Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kita Cuma Kawan, Kan?

Rate this book
“Suara penyanyi ni macam itik tercekik, encik.”

“Awak kata suara saya macam itik tercekik?”

***

Yulia – kelam-kabut, tapi sibuk mahu menjadi hero untuk semua orang. Sanggup tinggalkan cita-cita dan memandu e-hailing demi menyara ibu dan adiknya — sebab dia saja boleh diharap.

Adam – penyanyi popular kontroversi yang lebih suka menyendiri; takut mahu rapat dengan orang. Kan lebih senang mencintai dari jauh? Tiada siapa kecewa.

Dunia mereka bertembung apabila Adam menjadi penumpang kereta Yulia. Namun telefon Adam tercicir dan hilang. Yulia yang masih cuba menjadi hero tak pasal-pasal pergi mencari sampai ke celah longkang.

Saat itu, barulah Yulia tersedar penyanyi yang dikutuk sebelum ini ialah Adam!

“Kalau awak pandai sangat bab muzik, awak takkan komen suara saya macam tu.”

Yulia cuba mengambil hati. Namun pantang bertemu, pasti Adam cari pasal. Semakin lama kenal, diam-diam, ada perasaan asing berputik dalam hati.

Yulia keliru. Adam takut berharap. Soalnya, adakah ia sesuatu yang pasti atau hanya mainan perasaan? Ini cinta, atau sekadar kawan?

544 pages, Paperback

First published May 24, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Auni Zainal

6 books121 followers
Auni Zainal ialah penulis novel yang berasal dari negeri Perak, Malaysia. Novel pertamanya, Sekali Lagi, telah diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April 2018.

Auni merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke dalam bidang penulisan. Dia kini menetap di negeri Selangor bersama keluarga.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
171 (48%)
4 stars
118 (33%)
3 stars
44 (12%)
2 stars
15 (4%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 65 reviews
Profile Image for Nor Kamariah.
23 reviews6 followers
June 4, 2024
Kali pertama membaca buku penulis ini. Ternyata tidak kecewa. Anak-anak saya tertawa melihat saya membaca genre buku ini. Maklumlah mamanya yang hampir mencecah usia 50an memilih untuk membaca buku yang ada 'vibes' k-drama.

Saya suka kisah anak muda yang tidak mudah putus asa. Dalam hati berdoa, biarlah anak-anak saya juga sekuat Yulia biar apa pun badai datang menjelma.

Plotnya saya fikir tidak keterlaluan menggambarkan perihal rakyat marhaen dan miskin bandar. Keadaan menyempit ekonomi yang membuatkan anak muda keciciran pendidikan, bukan atas sebab pilihan sukarela tetapi pilihan dalam keterpaksaan.

Plot keterbetulan heroin bertemu hero dalam keadaan yang digambarkan juga saya fikir ada logiknya walaupun jika mahu berlaku do dunia nyata boleh jadi satu dalam seribu.

Apapun, terima kasih penulis kerana menyajikam kisah Yulia ini. Jika anak muda ingin mencari semangat dalam kemelut hidup, bacalah buku ini. Barangkali ada inspirasi yang terhembus daripadanya.
Profile Image for Mslvoe.
2,302 reviews242 followers
January 17, 2026
F dah habis baca dan F puas hati dengan ending. Masing² akhirnya temui bahagia and rasa very comforting.

Cuma satu benda yang buat F geram sampai ke sudah... kak ngah dan kak lang. Apa cerita dengan dua orang ni? Nak juga dengar diaorang dapat kifarah sikit. Sepanjang cerita, asyik minta duit, janji nak bayar, lepas tu hilang tanpa berita.

Sedangkan Yulia dan Zarin lah dua orang yang betul² bertungkus-lumus jaga abang ipar, Fahmi dan juga maknya.

Yulia pula terlalu baik sampai lupa diri sendiri. Dia sentiasa fikirkan orang lain, sampai sanggup terfikir nak kahwin dengan abang Fahmi semata² sebab nak jaga. Yulia tak pernah pun tanya isi hati Fahmi selepas kakaknya meninggal dunia.

Pertemuan Yulia dengan Adam pula berlaku secara tiba² masa Adam pesan ehailing.. tak disangka boleh jadi kawan baik.

Hubungan diaorang rasa sedikit terawangan..dua² simpan perasaan, dua² susah nak bercakap terus terang. Padahal kalau cakap je suka, mungkin banyak benda jadi lebih mudah.

Apa² pun, F tetap suka cerita ni.
Profile Image for fiy.
129 reviews3 followers
July 8, 2024
Penceritaan yg agak slow paced antara yulia & adam. Buku ni terang terang tentang cinta kerana sudah tertulis di permulaan tapi kisah cinta MC sangat lambat. Separuh buku yg pertama tu saya nampak penulis cuba utk mengenalkan kisah MC tentang keluarga atau kisah silam. Tapi saya lost sbb emosi tu tak sampai. Emosi tu sampai bila penceritaan sudah di tahap separuh buku. Bila separuh buku tu, slow slow kisah sedih yg terjadi dlm hidup yulia muncul begitu juga dgn adam. Mungkin saya terlebih meletakkan high expectations.

Separuh buku kedua ibarat penceritaan baru bermula, baru bermain dgn emosi. Jujur saya katakan, saya tertipu dgn review yg lain & cover yg comel? Sebab bagi saya both MC mempunyai kehidupan yg sangat sedih 😭😭 lepas satu, satu masalah yg timbul bagai tiada bahagia utk kedua dua mereka terutamanya yulia.

Yulia tu kalau boleh nak peluk dia sbb dia sangat sangat kuat. Dia byk melebihkan org lain dari diri dia sendiri sampaikan kakak dia mempergunakan dia pun dia tak nampak 😭😭 yg dia tahu kakak tu darah daging dia. Ada sekali je dia mengutuk kakak dia itupun dia cepat insaf yihhh macam mana ek boleh wujud org sebaik yulia ni 🥹. Nasib baik ada adik dia yg sentiasa di sisi dia dan adik dia sanggup berkorban utk dia.

Sukaaa watak zarin sbb nampak hubungan dia dgn yulia normal macam adik beradik yg lain. Tapi zarin pun ada kisah yg dia simpan sendiri. Paling tak sangka yg dia tiba tiba masuk hospital tu. Cuma dkt sini bagi saya, penulis mungkin boleh kembangkan lagi penceritaan zarin dkt hospital. Dia mcm ada yg tak kena. Patutnya tambahkan lagi emosi antara yulia terhadap zarin dkt hospital.

Adam pun sedih jugaaaaa. Tak tahulah kenapa semua watak dlm ni menyedihkan sangat 😭😭😭. Kalau yulia sedih sebab kesempitan duit tapi adam menyedihkan sbb masalah keluarga. Tak sangka mak macam tu wujud 😃 anak tak boleh lebih dari mak like mak ko ni ada masalah mental ke? 😐 tapi bab mama adam ni pun lost mcm tu. Takde proper closure antara adam dgn mama dia. Yg byknya mak dia duk canang itu ini pasal adam eeee tak suka!

Satu lagi watak yg saya nak cakap jugak iaitu izhar. Izhar ni sebenarnya punca segala masalah berlaku. Sebab dia lah, dua dua watak tu melarikan diri. Lagi geram izhar ni takde rasa bersalah langsung. Dah lah mmg dia ada niat nak berhentikan yulia, lepastu dia berhenti kerja dgn adam. Masalah betul dia ni. Nasib baik akhirnya dia sedar adam ni selalu tolong dia dan izhar cuba tolong adam balik. Kalau tak, free free je izhar ni kena maki dgn saya 🙂.

Bagi saya, cerita ni ringan tapi sedihhhhh like semua watak dalam ni sedih. Semua tau SEMUA takde satu watak pun yg bahagia dari awal hingga hujung. Mungkin ada lah watak tambahan sorang dua mcm tu yg tak menyedihkan. Tetapi semua yg rapat dgn MC sangat menyedihkan. Satu lagi yg saya tak puas hati kenapa kakak kakak tak guna tu pun hilang mcm tu je 😭😭 patutnya penulis kena bagi ending yg dramatik utk kakak kakak yg layak digelar setan tu 🤣.

Last sekali, saya rasa cerita ni keseluruhannya okay cuma agak lambat dan agak rushing di penghujungnya. Sejujurnya saya hampir dnf 😌. Satu lagi antara adam dan yulia tak nampak sgt chemistry antara diorang berdua, macam agak kaku. Sebab cara percakapan diorang pun tak nampak macam kawan? Nampak sangat awkward tapi apapun happy ending. Both ml fl berani utk pertahankan perasaan masing masing di saat akhir. Dua dua berani buat kerja gila 🤣
Profile Image for Ain Sakinah.
6 reviews
June 20, 2024
1) definitely will be one of my comfort books
2) love the trope artis x org biasa here sebab jarang jumpa. also love the fact that the artist is the one who fell first
3) the romance is great, the characters are good and the writing is good too ^_^
4) deserve to become a booktok
5) tapi taktau la ni mungkin saya je kot yg perasan tapi macam ada certain perkataan yg kurang sesuai digunakan dlm situasi
6) banyak scene comel including the ending🥹actually hoping ada scene diorang kawen
7) a solid 10/10 from me
Profile Image for ruby.
18 reviews
January 27, 2025
Personal rating : 5/5

Macam k-drama, but make it Malay. Literally the best book I ever read after "Jangan kacau aku boleh tak?" Aku suka gila jalan cerita buku ni, naik turun lepastu naik balik. Even though buku ni tebal, tapi aku boleh habiskan dalam masa sehari, amazing.

Aku akan straight to watak Fahmi. Bila baca keadaan Fahmi, aku teringat kat pakcik aku. Keadaan diorang sama, lumpuh and dijaga oleh mak and adik beradik. Pakcik aku asalnya polis, tapi sebab accident, dia lumpuh sampai sekarang, baring je atas katil, dan mampu minta tolong orang lain je. Baca kisah Fahmi ni, aku menangis juga la.

Untuk watak Julia, aku suka watak dia yang care-free tapi sebenarnya banyak yang dia pendam. She love doing everything she want tanpa tanya orang punya opinion. Lawak dia ... hambar. Aku tak tahu la macam mana orang boleh survive hidup dengan dia. Character dia, kalau kau paham, kau akan tahu betapa sedihnya kehidupan dia. Dia ada cita - cita, pandai tapi terpaksa batalkan, sebab apa? Ayah dia meninggal, lepastu kak long dia meninggal and kak ngah dia ni, teruk orangnya. Julia ni dia tak berfikir panjang, cepat buat keputusan tanpa fikir kesudahan keputusan dia tu.

Adam Adwa, character yang paling aku respect la. Walaupun nama dia asyik dipetik dekat article teruk, mak dia nak jatuhkan populariti dia, how sad. Adam ni, banyak benda yang dia sembunyikan. Tapi kehadiran Yulia buat dia bahagia, at least ngan lawak hambar perempuan tu, bolela kasi dia happy sikit. Adam ni macam tak percaya orang pun ada, since dia ni jenis tak berkepit dengan orang, there a lot yang dia sembunyikan termasuk dekat kakak dia sendiri.

Plot twist dia, unexpected. Aku macam tak percaya, plot pasal keluarga dia is unexpected. No wonder his dad buat macam tu.
Profile Image for Syaza Irdina.
48 reviews
July 25, 2024
time check —— 1:10 a.m.

This is my first book review ever so I apologize if its not proper but I just feel like I need to do it hehe.

Okay first impression of the early pages——2/5 je buku ni bcs i felt like it was a bit slow but things got interesting and i was hooked on. I started at 10pm and finished it in one sitting at about 1am (right now as im typing this) and it went from 2/5 to a solid 4.8/5 for me. Mula mula tu I macam apa lah author ni nak cerita sampai 539 pages but after it got interesting for me, I tak sedar pun I was nearing the end of the book 🤣 I like how its not too concentrated on their family problems because I feel like most malay books nowadays have the elements of family problems and are too focused on it sampai I rasa macam lemas sikit. Cuma, I was sliiiiightly turned off because it had too much year jumps but overall the book was nice and I like the author’s style of writing and her humour :) I like the chemistry between Yulia dengan adik dia, Zarin——comel je 😔🫵🏻 I wish there was more of Yulia’s and Adam’s relationship tapi tak apa, I’m satisfied with its ending.

“Si pelari ini kini ada si pengikut”

me :🧎🏻‍♀️

Also, I just finished queen of tears and Adam’s friendship with Izhar reminds me of Baek Hyunwoo’s and Kim YangGi’s friendship. Nyomelll!!


2:04am edit : I lowkey kept getting the images of Loaf, Adam as Adam Adwa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,027 reviews125 followers
August 3, 2025
To get invested into a story, you need to be able to be invested in the characters as well.

Unfortunately, maaf, Joy rasa annoyed je dgn perangai Yulia yang “tak serious gitu dan asyik suka bagi teka-teki” all the time. Ye, dia orang yang kuat dan mempunyai hati yang baik but entahlah, Joy rasa tak ngam dengan dia. I just felt annoyed with her the moment she appeared in the novel. Setiap bab dengan dia I rasa nak skip je.

Adam is ok I takde komen. I just didn’t feel invested in this story. Maybe not for me.

Kak Ngah yang mcm ahli sihir tu, entahlah mcm mana kena hormat kakak mcm tu? Respect is earned, not given just because you’re older.

Maaf penulis.
Profile Image for aliyah.
81 reviews2 followers
August 7, 2024
loveee sangatt with the storyline! semua watak terasa hidup and rasa emotion setiap watak tu 🥹 i know page dah sampai 500+ tapi rasa macam I NEED MORE tapi dah banyak page dah tuu. faham je dengan both ml dengan fl, still confuse dengan perasaan sendiri and so on dengan yulia ada problem tersendiri and adam pun sama ada problem tersendiri. i somehow read this book at the right time sebab sekarang ni dalam phase ada important decision to decide so ada certain ayat tu macam menusuk kalbu sikitt hahaha. i dont know how to describe tapi everything saling melengkapi dari storyline to all the characters yang wujud dalam kita cuma kawan, kan? as always, auni zainal's writings never disappoint me! 🥹🤍

later kita update review lagi proper :))
Profile Image for Ain Camina.
29 reviews
June 11, 2024
5/5 ⭐️

First time baca novel yang berkaitan rakyat marhaen. Kuat usaha, tak pernah putus asa. Semoga jadi sekuat Yulia ❤️

Jalan cerita untuk relationship Yulia dengan Adam pun tak terlalu complicated. Jalan cerita ringan tak penat otak nak hadam. Good plot and conflict. Tapi tulah nak kak ngah dengan kak lang tu kena kifarah 😤

Yang pasti bukan cerita cintan cintun budak sekolah walaupun cover dengan tajuk macam budak sekolah punya story 😂
Profile Image for Azril Noor.
321 reviews5 followers
November 22, 2025
Sebuah lagi novel yang aku rasa sangat comel kejadiannya, buat aku tersengih je. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita cinta yang agak klise, tentang pertemuan dua insan yang tidak mengenali antara satu sama lain, kemudiannya jatuh cinta tanpa sedar. Seorang pengikut dan seorang lagi pelari. Tema yang agak berlainan sedikit dengan novel penulis yang lain, kali ini lebih komedi, lebih ringan, dan paling tebal muka suratnya. Suka dengan konfliknya yang cukup dekat dengan masalah manusia sekarang - tentang keluarga, kewangan, trauma masa lampau dan macam-macam lagi. Respek gila dengan sikap Yulia yang betul-betul penuh dengan kesabaran, kuat semangat dan sedikit masuk air.
Profile Image for Juna.
7 reviews
April 26, 2026
nak peluk Yulia ketat-ketat🥹 dia memang seorang anak, kakak dan perempuan yang baik. sanggup korbankan masa depan sendiri demi keluarga dan adik-beradik yang lain🥲 bila dah sampai pertengahan tu... Ya Allah peritnya ujian. macam dah tiada harapan untuk akhir yang bahagia. berhelai-helai tisu habis baca buku ni🤧 tak expect pun buku ni akan sesedih ni😭 tapi tak apa.. saya suka cerita sedih😘 TERBAIK PENULIS👍🏻

saya suka part lawak bapak-bapak Yulia, sangat menghiburkan😭 personaliti dia pun lucu dan setiap gaya gila-gila Yulia masa bercakap/bercerita tu saya boleh gambarkan dalam otak masa baca😭 perangai dia yang cuai dan memandai tu pun buat saya tepuk dahi sendiri aje la. sampai saya fikir, kalau saya ada kawan macam Yulia ni mesti hidup saya tak rasa sunyi sangat dan setiap hari jadi hari yang menghiburkan🤣

saya pun suka hubungan Yulia dengan Zarin. saling melengkapi satu sama lain. macam anjing dengan kucing juga, selalu bergaduh setiap kali berjumpa😅 marah-marah tapi sebenarnya sayang, comel sangat. segala mangkuk, pinggan, kuali keluar hahhahaha si Zarin ni kira jenis lelaki tsundere yang tak suka tunjukkan rasa sayang depan-depan tapi sebenarnya peduli😚 hehe

lepas tu saya suka juga Reza. walaupun dia muncul tak banyak sangat tapi kesan yang dia berikan tu agak dalam bagi saya. dia muncul pada waktu yang tepat, ada di saat Yulia betul-betul memerlukan😊 beri nasihat untuk sedarkan Yulia daripada terus korbankan diri untuk orang lain. sedarkan Yulia untuk fikir pasal diri sendiri pula. dia juga ajak Yulia kahwin, bagi saya perkara tu mungkin terlalu cepat tapi bila fikir balik... dia berani nak ambil langkah serius. itu tanda positif yang saya nampak pada Reza ni. tak macam Adam yang terlalu denial dengan perasaan dia sendiri dan pelbagai masalah dia yang lain😮‍💨 saya akan sangat happy kalau Yulia bersama dengan Reza hehe good person deserve to be with a good person right?👉🏻👈🏻 sampai akhir pun saya tak percaya apa yang Yulia cakap pasal Reza suka perempuan lain.. like kenapa dia nak susah-susah hack phone awak kalau dia tak ada simpan perasaan pada awak Yulia!? it doesn't make sense to me. bagi saya Yulia je yang tak peka🤡
okay saya kena move on

pengakhiran ceritanya saya suka, Yulia masih dengan perangai gila-gila dia tu hahahhah🤣saya turut bahagia Yulia si pelari dah ada pengikut setia untuk habiskan usia bersama yeayyy😽
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Far.Zana25.
142 reviews1 follower
March 25, 2025
ʙᴏᴏᴋ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ❥ 12/50
ʙᴏᴏᴋ ʀᴀᴛɪɴɢ ❥ ⭐⭐⭐⭐/5

ʙᴀɴʏᴀᴋ ɢᴇʟᴀᴋ ᴊᴇ ʙɪʟᴀ ʙᴀᴄᴀ ʙᴜᴋᴜ ni🤣. ʏᴜʟɪᴀ ᴛᴜ ʜᴀʜ ᴛᴀᴋ ʜᴀʙɪs² ʙᴜᴀᴛ ʟᴀᴡᴀᴋ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴋᴀᴅᴀɴɢ² ᴛᴜ ᴀᴅᴀ ʟᴀᴡᴀᴋ ᴅɪᴀ ʜᴀᴍʙᴀʀ. ᴘᴀʟɪɴɢ sᴜᴋᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴛᴇᴋᴀ ᴛᴇᴋɪ ʏᴀɴɢ sᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴅɪ ʟᴜᴀʀ ᴋᴏᴛᴀᴋ ʏᴇ. ʏᴜʟɪᴀ.. ʏᴜʟɪᴀ...

ᴅᴀʟᴀᴍ ᴘᴀᴅᴀ ʟᴀᴡᴀᴋ, ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ᴛᴇʀsᴇʟɪᴛ ᴋᴇsᴇᴅɪʜᴀɴ & ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ʜɪᴅᴜᴘ. sɪᴀᴘᴀ ᴘᴜɴ ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ʟᴀʀɪ ᴅᴀʀɪ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴋᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ, sᴀᴍᴀʟᴀʜ ᴊᴜɢᴀ ʏᴜʟɪᴀ & ᴀᴅᴀᴍ.

sɪᴀᴘᴀ ᴀᴅᴀᴍ?
➷ ᴘᴇɴʏᴀɴʏɪ ʏᴀɴɢ ᴅᴜʟᴜɴʏᴀ ᴛᴇʀᴋᴇɴᴀʟ ɴᴀᴍᴜɴ ʜɪᴀᴛᴜs ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴛᴀʜᴜɴ sᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴘᴇʀʙᴜᴀᴛᴀɴ ɪʙᴜ ᴋᴀɴᴅᴜɴɢ sᴇɴᴅɪʀɪ. ɪ ᴄᴀɴ sᴍᴇʟʟ ᴊᴇᴀʟᴏᴜsʏ~~

ʙᴀɢɪ ᴀᴋᴜ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ᴋᴇᴛᴇɴɢᴀʜᴋᴀɴ ɪsᴜ ᴘᴀsᴛ ᴛʀᴀᴜᴍᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀʟᴀᴍɪ ᴀᴅᴀᴍ. ᴋᴇsɪᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ, ʙᴇʀʙᴀᴋᴀᴛ ᴅᴀʟᴀᴍ ɪɴᴅᴜsᴛʀɪ ᴍᴜᴢɪᴋ ᴛᴀᴘɪ ᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴍᴀᴋ ᴅɪᴀ.. ɪᴍᴘɪᴀɴ ᴅɪᴀ ɴᴀɪᴋ ᴛᴜʀᴜɴ.

ʏᴜʟɪᴀ ʙᴀɢɪ ᴀᴋᴜ ᴅɪᴀ ᴛᴇʀʟᴀʟᴜ ʙᴀɴʏᴀᴋ ʙᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ᴅɪᴀ. sᴀᴍᴘᴀɪ sᴀɴɢɢᴜᴘ ʙᴇʀʜᴇɴᴛɪ ʙᴇʟᴀᴊᴀʀ sᴇʙᴀʙ ɴᴀᴋ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ sᴀʀᴀ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ sᴇʟᴇᴘᴀs ᴀʏᴀʜ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ. ᴀᴅᴀ ᴅᴜᴀ ᴏʀɢ ᴋᴀᴋᴀᴋ ᴘᴜɴ ᴛᴀᴋ ғᴜɴᴄᴛɪᴏɴ ʜᴀɪʜ... ʏᴀɴɢ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪʜᴀʀᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴜʟᴀʜ ʏᴜʟɪᴀ ᴅɢɴ ᴀᴅɪᴋ ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ʟᴇʟᴀᴋɪ ᴛᴜ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ʙᴇsᴛ, ᴋɪsᴀʜ sᴜᴋᴀ ᴅᴜᴋᴀ ᴅᴀɴ ᴘᴇɴᴜʜ ɢᴇʟᴀᴋ ᴋᴇᴛᴀᴡᴀ ʏᴀɴɢ ʏᴜʟɪᴀ ʙᴀɢɪ ᴅᴇᴋᴀᴛ ᴘᴇᴍʙᴀᴄᴀ ʜᴇʜᴇ. ᴘᴀsᴛᴜ ᴘᴀʀᴛ ʏᴜʟɪᴀ ᴅɢɴ ᴀᴅᴀᴍ ɴᴋ ᴄᴏɴғᴇss ʜᴀɪʜ... ᴍᴀsɪɴɢ² ʙʟᴜʀ ɢᴇʀᴀᴍ ᴀᴋᴜ 🤣

ᴏᴋᴀʏʟᴀʜ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ᴜᴛᴋ ᴋᴏʀᴀɴɢ ʙᴀᴄᴀ ʀɪʟᴇᴋs². ǫᴜᴏᴛᴇs ᴘᴜɴ ᴀᴅᴀ ʙᴀɴʏᴀᴋ... ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴘᴇɴᴜʟɪs @aunizainal ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴜᴋᴜ ʏᴀɴɢ ʙᴇsᴛ ɪɴɪ🥰

#KitaCumaKawanKan? #aunizainal #imanpublication #farzreads #bookstagrammermalaysia #bookreview #bookfyp #fyppppppppppppppppppppppp
Profile Image for lily in oz.
5 reviews
July 2, 2026
idk about y’all but this novel is SOOO GOOOD. this is my first novel with this type of storyline and i’m loving it already. it’s just that the ending kinda disappointed me a bit 💔 just whyyy
Profile Image for shareads.
30 reviews2 followers
July 16, 2024
Best gilaaaa!!! 😍😍😍😍😍

First time baca karya Auni Zainal, and I'm in love 🤍 ingatkan akan lambat habis sebab buku ni tebal, tak sangka boleh habiskan dalam masa sehari je 🥹❤️

It is such an easy read, a page-turner, cerita dia santai and kelakar, tak heavy sangat, and ofc because I love "celebrity romance" trope 😆

Suka juga cara Yulia yang still respect kakak2 dia even diorang problematic. Banyak ya moral values boleh dapat dalam ni. Lurveee

My only comment is, I think the ending quite rushing, banyak plot hole jugak, like I wanna know what happen to the sisters, to Laila Borhan and more stories on both Adam's fathers.

Also nak juga ada wedding ceremony for Adam and Yulia, takkan confession jee hmm, tak boleh ke author buat KCKK 2 ? 🤭🤭
Profile Image for sophthefirst.
32 reviews1 follower
July 26, 2025
Ini bukan sekadar kisah cinta ia kisah tentang dua jiwa yang memikul luka masing-masing. Yulia, yang sanggup lupakan impian dan kerja keras sebagai pemandu e-hailing demi mak dan adik, bertemu Adam, penyanyi popular yang memilih untuk menjauhkan diri dari semua orang kerana takut kecewakan sesiapa. Perkenalan mereka bermula dengan telefon tercicir tapi emosi yang tercetus lepas tu? Haa, dari celah longkang ke celah hati! 😭 Semua watak... sedih. Tak ada yang betul-betul bahagia. Dan yang part paling geram? Kakak-kakak si Yulia yang jahat tu, kenapa hilang macam tu je! Boleh tak penulis bagi mereka balasan sikit? 😤 Sesuai untuk anyone yang sukakan rom-com, friends to lovers, cute fluffy kinda love, comedy
LURVEEE YULIAA!! STRONG GIRL YEE

xoxo,
soph 🕊
Profile Image for Syeraho.
Author 7 books68 followers
Read
December 24, 2024
Novel Auni Zainal yang pada saya kali ini lain daripada stail dia sebelum ini; novel kali ini lebih santai, genre romcom pula, ini first time novel Auni Zainal yang biasanya dikenali sebagai penulis yang tulis cerita-cerita yang buat pembaca rasa sakit dan menangis.

Tapi sebenarnya, walaupun novel ni santai dan ringan, kalau kita bedah novel ni sebenarnya ia bawa isu yang berat a.k.a tipikal stail Auni Zainal (tapi pembaca tak rasa berat pun baca!). Tentang anak yang jadi breadwinner keluarga, tentang abandonment, attachment issues, betrayal, you name it.

Kalau tak pernah baca novel Auni Zainal, saya rekomen baca novel ini dahulu.
Profile Image for N.A.N.A.
223 reviews6 followers
February 25, 2025
Best rupanya novel ni. Adam dan Yulia serasi bersama. Hihihi. Suka la baca novel ni. Walaupun ada yg berterabur sikit. Boleh dimaafkan la 😅. Suka cakap suka. Tak suka ckp tak suka. Tu yg pentingnya komunikasi. Mcm aku. Aku terus terang ckp kat org yg aku suka yg aku suka dia. Terima atau reject tu belakang kira 🤭 apa aku merepek ni.

Sedih la bila adam dan yulia tu putus hubungan. Sedih dan sakit hati. Kenapa harus begitu. Nasib happy ending 😊
Profile Image for hana..
53 reviews
May 31, 2025
penulisan kak auni tak pernah tak best! gaya penulisan yang santai, mudah dibaca, a very light-fluttering lovely genre which i had enjoyed reading very much 🥹 also thank you for every soothing words ❤️

loving every character development! super happy for both my yulia & adam! also fahmi, zarin & amalina. everyone deserves such a happy ending 🥹❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
6 reviews
September 16, 2024
Story dia lite² je tapi menyentuh hati woo
Ending dia pun Masya Allah.... buat kan kita rasa macam biarlah aku berada di tempat Yulia di saat itu 😆 Nak jugak ada orang yang loyal dengan kita & masih ada perasaan yang sama walaupun tak bersua bertahun lama mana pun huhuu

LOVE IT!! 🫶🏻
Profile Image for qyzzlost_.
7 reviews
December 10, 2024
This book is soooo sawittttt hshshshshs..Banyak kali jugak la i delulu..BTW i really recommended this book.Besides, u boleh dapat free teka teki idea yang very funny dalam buku ni haha..Rasa cepat je i habis baca buku ni walaupun teball
Profile Image for Nuha.
11 reviews
June 12, 2025
ok so dia hook dan best. sedih gila bila mak Yulia mati dan terharu tengok adik dia dan kawan kumpul duit. emosi dengan lawak lawak sikit sampai senyum sorang2 haha. 5/5 no draggy parts and not like typical drama melayu
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Salsabila Fadzil.
14 reviews
July 12, 2024
Pertama kali baca buku dari penulis ni, saya boleh katakan saya dah mula suka dengan penulisan auni zainal🥰, banyak ayat dalam buku tu relate dengan realiti kehidupan, Terima kasih Kak Auni💛💛
Profile Image for Farah Nisa.
115 reviews1 follower
November 30, 2024
Kelakar laaaa tapi kalau part Zarin masuk hospital cerita lagi detail mesti lagi best. And I'm so invest with Zarin and Amalina's love story 😍😍
Displaying 1 - 30 of 65 reviews