone, or down, just pick up this book. you'll find your way, eventually.

Fav quote: 'Aku hanya wujud bila kau perlu.' (transl: i only exist when you need me to.)
Profile Image for Khairiyah.
143 reviews2 followers
June 2, 2024
Easy reading which I finished in 1 sitting. Giving the vibes of Before the coffee gets cold but it has it's own special place in my heart. A little bit of fantasy + slice of life + self awareness kind of book. This book gives us so many life lessons through 6 different short stories.

However, I would love it more if Purnama's and Seri Bayu's part to be longer... Nonetheless, this is such a good Malay book I've ever read so far
Profile Image for mimi.
51 reviews3 followers
June 9, 2024
This book is so good. In the past few years I have only read a few books in Bahasa and this book truly makes me want to start reading Malay books again because who knows, we could get wonderful books like this one!!

I would say that this book reminds me so much of "Before the coffee gets cold", "What you are looking for is in the library" and "Welcome to Hyunam-dong bookshop".

It was truly calming and soothing to read this book, somehow felt like I was being comforted and like the famous word these days, 'healing'. Not gonna lie, I shed tears a few times as well.

The characters have lived in my heart. Somehow, I want a Book 2, but somehow I also believe that a book this good should only exist in one part.

Haninay, I will anticipate your future release too! Keep it going!
Profile Image for ✨ sufina ✨ (thebadassreader).
184 reviews49 followers
December 11, 2024
✫ Bab fav saya ialah bab Tok Tapa. Siapa la potong bawang masa saya baca chapter tu hmm
✫Saya baca buku ni bersama adik dan kami sama sama setuju yang ia rasa seperti Purnama juga hadir memberi mesej kepada kami tetapi dalam bentuk sebuah buku.

"Purnama really did came to us in a form of the book"

My rating: 3.5⭐️
Profile Image for aliaareadstoo.
254 reviews7 followers
September 28, 2024
"Hai, selamat datang ke Kafe Purnama Bayu, di mana kopi dan buku itu menjadi satu janji yang manis buat kamu. Saya Purnama. Mahu pesan apa?"
("Hi, welcome to Kafe Purnama Bayu, where coffee and books are a sweet promise for you. I'm Purnama. What do you want to order?")

Kafe Purnama Bayu by Haninay is about five characters from different stages of their lives - students, an office worker, a mother and a husband. What they have in common is that they have regret in living their lives as they currently are. Lured by a coffee promotion in Kafe Purnama Bayu, they met a barista named Purnama and little did they know, an untitled book that will change their perspectives in life.

- For someone who have read and really love What Are You Looking for is in the Library, I'm very familiar with this concept. In fact, I was a bit worried that this book would be exactly similar with Michiko Aoyama's book.

- However I'm very happy to find that even though the concept is quite alike, the execution of each story is very different and I love that originality.

- I'm intrigued by the method that brought the characters to discover what went wrong in their lives through the magical book they respectively borrowed. It was totally unexpected and even as a reader myself, I felt goosebumps every time they were going through it. Then, I cheered for them for being able to overcome their test of life.

"Telah kuambil dukamu, janganlah dicari diriku. Kerana kau harus tahu, aku hanya wujud bila kau perlu."
("I have taken your grief, don't look for me. Because you should know, I only exist when you need me.")

- I feel quite heartbroken when it comes to Purnama's backstory. Nevertheless, I'm happy that he's happy in what he's doing right now.
Profile Image for SITI NURBAITI MOHAMED.
82 reviews20 followers
July 25, 2024
It's giving the vibe of Before the Coffee Gets Cold (tho I haven't read the book, but I watched the anime, hah!) with interesting plot twist. You might think that the part where the book tells the future for all five characters as a foreshadow sequentially but Haninay ni memang pandai beb. She turned it around so that readers cannot predict the future.

What piqued my interest is each character is interconnected with others. We can see character in Chapter 1 in Chapter 2. I might be condemned by this exaggerative phrase but it's like the author not only plays the role of the writer but also as the god. And we readers are the ones who watch it plays throughout the book. Each character was portrayed with their own walk of lives and how most of them are struggling to survive but the most relatable to me are Bakhri and Iqlil. Best believe I cried. That's how impactful as if they are speaking to me. As if this book is telling me my stories.

I love the nuances like ughh I ate it y'all! At first I was sceptical and I was afraid I might stop reading in the middle but it keeps me wanting more and I was feeling like aaaa so indah~ I felt the writing is lovely and precious and meaningful in many ways!

KPB really reminds me of those japanese movies and animes I watch and the cozy Kafe Purnama Bayu really translocate me from my bedroom to its own world. This book has its own magical touch. Tink ✨🪄📚💜👏🏻
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
June 13, 2024
Dihimpunkan 5 kisah individu yang mempunyai masalah hidup. Mereka dipertemukan dengan Purnama di sebuah Kafe lalu kehidupan mereka dalam samar-samar mula terbit sinar.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan buku ini sangat "Warm" seperti rasa dibelai membacanya.

Salah satu kisah tentang seorang Ayah, telah membuatkan air mata menitis mengenangkan arwah ayah dan mendalami karekter seorang ayah.

Secara keseluruhan, buku ini sedap dibaca walaupun tidak dapat habiskan laju, tapi bila ambol masa untuk habiskannya rasa sangat menarik.

Rekomen.
Profile Image for Rarascosylibrary.
25 reviews
September 28, 2024
Akhirnya setelah 18 hari, diriku berjaya menghabiskan buku ni 🌧️🤎

Frankly, this book didn’t really pique my interest, which is probably why it took me a while to finish it. 😅 That said, I appreciate that each story carries its own lesson. Pakcik Mustafa’s story even made me cry—it really touched the family-girl in me!

Overall, I think this book would be more suited for young adults and kids.

But if you’re looking for a simple read in Malay, give this book a go. Not to mention that the cover is soooo pretty 🤩

Pssst, I finished this book at a book café this morning, hence the picture ☺️
Profile Image for Meg Chia (bibliophilogy).
436 reviews62 followers
July 23, 2024
such a cute story and idea - reminds me of the concept of what you're looking for is at the library - a comfort fiction that soothes your feelings and gives you a warm hug and a mug of hot chocolate on a rainy day - enjoyed this! (also my first malay novel that i have read in while!)
Profile Image for naaaamr.
25 reviews
May 30, 2025
I love books that are filled with life lessons! Especially one that related to me the most :)

12.49 a.m, 31st of May 2025
Displaying 1 - 30 of 80 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.