Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Pulang, Bayang

Rate this book
“Tidak mengapa kalau tak ada satu cara yang tepat untuk hidup. Tidak mengapa kalau tak hebat semua benda. Semakin kita mendewasa, semakin kita mengenali lebih lagi tentang diri kita yang sentiasa berubah. Mendengar jeritan sisi gelap kita dan bersabar dengannya. Dan harapnya satu hari nanti, turut mencintainya. Tidak mengapa kalau hari ini kita kalah pada si syaitan kecil. Syaitan kecil ini juga sebahagian daripada kita. Lagi pula bukankah memang dunia ini pentas permainan? Tolak dan tarik antara menang dan kalah adalah sebahagian darinya.”

Apakah akan terjadi jikalau anda diberi peluang untuk melihat ke dalam dunia orang lain?

Adakah semua yang dipaparkan di media sosial itu suatu yang benar?

Ataupun ianya adalah sebuah pementasan bagi khalayak ramai sanjungi?

Antara dunia yang-bayang yang perlu tempat untuk pulang semula,

Mungkinkah bayang akan menguasai, Atau akan ada sinar yang menanti…

Bagi mencari bahagia yang sebenar?

288 pages, Paperback

First published May 24, 2024

10 people are currently reading
120 people want to read

About the author

Husna Rosli

3 books261 followers
Penulis Husna Rosli merupakan seorang story lover. Dia gemar berkongsi minatnya terhadap buku dan cerita melalui reviewnya di media sosial. Dia juga dikenali sebagai seorang ‘Booktuber’ (YouTuber yang berbicara tentang buku) di channel YouTube ‘Husna Reads’.

HUSNA READS YOUTUBE CHANNEL

Setakat ini dia telah berjaya menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Psikik’ yang diterbitkan oleh penerbit FIXI pada tahun 2019, dan ‘K-POP Girl: Army Yang Bertuah’ untuk tahun 2020.

Sebagai pembaca, dia menggemari buku bergenre urban fantasy, thriller, misteri dan paranormal. Penulisannya juga banyak mempunyai pengaruh genre berkenaan. Selain membaca, dia juga sukakan segalanya yang bersifat seni terutamanya yang boleh dianalisa seperti muzik, lirik dan filem. Husna juga boleh dikenali di media sosial dengan nama yang sama: Husna Reads

Husna mempunyai harapan yang besar untuk kariernya. Dia berharap imaginasinya serta cerita yang selama ini disimpan dapat disampaikan kepada pembaca. Sekarang, dia sedang cuba menghasilkan lebih banyak cerita ‘Young Adult’ dalam genre fantasi urban, thriller, seram dan paranormal. Dia berharap cerita-ceritanya mampu memeriahkan dunia buku Malaysia kelak.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (21%)
4 stars
48 (36%)
3 stars
41 (30%)
2 stars
13 (9%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Elvina Zafril.
717 reviews104 followers
July 17, 2024
Trigger Warning: Self Harm, Bully, Abuse

Selamat Pulang, Bayang. Sebuah buku psychothriller yang pada saya amat mudah untuk difahami dan sejujurnya buku ni memang harus dibaca oleh setiap orang.

Selamat Pulang, Bayang membuatkan kita berfikir lebih mendalam tentang kehidupan kita terutama di zaman media sosial ni. Penulis mengingatkan kita untuk fokus dałam melihat diri sendiri dan orang lain.

Tidak ada satu cara hidup yang betul. Kita tak perlu kejar standard ‘hebat' yang selalu orang perkatakan. Kehidupan kita bila-bila masa boleh berubah dan hakikatnya kehdupan kita sentiasa berubah. Nak tak nak, kita kena terima.

Relatable sangat buku ni dengan zaman sekarang. Saya memang soka cerita-cerita yang bank teladan macam ni. Jalan cerita pun best. Baca kisah silam Eryna dan Camilla, buat saya mengimbau kenanagan pahit masa saya kecik-kecik. Ada babak yang betul-betul relatable dengan saya.

Buku ini juga mengingatkan kita bahawa setiap orang ada sisi gelapnya. Sama ada kita dapat berdamai dengan sisi gelip kita atau tak, terpulang kepada individu masing-masing. Dan sama ada kita memilih jadi jahat atau jadi baik, terserah kapada diri kita sendiri yang dah pandai fikir. Dalam kehidupan yang penuh ujian dan dugaan untuk membandingkan diri kita, kita mesti bersabar dan menerima semua bahagian diri kita, baik yang baik mahupun yang kurang baik. Hanya dengan itu, kita boleh mendapat kebahagiaan yang berpanjangan. Gituuu.

Menyentuh bab buli. Geram je saya baca adegan-adegan buli yang diceritakans dalam buku ni. Dan keluarga yang bubaoa juga boleh dikatakan pembuli anak-anak tanpa mereka sedar. Geram ye saya baca.

Secara keseluruhan, Selamat Pulang, Bayang bukan sekadar bacaan biasa, tetapi juga perjalanan mencari erti kehidupan yang sebenar. Dengan persoalan dan mesej yang disampaikan, buku ini membuatkan kita berfikir dan mencari cahaya di tengah-tengah dunia yang gelap, agar kita dapat mencari kebahagiaan yang hakiki. Hasıl karya yang sangat bagus pada pendapat saya.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 16, 2024
cerita yang biasa tapi mesej yang luar biasaaaaaa

BIG APPLAUSE TO THE AUTHOR sebab berjaya bawa theme physchothriller dengan penyampaian yang padu dan sarat dengan mesej and betapa relate keburukan dalam social media sekarang.

everyone has their darkside, our own 'bayang'. our own ego. to acknowledge and face it. berdamai dengan sisi gelap kita

mungkin ada certain dialog je la baku sangat. patut santaikan lagi sbb aku pulak rasa macam tengah baca skrip. plot twist yang aku dah boleh agak and aku faham ending Camilla dan Eryna kenapa begituu. i love both backstories the trauma dump yang buatkan kedua-duanya jadi begitu. indeed berlaku dalam society sekarang. HIGHLY RECOMMENDEDDDDD SILA BACA SEMUAA

please check TW — extreme bully, extreme eating disorder (bulimia), domestic abuse, physical abuse.
Profile Image for Mslvoe.
2,085 reviews202 followers
April 19, 2025
kisah pasal bully

membara² hati F baca tentang Eryna dan Camillia. jahat betul watak diaorang ni. mentang² anak orang kaya

F kagum dengan Dalili yang memilih kebaikan dari kejahatan. F dah fikir dia jadi seperti Carrie yang ada kuasa untuk membalas dendam.

best karya ni.
Profile Image for Elle Houri.
82 reviews1 follower
July 13, 2024
Idea yang menarik tapi mungkin sebab bahasa dia agak baku, so terasa buku ini seperti buku ‘skema peperiksaan’. Boleh habis in on seat je sebenarnya tapi disebabkan banyak kerja hakiki yang menuntut bela. Buku cantik tak dapat dinafikan.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
May 1, 2025
Reviu Buku | Selamat Pulang, Bayang oleh | Terbitan Bookiut | Bahasa Melayu | Genre: Thriller Psikologi, penemuan diri sendiri

Mempunyai adegan pembaca matang : aksi membahayakan diri sendiri, adegan berdarah, penderaan fizikal dan mental

✲꘏ ꘏ ꘏ ꘏✲

Buku ini memperkenalkan kita kepada Dalili, iaitu seorang gadis yang baik, sentiasa dahulukan keperluan orang lain sebelum dia, sentiasa mahu berkawan dan sentiasa berfikir positif. Namun segalanya berubah saat Dalili menyelamatkan seorang gadis dari dibuli oleh Camilla dan Eryna. Saat-saat gembira yang sepatutnya ada dikolej terpadam begitu sahaja kerana pengaruh besar dua orang pembuli ini. Sehingga satu masa Dalili juga telah menjadi mangsa yang dibuli oleh Camilla dan Eryna. Ngeri kejadian tersebut telah membekas di jiwa Dalili yang paling dalam, namun demi menghargai keringat usaha ibunya, masa-masa kelam di kolej itu ditempuhi juga sehingga ke tahun akhir.

Sedar tidak sedar, Malam Gala, satu malam apresiasi kepada pelajar tahun akhir telah pun tiba. Dalili tampil ke majlis itu dengan kecantikan yang luar biasa, sehingga semua orang pun memandangnya dengan kagum. Dalili berbangga menjadi tarikan mata-mata yang ada di malam apresiasi tersebut namun sekali lagi kedatangan Camilla dan Eryna merosakkan segala. Dalili berkurung semalaman di dalam tandas kerana menanggung malu akan kejadian tersebut sehinggalah datang Camilla dan Eryna yang menawarkan belas kasihan untuk menghantar Dalili pulang ke kolej. Meskipun sangsi dengan pelawaan tersebut, Dalili yang tidak mempunyai pilihan lain akur juga ajakan tersebut.

Malang tidak berbau, Camilla mengusir Dalili keluar dari kenderaan mereka di sebuah stesen bas yang terletak agak jauh dari kolej. Bagai jatuh ditimpa tangga, sesuatu telah berlaku kepada Dalili menyebabkan dia bangun di sebuah tempat yang tidak dia ketahui. Di alam itu, pembaca diperkenalkan dengan sebuah entiti yang bernama ‘Bayang’. Bayang dengan kuasanya menawar cara untuk membalas dendam kepada musuh Dalili dengan membawa Dalili ke masa silam Camilla dan Eryna. Persoalannya adakah dengan ‘kebenaran’ yang Dalili peroleh mampu menjatuhkan Camilla dan Eryna? Sejauh mana Dalili perlu pergi untuk mencapai apa yang dia inginkan? Bolehkah Camilla dan Eryna berpatah balik dengan kekejaman mereka selama ini?

✲꘏ ꘏ ꘏ ꘏✲

Sepanjang pembacaan aku tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh penulis dengan membawa Dalili menyelusuri kisah silam Camilla dan Eryna? Jujur aku takut sekiranya watak utama bertukar menjadi jahat setelah merasa kekejaman manusia. Setiap kesabaran pasti ada hadnya bukan? Aku menyukai jalan cerita penulis yang sepertinya ada naratif tersendiri, seperti buku ini diceritakan dengan kewujudan orang ketiga, yang menyaksikan dan mengulas teladan yang ingin disampaikan. Seperti melihat cerita ‘Unfortunate Event’, dimana setiap perilaku mereka ada narrator (pencerita, iaitu si penulis) yang mengulas disebalik tabir. Bagi aku, naratif ini menyokong perspektif aku terhadap karakter dan sedikit sebanyak telah mengulas (dengan kuat) apa sebenarnya yang aku rasa.

Tidak dinafikan, aku mula terbayang cerita ‘Carrie’ dimana dia mengeluarkan kuasa jahat dia dan membalas dendam atas semua kejahatan yang orang lain telah buat kepadanya. Aku juga merasa begitu apabila meletakkan kaki di kasut Dalili, dia tidak sepatutkan diperlakukan begitu, sama juga dengan mangsa-mangsa yang lain. Buku ini tidak mendokong pembuli dan tidak juga mendokong kekejaman, hidup bukan hanya hitam dan putih dan pastinya buku ini pasti mengeluarkan teladan yang berbeza di setiap kali kita membacanya.

Benarlah, buku ini adalah tentang buku tentang memeluk diri gelap kita yang selama ini kita sorokkan. Kita sudah dewasa, kita mampu dan perlu membuat keputusan untuk diri kita sendiri. Dalam erti kata yang lain, kita orang baik ni mampu sahaja jadi jahat kalau kita mahu, tapi kita memilih untuk tidak, sebab membuat pilihan untuk menjadi jahat itu menyebabkan kita meninggalkan banyak hal yang manusiawi.

Sebuah karya yang mendebarkan, menyedarkan dan paling memberi kesan kepada ruang hati yang paling dalam. Pasti akan kembali membacanya sekali lagi. Syabas kepada Husna atas karya ini!
Profile Image for Lyna.
14 reviews
September 14, 2024
Naive main character, show how stupid she is by her actions. Typical bullying. Typical villain with many authorities and abused their money since they're rich. So basically main character is in college, 2 pretty girl bully someone, mc stop, got the consequences. This type of story already repeated many times and such main character make me frustrated. And I did read until the end. The whole 'just imagination' thing is such a weak plot. Maybe to make it more teenage friendly. Them bully didn't even change (ofc). Spoiler; at the end bully pay for the hospital bills and mc was like yeah let's just forgive them. Overall, if you want a bullying scene ('beauty is pain') and interested to know what makes the bully turns out like that, yes, feel free to grab this book.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
December 11, 2024
My thoughts?

1. This is a very interesting story. In a different perspective. And I like this one very much. Perasaan masa baca buku ni kan dup dap dup dap. Cemas all the time. Nak terkeluar jantung ! 🤣

2. Buku ni mengingatkan aku pada drama F4 tu. Yang terpaling kaya pegang kuasa. Buli sesiapa saja yang dia nak. Tak akan ada sesiapa yang berani tolong sebab nanti dia akan terima nasib buruk yang sama. Macam tu jugaklah situasi dalam buku ni.

3. FC si Dalili memang significant sangat dengan San Chai / Geum Jan Di / Gorya. Si Camilla dan Eryna pulak F4. Disebabkan dia tolong someone yang Camilla dan Eryna sedang buli, hidupnya terus disaster. Dia kena pulau dengan kawan2 dan teruk kena buli dengan dua ketul tu. Until she lost herself.

4. After kena buli teruk masa Malam Gala, macam prom la lebih kurang, an accident happened. Sedar2 je Dalili berada kat The Path. In between life and death. Masa kat sini dia jumpa Bayang. Pebenda Bayang neh? Secara mudah nak explain human ni kan ada Jedi Side dan Dark Side, Yin dan Yang. Bayang ni kiranya part Dark Side dalam diri Dalili. Yang dah lama dia suppressed. So Bayang nak Dalili bangkit dan get revenge.

5. Bayang bawak Dalili ke masa lalu dan ke masa hadapan. Dalili dapat tahu backstory Camilla dan Eryna. Dan apa yang akan jadi in the future. Scary gilaaa apa yang jadi dekat dua ketul tu nanti 😬 So in the path tu Dalili kena decide sama ada dia nak jadi Luke Skywalker atau Darth Vader. Nak tahu apa decision dia? Jeng jeng jeng

6. Terkejut dengan backstory Dalili. It was unexpected.

6. Overall, love this book! Cuma aku tak puas hati dengan ending. Sebab tak ada pengakhiran untuk dua ketul pembuli tu. Stresss haha

Personal rating :
4.3 / 5
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
Read
July 25, 2024
Masa tulis Selamat Pulang, Bayang, saya sering terngiang-ngiang kata pak sedara saya…

“Tulislah sesuatu yang evergreen. Yang, bila orang kecil baca, dia dapat interpretation lain. Bila dia dewasa dan revisit buku ni, dia dapat interpretation lain pula. So ia boleh dimanfaatkan dalam beberapa generasi.”

Sepertimana Dalili discover diri dia sendiri pada akhir cerita, menulis buku ini juga adalah proses saya discover diri, manusia jenis apa yang saya nak jadi, dan apa yang saya nak pertahankan.

Ditulis untuk audiens yang sedikit matang. Tapi pada masa yang sama, nak juga elemen2 fun yang cater kepada anak muda. Maka jadilah SPB.

Buku ni tidak ditulis mengikut struktur penulisan biasa dalam novel English seperti 3 Act Structure atau Save The Cat atau Hero’s Journey.

Buku ni bukan untuk sampaikan bahawa kita kena selalu faham situasi, kenapa orang tu jadi jahat.

Yang salah tetap salah.

Tapi ia tentang, siapa yang anda mahu jadi.

Are you willing to lose yourself… atau keep what remains and grow with all the scars.

Kalau ada antara yang ‘terluka’ dengan cara buku ini ditulis, saya minta maaf ya.

Kalau ada rezeki, semoga saja anda dapat melawat buku ini pada masa hadapan dan moga anda dapat interpretasi yang lain pula (based on where you’re at right now in life and your life experiences)
Profile Image for Athirah.
48 reviews1 follower
July 4, 2024
I am torn in between 3 atau 4 stars sebab saya tak berapa gemar dengan gaya penulisan yang penulis guna– tak banyak dialog, banyak monolog dalaman. Sama style dengan Norhafsah Hamid.

Dari segi cerita, scene bully dia level level kdrama ya. Kejam betulll. Bahagian peleraian macam loose dan buat saya rasa "eh eh gitu je?" and I am still curious apa isi surat yang Dalili bagi pada pembuli pembuli dia.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
January 26, 2025
11/2025

-Selamat Pulang, Bayang
-Husna Rosli

Untuk yang ingin membaca naskhah ini, diingatkan bahawa kandungan buku ini ada terselit adegan yang mungkin mencetuskan rasa panik atau trauma kepada pembaca.

Berkisar tentang Dalili, seorang gadis yang hidupnya hanya ingin menjadi gadis bahagia. Namun, tidak siapa menduga dek kerana menolong seorang pelajar kolej dari dibuli, hidupnya berubah total. Dia terpaksa berdepan dengan Camilla dan Eryna, dua nama yang paling digeruni dek kerana kejahatan mereka. Sehinggalah peristiwa tidak terduga itu terjadi, membuatkan Dalili bertemu Bayang. Siapakah Bayang pada hidup seorang Dalili? Apakah perkaitan antara Dalili, Eryna dan Camilla?

Saya suka bagaimana susun atur ayat penulis kelihatan cantik lenggoknya pabila dibaca, cuma pada bahagian dialog di antara watak terkadang rasa agak terlalu baku membacanya. Namun, tidak mengganggu pembacaan. Penulis berjaya membawa tema kesihatan mental dengan baik. Bagaimana dengan hanya satu adegan trauma menjadikan seorang itu berubah total, dari baik kepada kejam.

Dalam hidup ini, kita diberi pilihan sama ada untuk berdepan dengan ujian, atau sekadar berdiam hingga ia akhirnya memakan diri. Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Melalui pembacaan buku ini, kita akan dapat melihat bagaimana trauma anak kecil, mengubah hidup Camilla dan Eryna, begitu juga Dalili.

Keseluruhannya, buku Selamat Pulang Bayang ini bagi saya merupakan sebuah buku yang sarat dengan pengajaran. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Akmal Danial.
46 reviews
December 22, 2024
"Luka yang tidak diubati akan membarah. Kita akan berbolak-balik lagi di tempat yang sama, tak berupaya maju ke hadapan"

Buku ni mengisahkan ttg dalili yg pada satu malam kena buli teruk oleh Camila and Eryna, since that night dia terus down utk meneruskan hidup, then pada malam gala ,dress yg dipakai oleh dalili dikoyak oleh eryna di depan ramai orang , dari situ bermulalah kisah dalili berjumpa dgn bayangnya yang selama ni dia sembunyikan

Aku suka theme novel ni, pasal berdamai dgn sisi gelap kita, kerana tiada manusia yang perfect. Pengalaman pahit is indeed mengajar kita erti kehidupan sebenar

Buku ni buat kau rasa pelbagai perasaan especially for camila and eryna , mula2 kau akan menyampah dgn dorg but semakin ke pertengahan novel ,kau akan rasa kesian pada mereka

Highly recommended , bacalah buku ni kalau anda mahu mengenali dgn bayangmu sepertimana dalili bertemu dan berinteraksi dgn bayang dia


Karya terbaik kak husna so far! More mature ,no wonder dia hiatus for a while , tahniah atas pelancaran buku ini!
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
August 4, 2024
Stayed up until 12.48 to complete reading this book. Love it. Highly recommended! This book suits my current mood. Suka ending. Walaupun jalan cerita agak ganas, tapi hidup memang tidak adil. Semoga kekusutan yang kita alami sekarang akan menemui titik akhirnya. Semoga Allah jauhi kita daripada orang yang zalim. Amin
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 20, 2024
Read in one sitting. Psycho Thriller yang kemas. Tahniah kepada penulis
30 reviews
September 29, 2024
Penceritaan buku ini bukan “black and white”. Semua karakter termasuk antagonis mempunyai asbab kenapa peribadi mereka sebegitu. Sangat sesuai untuk remaja dan dewasa yang perlu heal dari trauma masing-masing.

Karya terbaik dari Husna Rosli setakat ini.
Profile Image for Lapis.
1 review
January 5, 2025
This is my first read for 2025 and I have to say it was a great choice! I loved the way the author constructed sentences- the way she wrote the first paragraph for each chapter, it never fails to not grab my whole attention and make me want to finish it ASAP.

This book teaches us about how even the nicest people have their own "bayang" where they hid and suppressed their darkest desires- to hurt, to be angry and lash out. It taught me that people aren't just plain black and white, everyone has their own colours that started developing the more they grew up and meet other people. When Dalili was going through Eryna and Camilla's memories i felt sad at how innocent children like them grew up to be such vile humans due to the lack of guidance and love from their family. The part that triggered me the most was when Eryna's sister taught her to self harm whenever she decides to be undisciplined with her diet routine. However, even though they came from a traumatising past they shouldn't succumb to their "bayang" but alas people cope differently, don't they?

I like how despite the immense trauma Eryna and Camilla have caused onto Dalili she still chooses to not follow "bayang" and stick with her morals to be nice to everyone instead of seeking revenge. Reading how Anon was searching for evidence and spreading about their lives was satisfying i will not lie but when it became physical when Anon kidnapped the girls and harmed both of them not only mentally but also physically felt wrong. And I am grateful i feel that way- it means i still have some humanity left inside of me. It was SUCH A RELIEF knowing that everything that happened was just a look into the possible future if Dalili chooses to succumb to the dark side.

All in all this book was such a good read. It did help me actually let go of some vengeance i still have left towards a certain someone while also accepting that part of me instead of trying to suppress my anger and sadness until it's too much to keep and start bursting it everywhere.
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
December 21, 2024
Bought this book because of people’s recommendation. But if I were a high school girl, I might enjoy this book more. Silap sendiri sebab tak check dulu its target audience sebelum beli. Jalan cerita straight to the point, memang untuk anak muda, plot twist boleh agak & character development untuk side characters kurang. Buku ini ada vibe penulisan Norhafsah Hamid sikit, not enough to fit the description of psycho-thriller to me.

3/5 ⭐️

(Geram kenapa buku ni mahal sangat. Memang edge dia cantik tapi tulisan besar dan berjarak macam ni tak sesuai dengan harganya) <— I won’t include this to justify my rating
Profile Image for Meg Chia (bibliophilogy).
435 reviews60 followers
July 26, 2024
4.5 actually i quite loved this book!! it is fast paced, super engaging and the narrative style is so interesting and unique with the suspense and plot being very realistic and relevant to today’s world. it is a pleasant surprise actually because it was not what i had in mind when i read the blurb, but this turned out to be way better!
Profile Image for Zahra.
180 reviews
September 28, 2024
2.5⭐

I might be wrong but if Bookiut targets on young readers, the gore parts are so unnecessary

Really tired with the 'kill them with kindness' or whatever this is because at the end of the day, bullying victims still tak dapat justice..

JUSTICE FOR MY GIRL, BAYANG! 😤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Harizharz.
23 reviews
July 5, 2025
Selamat Pulang Bayang is a psychothriller-fantasy novel that explores the dark past of Dalili during her college years. A single act of courage leads her down a path she could never have anticipated. Eryna and Camilla, two close friends, are notorious bullies — not only tormenting Dalili but also other unfortunate students. The story takes a mysterious turn when something inexplicable happens to Dalili, drawing her into the buried memories of her tormentors. Through this journey across time and trauma, Dalili is faced with a difficult choice: what will she do when the past and present collide?

What truly captured my attention — and my heart — was the underlying message the author conveys. Honestly, it hit close to home. The novel touches on ego and the darker sides of human nature. The shadow of oneself… While reading, I found myself reflecting on the “dark voices” I carry within. It’s not about rejecting or erasing our negative emotions or hidden selves, but rather learning how to face and manage them — because they are a part of us, shaping us into who we are.

“Life was never meant to be just one colour.
We don’t need to fit into others' idea of greatness.
Because life constantly shifts,
and we, slowly, learn to accept its flow.”

In terms of writing style, it’s decent overall. The beginning picks up very quickly — a fast-paced introduction that catches attention. Then, it slows down before gradually rising again toward the climax, which I found particularly intriguing. I also appreciated the inclusion of gore elements. They were present enough to evoke tension and discomfort, but not overly graphic — just right for the genre.

However, the novel did feel like it was missing something in terms of character development. Specifically, Dalili’s character could’ve used more depth or supporting characters around her to enhance her journey. At times, she lacked the emotional pull needed to fully connect. Also, the early part of the story felt a little rushed. A more detailed buildup around Dalili’s background and the incident that changed her life would’ve made the impact stronger.

Still, Selamat Pulang Bayang is a meaningful and thought-provoking read — one that reminds us that our shadows don’t make us broken. They make us human.

Overall, rating: 4.8🌟🌟🌟🌟⭐
Profile Image for Far.Zana25.
114 reviews1 follower
June 15, 2024
4.5 ⭐

𝚆𝙰𝚁𝙽𝙸𝙽𝙶 ⚠️ 𝙱𝚞𝚔𝚞 𝚒𝚗𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗𝚍𝚞𝚗𝚐𝚒 𝚊𝚔𝚜𝚒 𝙱𝚄𝙻𝙸 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚎𝚔𝚜𝚝𝚛𝚒𝚖, 𝙱𝚄𝙻𝙸𝙼𝙸𝙰, 𝚂𝚄𝙸𝙲𝙸𝙳𝙰𝙻 𝚃𝙷𝙾𝚄𝙶𝙷𝚃𝚂, 𝚊𝚍𝚎𝚐𝚊𝚗 𝚋𝚎𝚛𝚍𝚊𝚛𝚊𝚑, 𝙶𝙾𝚁𝙴 & 𝙰𝙱𝚄𝚂𝙴.

💜 "Jadi pembuli adalah orang yang paling lemah. Di luar nampak kuat, menguasai orang lain. Namun, hakikatnya, mereka jauh lebih rapuh daripada orang-orang yang mereka anggap lemah." - 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘗𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.

💜 Seronok baca sebab banyak sangat pengajaran daripada buku ni. Terutama sekali isu trauma dan juga buli. Disebabkan kisah lalu yang masih lagi berbekas dalam diri, 𝑪𝒂𝒎𝒊𝒍𝒍𝒂 & 𝑬𝒓𝒚𝒏𝒂 bertindak menjadi pemangsa pabila mereka meningkat dewasa.

💜 Bagi mereka itu adalah satu 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡 walhal ianya adalah satu kesalahan dan juga rantaian trauma yang tidak akan pernah putus pada setiap mangsa yang mereka buli.

💜 Salah seorang mangsa mereka berdua ialah 𝑫𝒂𝒍𝒊𝒍𝒊. Mengimpikan kehidupannya di kolej indah akhirnya berubah duka dalam sekelip mata semenjak dia membantu salah seorang mangsa buli Camilla & Eryna.

💜 Disebabkan satu kemalangan yang menimpa Dalili, muncul 𝑩𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 yang menghasut Dalili untuk membalas dendam kepada Camilla & Eryna. Pada masa yang sama, wujud lagi seorang gadis yang cuba untuk menyelamatkannya dari terus dihasut oleh Bayang. Apakah keputusan yang Dalili buat akhirnya nanti?

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Best! Seyes best! Harap pembuli kat luar sana tu baca and sedar sikit eh😑

Masa Camilla & Eryna kena seksa dgn Anon, seyes rasa puas hati tapi bila dpt tau siapa Anon tu... Terus cam haih dah agak dah sape🥹 tapi tulah... Why mimpi je! 😂 (Spoiler)

Aku juga belajar pasal EGO yg selalu dpt konotasi negatif padahal tak pun sebenarnya.
✓1st, ego seorang kanak²
✓2nd, ego seorang dewasa
✓3rd, ego seorang ibu bapa

🫶Overall mmg best! Ty penulis @husnareads untuk karya sehebat ini.

#selamatpulangbayang #husnarosli #bookiut #pts #farzreads #bookrecommendations #fypシ #malaysiamembaca #bookreview #bookfyp #sprayedges
21 reviews
April 29, 2025
TW: keganasan, buli, eating disorders, hints of r*pe, self-harm, penyakit mental, mediocre writing macam karangan budak sekolah, masalah golongan T20.

Tema utama: Ego - sense of worth, conscious, and awareness during interacting with the world.

TL;DR - great idea, subpar execution.

1. banyak sangat inconsistencies. masa Eryna kecil, ada adik lelaki. dah besar ada kakak. mana pergi adik lelaki tu?

2. penulis pernah jumpa mean girls tak? author writes mean girls like a man would. actual mean girls don't start violence with violence.

3. perubahan mood tak ditulis/disampaikan dengan baik. horrifying details deserved to be seen more seriously, not like a passing phase.

4. penulis jangan la ambil jalan mudah. mana boleh guna metod "MC assumes = readers' POV". pembaca boleh bina pendapat sendiri.

5. ED (eating disorders) ini penyakit. pesakit ED biasanya malu dengan kaedah yang sia guna walaupun mungkin berbangga dengan hasil. ED patients (kecuali gym rats, I guess) don't glorify their disorders. fyi, buku ini ada sebut tentang bulimia dan self-harm berkaitan dengan self-image.

6. saya sebagai pembaca tak dapat nak get attached dengan mana-mana watak. sedih tak, marah tak. I couldn't care less about them.

7. Booooosan. cuma puas sikit baca lepas bab 16.

8. Dalili tak ada personaliti. tak ada motivasi yang unggul. self-centred. kalau bukan pasal keluarga, tak cukup kasihan.

9. watak paling menarik, Bayang. lain? meh.

10. kesimpulan cerita ini apa? Amarah Dalili macam tak ada apa. blackmail sekali, tu je? Camilla dan Eryna bertaubat tiba-tiba? huh?

Saya tak pernah baca tulisan lain penulis. Yang pasti buku ini masih belum capai standard pembaca kritis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
June 5, 2024
Buku ni memang betul2 trigger bayang yang sebenarnya ada dalam diri kita. As if macam penulis tau semua darkside pasal kita but the truth is manusia memang ada dua sisi yang membentuk dirinya. Terlalu "real" rasanya setiap pengenalan untuk setiap bab itu sampai aku tanpa sedar menidakkan setiap bait yang diperkatakan penulis. Dalam diam, kita akan faham yang kenapa kita ada bayang dan kenapa kita bergelut nak tutup bayang. Dan dalam pada kita still in denial, penulis berjaya untuk fahamkan kita yang any traits yang kita develop hari ini adalah disebabkan 3 jenis ego. Towards the end of this book, penulis banyak mengajak kita untuk berdamai dengan bayang which lama2 kita akan terpaksa akur jugak, sebab terlalu banyak betulnya. It's the only way untuk kita tak ignore bayang, acknowledge them & be real sebelum kita hilang diri sendiri, terima kasih Husna!
1 review
July 24, 2024
Main plot is bullying. Theme yang aku tangkap, berdamai dengan bayang sendiri. Build up menarik. 5 stars for the build up. It is amazing and i really love the build up of the story.

But, the ending is flop. It leaves me with bad taste in my mouth. As if tengah naik roller coaster but it stop in the middle of the ride. Bagi aku tema macam tak kena dengan plot cerita.

At the end of the day, rich people stay as a bully and victim is the one who need to accept and try to understand bullies' back story. At the end of the day, nothing happened to those who have money and fame.

Also, theme dia macam hanya utk mc. Other characters dalam ni macam terbiar seolah no redemption for them. As if their back stories are supporting their actions. As if nak cakap, 'oh dia jadi macam tu sbb dia sekian2.. Nanti satu hari, dia sedar lah tu. Nanti2, dia berdamai lah tu dengan bayang dia sendiri."
This entire review has been hidden because of spoilers.
27 reviews
October 28, 2025
Buku ini menyentuh isu-actual seperti buli, kesihatan mental, tekanan sosial media — elemen yang ramai pembaca rasa relatable.

Cerita ini dimulakan dengan watak utama, Dalili - seorang pelajar yang terperangkap dalam insiden buli serius, yang kemudiannya mengubah seluruh arah hidupnya. Selepas kejadian itu, dia mula “bertemu” dengan satu entiti misteri bernama Bayang, yang sebenarnya mewakili sisi gelap, trauma, dan emosi tersembunyi dalam dirinya sendiri.

Bahasanya tidak terlalu sukar, tetapi memerlukan pembacaan perlahan untuk benar-benar memahami emosi yang ingin disampaikan. Rasanya balance kot antara gaya naratif moden dan bahasa sastera yang lembut dan beremosi.

Buku ni cantik - bagi gambaran tentang tema. Menampilkan unsur gelap, bayang-bayang atau siluet manusia, sejajar dengan tema psikologi dan konflik dalaman.
Profile Image for Elqisy.
17 reviews
March 4, 2025
Basically, buku ini menekankan tema buli dan personal trauma yang mungkin ada dalam jiwa dan diri setiap manusia. IMO, mungkin penulis sendiri sedang berjuang dengan fikiran sendiri, dengan fikiran-fikiran negatif juga dikenali sebagai 'bayang' dalam novel ini. Novel ini mungkin dijadikan sebagai diari untuk penulis meluah isi hati terdalamnya, mungkin juga dijadikan refleksi terhadap apa yang difikirkannya. Pada saya, novel ini seolah-olah sebuah perbualan antara diri seseorang itu dengan pemikiran hitam yang paling dalam dalam dirinya. I can say this is a self healing book in a concept of fiction. Love it!
Profile Image for Hanz Jamaludin.
Author 4 books17 followers
July 19, 2024
3.4 Rating
Terima kasih letak amaran cetus pada halaman hadapan. Agak payah untuk meneruskan pembacaan pada bab-bab awal. Rasa draggy & emotions-disconnect. Saya ambil masa berehat sebelum meneruskan pembacaan berfokus. Good attempt untuk ketengahkan beberapa isu berkait mental illness. Penamat yang wrap-up & finally make sense why this novel was crafted. Saya mengharapkan watak utama yang memacu jalan cerita dan sedikit kecewa di situ. Adakalanya terlalu banyak monolog jadi hambar. Thumbs up untuk bab-bab akhir dan epilog yang memuaskan.
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
June 27, 2024
Dalili terlalu baik untuk lepas Camilla dan Eryna macam tu je.. Kalau aku kat tempat Dalili, atleast reveal dark side 2 perempuan tu macam yang Bayang buat.. hahaha - (Bayang aku dengan Dalili sama?)..

Bila aku tutup buku ni, buat aku terfikir, Bayang aku dan Dalili sama.. Bayang yang menjerit-jerit dalam diri untuk keluar.. dan aku memilih Cahaya..
Profile Image for Cherie.
19 reviews
December 2, 2024
torn In between 3 - 4 stars sebab I dislike the villain punya ending — like terlepas macamtu je? (but i really sukaaaa giler part Bayang’s punya punishment to them eventho its not real🙂‍↔️!!! err I’m not sick right?)

……

But overall buku ni bestttt sebab berjaya buat I habis baca in one sitting je!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.