Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tumbuh Menjadi Pohon Sakura

Rate this book
Cerita tumbuh di jalan-jalan kehidupan yang tirus dan menikung. Ia tumbuh lalu menjelma kembang sakura yang meneduh dan penuh keinginan. Ingatan menjadi warisan untuk diabadikan, maka terhimpun 15 buah cerpen yang menawarkan kisah yang diiringi debu-debuan, kehilangn, kelukaan, kemesraan, dan silangkait anutan dan kemanusiaan—berumbi daripada budaya dan pengalaman. Semua cerpennya membunga dengan rencam, mencermin realiti kepengarangannya.

Paperback

Published May 24, 2024

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Nur Adilla

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (10%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
August 28, 2025
Meminjam kata dari saudari Penyunting, "menulis tidak pernah kerja berangan, tetapi menulis ialah menghidupi hidup."

Dan kerana itulah 15 buah cerpen Nur Adilla menjemput pelbagai rasa, memori dan reaksi sepanjang bacaan saya. Terbuai saya dalam setiap ceritanya kerana kekuatan gubahan stilistik. Saya puas mengecap nikmat fiksyen gender yang realitet, indah dan berkesan.
_____________________
Pilihan kumcer ini disusun dengan penuh halus sekali. Ia memberi momentum kepada saya untuk mengenali penulis yang lepas, sekarang dan akan datang. Malah, menerbitkan sebuah kumcer merupakan satu langkah terbaik memperlihatkan kraf dan ketekunan sang penulis.

'𝙨𝙥𝙚𝙚𝙙 𝙙𝙤𝙚𝙨 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙦𝙪𝙖𝙡 𝙢𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧𝙮'

Ini kerana cerpen didalam ada kenang-kenangan penulis sejak bangku sekolah. Menariknya penulisannya jadi ranum dan tidak basi pula. Jadi inilah mastery yang ditonjolkan oleh Nur Adilla.
_____________________
Kisah gender, keperempuanan dan kehidupan menjadi nafas kumcer ini. Penulis menulis bukan untuk menyediakan solusi, tetapi menjemput perkongsian jiwa yakni saya dan beliau hidup dalam kegalauan yang sama. Ya, ianya serupa walau dalam rumah yang berbeza.

Tumbuh menjadi Pohon Sakura sebuah karya yang mengambil berat hal manusia, perhubungan emosi dan seni penulisan. Tahniah buat Nur Adilla, dan saya menunggu karya yang bakal berputik baharu.
_____________________
Profile Image for Safinaz Johani.
34 reviews2 followers
March 31, 2025
𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐨𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐤𝐚𝐮 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐤? 𝐈𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐧𝐢.

Jujurnya, aku sendiri tak ingat kenapa aku beli buku ni. Sebab tajuknya menarik? Sebab penulisnya perempuan? Mungkin juga sebab aku nak sokong penulisan yang mengangkat suara dan pengalaman perempuan. Awalnya, aku cuma nak cari kelainan dalam bacaan, so aku hadap je.

Buku ni mengandungi 15 cerpen yang bukan sekadar cerita biasa—ia mengangkat isu ketidakadilan gender, stereotaip, penindasan terhadap wanita, diskriminasi, serta sisi persahabatan dan kekeluargaan. Semua ini disampaikan dengan gaya yang penuh metafora dan tersirat, memberi ruang untuk pembaca mentafsirnya dari perspektif masing-masing. Ditulis berdasarkan ilham dari pelbagai sumber—pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, dan pemerhatian penulis terhadap sekeliling.

Dan jujur, sepanjang baca, aku rasa… sakit hati. Bukan sebab ceritanya teruk, tapi sebab aku tak faham! Ayat-ayatnya terlalu metafora atau terlalu tersirat ke, atau aku yang terlalu 𝘴𝘭𝘰𝘸 untuk nak tangkap maksudnya?

Walaupun 𝘧𝘳𝘶𝘴𝘵, aku tetap teruskan membaca sebab nak tahu juga ke mana semua cerita ni akan bawa aku. Menariknya, di akhir bab, penulis berkongsi dari mana datangnya inspirasi setiap kisah. Baru la aku rasa macam, "Ohh, maksud dia macam ni rupanya..."

Rasanya buku ni bukan jenis bacaan santai yang kau boleh layan sambil makan keropok. Kau kena fokus, kena sabar. Macam 𝘱𝘶𝘻𝘻𝘭𝘦 yang kau kena teka sendiri maksudnya sebelum akhirnya penulis dedahkan jawapan. Mungkin ada pembaca yang boleh menikmati gaya penulisan macam ni, tapi bagi aku, ia lebih kepada satu pengalaman mencabar daripada yang memuaskan.

Kalau kau suka tulisan yang penuh metafora dan tersirat, mungkin buku ni sesuai untuk kau. Tapi kalau kau lebih suka cerita yang 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥, kau mungkin akan rasa macam aku—teruji, dan tertanya-tanya, "Kenapa aku baca ni?"

Apa pun, tetap satu bacaan yang menarik untuk aku, lebih-lebih lagi dengan tema yang dibawa—tentang perempuan, tentang perjuangan, dan tentang realiti yang sering tak berpihak kepada mereka.

Profile Image for Mohamad Nasrul.
192 reviews5 followers
September 25, 2025
Seawal membaca Nota Penyunting lagi sudah saya rasakan ini sebuah karya yang segar dan menarik. Penyampaian cerita yang enak membuatkan saya terkenang cerpen-cerpen yang sering dibaca dalam Dewan Sastera suatu ketika dahulu. Setiap satu daripada cerpen Nur Adilla punya kekuatan yang mendalam, lahir daripada pengalaman dan pengembaraan penulis yang cukup luas.

Mesej jelas yang dibawa tentang isu gender yang sentiasa ada sehingga kini walaupun kita telah memasuki tahun 2025. Mesej ini, secara tersurat mahupun tersirat, mengajarkan kepada pembaca akan banyak hal, termasuklah juga cinta, persahabatan, budaya dan perca kehidupan.

Isu ketidakadilan gender yang dibahas dalam beberapa cerpen membuka luas mata saya mengenainya. Dalam ceritanya, ada kritikan dan sindiran halus yang perlu dicermati. Buku ini menjadi pengingat kepada saya dalam urusan kemanusiaan yang mendatang.

Dua cerpen yang paling saya gemari:
1. Saudade
2. Renek-renek Hujan
Termasuklah esei pada bahagian akhir yang begitu nyata dan menghentam emosi saya - Kematian Tumbuh menjadi Pohon Sakura.

Apabila penulis mengisahkan kematian ayahnya dan mengaitkan dengan lagu Madah Terakhir, tentulah saya akan turut terkenangkan arwah Mak saya yang sejak dari kecil lagi mengalunkan lagu tersebut ketika mendodoikan saya pada malam yang hening. Lagu tersebut dengan mudah menjentik segala memori dan rasa pilu yang bergumpal dalam hati saya.

Sebuah buku yang sangat menggugah jiwa, bukan hanya kerana lagu tersebut dan esei pada akhir-akhir halaman, namun seluruh cerita membawa makna yang besar dan tersendiri.

Saya suka dengan kumcer karya Nur Adilla. Jarang saya menggemari kumcer dalam sebuah buku sebegini, tetapi Tumbuh Menjadi Pohon Sakura, menggabungkan rasa dan fikir yang mendalam.
Profile Image for Nabilirfanrosman.
1 review
August 16, 2025
Cinta. Romantik. Hubungan lelaki-perempuan. Perkahwinan. Bukankah kesemua ini hegemoni dunia kapitalis yang patriaki untuk langsung mengekalkan heteronormativiti lantas menguntungkan korporat?" Begitulah kekata watak daripada salah satu cerpen di dalam buku ini yang menjadikan saya sebagai seorang laki-laki (baca: bukan patriaki) mengangguk senyum ketika watak itu memuntahkannya. Bagi saya buku ini tak hanya sesuai untuk perempuan yang belum merdeka tetapi juga sesuai dengan laki-laki yang masih dibodohi dengan konsep maskuliniti.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
September 22, 2024
Kalau kita hendak mencari sakura dalam cerpennya, ia adalah sebuah penantian. Pembaca perlu menanam benih sabar membelek halaman-halamannya, menikmati batang dan pucuk ceritanya sebelum dapat melihat kuntum-kuntum sakura di balik segala ceritanya.

Karya-karya yang lebih berani saya kira sengaja disusun di urutan awal, ada yang terkait dengan isu bualan umum dan ada juga mengetengahkan hal-hal gender yang jarang dikupas.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.