Bagaimanakah hidup, andai semua yang anda kenali tidak akan mengingatimu lagi apabila waktu melintasi pukul 12:00 tengah malam?
* * * * * Dia adalah pemuda yang hidup dalam sumpahan. Dia telah hilang segala-galanya – keluarga, sahabat, dan masa depan kerana dunia akan melupakannya setiap kali hari berganti.
Dia berusaha meneruskan kehidupan bersama-sama seekor kucing calico sebagai peneman. Satu insiden menemukannya dengan seorang gadis yang mempunyai sindrom hyperthymesia yang dapat mengingati dirinya biarpun detik 12:00 tengah malam berlalu.
Dia menyangkakan doanya telah termakbul, dan sumpahannya akan berakhir dengan kemunculan gadis itu, namun sebenarnya ia merupakan satu permulaan kepada masalah yang lebih besar.
Daripada seorang manusia yang dilupakan, dia kini menjadi buruan. Dan mereka sanggup membuat apa sahaja demi menangkapnya.
Okay, sejujurnya Kirah pernah cuba baca buku penulis sebelum ni, tapi masa tu tak pastilah sebab mood atau sebab gaya bahasanya yang buatkan Kirah put that book on hold buat sementara waktu. Tapi itu tak bermakna kita serik nak baca cerita penulis yang lain.
Suprisingly, buku ni ada bahasa yang nice dan memang gunakan Bahasa Melayu standard yang menyenangkan masa kita baca.
Cerita dia tentang Agus, lelaki yang dah lima tahun tak dikenali sesiapa pun dekat atas muka bumi ni. Tepat jam 12 tengah malam, orang yang dia jumpa dan kenal hari ini akan lupakan dia keesokannya.
Jadi, sunyilah hidup si Agus. Hidup dia selama bertahun-tahun ni hanya ditemani kucing yang dia bela saja, Min. Meow. Meow.
Ya, kucing. Aku tahu Agus sunyi. Sebaik kau ada kan 🥹
Dan disebabkan rasa sayang dia pada Min dan untuk kelangsungan hidup sendiri, dia terpaksa mencuri dekat satu convinient store ni dengan harapan macam biasa, esoknya orang takkan kenal dia pun.
Tetttt!
Salah! Nak tercopot jantung Agus bila tak lama selepas tu, pekerja kedai serbaneka yang nama Cempaka tu rupa-rupanya kenal dia! Haa sudah!
Jadi si Agus ni pun jadi pelik tapi dalam masa yang sama dia pun teruja bila for the first time in forever ada orang yang kenal dia.
Persahabatan pun terjalin tapiii... Ada sesuatu rupanya di sebalik semua pertalian yang disimpulkan dan ada lebih banyak sumpahan yang merebak di atas bumi tempat mereka berpijak.
Cuma di mana penawarnya?
Haa, nak tahu kena pi baca cerita ni. Bukunya nipis saja, around 170++ pages. Tapi serius walaupun nipis, dia padat dan tak rushing pun. Mungkin sebab ceritanya akan jadi bersiri jadi momentum penceritaan tu lebih santai dan bersahaja.
Kirah suka vibes penyiasatan dan sumpahan yang jadi dalam buku ni sebab macam rare dan dia buatkan banyak tanda tanya bermain dalam kepala kita. Definitely excited untuk tahu kesinambungan kisah Agus dengan 'kawan-kawannya'.
Mengisahkan tentang Agus - manusia yang dilupakan. Entah itu sumpahan atau apa pun dia tak tahu, yang dia tahu, tepat jam 12.00 tengah malam, dia lah manusia yang akan dilupakan. Macam macam dia buat untuk bertahan hidup, sampailah dia jumpa Cempaka - manusia yang tak boleh lupa.
Saya suka dengan tema untuk buku ini. Kalau kalian suka dengan cerita yang ala ala secret society/the darkest mind, kalian mungkin suka.
Disebabkan ini buku pertama jadi masih samar-samar hala tuju seterusnya untuk siri ini. Tapi buku pertama sudah berjaya buat saya tak sabar untuk kemunculan buku kedua. Nak tahu pengembaraan seterusnya antara Agus dan yang watak watak lain.
Tentang Agus, seorang pemuda yang dilupakan apabila jam menunjukkan 12 tengah malam, setiap hari. Ya, tiada seorang pun akan ingat tentang Agus bila masuknya hari baru. Bayangkan betapa susahnya kehidupan dia. Macam mana nak cari kerja? Nak cari makan? Kawan? Keluarga?
Masa saya mula baca Halimunan, saya ingat ia hanya berkisar tentang kisah harian Agus sebagai seorang yang tidak diingati. Tetapi, saya salah. Projek PHANTOM: Halimunan is so much more than that.
Agus akan bertemu dengan seseorang yang mengingatinya dan bermula dari situ, dia lebih bertekad untuk mencari jawapan dan cara untuk kembali normal. Banyak lagi perkara yang akan berlaku. A page turner. Saya baca dalam masa sehari sahaja.
Pengakhirannya sedikit tergantung, tapi ia hanyalah untuk membuka ruang buku kedua. Kebanyakan soalan telah terjawab. Macam tulah lumrah hidup kan, makin banyak terjawab makin banyak persoalan.
Saya happy sebab baca buku ni pada tahun 2026 sebab baru tahu buku sambungannya baru sahaja terbit! Projek PHANTOM: Gema. eeee tak sabar nak baca :)
Buku pertama untuk siri Projek Phantom. Agak menarik tema untuk siri kali ini, tentang manusia dengan kelebihan (atau sumpahan?) luar biasa. Untuk buku pertama ni, aku diperkenalkan dengan watak Agus, manusia yang akan dilupakan oleh semua tepat jam 12 malam. Hidupnya seperti halimunan. Tetapi semuanya berubah bila munculnya Cempaka, seorang gadis yang tidak pernah lupa. Dari nak cari penawar, terus membawa ke konflik dan rahsia yang lebih besar. Plotnya sangat kemas dan bergerak pantas. Tak sabar menanti buku seterusnya!
📖Projek PHANTOM: Halimunan karya Riley Fizan -- Rate: 4.8🌟
Secara tiba-tiba, dia menjadi manusia yang dilupakan oleh dunia. Lima tahun berlalu, dia hidup dalam kesunyian ditemani seekor kucing, Min. Dia tak pernah berputus asa mencari penawar buat ‘sumpahan’ itu. Hinggalah suatu hari, seorang gadis yang mempunyai hyperthymesia dapat mengingati dirinya, menjadi kawan manusia pertama buatnya dalam tempoh itu.
💭MAK, BESTNYA CERITA NI!! Plot fast-paced tapi tersusun kemas setiap peleraiannya. Memang page turner lah senang cite. Not regretting this as my first book from Penerbit X 🤩
Aya suka sangat dengan konsep cerita ni. Firstly, penulis buat kita tertanya-tanya dengan nama watak utama pada awal cerita (nak tahu namanya, kenalah baca sendiri). Secondly, trope manusia yang dilupakan jumpa dengan manusia yang tak pernah lupa? YES, I'M IN!!
Awal cerita dimulakan dengan kisah dia mencuri di sebuah kedai serbaneka sebab tak cukup duit. Ingatkan boleh lepas, tup tup pekerja kedai tersebut—Cempaka boleh ingat dia pulak. Cuak tak cuak😖🫵🏻?! Dia pun apa lagi, senang hatilah ada jugak manusia yang boleh ingat dia selepas pukul 12 malam. Sejak itu, mereka mula menjalin persahabatan. (Jangan risau, dia ganti balik duit barang yang dia curi tu.) Kepada yang tak gemarkan romance, romance dia macam takde pun. Kalau nak adakan, itupun setipis tisu je.
Peliknya, ada satu organisasi yang memburu dia. Kenapa? Bila dah masuk ke pertengahan cerita, ada plot twist yang Aya tak jangka muncul. Like wow, omo jinjja?? Ada diselitkan sedikit aksi, rasa saspens dan paling utama, hubungan antara manusia dan hubungan antara haiwan. Bila ada bahagian dia pergi masjid, walaupun pendek tetap berjaya menyentuh hati Aya.
Untuk sebuah novela yang ada 176 muka surat je, perasaan sedih, sunyi, gembira, marah, kecewa dan semua yang dialami karakter-karakter dalam PPH ini disampaikan dengan baik. My favorite character? Obviously, Min yang gebu gebash. Cumanya, Aya harap ada lebih banyak diceritakan tentang masa lalu dia. Ke ada dalam buku kedua? But it's okay, since I'm pretty sure about the word limit.
Gaya penulisan pulak berbelit sikit, tapi tak susah untuk difahami. Sedap dibaca sebab gunakan bahasa Melayu standard yang tak terlalu kaku.
Dah, kalau diikutkan Aya ada banyak lagi nak bebel fasal buku ni, tapi risau ada yang menguap pulak. Buku ni recommended giler weh, sumpah shakap. It deserves more recognition. Tolong baca, itu je Aya mampu cakap.
At first glance, this book may seem small and thin, but don’t let its size fool you. The storyline is absolutely captivating. I was hooked from the start. The creativity behind this plot makes me wonder where the author found the inspiration for such a unique and thought-provoking story.
The premise itself is fascinating. Imagine waking up every day knowing that at exactly midnight, everyone will forget who you are. Even if you meet someone at 11.59PM, the moment the clock strikes 12, they won’t recognise you. This is the reality faced by the protagonist. Initially, I didn’t fully grasp the weight of his situation. How bad could it be if people forget you at midnight? But as I read on, I began to understand his pain. It’s heartbreaking. Every connection, every relationship, every dream completely erased.
At its core, the story revolves around the mystery behind this “curse.” Why is he the only one suffering from it? Will he ever find a way to break free? Just when he seems destined to live in solitude forever, he meets a girl who, for some reason, can still remember him after midnight. And from there, the story takes unexpected twists and turns, keeping me completely engaged until the very last page.
This book is an emotional rollercoaster, filled with suspense, mystery, and deep reflections on identity and human connection. If you’re looking for a novel that will keep you thinking long after you’ve turned the last page, this is definitely one to pick up.
Kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang hidup dibelenggu sumpahan aneh selama 5 tahun, setiap kali jam berdetik tepat pukul 12 malam, kewujudannya dilupakan. Tiada yang ingat!! Selepas satu insiden berlaku, pemuda itu sangka sumpahan tu akhirnya akan berakhir apabila muncul seorang gadis yang masih mampu mengingatinya. Namun, apa yang disangkakan sebagai pengakhiran derita rupanya hanyalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih rumit. Ada banyak lagi misteri yang kita belum tahu 🫠
Sejujurnya, saya suka tema dan konsep yang diketengahkan. Untuk buku pertama, penulis memperkenalkan dunia dan watak-wataknya dengan tersusun and hala tuju cerita dalam buku ini sengaja dibiarkan sedikit kabur, masih awal lagi untuk penulis reveal semua benda, tu sebab saya tak sabar baca buku keduaaa!!
Apa yang buat saya emosi sikit ialah hubungan pemuda tu dengan seekor kucing ni ☹️ when it comes to cats, my heart softens in ways i can’t explain. SEDIH LAH!!
Bila baca buku ni, ia buat kita terfikir yang kadang-kadang ada orang yang menanggung derita jauh lebih berat daripada apa yang kita bayangkan. Jadi kita hanya cuma mampu bersyukur & kene menghargai hidup. Dalam buku ni, ada orang lain yang kene sumpahan jugak :(
Bagi saya, Projek Phantom, Halimunan merupakan permulaan yang kuat untuk satu siri. Tak sabar untuk tengok perkembangan watak-watak & how they will solve the mystery. My expectations for the next book tinggi ya!! JEMPUT BACA SEMUAAAAAA
Lima tahun berlalu tanpa ada siapa-siapa yang mengingatinya. Setiap hari, tepat jam 12 malam, orang akan melupakannya. Itulah sumpahan yang terpaksa Agus hadapi. Hidupnya yang dulu punya teman, keluarga dan impian kini hanya tinggal dia dan Min, si kucing calico yang menemaninya.
Pertemuan tanpa sengaja dengan gadis bernama Cempaka yang mempunyai hyperthymesia - sebuah kebolehan untuk mengingati setiap yang berlaku dalam hidupnya menceriakan hari-hari Agus. Setelah lima tahun, dia akhirnya punya seorang teman yang mengingati dirinya walaupun jam berlalu 12 malam.
Naskhah setebal 176 muka surat ni sangat gripping. Susah untuk aku letakkannya. Sebagai bukan penggemar cerita berunsurkan paranormal fantasi and a bit of sci-fi, aku mampu habiskan bacaan dalam masa kurang 3 jam. Sangat menarik ya, lagi-lagi bila sampai plot twist. Fuhhh, unexpected betul. Kembara Agus dan Cempaka ke Nilamville untuk bertemu dengan Norman Purnama menghadirkan makin banyak soalan.
Buku kedua penulis yang aku baca dan yang ini berjaya tarik perhatian aku dari mula sampai ke akhir cerita. Jadi, aku sangat excited untuk buku seterusnya! Harapnya tak lamalah nak menunggu.
- Human with supernatural ability - Found family ❤️🩹
“Aku cuma harap yang aku tak akan ingat apa yang aku tak patut tahu dan aku boleh lupakan apa yang aku tak mahu ingat”
When a boy who the world would forget everytime the clock hits 00:00 meets a girl who remembers everything.
Plot cerita yang menarik. Lebih sesuai dibaca oleh pembaca awal remaja sebab mudah difahami. Tapi macam banyak kisah silam Agus yang tak terungkai atau mungkin kisah silam ni ada dalam buku seterusnya? Rasa macam tak boleh nak relate/simpati dengan Agus. Apa pun, saya akan sambung baca buku seterusnya jika ada dikeluarkan.
Kepada pembaca yang kurang gemar romance, jangan risau buku ni takde romance pun.
Buku nya nipis sangat tapi mood membaca memang takde. Semalam push baca sampai habis.. 1 jam je sudah habis baca sebab memang jalan cerita yang menarik. Lain daripada yang lain.
Aku kena penulis dengan karya Bintang Hati Saya, terus aku memang jatuh cinta dengan karya nya. Pandai menulis tetapi untuk emosi nya tak kuat sangat. Biasa-biasa sahaja.. tak sampai ke hati aku. Untuk jalan penceritaan nya memang melekat dalam kepala otak aku ini. Memang best.
Tak sabar nak baca sambungan projek Phantom ini.
p/s : tak sangka ada lagi karya penulis yang aku tak baca lagi. *add cart. Hhahahah
woww!! first of all, menarik gila jalan cerita?! i can vividly visualize all the scenes 🤩 macam baca cerita dari luar negara! best sangat the concept, the plot and gaya penulisan pun tak bosan 🫶🏻 i’m glad to choose this book as my first book from penerbit x! but there’s only 2 book from this series goshhh i need more!! 😩😩❤️🩹
Kisah yang menarik, unik dan mendebarkan. Kisahnya mengingatkan sy pada tv series Heroes dulu-dulu. Sekumpulan manusia yg mempunyai kuasa yang tidak pasti dari mana. Dan ada satu organisasi yang ingin menggunakan mereka untuk tujuan yang salah. Tak sabar nak tau sambungan kisah ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.