Miyu si kucing jingga yang gebu dan manja memerlukan perhatian secukupnya daripada Natalia dan Zafran. Mujur dengan teknologi VOCOLLA, haiwan jalanan dan peliharaan seperti Miyu kini mampu berbalas kata dengan manusia.
Namun, dek kesibukan kerja, Natalia dan Zafran tidak banyak meluangkan masa dengan kucing kesayangan mereka sehingga membuatkan Miyu berasa sunyi dan jemu. Hanya siri animasi adiwira Belang Hulubalang sahaja yang dapat mengisi waktu lapang si kucing itu.
Tanpa diketahui Natalia dan Zafran, Yara, si pari-pari kecil muncul sebagai peneman Miyu. Dengan kuasa sakti, Yara setia membantu dan melindungi Miyu ketika mereka mengembara di dunia luar. Selain menghilangkan bosan, Miyu yang terpengaruh dengan adiwira kegemarannya, nekad untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang dilanda kesusahan.
lkuti perjalanan Miyu yang penuh kejutan dalam menyelami pelbagai aspek kehidupan bersama Yara. Dari kaca mata seekor kucing, kasih sayang dan penghargaan sesama makhluk membawa suatu makna baharu buat Miyu.
This book actually portrays a pov of a cat’s life… slice of life as a cat/cat's owners + fantasy kind of book. I was sobbing so hard to finish this book. I miss my cats
Jangan percaya pada cover ya.Cover buku memang comel,tapi cerita ni sedih.Sedih dengan nasib Koko,sedih dengan nasib Pak Tam and nasib...Miyu :'( Miyu,kenapa awak tak cakap dekat mama and babah yang awak sakit? Awak buat saya menangis Miyu.
Miyu si kucing oren yang gendut dan banyak telatahnya. Walaupun punya badan yang bulat namun itu tak menghalang niatnya menolong haiwan-haiwan lain yang dalam kesusahan. Dia juga dibantu dan ditemani oleh Yara sang pari-pari.
Sedih baca luahan hati Natalia kepada Zafran tentang anak. Kadang-kadang orang komen dan nasihat langsung tak mengendahkan hati pendengarnya. Untuk kawan-kawan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat semoga anda diberikan kekuatan dan ketabahan dan dijauhkan dari kumpulan orang seperti cikgu di sekolah Natalia.
Dasar Golden Retriever punya Rufus. Dengan Pak Tam yang jauh lebih kecil pun dia takut. Semuanya hanya gara-gara wajah garang Pak Tam. Dalam masa yang sama SH kasihan dengan nasib Pak Tam. Bukan sahaja manusia mampu berubah sikap dengan penindasan dan kekejaman orang lain, haiwan pun sama juga.
Zafran punya geram dengan bentuk badan Miyu ni habis semua nama makanan dipetiknya. Belacan bulat, cempedak goreng, mempelam dan banyak lagi. Semuanya menggambarkan betapa bulatnya Miyu. Babak-babak pergaduhan Miyu dan Zafran memang buat SH tak kering gusi.
Ya Allah ingatkan Zafran saja yang loyar buruk sekali bapa mertuanya pun sama naik. Mengekek SH membaca naskah ini dengan perangai masing-masing.
Ini naskah yang kedua SH baca dari penulis ini. Dan keduanya adalah dari genre yang sangat jauh berbeza. Dan penulis tetap berjaya membawa SH ke dunia kucing si Miyu dengan penulisannya yang sangat menarik.
Haiwan juga mempunyai perasaan. Rasa kasih yang mereka pegang erat di dasar hati, setara dengan kasih sayang sesama manusia. Atau mungkin lebih lagi. Hanya disebabkan mereka itu haiwan, tidak bermakna manusia sekeliling boleh sewenang-wenangnya mengabaikan keperluan emosi mereka. Pada akhirnya, manusia dan haiwan peliharaan tetap saling memerlukan.
Tidak dapat dinafikan, watak utama dalam cerita ini sangat comel. Namun, disebalik kecomelan, kenaifan dan kenakalan seekor kucing oren bernama Miyu ini, cerita ini juga diselitkan dengan banyak sekali pesanan kebaikan buat pembaca.
Antara pesanan yang saya peroleh daripada cerita ini ialah: ~ Jangan ambil peduli sangat apa yang orang kata pada kita. Kita hanya perlu fokus pada diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang Tuhan dah beri pada kita.
~ Keikhlasan itu sangat penting kerana bila hati tak ikhlas, kita lebih mudah dipandu emosi negatif. Lebih-lebih lagi semasa marah. Bila emosi negatif menguasai diri, tindakan negatif juga akan berlaku.
~ Kemaafan itu perlu ada dalam setiap institusi keluarga, walau sekecil manapun keluarga tersebut. Ibu bapa atau penjaga tidak terlepas daripada berbuat khilaf, jadi mengawal ego sangatlah penting agar keluarga sentiasa boleh bertoleransi sesama sendiri.
~ Hargailah orang sekeliling sementara mereka masih lagi ada bersama kita. Pengabaian daripada orang yang tersayang, ibarat satu pengkhianatan yang meracik setiap urat bahagia dalam diri.
~ Haiwan juga mempunyai perasaan. Rasa kasih sayang mereka mungkin jauh lebih erat lagi daripada manusia. Jangalah hanya kerana mereka itu seekor haiwan, kita sebagai manusia dengan sewenang-wenangnya mengabaikan keperluan emosi mereka.
Kenaifan Miyu tentang perihal dunia, kepercayaan yang dipegang erat oleh Miyu terhadap Natalia dan Zafran sebagai penjaganya, dan keikhlasan Miyu dalam mencurahkan sepenuh hati kasih sayang terhadap penjaganya mengingatkan kita semua bahawa janganlah kita sebagai manusia sewenang-wenangnya mendera haiwan, membuang mereka tatkala hati tidak lagi menginginkan kehadiran mereka tanpa rasa ada secebis kasihan pada hati.
Kematian Miyu di penghujung cerita sangat merobek hati saya. Sedih sangat dan tak tipu saya menangis kerana sebagai seorang penjaga kepada arnab dan kucing, kehilangan mereka merupakan suatu kekosongan yang teramat dalam dan juga kerinduan yang tidak terucap.
Buat pencinta kucing & haiwan, buat si hati lembut yang tinggi rasa empati, buat yang mencari a light reading atau hiburan untuk hilangkan reading slump, buat yang mencari 'sesuatu' untuk mengisi kekosongan rasa, buat yang sedang belajar melepaskan untuk rasa penuh semula. Buku ni untuk korang.
Ringkasan cerita: Miyu, seekor kucing jantan oren yang gebu & comel milik pasangan Natalia & Zafran. Miyu boleh bercakap dan boleh difahami oleh Mama & Babah nya iaitu Natalia & Zafran. Oleh kerana teknologi yang semakin membangun, maka terciptalah sebuah alat yang dinamakan VOCOLLA (Pet Vocalisation Collar-Kolar Pertuturan Haiwan Peliharaan). Maka Kerajaan dah edarkan VOCOLLA ni pada badan² NGO untuk dipasangkan pada haiwan² peliharaan seperti kucing, anjing, angsa. Inilah sebab Miyu boleh bercakap dan turut difahami oleh manusia. Miyu kenal dengan Yara, seorang pari² yang menghuni dalam kelongsong (casing) VOCOLLA Miyu. Kira macam, dalam rantai leher Miyu tu, ada loceng, haa Yara ni duduk dalam tu la. So start dari situ mereka bersahabat. Yara la yang lindung, jaga & teman Miu kemana saja Miyu pergi. Natalia & Zafran pulak adalah pasangan yang belum ada rezeki untuk mempunyai zuriat. Cemuhan oleh saudara² terdekat & rakan² sering dihadap oleh Natalia terutamanya. Miyu suka tengok siri animasi Belang Hulubalang yang merupakan seorang Adiwira la dalam siri animasi tu. So si Miyu ni pun pasang cita² la nak jadi adiwira jugak. Ikuti pengembaraan Miyu, Yara, Natalia, Zafran, Dol, Tomy, Rufus, Pak Tam, & Uncle Teoh untuk selanjutnya.
Things I love about this book:
1) It's floppy. 2) Penulis punya tulisan smooth like butter. Buku ni boleh dihabiskan dalam one sitting je. It's like korang habis 1 chapter, korang akan selak lagi next chapter. 3) Penulisan dan jalan cerita yang sangat matang, bijak, tersusun & realistic walaupun ianya sebuah buku fiction. Every scene tu kau boleh bayang lah, betapa smoothnye penulisan Natasha Mazya. 4) Watak Miyu, Allahu, comel nye lah Miyu ni. Comel yang sangat² lah comel. Cute betul dia bahasakan diri dia as 'kita'. 5) Suka bila penulis menggambarkan scene² gembira & sedih antara Natalia, Zafran dan Miyu. Rasa macam sembuh tau tak. Si Zafran & Miyu yang selalu je bergaduh. Hahaha 6) Watak Zafran yang menenangkan si isteri Natalia dari cemuhan orang sekeliling sebab belum ada zuriat. Sangatlah bagus ya. Zafran menjalankan peran sebagai seorang suami dengan baik. 7) Buku ni jugak mengajar kita berkasih sayang sesama makhluk, buat baik sesama makhluk walau tak dibalas. Dan buku ni mengajar kita melepaskan.
"Tak apa kalau kamu terpaksa melepaskan, sebab dengan cara itulah kamu akan dapat berdamai dengan takdir. "
Dunia ini hanya medan ujian. Kita bukan kehilangan tapi kita memulangkan apa yang asalnya bukan milik kita, tapi pinjaman Tuhan untuk kita.
Antara dialog² comel Miyu:
Dol: Kacaknya kau pakai baju renang Miyu: Ini baju melayulah Dol: Oh yakah? Ingatkan baju renang. Ketat semacam Miyu: Mama, betul ke baju kita ketat. Natalia: Mana ada sayang, Dol sengaja mengusik tu.
"Tadi kita pergi taman. Ada kakak jual belon bagi sebab kita comel."
"Kau tu panggil aku Babah pun tak pernah. Pernahlah. Masa kita kecil dulu."
"Kucing putih tu ikut kita, dia cakap dia suka kita sampai nak kahwin. Kita tak nak!"
Atas faktor kesibukan kerja dan kepenatan, buku ini tamat dalam jangka masa yang agak lama. Akhirnya, saya temui titik akhir untuk buku ini. Pertama-tamanya, ingin saya ucapkan terima kasih pada pembuat kaver buku ini. Sangat comel dan berjaya menarik minat pembaca untuk membeli naskah ini.
Yang kedua, isi bukunya. Ceritanya santai sahaja. Tentang seekor kucing yang menjalani hidupnya dengan pelbagai kisah hidup, baik sesama haiwan ataupun sesama manusia. Namun, buku ini banyak dialog yang boleh di'pin'kan kerana punya makna yang mendalam. Banyak nasihat diberikan dalam buku ini melalui watak watak yang ada.
Keseluruhannya, buku Hari-Hari Bersama Miyu ini merupakan sebuah kisah yang baik pada jalan ceritanya, juga baik pada isi yang boleh kita ambil untuk dijadikan nilai dalam kehidupan. Haiwan juga punya keinginan untuk dimanja. Hargailah setiap makhluk yang Tuhan ciptakan di bumi ini. Tahniah buat penulis.
sampai hati penulis melukakan hati aku di akhir-akhir cerita.. tak boleh ke teruskan cerita dengan kecomelan nakal Miyu tu sampai ke akhir....walaupun ada happy ending.. dah anak aku cuak tetiba ummi dia menangis baca buku.. jarang-jarang ummi dia menghayati cerita sampai menangis teresak-esak.. mungkin sebab membayangkan diri sendiri berada di tempat Natalia dan kucing2 kesayangan ku..
This book's cover caught my attention when I was browsing 𝘉𝘰𝘰𝘬 𝘊𝘢𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭, and I wondered what it could be about. Surprisingly, the premise grabbed me by the heart as someone who thirst for whimsical tale, 𝒂 𝒅𝒂𝒚 𝒃𝒚 𝒅𝒂𝒚 𝒂𝒅𝒗𝒆𝒏𝒕𝒖𝒓𝒆 𝒐𝒇 𝒂 𝒇𝒂𝒊𝒓𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝒂 𝒄𝒂𝒕 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒄𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒕𝒂𝒍𝒌. Without hesitation, I immediately take the book into consideration to spend the Gov's book voucher on.
Hari-Hari Bersama Miyu scratches the itches I didn't know I have in part of my chronic nostalgia, which are 𝑲𝒂𝒎��𝒔 𝑩𝒆𝒓𝒈𝒂𝒎𝒃𝒂𝒓 (Picture dictionary) and 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒍 𝑲𝒐𝒎𝒔𝒂𝒔 (School literature). I am aware that it comes across a bit weird, but reading this book evoked that sensation of browsing picture dictionary, when my sister and I were racing with each other to point our fingers on the pictures, trying our best to find them first. It almost feels like the author has magically taken all the essence of the pictures from the dictionary I once owned and crafted a story with it. A beautiful story. A story that, as I flew through the pages, the writing strung together so well, lyrical, packed with obvious lessons and reminders that I feel the need to highlight and identify major themes until it hit me that I was not reading a literature for school. Natasha Mazya's writing is direct, yet playful and and it feels like it was cut straight out of a random Malay cartoon show you'd see on a Sunday morning in the 2010s.
Every character in this story deserves their spotlight (except one), but Miyu deserves it the most. A funny and innocent orange cat that love to help others in need, and the friendship he has with his fairy friend, Yara is so heartwarming. The friends they’ve made throughout their daily adventures and their own stories constantly reinforce the main theme of the story. The human characters are good, but it works due to the story told mainly through Miyu's POV.
Overall, Hari-Hari Bersama Miyu is a wonderful journey that combines nostalgia with whimsical storytelling, making it a charming escape into a world where every page is a new adventure and every character, especially Miyu, feels like a cherished friend.
1. Cerita yang penuh dengan kecomelan yang pernah aku baca. Sebagai seorang airulophile dan mama kepada 6 ekor anak bulus aku approved cerita ni sangatlah best 🥲 Miyuuuu comelnya kamu, gumuk macam Garfield tapi Miyu tak pemalas. Terlebih aktif pulak 😆
2. Zaman ni teknologi dah advance. Dah ada rekaan kolar kucing yang boleh translate bahasa kucing ke bahasa manusia. Technically kucing dah boleh bercakap dengan manusia bila pakai kolar ni. Bestnya kalau ada teknologi ni. Aku pun nak bercakap dengan kucing aku huhu
3. Mom and dad Miyu Natalia dan Zafran memang parents yang penyayang. Lebih2 lagi diorang takde anak. Miyu ada guardian fairy macam Tinkerbell namanya Yara. Dia suka tengok kartun animal superheroes. Pastu dia pun sebok nak jadi superhero jugak 😆
4. Macam2 adventure Miyu buat sepanjang dia jadi superhero. Aku paling suka kawan Miyu yang nama Pak Tam. Kucing hitam yang ada 3 kaki je. Grumpy betul kucing tu. Tapi backstory dia very traumatized. Kesian Pak Tam 😭
5. Watak Uncle Teoh dan anjing dia Rufus aku suka. Sangat baik dengan Miyu. Tak putus asa amek hati Pak Tam heheh. Opah, Atok dan Dol sepupu si Miyu kat kampung pun aku suka jugak. Tak sangka aku sepupu Miyu angsa hahaha
6. Cerita ni sangatlah fun dari awal sampai lah ending tu barulah berjurai jurai air mata aku turun 😭 Aku sebenarnya dah agak kalau cerita pasal binatang mesti ending dia akan sedih. Walaupun dah prepare tapi mental aku tetap koyak jugak in the end. Sedihnya ya Allah sebab aku dah pernah experience kehilangan. Kesan dia tu menusuk ke dalam sungguh2
Novel fantasi-fiksyen yang menarik tentang kucing dan pengalaman hidupnya bersama-sama manusia. Bagaimana POV kucing ini membawa manusia memahami sifat dan sikap kucing yang menarik.
Miyu, bersama-sama rakan pari-parinya mengisi waktu yang ada dengan hal-hal yang bermanfaat: menjadi hero membantu haiwan-haiwan lain. Diselang-seli dengan babak-babak yang mencemaskan, melucukan dan sesekali dilingkari kasih sayang sesama makhluk - manusia dan haiwan, novel ini memberi kepuasan tersendiri walaupun saya syak penulisnya (yang dikatakan penulis pemula) banyak pengalaman menulis dan pembacaan yang baik.
Ulang baca babak Dol (itik) dengan Miyu yang dibuli dan membuli haiwan sekampungnya (anjing). Belum pernah baca lawak begitu.
Baca buku ni membuatkan saya geli hati dengan perangai Miyu ni. Dah la gendut, nakal, baik hati, sopan, comel. Keletah Miyu yang diceritakan secara terperinci ni buat saya rindu kucing kat rumah. Sebab saya baca buku ni masa waktu rehat di ofis. Lepas tu, mana ada kucing bahasakan diri dia sebagai kita? Comellah Miyu niii 😍🤣
Buku ni mengisahkan tentang pengembaraan Miyu dengan sahabat pari2 nya bernama Yara. Miyu pegi tolong Pak Tam, Miyu tolong Tomi. Tak jauh pun dia mengembara tu, sekadar satu taman perumahan yang dia tinggal bersama mama Natalia & orang tua Zafran.
Banyak topik yang dibangkitkan penulis sekitar kehidupan seharian Natalia, Zafran, Miyu, orang2 dan binatang di sekeliling. Perihal orang berkahwin dan tak punya anak, segala cemuhan dan keperlian yang mereka perlu hadap. Perihal orang mendera binatang, tuan haiwan peliharaan yang tak bertanggungjawab, orang mabuk bawa kereta.
Dan siapa sangka, di sebalik kita seronok melayan pembacaan dengan keletah Si gendut Miyu tu, ada plot twist di akhir bab? Huwaaaa air mata kita menitik wak. Sampai hati penulis buat hati kita begitu.
P/s: kalau betullah vocolla tu wujud, gamaknya penat telinga nk dengar bebelan adik2 bulus kat rumah. 🤣🤣🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
genre — slice of cats’ life, romance as sub-plot personal rating — 4.9🌟
Apa yang I dapat berdasarkan kisah Miyu ni: - Haiwan pun ada perasaan, bukan manusia je. - Masa itu… membunuh. - Berdamai dengan takdir, baru jiwa akan dijemput ketenangan. - Jangan kisah pasal mulut orang. Let them be them. You do better. - Siapa cakap kena ada anak, baru sesebuah mahligai cinta itu akan tampak bahagia? Bahagia itu datang dalam cara dan bentuk yang tersendiri.
Bakpe sedeh sangat ni🥲🥲🥲 I was literally bawling my eyes out yesterday night because of the last 2 chapters. I thought I wouldn’t cry because the ending was expected, and bab depan2 tu Miyu comel comel je dengan dia punya dunia pengembaraan sendiri HAHAH nohhh lalast nangeh gakk. Aku punya nangis kaw2 tau, sampai tersumbat hidung. Pagi ni demam terus HAHAHAHAH
Gaya penulisan sedap dibacaa. Tbh I tak pernah lagi baca penulisan macam ni. It’s my first time reading author’s book and I’m surprised her writing kena dengan tekak i. Dia baku, tapi sedap dibaca faham takk? Kalau tak faham baik awak beli dan baca sendiri😚🙌🏻 ada several dialogues macam baca naratif, which is baku. Tapi sebab dialog tu dialog dari kucing/makhluk lain, memahami jee. I mean it doesn’t sound awkward la in my perspective. I suka jugak cara penulis sampaikan POV kucing yang berlainan. Ingat manusia je ke ada struggle? Haiwan2 pun ada kisah silam tersendiri okay😤 i dah tak boleh tengok kucing oren sebab Miyu🥺
I’m a loser if i didn’t include Zafran & Natalia. YA ALLAH GUE KAPAN LOVE STORY LIKE THEM😭🫶🏻🫶🏻 Zafran ni greenflag gilaaa aaaa and Natalia yang terima apa adanya suami dia eee comel comel tau diorang ni dahlah cat parentss i love their chemistry and the way Zafran selalu reassure wife dia berkaitan benda2 yang selalu trigger Lia🫠 pastuu Zafran pon HAHAH I SUKA HUMOUR DIA BILA DEKAT DENGAN MIYU😭😭 because Miyu is literally being and made as a cat, but Zafran simply calls him: bulat, gendut, cempedak goreng, labu and banyak lagi la nama samaran kucing tu HAHHA
DOL & MIYU. You don’t know the amount of laughter I processed because of these two. And sebab their connection nilah yang lagi buat I nangis teresak esak bila Dol dapat tahu yang…🙂😭☺️💔😇🙂↕️😭😔😔 PLEASEEE YA ALLAH TANAK INGAT TANAK INGAT SAKITT💔💔💔 and Yara… i totally understand her ya Allah bila Yara nangis i jadi terikut2 teresak2 sekali. jadi Yara pon sakitt ape je tak sakit dalam cerita ni skang i nak tanya sape sakitkan author tu sampai tergamak buat camni🥹💔💔
I masa baca Zeanissa, I was traumatised enough with ‘Mama sayang Jahra’ quote and sape cakap I dah sembuh dari luka tu?!?! I HAVEN’T OKAY. NI TAMBAH LAGI SATU QUOTE ‘Miyu sayang mama’ DAH AH🥲🥲🥲
Tak puas hati ending sorang tu cenggitu je. Dia patut kena seksa lebih🙂 and the epilog??? Tak ramah ye tak ramah haha… “Doa Miyu dah termakbul” and it somehow reminds me of SYTT ending (this one altered my brain chemistry yaaaa) sebab setiap apa yang Allah ambil, pasti akan digantikan dengan perkara yang lebih baik🥹🤍💫
“Kalau kita dibenarkan untuk hidup berkali-kali, kita tetap nak jadi kucing milik mama dan orang tua.” Miyu, you will forever be loved my sweetheart😭🥹 emoji2 ni tak cukup untuk gambarkan perasaan i sekarang. Macam hurricane. Libang-libu. Tulis review pun boleh sebak eh Hanna? 🥹🥹🥹
Mengisahkan tentang Miyu, si kucing oren yang berasa sunyi setiap kali tuannya pergi bekerja. Miyu menghabiskan hari-harinya dengan bersiar-siar dan menonton rancangan kegemarannya iaitu Adiwira. Kehidupan Miyu berubah apabila Yara, pari-pari biru yang mempunyai keupayaan untuk berubah menjadi burung atau rama-rama, memasuki hidupnya. Yara membantu untuk merealisasikan impian Miyu yang hendak menolong haiwan lain yang dalam kesusahan sama seperti Adiwira, heronya.
Hari-hari Bersama Miyu adalah buku yang penuh dengan kehidupan, kekeluargaan, kemanusiaan dan persahabatan. Buku ni sesuai untuk peminat Japanese literature, slice of life genre dan cat lovers. Cerita Miyu ditulis dengan baik, menunjukkan keperibadian kucing dan persahabatan yang menyentuh hati. Aku suke dengan konsep cerita ni. Ada elemen 'magical' tapi tak keterlaluan. Di dalam dunia dimana manusia dan kucing boleh berkomunikasi melalui alat teknologi VOCOLLA. Kucing dan manusia boleh memahami antara satu sama lain. Tapi adakah ia memberi lebih kebaikan dari keburukan?
Ingatkan cerita Miyu ni jenis wholesome dan light-hearted, tapi ada jugak terselit kisah yang mengayat hati. Mengetengahkan isu-isu yang agak berat, stigma masyarakat terhadap pasangan yang lambat dikurniakan zuriat, kekejaman manusia terhadap kucing, berlaku zalim, kasih sayang ibu bapa dan cinta kucing kepada tuannya. Kisah Miyu banyak meneroka aspek kehidupan yang mungkin kita anggap sebagai 'perkara kecil' dan mengambil mudah. Ia juga mempunyai mesej yang indah yang membuat aku rasa emosi. Aku suke dengan perwatakan Miyu yang penuh rasa empati terhadap haiwan lain yang kurang bernasib baik.
Hari-Hari Bersama Miyu adalah salah satu buku yang aku dapat habiskan dalam masa sehari. Berjumlah 370+ pages, tapi setiap bab tidak terlalu panjang dan seimbang dengan apa yang hendak disampaikan! 4 ⭐️
Cerita ni sangat-sangat comel. Sebagai pencinta kucing, aku sangat-sangat suka akan buku ni. Kisah seekor kucing oyen yg dibela oleh sepasang suami isteri, Natalia dan Zafran. Kucing ni istimewa sebab boleh bercakap tapi dgn bantuan teknologi VOCOLLA. Pengembaraan Miyu ditemani si pari-pari kecil bernama Yara.
Miyu ni aku rasa macam kucing dalam drama jepun Power Office Girl tu. Bulat semacam. Tapi kesian setiap masa kena fat-shaming. Tapi, dia jenis idgaf. Asal aku bahagia.
Cerita ni banyak juga main dengan emosi. Ada kisah-kisah semasa yang terselit walaupun tidak mendalam, sedikit sebanyak dapat menjetik emosi geram, marah, kelakar, sedih.
Aku suka dgn Dol. Hahaha. Penulis boleh kot buat spin-off pasal pengembaraan Dol di kampung. Drama kuat ah si Dol ni. Mesti banyak tengok K-Drama ni. Hahahahaha. Lagi lagi jumpa samseng kampung tu. Mesti ada history tu. Lagipun, suara diaaaaaaaa!!!! BAHAHAHAHAAAA!!!
Bagi aku, buku ni juga sesuai utk pembaca muda. Sebab lenggok bahasa dia mudah.
Being a animal lover is one thing, but being a pet owner is another. This book captured my heart completely (and I weeped too much)
This book is a Malay novel, and gosh I hope that bookiut would have these published internationally soon. It be such a treat if these books got the same love as we Malaysian do. And how glad I am that we’re picking up with the readers. Okay back to this; This book is about a tabby cat named “Miyu”, and we get an inside of how life is for this cat alongside his owners, Natalia & Zafran, and with more furry and magical friends!
It’s filled with many cute moments that made me giggle, can’t blame it because we got a cat. And this book talk about sensitive topics that may help others too. Super cute for all ages hehe. Did I cry to this? Yes. And would I recommend this to anyone, YES.
Kisah seekor kucing gendut berwarna jingga bernama Miyu yang merupakan anak kesayangan kepada Natalia dan Zafran yang masih belum ada rezeki zuriat selepas hampir 5 tahun berkahwin.
Miyu juga merupakan cucu kesayangan atok dan opah dan selalu bergaduh dengan sepupunya iaitu Angsarip Dol (seekor angsa).
Selepas Yaya si pari-pari hadir di dalam hidup Miyu, Miyu berpeluang menjadi adihaiwan (adiwira) seperti kartun kegemarannya iaitu Belang Hulubalang kerana banyak adventure mereka lalui bersama.
Mereka menyelamatkan Pak Tam, Tomi dan anak-anaknya serta menyampaikan rasa kasih Koko the superstar kepada bekas tuannya.
Miyu menceriakan hidup Uncle Teoh, Rufus dan semua yang ditemuinya.
Kehidupan daripada POV seekor kucing yang sangat disayangi.
Buku ni comel sangat. Buat den tersenyum-senyum membacanya walaupun den bukanlah seorang pencinta haiwan.
Yes, the cover is cute but the story isn't. It tells a story from a cat's POV and how this cute fella dreamt of being a hero helping every cat he met; which he did btw. My heart breaks for Koko and of course our orange cat here. All my love goes to Miyu and I didn't expect Miyu will have an ending. That definitely reminds me of my cats. Mama, Zorro, Pian, Tajul and Haqiem Rusli. Now with the presence of Nana, she gives us the happiness we lost. Sedih sangat baca cerita ni and I know I love cats but I think I would definitely see them differently after this. Jangan tengok kucing je nangis sudoh lepas ni.
You will be missed, Miyu. Thank you Nat and Zaf for taking care of Miyu and treating him preciously. 💜😭😭😭😭😭💔
Sejenis cerita “don’t judge a book by its cover” betul lah 🥹 selain penulis pandai susun cerita mengikut rentak tema ‘pengembaraan’ seekor haiwan peliharaan kesayangan (konsep VOCOLLA tu just nice!), beliau turut mengetengahkan isu-isu seputar hak asasi haiwan dan realiti sebenar POV anak bulus aka meow-jikan bila ‘pekerjanya’ (read: tuan mereka 😂) pergi bekerja.
Penulis berjaya beri kesedaran juga pada saya sendiri, sesibuk mana pun kita. MESTI luangkan sedikit masa untuk bermain dengan anak-anak bulus kita because we’re literally their WHOLE UNIVERSE 🥹
tbh, 4.8/5 🌟 sebab ending yang tak tersangka 😭 *please jangan terus lompat curi-curi baca ending dia juseyoo 🥺
mula ii beli ingatkan buku tentang kehidupan harian miyu semata-mata, rupanyaa tidak yaaa 😭
pastu part ending tuuu kenapaaa 😭 theres a sign (cat lovers akan perasan), tapi saya buat tak endah je tau sbb nak sedapkan hatii, tapi berlaku jugak 😭
overall novel ni sangat bestt, walaupun agak slow, tapi bukan yg buat kita rasa bosan tauu! sayaa suka sangat ii, kadang ii bila dah baca novel yg terlalu sarat dengan info, otak kita perlukan rehat, tapi kalau still nak membaca boleh baca buku ni buat santai ii, hujung tu je laa tak santai hehe
The ending, Miyuuuuuu 🥺🩷 I lovee miyu so so muchh, kiut wei baca buku pov kucing, buatkan kita terfikir if betul betul lah kucing boleh bercakap kan, macam novel ni sebabkan teknologi Vocolla tu, not magically.. Hahahaa comel weh, sedih sebab ada part boleh relate 🥹 ada part happy 🤩 kelakor 🤣 sakit hati sebab kejamnya manusia 😤 for me novel ni memang cukup rasa 🔥 As a cat lover, confirmlah kita recommend!
Bila dah habis, baca profil penulis, baru tahu author yang sama dengan buku Mentekedarah. Versatile lah author tulis genre lain dan besttt. Good job 🫶🏻👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Emotional damage 😭 saya tak bersedia langsung dengan pengakhirannya ya 😭 dah banyak hari pun masih terasa pedihnya di dada.. saya tak rasa saya boleh ulang semula baca.. 😭 cik pengarang kenapa dera saya begini 😭 saya baca perlahan-lahan buku ni sebab suka sangat dengan kecomelan Miyu bahasakan diri dia 'kita' omey angat hahaha terbayang kucing-kucing saya cakap macam Miyu. Baca fiksyen nak lari dari realiti.. Lahhhhhh seperti realiti. Hahahaha.
Jangan biarkan kulit buku yang comel ini memperdayakan anda! Buku ini sarat dengan mesej dan emosi yang boleh dikatakan agak berat. Saya cadangkan buku ini untuk pelajar sekolah rendah darjah lima, enam dan ke atas. Sesuai dibaca pada permulaan hari atau pada malam hari. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dari aspek tatabahasa dan ejaan, tapi tak mengapa, tak mengganggu pembacaan. Ia buku yang agak 'solid' untuk kita baca. Totally recommended!
Sukaaaa sangat buku ni. Walaupun genre slice of life tapi life miyu sangatlah menarik yaaa dan penulis pun pandai menggarap kisah miyu dgn penuh kelakarrrr dan comel uwu uwu hahhahahah. Tapi tulah, apalah erti semua yang kelakar2 itu jika,……. hurmmm :( Rinduuuu part miyu dengan Angsarip Dol 🤣 Dahla dia ingatkan angsa tu itik 😂 Pastu mengadu kat mama lia pasal Dol ejek baju dia ketat sangat hahahhahah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ingat cerita simple saja, pasal kucing. Apa yang dia buat hari hari, makan apa, suka buat apa. Itu Miyu. TAPI dah separuh dah nangis. Sedih la bab yang tuan dia buang kucing tu. Meleleh sebab adakah itu perasaan kucing or any pet yang kena buang dengan tuan dia. I sedih. Lagi ending dia. Why Miyu why? Kalau sakit bagitau sayang bukan diam.
Okay dah habis buku ke 25 aku ni..tak sampai sehari baca..hehe..cerita nya sgt la cute psl kehidupan kucing bernama miyu kucing oyen yg boleh bercakap la..dia nk jadi hero then dia byk selamatkan kucing2..tapi tu la ending dia sedih la..hmmm tapi doa nya termakbul okay..khas utk pencinta2 kucing novel ni